Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
Transcript of Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
1/42
7.1 Konsep pengajaran
cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk berfungsi dengan baik.
Sesuatu yang diagnostik dan preskriptif
Mengaplikasikan strategi serta aktiviti yang sesuai untuk pelajar
Ringkasnya :
Melibatkan diri dalam pembelajaran dan pertumbuhan sepanjang hayat.
Menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja
Berkongsi pengetahuan
Membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang
Menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya
Menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional
Menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai.
Mereka bentuk suau kesedaran dan pengahragaan potensi diri ( Evans &
Brueckner, 1992)
rumusannya:
Pengajaran adalah satu cara memberi pengetahuan dan kemahiran
kepada pelajar.
Pengajaran adalah memimpin, mengarah, memudahcara, mengasuh
dan merancang pembelajaran pelajar.
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
2/42
7.2 MODEL-MODEL PENGAJARAN
Rajah 1: Model-model Pengajaran
7.2.1 MODEL PENGAJARAN EKSPOSITORI
Pendekatan pengajaran Ausubel : guru mempersembahkan bahandalam suatu bentuk yang tersusun dan mengikut sekuen.
guru menyampaikan maklumat atau isi kandungan secara langsung
Mencadangkan penggunaan pengurusan grafik ( penyusun awal )
pada awal pengajaran
guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep,
fakta, hukum, prinsip atau teorem-teorem matematik
Penyusun awal : suatu pernyataan awalan tentang suatu hubunganatau suatu konsep peringkat tinggi yang luas untuk merangkumi
semua maklumat yang berikutnya.
Model-model
pengajaran
EkspositoriPemerosesan
maklumatInkuiri Projek
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
3/42
Rajah 2: Jenis Penyusun awal
7.2.2 MODEL PENGAJARAN PEMEROSESAN
MAKLUMAT
bergantung kepada komputer sebagai model
merupakan satu teori bagaimana manusia memperolehi maklumat
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
menekankan cara-cara merangsang desakan dalaman manusia untuk
mencari makna dengan memperolehi dan mengorganisasi data,
menyedari masalah dan menjana penyelesaian kepada masalah dan
membentuk konsep dan bahasa untuk menyampaikannya.
Penyusun awal
Komparatif
~ merangsang skema sedia adaEkspositori
~ menyediakan maklumat baru
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
4/42
Rajah 1 : Model Pemerosesan Maklumat
7.2.3 MODEL PENGAJARAN INKUIRI
semua rangsangan dari alam sekitar diterima oleh receptor.
Contoh : apabila anda menyentuh tangan anda, receptor deria akan
mengesan sensasi tersebut.
Sensasi itu disimpan secara sementara dalam ingatan deria.
Jadual 1: Kapasiti dan tempoh mengikut jenis ingatan
Ingatan deria Ingatan jangka
pendek
Ingatan jangka
panjang
Kapasiti Besar 5-9 unit maklumat Tidak terhad
Interference
SensoryRegister
Attention
Short Term
Memory
Forgotten Forgotten
Output
Input
Stimulus
Smell
Touch
Hear
TasteSee
Rehearsal
Retriaval
Episodie
Memory
Semantic
Memory
ProceduralMemory
Long Term
Memory
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
5/42
baru
Tempoh 1-2 saat 20 saat kekal
penemuan terpandu
kekuatannya ialah : kedua-dua kandungan dan proses penyiasatan
diajar pada masa yang sama
menurut John Dewey, langkah-langkah inkuiri yang digunakan ialah :
kenal pasti dan menjelaskan masalah
membentuk hipotesis
mengumpul data
analisis dan interpretasi data untk menguji hipotesis
membuat rumusan
Rajah 4: Proses inkuiri
analisis
komunikasi mempertimbangkan
penyiasatan
Mengenalpasti
masalah
Proses inkuiri
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
6/42
7.2.4 MODEL PROJEK
merupakan satu kaedah pengajaran yang sistematik yang melibatkan
murid-murid mempelajari kemahiran dan pengetahuan melalui satu proses
inkuiri yang berstruktur
guru perlu menyediakan soalan projek serta aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang dengan baik
melibatkan penglibatan murid-murid yang tinggi
membolehkan murid-murid berinteraksi dan berkomunikasi
satu kelebihan model projek ialah ada elemen kesepaduan di mana
murid-murid dapat mengapplikasikan kemahiran-kemahiran matapelajaran
yang berlainan
guru perlu memberi bimbingan dan arahan dengan terang tentang cara-
cara mengendalikan sesuatu projek
7.3 Pendekatan dan strategi pengajaran
Rajah 5: Pendekatan dan Strategi Pengajaran
Pendekatan dan strategi
pengajaran
Strategi berpusatkan
guru
Strategi berpusatkan
pelajar
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
7/42
7.3.1 STRATEGI BERPUSATKAN GURU
merupakan stategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama
diamalkan dalam bilik darjah guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran
komunikasi dan interaksi antara guru dan murid adalah sehala
guru berada dalam tengah-tengah aktiviti bilik darjah
juga dikenali sebagai pengajaran langsung
guru mengarah pemikiran pelajar dan penglibatan
contoh : latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan pelajar
juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit
terdiri daripada bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan
sistematik
digunakan untuk menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran
tertentu
contoh ; pengajaran fakta sains atau kajian sosial, perbendaharaan
kata, pengiraan matematik
peranan guru adalah mengemukakan bahan pengajaran,membimbing pelajar melalui sesi praktis awalan dan memberi semua
pelajar amalan berperingkat tinggi yang lebih kerap.
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
8/42
Rajah 6: Ciri pendekatan strategi berpusatkan guru
7.3.2 STRATEGI BERPUSATKAN PELAJAR
pelajar mengambil alih tanggungjawab untuk apa yang diajar dan
bagaimana ia dapat dipelajari
dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri
bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar dilakukan untuk menwujudkan iklim bilik darjah yang baik di mana
pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain.
strategi ini sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan
secara berkesan dalam strategi berpusatkan guru
matlamatnya ialah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran
Pengajaran ditujukan kepada seluruh
kelas
Ciri-ciri pendekatan strategi berpusatkan guru
Guru bercakap lebih daripada pelajar
semasa pengajaran.
