Ppk1104_kaedah Dan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Khas

download Ppk1104_kaedah Dan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Khas

of 13

Transcript of Ppk1104_kaedah Dan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Khas

PPK1104_KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS

PPK1104_KAEDAH DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHAS

1.0PENDAHULUAN

Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan individu normal. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pencapaian pelajar yang normal (Lokman, 2009).

Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006).

2.0DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas. Di bawah ini dinyatakan beberapa definisi bagi pendidikan khas.

Hallahan dan Kauffman (2006) mendefinisikan Pendidikan Khas sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.

Friend (2005) mendefinisikankan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain. Mansor (2005) menyatakan Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.0KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS

Murid khas adalah murid yang begitu istimewa sekali. Begitulah juga dengan guru yang mengajar mereka haruslah mempunyai kemahiran istemewa. Biasanya setiap guru yang mahir akan menganalisis murid mereka dahulu sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Ini boleh dikatakankan seperti suai kenal di mana guru mestilah mengenali murid yang hendak mereka ajar. Oleh itu sesi pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak khas ini perlu mengambil kira ciri-ciri keistimewaan dan keperluan mereka bagi memberi pembelajaran yang bermakna bagi mereka. Sebagai seorang guru, kita perlu meneliti apakah model-model teoritikal atau pendekatan yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pelajaran anak-anak ini.

Sebagai seorang guru yang mahir, sebelum kita memahami model-model teoritikal yang boleh diaplikasikan dalam proses PdP, kita juga perlu terlebih dahulu memahami beberapa konsep asas dalam pengajaran kanak-kanak khas ini. Di bawah ini dinyatakan konsep asas dalam pengajaran kanak-kanak khas iaitu :-1. Strategi dan Pendekatan Pengajaran - merujuk kepada bagaimana kita seorang guru menyediakan perancangan mengajar, memulakan dan mengakhiri pengajaran.2. Kaedah Pengajaran - merujuk kepada perancangan pengajaran yang telah diterima pakai oleh banyak pihak. Perancangan ini termasuklah kawalan guru terhadap urutan perlakasanaan proses pengajaran yang akan dilaksanakan.

3. Strategi Pengajaran - merujuk kepada perancangan operasi pengajaran yang khusus yang digunapakai oleh guru. Strategi pengajaran lebih berfokus kepada perancangan-perancangan kecil untuk mencapai objektif pengajaran.

4. Tenik Pengajaran merupakan sistem atau mekanisme penyampaian ilmu dan kemahiran. Teknik pengjaran memerlukan prosedur-prosedur khusus pada skala yang kecil. Dalam satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dalam suatu PdP boleh mengandungi beberapa teknik pengajaran.

4.0KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG SESUAI BAGI KELAS PENDIDIKAN KHAS

4.1Kaedah Tunjuk Cara

Kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di sekolah dan ia paling sesuai digunakan dalam PdP Pendidikan Khas. Kaedah ini merupakan satu cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan alatan dan sebagainya. Kaedah tunjuk cara yang berjaya mengandungi langkah-langkah yang memberi murid peluang menunjukkan bahawa mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari. Sesuatu tunjuk cara tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi peluang murid membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai maklumat, proses atau prinsip tertentu.

4.2Kaedah Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal. Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah.

4.3Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita juga amat sesuai dipraktikkan dalam Pendidikan khas. Cerita adalah satu susunan kejadian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan. Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat. Bercerita dapat mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar. Ia dapat melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) serta menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka.

4.4Kaedah Memberi Arahan

Kaedah memberi arahan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam PdP pendidikan khas. Tujuan memberi arahan adalah untuk memberi panduan kepada murid sebelum mereka memulakan aktiviti. Guru perlulah mengambil masa yang lama untuk memberi arahan. Perkara penting ialah murid perlu mempelajari bagaimana mematuhi arahan yang agak sukar difahami. Oleh itu, arahan guru haruslah jelas dan tepat serta berulang-ulang sebelum pembelajaran bermula. Arahan yang tidak tepat, kabur, sukar, singkat serta tidak diulang-ulang akan menyebabkan murid melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan.

