Strategi Penambahbaikan Pengajaran

download Strategi Penambahbaikan Pengajaran

of 9

Transcript of Strategi Penambahbaikan Pengajaran

  • 8/16/2019 Strategi Penambahbaikan Pengajaran

    1/9

     erkemb ng n rofesion l DP Jilid   Bi . 112005

    Kajian Tindakan: Strategi Penambahbaikan Pengajaran

    Hashimah Mohd. Yunus

    [email protected]

    Ahmad Ramli Saad

    [email protected]

    Pendahuluan

    Kajian tindakan membekalkan guru-guru dengan kemah iran yang diperlukan untuk

    mengatasi masalah yang spesifik terhadap bilik darjah mereka sekaligus sekolah mereka.

    Melalui penggunaan prosedur kajian yang betul, guru-guru penyelidik dapat menyelesaikan

    cabaran-cabaran terhadap pengajaran mereka sendiri. Mereka akan dapat mempelajari

    dan memahami cara menyoal soalan berfokus, memberi definisi terhadap istilah,

    mengumpul data yang relevan, menggunakan proses analisis yang dapat mengatasi

     bias

    serta metodologi yang menjaga kesahan dan kebolehpercayaan. Dapatan kajian akan,

    dengan serta merta, diaplikasikan terhadap keadaan individu tersebut.

    Penyelidikan pendidikan tradisional hanya mempunyai kegunaan yang terhad. Penyelidikan

    jenis ini biasanya dijalankan untuk projek penyelidikan spesifik yang tidak termasuk

    pengajaran. Apabila pendidik berbincang tentang penyelidikan guru atau pengajaran

    sebagai kajian, mereka melihat guru melebarkan peranan mereka dengan memasukkan

    refleksi yang kritikal terhadap pengajaran mereka. Sesetengah contoh pengajaran sebagai

    kajian melibatkan pendidik yang ingin menjalankan kajian di dalam bilik darjah atau sekolah

    mereka bagi tujuan menambah baik pengajaran, menguji teori pendidikan atau untuk

    menilai dan melaksanakan pelan pendidikan. Guru-guru penyelidik menggunakan label

     kajian tindakan untuk menjelaskan pendekatan tertentu bagi penyelidikan bilik darjah.

    Makalah ini akan membincangkan sedikit sejarah berkaitan kajian tindakan, prosedurnya

    dan akhir sekali beberapa contoh kajian tindakan yang dilaksanakan guru bagi menambah

    baik pengajaran mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

    Sejarah Kajian Tindakan

    Cetusan idea berkaitan kajian yang dilaksanakan guru telah dibentuk dalam pendidikan

    menengah pada tahun awal60-an dan lewat 70-an. Istilah kajian tindakan digunakan

    untuk menjelaskan penyelidikan berskala kecil yang dilaksanakan oleh guru kelas. Kemmis

    (1983) menjelaskannya sebagai satu bentuk inkuiri reflektifkendiri yang dijalankan oleh

    peserta dalam situasi sosial (termasuk pendidikan) untuk memperbaiki rasionaliti dan

    mengadili amalan sosial dan pendidikan mereka sendiri serta situasi amalan mereka

    dilaksanakan.

    Kajian tindakan boleh memberikan dua manfaat utama. Pertama, kajian jenis ini

    menggalakkan guru untuk membuat refleksi akan amalan mereka dan seterusnya

    menggalakkan perubahan terhadap amalan tersebut. Kajian tindakan memainkan peranan

    penting dalam pengajaran reflektif. Hal ini akan membantu perkembangan personal dan

    profesional guru apabila guru-guru melihat kembali pengalaman mereka dengan cara

     

  • 8/16/2019 Strategi Penambahbaikan Pengajaran

    2/9

    DP Jilid 5, Bil 112 5  erkemb ng n rofesion l

    yang sistematik. Keduanya, guru diberi kuasa yang membebaskan mereka daripada

    kebergantungan daripada amalan yang diturunkan oleh mana-mana pihak yang lebih

    tinggi dalam pendidikan. Melalui percubaan-percubaan kaedah dan bahan yang

    dilaksanakan sendiri dalam bilik darjah, dapatlah guru-guru menghasilkan kaedah atau

    bahan yang paling berkesan untuk mereka sendiri.

    Kaj ian tindakan dewasa ini adalah satu genre yang penting dalam pendidikan yang masih

    dan berterusan mengalami evolusi. Kurt Lewin 1946) pada zamannya sangat prihatin

    terhadap masalah sosial diberikan penghargaan kerana menggabungkan istilah kajian

    tindakan pada tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua. Beliau berpendapat

    perkembangan teori kajian tindakan yang selari dengan keperluan perubahan sosial maka

    kedua-duanya boleh dicapai bersama-sama bagi menyelesaikan masalah-masalah sosial.

    Lewin menjelaskan kajian tindakan sebagai satu lingkaran atau gelungan penyelidikan

    yang bermula dengan huraian perkara yang berlaku di kawasan tindakan diikuti oleh

    rancangan tindakan. Pergerakan daripada kawasan tindakan kepada rancangan tindakan

    memerlukan perbincangan, perundingan, eksplorasi peluang, penilaian kemungkinan dan

    kekangan, Rancangan tindakan pula diikuti oleh langkah tindakan yang sentiasa diawasi.

    Pembelajaran, perbincangan, refleksi, pemahaman, memikir semula dan merancang

    semula berlaku semasa tindakan dan pengawasan. Langkah akhir lingkaran kajian

    tindakan adalah penilaian terhadap kesan dan tindakan terhadap kawasan tindakan.

    Penilaian ini pula membawa kepada rancangan tindakan yang baru dan ini akan memulakan

    lingkaran kajian yang baru. Nilai kajian tindakan dalam situasi pendidikan dapat dilihat

    denganjelas secara cepat. Hal ini dijelaskan oleh Stephen Corey 1953) dalam bukunya

    Research to Improve School Practice yang mempengaruhi bidang pendidikan dengan

    kajian tindakan.

    Sehingga kini, temp at kaj ian tindakan dalam pendidikan sangat jelas. Selepas lima puluh

    tahun semenjak Lewin memperkenal idea kajian tindakan, genre ini telah berkembang

    dan berubah. Kajian tindakan dilihat sebagai kajian yang berfungsi sebagai satu

    komplementari dan boleh bergabung dengan kaedah inkuri yang lain. Sebagai contoh,

    Lawrence Stenhouse 1975) menyatakan bahawa kajian tindakan dan idea guru sebagai

    penyelidik adalah satu idea beliau yang memperkenal cara untuk memperbaiki pendidikan

    melalui pemberian kuasa kepada guru dengan melibatkan mereka dalam pembentukan

    kurikulum.

    Maka suatu dasar boleh digunakan oleh guru-guru untuk mernilih kajian dalam bilik darjah

    seperti berikut:

    Peranan utama guru melibatkan pengajaran maka apa-apa projek

    penyelidikan tidak patut mengganggu komitmen ini.

    Metodologi pengurnpulan data tidak perlu mengambil banyak mas a

    guru.

    Metodologi yang digunakan guru mestilah ada kebolehpercayaan

    bagi membantu guru membentuk hipotesis dengan yakin serta

    membentuk strategi yang boleh diaplikasikan dalam situasi bilik darjah

    95

  • 8/16/2019 Strategi Penambahbaikan Pengajaran

    3/9

     erkemb ng n rofesion l

    DP Jilid 5, Bil. 112005

    Guru mestilah komited terhadap masalah kajian yang dikaji

    Guru mestilah mengikut prosedur etika apabila menjalankan kajian

    • Kajian bilik darjah seboleh-bolehnya mengambil perspektifbahawa

    semua ahli dalam komuniti sekolah membina dan berkongsi visi

    yang sama.

    Kebiasaannya bahagian yang paling sukar bagi guru dalam menjalankan kajian bilik

    darjah ialah membuat keputusan tentang fokus kajian. Penyelidikan guru tidak memerlukan

    hipotesis yang tertentu. Sebenamya guru tidak perlu untuk bermula dengan satu masalah.

    Guru-guru hanya perlu satu idea yang umum bahawa sesuatu patut ditambah baik. Idea

    guru boleh bermula daripada menjanjikan idea baru atau pengenalpastian amalan yang

    wujud sudah tidak dapat memberikan aspirasi lagi terhadap pengajaran. Apabila fokus

    kajian sudah diputuskan, perancangan pengumpulan data, diikuti dengan pengumpulan

    data sebenar serta analisis akan dilaksanakan.

    Prosedur Kajian Tindakan

    Berikut adalah cadangan praktikal bagi proses penyelidikan guru:

    Putuskan terhadap satu fokus

    • Mulakan dengan satu data autobiografikal dengan mencari keprofesionalan

    diri sendiri. Soalan-soalan yang boleh ditanya - Apakah bidang minat anda

    dalam pengajaran dan pembelajaran? Apakah minat anda secara spesifik?

    Apakah soalan-soalan yang boleh diuruskan? Pilih sesuatu yang anda minati

    dan perlu dikaji  passionate .

    Berikan justifikasi bahawa projek itu adalah penyelesaian terbaik anda

    terhadap masalah anda.

    Membentuk perancangan untuk memperoleh celik akal  insight

    • Rancangjangka masa bagi mengumpulkan bukti atau data untuk menyemak

    perkara yang ingin dicapai/selesaikanllakukan terhadap perkara yang tidak

    diketahui lagi.

    Putuskan bukti yang ingin dikumpul. Bukti termasuk perkara seperti soal

    selidik/tinjauan, pemerhatian video atau nota yang ditulis , kolaboratif

     rakaman video atau audio mesyuarat atau pengajaran rakan sebaya , temu

    bual, ujian atau rekod, hasil kerja murid, transkrip video atau audio,jumal

    peribadi serta bacaan dari perpustakaan dan lain-lain.

      nalisis data dengan melihat kepada pola atau tema merentasi bukti

    Menyimpan log dan jumal, baca bukti-bukti secara berkala, kodkan data-

    data daripada tema dan pola, lukiskan atau cartakan pola, cuba simpulkan

    perkara yang dipelajari sepanjang kajian dengan mengenal pasti mesej,

    metafora atau soalan-soalan yang baru.

     

  • 8/16/2019 Strategi Penambahbaikan Pengajaran

    4/9

    DP Jilid 5, Bil 112 5

     erkemb ng n rofesion l

    • Pastikan pemahaman kendiri dengan membuat triangulasi bukti tema, kod,

    pola yang sarna timbul dalam lebih daripada dua jenis data dan dengan

    bercakap dengan rakan sebaya, murid dan rakan.

    Laporkan perkara yang dipelajari

    Kepada rakan sejawat, ibu bapa, dalam seminar dan jurnal.

    Simpulkan perkara yang dipelajari - dalam karangan, naratif, poster, video

    atau puisi.

    • Beritahu cara masalah berubah, tidak berubah, atau bertambah teruk

    disebabkan perubahan dalam amalan anda

    Satu komponen utama dalam kajian tindakan ialah mengongsikan perkara yang telah

    dipelajari. Terdapat banyak teknik yang boleh digunakan bagi tujuan perkongsian laporan

    kajian tindakan.

    Berikut adalah beberapa audiens yang berpotensi untuk berkongsi laporan kajian:

    1. rakan sejawatan pada hari perkembangan staff

    2. ibu bapa dan murid

    3. e-mel dan kumpulan perbincangan lihat sumber dalam Internet

    4. penerbitan daripada organisasi professional

    5. jurnal berkaitan kajian guru.

    Contoh Kajian Tindakan yang Dilaksanakan Guru bagi Thjuan

    Penambahbaikan Strategi Pengajaran

      Ayub untuk Pendidikan Khas

    Anna, guru tahun tiga memerhati Ayub dengan sudut hujung matanya. Walaupun Ayub

    sedang duduk membaca dengan senyap, Anna tahu Ayub berupaya dan selalu dengan

    tiba-tiba menunjukkan letupan emosi yang sangat kuat. Pada hari tersebut, letupan tersebut

    berlaku sebaik sahaja selepas waktu rehat. Tiba-tiba sahaja Ayub melompat, menolak

    semua kertas yang berada di atas mejanya, menolak mejanya sebingga terbalik. Gurunya

    dapat membawanya keluar daripada bi1ik darjah dan menghantarkanya ke bilik kaunselor

    sementara rakan kelasnya mengemas semula meja dan kertasnya. Walaupun dengan

    kecekapan mereka, setengah jam terbuang sebelum guru dapat menyediakan kelas dan

    memulakan kerja semula.

    Kecewa dengan kehilangan waktu mengajar yang berulang-ulang, Anna mengambil

    keputusan untuk menjalankan kajian tindakan terhadap Ayub.

    Mula-mula, persoalannya: Dalam kes ini, persoalannya adalah mudah. Apakah yang

    menyebabkan Ayub menjadi marah?

     

  • 8/16/2019 Strategi Penambahbaikan Pengajaran

    5/9

     erkemb ng n rofesion l

    DP Jilid 5 Bil 112 5

    Kemudian pengumpulan data: Sukar sedikit untuk memastikan cara mengumpul

    maklurnat yang boleh memberi respon kepada soalan tersebut. Agak mudah sekiranya

    mengatakan masalah ini bermula dari rumah di taman permainan ataupun emosi

    psikologinya sendiri. Walaupun ada kemungkinannya tetapi tanggapan ini tidak akan

    membantu di dalam bilik darjah. Sebaiknya Anna mengambil nota ringkas perkara yang

    berlaku sebaik sebelum masalah itu berlaku.

    Seterusnya analisis data: Selepas pengumpulan beberapa data Anna boleh

    membentangkan data yang telah dikumpul iaitu nota-nota tadi membacanya berulang-

    kali serta mencari pola. Akhimya Anna menjurnpai jawapan kepada masalahnya.

    Dapatan: Ayub mengamuk apabila Anna mengedarkan kertas mengarahkan murid

    mempelajari konsep baru.

    Pelan Tindakan: Secara lembut Anna berjumpa Ayub dengan buktinya yang menuju

    kepada penyiasatan awal yang tidak mendedahkan maklumat. Ayub sambil menangis

    mengaku bahawa dia sentiasa berasa takut sekiranya dia tidak dapat membuat tugasan

    yang baru. Anna dan Ayub bersama-sama merancang satu pelan. Apabila guru

    mengedarkan kertas bagi tugasan baru dia berjanji akan memberi Ayub kertas tugasan

    yang seronok untuk dibuat.

    Mulai dari saat itu Anna akan memastikan seluruh kelas boleh bekerja kemudian ke

    meja Ayub dan membantunya sehingga dia memahami konsep baru yang diajar dan

    Ayub tahu perkara yang perlu dilakukan. Langkah ini berjaya. Letupan emosi semakin

    berkurangan secara signifikan sebingga akhirnyaAnna menarik balik cadangannya untuk

    menghantar Ayub ke kelas Pendidikan Khas.

      Murid tercicir telah membuat keputusan untuk berhenti sekolah sewaktu

    di sekolah menengah rendah

    Proses yang sama juga boleh digunakan untuk situasi yang lebih besar. Sebagai contoh

    seorang guru sekolah menengah rendah sedang duduk di bilik guru sambil membelek

    dan membaca sebuah majalah. Dalam pembacaannya beliau terbaca sebuah makalah

    kajian yang mendapati murid-murid sekolah menengah atas telah membuat keputusan

    untuk berhenti sekolah semasa mereka di sekolah menengah rendah. Guru tersebut

    tidak dapat mengeluarkan tuduhan tersebut daripada fikirannya dan berulang kali soalan

    ini ditanya Bagaimana perkara tersebut boleh berlaku? Apa yang boleh kita buat?

    Maka beliau pun bertekad untuk melaksanakan satu kajian tindakan.

    Mula-mula persoalannya: Selepas beberapa perbincangan dan perdebatan beliau

    memilih: Apakah yang boleh sekolah ini lakukan untuk membuat transisi daripada sekolah

    rendah ke sekolah menengah rendah secara mesra pengguna ?

    Kemudian pengumpulan data: Guru tersebut membina satu soal selidik yang mudah

    dengan menyoal pelbagai pengalaman murid semasa proses transisi yang diedarkan

    kepada murid tingkatan satu beliau sendiri. Terkejut dengan respon murid guru tersebut

    meminta bantuan guru kaunselor. Bersama-sama mereka membuat tinjauan secara

    menyeluruh di sekolah terse but dan memilih kumpulan secara rawak. Satu kumpulan

     

  • 8/16/2019 Strategi Penambahbaikan Pengajaran

    6/9

    DP me

     

    BU 112 5

     erkemb ng n rofesion l

    yang terdiri daripada murid paras bahaya dan kumpulan kedua terdiri daripada murid

     sederhana dengan kumpulan yang mewakili j antina dan etnik.

    Seterusnya analisis data: Guru-guru menyemak dengan teliti tinjauan tersebut untuk

    mendapatkan satu pola daripada responden dan kemudian menyenaraikan

     rubrics

    untuk pola tersebut yang selalunya dipanggil tema. Kemudian mereka menyemak sekali

    lagi tinjauan tersebut untuk melihat respon yang sesuai dengan setiap pola satu pertalian

    yang dapat mereka grafkan.

    Dapatan: Satu bilangan murid yang signifikan dalam kedua-dua kumpulan berasakan

    terlalu sukar dengan cabaran sosial yang membuatkan mereka berasakan diri mereka

    terlalu kecil dalam persekitaran sekolah yang besar.

    Pelan tindakan: Guru kaunselor dan guru besar berkongsi maklumat tersebut dengan

    seluruh sekolah yang seterusnya juga mengejut semua guru. Respon murid seperti

     Tiada

    seorang guru pun yang tahu nama saya dan  Tiada siapa pun yang bercakap

    dengan saya

    telah menyentuh hati guru-guru. Kumpulan guru tersebut bukan sahaja

    menghadapi cabaran untuk membina pelbagai rancangan untuk memberi respon kepada

    maklumat yang terserlah daripada respon murid mereka juga membina tinjauan tambahan

    pada tahun tersebut danjuga tahun berikutnya sebagai melihat semula kejayaan mereka

    dalam merujuk kepada dapatan pada peringkat awal tinjauan. Ibu bapa yang sangat

    kagum dengan usaha kajian tindakan memohon kerjasama sekolah membuat tinjaun

    terhadap ibu bapa tentang isu yang sarna. Akhimya sekolah menengah rendah yang lain

    juga meminta maklumat dan seterusnya mengubahsuai rancangan transisi mereka pula.

    3. Isu-isu dalam kurikulum

    Proses inijuga boleh digunakan untuk isu-isu berkaitan kurikulum. Sebagai contoh dua

    orang guru yang membuat dua projek yang berbeza pada waktu yang berbeza serta

    tahap yang berlainan ingin mengetahui khabar angin yang mengatakan murid yang menulis

    proses pemikiran yang mereka gunakan apabila mereka menyelesaikan masalah matematik

    dapat membuat penyelesaian matematik dengan lebih baik. Guru sekolah rendah

    membandingkan mas a yang diambil oleh murid tertentu untuk menguasai kemahiran

    tertentu apabila dia mengajar dengan kaedah biasa dengan kaedah yang meminta murid

    menuliskan pemikiran mereka. Bagi guru sekolah menengah pula beliau membandingkan

    tiga kelas yang berlainan yang dikumpulkan kepada kumpulan murid lemah sederhana

    dan pandai. Pada tahun pertama beliau meminta kumpulan lemah untuk menulis pemikiran

    mereka. Pada hujung tahunnya kelas tersebut mendapatkan skor ujian yang lebih baik

    daripada kumpulan sederhana. Pada tahun berikutnya dia meminta ketiga-tiga kumpulan

    menulis pemikiran mereka dan ketiga-tiga kumpulan menunjukkan kemajuan yang lebih

    baik daripada biasa. Walau bagaimanapun kumpulan lemah menunjukkan kemajuan

    yang lebih baik berbanding kedua-dua kumpulan tersebut. Kedua-dua guru tersebut

    tertanya-tanya sejauh manakah kemajuan murid itu disebabkan oleh keupayaan guru

    sendiri untuk melihat halangan dalam pemikiran murid yang dapat membantu mereka

    untuk respon kepada murid berkenaan dengan pedagogi yang sesuai.

     

  • 8/16/2019 Strategi Penambahbaikan Pengajaran

    7/9

     erkemb ng n rofesion l

    DP Jilid 5. Bil 112 5

    Dalam sebuah sekolah yang lain, seorang guru sekolah rendah yang baru setahun

    mengajar serta belum lagi dapat membina soalan pedagogi begitu yakin tentang program

    mengeja beliau serta ingin mendokumentasikan kejayaannya. Beliau begitu pasti yang

    beliau mempunyai satu kaedah yang berkesan untuk mengajar murid mengeja. Beliau

    telah mengumpul data seperti senarai, carta dan profil ejaan danjuga cerita dan pembinaan

    ayat oleh murid-murid. Dalam bulan tertentu beliau telah memberikan ujian ejaan bagi

    penggal pertama. Dengan rasa terkejut, beliau dapati kebanyakan murid telah gagal.

    Beliau menyemak semula data dan akhirnya pasti bahawa program yang digunakan

    sememangnya dapat membantu murid menggunakan perkataan yang banyak dan boleh

    menghasilkan satu cerita yang bagus, Walaubagaimana pun beliau dapati fokus terhadap

    pengajaran yang membantu murid untuk mengingat dengan lebih lama perlu

    dipertingkatkan.

    Kadang-kadang, sesetengah sekolah pula menjadi sebagai pusat inkuiri. Sebagai contoh,

    seorang guru besar baharu bagi sekolah rendah yang kelihatan begitu muda berhadapan

    dengan stafyang terdiri daripada kalangan guru senior telah ditanya oleh seorang guru

    sarna ada beliau datang daripada sekolah menengah untuk menjadi tutor kepada murid-

    murid. Menghormati pengalaman dan keyakinan guru-guru tersebut, guru besar berkenaan

    memulakan penambahbaikan sekolahnya melalui projek kajian tindakan. Sebagai contoh,

    seorang guru yang kembali daripada rehat duduk dengan menghenyakkan punggungnya

    serta terus menunjukkan reaksi yang kecewa dan bertanya Mengapalah murid-murid

    mengambil mas a yang lama untuk bersedia untuk belajar selepas rehat? Guru besar

    tersebut mengambil sedikit ruang masa sebelum menyambut soalan tersebut supaya

    dapat menunjukkan respon yang kredibel, membalas, Itu satu soalan yang baik.

    Mengapakah agaknya murid-murid tersebut mengambil mas a yang lama untuk bersedia

    belajar selepas waktu rehat? Bagaimana boleh kita tahu .... ya?

    Guru-guru yang berkumpul di situ memberikan cadangan-cadangan untuk mengumpul

    maklumat yang relevan, iaitu sumber data yang baik. Pada mesyuarat guru berikutnya

    mereka menganalisis maklumat terse but dan membina satu perancangan tindakan

    berasaskan dapatan awal tadi. Masalah diselesaikan dengan mengubah prosedur waktu

    rehat. Pada hujung tahun kedua, pada bila-bila masa, sekurang-kurangnya sebahagian

    daripada guru menjalankan projek kajian tindakan dengan soalan berkisar daripada,

     Mengapa murid-murid kita tidak dapat skor yang baik dalam ujian bacaan mereka?

    kepada Bagaimana kita boleh membuat murid-murid makan semasa waktu rehat?

    Sebagai hasil sampingan, tidak ada seorang guru pun yang tidak hadir mesyuarat guru

    ataupun datang lewat. Perkara yang relevan telah berlaku disana

    Dengan kata-kata daripada seorang guru (projek awalnya pun tidak boleh dipanggil

    kajian tindakan), Saya mula dapat melihat kesan jangka panjang mengenai ini. Kita

    bukan hanya tahu jawapan kepada masalah kita dalam projek ini malahan kita akan

    sedar tentang sikap kita terhadap pengajaran. Apabila kita menghadapi masalah dalam

    sekolah ini, kita tidak lagi hanya duduk dan komplen mengenainya lagi. Kita hadapinya.

    Kita menyoal mengenainya. Kita kumpulkan maklumat. Kita selesaikan masalah kita.

    Dengan cara ini, kita mempunyai kawalan dan autonomi terhadap kehidupan profesional

    kita sendiri .

    100

  • 8/16/2019 Strategi Penambahbaikan Pengajaran

    8/9

    DP Jilid

     

    u 112 5

    Perkembangan Profesional

    Dalam setiap penerangan kes di atas, guru-guru mengenal pasti masalah, guru memilih

    soalan, mengumpul dan menganalisis data dan guru membentuk pelan tindakan berasaskan

    dapatan awal mereka. Kajian tindakan ialah untuk guru menilai amalan sendiri serta

    dapat menyelesaikan masalah sendiri.

     enutup

    Kajian tindakan membekalkan guru-guru dengan peluang memperoleh pengetahuan dan

    kemahiran dalam menjalankan kajian serta menjadi lebih sedar terhadap pilihan dan

    kemungkinan untuk perubahan. Guru-guru yang terlibat dengan kajian tindakan menjadi

    lebih kritikal dan reflektifterhadap amalan mereka. Penyelidikan guru ini akan memaksa

    guru menilai semula teori semasa dan secara signifikannya akan mempengaruhi perkara-

    perkara yang diketahui tentang pengajaran, pembelajaran dan sekolah. Pemah dikatakan

    guru-guru sering meninggalkan kesan kepada murid mereka, tetapi jarang sekali

    meninggalkan kesan kepada profesion mereka. Maka melalui proses dan hasil kajian

    tindakan, guru-guru akan meninggalkan kesan kepada kedua-duanya.

      ujukan

    Anderson, G. L., Herr, K.

     

    Nihlen,A. S. (1994). Studying your own school: An educators guide

    to qualitative practitioner research Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

    Brooks, A. Watkins, K. E. (Eds.) (1994). The emerging power of action inquiry technologies

    San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

    Corey, S (1953). Action research to improve school practice New York: Teachers College Press.

    Elliott, 1. (1991). Action research for educational change Milton Keynes: Open University

    Press.

    Glanz, Jeffrey. (2003). Action research: An educational leader   guide to school improvement

    Christopher-Gordon.

    Glesne, C. Peshkin, A. (1992). Becoming qualitative researchers: An introduction Urbana

    Champaign: Longman.

    Hopkins, D. (1993).

    A teacher  guide to classroom research

    (2nd ed.). Bristol, PA: Open University

    Press.

    Hubbard, Ruth Shagoury and Brenda Miller Power. (1993), The art of classroom inquiry

    Portsmouth, New Hampshire: Heinemann.

    Jaeger, R. (1988). Complementary methods for research in education Washington, DC: American

    Educational Research Association.

    Kemmis, S. McTaggart, R. (1988). The action research planner (3rd ed.). Victoria: Deakin

    University Press [1st ed., 1981].

    Kemmis, S. (1983). