Ringkasan teori

70

Click here to load reader

description

nota kaunseling

Transcript of Ringkasan teori

Page 1: Ringkasan teori

Ringkasan Inti Teori Alfred Adler

Ringkasan Teori Alfred Adler

Alfred Adler berpendapat bahwa manusia adalah mahluk individual yang dimotivasikan oleh dorongan-dorongan social yang sudah dibawa sejak lahir. Adler menjadi pelopor dalam psikologi perkembangan yang mengemukakan teori bahwa kesadaran (consiusness) merupakan bagian yang penting dalam kepribadian (personality). Teori Adler yang bertentangan dengan Freud, terletak pada kesadaran individu yang berusaha memperbaiki kehidupannya dengan konsep bagaimana memahami seseorang yang bekerja keras dapat menjadi sukses, sedangkan bagi orang yang kurang bekerja keras dan tidak sukses merupakan tanggung jawab mereka dalam membuat kesalahan memilih. Menurut Adler, manusia adalah mahluk social utama. Kebutuhan pemuasan seksual manusia hanya merupakan salah satu dari banyaknya kebutuhan dasar manusia, tergantung bagaimana manusia mengaturnya, merencanakannya dan melakukannya dalam aktifitas hidup sehari-hari. Konsep diri yang kreatif, mencari pengalaman-pengalaman yang akan membantu pemenuhan gaya hidup pribadi yang unik.

Struktur Kepribadian Teori Adler, iaitu :

1 Perasaan rendah diri dan kompensasi (Inferiority feeling and compensation)2 Tujuan yang semu (Fictional finalism)3 Berjuang untuk menjadi superior ( Striving for Superiority)4 Minat Sosial (Social Interest)5 Gaya hidup (Style of life)6 Aku yang kreatif (Creative self)

1.Perasaan rendah diri dan kompensasi (Inferiority feeling and compensation)

Semua individu memiliki kekurangan / kelemahan, dan hal itu seringkali memicu perasaan rendah diri. Untuk menutupi kekurangannya tersebut, individu berusaha mengkompensasi dalam bidang lain.

Page 2: Ringkasan teori

2.Tujuan yang semu (Fictional finalism)

Pada dasarnya individu melakukan sesuatu adalah karena adanya tujuan ke masa depan dan bukan ke masa lalu. Tujuan itu bersifat semu tapi dapat menjadi pendorong bagi individu dalam melakukan sesuatu.

3.Berjuang untuk menjadi Superior (Striving for superiority)

Setiap individu selalu ingin menjadi yang sempurna / mengejar kesempurnaan. Superioritas merupakan suatu gerak yang mengarahkan individu pada kesuksesan terutama dalam konteks social.

4.Minat Sosial (Social interest)

Minat-minat social mencakup kerjasama, relasi, interpersonal dan social, identifikasi kelompok dan empati. Individu dikatakan sehat apabila termotivasi oleh perasaan inferiority yang normal disertai dengan minat social yang tinggi.

5.Gaya hidup (Style of life)

Merupakan cara yang unik dari setiap individu yang berjuang untuk mencapai tujuan. Setiap individu memiliki gaya hidup, tetapi tidak ada dua orang yang mengembangkan gaya hidup yang sama.

6.Aku yang kreatif (Creative self)

Individu menciptakan kepribadiannya sendiri dengan mengkonstruksi sifat-sifat aslinya dengan pengalaman yang diperolehnya. Individu memiliki kekuatan sendiri untuk bebas menciptakan gaya hidupnya sendiri-sendiri.

Kepribadian seorang individu mulai terbentuk dan cenderung menetap sejak usia 5-6 tahun. Ada 3 pengaruh masa kanak-kanak yang menetap dalam suatu gaya hidup yang salah :

Page 3: Ringkasan teori

7 Perasaan rendah diri ( feeling of inferiority )8 Pemanjaan ( pampering )9 Pengabaian ( neglectful )

Adler mengembangkan teori urutan lahir, didasarkan pada keyakinan bahwa keturunan, lingkungan, dan kreatifitas lingkungan bergabung membentuk kepribadian.

Adler menggambarkan perbedaan sifat anak sesuai dengan urutan kelahiran :

10 Anak pertama : menjaga, melindungi, pengatur yang baik, kecemasan tinggi, pengkritik11 Anak kedua : motivasinya tinggi, suka bersaing, dapat bekerjasama, pemberontak, mudah putusasa.12 Anak bungsu : ambisius, realistis, manja, tergantung pada orang lain13 Anak tunggal : dewasa secara sosial, manja, ingin selalu menjadi pusat perhatian, perasaan kerjasama rendah, takut bersaing

Teori Adler

LATAR BELAKANG TEORI ALFRED ADLER

Afred Adler mengemukakan beberapa perkara penting yang terdapat dalam teori personaliti Freud. Antaranya mimpi dan pengalaman kanak-kanak mempengaruhi tingkah laku seorang dewasa, sistem. Sistem personaliti merupakan sistem yang berkembang serta pernyataan luaran berkait dengan masalah-masalah yang terpendam di alam bawah sedar.

Manusia sebagai makhluk sosial berkeinginan untuk berhubungan dengan ahli masyarakat yang lain untuk memperolehi matlamat tertentu. Keinginan tersebut bukan semata-mata didorong oleh keperluan ataupun esakan seks semata-mata. Keinginan tersebut menampilkan seseorang itu sebagai individu yang berbeza dengan orang lain atau unik. Bagi Adler, tujuan utama seseorang itu bertingkah laku adalah untuk memperoleh rasa selamat dan mengatasi masalah inferioriti.

Pusat personaliti seseorang itu berasal dari alam sedar. Apabala menyedari dengan jelas, seseorang itu akan mengarahkan dirinya untuk bertingkah laku. Antara usaha untuk mengatasi masalah rendah diri ialah dengan mendorong diri ke arah kreativiti. Usaha yang ditunjukkan ini memberi tafsiran kepada kita bahawa manusia bukanlah suatu makhluk yang pasif ataupun menyerah kepada nasib semata-mata seperti yang diterapkan dalam teori personaliti Freud.

Page 4: Ringkasan teori

Perkembangan personaliti berpusat kepada aspek-aspek dalaman individu. Kelebihan yang terdapat dalam aspek ini ialah kendiri kreatif yang berfungsi untuk mentafsir semua pengalaman yang dipunyai oleh individu. Apabila dibandingkan dengan teori personaliti yang dikemukakan oleh Freud, teori personaliti yang dikemukakan oleh Adler tidak mengandungi sebarang konsep yang agak kontroversial.

Matlamat teori ini agak jelas untuk menggalakkan perkembangan individu, keluarga dan masyarakat ke arah kehidupan demokrasi yang berlandaskan kerjasama dan persamaan sosial. Pendekatan ini mengimbangkan keperluan individu secara optima dan tanggung jawab sosial kepada masyarakat. Oleh itu, teori personaliti yang dikemukakan oleh Adler merupakan teori personaliti yang pertama menyentuh aspek kesihatan mental.

KONSEP-KONSEP ASAS TEORI PERSONALITI ALFRED ADLER

Terdapat enam konsep utama dalam teori personality Alfred Adler iaitu : I. Kendiri kreatifII. Gaya hidupIII. Minat sosialIV. Perasaan Inferio dan pampasanV. SuperioritiVI. Fictional Finalism

Kendiri Kreatif

Penemuan Alfred Adler adalah sangat besar dalam bidang psikologi. Kemuncak huraiannya ialah Teori Personaliti iaitu kendiri kreatif yang dipunyai oleh setiap manusia yang normal. Kendiri kreatif menjadikan seseoarang mempunyai personaliti yang teragung dan ia juga merupakan pengantara di antara ransangan dan gerak balas. Perantara kendiri kreatif boleh diaktifkan seoptima yang mungkin. Kendiri kreatif mewarnai seluruh kehidupan seseorang individu serta ia juga menjadi penentu utama masa depan kepada seseorang individu dalam usahanya untuk mencapai sesuatu yang dihajatinya.

Gaya Hidup

Matlamat utama kehidupan seseorang individu ialah nirwana kendiri ataupun kesempurnaan. Seserang individu akan berusaha untuk mencapai cita-cita melalui tingkah laku yang spesifik. Setiap individu mempunyai perwatakan,perangai dan tabiat spesifik yang berbeza. Perbezaan ini digelar sebagaigaya hidup. Untuk memahami perbezaan gaya hidup ia hendaklah dirujuk kembali kepada konsep Inferioriti dan keseimbangan. Contohnya bayi mengalami inferiority dengan memberi perangsang untuk menjadi seorang yang ringan tulang dan tidak bergantung kepada orang lain. Bagi memperolehi keseimbangan tersebut, seseorang kanak-kanak memerlukan satu set tingkag laku.

Set tingkah laku terbentuk dengan memberi keseimbangan terhadap inferiority yang dialami. Aktiviti ataupun kegiatan yang dilakukan dikenali sebagai pasti ataupun

Page 5: Ringkasan teori

dipengaruhi oleh gaya hidup seseorang.Gaya hidup juga boleh dipelajari daripada interaksi sosial pada masa kanak-kanak. Gaya hidup terbentuk dengan nyata dan kekal pada semasa kanak-kanak berumur empat ataupun lima tahun, gaya hidup yang terbentuk ini amat sukar untuk diubah.

Interaksi sosial sangat penting dilalui oleh kanak-kanak ialah interaksi penghubung kanak-kanak, ibu bapa dan urutan kelahiran. Contonya ialah kealpaan ibu bapa gagal memberikan masa secukupnya kepada anak-anak akan membentuk Inferioriti dalam diri kanak-kanak tersebut. Kesannya kanak-kanak sukar meniru dan menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling.Kanak-kanak tersebut juga mudah mempinyai perasaan balas dendam dan hasad dengki terhadap kejayaan orang lain dan merasakan apa yang difikirkan bersesuaian dengan perkara-perkara yang dilakukannya.

Dalam konteks ini,Adler telah menganggapn manusia sebagai deterministic iaitu bersamaan dengan anggapan Sigmund Freud. Namun begitu menurut Adler manusia bukanlah mangsa yang sepenuhnya interaksi ataupun ransangan yang diwujudkan semasa interaksi sosial.Beliau juga mengaitkan tanggapan ini dengan konseo-konsep kendiri kreatif.

Minat Sosial

Konsep merujuk kepada potensi dalaman individu untuk bekerjasama dengan orang lain bagi mencapai matlamat peribadi dan masyarakat (Ansbacher dan Ausbacher,1956). Adler mempercayai hidup bersama orang lain ataupun bermasyarakat merupakan perkara utama yang harus dicapai dalam kehidupan.

Tahap penyesuaian sosial merupakan sebahagian gaya hidup seseoarang mempengaruhi cara-cara kita untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Menurut Adler, seseorang lebih dipengaruhi unsur sosial berbanding dengan unsur-unsur biologi. Potensi minat sosial terdapat dalam diri setiap individu. Untuk membangkitkan dan melebarkan minat sosial yang sedia ada dalam diri individu ia bergantung kepada pengalaman sosial semasa kana-kanak.

Awal kehidupan manusia tidak hidup bersendirian. Seseorang manusia mempunyai keluarga,puak ataupun kaum dan yang seterunya ialah negeri ataupun negara. Ahli komuniti bergantung kepada ahli-ahli yang lain bagi tijuan keselamatan dan kehidupan. Tujuan tersebut menuntut seseorang individu supaya memberi kerjasama dan membenarkan individu mengamalkan minat sosial yang dipunyai untuk menerima dan mencapai matlamat diri dan komuniti.

Adler telah menegaskan bahawa perlunya dipupuk hubungan yang baik diantara si ibu dengan si anak yang baru dilahirkan. Begiti juga dengan hubungan yang konstruktif mengenai kanak-kanak dengan ahli keluarga dan guru-guru ataupun penjaganya.Ibu adalah orang yang pertama berhubung dengan bayi dan boleh mempengaruhi serta mempertingkatkan minat sosial ataupun merencatkan minat tersebut. Walaubagaimanapun, proses ini bergantung kepada cara bayi menginterprestasikan tingkah laku ibu mereka. Kaedah ini mengingatkan kita kepada konsep kendiri kreatifyang kita huraikan.

Perasaan Inferrior dan Pampasan

Page 6: Ringkasan teori

Inferioriti merupakan salahsatu istilah psikologi yang berasal daripada kaedah-kaedah yang diperkenalkan oleh Alfred Adler untuk mendalami aspek personality manusia. Adler percaya bahawa perasaan inferiority sentiasa wujud dan memberi motivasi kepada perkembangan personality manusia. Inferioriti merupakan perkara umum yang berlaku dikalangan manusia yang tidak menunjukkan tanda kelemahan dan abnormal kepada seseorang individu. Perasaan inferiority juga merupakan sumber kepada perjuangan manusia dan mewarnakan keseluruhan tingkah laku individu. Perkembangan individu merupakan hasil daripada usaha kita untuk mengimbangi perasaan inferioriti.

Proses inferioriti bermula sejak bayi lagi. Bayi kecil ( fizikalnya ) adalah bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa khususnya ibu bapa mereka.Seorang bayi mula menyedari kekuatan yang dipunyai oleh penjaga mereka disamping kelemahan yang menghantui dirinya.Adalah sukar bagi seorang bayi untuk mencabar sumber kekuasaan orang dewasa.Kesannya, seseorang bayi mula mengembangkan perasaan inferioriti yang relatifnya bergantung kepada kekuatan orang dewasa yang ada disekelilingnya.

Pengalaman ini dilalui oleh setiap individu yang tidak boleh diwarisi secara genetic. Pengalaman ini adalah hasil daripada interaksi dengan persekitaran. Inferioriti bukan sahaja merupakan jalan keluar daripada tekanan yang dihadapi oleh bayi tetapi juga merupakan satu bekalan semangat untuk berjuang dan berkembang di kemudian hari .

Kadang kala proses inferioriti tidak berlaku dengan begitu mudah seperti yang diterangkan. Terdapat beberapa masalah bagi seseorang bayi yang tidak berjaya mengimbangi masalah inferioriti tentang dirinya sendiri. Kegagalan untun mengimbangi perasaan inferioriti menghasilkan inferioriti kompleks. Inferioriti kompleks merupakan seseorang yang mempunyai pandangan yang sempit terhadap dirinya sendiri dan sukar untuk menyahut cabaran kehidupan,tidak berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Menurut Adler, inferioriti kompleks bermula melalui tiga cara :

a. Inferioriti Organik

Disebabkan oleh kekurangan yang terdapat pada struktur fizikal seseorang yang mengalami kecacatan. Biasanya individu yang mengalami kecacatan fizikal akan bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa kecacatan fizikal bukanlah penyebab kepada kegagalan termasuklah mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan, aktivis masyarakat ataupun penghibur .

b. Kemanjaan ataupun tabiat buruk

Kanak-kanak mempunyai tabiat buruk ataupun kemanjaan yang dikatakan menjadi pusat perhatian di rumah. Semua kehendak mereka diikuti oleh orang dewasa, hanya sedikit sahaja kehendak yang tidak dilayan. Akibatnya golongan ini merasakan mereka merupakan individu penting dalam sebarang situasi.

Mereka beranggapan bahawa orang lain yang ada disekeliling mereka memberi perhatian yang sepenuhnya kepada mereka. Masalah inferioriti kompleks mula timbul di sekolah ( mungkin pada hari pertama persekolahan ). Apabila kanak-kanak tersebut tidak

Page 7: Ringkasan teori

lagi menjadi pusat perhatian utama seperti di rumah, situasi ini merupakan suatu kejutan yang tidak disangkakan oleh kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak tersebut tidak bersedia lagi untuk menerima keadaan ini.

Kanak-kanak yang mempunyai tabiat buruk ataupun kemanjaan seperti mempunyai perasaan sosial yang minima. Kana-kanak tidak sabar dalam menghadapi sesuatu masalah ataupun desakan apabila berinteraksi dengan orang lain. Dalam erti kata lain, mereka tidak mahu belajar untuk bersabar bagi mendapatkan sesuatu yang mereka mahu.

Kanak-kanak yang tidak belajar cara menghadapi dan menyelesaikan masalah ataupun menyesuaikan diri dengan kehendak orang lain lain. Apabila berhadapan dengan suasana ini, dalam konteks penghargaan diri kanak-kanak mempunyai sifat kemanjaan atau tabiat buruk yang merasakan mereka mempunyai beberapa bentuk kekurangan diri yang menyebabkan mereka seperti terbuang apabila berhadapan dengan masyarakat. Kesannya inferioriti kompleks akan terbentuk.

c. Kanak-kanak yang tidak diterima

Kanak-kanak yang tidak diterima atau dilupakan kehadiran mereka akan mudah membentuk inferioriti kompleks dalam diri mereka. Kehidupan semasa bayi dan kanak-kanak diwatakkan oleh kekurangan kasih saying dan keselamatan kerana ibu bapa kerana ibu bapa tidak memainkan peranan yang sepenuhnya. Akhirnya kanak-kanak tersebut akan merasakan dirinya tidak berguna,pemarah dan tidak mempercayai kepada sesiapa.

