Refleksi minggu 1

25
REFLEKSI MINGGU -1 ( 18 / 1 – 22 / 1 / 2010 ) Dalam minggu pertama ini, hanya satu hari sahaja dapat menjalankan p & p di kelas. Hal ini demikian kerana, proses pengubahsuaian jadual waktu mengambil masa. Sementara jadual waktu diberi, saya telah dapat mengetahui sedikit sebanyak latar belakang sekolah dan dapat mengenali dengan cikgu – cikgu di SJK (T) Kampar. Hanya satu masalah sahaja dapat dikenal pasti pada hari pertama saya dalam kelas Tahun 3. Saya mendapati murid – murid di tahun 3 tidak diagihkan mengikut tahap kemahiran mereka, malah mereka diletakkan

Transcript of Refleksi minggu 1

Page 1: Refleksi  minggu 1

REFLEKSI MINGGU -1 ( 18 / 1 – 22 / 1 / 2010 )

Dalam minggu pertama ini, hanya satu hari sahaja

dapat menjalankan p & p di kelas. Hal ini demikian kerana,

proses pengubahsuaian jadual waktu mengambil masa.

Sementara jadual waktu diberi, saya telah dapat mengetahui

sedikit sebanyak latar belakang sekolah dan dapat

mengenali dengan cikgu – cikgu di SJK (T) Kampar.

Hanya satu masalah sahaja dapat dikenal pasti pada

hari pertama saya dalam kelas Tahun 3. Saya mendapati

murid – murid di tahun 3 tidak diagihkan mengikut tahap

kemahiran mereka, malah mereka diletakkan dalam

kumpulan. Hal ini menyebabkan saya tidak dapat

menjalankan p & p saya dengan efektif.

Oleh itu, saya telah bercadang untuk mengatur murid –

murid mengikut tahap kemampuan mereka, supaya saya

dapat mengenalpasti murid yang mahir, sederhana dan

lemah. Untuk itu, saya telah mengadakan ujian penilaian

Page 2: Refleksi  minggu 1

dan dengan kebenaran guru kelas dan guru pembimbing,

saya telah menyusun murid – murid mengikut tahap

penguasaan mereka.

Hai ini telah membantu saya menjalankan p & p

dengan lebih senang dan mudah. Saya dapat memberi

perhatian yang berlainan terhadap murid – murid yang

lemah. Sebanyak 10 orang murid mahir, 10 orang murid

sederhana dan 10 orang murid lemah telah dikenalpasti.

Latihan juga diberikan mengikut tahap kemampuan mereka.

Page 3: Refleksi  minggu 1

REFLEKSI MINGGU - 2 ( 25 / 1 – 29 / 1 / 2010 )

Pada minggu kedua ini, saya telah menjalankan 5 p & p

dan saya dapati adanya masalah penguasaan pembacaan

di kalangan murid – murid tahun 3. Hanya 10 orang murid

dapat membaca dengan baik dan yang selebihnya, iaitu

murid – murid yang terdiri daripada kumpulan sederhana

dan lemah tidak dapat membaca dengan baik.

Namun, murid – murid kumpulan sederhana ada usaha

dan dapat membaca dengan mengeja. Yang masalahnya

adalah murid – murid kumpulan lemah yang tidak mengenali

huruf – huruf bahasa Tamil. Maka, di sini timbul masalah

untuk mereka menguasai kemahiran membaca. Lagipun,

kemahiran membaca merupakan satu kemestian dan setiap

murid harus menguasai kemahiran ini.

Di sini, saya telah mengambil tindakan serta – merta

dimana saya membantu murid – murid untuk mengeja dan

membaca petikan tersebut.

Page 4: Refleksi  minggu 1

REFLEKSI MINGGU - 3 ( 1 / 2 – 5 / 2 / 2010 )

Pada minggu ketiga p & p saya berjalan dengan lancar,

namun saya menghadapi masalah dalam pengurusan masa.

Hal ini demikian kerana, semasa p & p dijalankan saya telah

mengambil masa yang lama untuk aktiviti kumpulan.

Walaupun, pengagihan masa dilakukan semasa

menulis rph, masa itu tidak dapat diamalkan semasa p & p

dijalankan. Sepertimana yang telah saya nyatakan di atas,

masa yang berlebihan digunakan untuk aktiviti kumpulan.

Hal ini kerana, murid – murid tertarik dengan aktiviti

kumpulan dan mereka suka menggunakan masa yang

berlebihan dalam aktiviti kumpulan.

Di sini saya dapati, murid – murid memang suka akan

aktiviti kumpulan pada setiap masa. Mereka merasakan ia

memberi kelegahan kepada diri mereka daripada terus

duduk di suatu tempat tertentu dari pagi sampai mereka

Page 5: Refleksi  minggu 1

balik ke rumah. Maka, apabila aktiviti kumpulan diberikan

mereka rasa diri mereka diberi kebebasan.

Malah, mereka juga sukakan aktiviti kumpulan yang

berunsurkan permainan. Namun, dari segi pengurusan

masa, saya harus mengikut waktu yang dirancang supaya

rph pada hari itu dapat dijalankan dengan sempurna.

Page 6: Refleksi  minggu 1

REFLEKSI MINGGU – 4 ( 8 / 2 – 12 / 2/ 2010 )

Selepas, beberapa kali saya telah membuat peneguran

dan membantu dalam pembacaan murid – murid, saya

dapati ada kemajuan di kalangan murid – murid kumpulan

sederhana. Kini, mereka dengan sendirinya dapat mengeja

dan membaca sesuatu petikan dan memahaminya.

Namun, mereka masih menghadapi masalah dalam

pembacaan. Di mana, mereka tidak dapat membaca

sesuatu teks atau karangan dengan intonasi yang betul.

Mereka hanya membaca dengan nada yang biasa sahaja

walaupun ia merupakan sesuatu cerita.

Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini, saya telah

bercadang untuk saya membaca teks itu sekali dan didengar

oleh murid- murid. Dan untuk kali kedua, saya membaca dan

murid – murid akan mengikut saya. Untuk kali ketiga pula,

murid – murid akan membaca dengan intonasi yang betul.

Kaedah ini dapat mengatasi masalah ini sebanyak 80%.

Page 7: Refleksi  minggu 1

Jadi, bagi saya cikgu – cikgu harus mengamalkan

kaedah ini supaya ia dapat membantu murid – murid

membaca dengan intonasi yang betul dan tepat.

Page 8: Refleksi  minggu 1

REFLEKSI MINGGU – 5 ( 15 / 2 – 19 / 2/ 2010 )

Pada minggu kelima pula, saya dapat mengenal pasti

yang murid – murid gemar dan minat dengan set induksi

saya. Itupun, mereka bukannya beminat dengan semua

jenis set induksi, malah mereka berminat dengan set induksi

yang melibatkan diri mereka dan yang berunsurkan

permainan.

Bagi mereka, set induksi yang melibatkan diri mereka

adalah yang terlalu menarik dan mereka begitu tertarik

dengan set induksi seperti itu.

Oleh itu, di sini saya dapat mengenal pasti yang set

induksi yang berbeza dan melibatkan mereka akan dapat

menarik perhatian mereka dan ia dapat mengekalkan diri

mereka dalam p & p sehingga waktu tamat.

Page 9: Refleksi  minggu 1

REFLEKSI MINGGU – 6 ( 22 / 2 – 26 / 2/ 2010 )

Selepas meneliti pembacaan murid – murid, saya mula

meneliti penulisan murid – murid. Saya dapati kini mereka

bukan lagi menggunakan buku latihan yang khas digunakan

untuk penulisan, malah menggunakan buku yang biasa.

( dua garisan ).

Bagi pendapat saya, ini yang menjadi masalah dan

menyebabkan tulisan murid – murid tidak lagi mengikut huruf

yang tepat. Ini bermaksud, tulisan mereka tiada lagi dalam

bentuk yang tepat dan tidak pula dapat melihat dengan jelas.

Oleh itu, saya telah berbincang dengan guru

pembimbing dan juga merupakan guru kelas Tahun 3 untuk

menggalakkan pelajar membeli buku tulisan yang khas

digunakan untuk tujuan membetulkan tulisan mereka.

Selepas menggunakan buku ini, kini saya dapat

mengenal pasti perbezaannya. Oleh itu, buku tulisan harus

digalakkan bagi murid – murid Tahun 3 juga.

Page 10: Refleksi  minggu 1

REFLEKSI MINGGU – 7 ( 1 / 3 – 5 / 3/ 2010 )

Pada minggu ketujuh juga saya berhadapan dengan

masalah penulisan lagi. Walaupun saya dapat membetulkan

tulisan mereka sebanyak sedikit, kini saya mengenalpasti

yang mereka tidak tahu menggunakan kata hubung dengan

betul.