Buu teks merupakan panduan untuk apa
yang diajar dalam kelas
Setiap episod dalam pengajaran
ditentukan oleh guru
Meja dan kerusi diatur dalam barisan;
menghadap papan kapur
Pelajar tidak bebas untuk bergerak dalambilik darjah
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
9/42
kreatif dan kritis
pengajaran dalam bilik darjah kurang eksplisit
namun, guru masih berkuasa dan memberi sedikit tanggungjawab
kepada pelajar
guru bertindak autoritatif guru memilih untuk mengagihkan sedikit
kuasanya kepada pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada
dirinya.
Contoh Strategi berpusatkan pelajar
i) Penerokaan ii) ikuiri penemuan iii)Beberapa bentuk
perbincangan
7.3.2.1 Peranan guru dalam strategi berpusatkan pelajar
Mahir dalam matapelajaran yang diajar
Mengetahui struktur, mengenal pasti
konsep-konsep penting
Memilih atau mengembangkan pengalaman-pengalaman yang
bermakna kepada pelajar
Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan menemui apa yang guru
hendak mereka pelajari
Peranan guru dalam strategi berpusatkan pelajar
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
10/42
Rajah 7: Peranan guru dalam strategi berpusatkan pelajar
7.3.3 STRATEGI BERPUSATKAN BAHAN
terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan
pembelajaran
memupuk sifat-sifat sosial yang positif khasnya apabila murid dan
guru berkongsi sumber dan bahan
murid-murid mendapat pengalaman realistik kerana dapat melihat
situasi sebenar
interaksi yang berlaku dalam bilik darjah adalah banyak hala
strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid dalam
memanipulasikan pelbagai jenis bahan
guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok-blok binaan,
bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat
akses kendiri dan lain-lain dalam menjalankan pengajarannya.
Contoh-contoh penggunaan media
panduan pelajaran
panduan buku teks
buku kerja
video
pakej pita
pakej pembelajaran berasaskan komputer, konferens komputer
CD-ROM, multimedia dan lain-lain
7.3.3.1 PERANAN GURU PEMBELAJARAN BERPUSATKAN
BAHAN
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
11/42
1. membimbing pelajar di mana untuk mendapat maklumat
2. membantu mereka mencari/ membentuk soalan yang sesuai untuk
dikemukakan.
3. mengatasi masalah sekiranya mereka di dalam perpustakaan
4. memberi galakan apabila mereka menemui kegagalan; dan
5. membolehkan mereka berinteraksi dalam kerja kumpulan
7.4 PENDEKATAN PENGAJARAN
PENDEKATAN INDUKTIF
guru menyediakan banyak contoh yang mempunyai konsep
danperaturan yang sama
guru mencungkil atribut kritikal dan atribut bukan kritikal
pelajar faham konsep yang ada persamaan mengkategori contoh-
contoh dan bukan contoh-contoh
pelajar menyatakan perkaitan yang ditemui
Rajah 8: Pendekatan Induksif
Contoh :
1. Guru menunjukkan contoh bentuk segi empat , misalnya meja
2. Pelajar mengenal pasti ciri-ciri yang menunjukkan objek sebagai segi
empat sama.
3. Guru kemudian mencungkil atribut bukan kritikal sebua segi empat
ersoala
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
12/42
sama.
7.4.2 Pendekatan pengajaran deduktif
Rajah 9: Pendekatan deduktif
7.4.3 Pendekatan Pengajaran Elektif
Berasal daripada istilah bahasa Inggeris elective bermaksud pemilihan.
kombinasi mana-mana satu kaedah pengajaran, seperti kombinasi
pendekatan induktif dan deduktif
Ia sesuai untuk mrngajar rumus, prinsip, hukum, konsep dan teorem.
Strategi ini boleh digunakan untuk pemusatan bahan. (sebagai satu aktiviti
pengayaan)
Guru boleh menggunakan kreatif sendiri dan tidak terikat kepada mana-
mana pendekatan yang khusus.
Guru mengajar mengikut kemampuan dan kebolehan murid.
Kebanyakan mata pelajaran sains dan matematik.
- memberi contoh dan bukan contoh
- mencungkil atribut kritikal dan bukan kritikal
- mula dengan memberi peraturan konsep ataupernyataan
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
13/42
Ciri-ciri pendekatan elektif ialah seperti berikut:
(a) Pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan.
(b) Murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada tugas
mengasas rumusan atau memberikan contoh.
(c) Guru memberikan input terlebih dahulu. Ini memudahkan murid-murid
membuat rumusan.
7.4.4 Pendekatan Tematik
Berasaskan idea-idea utama berhubung dengan kandungan sesuatu mata
pelajaran, unit-unit tematik merentasi disiplin.
Tujuan
Unit-unit tematik selalu mengandungi pilihan-pilihan untuk pelajar-pelajar.
Langkah-langkah merancang unit-unit tematik:
(1) Pilih satu tema: Tema hendaklah luas untuk memuatkan maklumat
daripada
banyak bidang mata pelajaran.
(2) Membina jaringan perancangan : Membuat sumbangsaran untuk
membina carta-peta semantik yang meneroka pelbagai contoh.
(3) Pilih bahan : Perancangan bertujuan untuk menyediakan bahan-bahan
yang banyak.
(4) Rancangan aktiviti : Pilih dan rekabentuk aktiviti-aktiviti yang sesuai
dengan tema. Gunakan bahan-bahan yang banyak dan galakkan
peningkatan prestasi pelajar.
7.4.5 Pembelajaran Masteri
Bahan pembelajaran dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil iaitu
daripada yang mudah kepada yang kompleks.
Disampaikan kepada murid-murid secara sistematik dengan
menggunakan alat bantuan mengajar yang sesuai.
Murid akan dinilai. Jika tidak dapat menguasai, mereka disuruh
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
14/42
mengulangi pelajaran tersebut.
Kebaikan pembelajaran masteri adalah seperti berikut.
(a) murid mempunyai kemahiran asas sebelum bergerak ke unit yang lain.
(b) Guru perlu nyatakan objektif pengajaran dengan sangat tepat sebelum
dapat melaksanakan pengajarannya.
(c) Untuk setiap unit pembelajaran, guru mesti menjalankan ujian formatif dan
penilaian.
(d) Keputusan ujian penilaian digunakan untuk membaiki semua kelemmahan
murid-murid dalam setiap unit pembelajaran.
7.4.6 Kaedah Pengajaran Bersepadu
satu cara untuk menguruskan program pengajaran agar mata
pelajaran dan kemahiran yang terasing dalam kokurikulum dapat
dikait antara satu sama lain.