Alfred Adler tidak meninggalkan hujah beliau mengenai inferioriti kompleks begitu sahaja. Sebaliknya beliau mengemukakan konsep superiority kompleks. Konsep ini merujuk kepada kebolehan seseorang untuk mengendalikan dirinya sama ada dalam bentuk dalaman ataupun luaran .

Superioriti

Konsep asas adalah dikatakan sangat penting dalam teori personaliti yang dikemukakan oleh Alfred Adler. Superioriti ini merupakan hala tuju atau cita-cita yang hendak dicapai dalam kehidupan kita. Ianya bukan bermaksud satu usaha yang menandingi orang lain dan ianya tidak merujuk ataupun menunjukkan perkaitan lansung dengan konsep superiority kompleks. Superioriti bukannya memberi implikasi seseorang itu berusaha untuk mendominasikan orang lain dari segi idea ataupun kebolehan yang bertujuan menonojolkan diri. Jadi apakah yang dimaksudkan oleh Adler mengenai istilah superioriti tersebut ?

Menurut Adler, istilah superioriti ataupun kesempurnaan berasal daripada istilah Latin yang bermaksud ‘lengkap’ ataupun ‘selesai’. Jadi beruasaha kearah kesempurnaan bermaksud berikhtiar untuk melengkapkan diri secara keseluruhannya. Tujuan kehidupan manusia dalam mengejar dan mencapai keseluruhan potensi diri dan melengkapkan diri kita dengan potensi-potensi tersebut.

Tujuan murni ini menorientasikan sikap dan tingkah laku kearah masa depan. Harapan kita pada masa hadapan ialah memotivasikan manusia.Hanya cita-cita manusia untuk mencapai superiority ataupun kesempurnaan mampu dan berupaya menerangkan

Page 8: Ringkasan teori

dengan lebih panjang lebar mengenai tingkah laku dan sikap seseorang. Bertentangan dengan huraian oleh Sigmund Freud telah menegaskan tingkah laku dan sikap manusia dipengaruhi dan ditentukan masa yang lalu. Masa yang yang dimaksudkan ialah pengalaman pada zaman kanak-kanak.

Fictional Finalism

Alfred Adler telah menghuraikan dengan lebih mendalam konsep superiority ataupun kesempurnaan. Ia telah memperkenalkan istilah dan konsep Fictional Finalism. Tujuannya ialah ingin mencapai bentuk-bentuk potensi bukannya sesuatu yang reality dan dipercayai sepenuhnya. Hala tuju merupakan bayangan semata-mata dan ianya sukar bagi diri kita ataupun orang lain yang mengujinya. Hala tuju bersifat subjektif iaitu kehidupan manusia berpaksikan idea-idea yang terdapat dalam fictional finalism.

Manusia pada asasnya membina dan mengikuti idea-idea tersebut. Kepercayaan kepada cita-cita sebegini bukan sahaja mempengaruhi diri sendiri tetapi orang lain. Umpamanya seseorang manusia mempercayai ada syurga, oleh itu mereka bertindak dan bertingkah laku serta berfikir kearah idea dan kepercayaan tersebut.

Menurut Alfred Adler, kepercayaan kewujudan syurga bukanlah sesuatu yang reality. Namun begitu, bagi mereka kepercayaan tersebut merupakan sesuatu perkara yang pasti dan tidak dapat dapat dipertikaikan. Kehidupan manusia yang sebenar dilingkungi oleh tujuan-tujuan dan kepercayaan yang mempunyai cirri-ciri fiksyen. Fiksyen yang utama ialah dominant dalam diri seseorang individu. Konsep atau pun fiksyen mengenai ketuhanan merupakan contoh utama yang dipegang oleh Alfrd Adler dalam menghuraikan konsep fictional finalism.

PUNCA MASALAH MENURUT AFRED ADLER

Adler tidak mengganggap seseorang individu (klien) bermasalah apatah lagi sakit mental tetapi

i) Kekurangan galakan dan matlamat tentang cara mendapat kesejahteraan hidup

Seseorang individu akan mengalami masalah dalam hidupnya apabila dia tidak dapat menentukan cara dan kaedah tertentu sebagai panduan untuk mencapai kesejahteraan hidupnya. Oleh itu, individu tersebut amat memerlukan segala unsure yang boleh mengalakkan bagi mengubahsuaikan persepsi yang silap terhadap pandangan gaya hidupnya. Seterusnya dapat menguntungkan dirinya dalam masyarakat bagi memupuk minat sosial.

ii) Wujud matlamat yang salah dalam diri individu

Matlamat yang salah dalam diri individu perlu diterokai bagi mengenalpasti segala

Page 9: Ringkasan teori

andaian yang tersilap terhadap dirinya. Ini kerana andaian-andaian yang salah menyebabkan individu salah meletak matlamat dan boleh merosakan dirinya. Oleh itu ia memerlukan kepada pendidikan, tunjuk ajar, maklumat dan galakan agar perasaan rendah diri diperbetulkan.

iii) Perasaan rendah diri yang keterlaluan di sampingmasyarakat

Menurut Adler, perasaan itu wujud sejak kecil lagi kerana seseorang individu lahir dalam serba kekurangan dibandingkan dengan orang disekitarnya. Namun seseorang individu sentiasa bergerak ke arah sesuatu matlamat tertentu untuk mencapai keunggulan diri. Apa yang dimaksudkan dengan keunggulan diri bukan semata-mata untuk kepentingan diri tetapi bahkan sentiasaan bergerak untuk mendapatkan perasaan kekitaan dengan mesyarakat.

PROSES YANG DILALUI

Terdapat beberapa peringkat proses yang perlu dilalui semasa sesi kaunseling. Antaranya ialah :

ü Mengalakkan minat sosial.ü Menolong klien mengatasi perasaan rendah diri.ü Mengubah pandangan dan matlamat klien atau mengubah cara hidup sebelumnya.ü Mengubah dorongan yang salah.ü Membantu dan menolong klien merasakan dirinya sama dengan orang lain.ü Menolong klien menyumbang kepada masyarakat.

Menurut Adler, proses terapi ini mirip kepada penerokaan matlamat salah yang wujud dalam diri klien itu sendiri, di samping mengenal pasti semua andaian yang tersilap yang wujud. Proses terapi dalam keadaan ini menumpukan kepada beberapa unsur yang penting iaitu:

a. Pendidikanb. Tunjuk ajarc. Memberi matlamat dand. Memberi galakkan kepada klien yang merasa rendah diri

Selain itu, proses terapi ini juga bertujuan untuk mewujudkan gaya hidupyang lebih sejahtera iaitu dengan menggalakkan klien supaya dapat hidup dalam keadaan yang setaraf dengan ahli keluarga yang lain.

Sehubungan dengqn itujuga, proses terapi ini memberi perhatian kepada beberapa aspek yang dianggap penting dalam usaha kita untuk memulihkan diri seorang klien. Antara aspek yang diangap penting itu ialah:

a. Perhubungan – perlu wujud perhubungan yang mesra antara kaunselor dengan klien agar segala permasalahan yang dialami oleh klien dapat diselesaikan dengan baik.

b. Analisis – iaitu kaunselor mengenal pasti sejauh mana diri klien dipengaruhi oleh gaya hidupnya.

Page 10: Ringkasan teori

c. Wawasan – mentafs perkara yang diluahkan bagi mewujudkan wawasan pada diri klien.

d. Orientasi – mengalihkan kefahaman yang tercapai kepada tindakan yang bernas untuk klien.

MATLAMAT TERAPI DAN KAUNSELING MENURUT ALFRED ADLER

1. Mengatasi Perasaan Rendah Diri Perasaan rendah diri akan mendorong individu untuk lebih berusaha mengatasinya bagi mencapai rasa superiority dan kesempurnaan. Ia menumpukan perhatiannya kepada inferioriti anggota. Selain itu ia juga telah memasukkan perasaan inferior yang muncul lantaran psikologi,sosial dan fizikal ke dalam konsep inferioriti ini.

2. Berusaha Kearah Superioriti Alfred berpendapat manusia agresif semasa bertindak untuk mencapai matlamat hidupnya. Adler telah mengesyorkan konsep berusaha untuk mencapai kedudukan yang tertinggi bagi menjadi pemimpin dan sebagainya.

3. Mendidik Klien Untuk Bersosial Minat bersosial perlu dipupuk dalam diri seseoarang klien sejak lahir lagi. Minat untuk bermasyarakat ini wujud bukan sahaja sekadar untuk memenuhi hasrat untuk bermasyarakat.

4. Membantu Klien Untuk Berfikir Dengan Matang Dan berkualit Berfikiran matang dapat menjadikan komponen personality yang teragung

bagi seseorang klien. Berfikiran matang dan berkualiti ini terdapat diantara ransangan yang bertindak balas keatas individu (organisma ) dan gerak balas yang dilakukannya .

5. Gaya Hidup Setiap individu akan berusaha ke arah memaksimakan potensi atau keupayaannya,bakatnya dan sebagainya yang ada pada diri seseorang klien.Tidak ada seoarang pun individu yang akan mempunyai gaya hidup yang sama dengan orang lain.Kaunselor juga akan membantu seseorang klien untuk mewujudkan gaya hidup yang lebih sejahtera.

6. Menggalakkan klien supaya dapat hidup dalam keadaan yang setaraf dengan ahli lain dalam masyarakatnya· Perhubungan – mewujudkan perhubungan yang mesra antara kaunselor

dengan klien.· Analisis – mengenal pasti sejauhmana klien dipengaruhi oleh gaya hidup

serta matlamat hidupnya.· Wawasan – mentafsir wawasan yang diluahkan bagi mewujudkan wawasan.· Orientasi – mengalihkan kefahaman yang tercapai kepada tindakan yang

bernas untuk klien.

Page 11: Ringkasan teori

7. Mewujudkan perhubungan melalui empati.

8. Membantu klien untukmemahami kepercayaannya,motivasinya dan matlamat yang telah menentukan gaya hidupnya.

9. Meneroka dan mentafsir huraian serta laporan yang diberikan oleh klien agar klien ‘ celik akal’.

10. Klien memahami dan menyedari sebab-sebab mengapa matlamatnya tida kena, mengapa tingakah lakunya tidak sesuai dan mengapa gaya hidunya tidak wajar.

KESIMPULAN

Afred Adler atau teorinya yang lebih dikenali sebagai ‘Adlerian’ membawa beberapa konsep yang jelas berbeza dengan aliran Freudian. Beliau memberikan fokus utama terhadap keunikan seseorang individu. Beliau membentangkan kepada pengaruh kesedaran dan realiti yang membentuk personaliti manusia. Manusia juga dipengruhi oleh faktor-faktor sosial dan bukan sepenuhnya dipengaruhi oleh faktor biologi terutamanya pada zaman kanak-kanak dahulu.

Sebaliknya, perasaan inferioriti merupakan sumber kepada kehidupan dan perjuangan manusia. Perasaan tersebut harus diseimbangkan. Perasaan tersebut adalah akibat daripada sikap tidak mahu menolong dan pergantungan semasa seseorang itu masih kanak-kanak. Kehidupan seseorang individu berlandaskan kepada matlamat yang tertentu. Beliau menamakan matlamat sebagai ‘Superioriti’ ataupun kesempurnaan.

Manakala ‘Fictional Finalism’ merujuk kepada idea-idea yang berbentuk fiksyen yang terdapat dalam cita-cita ataupun matlamat hidup seseorang iaitu kesempurnaan. Begitulah seterusnya idea beliau berkenaan ‘gaya hidup’ yang mana ia akan dipengaruhi oleh ‘oder kelahiran’ iaitu beliau

2. Teori-Teori Kaunseling- TEORI ROGERIAN (PEMUSATAN INSAN) -

Pengenalan

Teori Pemusatan Insan disebut juga sebagai teori konsep kendiri atau teori fenomenologi yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan (humanistic), gestalt dan kewujudan. Ia diasaskan oleh Carl Ransom Rogers di dalam tahun 40an yang menamakannya kaunseling bukan-arahan atau kaunseling pusatan-klien. Ia mencabar pendekatan-pendekatan pusatan-kaunselor dan kaunseling arahan yang mengandaikan bahawa kaunselor itu dalam semua hal dan berkeupayaan membantu kliennya di dalam semua bidang. Ia mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk

Page 12: Ringkasan teori

nasihat, saranan, arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh kaunselor. Cabaran ini dilakukan oleh Rogers semata-mata kerana kepercayaan dan keyakinannya bahawa manusia itu memang baik, memang boleh dipercayai, dan memang mempunyai keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka sendiri serta menyelesaikan masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa campur tangan secara langsung oleh kaunselor. Ia berpendirian bahawa manusia itu boleh menuju ke arah penentuan kendiri, jika mereka dibawa terlibat di dalam perhubungan kaunseling atau terapi. Baginya sifat-sifat peribadi dan sikap kaunselor serta hubungan antara klien dengan kaunselor itu adalah merupakan dua faktor utama bagi kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa memerlukan arahan-arahan yang langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan sebelum dan selepasnya. Kerana itulah tatacara dan teknik tidak penting baginya. Melalui penglibatannya yang meluas di dalam kaunseling dan psikoterapi individu, Rogers telah mengemukakan teori dan pendekatannya yang dinamakan terapi pusatan-klien di dalam tahun 1951. Teori ini terus diperbaikinya dan hasilnya diterbitkan di dalam tahun 1962.Teori dan pendekatan yang dikemukakan oleh Rogers ini mencetuskan minat yang mendalam di kalangan para pendidik yang menekankan pengajaran pemusatan pelajar. Di samping itu, Rogers juga telah mencuba teorinya untuk digunakan dengan kelompok-kelompok, dan juga dalam kaunseling keluarga pada tahun 1970 dan 1972. Sejak kebelakangan ini seolah-olah sudah muncul minat untuk menerapkan teorinya di dalam bidang perhubungan antarabangsa dan politik.

2.0 Latar Belakang Tokoh

Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois Chicago. Rogers merupakan anak ke-empat dari enam orang adik beradik. Ayahnya merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibubapanya sangat kuat berpegang kepada agama. Rogers mempunyai adik beradik seramai enam orang dan lima daripada mereka adalah lelaki. Hubungan mereka adik beradik sangatlah rapat. Rogers amat rapat dengan ibunya berbanding ayahnya.Semasa kecil Rogers adalah seorang murid yang cerdik dan pintar. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang ramai, Rogers merupakan seorang pelajar yang suka mengasingkan diri dan pendiam di sekolah. Beliau sangat sensitif orangnya.Rogers telah memasuki Universiti Wisconsin dan memperolehi pencapaian di dalam bidang akademik yang sangat baik. Di universiti itu beliau mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, termasuk rombongan ke negeri China sebagai perwakilan dalam World Student Christian Federation Conference. Beliau mendapat Ijazah pertamanya dalam bidang Sejarah pada tahun 1924. Beliau menerima Ijazah

Page 13: Ringkasan teori

kedoktorannya pada tahun 1931. Pada tahun 1928, sebelum menerima ijazah kedoktorannya, beliau mula bekerja di Rochester New York, terutamanya dengan kanak-kanak dan remaja yang bermasalah yang dirujuk oleh mahkamah dan agensi-agensi kepada Child Study Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children. Kemudian beliau dilantik menjadi pengarah kepada Rochester Guidance Center. Pada tahun 1940 dia menjadi professor di Ohio State University. Di antara tahun 1945 sehingga 1957 beliau terlibat secara langsung dengan Counseling Center di University Of Chicago. Rogers kemudian berpindah ke University Of Wisconsin. Pada tahun 1964 beliau menyertai Western Behavioral Science Institute sebagai ‘resident fellow’. Dari tahun 1968 sehingga beliau meninggal dunia, Rogers menjadi resident fellow di Center for studies di La Jolla, California. Rogers telah menulis beberapa buah buku antara lain buku-buku yang ditulisnya ialah Counseling and Psychotherapy (1942), Client-centered Therapy (1951), On Becoming a Person (1961), Carls Rogers On Encounter Groups (1970).Rogers banyak menerima penghormatan di sepanjang hidupnya. Beliau merupakan orang pertama menjadi pengerusi kepada American Association for Applied Psychology . Beliau bertugas sebagai pengerusi American Psychocogical Association (APA) dari tahun 1946 – 1947 . Rogers meninggal dunia di La Jolla, California pada 4 Februari 1987 ketika berusia 85 tahun selepas menjalani pembedahan tulang punggung yang patah akibat satu kemalangan.

