Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

download Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

of 14

description

iman

Transcript of Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

  • 5/23/2018 Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

    1/14

    Rukun Iman dan sifat 20 Allah

    BAB RUKUN IMAN

    Rukun-rukun keimanan itu ada enam hal, iaitu:

    1. Percaya kepada Allah Taala.

    2. Percaya kepada para Malaikat Allah Taala.3. Percaya kepada Kitab-kitab Allah Taala.4. Percaya kepada para Rasul-rasul Allah Taala.5. Percaya kepada Hari Akhir atau Hari Kiamat.6. Percaya kepada Qadhadan Qadar Allah Taala.

    Yakni bahwa segala kepastian dan ketentuan yang baik ataupun jelek itu, adalah atas kehendak Allah Taala.

    BERIMAN KEPADA ALLAH TAALA

    Beriman kepada Allah Taala itu, ialah wajib mempunyai itikad dan keyakinan, bahawa

    sesungguhnya Allah Taala itu wajib bersifat dengan semua sifat keagungan, kesempurnaan dan kemuliaan . Serta mustahil jikalau Allah Taala bersifat dengan salah satu dan sifat-sifat kerendahan, kekurangan dan kehinaan.

    Perbezaan Allah Taala dengan para makhluk itu ada tiga

    1. Zat ertinya rupa dan bentuk. Jadi Zat, bangun bentuk dan rupa Allah Taalaataupun jirimNya itu, pasti berbeza dengan apa yang dimiliki oleh semua makhluk. Maka dan itu, juga apa saja yang terkenang ataupun terlintas dalam apa pun juayang pernah kita saksikan ataupun kita lihat, pemikiran atau angan-angan kita,tentulah Allah Taala itu ZatNya tidak semacam tadi, kerana apa yang kita lihat, kita saksikan, kita fikirkan dan kita angan-angankan itu juga termasuk dalam golongan makhluk pula.

    2. Sifat-sifat Allah Taala juga berbeza dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh semua makhluk. Jadi kekuasaanNya, kehendakNya, mengetahuiNya, hidupNya, mendengarNya, melihatNya serta berfirmanNya, tentulah tidak sama dengan keadaan sifat-sifat makhluk. Misalnya saja adanya Allah Taala.

    Wujudnya Allah Taala itu tanpa ada wasilah atau perantaraan, sedangkan makhluk pasti dengan wasithah itu, sebagaimana manusia dan binatang pun dengan perantaraanatau wasithah ayah serta ibu, tanaman dengan perantaraan biji atau pokok pohonyang ditanam. Juga seperti meja, kerusi dan almari dengan perantaraan tukang kayu dan kayu yang digunakan untuk membuatnya.Demikian pula wujud Allah Taala itu, tentulah tidak ada permulaan atau penghabisannya, sedangkan wujud makhluk pasti ada permulaan dan penghabisannya seperti man

    usia dan binatang, permulaannya itu ialah di waktu dilahirkan dan penghabisannyaialah di waktu ajal kematiannya sudah tiba..

    Tanaman dan barang-barang, permulaannya ialah sewaktu ia ditanam atau setelah iamenjadi barang dan penghabisannya ialah di waktu ia telah mati atau rosak. Jadisemua makhluk itu ada batas usianya, sedangkan Allah Taala tidak demikian halnya, kerana Allah Taala memang kekal selama-lamanya.3. Afal atau pekerjaan-pekerjaan Allah Taala itu pun berbeza dengan afal seluruh makhluk, kerana makhluk itu apabila membuat sesuatu tentulah dengan menggunakan perkakas, padahal Allah Taala jikalau menghendaki akan adanya sesuatu, cukuplah dengan berfirman: Kun, ertinya: Adalah!atau Jadilah!dan apa yang dimaksudkan ituelah ada dan jadi seketika itu juga.

    Selain itu, apabila makhluk membuat sesuatu, adalah kerana ia mmemerlukan atau menghajatkan benda atau barang itu tadi, seperti manusia membuat rumah adalah untuk di tempati, kerusi perlu untuk duduk dan demikianlah selanjutnya, padahal All

  • 5/23/2018 Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

    2/14

    ah Taala menciptakan semua yang ada di alam maya pada , samasekali bukan kerana memerlukan benda-benda itu, bahkan semua makhluk itulah yang memerlukan kepada Allah Taala.

    Ada lagi perbezaannya, yakni makhluk apabila membuat sesuatu, tentulah memakan waktu untuk mengerjakannya, baik lama mahupun sebentar. Sedangkan Allah Taala tidak demikian, sebagaimana yang telah dihuraikan di muka, iaitu cukup dengan berfir

    man: Kun, maka terjadi dan terlaksanalah. Adapun perincian sifat-sifat wajib bagiAllah Taala itu ada dua puluh macam, sedang sifat-sifat mustahilNya juga ada duapuluh macam, dan sifat jaiz (harusNya) ada satu macam.

    Sifat - sifat wajib dan mustahilNya bagi Allah Taala itu ialah:

    1. Allah Taala wajib WUJUD (Ada), mustahil ADAM (tidak ada).Bukti adanya Allah Taala menurut dalil aqliialah adanya alam dan seisinya ini. Alam semesta ini asalnya tentulah ada yang mengadakan. Yang dapat mengadakan seluruh alam ini tidak ada lain, kecuali hanya Allah Taala sendiri. Jadi andaikata Allah Taala itu Adam, sudah tentu alam semesta itu tidak wujud atau tidak ada. Oleh sebab itu, jelaslah pula bahawa Allah Taala itu pasti wujud. Dalil naqlinya ialah

    firman Allah Subhanahu wa Taala:

    Allah itu yang menciptakan langit dan bumi.(QS. Ibrahim: 32)

    Kecuali itu, kita wajib meyakinkan pula bahawa, adanya Allah Taala itu adalah dengan ZatNya sendiri, yakni tidak dengan perantaraan atau wasithah apa pun juga .Maksudnya dengan wasithah itu ialah misalnya ada ayah dan ada ibunya. Selain danitu, ialah bahawa adanya Allah Taala juga tidak ada permulaan dan tidak ada pulapenghabisannya, umpama kerana mati atau rosak.

    2. Allah Taala wajib QIDAM (dahulu), mustahil HUDUTS (baharu atau ada yang mendahului).

    Bukti qidamnya Allah Taala menurut dalil aqli, ialah adanya seluruh makhluk atau hawadits ini. Semua itu yang menciptakannya ialah Allah Taala. Maka tidak mungkinterjadi bahawa yang menciptakan itu akan didahului adanya oleh apa-apa yang diciptakan. Jadi terang sekali bahawa Allah Taala itu qidam. Dalil naqlinya ialah firman Allah Subhanahu wa Taala:Allah itu adalah Maha Dahulu (Awwal) dan Maha Penghabisan (Akhir).(al-Hadid: 3)

    3. Allah Taala wajib BAQA(kekal), mustahil FANA (rosak).Bukti baqanya Allah Taala menurut dalil aqli ialah: jikalau Allah Taala itu rosak atau mati, andaikata itu terjadi, maka tentulah sifat Allah Taala itu sama dengan sifat semua makhluk. Hal yang sedemikian in tidak masuk akal sama sekali, kerana

    Allah Taala itu memang tidak sama keadaan dan sifatNya dengan semua makhluk, baikmengenai ZatNya, SifatNya atau AfalNya dan yang lain-lain lagi. Jadi jelaslah bahawa Allah Taala itu baqa, yakni tidak akan lenyap, rosak ataupun mati. Dalil naqlinya ialah dalam firman Allah Subhanahu wa Taala:

    Segala sesuatu itu rosak, kecuali Zat Allah.(QS. Al-Qashash: 8)

    4. Allah Taala wajib MUKHALAFAH LIL-HAWADITS (berbeza dengan semua barang baharu atau hawadits yakni semua makhluk), mustahil MUMATSALAH LIL-HAWADITS (mnyamai kepada hawadits) baik pun mengenai ZatNya. Sifat-sifat atau AfalNya.

    Bukti menurut dalil aqli tentang mukhalafah lil-hawaditsnya Allah Taala ialah, andaikata Allah Taala itu menyamai salah satu dan golongan makhluk, tentulah Allah T

    aala itu terkena sifat kelemahan dan tidak kuasa, sebagaimana halnya makhluk-makhluk itu juga. Andaikata Allah Taala itu lemah, tentulah tidak kuasa menciptakan alam dan seisinya ini, dan yang sedemikian ini tidak akan dapat masuk dalam akal

  • 5/23/2018 Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

    3/14

    sama sekali, kerana sudah jelas bahawa Allah Taala itu Maha Kuasa menciptakan alam dengan seisinya ini. Maka dan itu teranglah bahawa Allah Taala itu mempunyai sifat Mukhalafah lil-hawadits. Dalil naqlinya ialah firman Allah Subhanahu wa Taala:

    Tidak ada sesuatu apa pun yang seperti Allah itu.(QS. Asy-Syura: 11)

    5. Allah Taala wajib QIAMUHU BINAFSIH (berdiri dengan ZatNya sendiri), mustahil IHTIAJUHU ILA GHAIRIH (memerlukan kepada lainNya).

    Adapun makhluk, maka semuanya memerlukan kepada Allah Taala sedang Allah Taala itutidak memerlukan apa-apa dan makhlukNya, sebagaimana tempat, makanan, minuman,teman, isteri, anak dan Iain-lainnya.

    Bukti qiamuhu binafsihnya Allah Taala menurut dalil aqli ialah, andaikata Allah Taala memerlukan kepada salah satu makhluk, tentulah Allah Taala itu terkena sifat lemah, seperti halnya dengan makhluk, kerana dapat dianggap tidak dapat mencukupikeperluanNya sendiri dengan ZatNya yang Maha Tunggal itu.

    Seterusnya apabila Allah itu bersifat lemah, pasti tidak kuasa menciptakan alamdan seisinya ini, dan yang sedemikian mi tidak dapat masuk akal, sebab sudah jelas bahawa Allah Taala itu Maha Kuasa atas segala sesuatu. Oleh kerananya, maka jelaslah bahawa Allah Taala itu memiliki sifat qiamuhu binafsih, kerana Allah Taalaadalah Maha Kaya, dan segenap benda yang terbentang di alam mayapada ini adalahmilikNya jua, sebagaimana yang difirmankan Allah Subhanahu wa Taala, dan inilah sebagai dalil naqlinya iaitu:

    Allah itu adalah Maha Kaya lagi terpuji.(QS. Fathir: 15)

    6. Allah Taala wajib WAHDANIYAH (Esa), mustahil TAADDUD (berbilang jumlahnya). Jadi Allah Taala itu Maha Esa dalam ZatNya, sifat-sifatNya mahupun Afal-Nya, kerana tidak seorang makhluk pun yang menyamai-Nya.

    Bukti wahdaniyahnya Allah Taala dengan dalil aqli ialah, andaikata ada Tuhan dua atau tiga dan seterusnya, tentu akan timbullah perselisihan dan pertikaian antara Tuhan yang satu dengan yang lainnya, kerana masing-masing ingin lebih kuasa daripada yang lain. Jikalau terjadi hal yang demikian, maka pastilah alam semesta mi akan rosak binasa seluruhnya, hancur-lebur dan porak -peranda, sebagaimana halnya sesuatu negara yang diperintah oleh dua orang raja atau lebih, negara itu pasti tidak aman keadaannya, kerana timbul saja perselisihan yang terus-menerus.

    Jikalau di bumi dan di Iangit (yakni di alam semesta) ini ada Tuhan selain AllahTaala, pasti keduanya (Iangit dan bumi) itu akan hancur.(al-Anbiya: 22)

    Jadi jelaslah bahwa Allah Taala itu Maha Esa.

    Adapun dalil naqlinya ialah firman Allah Subhanahu wa Taala:

    Dan Tuhanmu semua itu adalah Tuhan yang Maha Esa.(al-Baqarah: 163)

    Tetapi bagaimanakah andaikata kita mengira-ngirakan bahawa kedua tuhan itu saling berdamai antara yang satu dengan yang lainnya, misalnya alam yang sebelah Timur dikuasai oleh tuhan A dan alam yang sebelah Barat oleh tuhan B. Ingatlah bahawa, jikalau hal yang sedemikian itu terjadi, maka tuhan-tuhan tadi lalu menjadi kurang kekuasaannya dan tidak dapat disebutkan bahawa masing-masing tuhan tadi memerintah seluruh alam ini. Dengan begitu, maka masing-masing tuhan itu dikenali

    sifat lemahnya. Jadi pendapat semacarn ini tertolak.Selanjutnya, andaikata kita mempunyai angan-angan bahawa kewajiban-kewajiban tuhan itu berbeza-beza dan terbagi-bagi sebagaimana halnya yang terdapat dalam agam

  • 5/23/2018 Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

    4/14

    a Hindu. Dalam agama ini dipercayai bahawa di dunia ada tiga tuhan. Masing-masing dan tiga tuhan itu mempunyai kewajiban sendiri-sendiri, yakni ada tuhan yang tugasnya hanya menciptakan, iaitu Brahma, ada yang tugasnya hanya menjaga, iaituWisnu, dan ada pula yang tugasnya semata-mata merosak belaka, iaitu Shiwa.

    Jikalau demikian, maka masing-masing tuhan itu pun kurang pula kekuasaannya atauterbatas dan apabila kurang kekuasannya, maka lemahlah namanya dan sifatnya men

    jadi sama dengan sifat makhluk biasa. Hal yang sedemikian ini jelas mustahil sekali dan tidak dapat diterima oleh akal yang sihat, kerana sudah amat jelas sekali bahawa Allah Taala, sebagai Tuhan kita itu adalah Maha Kuasa dan Maha Esa.

    Kecuali itu, Keesaan Allah Taala itu tidaklah seperti setengah ditambah setengahlalu menjadi satu. Itu pun tidak, kerana Keesaan Allah Taala itu bukan dan pecahan-pecahan. Kalau demikian, maka akan terjadilah bahawa separuh tuhan ada di alamBarat dan separuhnya lagi ada di alam Timur. Pendapat yang sedemikian ini jugasalah.

    Ringkasnya, Allah Taala itu Maha Esa dan KeesaanNya itu pun tidak terbagi-bagi, maka dan itu, amat kelirulah pendapat kaum Nasrani atau pemeluk agama Kristian ya

    ng mendakwakan bahawa ada Tuhan Bapak dan ada Tuhan Anak, iaitu Jesus .

    7. Allah Taala itu wajib QUDRAT (kuasa). mustahil AJZ (lemah). Maksudnya ialah Maha Kuasa untuk menciptakan juga Maha Kuasa untuk menjaga, memelihara dan bahkan merosak segala yang dijadikanNya itu.

    Bukti qudratnya Allah Taala menurut dalil aqli, ialah adanya alam semesta in Andaikata Allah Taala itu lemah, sudah pasti tidak kuasa menitahkan semuanya itu. Jaditeranglah, bahwa Allah itu Maha Kuasa atas segala hal.

    Sebagai dalil naqlinya ialah firman Allah Subhanahu wa Taala:

    Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa atas segala sesuatu.(al-Baqarah: 20)

    8. Allah Taala itu IRADAT (berkehendak), mustahil KARAHAH (terpaksa). Jadi apa-apa yang terjadi dan ada di alam semesta in pastilah kejadiannya itu dengan sebab adanya qadhadan qadar Allah Taala dan disertai pula dengan iradatNya.

    Oleh sebab itu, apa saja yang dikehendaki oleh Allah Taala pasti ada, dan apa saja yang tidak dikehendaki pasti tidak ada. Kecuali itu, kita wajib meyakinkan pula, bahawa ada atau tidak adanya sesuatu benda ataupun kejadian, semata-mata kerana iradat Allah Taala sendiri, bukan kerana ada yang memerintah agar menjadikan atau tidak menjadikan, tidak ada yang memaksa ataupun mengancam andaikata menjadi

    kan ataupun tidak menjadikan, sebab siapakah yang lebih kuasa dan lebih menang daripada Allah Taala?

    Adapun bukti iradat Allah Taala menurut dalil aqli, iaitu andaikata Allah Taala itudipaksa, diperintah ataupun diancam supaya mencipta (menjadikan) atau tidak menjadikan sesuatu benda ataupun kejadian, maka jikalau demikian, bererti bahawa Allah Taala itu memiliki sifat-sifat kekurangan dan lemah, dan masih ada sesuatu yang lebih kuasa daripadaNya, bahkan ada yang lebih menang kewibawaannya, sehinggadapat menunjukkan kehendakNya. Tetapi hal yang sedemikian ini samasekali tidakdapat diterima oleh akal. Jadi jelaslah bahawa Allah Taala itu Maha Menghendaki dan tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalangia apa saja yang dikehendaki olehNya. Tentang dalil naqlinya ialah firman Allah Subhanahuwa Taala:

    Dan Tuhanmu itu menjadikan apa saja yang dikehendaki dan dipilih olehNya.(al-Qashash: 6)

  • 5/23/2018 Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

    5/14

    9. Allah Taala itu wajib ILMU (mengetahui), mustahil JAHL (bodoh). Mengetahuinya Allah Taala kepada sekalian makhlukNya itu tanpa batas sama sekali, maka amatberbeza jauhlah dengan apa yang diketahui oleh para makhluk.

    Allah Taala memang Maha Mengetahui akan segala sesuatu, baik apa-apa yang telah terjadi, apa-apa yang sedang terjadi dan apa-apa yang akan terjadi kelak. BahkanMaha Mengetahui pula dalam segala sesuatu, baik luar mahupun dalamnya, begitu pu

    la apa-apa yang dirahsiakan di dalam hati (batin) seluruh makhlukNya.

    Berapa hitungan titisan air hujan yang turun dan langit. Berapa jumlah daun yangterdapat pada sesuatu pohon, berapa banyaknya bintang-bintang di langit, berapaliter air lautan, dan lain-lain sebagainya, itu pun semua dapat diketahui AllahTaala dengan pasti dan tepat. Selain dan itu, kita wajib meyakinkan pula bahawasifat ilmuNya Allah Taala itu bukannya kerana dicari atau dipelajari, melainkan sejak zaman azali iaitu zaman sebelum adanya sesuatu apa pun kecuali Allah Taala sendiri, juga telah diketahuiNya semua itu sebelum adanya atau sebelumnya terjadi.Perihal bukti bahawa Allah Taala itu bersifat ilmu menurut dalil aqli, ialah andaikata Allah Taala itu tidak mengetahui semua yang ada dan terjadi di seluruh alam

    semesta ini, atau andaikata Allah Taala itu bodoh, sehingga ada sesuatu saja yangtidak diketahuiNya, nescayalah Allah Taala tidak kuasa mengatur keadaan seluruhmakhlukNya yang diciptakan itu.Padahal sudah nyata dengan sejelas-jelasnya, bahawa Allah Taala itu Maha Kuasa mengatur seluruh makhlukNya, maka teranglah pula bahwa Allah Taala itu Maha Pandaiserta Mengetahui segala sesuatu. Selain itu, andaikata Allah Taala itu tidak mengetahui atau ada sesuatu saja yang tidak diketahui, pastilah Allah Taala itu terkena sifat kelemahan sebagaimana halnya para makhluk.Hal yang sedemikian ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal yang sihat, kerana Allah Taala itu memang tidak sama segala - galanya dengan makhluk apa pun juga.Allah Taala adalah Maha Pandai untuk mengatur keadaan para makhluk serta Maha Mengetahui segala sesuatu, sebagaimana yang difirmankan olehNya dan ini adalah dali

    l naqlinya dalam persoalan , iaitu:

    Dan ketahuilah oleh mu semua, bahawasanya Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu.(al-Baqarah: 231)

    10. Allah Taala wajib HAYAT (hidup), mustahil MAUT (mati).Kita wajib meyakinkan pula bahawa hidupnya Allah Taala dengan hidupnya makhluk itu juga berbeza, kerana sebagaimana hidup kita ini pastilah memerlukan wasithah ataupun perantaraan seperti jalannya darah, dengan bernafas, memerlukan adanya hawa, cahaya, makanan, minuman dan lain-lain lagi yang merupakan keperluan hidup,padahal hidupnya Allah Taala itu tidaklah seperti semuanya itu.