5.0STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS

Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam usaha guru untuk membimbing murid-murid berkeperluan khas. Dengan adanya strategi, seseorang guru akan lebih tertumpu dan teratur dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan pelbagai kaedah dan strategi yang sesuai dalam PdP adalah baik untuk perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid memandangkan murid berkeperluan khas ini mempunyai keupayaan yang berbeza-beza,

Perlu diingat bahawa faktor kecerdasan mempengaruhi daya serap murid terhadap bahan pelajaran yang diberikan oleh guru. Dalam sesi pembelajaran, guru seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang khusus agar murid dapat belajar secara lebih efektif dan efisien. Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas pendidikan khas boleh diklasifikasikan mengikut tumpuan kepada tiga unsur utama iaitu:1. Strategi pemusatan guru - Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.

2. Strategi pemusatan murid - Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat mereka.

3. Strategi pemusatan bahan pelajaran - Strategi ini lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran dalam menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.

6.0MASALAH BAHASA MELAYU MURID PENDIDIKAN KHAS Esei pendekDalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.Melayu di sekolah, lisan merupakan satu asas kemahiran yang penting di mana jika ditinjau dengan teliti, terdapat dua aspek kemahiran kecil dalam lisan iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak akan mendengar dahulu sesuatu perkataan atau ayat, kemudian baru dia ikut bertutur perkataan atau ayat itu. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang.Masalah dalam PdP Bahasa Melayu murid pendidikan khas ini adalah apabila seseorang kanak-kanak itu tidak dapat mengecam, mengenal dan mengamati apa yang didengarnya. Dengan erti kata lain, murid ini tidak dapat memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan. Masalah apabila murid tidak memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa yang di ajar kepadanya. Kelemahan dalam mengikut arahan juga merupakan satu masalah kepada guru dalam PdP Bahasa Melayu. Bagaimana aktiviti yang dirancang oleh guru boleh berjalan lancer jika murid sukar untuk memahami atau mengikut arahan yang diberi oleh guru mereka. Ini akan menjadikan objektif PdP yang dirancang tidak akan tercapai.Satu lagi masalah yang dikesan dalam PdP Bahasa Melayu murid Pendidikan khas ini adalah pada kemahiran mengingat kembali pelajaran yang lepas. Kebanyakan murid pendidikan khas amat sukar untuk mengingati semula apa yang telah mereka pelajari kerana memori ingatan mereka pendek yang membawa bermaksud mereka tidak boleh menyimpan sesuatu ingatan itu dalam jangka masa yang panjang. Memori itu hanya sekejap singgah di ingatan mereka dan kemudiannya akan lenyap jika tiada pengulangan atau ingat semula dilakukan oleh guru. Di sini guru perlu sentiasa mengulang-ulang apa yang penting dalam PdP. Jika tidak, murid ini akan terus lupa.Selain itu, murid pendidikan khas juga sukar atau tidak boleh untuk menentukan idea utama atau isi-isi penting penting. Mereka juga tidak boleh membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan apa yang mereka pelajari. Untuk dua aspek ini, bagi murid pendidikan khas, guru perlu memainkan peranan bagi menerangkan isi penting dan rumusan PdP yang dijalankan.Kelemahan dalam kemahiran bertutur juga merupakan satu masalah dalam Bahasa Melayu. Kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan bahasa Melayu kerana bagi sesetengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.Murid pendidkan khas juga sukar untuk mengenal pasti intonasi dalam pertuturan atau pembacaan bahasa Melayu mereka. Intonasi dalam pertuturan atau pembacaan yang berbeza-beza ini amat penting dalam PdP bahasa Melayu bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.7.0RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KELAS:MATA PELAJARAN :TARIKH:MASA:BILANGAN MURID:TEMA:Perkakasan DapurTAJUK:Membatangkan suku kataKEMAHIRAN:Murid dapat membaca dan mengenal suku kataPENGGABUNGJALINAN ISI KANDUNGAN: LisanHASIL PEMBELAJARAN:Pada akhir pembelajaran ini, murid sekurang-kurangnya dapat membatangkan :i dua suku kata yang dipelajariPENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid-murid pernah menyebut dan melihat perkataan yang dipelajari.PERENTASAN KURIKULUM: PENDIDIKAN SENIPENERAPAN NILAI: Mendengar arahan , yakin diriMI: Kecerdasan ruang, kecerdasan linguisticUNSUR TERAPI:Terapi seni, terapi pertuturanKBKK:Membuat urutan, membanding dan membezaBBM:Lembaran kerja, pensel warnaRUTIN: Murid memberi salam pada permulaan kelas dan mengucapkan terima kasih apabila kelas berakhir.LANGKAHISIKANDUNGANAKTIVITICATATAN

SET INDUKSI( 5 minit )

Pengenalan kepada perkakasan dapur1. Murid-murid diberi satu situasi di dapur oleh guru dan diminta menyebut peralatan yang ada di dapur.2. Murid-murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Contoh soalan ;a) Apakah barang yang terdapat di dapur ?b) Apa kegunaan cawan ?ABM :Kad gambarNILAI MURNI :- mendengar arahan- yakin diriKBKK :Membanding dan membeza

LANGKAH 1(15 minit )

Pengenalan suku kata1. Murid-murid melihat guru menunjukkan kad yang mengandungi suku kata.2. Murid-murid dikehendaki membatangkan suku kata yang ditunjukkan oleh guru seorang demi seorang.3. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki membatangkan suku kata yang betul berdasarkan nama peralatan yang disebut oleh guru.4. Murid-murid dikehendaki menampal kad suku kata yang telah dipilih di papan putih.ABM : Kad suku kataUNSUR TERAPI :- Terapi pertuturanMULTIPLE INTELEGENT :- Kecerdasan LinguistikNILAI MURNI :- mendengar arahan- yakin diri

LANGKAHISIKANDUNGANAKTIVITICATATAN

LANGKAH 2( 20 minit )

Membina suku kata1. murid-murid diberikan oleh guru sehelai lembaran kerja yang mempunyai gambar perkakas dapur.2. Murid-murid diarahkan untuk mewarnakan gambar perkakasan dapur.3. Murid-murid dikehendaki menggunting lembaran yang terdapat suku kata.4. Murid-murid dikehendaki menampal suku kata yang telah digunting di atas helaian bergambar dengan betul.ABM : - Warna crayon- lembaran kerjaMULTILPE INTELLEGENT :- Kecerdasan RuangUNSUR TERAPI :Terapi SeniTerapi FisioNILAI MURNI :- mendengar arahan- Yakin diri

LANGKAH 3( 10 minit )LATIH TUBI1. murid-murid diberi sehelai lembaran kerja.2. Murid-murid mendengar arahan guru.3. Murid-murid membuat latihan yang terdapat di dalam lembaran kerja.ABM : lembaran kerjaKBKK : - membuat urutanNILAI MURNI :- mendengar arahan- yakin diri

PENUTUP( 3 minit)

NYANYIAN1. Murid-murid mendengar guru menyanyi.2. Murid-murid menyanyi bersama guru. Lagu : Alatan dapur Melodi : Tanya Sama PokokUNSUR TERAPI :- Terapi MuzikNILAI MURNI :- mendengar arahan- yakin diri