Menjadikan pusat kesepaduan kurikulum bertujuan untuk mewujudkan
kesepaduan dalam pengalaman persekolahan pelajar.
Ada perkaitan yang kuat dengan kaedah inkuiri, berbentuk kendiri,
mempunyai pesekitaran yang kurang berstruktur dan berorientasikan
penyelesaian masalah.
Tujuan kaedah pengajaran bersepadu
Mengajar pelajar untuk menjadi penyelesai masalah yang
berdikari.
Membantu pelajar untuk memahami dan menghargai sejauhmana
pembelajaran sekolah saling berkaitan dan tidak diasingkan
kepada mata pelajaran dan kemahiran tertentu. Menekankan proses pembelajaran bertentangan dengan isi
kandungan dan kemahiran spesifik.
Menggunakan nilai-nilai sosial dalam pembelajaran di mana
pelajar digalakkan bekerjasama dengan orang lain.
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
15/42
Peranan guru
Menentu dan menyediakan persekitaran di mana pelajar dapat
menjalankan aktiviti pelajaran mengikut minat, keperluan, kebolehan,
personaliti dan motivasi mereka.
Guru perlu merancang dan membimbing penerokaan pelajar tanpa
menyekat inisiatif.
Perlu menyediakan pelbagai pilihan bahan pembelajaran dengan teliti.
Perlu sama-sama menjadi pelajar.
7.4.7 Pendekatan infusi
pendekatan pendidikan yang menggunakan isu sebenar sebagai
konteks bagi pengajaran kemahiran akademik dan pengetahuan.
Infusi dan kesepaduan digunakan untuk program pendidikan
mengatasi konflik.
Infusi ialah pengajaran dan pemodelan bagi mengatas konflik
sepanjang budaya persekolahan seseorang. Ia merupakan satu
matlamat jangka panjang yang melibatkan gambaran menyeluruh.
Matlamat infusi ialah membantu sekolah menjalankan secara
komprehensif, sistematik dan terancang.
Kesepaduan digunakan untuk menjelaskan satu cara startegik
menyepadukan mata pelajaran (isi kandungan) dan tema-tema.
Ia membantu pelajar membuat perkaitan antara disiplin.
5 jenis kesepaduan
Kandungan/ Mata pelajaran Asas pengetahuan yang nyata/ unit
kemahiran.
Disiplin selari menentukan mata pelajaran antara unit-unit.
Disiplin yang pelbagai mereka bentuk 2-3 disiplin yang membawa
kepada pemusatan.
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
16/42
Antara Disiplin pusat pengurusan menggunakan semua disiplin.
Kesepaduan Isu-isu berpusatkan pelajar.
7.5 KAEDAH DAN TEKNIK
7.5.1 KAEDAH KOPERATIF
Berasaskan konsep di mana murid-murid belajar secara kumpulan dan
berbincang secara koperatif.
Murid-murid dapat berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti
pembelajaran.
Langkah-langkah dalam pembelajaran koperatif ialah seperti berikut:
(a) Guru sampaikan pelajaran baru.
(b) Murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara
koperatif.
(c) Ujian dijalankan untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid
dalam setiap kumpulan.
Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan untuk membincangkan
secara koperatif.
Ciri-ciri pembelajaran koperatif adalah seperti berikut:
(a) Murid-murid melibatkan diri secara aktif.
(b) Murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan tanggungjawab sesama ahli
kumpulan.
(c) Kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk.
(d) Murid-murid sedar tentang kebaikan pembelajaran ini.
Prosedur pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah koperatif ialah
seperti berikut:
(a) Guru mengajar satu unit kaedah pembelajaran.
(b) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
17/42
aktiviti-aktiviti yang mencapai objektif pembelajaran.
(c) Guru membimbing dengan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang
sesuai.
(d) Murid mengikuti bimbingan guru.
(e) Murid-murid berusaha bersama-sama dalam kumpulan untuk mencapai
objektif pembelajaran yang ditetapkan.
7.6 KAEDAH KOLABORASI
Kamus Dewan (1998), koboratif bermaksud kerjasama erat di antara
dua ihak atau lebih.
Melibatkan sekumpulan murid yang berusaha bersama ke arah
mencapai prestasi yang cemerlang sama ada dalam bidang
akademik atau pun ko kurikulum.
Keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatakan dengan meminta
pelajar penyelesaian sesuatu masalah dengan satu sama lain dan
kemudiannya berbincang. Nilai sosial dan kerjasama dapat dipupuk
dengan baik dan masalah disiplin dapat dikurang ke tahap minima.
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif mempunyai ciri-ciri yang
hampir sama di mana kedua-dua ini menekankan semangatkerjasama antara ahli kumpulan., menukar corak hubungan antara
guru dan pelajar, dan kombinasi bilik darjah kolaboratif.
(a) Perkongsian pengetahuan di kalangan guru dan pelajar
Metafora untuk bilik darjah koboratif ialah perkongsian maklumat
tentang isi kandungan, kemahiran dan pengajaran dan
menyampaikan maklumat tersebut kepada pelajar.
Guru koboratif juga menghargai dan menggunakan pengetahuan
yang didapati melalui pengalaman peribadi, bahasa, strategi dan
budaya yang dibawa oleh pelajar ke dalam situasi pembelajaran.
(b) Perkongsian kuasa antara guru dan pelajar
Meminta pelajar menetapkan matlamat spesifik dalam kerangka kerja
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
18/42
yang diajar menyediakan pilihan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang
memenuhi minat dan matlamat pelajar yang berbeza.
Guru mengalakkan pelajar menggunakan pengetahuan sendiri,
memastikan mereka berkongsi pengalaman dan strategi pembelajaran
mereka, dan memfokuskan kepada kefahaman bertahap tinggi.
Guru membantu pelajar mendengar pelbagai pendapat, menyokong
pengetahuan dengan bukti, melibatkan diri dalam pemikiran kritis dan
kritikal dan terlibat dalam dialog.
(c) Guru sebagai Perantara
Perantaraan yanng berjaya dapat membantu pelajar untuk
menghubungkan maklumat baru dengan pengalaman mereka dan
pembelajaran di bidang lain dapat membantu pelajar mencari jalan
penyelesaian apabila mereka keliru dan membantu mereka belajar
bagaimana untuk belajar.
(d) Pengumpulan pelajar secara heterogen
Perspektif, pengalaman dan latar belakang pelajar penting untuk
memperkayakan pembelajaran dalam bilik darjah memerlukanpemahaman pelbagai perspektif.