3.0 Pandangan Terapi Terhadap Kejadian Manusia

Menurut Amir Awang (1987), Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan percaya mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Rogers menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya. Ia menolak anggapan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri, andainya wujud keadaan-keadaan yang sesuai. Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa keoada kebebasan dan berdikari. Sifat-sifat yang ada pada manusia adalah seperti membina, bekerjasama, boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial. Perasaan-perasaan negatif

Page 14: Ringkasan teori

yang terdapat pada manusia seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan. Andaian-andaian teori ini terhadap manusia adalah seperti :1. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita dengan orang-orang lain.2. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya.3. Masalah-masalah yang berlaku kerana timbul atau wujudnya antara konsep kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu.4. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia untuk berkongsi masalahnya.

Menurut Suradi Salim (1996), manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau akan berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan berjaya. Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau disediakan dengan persekitaran yang menggalakkan, manusia akan berkembang dengan yakin ke arah nirwana kendiri – menjadi apa sahaja yang dia inginkan. Jika manusia tidak menerima kasih sayang dan sokongan orang yang penting baginya, kemungkinan besar manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap orang lain tidak boleh dipercayai, serta mereka akan bersikap mempertahankan diri dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang. Persepsi seseorang tentang diri dan persekitaranya merupakan realiti baginya.Bagi Rogers, untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif dan membina, mestilah wujud tiga suasana atau keadaan, iaitu;1. Kejujuran, keikhlasan da kebenaran2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat3. Kefahaman yang mendalamJika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam hubungannya dengan kaunselor, ia juga akan mula menghayati sifat-sifat dan ciri-ciri ini dan seterusnya lebih bersedia untuk menerima pengalaman-pengalaman yang dilaluinya.

4.0 Matlamat Terapi

Matlamat yang ingin dicapai di dalam kaunseling / Terapi Pemusatan Insan ini bukanlah sekadar menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dialami pada masa itu, tetapi apa yang lebih diutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan besepadu bagi diri seseorang individu itu.

Page 15: Ringkasan teori

Tujuan kaunseling adalah untuk membantu klien di dalam proses perkembangannya, agar ia dapat menghadapi dan mengatasi masalah masa kini dan masalah-masalah di masa hadapan.Dengan berasaskan kepada matlamat yang ingin dicapai, maka klien haruslah bersedia untuk memisahkan dirinya daripada apa yang selama ini telah sebati dengan dirinya bagi membolehkan dirinya berhadapan dengan realiti. Menurut Amir Awang (1987), terdapat beberapa perkara yang dapat diperhatikan dan dirasai oleh klien itu sendiri untuk mencapai maksud yang ingin dituju di dalam kaunseling :i) Klien bersedia menerima, merasai dan mengalami realiti yang sebenar, tanpa mengherot-berotkannya untuk disesuaikan dengan struktur kendiri seseorang itu. Klien tidak lagi bimbang atau takut untuk berhadapan dengan realiti. Ia sedia menerima dirinya sendiri – baik atau buruk, ia dapat mengalami hidup dengan cara yang baru dan dapat terus berkembang.ii) Klien akan merasa yakin pada diri sendiri. Biasanya klien tidak yakin yang ia boleh mengemudikan hidupnya, kerana itu ia sering meminta dirinya dibimbing dan diarah. Tetapi apabila ia sudah sedia menerima dirinya dan berhadapan dengan kenyataan, ia pun akan mula mempunyai keyakinan dan keupayaan sendiri untuk mengawal dan mengarah hidupnya.iii) Klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikirannya sendiri. Walaupun penting bagi seseorang untuk memberi perhatian kepada nilai-nilai dan norma-norma masyarakat, individu perlu juga mempunyai nilai-nilai sendiri untuk memandu dirinya. Ia harus bersifat inner directed dan tidak dikongkong oleh outer directedness. Melalui inner directedness ini ia akan memperolehi kepuasan kerana ia dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri.iv) Klien dalam keadaan untuk terus berkembang. Apabila wujud di dalam diri klien kesediaan untuk terus hidup, untuk terus mengalami peristiwa-peristiwa baru, untuk terus menghadapi cabaran-cabaran dan masalah-masalah baru, maka individu telah mencapai suatu tahap positif di dalam proses hidupnya. Dari sini ia akan bersedia membuat ketetapan-ketetapan baru untuk dirinya, untuk mencari matlamat-matlamat baru untuk hidupnya. Ia tidak lagi perlu bergantung kepada orang lain untuk mengarah atau mengawal hidupnya. Ia sudah berupaya menuju ke arah matlamat baru.

5.0 Teknik Pemusatan Insan

Menurut Hansen, Stevic & Warner (1986), Kaunseling Pemusatan Insan mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai atau menuju ke arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan satu-satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman

Page 16: Ringkasan teori

klien untuk menuju ke arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan, dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi.Menurut Gelso & Carter (1985), hubungan kaunselor dengan klien dilihat sebagai ramuan yang penting di dalam psikoterapi. Dalam perhubungan kaunseling, komunikasi difokuskan kepada individu yang mengalami masalah. Rogers (1986) menyarankan tiga suasana yang fasilatatif iaitu :i. Ketulenan sebenar atau kongruenii. Penerimaan, mengambil berat dan bersangka baikiii. Mempunyai kefahaman empati

Kajian yang telah dibuat menunjukkan kaunseling pemusatan insan yang dicadangkan oleh Rogers adalah sesuai untuk menggalakkan peningkatan penyesuaian psikologikal pada diri klien. Melalui kaunseling pemusatan insan, klien telah meningkatkan penghargaan kendiri. Menurut Carkhuff dan Berenson (1967), kajian-kajian telah mengesahkan kepentingan sumbangan empati, penghormatan dan ketulenan dalam proses kaunseling. Brammer dan Shostrom (1982), satu ciri utama yang membezakan kaunseling pemusatan insan dengan pendekatan lain ialah meningkatnya tahap tanggungjawab pada diri klien berbanding dengan yang dijangkakan oleh kaunselor.Amir Awang (1987), menjelaskan bahawa Rogers telah mengemukakan beberapa sifat yang terdapat di dalam teori ini. Antaranya ialah teori ini dianggap sebagai fleksibel dan sedia menerima perubahan dari semasa ke semasa. Ia memberi fokus kepada keupayaan klien serta tanggungjawabnya untuk mencari jalan bagi menghadapi kenyataan, dan seterusnya menghasilkan tingkahlaku yang sesuai dengan realiti. Pendekatan teori ini memberi tumpuan utama kepada dunia fenomenologi klien sendiri. Ini bermaksud setiap klien melihat kenyataan atau realiti menurut kaca mata dan teropongnya sendiri. Manakala kaunselor harus bersedia untuk menerima persepsi subjektif ini dan harus bersedia merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh klien melalui proses empati. Kaunselor juga harus mengelak dari mencemuh, menyangkal, mengkritik atau sebagainya. Pendekatan teori ini boleh digunakan dengan semua jenis klien iaitu normal, neurotik dan psikotik. Melalui hubungan yang dibina oleh kaunselor bersama klien yang kongruen, menerima kliennya tanpa syarat dan mempunyai keupayaan untuk berempati, klien dengan sendirinya akan menemui dirinya sendiri melalui proses kaunseling. Dengan menggunakan teori ini kaunselor hendaklah ikhlas, jujur, mesra dan bersedia menerima kliennya, serta mempunyai kebolehan untuk berempati secara tepat. Dengan sifat dan kebolehan ini, klien bolehlah diajak untuk memberi fokus kepada apa yang dirasai dan dialaminya masa kini dan pada ketika itu.Sebagai suatu teori yang menekankan usaha bersama di antara

Page 17: Ringkasan teori

kaunselor dan klien untuk membolehkan klien berkembang, kaunselor dan klien terlibat secara langsung di dalam proses berkembang untuk menuju ke arah matlamat, manakala kuasa dan kawalan tidak dipegang oleh kaunselor. Malah klienlah yang memilikinya, dan klien juga yang menentukan bagaimana ia hendak menggunakan kuasa dan kawalan ini bagi mengembangkan dirinya.(Rogers, 1977).Antara teknik-teknik teori Pemusatan Insan ialah :

5.1 Penerimaan Tanpa Syarat

Teknik ini menekankan supaya kaunselor mempunyai sikap menerima klien tanpa syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama ada baik atau jahat. Dalam ertikata lain, kaunselor haruslah bersedia menerima kliennya tanpa mengenakan apa-apa syarat ke atasnya. Ia harus bersedia menerima kliennya tanpa prasangka atau sebarang penilaian. Kaunselor juga haruslah juga sering berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada kliennya yang ia sedia menerima kliennya, agar kliennya rasa senang terhadapnya lantas memuji, menyanjung atau menghargai kesediaanya menerima klien. Sikap ikatan dua hala ini (double binding) hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada udang disebalik batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, klien akan dapat merasa ketulenan kaunselor tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.

5.2 Empati

Sifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang lain dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut pandangannya, iaitu cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien. Di dalam teknik ini memerlukan kaunselor mempunyai kefahaman empati yang tepat. Klien yang datang bersamanya membawa dunia subjektifnya, yang tentu berbeza daripada dunia subjektif kaunselor itu sendiri. Dari huraian klien, baik melalui bahasa mahupun melalui gerak-geri tubuh badannya, kaunselor haruslah berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat merasai, mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam objektifnya dari realiti yang sebenar.

5.3 KetulenanSifat jujur, ikhlas dan tulen harus ada pada kaunselor yang menggunakan teknik ini. Ketulenan adalah kebolehan untuk menjadi

Page 18: Ringkasan teori

sejati dan benar dengan orang lain. Kaunselor tidak sepatutnya menyelewengkan komunikasi, menyembunyikan motif atau bertindak dengan agenda yang tersembunyi, berpura-pura dan mengelak.Kaunselor haruslah bersikap terbuka dengan klienya. Ia tidak tersekat-sekat atau teragak-agak untuk menyampaikan apa jua yang dirasainya, baik yang positif mahupun negatif. Dengan yang demikian ia dapat menjadi sebagai contoh atau model kepada kliennya untuk juga bersifat terbuka, jujur dan ikhlas di dalam menyatakan perasaan dan pengalamannya.

5.4 Aktif Mendengar dan berfikir

Mendengar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi kaunseling. Tumpuan yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan kepada apa yang klien cakap samada secara lisan atau bukan lisan. Tumpuan atau perhatian merupakan prasyarat terhadap membantu. Pendengar yang aktif akan memberi maklum balas tentang apa yang dicakapkan menggunakan perkataannya sendiri untuk tiga sebab iaitu ;a. ia akan memastikan ia betul-betul faham apa yang dicakapkan oleh kliennyab. ia akan memastikan ia betul-betul telah mendengarc. ia akan membantu klien membuat pendedahan kendiriMengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor sedang mendengar dan menggalakkan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh membantu untuk merangka suatu ketetapan yang lebih memuaskan. Menurut Mc Kay, Davis dan Fanning (1983) menyatakan bahawa mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor bekerjasama di dalam proses berkomunikasi. Ini termasuklah parafrasa, menjelaskan dan maklum balas.5.4.1 ParafrasaParafrasa bermaksud mengatakan dengan perkataan sendiri apa yang telah dikatakan oleh klien seperti; “apa yang saya faham” “dengan kata lain…”Kaunselor harus memparafrasakan apabila klien menyebut sesuatu yang penting kepadanya.

5.4.2 PenjelasanPenjelasan bermaksud bertanyakan soalan untuk mendapatkan penjelasan agar kaunselor boleh memahami kenyataan-kenyataan yang kabur. Tujuannya ialah memahami dari konteks bagaimana cara berfikir klien dan perasaannya terhadap sesuatu masalah.

5.4.3 Maklum Balas

Page 19: Ringkasan teori

Sewaktu temubual kaunseling maklum balas menyediakan peluang untuk kaunselor berkongsi apa yang difikirkan, dirasakan dan untuk menyemak persepsi. Untuk menyemak persepsi kaunselor merangka apa yang dia dengar dan dipersepsikan ke dalam tentatif.

5.5 Kongruen

Kongruen memerlukan kaunselor bersifat telus terhadap klien, iaitu jika kaunselor merasa marah terhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia menyembunyikannya. Ini menyebabkan berlakunya tidak kongruen. Adalah menjadi satu dilema untuk menjadi kongruen kerana ia kadangkala bercanggah dengan sikap tidak menghukum.

5.6 Mendengar untuk merasa

Interaksi yang berkesan melibatkan pemahaman yang mendalam terhadap dunia seseorang dan menyatakan kefahaman itu kepada klien. Melalui pendengaran dan tindakan yang tepat, halangan yang merintangi persefahaman dua hala boleh dihindari. Dinkmeyer & Losoney, 1980, mengenalpasti dan menyatakan perasaan dalam sesuatu mesej boleh dirangka dalam bentuk; “perasaan kamu sekarang” jika apa yang saya dengar ini betul”

5.7 Mendengar dengan empati

Mendengar dengan empati bermaksud kaunselor menyedari bahawa walaupun sesuatu perkara amat berat tetapi kaunselor perlu juga membantunya. Kaunselor perlu bertanya diri sendiri bagaimana kepercayaan dan keputusan walau pun ia mungkin gagal tetapi boleh mengurangkan kerisauan klien.

5.8 Menghormati

Menghormati adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaan tentang keunikan orang lain, toleransi terhadap perbezaan atau kelainan, kemahuan dan keinginan untuk berinteraksi dengan orang lain secara sama rata.

5.9 Penerimaan yang mesra

Teknik ini merupakan keupayaan untuk bersifat terbuka, peramah dan menerima menggunakan komunikasi bukan lisan yang boleh menyampaikan isyarat-isyarat kongruen, keterbukaan dan kesudian

Page 20: Ringkasan teori

untuk mendengar.

5.10 Konfrontasi

Konfrontasi merupakan keupayaan untuk memberitahu seseorang individu itu tentang perselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap dirinya sendiri, dengan cara yang tidak agresif, tidak menghakimi, tidak kritikal atau tidak defensif (mempertahankan diri). Ia bertujuan untuk menyedarkan individu tersebut sama ada tingkah lakunya menggalakkan atau menghalang perhubungan interpersonalnya.

5.0 Peranan Kaunselor

Dengan adanya sikap dan kebolehan berempati, kaunselor haruslah berperanan seperti yang dijelaskan oleh Corey (1996);a. Kaunselor berfungsi sebagai fasilitator bagi perkembangan seseorang klien. Kaunselor haruslah mewujudkan suasana teraputik iaitu mewujudkan suasana yang tenang, selesa dan sesuai agar dapat menggalakkan klien mengalami suatu rasa bebas untuk meneroka dan mengalami cabang-cabang hidup yang disangkalnya. Oleh itu klien dapat dibantu supaya tidak bersifat defensif. Kaunselor harus menganggap klien sama taraf dengan kaunselor dan berusaha mengenali masalahnya.b. Kaunselor perlu mewujudkan suasana iaitu kaunselor harus berada dalam keadaan kongruen dan klien berada dalam keadaan tidak kongruen. Kaunselor bersedia menerima tanpa syarat, prasangka dan tidak beranggapan buruk terhadap klien. Kaunselor harus berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh klien.c. Kaunselor haruslah memperlihatkan kepada kliennya yang ia dianggap sebagai sama taraf dengan dirinya dan secara bersama mereka akan berusaha untuk mengenali masalah klien dan mengatasinya.d. Kaunselor tidak akan mendiagnos masalah klien. Ia hanya menjadi sebagai cermin yang akan membantu klien melihat dirinya dan masalahnya dengan jelas.