    Juga sebagaimana hidupnya manusia ini dan pula makhluk -makhluk yang lain itu tentulah ada permulaan dan ada penghabisannya, ada masa kecil, masa muda, masa dewasa, masa tua dan masa selanjutnya; padahal Allah Taala tidaklah demikian keadaannya.Allah SWT adalah Maha Hidup tanpa wasithah, tidak ada permulaan atau penghabisannya senta tidak ada perubahannya samasekali.

    Bukti hayatnya Allah Taala menuntut dalil aqli ialah, andaikata Allah Taala sampaimeninggal dunia atau mati pada sesuatu saat, maka pastilah alam semesta ini akankehilangan pengatur dan tentulah tidak akan teratur lagi susunannya, tidak ubahnya sebagai keadaan sebuah negara yang tidak mempunyai raja atau tidak berkepalanegara. Padahal sudah nyata bahawa alam semesta serta seluruh makhluk ini tetapterpelihara dan tetap ada pengaturnya, sejak zaman yang tidak dimaklumi oleh ma

    nusia sampai zaman sekarang ini. Dan malahan sampai pada zaman bila juga pun. Adapun dalil naqlinya ialah firman Allah Subhanahuwa Taala:

  • 5/23/2018 Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

    6/14

    Allah Taala iaitu yang tiada Tuhan selain daripadaNya yang Maha Hidup lagi Berdiri(atas ZatNya sendiri). (al-Baqarah: 255)

    11. Allah Taala wajib SAMA(mendengar), mustahil SHAMAM (tuli).Jadi Allah Taala itu Maha Kuasa mendengarkan segala sesuatu baik pun yang terang-terangan ataupun yang tersembunyi. Tetapi wajiblah kita meyakinkan bahawa samanyaAllah Taala itu berbeza dengan samanya para makhluk, kerana sebagaimana manusia i

    tu apabila mendengarkan suatu bunyi-bunyian, pastilah dengan alat pendengar seperti telinga, padahal Allah Taala tidak menggunakan sesuatu alat pun. Adapun buktimendengarnya Allah Taala menurut dalil aqli ialah andaikata Allah Taala itu tuli,pastilah memiliki sifat kekurangan, cela dan noda.

    Jikalau sampai demikian, maka keadaan Allah Taala adalah sama sahaja dengan makhlukNya dan yang sedemikian ini sama sekali tidak dapat dibenarkan oleh akal, kerana Allah Taala itu memang Maha Sempurna dan tidak memiliki sifat kekurangan sedikit pun. Tentang dalil naqlinya, ialah firman Allah Subhanahuwa Taala:

    Apakah orang-orang itu mengira bahawasanya Kami (Allah Taala) tidak dapat mendengarkan apa-apa yang menjadi rahsia mereka serta bisikan-bisikan mereka itu pula ?(

    al-Zukhruf: 80)

    12. Allah Taala wajib BASHAR (melihat), mustahil AMA (buta).Jadi Allah Taala itu Maha Melihat segala sesuatu dan tidak ada suatu benda pun yang terluput dan basharnya Allah Taala, sekalipun disimpan rapat-rapat oleh makhlukNya.

    Allah Taala adalah Maha Melihat, sampai pun seekor semut hitam yang amat kecilnyadi waktu malam gelap gulita atau bahkan yang lebih kecil lagi dan itu. Juga Allah Taala adalah Maha Melihat segala sesuatu yang ada di atas permukaan bumi ataupun yang ada di dalamnya, semua yang ada di dalam kolong langit yang terbentangluas ini ataupun yang ada di atasnya.Selain itu, kita wajib meyakinkan pula bahawasanya basharnya Allah Taala itu tida

    klah sama seperti basharnya makhluk, kerana sebagaimana kita manusia ini jikalaumelihat tentulah dengan menggunakan mata ataupun dengan bantuan kacamata, apabila yang dilihat itu lebih kecil lagi, tentulah dengan menggunakan mikroskop danapabila jauh tentu menggunakan teropong dan lain-lain lagi.

    Tentang bukti basharnya Allah Taala menurut dalil aqli, ialah jikalau Allah Taala itu buta ataupun ada sesuatu saja yang tidak dilihatNya, maka Allah Taala akan bersifat kekurangan, cela dan noda, dan jikalau hal ini terjadi, maka sama sahaja sifatNya itu dengan sifat makhluk. Yang demikian ini tentulah tidak masuk dalam akal kita sama sekali, sebab Allah Taala itu memang memiliki sifat kesempurnaan dan sedikit pun tidak ada kekurangannya. Dalam hal bashar ini Allah Subhanahu wa Taala berfirman, dan inilah yang merupakan dalil naqliNya, iaitu:

    Dan Allah adalah Maha Mendengar lagi Melihat.( al-Baqarah: 137)

    13. Allah Taala itu wajib KALAM (berfirman), mustahil BAKAM (bisu).Adapun kalamnya Allah Taala itu tentulah berbeza dengan berbicaranyamakhluk, kerana sebagaimana kita manusia ini, jikalau berbicara tentulah dengan menggunakan alat seperti bibir, lisan dan lain-lain lagi. Tetapi Allah Taala tidak menggunakanalat apa pun juga, bahkan kalamNya itu tanpa huruf dan suara.

    Bukti kalamnya Allah Taala menurut dalil aqli ialah andaikata Allah Taala itu bisu,tentulah Allah Taala terkenal sifat kekurangan, cela dan noda seperti halnya kalau buta atau tuli. Yang demikian ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal, kerana Allah Taala tidak sama sifatNya dengan sifat makhluk dan pula memang Allah T

    aala itu selamanya tetap bersifat sempurna dan tidak terkena sifat kekurangan sedikit pun. Dalil naqlinya dalam hal ini ialah firman Allah Taala:Dan Allah memberikan firman kepada Musa dengan firman yang sebenar-benarnya.(an-N

  • 5/23/2018 Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

    7/14

    isa: 164)

    14. Allah Taala itu wajib KAUNUHU QADIRAN (adanya Allah itu Maha Kuasa), mustahil KAUNUHU AJIZAN (adanya Allah Taala itu lemah). IDalil aqli dan dalil naqli atau nash dalam bab ini sama dengan sifat qudrat dan ajz.15. Allah Taala wajib KAUNUHU MURIDAN (adanya Allah Taala itu Maha Menghendaki

    ), mustahil KAUNUHU MUKRAHAN (adanya Allah Taala itu terpaksa).Dalil aqli dan dalil naqli atau nas dalam bab ini, sama dengan sifat iradat dan kanahah. 16. Allah Taala wajib KAUHUNU ALIMAN (adanya Allah Taala itu Maha Mengetahui),mustahil KAUNUHU JAHILAN (adanya Allah Taala itu bodoh).Dalil aqli dan naqli atau nas dalam bab ini sama dengan sifat ilmu dan jahil.17. Allah Taala wajib KAUNUHU HAYYAN (adanya Allah Taala mu Maha Hidup), mustahil KAUNUHU MAYYITAN adanya Allah Taala itu mati).Dalil aqli dan dalil naqli atau nas dalam bab ini sama dengan sifat hayat dan maut.

