Prinsip Pembinaan Dan Penggunaan Bahan Bantu Pengajaran Dan Pembelajaran

5
PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Jadi,bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas dan merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Terdapat beberapa prinsip pembinaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu kita tahu dan salah satunya ialah bahan yang bersesuaian. Pemilihan bahan amat perlu dititikberatkan dalam menyediakan bahan pembelajaran dan pengajaran. Bahan berkenaan hendaklah bersesesuaian dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Selain itu, bahan juga perlu dibina dan digunakan berpandu kepada keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Prinsip seterusnya pula ialah bahan perlu mencabar. Guru perlu memastikan setiap bahan bantu bantu mengajar yang dibina mampu mencabar dan menggalakkan pemikiran dan tingkah laku murid-murid bagi

description

BMM 3104

Transcript of Prinsip Pembinaan Dan Penggunaan Bahan Bantu Pengajaran Dan Pembelajaran

Page 1: Prinsip Pembinaan Dan Penggunaan Bahan Bantu Pengajaran Dan Pembelajaran

PRINSIP PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program

pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu

dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Jadi,bahan bantu mengajar ialah

segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam

menyampaikan pengajaran di dalam kelas dan merangkumi segala benda yang digunakan

dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan

sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Terdapat beberapa prinsip pembinaan dan penggunaan bahan pengajaran dan

pembelajaran yang perlu kita tahu dan salah satunya ialah bahan yang bersesuaian. Pemilihan

bahan amat perlu dititikberatkan dalam menyediakan bahan pembelajaran dan pengajaran.

Bahan berkenaan hendaklah bersesesuaian dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa

Melayu, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Selain itu, bahan juga perlu dibina dan

digunakan berpandu kepada keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan

kecenderungan pembelajaran murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan

dengan lancar.

Prinsip seterusnya pula ialah bahan perlu mencabar. Guru perlu memastikan setiap

bahan bantu bantu mengajar yang dibina mampu mencabar dan menggalakkan pemikiran dan

tingkah laku murid-murid bagi membolehkan mereka dapat menggunakan bahan sepenuhnya.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan bagi membina bahan yang mencabar antaranya

ialah membina bahan yang konkrit kepada abstrak, mudah kepada kompleks, fakta terasing

kepada yang mempunyai hubungan bersepadu, khusus kepada umum dan sebaliknya. Bahan

yang dibina berdasarkan cara yang sesuai dapat memastikan sesuatu sesi pengajaran dan

pembelajaran lebih mudah untuk difahami.

Page 2: Prinsip Pembinaan Dan Penggunaan Bahan Bantu Pengajaran Dan Pembelajaran

Seterusnya ialah bahan yang dibina perlu menepati objektif pengajaran yang ingin

disampaikan kepada murid-murid. Bagi menyediakan bahan untuk sesi pengajaran dan

pembelajaran murid, guru perlulah memilih bahan yang menepati dengan isi pelajaran seperti

mengandungi maklumat, urutan susunan juga perlu lebih teratur untuk memudahkan sesi

pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Bahan yang baik akan

membolehkan murid-murid mendapat peluang menggunakan pelbagai kemahiran bahasa dan

seterusnya membantu untuk mencapai isi pelajaran yang ingin disampaikan pada sesi

pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, bahan yang dibina perlu kemas, berwarna warni dan mampu menarik minat

dan perhatian murid di dalam kelas. Reka bentuk bahan yang ingin dihasilkan juga perlu

diambil perhatian agar bersesuaian dengan fungsinya. Reka bentuk yang menarik akan

membolehkan guru menyampaikan maklumat dengan lebih santai dan saiz bahan juga perlu

disesuaikan dengan jumlah bilangan murid agar semua murid dapat melihat bahan tersebut

dengan jelas dan boleh dibaca. Warna juga memainkan peranan yang sangat penting kerana

penggunaan warna yang tidak sesuai akan menghalang murid untuk melihat dan memahami

apa yang cuba disampaikan oleh guru daripada bahan bantu mengajar tersebut. Seterusnya,

guru perlu memastikan bahan yang dibina berkualiti dan tidak mudah rosak. Kebiasaannya,

murid ingin menyentuh sendiri bahan yang dibina dan mereka lebih mudah memahami sesuatu

konsep dengan cara tersebut. Maka, bahan perlu tahan lasak dan bagi mengelakkan

berlakunya sebarang kerosakan kepada bahan tersebut, guru perlu memberi arahan yang jelas

dan ringkas kepada murid-murid agar mereka tahu menggunakan bahan yang dibina dengan

cara yang betul.

Prinsip lain yang perlu diambil kira ialah mengenai kos bahan yang perlu ekonomi.

Pembinaan sesuatu bahan memerlukan guru mengeluarkan kos dan memerlukan masa yang

mencukupi bagi membina bahan bantu mengajar yang baik. Jadi, bahan yang baik tidak

memerlukan belanja yang besar dan bagi mengurangkan kos, guru boleh menggunakan

barang-barang terpakai dan membuat inovasi bagi membina bahan bantu mengajar yang

hebat. Di peringkat sekolah, pihak panitia boleh mengadakan bengkel membina bahan bantu

mengajar yang melibatkan guru dan murid. Mereka akan diajar membina pelbagai jenis bahan

bantu mengajar dan hasil daripada bengkel tersebut, pihak panitia boleh menyimpan bahan

Page 3: Prinsip Pembinaan Dan Penggunaan Bahan Bantu Pengajaran Dan Pembelajaran

tersebut untuk digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Cara ini bukan

sahaja mudah dan menarik, ia juga mampu menjimatkan masa guru untuk membina bahan

dalam kuantiti yang banyak. Jadi, prinsip ini sangat penting bagi membantu guru membina dan

menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

Prinsip yang terakhir yang perlu dititikberatkan oleh guru ialah bahan bantu mengajar

praktikal perlu praktikal. Penggunaan bahan yang terlalu rumit akan menyukarkan murid-murid

untuk memahami sesuatu pembelajaran. Jadi, bahan yang dibina perlu mudah digunakan dan

mudah alih. Guru tidak perlu membina bahan yang terlalu besar dan berat kerana sukar untuk

dibawa ke mana-mana. Masalah ini juga akan menggangu kelancaran dan mengambil masa

guru dalam menerangkan cara penggunaannya kepada murid-murid. Selain itu, setiap murid

mempunyai sifat yang berbeza dan sebagai seorang guru, kita perlu menganalisis dan

mengetahui setiap sifat mereka. Ini sangat penting dalam membantu guru membina bahan

yang menepati citarasa dan selaras dengan sifat murid-murid yang terdapat di dalam kelas

tersebut. Cara ini dapat merangsang murid-murid untuk bergiat lebih aktif di dalam kelas.

Bahan yang baik juga boleh digunakan bagi mengajar pelbagai subjek dan boleh digunakan

berulang kali. Jadi, guru perlu memberi perhatian yang lebih dalam membina bahan yang

sangat praktikal.

Kesimpulanya, teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru bukan sekadar

chalk and talk tapi lebih dari itu, seperti penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar perlu dipelbagaikan dengan

kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian,

menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan

menyeronokkan ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan bahan bantu

mengajar kepada guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya.

Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih bahan yang

berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang

ketika dalam pengaplikasiannya. Ini kerana penggunaan bahan bantu mengajar amat penting

kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat

menguasai ilmu yang disampaikan.