Oleh itu, saya telah bercadang untuk menggunakan

alat bantuan mengajar yang menarik. Dengan penggunaan

alat bantuan mengajar yang menarik, saya dapat menarik

minat murid – murid dengan pantas. Mereka dengan begitu

cepat memahami kata hubung yang telah saya

menerangkan kepada mereka dengan menggunakan abm

yang menarik.

Di sini, saya telah mengetahui yang apa jenis subjek

yang sukar difahami pun akan dapat difahami oleh murid –

murid dengan mudahnya, jika kita sebagai guru

menggunakan abm yang dapat menarik minat mereka.

Page 11: Refleksi  minggu 1

REFLEKSI MINGGU – 8 ( 8 / 3 – 12 / 3/ 2010 )

Murid – murid Tahun 3 lebih menyukai alat bantuan

mengajar yang pelbagai dan berwarna – warni. Pada dan

sebelum minggu kelapan, saya telah menggunakan abm

yang berwarna- warni dan pelbagai. Dengan ini saya dapati

abm yang pelbagai dapat membantu murid – murid

memahami sesuatu topik dengan lebih senang dan cepat.

Saya telah menggunakan abm yang berbentuk manila,

mahjong dan kertas berwarna A4. Dengan menggunakan

alat – alat ini, saya telah membentuk dan mengadakan

aktiviti memancing ikan dan roda putaran. Alat bantuan ini

telah menarik minat mereka untuk terus belajar dan

memahami dengan senang.Jadi, pada pendapat saya, abm

perlu dipelbagaikan.

Page 12: Refleksi  minggu 1

REFLEKSI MINGGU – 9 ( 22 / 3 – 26 / 3/ 2010 )

Pada minggu ini, masalah yang telah dikenalpasti adalah

tulisan yang tidak cantik dan tidak kemas, juga dikenali sebagai cakar

ayam. Namun, mereka langsung tidak mengambil berat untuk

memperbaiki tulisan mereka yang tidak cantik dan tidak kemas.

Masing – masing berniat untuk menghabiskan latihan yang diberi

oleh guru dengan cepat dan tidak mempedulikan kekemasan tulisan

mereka. Keadaan ini menyukarkan guru untuk menyemak dan

mengambil masa yang begitu lama untuk menyemak buku latihan

murid – murid tersebut.

Oleh itu, saya telah mengambil beberapa langkah untuk

mengatasi masalah ini. Antaranya ialah memperbanyakkan latihan

bertulis di kelas pada waktu rehat mahupun di rumah sebagai kerja

rumah. Saya berharap langkah yang saya ambil untuk mengatasi

masalah ini tentunya akan mengubahkan tulisan murid –murid

menjadi kemas dan cantik. Selain daripada itu, saya juga telah pun

menyediahkan banyak kad bacaan untuk murid – murid. Saya akan

memberi kad bacaan tersebut kepada murid bertujuan untuk

memberi latihan menyalin semula apa yang ada dalam kad bacaan

tersebut. Saya sebagai guru yang mengajar matapelajaran bahasa

tamil untuk kelas tahun 3 akan sentiasa memerhati dan memastikan

murid – murid tulis dengan cantik dan kemas. Selain daripada itu

saya juga akan menggunakan teknik pemberian markah kepada

murid – murid yang menulis dengan tulisan yang cantik dan kemas.

Ini adalah satu cara yang baik untuk menarik minat murid –murid

untuk menulis dengan cantik dan kemas.

Page 13: Refleksi  minggu 1

REFLEKSI MINGGU – 10 ( 29 / 3 – 2 / 4/ 2010 )

Masalah yang dikesan dikalangan murid – murid tahun tiga

pada minggu ini ialah mereka tidak membuat kerja rumah yang

diberi oleh saya dan tidak menghantar kerja rumah tersebut pada

masa yang ditetapkan oleh saya.

Masalah ini wujud dikalangan murid tahun tiga apabila saya

memberi kerja rumah kepada mereka. Semasa saya menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas murid – murid

boleh menjawab semua soalan yang ditanya oleh saya dan mampu

membuat semua aktiviti kumpulan dan individu dengan semangat.

Malahan, jika diberi kerja rumah mereka tidak membuat kerja

tersebut.Keadaan ini menyebabkan mereka tidak boleh menghantar

buku pada masa yang ditetapkan dan memberi pelbagai alasan

kepada saya. Namun keadaan ini hanya dapat dilihat pada murid –

murid lemah.