7.0 REFLEKSI DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PdP

Tugasan ini meminta saya mengenalpasti kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi kelas pembelajaran khas yang sesuai dijalankan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemudian saya diminta untuk merancang satu rancangan pengajaran harian (RPH) dan seterusnya melaksanakan raancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang terhadap murid bermasalah pembelajaran di dalam bilik darjah.Pengajaran dan pembelajaran telah saya jalankan ke atas lima orang murid khas berkategori bermasalah pembelajaran di kelas Ibnu Rushd 2 di Sekolah Kebangsaan Taman Desa 2, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Tajuk pelajaran yang telah saya jalankan ialah membatang dua suku kata. Dalam PdP ini, murid-murid ini telah diberikan kepada satu situasi di dapur di mana mereka perlu menyebut peralatan yang ada di dapur. Saya memilih situasi ini kerana semua murid setiap hari akan ke dapur untuk makan kerana makan adalah keperluan asas dalam hidup manusia. Sewaktu makan, mereka pasti akan menggunakan alatan dapur seperti pinggan, sudu, garpu, gelas, cawan dan sebagainya. Dengan memilih situasi ini pasti akan meransang murid-murid untuk memberikan jawapan terutamanya dalam langkah set induksi yang meminta murid menyebut nama-nama alatan di dapur. Permulaan PdP nampak berkesan kerana murid berlumba-lumba untuk menjawab kerana mereka tahu jawapannya.Seterusnya, pada langkah 1, saya telah menggunakan kad suku kata yang ditunjukkan kepada murid. Murid-murid dikehendaki membatangkan suku kata yang ditunjukkan oleh guru seorang demi seorang secara rawak. Kemudian murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki membatangkan suku kata yang betul berdasarkan nama peralatan yang disebut oleh guru. Selepas itu, murid-murid dikehendaki menampal kad suku kata yang telah dipilih di papan putih. Dalam aktiviti ini, saya telah mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasipertuturan murid itu. Contohnya, ada murid yang menyebut perkataan gar+pu dengan sebutan gal+pu dan sebagainya.Di dalam langkah kedua, saya telah memilih strategi berpusatkan bahan di mana saya telah memberikan lembaran kerja yang mempunyai gambar perkakas dapur kepada setiap murid. Murid-murid ini dimintakan untuk mewarnakan gambar perkakasan dapur secara kreatif. Saya lihat murid-murid khas ini menunjukkan minat dalam melakukan aktiviti mewarna ini. Selepas mereka habis mewarna gambar-gambar yang diberi, murid-murid ini dikehendaki pula untuk menggunting lembaran yang terdapat suku kata dan seterusnya menampal suku kata yang telah digunting tadi di atas helaian bergambar dengan betul.Pada langkah ketiga ini, saya telah menggunakan kaedah memberi arahan di mana kaedah ini sesuai dijalankan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Dalam langkah ini, murid-muridtelah diberi sehelai lagi lembaran kerja. Kemudian, Murid-murid perlu mendengar apa yang diarahkan oleh guru secara lisan. Murid-murid diminta membuat lagi latihan yang terdapat di dalam lembaran kerja sebagai latih tubi di mana teknik latih tubi ini baik dijalankan di dalam PdP kerana ia boleh menguatkan lagi kefahaman murid dalam pelajaran.Di akhir PdP, saya telah menggunakan teknik nyanyian sebagai terapi muzik. Sebagai yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya amat gemar kepada muzik dan aktiviti ini dijalankan agar murid akan berasa seronok dalam pembelajaran sekali gus meransang murid untuk terus belajar. Mungkin aktiviti ini boleh meransang murid agar mereka tidak sabar untuk menyambung pelajaran mereka pada hari berikutnya.Cadangan penambahbaikan terhadap PdP yang telah saya jalankan antaranya seperti guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun. Guru juga perlu menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu konsep pengajaran. Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan disampaikan langkah demi langkah. Selain itu, guru perlu sentiasa memberi maklum balas sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu pelajaran itu. Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang disusun juga hendaklah menarik dan boleh melibatkan semua murid mengambil bahagian secara aktif.Selain itu, guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan auding.Pada pendapat perbadi saya sepanjang PdP ini dijalankan dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa masalah yang dialami oleh murid bermasalah pembelajaran dalam pengajaran bahasa Melayu. Mereka juga tidak cekap menggunakan pengetahuan sedia ada mereka selain mudah lupa dengan apa yang mereka telah pelajari. Mereka juga tidak dapat menggunakan bahan atau strategi pembelajaran yang disediakan dengan berkesan tanpa bantuan guru. Dengan itu, guru perlu bijak dalam memilih kaedah, strategi dan bahan PdP yang sesuai dan terbaik untuk mereka agar objektif pelajaran yang hendak disampaikan pada hari itu dapat dicapai.

RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Guru (2008), Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran,Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya

Lee Lay Wah. (2009). Strategi pengajaran ePKhas-Lee. Dari laman web:http://epkhas.ses.usm.my/content/strategi-pengajaran-epkhas

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. (2006). Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.

Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad(2011), Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas, Universiti Sains Malaysia (USM)

http://pomizi-pedagogi.blogspot.com

1