Bilik darjah yang kolaboratif melibatkan aktiviti kurikulum berfikir dan
diberi peluang untuk memberi sumbangan dan menghargai
sumbangan orang lain.
7.7 KAEDAH KELAS DAN KESELURUHAN KELAS
Merupakan pengajaran langsung yang paling efektif bagi pengajaran
kemahiran asas.
(i) Menstruktur Dan Menentukan Kadar Pengajaran
Mestilah jelas supaya pelajar dapat memahami isi kandungan
pelajaran dengan mudah dan dapat pula mengaitkan dengan
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
19/42
apa yang mereka tahu.
Guru perlu membuat ulangkaji pelajaran lepas sebelum
memulakan pelajaran.
Semasa mengajar, guru perlu memberi penekanan kepada isi-
isi penting supaya tidak hilang punca; guru perlu menunjukkan
dengan jelas peralihan antara bahagian-bahagian pelajaran.
Guru perlu membuat ringkasan.
(ii) Menyampaikan Maklumat Kepada Kelas
Guru-guru perlu menyampaikan maklumat secara jelas dan
bersemangat dengan:
(a) memberi fokus pada satu isi pada satu-satu masa dengan mengelakkan
penggunaan frasa yang kabur.
(b) Mengulangi dan mengulangkaji peraturan-peraturan am dan konsep-
konsep penting semasa mengajar topik-topik yang lebih sukar bagi
membantu pelajar mengekalkan dan memahami topik yang diajar.
(c) Menggunakan pelbagai media dan kaedah untuk membantu pelajar-
pelajar yang mempunyai stail pembelajaran yang berbeza. Bahan
pengajaran hendaklah disampaikan dalam langkah-langkah kecil
mengikut tahap pelajar dan kemudiannya dibuat latihan sebelum beredar
ke langkah yang seterusnya.
(d) Penjelasan mesti jelas.
(iii) Pemodelan
Menunjukkan sesuatu kemahiran atau prosedur.
Terang dengan cara lisan, sesuai dengan pelajar yang suka stail
pembelajaran visual.
Tunjukkkan tingkahlaku tersebut dan melakukannya.
(iv) Pemetaan konseptual
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
20/42
Kerangka yang boleh diberikan kepada pelajar sebelum topik
pengajaran disampaikan.
Guru sediakan gambarajah ringkasan dengan mengaitkan bahagian-
bahagian topik yang berbeza dengan struktur yang sedia ada.
7.8 PENGAJARAN KUMPULAN
Penekanan terhadap interaksi sosial dalam situasi pengajaran
pembelajaran telah membawa kepada perkembangan teknik
pengajaran kumpulan.
Menggalakkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran membantupelajar menanggap apa yang penting, untuk mempelajari sesuatu
prinsip dan mengaplikasikannya secara berkesan pada masa akan
datang dalam pelbagai situasi.
Pelajar akan mengalami variasi situasi yang luas semasa
pembelajaran sebenar.
Dapat mengaitkan hubungan yang terdapat antara prinsip baru dan
konsep yang telah dipelajari untuk menjadikan satu hubungan yang
bermakna.
Tiga alternatif asas pengumpulan pelajar-pelajar ialah:
(a) Pengumpulan mengikut kebolehan
Percayai pelajar yang ada kebolehan intelek yang sama,yang
maksimum. jika ditempat di tempat sama akan bersaing.
Kesannya, kumpulan yang sama dapat mencapai potensi.
(b) Pengumpulan mengikut minat
merupakan suatu proses pemilihan kendiri.
Biasanya berorientasikan projek.
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
21/42
(c) Pengumpulan mengikut kadar pencapaian
Pelajar mempunyai kebolehan yang sama tetap kadar kebolehan
pembelajaran yang berbeza.
(d) Mengurus pengajaran kumpulan
Dijalankan dalam kelas.
Guru bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
Ada ketua, meninjau dan memastikan tugas-tugas yang khusus
seperti mengedar dan menyimpan bahan dan merekod kemajuan
kerja diselesaikan mengikut rancangan.
Guru meluangkan masa untuk membincangkan kerja yang
dilakukan.
7.8.1 PENGAJARAN INDIVIDU
Pembelajaran mengikut kadar individu dan berasaskan pada premis di
mana setiap orang boleh belajar apa sahaja tetapi ada yang
mengambil masa yang lebih.
Diperlukan bila pembelajaran masteri adalah mustahak dan penting.
Belajar mengikut kadar masing-masing tetapi juga memilih matlamat
yang spesifik dan tugasan sendiri..
Kebaikan :- Dapat tingkatkan tangggungjawab, memenuhi kehendak-
kehendak tertentu, membolehkan penjadualan yang fleksibel dan
memastikan kualiti yang berterusan.
Kelemahan :- Mahal, mengambil lebih masa dan mengurangkan
aktiviti kumpulan.
7.8.2 PEMUDAHCARA
libat kewujudan persekitaran dan aktiviti yang baik untuk
menghubungkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada,
menyediakan peluang-peluang untuk kerja kolaboratif dan
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
22/42
penyelesaian masalah dan menawarkan kepada pelajar pelbagai
tugasan yang autentik.
Tumpuan kepada persekitaran fizikal.
Wujud iklim yang positif, guru perlu mewujudkan perasaan saling
mempercayai yang dapat menyokong dan menggalakkan perasaan
dihormati dan terbuka dalam perkongsian idea, pendapat, sikap dan
tingkah laku.
Guru boleh membentuk sumber-sumber dalam bilik darjah untuk
menyediakan pelbagai genre dan perspektif, untuk mengguna dan
membina daripada artifaks, budaya dari rumah dan masyarakat
pelajar dan untuk menguruskan pelbagai aktiviti pembelajaran.
Prinsip-prinsip
Pemudahacaraan anda adalah berdasarkan pengalaman pelajar
sendiri.
Mengambil kira keperluan pembelajaran dilaksanakan.
Semasa memudahacara, guru situasi-situasi harian pelajar,
rekabentuk semula konteks dalam mana pembelajaran dilaksanakan.
Aktiviti pembelajaran perlulah dipilih berdasarkan pengalaman
sebenar pelajar.
Gunakan bahasa dan istilah yang bermakna kepada pelajar.
Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran pelajar
Mengambil kira hubungan dengan rakan sebaya dan fasilitator.