Oleh itu, saya sebaga guru telah memberi pendedahan tentang

kepentingan kerja rumah kepada murid – murid dan ketepatan masa

untuk hantar kerja rumah tersebut kepada saya. Saya juga telah pun

mengajar murid - murid tentang pengurusan masa di rumah untuk

membuat kerja rumah yang diberikan oleh saya. Selain daripada itu,

Page 14: Refleksi  minggu 1

saya memperkenalkan teknik pemberian markah kepada murid –

murid yang rajin membuat kerja rumah dan hantar kerja rumah

tersebut pada tepat masanya. Tambahan pula, saya sentiasa

menggalakkan murid – murid untuk membuat kerja rumah pada

waktu rehat di sekolah.

Sekarang murid – murid tahun tiga , rajin membuat kerja rumah

dan hantar tepat masanya. Saya berasa bangga kerana tindakan

yang saya ambil untuk menangani masalah ini berakhir dengan

jayanya.

Page 15: Refleksi  minggu 1

REFLEKSI MINGGU – 11 ( 5 / 4 – 9 / 4/ 2010 )

Masalah yang dikesan dikalangan murid – murid tahun tiga

ialah penggunaan bahasa pasar dalam percakapan seharian

khususnya pada waktu matapelajaran bahasa tamil.

Sikap murid – murid yang menggunakan bahasa pasar sewaktu

saya mengajar di dalam kelas mengejutkan dan menyedihkan saya.

Saya sebagai guru bahasa telah memberi teguran beberapa kali

tetapi masih mereka degil dengan perangai masing – masing.

Murid – murid tahun tiga menggunakan bahasa pasar secara

berleluasa di dalam kelas pada waktu pengajaran dan pembelajaran

saya. Mereka menggunakan bahasa pasar bukan setakat dalam

perbualan sahaja malahan mereka mengaplikasikan apa yang cakap

mereka dalam penulisan juga. Perbendaharaan kata yang mereka

gunakan dalam penulisan terdapat pengaruh bahasa pasar. Keadaan

ini menyebabkan murid – murid gagal untuk membina ayat yang

gramatis dari sagi tatabahasa dan strukur.

Untuk mengatasi masalah ini, saya menerangkan perbezaan

diantara bahasa pasar dengan bahasa formal kepada murid. Saya

sentiasa menegur murid yang menggunakan bahasa pasar semasa

pengajaran dan pembelajaran saya ataupun dimana jua berada di

Page 16: Refleksi  minggu 1

kawasan sekolah. Semasa menanda buku latihan murid – murid , jika

didapati sebarang perkataan ataupun ayat berunsur bahasa pasar

dengan serta - mertanya saya akan berpangka salah walaupun

jawapan itu memenuhi kehendak soalan. Keadaan ini membantu

mengatasi masalah ini.

Page 17: Refleksi  minggu 1

REFLEKSI MINGGU – 12 ( 12 / 4 – 16 / 4/ 2010 )

Masalah yang dikesan dikalangan murid – murid tahun tiga

pada minggu ini ialah kesalahan ejaan. Kebanyakkan murid – murid

tahun dua melakukan kesalahan ejaan semasa memberi latihan

bertulis. Murid – murid melakukan kesalahan ejaan semasa menyalin

semula apa yang terdapat dalam buku.

Walaupun tulisan murid – murid tahun tiga kemas dan cantik

namun kesalahan ejaan itu tetap wujud. Sepanjang saya berada di

sekolah ini, saya telah pun memerhatikan bahawa masalah ini

semakin berleluasa di kalangan murid – murid tahun tiga. Dari sudut

pandangan saya masalah ini wujud disebabkan oleh sikap murid –

murid itu sendiri. Bermaksud budaya membaca semakin tipis

dikalangan mereka. Kegagalan murid – murid tahun tiga untuk

membaca menyebabkan mereka sentiasa membuat kesalahan ejaan

sewaktu melakukan aktiviti latihan bertulis.

Masalah ini boleh dimansuhkan jika budaya membaca ditanam

di setiap hati murid – murid tahun tiga. Tindakan saya ambil untuk

membanteraskan masalah ini ialah memberi banyak latihan

membaca. Bagi menggalakan sikap membaca saya memperkenalkan

sistem permarkahan kepada murid.