Untuk mempastikan tercapainya perkara-perkara yang disebutkan di atas, haruslah wujud:a. pertemuan, baik secara langsung atau tidak langsung, di antara kaunselor dengan klienb. kaunselor haruslah di dalam kongruen, dan klien pula berada di dalam keadaan tidak kongruenc. Kaunselor bersedia menerima kliennya tanpa syarat, tanpa sebarang prasangka dan anggapand. Kaunselor boleh berempati bagi merasai dan mengalami apa yang

Page 21: Ringkasan teori

dirasai dan dialami oleh kliene. Kaunselor haruslah bersifat jujur, ikhlas dan terbukaf. Klien pula haruslah dapat melihat dan merasai, tak banyak sedikit, sifat-sifat dan kebolehan-kebolehan di atas yang ada pada kaunselor

6.0 Peranan Klien

Untuk sesuatu sesi kaunseling itu mencapai kejayaan, klien juga tidak terlepas memainkan peranannya; antara peranan-peranan klien adalah seperti:a. Klien haruslah memutuskan bahawa dia memerlukan khidmat kaunseling dan datang secara sukarela dan bukan atas dasar paksaan atau disuruh oleh orang lainb. Pada awalnya, klien menghadapi kebimbangan, percanggahan perasaan dan fikiranc. Klien harus merasa bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan kliend. Klien merasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah dirie. Klien akan cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan klien sendirif. Klien akan menentukan pilihan dan tindakannya sendiri. Kaunselor hanya bertindak membantu klien dalam membuat pilihang. Klien berupaya dan bersedia untuk berubahh. Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru

7.0 Aplikasi teori dalam bidang kaunseling

Teori ini sangat sesuai digunakan di dalam seting sekolah kerana ia menekankan kaedah pengajaran pemusatan pelajar. Ini bersesuaian kerana teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang digunakan adalah berbentuk nasihat, saranan, pujukan dan pengajaran adalah sesuai untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Teori ini juga sangat berkesan dalam mengubah tingkah laku pelajar.

8.0 Kekuatan Terapi

Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai ialah membina individu agar dapat berkembang dengan sihat. Oleh itu antara kekuatan teori ini menurut mereka ialah :a. menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klienb. Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran kaunselor merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi mewujudkan perhubungan

Page 22: Ringkasan teori

c. Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri

9.0 Limitasi Teori

Seperti teori-teori yang lain, terapi pemusatan insan ini juga mempunyai kekurangan dan kelemahannya. Antara lain ialah ;a. Terapi ini tidak mempunyai satu set teknik atau tatacara yang tertentu yang terdapat di dalam setengah-setengah psikoterapi.b. Terapi ini kurang menyediakan panduan tentang cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan klienc. Kebanyakkan konsep di dalam terapi ini tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah. Ianya terlalu abstrak.

10.0 Kesimpulan

Secara positif, suatu sumbangan yang paling besar telah diberikan oleh Rogers melalui teorinya ialah keyakinannya yang kuat tentang keupayaan dan kecenderungan manusia untuk berkembang ke arah nirwana kendiri. Pendirian yang positif seperti ini telah memberikan maruah dan darjat kepada manusia, yang akan berusaha mencerminkan kepercayaan sedemikian.Rogers juga secara tidak langsung mengutarakan nilai-nilai dan sikap-sikap positif di dalam berinteraksi dengan orang lain dengan menegaskan betapa pentingnya kita menerima orang lain tanpa syarat, bersedia mendengar dan memahami orang lain dari kaca mata dan dunianya yang subjektif, serta menekankan pentingnya kejujuran, keikhlasan dan ketulenan di dalam segala tindak tanduk kita, kerana melalui penghayatan sikap dan nilai-nilai sebegini kita boleh menjadi contoh atau model yang berguna bagi orang lain.Tanpa mempunyai pendirian yang menghakim atau judgemental, klien akan lebih bersedia untuk meluahkan isi hatinya kepada kita, kerana dia yakin bahawa apa juga yang dikemukakan itu tidak akan diberi nilai, dan hal sebegini tidak dirasakan sebagai mengancam dirinya.Secara negatifnya, bolehlah dikatakan bahawa kebanyakkan konsep-konsep yang dikemukakan itu tidak dapat diperhatikan dan tidak pula dapat diukur dengan mudah, kerana ianya bersifat konsep yang abstrak.Pergantungannya kepada laporan kendiri boleh membawa hasil yang tidak begitu memuaskan kerana klien yang beremosi dan berfikiran kusut mungkin tidak berupaya untuk melahirkan isi hatinya dengan

Page 23: Ringkasan teori

tenang dan teratur. Ini sudah tentu boleh menghasilkan kesimpulan-kesimpulan yang juga tidak tepat.Tanpa sedikit sebanyak panduan, arahan, manipulasi proses kaunseling akan memakan masa yang amat panjang. Biar apa sekalipun kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam teori ini, satu hal yang tidak dapat dinafikan ialah teori ini amat memudahkan klien untuk meluahkan isi hatinya, kerana melalui perhubungan yang mesra di antara kaunselor dan klien, klien begitu yakin yang kaunselor merupakan orang yang boleh diharap dan memang bertanggungjawab serta bersunguh-sungguh akan berusaha menolongnya.

- TEORI RASIONAL EMOTIF TERAPI-

Tokoh Teori

Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif.

Meninjau kepada zaman kanak-kanak Ellis, beliau sering mengalami gangguan kesihatan. Beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan nefritis sebanyak 9 kali. Tetapi Ellis seorang yang bercita-cita tinggi iaitu ingin menjadi seorang pakar psikologi. Beliau mempunyai kebolehan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling. Oleh itu beliau mula mempraktikkan terapi perkahwinan, keluarga dan seksual. Pada tahun 1947 hingga 1953 Ellis telah menjalankan kajian secara klasikal berasaskan psikoterapi. Hasil kajian mendapati bahawa terapi psikoanalisis tidak begitu menyeluruh dan tidak saintifik.

Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap kerana ada individu yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan psikoanalisis. Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat ‘pendidikan’ daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar. Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk ‘Reason and Emotion In Psychotherapy’ dan

Page 24: Ringkasan teori

bersama-sama dengan Robert A Harper beliau mengeluarkan buku berjudul ‘A Guide to Rational Living’.Pendekatan Teori

RET juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis, Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional.

Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya.

Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini.

Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakala tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan menghasilkan ‘output’. Menurut J Blackham dalam Muhd Mansur Abdullah (1997), dua tujuan utama RET iaitu; pertama mendemonstrasikan pada klien bahawa berkata-kata kepada diri sendiri itu adalah akibat daripada gangguan; dan kedua, menilai kembali berkata dalam diri demi menghapuskannya dan menolak semua idea yang tidak logik. Dalam buku-buku Ellis seperti The Art And Science Of Love, The Intelligent Woman’s Guide To Man-Hunting, Humanistic Psychotherapy dan The Rational-Emotive Approach banyak menggambarkan sifat manusia. Misalnya,

Page 25: Ringkasan teori

kemampuan manusia berfikir sesuatu melalui proses-prosesnya. Ellis menggalakkan manusia supaya menganggap diri mereka adalah berkebolehan. Dia yakin jika manusia boleh menggunakan rasional mereka dalam mentadbir diri, maka tidak ada lapangan dalam kehidupan mereka yang tidak boleh diperbaiki.

Menurut Muhd Mansur Abdullah (1997), dalam melahirkan teorinya Ellis banyak menggunakan sistem-sistem psikologi dan falsafah iaitu menggabungkan intipati Falsafah Stoic, Psikoanalisis Freud, Psikologi Individu Alfred Adler dan Orientasi tingkah laku Pavlov dan Wolpe. Semua sistem itu membantunya meneguhkan lagi teori dan pendekatannya. Sebab itulah Ellis menekankan: “When people emote they also think and act. When they act, they also think and emote. When they think, they also emote and act. To understand self-defeating behavior , one must understand how a person feels, thinks, perceives and acts”.

Pandangan Teori Terhadap Manusia

Hubungan emosi dan pemikiran adalah berhubung rapat dan tidak boleh untuk dipisahkan. Oleh sebab itu segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran . Menurut George dan Cristiani (1995) telah mengandaikan bahawa manusia bertindak sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. RET juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan beberapa kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka pelajari.

Menurut Gerald Corey (1996) pula mendapati bahawa terapi RET berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguh untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini dapat

Page 26: Ringkasan teori

membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.

Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET, membuat andaian tentang gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Hubungan antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan kedua-duanya. Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikiran secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional. Manusia sendirilah yang menyebabkan dirinya merasa terganggu dan gangguan itu bukanlah disebabkan oleh sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri individu itu sendiri.

Manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses kognitif, emotif dan tingkah lakunya. Mereka boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang berlainan daripada pola tingkah laku yang normal. Mereka juga boleh memilih untuk tidak membenarkan dirinya terganggu dan boleh melatih diri untuk mengalami gangguan yang minimun selagi hayat masih ada.

Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan oleh Ellis dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran yang tidak rasional. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan manusia menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan mereka.

Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk berfikiran rasional dan tidak rasional. Dalam pemikiran seseorang individu terdapat sistem kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional. Apabila sesuatu peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikan suatu kepercayaan terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya. Manusia juga sering mempercayai tahyul yang menyebabkan mereka membuat sesuatu keputusan yang tidak mengembirakan. Oleh itu kaunselor perlu bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem kepercayaan individu tersebut supaya menjadi rasional bagi membantunya memperolehi kehidupan yang lebih harmonis.

Menurut teori RET, seseorang yang bermasalah akan mempunyai suatu sistem kepercayaan atau suatu ‘belief system’ yang penuh dengan kepercayaan yang tidak rasional mengenai perkara yang dilihat atau dialaminya. Albert Ellis telah memberikan beberapa idea tentang pemikiran yang tidak rasional, antaranya adalah seseorang individu mempercayai bahawa ia mesti disayangi oleh orang-orang penting

Page 27: Ringkasan teori

atau signifikan kepada dirinya seperti ibubapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Individu juga percaya bahawa ia mesti membuktikan bahawa ia seorang yang berkebolehan dan berkemampuan. Seseorang individu juga mempercayai bahawa jika terdapat individu yang lain melakukan kesalahan atau tidak berlaku adil, maka seharusnya ia dikutuk dan menyalahkan dirinya dan dilihat sebagai orang yang tidak baik. Masa lampau juga dianggap sangat penting kerana ia mempengaruhi hidup seseorang individu. Ellis mempercayai bahawa masa lampau itulah yang akan menentukan perasaan seseorang individu pada masa kini.

Seseorang individu itu juga mempercayai bahawa ia perlu melihat kehidupannya yang sangat teruk jika ia tidak dapat menyelesaikan masalah kepada kehidupannya. Individu juga mempercayai bahawa ia perlu berpandangan tidak baik sekiranya ia dikecewakan, disisih atau tidak dilayan secara adil. Jika berhadapan dengan perkara-perkara yang merbahaya, seseorang individu mempercayai bahawa ia perlu memikirkannya dan akan risau tentangnya.

Bagi menerangkan dengan jelas bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku maka kita akan menggunakan konsep ABCDE yang telah dinyatakan oleh Ellis iaitu A ialah penggerak pengalaman activating experience atau peristiwa, faktor sikap atau tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Misalnya gagal dalam peperiksaan. B pula adalah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang person’s belief system. Misalnya, “saya tidak kelihatan cantik atau hodoh”. Manakala C ialah akibat consequence iaitu hasil daripada penilaian oleh B ke atas A dan ditafsirkannya. Misalnya, sentiasa keadaan muram dan tidak bersemangat. D pula adalah kaedah-kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan individu itu mengalami suatu reaksi emosi yang tidak rasional. Misalnya, “Saya tidak mahu kamu yang menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam hidup saya”. Dan akhir sekali E ialah menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang rasional dan positif. Misalnya Saya rasa gembira.

Corey (1996) menjelaskan bahawa konsep ABC dalam teori RET adalah seperti berikut; Menurut beliau, prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil daripada pemkiran ini menyebabkan seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu dengan perkataan ‘sepatutnya’, ‘seharusnya’ dan ‘semestinya’. Dari perspektif RET, ramai terapis telah membuat kesilapan kerana memfokuskan kepada sejarah hidup yang lampau dan cara tindakan ialah semua peristiwa masa kanak-kanak boleh diubah. Terdapat juga terapis melakukan kesilapan dengan terlalu menekankan dalam usaha

Page 28: Ringkasan teori

klien mengenal diri, meluahkan perasaan dan perubahan pemikiran. Keadaan ini mendorong klien melupakan peristiwa awal kanak-kanak dan menumpukan pemikiran sekarang. Bagi Ellis cara ini tidak produktif kerana sesuatu yang menyebabkan emosional tidak akan hilang malah ia akan menambahkan lagi kehebatan perasaan tersebut.

Oleh itu bagi Ellis , terapis dan klien perlu bekerjasama untuk mencabar kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan emosional. Mereka perlu menuju ke arah mengubah perkara yang tidak realiti, tidak matang, terlalu menuntut dan tidak lojik kepada pemikiran yang logik, matang dan realistik. Persoalannya, bagaimanakah emosional yang terganggu itu boleh wujud di dalam diri seseorang individu? Dalam hal ini , Ellis telah menjelaskan bahawa individu yang mengalami gangguan kerana sentiasa berterusan mengulangi ayat-ayat yang tidak logikal.Misalnya , individu itu berkata : “Saya sangat kecewa dengan kegagalan peperiksaan ini. Kegagalan saya semuanya berpunca dari kesilapan saya sendiri. Saya adalah merupakan manusia yang paling bodoh”

Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti dalam diri seseorang. Keadaan ini akan mengakibatkan individu itu akan kekal berpegang dengan kepercayaan yang tidak rasional itu. Kepercayaan inilah yang perlu dibantu oleh kaunselor agar klien tersebut dapat merasionalkan dirinya dalam menghapuskan fahaman-fahaman dan kepercayaan yang tidak rasional yang ada pada dirinya.

Teori pengajaran tingkahlaku Edit 0 33 … Teori pengajaran tingkahlaku

Teori tingkah laku juga dikenali sebagai teori behaviorisme. Teori ini memberi perhatian dan mengkaji tingkah laku manusia, kerana tingkah laku manusia boleh di lihat dan diukur. Pada asasnya teori ini melihat tingkah laku manusia sebagai tindakan kepada rangsangan (Stimulus to response). Teori ini juga menekankan pentingnya pengukuhan (reinforcement) menerusi ganjaran atau insentif untuk merangsang dan mempengaruhi apa dan bagaimana manusia melakukan sesuatu, termasuk bagaimana murid belajar.

Menurut teori behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman (Gage, Berliner, 1984) Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin, 2000). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang berupa stimulus dan output yang berupa respon. Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada siswa, sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan siswa terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan respon tidak penting untuk diperhatikan kerana tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur. Yang dapat diamati adalah stimulus dan respon, oleh karena itu apa yang diberikan oleh guru (stimulus) dan apa yang diterima oleh siswa (respon) harus dapat diamati dan diukur. Teori

Page 29: Ringkasan teori

ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut.

Antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori pembelajaran ialah Ivan P.Pavlov, J.B. Watson, Edward L.Thorndike dan B.F. Skinner. Menurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan kekal yang berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh latihan atau pengalaman. Aliran Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal.Teori pengajaran tingkahlaku (behaviorisme ) ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Teori Pembelajaran Behaviorisme terbahagi kepada 4 iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Klasik Watson, Teori Edward L.Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner.

Teori Pelaziman Klasik dikaitkan dengan seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov. Beliau menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi makanan dan akhirnya menemui Teori Pelaziman Klasik. Beliau menjalankan eksperimennya dengan menggunakan seekor anjing dan mengkaji perkaitan rembesan air liur dengan proses pelaziman. Pavlov telah mendapati bahawa rembesan air liur dan jus gastrik anjing bukan sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang dikesannya. Fenomena rembesan air liur dan jus gastrik adalah sesuatu jenis gerak balas yang tidak perlu dipelajari yang dinamakan gerak balas tak terlazim. Tetapi fenomena rembesan air liur yang berlaku semasa makanan dikesannya adalah sesuatu yang dipelajari yang di panggil gerak balas terlazim. Manakala makanan yang dikesannya adalah dipanggil sebagai rangsangan terlazim. Bagi mengesahkan fenomena tersebut, Pavlov menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai ransangan terlazim. Hasilnya mendapati bahawa, anjing akan melelehkan air liurnya apabila loceng dibunyikan.

Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah sebarang tingkah laku yang timbul akibat ransangan. Ransangan adalah sebarang bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya apabila anda duduk di atas kerusi dalam bilik doktor gigi, anda menggetar ketakutan walaupun ubat bius dapat menghilangkan kesakitan anda. Ini disebabkan anda mengaitkan kerusi tersebut dengan pengalaman sakit dalam peristiwa cabut gigi sebelum ini. Pembelajaran yang mengaitkan kerusi doktor gigi dengan kesakitan dikenali sebagai "pelaziman klasik". Pembelajaran begini juga kadangkala disebut " Pavlovian Conditioning" (Poediger et. al. 1996sm. 225)

Watson dan Rayner pula telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia boleh dilazimkan secara pelaziman klasik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak lelaki bernama Albert berusia 11 bulan dan seekor tikus putih. Pada mulanya, Albert tidak menunjukkan perasaan takut apabila ditunjukkan dengan seekor tikus putih. Tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan apabila Albert mahu mencapai tikus putih tersebut, Albert menjadi takut dan mengangis. Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan ransangan dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Sungguhpun begitu, kajian Watson telah dikritik kerana dianggap telah melanggar etika.

TEORI OPERAN SKINNER (1904-1990)

Rata-rata penduduk Amerika Syarikat mengetahui tentang B.F. Skinner disebabkan oleh idea dan pendapat beliau mengenai pembelajaran. Ia telah memberi kesan yang mendalam terhadap system pendidikan di Amerika, amalan keibubapaan dan pendekatan terhadap pengurusan perniagaan (Samuel E.Wood, Ellen Green Wood & Denise Boyd, 2007). Dalam proses pembelajaran, teori dan konsep yang dikemukakan oleh beliau ialahTeori Pelaziman Operan dimana teori ini telah diguna pakai oleh para pendidik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkataan operan bermaksud sebagai satu tindak balas yang beroperasi ke alam sekitar. Ia adalah sebagai tingkah laku yang menjadi instrumen dalam menghasilkan perubahan dalam persekitaran (Mohamad Saleh

Page 30: Ringkasan teori

Lebar, 1999).

EKSPERIMEN SKINNERKebanyakkan eksperimen awal golongan pengikut behaviorisme menggunakan binatang ( Skinner misalnya menggunakan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksi organisma apabila dikenakan ransangan. Ringkasnya behaviourisme menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif.

Skinner terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner. Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia. Justeru, tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk membesarkan anaknya di dalam Kotak Skinner.

Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.

Antara pengkaji yang berpengaruh dalam teori ini ialah B.F Skinner. Berdasarkan teori ini Skinner telah mereka bentuk pendekatan dan rancangan pengajaran yang dinamakan 'programmed instruction' atau pengajaran terancang. Ramai guru di sekolah menggunakan teori ini. Sebagai contoh dalam pengajaran guru selalu menggunakan pujian 'bagus' atau 'betul' bagi murid yang menjawab soalan dengan betul, untuk mengukuhkan jawapannya; manakala cuba lagi bagi jawapan yang salah atau tidak tepat. Gred dan markah digunakan bagi menggalakkan murid tersebut belajar. Murid yang terbaik pula di beri hadiah tahunan. Kesemua ini adalah berdasarkan teori tingkah laku.Pembelajaran berlaku dalam proses pelaziman operan kerana ia melibatkan berbagai-bagai gerak balas operasi. Menurut B.F. Skinner (dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008), dalam teori pelaziman operan gerak balas dilakukan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik-baik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Dalam Teori Pelaziman Operan terdapat peneguhan (reinforcement) dan hukuman.

Menurut Mahmood Nazar Mohamed 1990), peneguhan positif ialah ransangan yang diberi kepada organisma selepas berlakunya sesuatu tingkah laku yang dapat meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkah laku yang dikehendaki. Manakala menurut Mok Soon Sang (2003), menyatakan bahawa peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh menambah kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan. Berdasarkan takrifan-takrifan yang diberikan dapat kita simpulkan bahawa peneguhan positif ini merupakan suatu ransangan yang boleh menyebabkan berulangnya sesuatu tingkah laku yang dikehendaki.

Peneguhan (reinforcement) adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Peneguhan (reinforcement) terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah seperti ganjaran, hadiah dan juga pujian yang diberikan bagi menggalakkan seseorang itu melakukan pekerjaan secara berulang-ulang. Peneguhan ini dianggap oleh Skinner sebagai asas dalam proses pembelajaran. Peneguhan berlaku apabila lakuan itu diberi balasan dengan hadiah. Keinginan mendapat balasan hadiah ini menimbulkan keinginan supaya berbuat demikian untuk mendapa hadiah yang sama. Oleh itu, lakuan itu akan diulang. Pengulangan yang kerap dilakukan akan mengukuhkan proses pembelajaran.Peneguhan negatif pula ialah sesuatu yang menyakitkan dan ingin dielakkan oleh individu (Mohamad Saleh Lebar, 1999). Sebagai contoh, seorang murid akan membersihkan papan hitam bagi mengelakkan dimarahi oleh gurunya dan bukan untuk mendapatkan pujian.

Hukuman adalah sesuatu tingkah laku negatif jika dipamerkan, boleh menghasilkan sesuatu yang menyakitkan atau yang boleh menyebabkan kurang selesa (Roediger dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008). Hukuman dibahagikan kepada hukuman persembahan (presentation punishment) dan hukuman penyingkiran (removal punishment)

3. Teori BehaviorismeMenurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan kekal yang berlaku dalam

Page 31: Ringkasan teori

diri seseorang individu disebabkan oleh latihan dan pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dilahirkan sehingga sukar bagi kita untuk membezakan dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbersaran kerana kedua-duanya saling berkaitan. Ahli Behaviorisme juga menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan diukur (Suppiah Nachiappan, 2008).

Menurut Gulo dan Dali, (2000) menyatakan bahawa tingkah laku adalah tindakan manusia atau haiwan yang dapat dilihat. Hal ini bermaksud bahawa teori ini lebih melihat kepada perubahan tingkah laku manusia sedia ada terhadap sesuatu rangsangan luar yang boleh membawa kepada perubahan tingkah laku, sama ada kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Rangsangan yang diberikan juga mungkin boleh menukar perubahan tingkah laku menjadi lebih buruk jika pendekatan yang diberikan tidak tepat.

Menurut Ramachandra (1994), tingkah laku yang dikaji melihat kepada tingkah laku yang kurang baik yang mana melibatkan penggunaan tubuh badan yang berbentuk kekerasan seperti desakan atau pembohongan. Pelajar-pelajar berkecenderungan untuk melakukan kesalahan seperti pembohongan apabila mereka tidak menyiapkan kerja rumah, ponteng kelas atau ponteng sekolah. Walaupun masalah sebenar adalah kerana kurang minat terhadap sesuatu matapelajaran di sekolah. Tujuannya adalah untuk menyelamatkan diri dari dikenakan hukuman oleh guru.

Terdapat empat jenis teori Behaviorisme iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Klasik Watson, Teori Edward L. Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner. Menurut Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) mengemukakan konsep pembelajaran manusia dikawal oleh hukum pembelajaran yang terdiri daripada hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum ini ditafsirkan oleh beliau melalui pengkajian beliau terhadap seekor kucing yang lapar dan cuba untuk mendapatkan makanan di luar sangkarnya. Kucing tersebut menggunakan teknik ‘cuba jaya’ dan mengulanginya apabila berjaya. Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan stimuli atau ransangan dan respon atau tindak balas.

Dalam model persembahan pengajaran guru dalam subjek IT, memperlihatkan bahawa pelajar perlu mempunyai persediaan yang awal berkenaan dengan subjek ini bagi memudahkan mereka memahaminya dengan lebih baik. Contoh persediaan awal ialah dimana pelajar telah pun mendapat pendedahan awal seperti pernah menggunakan perisian Microsoft Word untuk membuat tugasan atau bermain dengan permainan komputer. Hukum kesediaan menyatakan bahawa pelajar perlu mempunyai tahap kesediaan agar sesuatu perkara yang dilakukan tidak dikategorikan sebagai paksaan. Tiga bentuk kesediaan iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Ini bermaksud pelajar perlu bersedia dari segi fizikal, emosi dan pemikiran (Suppiah Nachiappan, 2008).

Biodata pengasasEdward Lee ThorndikeNama sebenar beliau ialah Edward Lee ThorndikeDilahirkan di Williamsburg, MassBeliau mendapat ijazah daripada Universiti Wesleyan 1895 dan mendapat Sarjana di Universiti Harvard pada tahun 1896Edward Lee Thorndike mendapat P.H.D pada tahun 1898 dari Columbia.Beliau juga merupakan seorang pendidik dan juga seorang ahli psikologiBeliau juga telah menghasilkan buku yang bertajuk Educational Psychology 1903, Mental and Social Measurements 1904 dan Animal Intelligence 1911Pada tahun 1898, beliau menjadi pembantu professor pedagogi di Western Reserve University.Beliau juga turut menjadi Presiden Persatuan Psikologi Amerika pada tahun yang sama iaitu pada tahun 1898Beliau turut menjadi Presiden Persatuan Psikometrik yang ke -2.

Page 32: Ringkasan teori

Beliau turut dilantik sebagai Presiden of American Association for the Advancement Of Science pada tahun 1934.Beliau menjadi pensyarah di University Harvard dari tahun 1942 hingga 1943.

Menurut Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) hukum latihan sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan, perkaitan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah jika diulang-ulang. Disini merujuk kepada kaedah hafalan tetapi bukan hafalan panjang. Sebagai contoh setelah teknik atau kaedah baru dipelajari, pelajar akan menjadi lebih baik. Pertama dengan menggunakan kaedah visual seperti peta minda dan kemudiannya menghafal. Tambahan lagi kini, penggunaan ICT yang memudahkan dapat mempercepatkan proses pemahaman setiap pelajar kerana kepelbagaian pelajar yang unik membawa kepada penerimaan gaya belajar yang berbeza. Secara tidak langsung pelajar akan menjadi lebih faham dan ingat mengenai topik yang diajar. Satu bentuk perubahan tingkah laku akan terhasil kesan daripada pengulangan yang kerap.

Hukum terakhir menurut Thorndike ialah hukum kesan. Bagaimana pelajar mendapat sesuatu tindak balas setelah mempamerkan kesediaan dan hukum latihan tadi. Mengikut hukum kesan, setelah sesuatu tingkah laku diperlihatkan, diikuti dengan kepuasan seperti mendapat pujian, ia akan diulang tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan seperti ditampar oleh ibu, tingkah laku itu akan lenyap. Hukum kesan menyatakan jika satu tindakan yang mengalami perubahan mendatangkan keseronokan kebarangkalian perbuatan itu akan diulangi akan meningkat dan begitulah sebaliknhya.

Menurut Thorndike (dalam Suppiah Nachiappan, 2008) lagi pendekatan seperti yang dinyatakan olehnya boleh digunapakai oleh guru bagi merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Antara strategi tersebut adalah :

a) Guru sentiasa perlu menilai aspek kesediaan pelajar iaitu kesediaan psikomotor.

b) Mengadakan berbagai-bagai rangsangan seperti gambar berwarna-warni, perisian computer dan tayangan video untuk

menwujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan.

c) Memberi ganjaran atau peneguhan positif seperti hadiah, pujian dan markah untuk respon yang betul.

d) Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran seperti keadaan bilik yang ceria, bersih, tersusun, selesa dan

harmoni.

.

APLIKASI TEORI TINGKAHLAKU DALAM SUBJEK MATEMATIK

PRINSIP PREMACK DIGUNAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH KURANG MINAT MURID DALAM MATEMATIKPrinsip Premack adalah prinsip yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Prinsip ini sesuai digunakan bagi menggalakkan minat murid dalam kelas. Prinsip ini boleh menggabungkan aktiviti yang disukai oleh murid dengan sesuatu yang tidak disukai. Menurut Calborn Prinsip Primack adalah prinsip yang mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack yang juga dikenali sebagai

Page 33: Ringkasan teori

“Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar rehat selepas kamu habiskan latihan Matematik ini” ( Suppiah & etc).

Murid yang kurang berminat dengan subjek ini akan bersembang, membuat bising dalam kelas dan mereka akan mengganggu murid yang lain. Keadaan ini akan mengganggu murid-murid yang lain selain dari menyebabkan mereka tidak dapat menguasai apa yang diajar oleh guru. Mereka ini tidak akan menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ada juga murid yang tidak membuat bising tetapi mereka hanya akan berangan dalam kelas dan tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.

Sebelum mengaplikasikan prinsip ini, guru perlu mengenalpasti aktiviti yang diminati oleh murid dalam kelas tersebut. Guru boleh bertanyakan kepada guru lain atau bertanya kepada murid tentang mata pelajaran yang digemari oleh murid tersebut. Terdapat juga masalah yang akan timbul dikalangan murid kelas yang lemah. Ini kerana amat sukar untuk guru mengenal pasti minat mereka kerana tumpuan mereka kepada pelajaran amat kurang. Namun, guru boleh melihat kepada isu semasa atau minat dikalangan remaja pada masa sekarang. Jelas disini remaja pada masa kini lebih cenderung kepada bentuk hiburan selaras dengan perkembangan era moden. Menurut Hamisan dalam kajiannya menyatakan muzik mempunyai pengaruh yang besar kepada golongan murid di mana muzik menjadi pilihan berhibur utama kepada muda-mudi khasnya golongan remaja dan murid. Jadi muzik boleh mengaplikasikan ke dalam suasana yang lebih positif dan berguna untuk tujuan menambah indahkan pembelajaran dan pengajaran agar lebih menarik dan murid boleh belajar sambil berhibur, tenang dan tidak tertekan.

Dengan ini, guru boleh menggabungkan unsur seni muzik dengan unsur matematik. Sebelum menyelesaikan masalah dalam matematik, guru menyediakan lagu dan memberikan peluang mereka menyanyi sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran. Lagu yang dipilih hendaklah sesuai dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari tersebut. Guru boleh mencipta atau mencari lagu yang berkaitan di internet. Contohnya dalam konsep matematik topik ini iaitu topik sepeluh iaitu poligon untuk mengira isipadu, perimeter, luas dan sebgainya. Guru boleh memuat turun lagu yang bertajuk “mengira isipadu” dan menyanyikan bersama-sama murid dalam kelas. Lagu ini adalah lagu yang di olah dari lagu kanak-kanak iaitu lagu “bapaku pulang”. Lirik lagu ini ditukar kepada formula untuk mengira isipadu dan topik yang terdapat dalam matematik. Selepas menyanyikan lagu tersebut guru perlu mengajar seperti biasa dengan menggunakan lagu tersebut dan menyuruh mereka menyelesaikan masalah matematik tersebut. Guru boleh menarik minat murid dengan menyediakan lagu hafalan formula.

Oleh itu, penggunaan muzik boleh dipilih sebagai elemen dalam pembelajaran dan pengajaran matematik kerana boleh menarik minat murid, keseronokan mengikut keadaan, prestasi dan boleh membuatkan murid lebih bersedia untuk belajar. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah mengajar bagi menarik minat murid selagi tidak bercanggah dengan peraturan dan objektif utama sistem pendidikan.

APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME DALAM MATAPELAJARAN PERDAGANGANTEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

Teori Pembelajaran Behaviorisma telah diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan kemudiannya dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku (behaviour). Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal.

Page 34: Ringkasan teori

Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkah laku.

Mengikut pendekatan teori pengajaran tingkah laku ini, perasaan, pemikiran dan kepercayaan adalah perkara-perkara yang boleh dipelajari (Hyman 1997). Melalui pendekatan ini tingkah laku dibentuk melalui pengalaman. Oleh itu untuk membentuk tingkah laku pelajar ialah dengan cara menyelami perasaan dan pemikiran pelajar melalui unsur-unsur nasihat dan perbincangan. Dengan memahami pelajar yang bermasalah disiplin, pembentukan tingkah laku dapat dilakukan. Tingkah laku bermasalah ataupun tidak berdisiplin dapat dihindari dan seterusnya melahirkan tingkah laku yang baik (Alberto & Troutman 1990, Bandura 1977, Skinner 1982,1968, Axelrod 1983). Dengan beranggapan semua tingkah laku boleh dipelajari, guru berperanan penting untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah tingkah laku untuk membina tingkah laku yang positif dan dapat diterima di sekolah. Pembelajaran pula berlaku setelah melalui prinsip-prinsip peneguhan dan dendaan. Pendekatan ini melihat peneguhan sebagai pembentuk tingkah laku yang sangat berkesan. Di samping itu tingkah laku, pemikiran, dan perasaan dapat diukur, diramal dan dikawal. Mereka menambah bahawa tingkah laku dapat dimodifikasi dengan cara peneguhan yang sistematik, menarik keluar peneguhan, mengenakan dendaan dan mendesak secara rasional. Ini dapat melahirkan tingkah laku yangdikehendaki.

IMPLIKASI TEORI PENGAJARAN TINGKAHLAKU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori Pengajaran Tingkahlaku dapat membantu guru untuk memerhatikan tingkahlaku seseorang pelajar, mengawal tingkah laku tersebut dan guru turut dapat mengawal tingkah laku pelajarnya. Contohnya: Guru perlu memberikan rangsangan seperti memberi kata pujian atau ganjaran kepada pelajar terutamnya pelajar yang kurang minat untuk belajar. Melalui rangasangan yang diberikan, guru akan dapat memerhatikan tingkahlaku pelajar tersebut sebelum dan selepas diberikan rangsangan. Kemudian guru secara tidak langsung dapat mengawal tingkahlaku pelajar itu seterusnya guru akan dapat mengawal tingkahlaku pelajar tersebut pada kelas yang seterusnya.

2.Proses Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kawalan kelas amat penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Oleh itu, kaedah peneguhan positif dalam Teori Operan Skinner boleh diaplikasikan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam usaha untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilakukan. Contoh peneguhan positif ialah kata-kata pujian, hadiah, senyuman dan sebagainya. Setiap kali pelajar menjawab soalan atau menunjukkan perubahan tingkahlaku, guru boleh memberi ganjaran kepada pelajar tersebut. Contohnya, pelajar cuba menjawab soalan yang diajukan, guru boleh memberi pujian kepada pelajar yang memberikan jawapan yang betul. Manakala pelajar yang memberikan jawapan yang salah, guru boleh memberikan kata-kata semangat supaya pelajar tersebut tidak berputus asa. Guru boleh memberikan peneguhan tersebut secara berterusan,berkala tetap, berkala berubah, berkala nisbah tetap ataupun secara berkala nisbah berubah.

3. Meningkatkan minat pelajar.

Page 35: Ringkasan teori

Guru perlu memberikan penekanan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang. Guru perlu memberikan latihan yang konsisten dan berterusan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka dalam pelajaran. Oleh itu,rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk kelaziman. Contohnya, Azmi telah menyiapkan latihan yang diberikan dengan cepat daripada pelajar lain. Jadi guru boleh memberi peneguhan dengan memberikan kata-kata pujian kepada Azmi. Hal ini akan menyumbang untuk membentuk kelaziman di mana Azmi akan lebih berusaha untuk menyiapkan latihan yang diberikan lebih awal pada kelas yang akan datang kerana dia mahukan kata-kata pujian daripada guru.

__

Teori Pembelajaran Behaviorisme terbahagi kepada empat, salah satu daripadanya ialah, Teori Pelaziman Klasik.

Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat daripada kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran.Menurut Pavlov (1894) setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas akan mewujudkan proses pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Mengikut teori ini, setiap rangsangan akan menghasilkan gerak balas. Gerak balas ialah tingkah laku yang timbul kesan daripada rangsangan manakala rangsangan pula ialah tenaga yang menghasiklkan gerak balas (Pavlov, 1894).Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan ialah gerak balas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerak balas.Teori Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerak balas), maka gerak balas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Kamarudin Hj. Husin di dalam buku Psikologi Bilik Darjah (1997) menjelaskan bahawa penggunaan kedua-dua elemen ini biasanya akan menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.Dengan teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contohnya, apabila guru memberi pujian dan rangsangan setiap kali murid mendapat hasil yang baik , maka gerak balas itu dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Sebagai contoh, sekiranya pelajar mendapat galakan untuk belajar subjek Sejarah dengan tekun, maka sudah pasti pelajar akan berusaha dengan lebih gigih untuk mengekalkan pujian dan rangsangan itu.Guru seharusnya peka terhadap setiap rangsangan yang telah mereka berikan kepada pelajar. Hal ini kerana penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Seperti contoh diatas, jikalau guru tidak memberikan rangsangan dan peneguhan kepada murid, lama-lama nanti murid tidak akan percaya dan berharap pada guru lagi maka berlakulah proses penghapusan. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Page 36: Ringkasan teori

IMPLIKASI TEORI BEHAVIORISME TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

1. Guru hendaklah menetapkan maklumat yang spesifik. -Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas.-Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dicapai.

2. Guru juga hendaklah menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran. -Objektif hendaklah khusus. -Satu objektif bagi satu langkah kecil.

3. Buat analisis tugasan.-Pecahkan tugasan pembelajaran kepada langkah- langkah kecil.

4. Sediakan langkah pengajaran secara berperingkat. -Satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran. -Susunan langkah hendaklah secara progresif/ ansur maju. -Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepadaa langkah seterusnya.

5. Aplikasi teknik dan peneguhan yang sesuai. -Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan tingkah- laku. -Peneguhan berkala selepas tingkah- laku dikuasai.-Berdasarkan masa : masa tetap dan masa berubah -Berdasarkan kandungan : nisbah tetap dan nisbah berubah

6. Aplikasi hukum kesediaan.-Kaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada. -Sediakan situasi yang merangsangkan. -Cungkil rasa ingin tahu/ motivasi pelajar.

7. Aplikasi hukum latihan.-Banyakkan pengulangan dan latih tubi. -Sediakan latihan yang banyak dan pelbagai.

8. Aplikasi hukum kesan/ akibat.-Adakan aktiviti pengukuhan. -Pilih dan aplikasi peneguhan yang sesuai. -Amalkan teknik hukuman dan ganjaran.

9. Sediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra. -Amalan rutin belajar. -Amalan rutin keceriaan. -Peraturan bilik darjah yang positif. -Amalan dinamika kumpulan.

4. TEORI-TEORI KAUNSELING - TERAPI REALITITERAPI REALITI

4.1 PENGENALAN

Page 37: Ringkasan teori

Terapi realiti adalah satu bentuk terapi yang agak baru dalam kaunseling. Terapi ini diasaskan oleh William Glasser seorang psikologis di California dalam tahun 1965. realiti adalah selari. Terapi realiti adalah merujuk kepada dunia fenomena klien dan menekankan kepada cara yang subjektif iaitu klien akan melihat dan bertindakbalas dengan dunia persekitaran mereka melalui kaawalan penilaian dalaman internal locus of evaluation. Glasser (1985) telah menekankan bahawa manusia melihat dunia melalui lima keperluan asas genetik dan bukannya dunia seperti ianya yang sebenar.Seperti mana terapi lain yang di atas, terapi realiti telah menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Manusia boleh mengawal secara berkesan kehidupan ini jika mereka bersedia untuk berusaha menentukan matlamat. Oleh itu dengan meletakkan prinsip-prinsip teori kawalan dalam, manusia boleh mencegah banyak masalah yang menjurus kepada terapi. Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan physiology. Hal ini bermakna klien bertanggungjawab untuk memilih bukan sahaja apa yang mereka lakukan tetapi apa jua yang mereka fikirkan, rasai, dan mengalaminya secara fizikal. Dalam ertikata yang lain terapi ini menekankan kepada tingkah laku dan pemikiran.Tugas kaunselor ialah bertindak secara aktif , mengarah, didaktif dan kognitif. Kaunselor juga akan mengikat kontrak dengan klien dalam usaha klien untuk mengubah tingkah lakunya. Sebagai suatu bentuk terapi mengarah, kaunselor berperanan sebagai guru, dan juga sebagai teladan. Walau bagaimanpun, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk mencabar klien berhadapan dengan realiti semasa jika perlu. Terapi ini juga menekankan secara langsung kepada peristiwa-peristiwa masa lampau. Ia juga menolak konsep sakit jiwa yang dipolopori oleh teori psikoanalisis.Secara umumnya matlamat terapi realiti ialah untuk menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan psikologi (psychology strength) untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa. Ianya boleh digunakan dalam terapi atau kaunseling individu, kerja-kerja sosial, pendidikan, terapi kelompok, , kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, pengurusan institusi dan perkembangan serta kemajuan masyarakat.

4.2 Latar Belakang TokohWilliam Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti. Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Beliau merupakan anak yang ketiga dan yang bongsu dalam keluarganya. Bagi Glasser , zaman kanak-kanaknya merupakan zaman yang mengembirakan dan semasa di sekolah beliau sangat berminat

Page 38: Ringkasan teori

bermain muzik dan dalam bidang sukan. Pada tahun 1944, ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Empat tahun kemudian beliau mendapat ijazah Master dalam Clinical Psychology dari Case Western Reserve University. Namun tesis untuk mendapatkan PhDnya telah ditolak. Semasa berumur 28 tahun(1953), Glasser mendapat ijazah perubatan dari universiti yang sama. Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang.Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti. Selama tempoh dua belas tahun di Ventura School, Glasser telah memajukan lagi terapi realitinya dengan mengendalikan program-program yang berjaya di sekolah berkenaan. Istilah realiti terapi digunakan untuk pertama kalinya oleh Glasser dalam manuskripnya yang bertajuk “Reality Therapy” : A Realistic Approach To The Young Offender” dalam tahun 1964. Pada tahun 1965, bukunya yang terkenal bertajuk Reality Therapy : A New Approach To Psychiatry telah diterbitkan.Dalam tahun 1966, Glasser mula mengaplikasikan idea-idea realiti terapinya dalam sistem pendidikan di California. Idea-idea ini akhirnya telah dimuatkan ke dalam bukunya yang ketiga iaitu “Schools Without Failure”(1969). Pada tahun 1968, Glasser telah mengasaskan penubuhan Institute For Reality Therapy do Los Angeles. Institut ini menawarkan kursus-kursus dan latihan untuk para doktor, ahli-ahli fiziks, pegawai perundangan, pegawai polis, jururawat, peguam, hakim, guru dan kaunselor. Dua tahun kemudian iaitu tahun 1970, William Glasser La Verne College Center ditubuhkan di University of La Verne di California Selatan untuk menyediakan pengajian luar kampus kepada guru-guru untuk mendapatkan ijazah.Bermula tahun 1981, Glasser telah menjalinkan idea asalnya dengan teori kawalan (Control Theory) yang menegaskan bahawa tingkah laku dijana dari dalam individu. Apa yang diperoleh dari luar hanyalah maklumat (information). Bukunya yang bertajuk Stations of the mind(1981) dan Control Theory : A New Explanation of We Control Our Lives(1984) telah menunjukkan pendirian teori ini dan menghuraikan bagaimana otak manusia mempengaruhi persepsi dalaman.Buku-buku lain yang dihasilkan oleh Glasser ialah The Identity Society(1972), Positive Addiction(1976), Control Theory In The Claaroom(1986), The Quality School :Managing Students Without Coercion(1990) dan The Quality School Teacher(1993). Glasser juga sering memberikan kuliah atau ceramah dan bengkel di peringkat antara bangsa mengenai aplikasi teori kawalan dan realiti terapi.

Page 39: Ringkasan teori

4.3 Latar Belakang TerapiTerapi Realiti merupakan satu bentuk terapi yang agak baru dalam dunia kaunseling. Ianya telah diasaskan oleh William Glasser iaitu seorang psikologis dari California pada tahun 1965 ekoran daripada ketidaksetujuan Glasser terhadap teori psikoanalitik. Kottler dan Brown( )menyatakan bahawa terapi realiti merupakan suatu pendekatan mengajar yang menekankan kepada penyelesaian masalah, tanggungjawab peribadi dan keperluan untuk menangani atau mengatasi keperluan ‘realiti’ seseorang individu. Menurutnya lagi terapi realiti adalah berdasarkan kepada assumsi atau andaian bahawa setiap individu perlu untuk membina identiti sama ada berjaya atau gagal. John J. Pietrofesa(1984), berpendapat bahawa terapi realiti berasaskan kepada andaian terhadap sesuatu tingkah laku sama ada menolong atau menghalang untuk memenuhi keperluan asas manusia. Keperluan tersebut merupakan keperluan untuk disayangi dan menyayangi orang lain dan keperluan merasa dihargai dan menghargai orang lain. Tingkah laku yang dapat dipenuhi dikatakan bertanggungjawab dan yang gagal adalah sebaliknya. Tingkah laku yang tidak bertanggungjawab akan membina identiti gagal dan seterusnya akan menghadapi kegagalan. Maka kaunselor adalah membina identiti individu itu ke arah kejayaan.Glading (1993), berpendapat terapi realiti menegaskan baahawa perubahan individu dilakukan melalui tindakan dan pemikiran. Beliau mencadangkan bahawa dunia dalaman individu adalah yang paling berpengaruh dalam menentukan tingkah laku yang telah dipilihya. Terapi ini juga berorientasikan tindakan (action oriented) yang bersifat konkrit, mengajar, mengarah dan kognitif.Oleh itu secara keseluruhannya kita dapati, teori realiti lebih menekankan kepada keperluan untuk memenuhi kehendak psikologi (a fulfilments of psychology needs). Secara amya didapati terapi realiti adalah untuk menyediakan individu dalam susasana yang boleh membantu mereka membina kekuatan psikologi untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa. Terapi ini juga boleh digunakan dalam kaunseling individu, kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, kaunseling kelamin, pendidikan, kerja-kerja sosial, terapi kelompok, crisis intervention, pengurusan institusi dan perkembangan kemajuan masyarakat.

4.4 Pandangan terapi Tentang Kejadian ManusiaMenurut William Glasser (1965), terdapat tiga andaian terhadap kejadian manusia berdasarkan terapi realiti. Diantaranya ialah :4.4.1 Manusia berfungsi pada tahap atau keadaan kesedaran tanpa dipengaruhi oleh kuasa tidak sedar. 4.4.2 Dalam diri setiap manusia terdapat dorongan yang sihat.

Page 40: Ringkasan teori

Dorongan ini mengandungi dua tahap iaitu dalam bantuk fizikal dan psikologikal.Dalam bentuk fizikal, merupakan suatu keperluan asas kepada manusia seperti makan minum dan tidur. Manusia juga dipengaruhi oleh keinginan untuk kelangsungan hidup (survival). Manakala dalam bentuk psikologikal pula, terbahagi kepada empat bahagian iaitu :a. Rasa kepunyaan (belonging). Rasa kepunyaan ini misalnya seperti keperluan kepada rakan, keluarga dan kasih sayang.b. Kuasa iaitu suatu keperluan penghargaan kendiri , dihargai dan bersaing.c. Kebebasan (freedom) iaitu suatu keinginan untuk membuat pilihan dan keputusan.d. Keseronokan iaitu suatu bentuk keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan lain-lain .Keempat-empat keperluan ini akan membawa kepada identiti diri seseorang individu. Ianya akan tercapai apabila individu itu diterima oleh orang lain atau masyarakat. Yang paling penting dalam keperluan psikologikal ialah apaabila seseorang itu akan mengalami rasa cinta dan rasa dihargai.Menurut Glasser, seseorang individu yang tidak ada rasa dicintai akan mengalami kegagalan identiti, personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Dalam suasana mencapai identiti diri ini terdapat dua waktu yang kritikal dalam kehidupan di zaman kanak-kanak di antara umur 2 hingga 5 tahun dan 5 hingga 10 tahun.Dalam peringkat umur antara 2 hingga 5 tahun , proses sosialisasi awal berlaku seperti berhubung dengan ibu bapa, adik beradik dan rakan sebaya. Pada peringkat ini kanak-kanak sudah mula mengalami perasaan kecewa dan kerisauan. Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan kasih sayang, bimbingan, dan penerimaan dari ibu bapa. Jika ini berlaku maka kanak-kanak itu tadi akan mula membentuk identiti yang kekal.Pada peringkat umur 5 hingga 10 tahun pula, kanak-kanak akan terlibat dengan alam persekolahan dan mula memperolehi pengetahuan dan membentuk konsep diri. Di peringkat ini, kanak-kanak akan menghadapi masalah sosialisasi dan masalah pembelajaran . Dalam kontek pembelajaran , sekiranya individu tidak belajar sesuatu pada masa atau peringkat muda maka individu itu boleh belajar di waktu selepas itu.

4.4.3 Individu mampu menentukan dan mengawal diriMengikut Gladding (1993), dalam pertumbuhan individu masalah timbul apabila manusia itu tidak bertanggungjawab tentang sikap mereka. Manusia perlu disayangi dan menyayangi, berasa dihargai, gembira dan mampu mengawal keadaan sekeliling di atas sebab

Page 41: Ringkasan teori

tertentu. Ee Ah Meng(1989), telah mengatakan bahawa ‘untuk menghuraikan tingkah laku dan pandangan mengenai ketenteraman jiwa seseorang Glasser menggunakan istilah seperti ‘memuaskan’ , ‘telah maju’ ,’baik’ dan ‘moral’. Menurutnya lagi, bagi memperoleh harga diri kita perlu mempelajari cara memperbaiki diri kita sekiranya kita telah melakukan kesilapan sebaliknya kita hendaklah memuji diri kalau melakukan sesuatu yang betul.Mengikut Muhd Mansur Abdullah (1993), setiap manusia di antara kita membentuk keperibadian di dalam penglibatan kita dengan orang lain dan dengan imej diri sendiri. ‘ Kuasa pertumbuhan akan membantu kita mencapai identiti yang berjaya. Natijahnya, penderitaan peribadi hanya boleh diubah jika berubahnya keperibadian itu sendiri kerana individu itu mampu mengubah nasib, cara hidup, perasaan dan tingkah laku mereka. Manusia itu menolak dunia sekelilingnya apabila menghadapi kekecewaan kehendak diri. Mereka mungkin kehilangan tujuan sebenar, hilang kebolehan bagi melihat keadaan nyata yang sebenar. Mengikut Corey(1988), dalam pembentukan identiti masing-masing individu akan mengembangkan keterlibatan dengan orang lain dan dengan bayangan diri yang dengannya individu itu akan merasa relatif berhasil atau sebaliknya. Manusia mencakupi pernyataan bahawa sesuatu kekuatan pertumbuhan itu mendorongnya untuk berusaha mencapai sesuatu identiti keberhasilan. “Individu boleh mengubah cara hidup, perasaan dan tingkah lakunya.Idividu juga mampu mengubah identitinya. Justeru itu, perubahan identiti bergantung kepada perubahan tingkah laku”.Mengikut Pietrofesa Hoffman dan Splete (1984), manusia mempunyai dua keperluan asas. Jika keperluan itu tidak dapat dipenuhi maka akan wujudlah kekecewaan. Dua keperluan asas itu ialah keinginan untuk menyayangi dan disayangi dan juga keperluan keinginan untuk merasakan kita berguna untuk diri sendiri dan juga orang lain. Bagi Glasser, beliau percaya bahawa kematian merupakan keputusan yang dibuat oleh seseorang yang kurang kasih sayang di awal kehidupannya. Seterusnya kekurangan sepenuhnya kasih sayang yang mungkin menyebabkan kekecewaan yang teruk sehingga seseorang itu membunuh diri dan sakit jiwa.Menurut Wubbolding dlm John J. Pietrofesa et, al.(1984), kejayaan identiti seseorang itu berkembang dalam beberapa peringkat:a. Peringkat ‘lakukan atau buat’ iaitu orang akan mula untuk mengerjakan sesuatu. Maknanya ia memulakan suatu harapan untuk mempertingkatkan diri tanpa mengira sekecil manapun usaha permulaan tersebut.b. Perkembangan identiti kejayaan, iaitu pemikiran yang positif. Pada peringkat ini, pertama berkelakuan membina iaitu bersikap tegas dalam menunjukkan diri dan meningkatkan penampilan diri serta

Page 42: Ringkasan teori

mengambil kira kebajikan orang lain. Kedua, berfikiran positif iaitu berkebolehan menggunakan situasi yang paling baik dan mengembirakan, percaya dan penerimaan diri untuk mengawal pembangunan atau perkembangan yang positif secara berterusan. Ketiga, berfikiran rasional dan tidak rasional. Seseorang itu akan dapat mengenal pasti satu masalah dan isu dengan beralasan secara keseluruhan dan matang. Keempat, kesihatan aktiviti fizikal diikuti dengan diet yang berpatutan, seterusnya mendapat senaman yang bersesuaian dengan keperluan fizikal.c. Peringkat mengisi kekosongan yang ada pada diri seseorang dengan merasakan suatu yang seronok, merasakan kasih sayang serta disayangi oleh orang lain. Seseorang itu juga harus merasakan kebolehan menjalankan kerja dan mempunyai harga diri. Menurut John J. Pietrofesa et,al (1984), bahawa manusia akan menderita akibat kegelisahan, menyalahkan diri sendiri, kemuraman dan kemarahan dan mungkin akan tersingkir dari masyarakat apabila gagal mendapat kasih sayang.Mengikut Corey(1982), walaupun faktor persekitaran mempunyai pengaruh manusia dalam membuat keputusan tetapi perilaku itu bukan disebabkan olehnya. Menurutnya lagi, semua sikap motivasi dalaman seseorang berpandu kepada keinginannya untuk mencapai sesuatu.Mohd Salleh Lebar (1993), mengandaikan bahawa manusia apabila menerima kasih sayang dan memberikan kasih sayang adalah penting bagi dirinya dan juga orang lain. Beliau juga berpendapat bagi memperolehi harga diri seseorang itu perlu memperbaiki dirinya dahulu dari kesilapan. Kegagalan menjaga harga diri menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah. Oleh itu manusia perlukan kasih sayang dan memperolehi harga diri yang sewajarnya.

4.5 Konsep-konsep Utama Terapi Realiti

Mengikut Amir Awang (1987), terapi realiti berbeza dengan teori-teori kaunseling dan psikoterapi yang lain kerana ia tidak mempunyai konsep-konsep tertentu. Walau bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri tertentu. Di antaranya ialah :• Terapi realiti menekankan bahawa tingkah laku yang tidak siuman adalah disebabkan pengabaian tanggungjawab. Menurutnya, apabila individu itu tidak melaksanakan tanggungjawabnya maka akan menyebabkan timbulnya tingkah laku yang bilazim.• Terapi realiti juga memberi penumpuan kepada tingkah laku dan bukannya perasaan dan sikap. Menurut terapi ini apabila tingkah laku itu berubah maka sikap dan perasaan akan turut berubah.• Tumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas klien pada masa kini. Peristiwa yang lampau dan pada masa depan tidak diberi

Page 43: Ringkasan teori

perhatian kerana sejarah yang lalu tidak boleh diubah. Begitu juga masa depan boleh menimbulkan kebimbangan semata-mata.• Terapi realiti juga menekankan aspek-aspek positif seperti potensi individu, kejayaan, kelebihan dan kualiti positif yang ada pada individu tersebut. Melihat individu sebagai positif dan beroperasi dan bukan sebaliknya.• Menggalakkan individu atau klien menilai tingkah lakunya sama ada yang positif atau negatif. Tingkah lakunya akan berubah setelah mengenal pasti tingkah laku itu dan ini akan menyedarkan individu itu tentang punca kegagalan pada masa kini.• Terapi realiti ini juga menitikberatkan tanggungjawab. Sikap bertanggungjawab perlu dipelajari secara terus menerus sepanjang masa kehidupan.• Persetujuan di antara kaunselor dan klien perlu dipatuhi bagi mencapai matlamat dan memenuhi keperluan individu tersebut.Muhd Mansur Abdullah(1993) telah mengemukakan beberapa konsep dalam terapi.. Diantaranya ialah meletakkan kepentingan utama pada perasaan klien dalam menilai tingkah lakunya agar dapat menentukan siapakah yang menyebabkan berlakunya kegagalan dalam kehidupannya. Perubahan tingkah laku juga adalah sangat penting. Sekiranya klien menyedari bahawa mereka tidak mendapat keperluan yang diinginkan maka tingkah laku yang ditonjolkan itu merupakan pemusnah diri.Mengikut Gibson dan Mitchell (dalam John J. Schmidt (1996) terapi realiti menunjukkan bahawa kaunseling adalah kaedah pengajaran yang istimewa atau latihan mengajar seseorang individu tentang apa yang sepatutnya dipelajari semasa hidup yang normal pada masa yang singkat.Secara menyeluruhnya, terapi ini dapat diaplikasikan di sekolah, dalam pentadbiran, dan kelas bimbingan dalam kumpulan. Keberkesanannya telah didokumentasikan dalam beberapa idea termasuk bekerja bersama pelajar istimewa, konsep kendiri pelajar dan hala tuju diri pelajar.

4.6 Matlamat Terapi Realiti

Pietrofesa,J.J. (1984), telah menjelaskan bahawa terapi realiti adalah untuk membantu mereka yang hanya mencari keseronokan sahaja dan

Page 44: Ringkasan teori

mengabaikan dunia realiti.Kottler dan Brown (1996) pula menyatakan terapi ini menggalakkan klien bermotivasi, bertanggungjawab terhadap rancangan tindakannya ke arah perubahan tingkah laku membina dan identiti yang berjaya.Samuel T.G.(1993), pula menjelaskan antara lain matlamat terapi realiti ialah:• Membantu klien memperjelaskan apa yang mereka mahu dalam hidupnya.• Membantu klien mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri serta sokongan yang ada di sekelilingnya dan juga bentuk halangan-halangan yang wujud.• Membantu klien agar mantap dari psikologi dan lebih rasional dalam membuat tindakan dan pemikiran.Corey. G .(1982), menyatakan antara lain matlamat terapi realiti ialah :• Secara holistiknya matlamat terapi ini adalah untuk membantu individu mencari jalan yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan mereka dari segi rasa kepunyaan, kebebasan, berkuasa dan berseronok.• Memfokuskan kepada apa yang klien sedar dan membantu klien meningkatkan kesedaran itu.

Corsini R.J. (1983), menyatakan bahawa “tidak kira bagaimana kejam atau ganas dan luar biasa sesuatu kejadian itu yang membawa kepada tingkah laku seseorang, kita harus menjelaskan kepadanya bahawa kejadian yang lalu tidak boleh dijadikan alasan untuk bertingkah laku yang tidak sepatutnya. Tidak kira apa yang terjadi kepadanya di masa lalu, dia harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa dilaksanakannya sekarang”Koeswara (1988), menjelaskan beberapa matlamat terapi realiti ialah :• Motif umum terapi adalah membantu seseorang bagi mencapai autonominya.• Membantu orang-orang dalam menentukan dan memperjelaskan tujuan-tujuan mereka.• Membantu klien dalam menjelaskan cara-cara mereka menghambat kemajuan ke arah tujuan-tujuan yang ditentukan oleh mereka sendiri.• Membantu klien menemukan alternatif-alternatif dalam mencapai tujuan-tujuan dengan syarat klien sendiri yang menetapkan tujuan-tujuan itu.Mohd Salleh Lebar(1993), menyatakan matlamat terapi ini adalah untuk membantu klien menyedari bahawa kegagalan untuk menjaga diri menyebabkan seseorang itu akan menghadapi masalah. Dalam erti kata lain, terapi ini membantu klien agar berada dalam situasi yang rasional.Muhd. Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd. Tamin(1993) menyatakan bahaw matlamat terapi realiti ialah:

Page 45: Ringkasan teori

• Untuk mengurangkan tingkah laku ketewasan-kendiri yang tidak bertanggungjawab dan memperkembangkan imej-kendiri yang lebih positif.• Membuat dan melaksanakan suatu rancangan bagi membolehkan klien mengalami kejayaan tingkah laku bertanggungjawab dan mula memperolehi sedikit deria kesejahteraan kendiri.• Klien diharapkan dapat membuat kemajuan apabila tanggungjawab terhadap tingkah laku peribadinya dapat dilaksanakan dan apabila hajat itu dapat dipenuhi dengan tidak menyakiti diri sendiri mahupun orang lain.Amir Awang (1987) telah menjelaskan beberapa matlamat terapi realiti. Antaranya ialah :• Klien sendiri menentukan matlamat hidupnya secara bebas tanpa bergantung kepada orang lain. Iaitu klien harus berusaha untuk mencapai autonomi.• Klien harus berupaya merancang strategi dan langkah-langkah tertentu bagi mencapai matlamat hidupnya.• Kaunselor boleh mengemukakan syor-syor dan saranan-saranan berhubung dengan matlamat hidup yang bertanggungjawab dan realistik serta strategi-strategi yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat tersebut. Dalam hal ini klien sendiri mesti menentukan apa yang baik bagi dirinya.

4.7 Proses Kaunseling Dalam Terapi RealitiPietrofesa, J.J (1984), telah menjelaskan tentang proses terapi yang melibatkan beberapa kemahiran seperti konfrantasi, homor atau kecindan, perbincangan, penetapan matlamat, menunjukkan (pointing out), nasihat dan debat. Proses ini boleh dibahagikan kepada tiga prosedur:i. Keterlibatan iaitu proses ini memerlukan kaunselor melibatkan diri dengan klien secara intelektual dan emosi. Kaunselor harus memahami dan menerima klien seadanya. Ini adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik dan memudahkan proses kaunseling kemudiannya.ii. Kaunselor mesti memberitahu klien sama ada tentang tingkah laku yang kaunselor tidak suka atau tentang penerimaannya sebagai individu. Ini memberitahu klien bahawa sikapnya yang tidak disukai dan bukannya sebagai orang atau individu.iii. Kaunselor harus memberi arahan kepada klien untuk mencari jalan yang lebih baik bagi memenuhi keperluannya. Ini dapat dilakukan apabila klien mengaku bahawa sikap tidak bertanggungjawabnya adalah salah. Prosedur ini hanya dilakukan dengan syarat kaunselor

Page 46: Ringkasan teori

mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk membantu klien.Menurut Glasser(1992) dalam Pietrofesa, J.J (1984) menyatakan terdapat lapan langkah dalam proses terapi realiti :Langkah 1 : KeterlibatanKaunselor mesti menjalinkan hubungan baik dengan klien. Kaunselor hendaklah mesra , empati dan dapat memberikan perhatian kepada klien. Keterlibatan kaunselor hendaklah ada batasan jangan sampai terperangkap.Langkah 2: Fokus kepada tingkah laku semasa.Walaupuntingkah laku dan perasaan saling berkait rapat, namun tumpuan kaunselor hendaklah kepadatingkah laku semasa klien.Tingkah laku diberi tumpuan kerana ia merupakan perkara yang lebih mudah diperbetulkan oleh klien.Langkah 3: Fokus terhadap masa sekarang.Terapi ini tidak melihat pengalaman lampau tetapi masa lampau hanya dibincangkan untuk membantu :- Pembinaan sikap pengalaman lampau sebagai hubungannya dengan masa kini.- Mengenalpasti alternatif yang membina untuk klien buat pilihan.- Menentukan kenapa klien memilih tingkah laku yang tidak membawa beliau kepada lebih banyak masalah. Terapi ini percaya bahawa tingkah laku semasa dapat diubah.

Langkah 4 : Menilai kendiriKlien diberi tanggungjawab menilai tingkah laku sendiri. Kaunselor hanya memberikan perangsang dan panduan.

Langkah 5 : Membuat Pelan Pelan dibuat untuk membantu klien. Alternatif dipilih dan langkah-langkah yang perlu untuknya mencapai objektif itu disenaraikan. Pelan ini dinilai dan disemak dari semasa ke semasa.Langkah 6 : KomitmenLangkah ini perlu ditekankan sewaktu pertemuan awal supaya apabila klien diminta menjalankan atau melaksanakan pelan perubahan tingkah lakunya maka dia sudah bersedia. Langkah 7 : Tidak menerima sebarang alasanKaunselor tidak patut menerima sebarang alasan klien yang tidak dapat melaksanakan pelannya tidak juga harus memarahi klien. Kaunselor harus meminta klien membuat komitmen yang baru untuk memenuhi tanggungjawabnya.Langkah 8 : Hapuskan dendaanHukuman dan dendaan tidak termasuk dalam terapi ini tetapi adalah

Page 47: Ringkasan teori

elok sekiranya klien dapat merasakan kerugian apabila dia gagal menyempurnakan tanggungjawabnya terutama sekali dalam mengubah tingkah laku yang negatif.

Muhd Mansur Abdullah(1993), telah menjelaskan bahawa proses kaunseling terapi realiti adalah seperti berikut :• Kehangatan hubungan kaunselor , pemahaman dan prihatin kaunselor terhadap klien.• Pemusatan utama kepada tingkah laku.• Penumpuan kepada masa kini. Masa lalu tidak boleh diubah lagi.• Klien mesti membuat suatu penilaian dan mengenal pasti ketewasan kendiri, tingkah laku tidak bertanggungjawab sebelum terdedah kepada pertolongan kaunseling.• Kaunselor membantu klien membina suatu perancangan mengubah tingkah laku . Adalah penting perancangan itu dibuat dalam bentuk bertulis.• Kaunselor menolong klien membuat suatu penglibatan menyiapkan rancangan.• Kaunselor menjelaskan kepada klien bahawa alasan tidak menyiapkan rancangan tidak boleh diterima.• Kaunselor tidak menyalahkan klien sekiranya gagal.

4.8 Peranan KaunselorCorey , G. (1982), telah menjelaskan bahawa peranan kaunselor adalah seperti berikut :• kaunselor berperanan sebagai guru dan model. Ia menerima klien secara mesra, empati dan penuh perhatian.• Tugas utamanya ialah melibatkan diri dengan klien bagi membina hubungan yang baik supaya dapat menyediakan landasan yang betul untuk proses kaunseling seterusnya.• Sebagai seorang pengajar , iaitu mengajar klien tentang teori kawalan , memberikan klien pilihan bertingkah laku dan sentiasa aktif semasa sesi kaunseling berjalan.• Kaunselor mencabar klien dengan bertanya adakah perkara yang anda lakukan mendatangkan faedah atau manfaat kepadanya? Sekiranya klien merasakan atau sebaliknya maka kaunselor akan mencadangkan alternatif kelakuan yang lain.• Membina struktur dan had sesuatu sesi.• Membina rapport berdasarkan perhatian dan penghormatan.• Memberikan tumpuan kepada kekuatan individu dan potensi yang dapat mengarahkan kepada kejayaan.• Berbincang secara aktif tentang tingkah laku semasa dan tidak menggalakkan klien memberikan alasan tentang tingkah lakunya yang tidak bertanggungjawab.• Memperkenalkan dan menggalakkan psoses menilai kehendak yang

Page 48: Ringkasan teori

ingin dicapai secara realistik.• Mengajar dan menggalakkan klien melaksanakan pelan tindakan untuk mengubah tingkah lakunya.• Membantu klien mencari jalan untuk memenuhi kehendak mereka dan menggalakkan mereka agar tidak cepat putus asa.E. Koeswara (1988), menjelaskan bahawa kaunselor bertindak sebagai pembimbing yang akan membantu klien agar dapat menilai tingkah lakunya sendiri secara realiti. Terapi ini juga berasumsi bahawa klien mampu mewujudkan kebahagiaannya sendiri dan mendapatkannya maka kuncinya adalah menerima tanggungjawab. Kaunselor juga harus berfungsi sebagai guru dalam menjalinkan hubungannya dengan klien dan mendedahkan kepada klien bahawa tujuan terapi ialah ke arah kebahagiaanEe Ah Meng (1997), menyatakan bahawa peranan kaunselor ialah :• Melibatkan diri secara mendalam dengan klien.• Kenalpasti jurang diantara tindakan klien dengan keperluan-keperluan dan nilai-nilainya.• Tumpukan kepada tindakan (apa yang dibuat oleh klien) lebih daripada fikiran dan perasaan klien.• Pastikan klien bertanggungjawab ke atas pilihan dan akibatnya.• Wujudkan perhubungan yang terbuka, mesra, dan jujur dengan klien.• Tumpukan pada tingkah laku sekarang.• Berikan galakkan , pujian dan alternatif kepada klien.• Lakukan konfrantasi sekiranya tingkah laku klien berbeza dengan percakapannya.Mohd Salleh Lebar (1993), telah menjelaskan tentang peranan kaunselor seperti berikut :• memberikan galakkan kepada klien.• Menumpukan kepada tingkah laku.• Lakukan konfrantasi jika tingkah laku klien berbeza dengan percakapannya.• Wujudkan hubungan yang terbuka.• Pastikan klien bertanggungjawab dengan pilihan dan akibat pilihan itu.• Menumpukan kepada sesuatu tindakan daripada perasaan.

4..9 Peranan Klien4.9.1 Klien digalakkan menumpukan perhatian kepada tingkah laku dan tidak pada perasaan dan sikapnya. Mereka diarahkan supaya meneliti dan menilai tingkah laku sendiri bagi menentukan adakah tingkah laku itu membina atau menghalang untuk mencapai matlamat hidup mereka.. Seandainya mereka mengalami sesuatu perasaan tertentu, mereka akan disuruh mengkaji tingkah laku itu.4.9.2 Klien digalakkan memikirkan dan merancang strategi-strategi yang khusus untuk mengubah tingkah laku yang gagal dan

Page 49: Ringkasan teori

menggantikannya dengan tingkah laku yang baik.4.9.3 Klien hendaklah melaksanakan strategi-strategi yang dirancangkan. Klien mestilah komited pada rancangan tindakannya. Mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa atau cuba memberi alasan-alasan tertentu. Kontrak dan komitmen seperti ini hendaklah dilaksanakan oleh klien.4.9.4 Di dalam usaha klien menilai dan mengktirik tigkah lakunya, ia juga haruslah bersikap realistik. Tidak keterlaluan sehingga kecaman-kecaman itu menjadi terlalu hebat dan berat baginya. Sekiranya situasi ini wujud maka tentukan usaha-usaha klien untuk megubah tingkah lakunya akan gagal. Lebih realistik dan munasabah sekiranya kecaman dan kritik itu dilakukan secara sederhana supaya tingkah laku yang tidak sesuai itu dapat diubah dan digantikan dengan tingkah laku yang lebih sesuai.

4.10 Teknik DanTatacara Terapi RealitiMenurut Muhd. Mansur Abdullah (1993) , matlamat asas terapi realiti ialah menolong individu mencapai kuasa autonomi agar sampai kepada peringkat kematangan yang membolehkan seseorang itu melepaskan dirinya daripada sokongan persekitaran dan menggantikannya dengan bantuan dalaman. Kematangan ini menunjukkan bahawa manusia berkemampuan memikul tanggungjawab untuk dirinya sendiri dan untuk apa yang mereka mahukan serta untuk membina tanggungjawab dan perancangan-perancangan yang realistik bagi mencapai dan memenuhi matlamat mereka ” .Bagi membantu manusia untuk mencapai matlamat dalam hidup mereka dan menerangkan cara-cara untuk mencapaikannya maka terapi realiti telah menggunakan teknik-teknik tertentu yang berbentuk tingkah laku. Di antarannya ialah :4.10.1 Menjadi model atau contoh: Dalam teknik ini kaunselor mestilah menjadi contoh teladan atau model yang berperanan sebagai seorang pendidik. Sebagai pendidik, kaunselor cuba menolak tingkah laku klien yang negatif tanpa meminggirkan klien tersebut. Kaunselor perlu mengajar klien dengan cara yang lebih berkesan bagi memenuhi kehendak klien berdasarkan realiti. Tindakan ini membolehkan klien menghadapi kenyataan dan menyedari akan tingkah lakunya yang tidak realistik.4.10.2 Kelucuan : Kaunselor akan bersikap lucu dan tidak terlalu serius. Ini bermakna kaunselor akan melihat sesuatu situasi dari sudut yang melucukan dengan tujuan untuk meringankan tekanan atau bebanan yang dihadapi klien.4.10.3 Konfrantasi : Kaunselor akan berdepan atau mencabar klien tanpa membenarkan klien memberikan alasan-alasan tertentu. Kaunselor juga boleh menggunakan cemuhan-cemuhan dan kritikan

Page 50: Ringkasan teori

yang boleh memeranjatkan klien di dalam usaha untuk mencabar tingkah laku yang tidak realistik. Situasi ini dapat memberikan respon kepada klien memikirkan tentang dirinya secara realistik.4.10.4 Main Peranan(Role play) : Kaunselor akan menggunakan komunikasi dalam main peranan bersama klien. Dalam permainan tersebut kaunselor akan cuba memberikan penekanan pada ‘di sini’ dan pada ‘ketika ini’ dan elakkan daripada memberi penumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang lampau dan perasaan-perasaan yang tidak baik.4.10.5 Tindak balas : Kaunselor akan meminta kepada klien melihat tingkah lakunya sebagai satu cara untuk klien menerima sesuatu tanggungjawab. Kaunselor akan bertanya kepada klien adakah tindakan itu sesuai dengan klien dan adakah cara itu berfaedah kepadanya. Dalam hal ini klien hendaklah menentukan sama ada hendak mengubah tingkah lakunya atau sebaliknya.4.10.6 Penglibatan : Kaunselor akan melibatkan diri secara langsung dengan menggunakan kata-kata seperti ‘ saya mementingkan anda, saya bertanggungjawab pada anda’. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh kaunselor perlulah sejajar dengan kata-kata yang telah dilafazkan itu. Kaunselor harus melibatkan diri dengan klien dalam usaha mencari arah tuju kehidupan atau mencari jalan yang baru bagi mencapai kehidupan klien yang lebih berjaya dan bermakna.4.10.7 Kontrak(Perjanjian) : Kaunselor dan klien perlu membuat perjanjian. Sekiranya perlu perjanjian itu boleh dilakukan dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh klien. Biasanya dalam perjanjian terdapat peraturan-peraturan tertentu maka dalam membuat peraturan tersebut klien libatkan diri dengan kaunselor. Kaunselor juga perlu menyemak kemajuan klien dan berikan pujian mengikut situasi yang perlu.Sekiranya rancangan yang dirancang agak sukar dilaksanakan maka perlu buat rancangan yang baru. Bagi pihak klien kegagalan rancangan tersebut tidak perlu dihukum atau didenda.4.10.8 Formulate ‘Menghasilkan satu rangka kerja yang spesifik’ : Dalam hal ini kaunselor perlu membuat satu rancangan untuk mengubah tingkah laku klien. Klien boleh ditanya adakah cara yang lebih baik baginya untuk membuat sesuatu untuk ubah tingkah lakunya. Kaunselor boleh membantu klien membuat perancangan dan dalam merancang , berikan kebebasan klien memilih alternatif yang disukainya. Rancangan itu hendaklah berbentuk ‘bagaimana’ dan ‘bila’ klien akan melakukannya dan dibuat secara positif.4.11 Kekuatan Dan Kekurangan Terapi Realiti4.11.1 Kekuatan Terapi Realiti Terapi ini sangat sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan dalam bentuk kaunseling, misalnya kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa, ibu bapa, dalam perkahwinan, keluarga, kaunseling individu dan kaunseling Muhd Mansur (1993). Kenyataan ini disokong oleh James C.

Page 51: Ringkasan teori

Hansen (1990) yang mengatakan ;“…although now used with a variety of clients in a number of different settings. Reality Therapy originally used in the treatment of office patients, mental hospital patients, and adult and juvenile lawbreakers. Much of Glacier’s work with juvenile offenders grew out of this years of work at the venture school for girls of the Calofornia Youth Authority.”Pendekatan dan kaedah Terapi Realiti digunakan secara konkrit, jelas dan realistik di mana ia boleh menampilkan keberkesanan, dinilai terutamanya apabila kontrak dibuat dan persetujui oleh kaunselor dan klien.Terapi realiti juga mempunyai pelan induk yang dirancang dengan secara sistematik dan realistik oleh klien dengan bantuan kaunselor sebagai panduan bagi penyelesaian masalah.Terapi ini telah memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikir secara rasional, menilai , menentukan dan membuat keputusan sendiri.Terapi ini telah menggunakan jangka masa yang pendek untuk membantu klien kalau dibandingkan dengan teori-teori yang lain seperti psikoanalisis dan pemusatan insan.Banyak kenyataan telah dibuat oleh beberapa penulis yang menyokong kelebihan-kelebihan terapi ini. Di antaranya ialah Panek (1993:461) menyatakan bahawa pendekatan terapi realiti sebagai “…stimulates active mental processes.”. Kottler (1996) berpendapat bahawa terapi realiti sebagai terapi jangka pendek dan sesuai dalam seting di sekolah dan selanjutnya “…reality therapy is a short-term treatment that has been widely used in schools, institutions and correctional settings. It is a fairly simple therapeutic approach and can be mastered withaut length training and supervision.” Menurut Samuel T. Gladding (1996:283-289) mengatakan bahawa terapi realiti “…applicable to many different populations; effective with certain disorders; concertinas; short-term; centralized training center; promotes responsibility and freedom without blaming; stresses here and now; integrates control theory.”

4.11.2 Kekurangan atau Kelemahan Terapi RealitiTerapi realiti juga mempunyai kelemahannya. Terapi ini cenderung hanya kepada memfokus kepada tingkah laku semata-mata tetapi seseorang manusia itu adalah unik dan bertindak dengan secara menyeluruh termasuklah emosi, persepsi, kognitif, sensasi dan sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa terapi ini mempunyai keupayaan yang terbatas.Terapi ini juga menekankan kepada konsep masa sekarang dan di sini atau ‘here and now’ dan dalam situasi yang sedar tanpa mengambil kira konsep-konsep tidak sedar serta sejarah hidup klien. Walhal, setiap manusia berkemungkinan bersekongkong dengan masalah yang

Page 52: Ringkasan teori

disebabkan oleh faktor biologi, fantasi, sistem kepercayaan dan nilai dan lain-lain lagi.Terapi realiti juga amat bergantung kepada bahasa. Jadi melalui sistem komunikasi kadang-kadang klien bersifat pendiam dan lembam atau tidak expresive adalah tidak sesuai dalam pemilihan tindakan terapi realiti.Terapi realiti kurang menyediakan situasi pembelajaran kerana sifatnya yang agak mendesak dan mengongkong. Oleh itu klien tidak kreatif dalam membuat keputusan dan akhirnya bergantung kepada kaunselor.Kaunselor juga dianggap tidak bermoral kerana terlalu bebas dan terbuka sehingga kerap mendesak klien membuat sesuatu. Ini akan menimbulkan kesan negatif ke atas klien. Berkemungkinan klien akan melakukan atau mengubah fikiran untuk mengikut atau akur dengan nasihat serta petunjuk yang dikemukakan oleh kaunselor.Paul E. Panek (1993:461) menyatakan bahawa kelemahan terapi realiti telah wujud diperingkat awal “…designed for used in early treament stages and for the disoriented; efficacy limited..”. John A.Axelson(1993 :368-369) menyatakan bahawa “…although the therapist might be viewed as a tough and controlling person, he or she is also uninterested and sensitive human being who understands and accepts behavior uncritically, but who never agrees with the client’s irresponsibility. Being more concerned with behavior than with attitudes, the therapy is not intended to make someone happy, but to make someone responsible…”

4.12 Aplikasi Terapi Realiti Dalam KaunselingTerapi realiti ini adalah sangat mudah dan boleh diaplikasikan dalam banyak bentuk perkhidmatan kaunseling , misalnya kaunseling individu dan kelompok, kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa, ibu bapa, keluarga, perkahwinan, kaunseling krisis, pemulihan, pencegahan, kerjaya dan sebagainya.Menurut Glasser (dalam Muhd. Mansur Abdullah 1993:) terapi ini berjaya diaplikasikan di sekolah-sekolah budak nakal dalam bentuk proses pemulihan. Oleh itu ianya sesuai dipraktikkan ke dalam perkhidmatan kaunseling pemulihan.Konsep terapi ini tidak menerima alasan dari luar maka klien harus dipaksa atau terpaksa menerima tanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri. Justeru itu, klien perlu menilai tingkah laku , membuat pilihan dan keputusan sendiri sama ada mencapai matlamat atau sebaliknya. Sekiranya belum mencapat matlamat maka klien harus bertanggungjawab berusaha mencari jalan bagi mendapatkannya.Dalam kaunseling kerjaya , terapi ini sangat sesuai diaplikasikan memandangkan bahawa ianya berfokus kepada minat,bakat atau

Page 53: Ringkasan teori

potensi dan kelayakan klien itu sendiri. Tambahan pula ianya dilakukan dalam jangka masa yang pendek iaitu memfokuskan kepada permasalahan kesedaran tingkah laku dan tidak memberi peluang untuk klien menghuraikan peristiwa masa lalu.

Kesimpulan Terapi realiti dianggap paling mudah dipraktikan kerana ianya bersifat realistik dan praktikal untuk digunakan dalam banyak bentuk perkhidmatan kaunseling. Tujuan dan matlamat terapi ini ialah untuk mengatasi pelbagai masalah tingkah laku dan emosi yang negatif dikalangan remaja dan belia. Di samping itu, kebolehkepercayaan dan keyakinan terhadap kemampuan individu untuk memimpin dirinya sebagai seorang yang bertanggungjawab telah memberikan suatu penghormatan dan sokongan moral kepada individu itu. Perkara ini merupakan suatu bentuk peneguhan dan motivasi dalaman yang amat kuat untuk membantu individu itu berusaha memperbaiki tingkah lakunya untuk mencapai matlamat masa depan dengan lebih berjaya.Terapi realiti menitikberatkan tingkah laku yang boleh diukur dan dilihat maka. Sebarang perubahan yang berlaku dengan mudah dapat dikesan dan dinilai oleh klien itu sendiri. Keadaan ini mendorong klien untuk terus memperbaiki dan berusaha ke arah yang lebih baik.Walaupun begitu terapi ini juga masih lagi terlibat dengan limitasinya. Di antaranya ialah konsep dan pendekatannya yang terlalu mudah, malah ‘oversimplistic’ sehingga boleh menimbulkan keraguan. klien kepadanya. Kaunselor pula kadangkala akan mengambil kesempatan terhadap diri klien dengan memberikan beberapa aktiviti untuk dilaksanakan oleh klien. Bagi pihak klien pula ianya akan mejadi kebergantungan terhadap kaunselor. Oleh itu situasi ini akan menjadikan klien tidak mempuyai otonomi dan tanggungjawabnya sendiri untuk menyelsaikan masalahnya.Terapi ini juga menolak tentang isu berkaitan dengan peristiwa yang lampau. Keadaan ini akan menyebabkan kaunselor tidak memahami tentang diri klien dengan sebenarnya. Oleh itu, implikasinya akan mempengaruhi pendekatan dan pandangan kaunselor di dalam sesi atau bidang terapi.Amir Awang (1987:123) telah menyatakan , sesungguhnya pengasas terapi William Glasser begitu berkeyakinan serta optimistik dengan pendekatannya. Terdapat banyak bukti meunjukkan kejayaan terapi ini dalam usaha untuk mengubah tingkah laku belia yang mengalami penyelewengan tingkah laku .