7.9 KAEDAH PERBINCANGAN
merupakan satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid dapat
berinteraksi sesama mereka dalam membincangkan satu isu
Pelajar akan menjadi lebih aktif dan lebih banyak hubungan peribadi.
Guru perlu memoderasikan perbincangan dan bukan menyampaikan
maklumat.
Persediaan menjalankan sesi perbincangan:
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
23/42
(i) Persediaan Untuk Perbincangan
peranan awal dan kajian semula isi kandungan
(ii) Putuskan banyak mana masa diperlukan.
(iii) Tetapkan matlamat yang jelas untuk perbincangan
(iv) Timbulkan Permasalahan Untuk Perbincangan Tajuk
(v) Pilih aktiviti Yang Dapat Mengatasi Masalah
(vi) Pilih satu kaedah pengumpulan
Mengikut saiz
Mengikut pemilihan
Mengikut tempoh
(vii)Pilih kaedah penyoalan
(viii)Memudahcarakan Perbincangan
wujudkan iklim selamat
wujudkan jangkaan penglibatan
tetapkan jangkaan-jangkaan yang jelas
berikan permasalahan untuk diselesaikan
memantau perbincangan masalah-masalah dengan perbincangan
7.10 TUNJUK CARA ATAU DEMONSTRASI
merupakan satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan
melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur tertentu.
Melibatkan pendekatan visual untuk memerhatikan proses, maklumat
dan idea. Membolehkan pelajar melihat perkara sebenar dan melihat
bagaimana ia berfungsi
Tunjukcara boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu isi atau
prosedur secara berkesan, menimbulkan minat dalam sesuatu topik,
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
24/42
menyediakan model untuk kemahiran mengajar dan mengubah kadar
pembelajaran pelajar.
guru hendaklah menentukan topik, objektif dan mentediakan aklatan
atau bahan yang hendak digunakan dalam sesi pengajaran.
kebaikan ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada
murid-murid melalui deria penglihatan dan pendengaran.
7.11 PENYELESAIAN MASALAH (THEORY OF
CONSTRAINT(TOC)
satu proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara
kritis dan kreatif dalam mencari idea-idea alternatif dan langkah-
langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
membina pemikiran murid supaya bersedia menghadapi masalah
membolehkan murid berfikir secara rasional dan logik apabila
menghadapi masalah dan memupuk interaksi sosial yang positif.
secara berasingan atau digandingkan dengan kaedah lain untuk
menyelesaikan masalah dan pengurusan perubahan yang sesuai.
Tujuan generik ialah untuk menterjemahkkan gerak hati kepada
format yang boleh dibincangkan secara rasional, menyoal dengan
bebas dan mengubahsuai kepada kefahaman situasi tersebut.
Untuk penyelesaian masalah, memudahkan komunikasi, kerjasama
dan persetujuan di kalangan mereka yang terlibat.
Ketiga-tiga objektif itu menentukan
- Apa yang akan diubah: Penilaian situasi, huraian tentang
kenyataan semasa, dan diagnosis - menentukan teras masalah atau
konflik dan andaian andaian yang mengekalkannya.
- Apa yang hendak diubah: Menyetakan visi atau penyelesaian dan
huraian strategi untuk mendapatkan apa yang diingini preskripsi,
membuat keputusan dan perkembangan penyelesaian.
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
25/42
- Bagaimana membuat perubahan: Pembinaan pelan yang terperinci
dan taktik yang boleh menjelaskan apa yanng perlu berlaku dan
menyelarsakan usaha kumpulan untuk melaksanakan strategi-
merancang, pembinaan sukan.
7.12 SIMULASI
situasi pembelajaran yang membolehkan pelajar berlatih
menggunakan kemahiran, belajar mengenai prinsip atau
melaksanakan sesuatu tindakan dalam keadaan terkawal.
Tujuan mencapai objektif pembelajaran tertentu.
Kelebihan satu teknik mengajar dalam bilik darjah.
Pembelajaran berlaku dalam keadaan selamat.
Penggunaan alat simulasi dalam melatih juruterbang, dan model gigi
yang digunakan semasa melatih doktor pergigian.
Boleh diselia dengan rapi supaya pembelajaran menjadi lebih
berkesan, berbanding sekiranya mereka berada dalam situasi
sebenar.
Boleh mencuba semula sekiranya percubaan pertama mereka gagal.
7.12.1 PRINSIP-PRINSIP MELAKSANAKAN SIMULASI
DALAM BILIK DARJAH
1. Guru perlu memilih suatu situasi berunsur masalah dan terangkan
dengan jelas.
2. Tetapkan peranan-peranan berdasarkan watak-watak dan pilih pelajar
yang sesuai untuk berlakon.
3. Tetapkan had masa untuk sesi simulasi.
4. Pastikan pelajar memberi perhaian semasa simulasi.
5. Adakah perbincangan dan rumusan selepas simulasi.
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
26/42
7.12.2 SESI BERCERITA
meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati
kesusasteraan.
Dapat memperkayakan pengajian bahasa, membekalkan pelbagaipengalaman, mengembangkan kemahiran mendengar dan
memotivasikan pelajar untuk membaca.
Langkah-langkah
(a) Persediaan sebelum sesi bercerita:
(i) Suasana yang selesa diperlukan. Sebaik-baiknya pelajar duduk dalam
satu bulatan bersama orang yang bercerita.
(ii) Sekiranya guru merupakan orang yang bercerita, beliau perlu
mengambil kira perkara-perkara berikut:
Pastikan cerita itu boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar
Pastikan semua pelajar boleh melihat guru, terutamanya bahagian
muka dan tangannya.
Bercakap dengan kuat dan jelas berserta itonasi yang sesuai.
Sekiranya guru tidak mahu diganggu, ingatkan pelajar untuk
bertanyakan atau membuat ulasa hanya selepas selesai bercerita.
Pelajar perlu memberi sepenuh perhatian sebelum uru mula
bercerita.
(iii) Jika pelajar diberi peluang sebagai orang yang bercerita, mereka perlu
Diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan sekuen cerita.
Diberi peluang untuk berkongsi cerita pendek atau peristiwa
menarik dalam situasi yang tidak formal. Ini dijadikan pengalaman
awal untuk pengalaman bercerita yang lengkap.
(b) Semasa sesi bercerita
(i) Pelajar diberi peluang membuat catatan untuk perbincangan
kemudiannya.
(ii) Pastikan pelajar menumpukan perhatian.
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
27/42
(iii) Orang yang bercerita perlu berkemahiran membuat kontrak mata
dengan pelajar seolah-olah bercerita secara langsung dengan
mereka.
