Seni Halus - Arca Tingkatan 3

16
seni halus R C  pendidikan  seni  visual

description

Slide PowerPoint untuk P&P

Transcript of Seni Halus - Arca Tingkatan 3

SENI HALUS

seni halusARCApendidikan seni visual

PENGENALANArca ialah hasil seni berbentuk tiga dimensi (3D) yang biasanya diperagakan dalam ruang tertentu untuk nilai estetik atau gunaan.Arca mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada tiga bidang lain di dalam Seni Halus iaitu Lukisan, Catan dan Cetakan. Ia merujuk kepada hasil karya seni halus yang dibentuk melalui aktiviti binaan.Perkataan arca berasal daripada perkataan sculpture yang bermaksud menebuk, memotong dan sebagainya.Arca menggabungkan kedua-dua asas seni reka iaitu unsur dan prinsip rekaan. Biasanya arca diperbuat daripada logam besi, batu, kayu, lilin, plaster of paris (POP) dan sebagainya.

JENIS-JENIS ARCAArca terbahagi kepada dua jenis iaitu ;Arca EstetikArca BerfungsiArca boleh berbentuk realis atau berbentuk abstrak, bergantung kepada kreativi pengkaryanya.

ARCA ESTETIKArca estetik merupakan suatu bentuk binaan yang mempunyai nilai estetik untuk tujuan peragaan atau perhiasan.Arca estetik biasanya diletakkan di dalam ruang tertentu mengikut konsepnya samada di dalam galeri atau ruang terbuka.

ARCA BERFUNGSIArca berfungsi mempunyai nilai estetik tetapi dalam keadaan yang sama boleh digunakan untuk tujuan tertentu.

TEKNIK-TEKNIK MEMBINA ARCAArca LuakanMenggunakan bahan seperti tanah liat, kayu atau plaster of paris (POP), iaitu bahan yang mudah diluakkan untuk mendapatkan bentuk tertentu.

Arca TambahanMenggunakan kayu, besi, PVC, dan bahan-bahan lain yang sesuai.Dibina dengan cara menambah atau mencantum bahagian-bahagian tertentu sehingga menjadi bentuk yang dikehendaki.

Arca TimbulanDihasilkan dengan memahat keluar atau menambah bahan menjadi tersembul keluar imej tertentu daripada permukaan dua dimensi (2D) dalam bentuk tiga dimensi (3D).

Arca AsemblajDihasilkan dengan mencantumkan bahan-bahan yang berlainan sehingga menjadi rupa bentuk tertentu mengikut perancangan pengarca.

Arca BinaanJenis bahan yang sama untuk membina, menambah atau mencantum sehingga menjadi satu struktur yang lebih besar.Bahan yang digunakan biasanya ialah besi, kayu, kertas, plastik dan kaca.

Arca MobailBiasanya arca jenis ini digantung dan memerlukan keseimbangan dan kestabilan untuk berfungsi.

Arca DindingMerupakan hasil penyatuan catan dan ukiran.

JOM BEKARYA!!!