    18. Allah Taala wajib KAUNUHU SAMIAN (adanya Allah Taala itu Maha Mendengar), m

    ustahil KAUNUHU ASHAMMA (adanya Allah Taala itu tuli).Dalil aqli dan dalil naqli atau nas sama dengan sifat samadan shmam.19. Allah Taala wajib KAUNUHU BASHIRAN (adanya Allah Taala itu Maha Melihat),mustahil KAUNUHU AMA (adanya Allah Taala itu buta).Dalil aqli dan dalil naqli atau nas sama dengan sifat bahan dan ama,20. Allah Taala wajib KAUNUHU MUTAKALLIMAN (adanya Allah Taala itu Maha Berfirman), mustahil KAUNUHU ABKAMA (adanya Allah Taala itu bisu).

    Dalil aqli dan dali1 naqli atau nas sama dengan sifat kalam dan bakamAdapun sifat jaiz atau harusnya Allah Taala itu satu, yakni bahawa Allah Taala ituboleh melakukan segala sesuatu yang mungkin ataupun tidak mungkin melakukannya,misalnya si A boleh saja diciptakan oleh Allah Taala sebagai seekor lembu dan boleh pula sebagai seorang manusia. Si B boleh sahaja dijadikan kurus ataupun gemu

    k, dan si C boleh sahaja dijadikan seorang kaya raya dan boleh pula menjadi seorang miskin, hina dan papa, mulia atau hina, sihat atau sakit dan lain-lain sebagainya. Jadi semuanya itu, semata-mata berlaku menurut kehendak Allah Taala.

    Tetapi kita ummat manusia wajib melakukan ikhtiar dan sedaya-upaya supaya kita jangan dikhuatiri takdir yang buruk-buruk dan sebaliknya bekerja keras akan dikurniai takdir yang bagus-bagus. Oleh sebab itu, kita semua wajib ijtihad atau giatbelajar supaya menjadi orang alim dan pandai, jangan sampai bodoh.

    Juga wajib bekerja untuk mendapatkan penghasilan agar menjadi kaya dan jangan miskin. Begitu pula kita wajib berhati-hati dalam menjaga kebersihan, supaya kitatetap sihat dan jangan sampai sakit dan demikianlah seterusnya.

    Dalam hal berdaya-upaya atau berusaha ini, Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

    Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum, sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri.(al-Araf: 11)

    Ringkasnya kita tetap wajib berikhtiar, sebab takdir apa yang akan diberikan oleh Allah Taala kepada kita itu pun kita tidak dapat mengetahuinya. Lagi pula kitawajib mengerti bahawa seseorang yang meninggalkan jalan ikhtiar itu salah sekalidan pula tidak mungkin akan dapat menjadi orang yang maju. Maka orang sedemikian itu akan hinalah selama-lamanya.

    BERIMAN KEPADA MALAIKAT.

    Beriman kepada malaikat iaitu, mempercayai dan meyakini bahawa Allah mempunyai pesuruh-pesuruh-Nya yang bernama malaikat yang tunduk, patuh dan taat kepada Allah SWT. Malaikat bukan manusia dan bukan pula haiwan, dia diciptakan Allah SWT da

  • 5/23/2018 Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

    8/14

    lam bentuknya sendiri, kerana ia bukan wanita ataupun lelaki.

    Malaikat dibekal oleh Allah SWT dengan akal dan selamanya ia patuh kepada AllahSWT serta tidak akan engkar. Malaikat tidak mempunyai hawa nafsu seperti manusiadan haiwan.Malaikat dijadikan Allah daripada badan yang halus atau jismin lathif. Tempat tinggal mereka iaitu memenuhi langit dan bumi. Ruang yang dipakainya tidak menggan

    ggu kehidupan manusia kerana ia diciptakan dan cahaya, sehingga tidak mengganggumanusia dan makhluk lain. Malaikat itu jumlahnya sangat banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Hanya Allah SWT yang mengetahuinya.

    Malaikat yang wajib diketahui iaitu sebanyak 10 malaikat dengan tugas-tugas yangdiberikan oleh Allah SWT kepada mereka.1. Malaikat Jibril Alaihisalam.Malaikat Jibril bertugas menjadi utusan Allah untuk menyampaikan wahyu atau agama Islam kepada para Rasul dan Nabi untuk seluruh umat manusia.2. Malaikat Mikail Alaihissalam.Malaikat Mikail bertugas mengurus hujan dan menghantarkan rezeki kepada sekelianmakhluk yang bernyawa.

    3. Malaikat Israfil Alaihissalam.Malaikat Israfil bertugas membunyikan nafakah atau serunai sangkakala sebanyak dua kali. Tiupan yang pertama mematikan semua makhluk, tiupan yang kedua menghidupkan segala yang telah mati kemudian menuju ke padang mahsyar.

    4. Malaikat Izrail Alaihissalam.Malaikat Izrail bertugas mencabut jiwa atau nyawa segala makhluk yang hidup.5. Malaikat Raqib Alaihissalam.Malaikat Raqib bertugas menulis segala perbuatan yang baik daripada jin dan manusia.6. Malaikat Atidbertugas menulis segala perbuatan yang jahat daripada jin dan manusia.7. Malaikat Munkar Alaihissalam.

    Malaikat Munkar bertugas untuk menanyakan amalan baik dan jahat kepada seluruh manusia yang telah mati di dalam kubur.8. Malaikat Nakir Alaihissalam.Malaikat Nakir juga bertugas sebagai menanyakan amalan baik dan buruk kepada seluruh manusia yang telah mati ketika di dalam kubur.9. Malaikat Malik AlaihissalamMalaikat Malik as. bertugas menjaga Neraka.10. Malaikat Ridhwan Alaihissalam.Malaikat Ridhwan bertugas sebagai menjaga Syurga.

    Keutamaan Allah mengutus Malaikat

    Di antara keutamaan-keutamaan diutus para Malaikat oleh Allah SWT iaitu:

    1. Membuktikan bahawa kekuasaan Allah SWT itu amat luas, meliputi segala aspek kehidupan baik yang bersifat nyata seperti alam dunia ini mahupun yang bersifat ghaib atau rohaniah seperti keadaan malaikat dan sebagainya.2. Malaikat dan manusia tidak akan dapat berhubungan antara satu sama dengan yang lainnya ketika malaikat dalam keadaan yang asal. Kecuali jika Allah rnenyerupakan malaikat dengan bentuk manusia. Walaupun jumlah malaikat itu banyak memenuhi langit dan bumi namun ia tidak menimbulkan kesan dan tidak mengganggu antara sesamanya.3. Manusia tidak mampu untuk berhadapan dengan Nur Ilahi yang Mutlak. MakaAllah SWT menjadikan malaikat sebagai penghubung antara manusia dengan Allah.4. Allah SWT memberikan perintah dan ketentuan-ketentuan-Nya untuk manusia

    dengan dihantarkan oleh malaikat kepada para Rasul. Kadang kala ia menyerupai manusia dan juga dalam bentuk pesan-pesan dan isyarat seperti bunyi loceng atau sebagainya.