(c) Selepas sesi bercerita
(i) Beri peluang kepada pelajar merumuskan cerita.
(ii) Minta mereka berkongsi nilai-nilai yang telah dipelajari.
7.12.3 SOSIO-DRAMA
satu bentuk main-peranan atau penambahbaikan secara dramatik.
Beritahu peranan watak
Boleh tambah sendiri
Setelah habis tanya
(i) Apa perasaan anda sebagai pelakon
7.12.4 PROJEK
Kajian mendalam tentang aspek kehidupan sebenar yang sesuai
dengan perhatian dan kebolehan kanak-kanak.
Kajian ini dalam kelas atau kumpulan kecil.
Kelebihan :-
(i) memperkayakan aktiviti kanak-kanak seperti permainan
dramatik, pembinaan, melukis dan mewarna.
(ii) memberi peluang kanak-kanak yang lebih tua menjalankan
kajian sendiri dalam sains dan kajian sosial serta
membentangkan dapatan mereka dalam pelbagai cara.
(iii) Berpeluang menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas
matematik dan bahasa di sepanjang pelaksanaan projek.
7.12.5 LAWATAN PENDIDIKAN ATAU LAWATAN LUAR
kaedah memberi pengalaman sebenar kepada pelajar di satu lokasi
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
28/42
sahaja.
Bertujuan membuat pemerhatian secara terus.
Boleh merangkumi teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran seperti
demonstrasi, perbincanga kumpulan, temuduga, kajian kes atau
penghakiman.
Ciri-ciri kebaikan lawatan luar
Ia dirancang dengan baik dan mempunyai matlamat pendidikan
yang jelas.
Ia boleh disesuaikan dengan kemudahan dan peluang yang ada.
Ia berkesan dalam mempengaruhi penggunaan pelbagai amalan
pendidikan.
Ia memerlukan perancangan yang rapi pengangkutan, sumber
dan peralatan.
Ia memberi peluang menjelas, menilai dan mengesahkan
maklumat yang sedia.
Ia boleh meningkatkan dinamika kumpulan.
Ia merupakan motivasi alternatif bagi pengajaran dalam bilik
darjah.
Ia memberikan pengalaman sebenar yang sukar ditiru dalam bilik
darjah.
Ia menggalakkan peserta-peserta mencuba idea-idea baru.
Kelemahan
o kesukaran merancang disebabkan minat yang berbeza dan
boleh menyebabkan peserta hilang minat jika perancangan
tidak sesuai dengan apa yang mereka inginkan.
o Ia sukar untuk merancang
o Banyak halangan boleh berlaku. Kita mudah hilang
kawalan.
o Rancangan terbaik mungkin terhalang oleh kos yang tinggi
o Cuaca boleh menjadi faktor penghalang
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
29/42
o Isu-isu keselamatan mengambil banyak masa dan tenaga
o Satu atau dua peserta yang enggan bekerjasama turut
menjadi faktor penghalang.
7.13 INKUIRI-PENEMUAN
Inkuiri- kaedah penemuan, membenarkan pelajar melibatkan diri dalam
proses penemuan.
Membolehkan pelajar mendapat jawapan atau membuat kesimpulan
daripada soalan-soalan atau permasalahan-permasalahan yang
dikemukan melalui pengumpulan data dan pengujian hipotesis.
Berbentuk induktif. Guru membimbing pelajar apabila pelajar menemui makna-makna baru,
mengamalkan kemahiran-kemahiran dan mengalami pengalaman yang
mencorak pembelajaran mereka.
7.14 MODUL
Satu pendekatan yang terbukti berkesan dalam proses
pembelajaran pelajar.
Pelajar perlu membaca serta memahami konsep.
Guru perlu memudahcara pembelajaran melalui perundingan.
Modul pembelajaran kendiri adalah cara terbaik seorang guru
membimbing pelajarnya meningkatkan kefahaman baru dan
verifikasi konsep-konsep.
Kandungan modul yang diperlukan:
(iv) Pendahuluan
(v) Ujian pra
(vi) Objektif
(vii) Sumber Pembelajaran
(viii) Aktiviti Pembelajaran atau Panduan Belajar
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
30/42
(ix) Aktiviti-aktiviti Pengayaan
(x) Latihan Penilaian Kendiri
(xi) Ujian Pos
7.14.1 Kebaikan mengguna pendekatan modul
(i) masa yang tidak digunakan untuk pengajaran boleh digunakan untuk
melakukan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan.
(ii) Guru berperanan sebagai pemudahcara an pembimbing, bukan
sebagai penyampai maklumat dan akhirnya modul yang baik akan
menjamin kelancaran urutan aktiviti dan penemuan faktor dan
maklumat yang berjaya apabila selesai dibuat.
(iii) Pelajar dapat menjadualkan masa sendiri.
Kelemahan modul
(i) interaksi pelajar dengan guru adalah terhad.
(ii) Pelajar mungkin pilih kaedah yang pasif.
(iii) Perkembangan kemahiran manipulatif mungkin diabaikan.
(iv) Pelajar lembam mungkin membentuk perasaan tidak cekap dan
rendah diri.
7.14.2 PERANCANGAN PENGAJARAN
MERANCANG UNTUK MENGAJAR
Clark and Lampert (1986), - perancangan melibatkan peruntukan
penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar yang sesuai agar
boleh menarik minat pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang produktif.
- sebelum merancang, guru perlu mengikuti prinsip merancang berikut:
Menentukan apa yang
hendak diajar
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
31/42
Rajah 10: Prinsip merancang
7.14.3 PRINSIP-PRINSIP UNTUK MENENTUKAN APA YANG
HENDAK DIAJAR
1) Dapatkan pengetahuan yang mantap tentang syarat-syarat dan isi
kandungan kurikulum.
2) Rancang pengajaran berdasarkan pengetahuan dan kefahaman
pelajar maklumat yang tepat mengenai pengetahuan pelajar
tentang topik dan memanfaatkan pengetahuan sedia ada pelajar.
3) Menekankan sama ada pelajar mempunyai kemahiran sedia ada
bagi menghubungkan dengan topik baru.
4) Sediakan objektif pengajaran yang khusus bagi setiap pelajaran.
5) Mengharapkan satu standard yang tinggi bagi melaksanakan
sesuatu tugas.
7.14.4 RANCANG BAGAIMANA UNTUK MENGAJAR
garis panduan untuk membolehkan pelajar mencapai objektif
pengajaran:
o menyediakan ringkasan dan idea-idea penting dan konsep-
konsep penting dimasukkan dalam pengajaran.
Mencari caramemudah cara
Pengurusan
Merancang
bagaimana hendak
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
32/42
o Memilih strategi pengajaran yang bersesuaian dengan
keperluan pelajar dan syarat kurikulum
o Merancang segala pengajaran sebagai satu siri aktiviti
berurutan secara terancang untuk mengekalkan minat dan
perhatian.
o Merancang pengalaman pembelajaran yang menarik dan
mencabar bagi membolehkan pelajar melibatkan diri secara
aktif.
o Merancang pengajaran yang membolehkan mereka melakukan
pemindahan pembelajaran dalam situasi yang lain.
o Merancang tugasan yang digredkan mengikut kebolehan
pelajar.
o Merancang jadual pemilihan yang membolehkan pemantauan
yang berterusan terhadap perkembangan mereka.
o Bersedia untuk sesuaikan perancangan yang tidak akan
mencapai objektif yang telah ditetapkan.
7.14.5 MENCARI CARA UNTUK MEMUDAHCARA
PEMBELAJARAN
garis panduan untuk memudahcara pembelajaran:
o merancang penggunaan alat bantu mengajar dan contoh untuk
menerangkan dan mengajar mengikut isi kandungan.
o Mereka bentuk prosedur untuk teknik dan strategi pengajaran
yang membantu dalam kefahaman.
o Merancang kaedah dan strategi pengajaran alternatif untuk
membantu individu yang berbeza
o Merancang pelbagai motivasi ekstrinsik yang mengambilkira
minat, nilai, sikap dan matlamat pelajar.
7.14.6 PENGURUSAN PENGAJARAN
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
33/42
Guru perlu menyedia dan menguruskan bilik darjah serta sumber
pengajaran yang dirancang dengan baik dapat dilaksanakan
dengan berkesan.
Guru perlu bijak dalam pengurusan masa dalam bilik darjah dan
melibatkan pelajar dalam pelajaran
Persediaan awal perlu dijalankan untuk menentukan aktiviti
berjalan lancar
7.14.7 RUMUSAN
perancangan adalah penentu utama apa yang hendak diajar di
sekolah
perancangan yang baik boleh mengakibatkan pengurusan masa
yang berkesan dan penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai.
Prinsip asas merancang adalah menentukan apa yang diajar,
merancang bagaimana hendak mengajar, mencari cara untuk
memudahcara pembelajaran dan mengurus pengajaran.
7.15 PERANCANGAN UNTUK PENYAMPAIAN
PENGAJARAN ANALISIS KURIKULUM
guru harus menganalisis kurikulum untuk mata pelajaran ayng
diajar
kurikulum dirancang oleh Pusta Perkembangan Kurikulum (PPK)
tugasan guru ialah untuk menyalurkan isi kandungan yang terdapat
di dalam kurikulum dalam masa yang diperuntukkan.
Contoh: sukatan pelajaran Bahasa Malaysia telah menyenaraikan
kemahiran yang hendak dicapai oleh pelajar untuk tahap satu dan
tahap kedua di peringkat sekolah rendah.
Objektif dan kemahiran hendaklah dicapai :
1. Objektif menyediakan suatu konteks kepada guru untuk
mengetahui apa yang perlu didedahkan kepada pelajar.
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
34/42
2. membantu guru mengetahui aras pencapaian yang sepatutnya
diharapkan daripada pelajar menunjukkan apa yang semua
pelajar akan belajar dalam negara ini.
guru dinasihatkan untuk merujuk kepada buku panduan guru untuk
setiap mata pelajaran.
7.15.1 RANCANGAN KERJA
membantu guru menghabiskan sukatan pelajaran
mengandungi perancangan tahunan, mingguan, perancangan unit
dan persediaan mengajar.
Perancangan yang menentukan apa yang akan diajar untuk satu
semester/tahun dan dalam cara mana ia akan diajar.
Rajah 11: Langkah-langkah semasa merancang rancangan kerja
Aspek merancang
rancangan kerja
Masa yang diperuntukkanbagi satu waktu dalam
seminggu/semester
Integrasi kesemuakemahiran
Urutan isi kandungan
yang hendak diajar
Isi kandungan yang perlu diselesaikan,
kepentingannya dan jangka masa yangdiperlukan.
Aktiviti seperti pengayaan, pengukuhan
dan pemulihan yang diperlukan perlu
dimasukkan.
Tentukan jumlah minggu mengajar untuk setiapsemester dan darablan dengan jumlah minit yang
diperntukkan untuk setiap minggu
terjemahkan sukatan pelajaran dan rujuk kepada
buku panduan yang terdapat bersama buku
sukatan pelajaran
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
35/42
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
36/42
struktur unit-unit pembelajaran yang sistematik untuk memudahkan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
ditulis untuk membantu guru menstruktur pembelajaran kepada
mereka dan pelajar.
Membantu dalam kelancaran dan penyampaian pengetahuan.
Merupakan proses pemikiran
Boleh diselesaikan dalam 4 bahagian , iaitu:
a) Tentukan kurikulum tentang apa yang pelajar akan belajar
b) Tentukan pengetahuan sedia ada pelajar sebelum bermulanya
pelajaran yang boleh menuju kepada kurikulum baru hari
tersebut.
c) Tentukan sekurang-kurangnya satu cara untuk membantu
pelajar untuk belajar kurikulum baru itu.
d) Tentukan sekurang-kurangnya satu cara untuk menilai hasil
pembelajaran pelajar.
7.15.4 FORMAT PENULISAN
format yang mudah untuk diikuti dan berstruktur dengan baik.
Kerangka sesuatu format boleh digunakan dengan mudah semasa
dalam bilik darjah untuk dirujuk dengan cepat oleh guru
Berikut merupakan contoh kerangka format untuk menulis
persediaan mengajar:
mengandungi maklumat umum tentang kelas, mata pelajaran,
kelas, tarikh, masa, bilangan pelajar dalam kelas, topik dan
kemahiran-kemahiran yang hendak diajar, berdasarkan sukatan
pelajaran
Mata pelajaran :
Kelas :
Tarikh :
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
37/42
Bil Pelajar dalam kelas :
Tajuk :
Kemahiran :
Pengetahuan sedia ada :
Hasil pembelajaran :
Nilai :
Sumber pengajaran/ pembelajaran :
Langkah/tahap/Masa
(minit)
Isi kandungan Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran
Catatan
Set induksi
Langkah
penyampaian
Langkah 1
Lengkah 2
Lengkah 3
Penilaian
Penutup
Strategi
Proses kajian
masa depan
Nilai
- kajian alam
sekitar
- kajian masa
depan
- sumber
pengajaran/
pembelajaran
- kemahiran
berfikir
Catatan Refleksi:
7.15.5 PENGETAHUAN SEDIA ADA
semua kebolehan relevan, pengalaman atau pengetahuan di mana
pelajar mesti tahu atau boleh melakukan supaya berjaya dalam
pelajaran
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
38/42
dapat membantu guru menentukan tahap kesukaran hasil
pembelajaran, strategi pengajaran dan bahan sumber yang
digunakan.
7.15.6 HASIL PEMBELAJARAN
objektif-objektif pembelajaran tingkah laku yang menghuraikan apa
pelajar akan dapat melakukan setelah melalui pelajaran
suatu huraian hasil pembelajaran yang diharapkan
asas untuk pelajaran yang lain.
Membekal kriteria untuk membina penilaian untuk pelajaran dan
prosedur-prosedur pengajaran yang guru rekabentuk untuk
melaksanakan pelajaran.
Fokus dalam sesuatu persediaan mengajar
Perlu faham isi kandungan yang berkaitan dengan objektif
Elemen dalam objektif tingkah-laku
1. Keadaan
pernyataan yang menerangkan tentang keadaan di mana
tingkah laku itu berlaku
mengkhususkan sesuatu keadaan, arahan, bahan, arah dan
lain-lain
bermula dengan penyataan pengakuan yang mudah
Contohnya : Diberi ........... , Atas permintaan pelajar ini
akan..........
2. Kata kerja tingkah-laku
kata kerja dalam tingkah-laku ialah kata perbuatan yang
membawa maksud tingkah-laku yang boleh diperhatikan.
Contoh: walaupun kita hendak pelajar kita menghargai
sesuatu, tetapi mustahil kita mengetahui bila pelajar
menghargai sesuatu.
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
39/42
Langkah yang ternaik ialah membuat inferen terhadap
pelajar
Kata kerja tingkah-laku ialah satu perkataan yang
bermaksud perbuatan yang boleh diperhatikan atau
pembinaan sesuatu produk yang boleh diperhatikan
3. Kriteria
pernyataan yang menjelaskan perlakuan tingkah-laku sebaik mungkin
yang ditunjukkan oleh pelajar.
Dijelaskan dalam nombor yang mudah termasuk respon pelajar
Contoh:
Dalam senarai 100 nombor yang disusun secara meningkat
( keadaan)
Pelajar dapat mengenal pasti ( kata kerja)
Sekurang-kurangnya sembilan nombor perdana ( kriteria)
Objektif tidak menjelaskan secara khusus bilangan sembilan nombor yang
mana dan meletakkan syarat sekurang-kurangnya sembilan nombor
Cara pelajar mengenal pasti tidak dinyatakan, ditentukan dalam penilaian
Pelajar boleh membulatkan, menonjolkan, melukis pada nombor tersebut
dan sebagainya.
Kesimpulannya: penulisan objektif tingkah-laku yang baik adalah intipati
sesuatu persediaan mengajar.
Objektif tingkah-laku haruslah jelas dan menerangkan hasil pembelajaran
yang dikehendaki
KEMAHIRAN BERFIKIR
menghuraikan secara ringkas kemahiran berfikir yang
digunakan dalam pengajaran
contohnya: pelajar menggunakan kemahiran berfikir melalui
satu pengurusan grafik untuk menjelaskan kebaikan dan
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
40/42
kelemahan antara pengangkutan udara dengan
pengangkutan darat sebagai dua jenis pengangkutan
NILAI
nyatakan nilai implisit dan eksplisit yang diharapkan dapat
dicapai oleh pelajar di akhir pengajaran
huraian ringkas terhadap pemerhatian mengenai nilai
semasa melakukan kerja ketika pengajaran.
7.15.7 SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN
menyenaraikan semua sumber bahan dan peralatan yang
akan digunakan serta cara menggunakannya
PENYAMPAIAN
mengandungi dua bahagian :
(a) induksi
bahagian pengenalan proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah
untuk menggalakkan pelajar untuk memberi penumpuan
terhadap pembelajaran topik yang baru
masa adalah pendek dan jarang mengambil masa lebih
daripada 5 minit
(b) aktiviti pengajaran pembelajaran
bahagian penting dalam persediaan mengajar
isi kandungan disusun dengan teliti kepada beberapa
langkah yang berurutan berdasarkan kepada pelbagai
prinsip pedagodi
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
41/42
mengandungi huraian tentang teknik pengajaran
menyediakan ringkasan kepada pelajar
menyenaraikan semua bahan dan peralatan yang akan
digunakan dan menghuraikan cara untuk menentukan
sama ada pelajar mencapai objektif pengajaran
7.15.8 RUMUSAN
perancangan dan membuat keputusan tentang pengajaran adalah antara
aspek peling penting tentang pengajaran kerana ia adalah penentu utama
pengajaran dan pelaksanaan
rancangan kerja ialah rancangan yang menunjukkan pengajaran untuk
satu semester/tahun
perancangan unit adalah satu set pengajaran yang dihubungkan dengan
beberapa prinsip yang tersusun, meliputi pengajaran beberapa hari dang
minggu, mengandungi keseluruhan objektif untuk unit tersebut, isi
kandungan utama untuk diselesaikan, tugasan dan penilaian
persediaan mengajar merujuk kepada unit pembelajaran yang berstruktur
secara sistematik untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah
pengetahuan sedia ada merujuk kepada semua kebolehan yang relevan
pengalaman atau pengetahuan yang pelajar telah tahu atau boleh
melakukan untuk memastikan kejayaan sesuatu pengajaran
hasil pembelajaran adalah objektif pembelajaran tingkah laku yang
menghuraikan apa yang pelajar boleh buat selepas selesai pengajaran
set induksi ialah bahagian pengenalan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah
aktiviti pengajaran dan pembelajaran merupakan penyampaian utama
bahagian sesuatu persediaan mengajar.
Kesimpulannya, aktiviti/ bahan akan digunakan untuk mengukuh dan
melanjutkan pengajaran.
-
8/14/2019 Teori dan Proses Pengajaran; Pengajaran
42/42