  • 5/23/2018 Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

    9/14

    5. Memberi manfaat dalam kehidupan manusia, kerana malaikat malaikat rahmatsentiasa mendoakan kepada insan yang berbuat baik. Sehingga Allah SWT memberikan balasan yang besar kepada manusia.

    BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB.

    Kitab iaitu Sekumpulan wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Rasul-rasulNya serta mengandungi undang-undang yang lengkap. Di dalamnya menyentuh soal ibadah, aqidah. muamalah dan akhlak dan sebagainya . Di samping itu juga menyebut perkaraSamiyah iaitu tentang syurga neraka, mizan, sirat dan sebagainya.Selain daripada Kitab Suci ada lagi kumpulan wahyu Allah SWT yang disebut denganshuhuf. Syuhuf iaitu kumpulan wahyu Allah yang berbentuk lembaran-lembaran kertas yang berisi hukum-hukum asas, belum merupakan pedoman yang lengkap.

    Beriman kepada kitab-kitab Allah iaitu, percaya bahawa Allah SWT menurunkan kitab-kitab kepada Rasul-rasul-Nya. Untuk mengatur kehidupan manusia baik di dunia mahupun di akhirat. Dengan demikian maka setiap orang-orang yang beriman wajib mempercayai bahawa Allah SWT menurunkan kitab atau wahyu-wahyu-Nya kepada para Nab

    i dan Rasul. Kitab yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi dan Rasul itu terdiri daripada dua bentuk iaitu berbentuk Shuhuf dan Kitab suci. Shuhuf ini hanya berjumlah 100 buah.

    1. SHUHUF.

    a) Sebanyak 50 shuhuf diberikan kepada Nabi Shith as.b) Sebanyak 30 shuhuf diberikan kepada Nabi Idris as.c) Sebanyak 10 shuhuf diberikan kepada Nabi Ibrahim as.d) Sebanyak 10 Shuhuf diberikan kepada Nabi Musa as.

    2. KITAB-KITAB.

    a) Taurat.b) Zabur.c) Injil.d) Al-Quran.

    a). Kitab Taurat.Kitab Taurat ini diturunkan Allah SWT kepada Nabi Musa as. selain daripada 10 shuhuf yang Allah berikan kepadanya. Kitab Taurat diturunkan Allah dalam bahasa Ibrani. Dalam kitab Taurat ini mengandungi hukum-hukum syarak dan keyakinan yang betul. Ia juga menerangkan bahawa seorang nabi akhir zaman (Muhammad SAW) akan lahir dan keturunan Nabi Ismail as. Kitab Taurat yang asli tidak ditemui lagi padamasa sekarang, kerana isinya telah dikurang dan ditambah oleh orang-orang Yahud

    i.

    b) Kitab Zabur.Kitab Zabur diturunkan Allah SWT kepada Nabi Daud as dalam bahasa Qibthi. Zaburtidak mengandungi hukum-hukum. Kandungannya hanya berupa perkhabaran, cerita-cerita, zikir-zikir, doa-doa serta hikmah-hikmah.

    Oleh sebab itu Nabi Daud tidak mempunyai syariat tersendiri. Nabi Daud as dan umatnya hanya mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Musa as.

    c) Kitab InjilKitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa as. dalam bahasa Suryani. Di antara kandungan yang utama dalam kitab ini iaitu menyeru kepada umat manusia agar mengesaka

    n Allah SWT.Kitab Injil juga mengkhabarkan bahawa akan lahir di akhir zaman seorang Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.

  • 5/23/2018 Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

    10/14

    Orang-orang Kristian mengurang dan menambah disesuaikan dengan keinginan merekasendiri, diberi nama dengan Bible yang terdiri daripada dua bahagian besar. Pertama bahagian Taurat mereka namakan dengan Perjanjian Lama (Old Testament). Keduabahagian Injil mereka namakan dengan Perjanjian Baru(New Testament), sedangkan Zabur masuk dalam bahagian kedua, mereka namakan dengan Mazmur.

    d) Kitab Suci al-Quran.Kitab suci al-Quran adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran diturunkan Allah SWT dalam bahasa Arab. Di dalam al-Quran membawa hukum-hukum, serta peraturan-peraturan yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan manusia, baik dalam mencapai kemakmuran hidup di dunia mahupun untuk kebahagiaan di akhirat.Ajaran yang disampaikan dalam al-Quran sesuai untuk seluruh umat manusia di permukaan bumi. Tidak kiralah bangsa dan keturunannya. Ajaran yang termuat dalam al-Quran lengkap dan sempurna, ia tidak akan berubah dan kekal selama-lamanya bahkan ia tetap dipelihara oleh Allah SWT.

    Firman Allah artinya:

    Sesungguhnya, Kami Yang Menurunkan peringatan (al Quran), dan Kami tetap memeliharanya.(Al-Hijr: 9)

    1. Kitab-kitab yang Allah turunkan itu merupakan bukti kepada umat-umat yang dipimpin oleh para Rasul dan Nabi. Sehingga mereka mengetahui bahawa yang mereka ikut adalah benar- benar seorang Nabi atau Rasul.2. Sebagai pedoman untuk para Nabi dan Rasul dalam memberikan bimbingan dandakwah kepada umat manusia.3. Kitab-kitab itu juga merupakan bukti untuk seluruh umat manusia bahawa ilmu Allah itu sangat besar dan tinggi. Tidak ada seorang pun yang sanggup menjawab ilmu Allah SWT.4. Kitab-kitab tersebut juga merupakan mukjizat bagi para rasul dan Nabi. K

    erana tidak ada seorang pun yang mampu meniru dan menyamai ayat-ayat atau firmanAllah tersebut.5. Agar manusia mengetahui bahawa makhluk yang ada di alam yang fana ini ada yang menciptakan dan yang menjadikannya. Kemudian beriman kepada yang menciptakan manusia serta segala makhluk.

    BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL

    1. Perbedaan Nabi dan Rasul.Allah SWT telah memilih pada masa-masa yang lalu nabi dan rasul untuk menyampaikan perintah-perintah-Nya kepada manusia agar manusia memperolehi kebaikan di dunia dan di akhirat. Kita wajib mempercayai bahawa Allah SWT mengutus para Nabi da

    n Rasul untuk memberi bimbingan kepada seluruh umat. Cuma kadang kala di dalam menyampaikan dakwah para Nabi dan Rasul mendapat tentangan daripada kaumnya.Nabi iaitu seorang manusia lelaki yang merdeka yang diwahyukan oleh Allah SWT kepadanya, supaya dia melakukan perbuatan yang baik hanya untuk dirinya sendiri. Dia tidak pula disuruh untuk menyampaikan kepada orang lain.

    Sedangkan Rasul iaitu seorang manusia lelaki merdeka yang diwahyukan oleh AllahSWT supaya dia beramal untuk dirinya sendiri kemudian menyampaikan wahyu Allah SWT itu kepada kaumnya. Oleh sebab itu tidaklah setiap Nabi itu Rasul, tetapi setiap Rasul adalah Nabi.

    2. Jumlah Nabi dan Rasul.Menurut keterangan para ulama, bahawa jumlah nabi-nabi itu semuanya adalah seban

    yak 124,000 orang. Sedangkan yang menjadi Rasul sebanyak 313 orang. Namun jumlahyang sebenarnya nabi dan Rasul ini hanya Allah SWT yang mengetahuinya. Di antara 313 orang Rasul tersebut hanya 25 orang yang disebut di dalam al-Quran, yang s

  • 5/23/2018 Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

    11/14

    emenjak Nabi Adam as. sampailah Nabi Muhammad SAW.

    Di antara nama-nama Rasul yang wajib diketahui iaitu:

    1. Adam a.s.2. Idris a.s.3. Nuh a.s.

    4. Hud a.s.5. Salleh a.s.6. Ibrahim a.s.7. Luth a.s.8. Ismail a.s9. Ishak a.s.10. Yaqub a.s.11. Yusuf a.s.12. Ayub a.s.13. Syuaib a.s.14. Musa a.s.15. Harun a.s.

    16. Zulkifli a.s.17. Daud a.s.18. Sulaiman a.s.19. Ilyas a.s.20. Ilyasaa.s.21. Yunus a.s.22. Zakaria a.s.23. Yahya a.s.24. Isa a.s.25. Muhammad SAW.

    3. Sifat-sifat para Rasul.

    a. Sifat-sifat Wajib bagi Rasul.i. Siddiq artinya Benarii. Amanah artinya Dipercayaiiii. Tabligh artinya. Menyampaikaniv. Fathanah artinya Cerdas atau bijaksana

    b. Sifat-sifat mustahil bagi Rasul:

    i. Kizib artinya Dustaii. Khianat artinya Tidak dipercayaiiii. Kitman artinya Menyembunyikan kebenaraniv. Baladah artinya Bodoh

    c. Sifat yang harus bagi Rasul.Adapun sifat yang harus bagi Rasul iaitu Al-Aradhu al Basymiyyahmaksudnya Berperilaku seperti manusia biasa. laitu berkahwin, makan, minum, tidur dan sebagainya.

    Hikmah beriman kepada Nabi dan Rasul.

    1. Agar umat manusia meyakini bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi dan Rasulitu mutlak kebenarannya dan ia datang daripada Allah SWT.2. Untuk membuktikan bahawa ajaran yang dibawa oleh rasul itu benar, maka Allah memberikan mukjizat kepada mereka. Sehingga umat manusia beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.3. Wajib bagi manusia menyakini, bahawa para Nabi dan Rasul itu adalah manu

    sia biasa. Ia makan, minum, sakit, wafat, berkahwin dan sebagainya. Sehingga tidak menimbulkan anggapan bahawa Nabi adalah anak Tuhan dan sebagainya.4. Setiap masa atau zaman ada seorang Rasul yang diturunkan oleh Allah SWT,

  • 5/23/2018 Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

    12/14

    dan para umat supaya mengikut ajarannya. Apabila telah wafat Rasul tersebut, maka Allah mengutus Rasul yang lain, kemudian umat manusia wajib mengikuti ajaranRasul yang diutuskan oleh Allah tersebut. Hinggalah kepada Rasul yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.5. Allah mengutus para Rasul untuk menunjukkan jalan yang lurus kepada manusia, dengan memberikan berita gembira dan berita mengerikan, dengan tujuan agarmanusia beriman kepada Allah setelah datangnya rasul tersebut.

    BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT

    1. Pengertian KiamatKiamat bererti berdiri atau bangkit. Dalam ilmu Tauhid kiamat itu bererti kebangkitan semula di alam yang baru setelah hancurnya alam semesta ini. Hari Kiamat juga merupakan hari yang penghabisan tidak ada siang ataupun malam. Pada saat itusemua makhluk Allah akan dihancurkan dan semua manusia akan dibangkitkan kembali dan kuburnya untuk ditimbangkan segala amal baik mahupun amal yang jahat.

    Kita wajib percaya akan datangnya hari kiamat tersebut, dan segala yang terjadidi hari itu, segala isi alam ini akan hancur. Langit digulung, bintang-bintang j

    atuh bertaburan, matahari menjadi padam. Kemudian bumi bergoncang sekuat-kuatnya, air laut melimpah sehingga alam ini menjadi banjir yang amat dahsyat.

    Setelah peristiwa dahsyat itu terjadi, maka seluruh makhluk menjadi binasa. Bagimanusia ia akan dibangkitkan kembali dan berkumpul di padang mashyar untuk dihitung segala amalannya.

    2. Nama-nama hari Kiamat.Nama-nama Kiamat itu sangat banyak sekali di antara ialah:

    1. Yaumul Qiyamah ertinya Hari Kebangkitan.2. Yaumul Zalzalah ertinya Hari Kegoncangan.3. Yaumul Muhasabah ertinya Hari Perhitungan.

    4. Yaumul Hasrah ertinya Hari Penyesalan.5.Yaumul Waqiah ertinya Hari Peristiwa Dahsyat.6.Yaumur Rajiah ertinya Hari Gempa yang besar.7.Yaumul Khizyi ertinya Hari Kehinaan.8.Yaumul Jami ertinya Hari Pengumpulan.9.Yaurnul Jazaertinya Hari Pembalasan.10.Yaumud Din ertinya Hari Keputusan.

    Tanda-tanda Kiamat.

    Di antara tanda-tanda terjadi kiamat itu banyak sekali diterangkan Allah di dalam al-Quran begitu juga hadis-hadis Rasulullah SAW. Masa terjadi kiamat itu dapat

    dibahagikan kepada dua peringkat, pertama kiamat kecil dan kedua kiamat besar.

    a. Tanda-tanda Kiamat Kecil.Kiamat kecil juga dapat kita rasakan dalam kehidupan seharian. Umpamanya kematian seseorang. Kerana setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dengan demikian telah terjadinya kiamat kecil dalam diri orang yang telah meninggal dunia itu. Dalam hadis Rasulullah ada dijelaskan: Siapa yang sudah mati, maka berlakulahkiamat baginya.

    Jika seseorang telah meninggal dunia, maka putuslah segala hubungannya dengan dunia. Baik anak-anak, saudara serta orang yang disayangi. Begitu juga amalannya telah terhenti, kecuali dari tiga aspek.

    Di dalam hadis Rasulullah ada diterangkan, bahawa apabila mati anak Adam maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yangbermanfaat, kemudian anak yang soleh yang mendoakan kedua orang tuanya.

  • 5/23/2018 Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

    13/14

    Setelah meninggal dunia maka tinggallah jasad seorang diri di dalam kubur. Jikamempunyai amalan yang baik ketika di dunia maka ia akan mendapat balasan yang baik. Namun jika di dunia banyak mengerjakan dosa dan maksiat maka seksalah yang akan dirasakannya.

    Firman Allah SWT artinya:

    Di hadapan mereka terdapat barzakh (dinding yang membatasi dengan dunia) hingga hari mereka dibangkitkan.(Al-Mukminun: 100)

    b. Tanda-tanda Kiamat Besar.Kiamat besar, atau kiamat yang sebenarnya iaitu terjadinya kehancuran di alam ini. Ini merupakan bukti bahawa akan terjadinya peristiwa yang sangat besar iaituberkumpul di padang mahsyar. Ketika Kiamat itu terjadi manusia berterbangan bagaikan kapas, bumi bergoncang sekuat-kuatnya sehingga mengeluarkan segala isinya.Tidak ada seorangpun yang dapat menyelamatkan dirinya daripada maut.

    Firman Allah SWT ertinya:Mereka tidak menunggu, melainkan satu pekikan sahaja, yang akan menghancurkan bum

    i dan yang akan membinasakan mereka, ketika mereka sedang bertengkar.(Yasin: 49)Setelah manusia menjadi hancur dan musnah, kemudian Allah SWT menghidupkan kembali sekelian manusia untuk berkumpul di padang mahsyar. Mereka akan di hisab ataudihitung segala amalan ketika hidup di dunia.

    Firman Allah SWT ertinya:Dan ditiuplah sangkakala (kali yang kedua), maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dan kuburnya menuju Tuhan mereka.(Yasin: 51).

    Di antara perkara yang dijalani manusia setelah mereka dibangkitkan di padang mahsyar nanti iaitu.

    a) Hisab.

    Hisab iaitu perhitungan atau keputusan Allah kepada manusia tentang amalannya yang baik ataupun buruk, sebagai balasan daripada usahanya di dunia. Perkara yangpaling utama yang dihitung oleh Allah SWT nanti ialah solat. Dalam hadis Rasulullah SAW dijelaskan maksudnya:

    Perkara yang mula-mula diperhitungkan oleh Allah terhadap hamba-Nya ialah solat.(HR: Tarmizi)

    b) Mizan.Mizan ertinya timbangan. Setelah selesai semua perhitungan amal, maka amalan tersebut ditimbang, apakah banyak amalan baik atau amalan yang buruk. Jika amalan baik lebih banyak maka akan mendapat balasan syurga, namun jika amalan buruk yang

    banyak maka akan ditempatkan di dalam neraka.

    Firman Allah SWT ertinya:Dan Kami adakan timbangan-timbangan yang adil di hari Kiamat dan tiadalah teraniaya atau dirugikan seseorang walau sedikitpun. Dan jika ada amalan manusia itu sebesar biji sawi pun pasti akan Kami datangkan juga, dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan.(Al-Anbia 47)

    c) Sirat.Sirat atau titian iaitu merupakan sebuah jambatan yang menuju neraka atau syurga. Semua manusia di perintah agar melalui titian tersebut. Orang yang baik amalannya maka dengan mudah ia melintasi sirat tersebut. Namun bagi mereka yang jahatakan dimasukkan ke dalam api neraka yang telah bersedia menunggu kehadiran pengh

    uninya.

    d) Neraka.

  • 5/23/2018 Rukun Iman Dan Sifat 20 Allah

    14/14

    Neraka iaitu tempat menerima azab daripada Allah yang disediakan bagi orang-orang yang engkar kepada-Nya. Azab di neraka merupakan azab yang sangat dahsyat daripada Allah dan tidak seorang pun yang dapat menolongnya.

    Firman Allah SWT ertinya:

    Sesungguhnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka sesu

    ngguhnya baginya neraka jahanam. a tidak akan mati di dalamnya dan tidak pula hidup.(Thaha. 74)

    e) Syurga.Syurga atau jannah bererti taman atau kebun. Dalam istilah ilmu Tauhid syurga iaitu, tempat manusia yang menerima anugerah daripada Allah SWT, atas segala kebaikan yang dilakukannya selama dia hidup di dunia.

    Rasulullah SAW bersabda:

    Syurga mempunyai 100 darjat, atau tingkat, di antara satu tingkat dengan tingkatyang lain, sama dengan jarak antara langit dan bumi. Tingkat yang paling tinggi

    iaitu syurga Firdaus, daripadanya akan mengalir sungai-sungai ke dalam empat syurga, di atasnya terletak Arasy. Apabila kamu meminta kepada Allah, maka mintalahSyurga Firdaus.(Riwayat Bukhari dan Tarmizi).

    Allah SWT berfirman ertinya:

    Sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril pada waktu yang lain, iaitu di Sidratul Muntaha, yang di sisinya terdapat syurga tempat kembali.(An-Najmi:13-15).

    BERIMAN KEPADA QADA DAN QADAR.

    1. Pengertian Qada dan Qadar.

    Qada iaitu Hukum Allah tentang mewujudkan sesuatu dengan segala sifat sesuatu itu.Sedangkan Qadar iaitu, Ilmu Allah di zaman azali (sebelum terjadi sesuatu) tentang sifat-sifat dan ketentuan makhluk-Nya

    Beriman kepada Qada dan Qadar adalah wajib. Orang-orang yang tidak percaya kepada rukun iman yang enam ini maka dia akan tergolong kepada orang-orang yang kafir. Seorang muslim harus sabar dalam menerima segala ketentuan Allah, kerana segala yang Allah berikan kepada manusia mengandungi hikmah yang sangat besar yang belum mampu di selidik oleh manusia.

    Namun begitu, Allah memberikan kemampuan kepada manusia untuk berusaha semampunya. Sedangkan hasil daripada usaha tersebut ditentukan oleh Allah SWT. Rasulullah

    SAW bersabda maksudnya. Manusia berusaha tetapi Allah SWT yang menentukan.

    1.Pembahagian Qada dan Qadar.a) Qada dan Qadar Mubram.

    Maksudnya Qada dan Qadar Mubram iaitu: Ketentuan Allah yang mesti berlaku dan tidak dapat dielakkan atau dirubah oleh manusia. Umpamanya calon janin yang sudah ditentukan jenis jantinanya, dimana seseorang itu akan meninggal dunia, dimana iaakan dikuburkan, bila akan terjadi kiamat dan sebagainya.

    b) Qada dan Qadar Muallaq.

    Maksud Qada dan Qadar Muallaq iaitu: Qada dan Qadar yang digantungkan atau Qada

    dan Qadar yang masih dapat berubah. Pada tahap ini, kita, masih diwajibkan berusaha sedaya upaya menurut kemampuan diri sendiri.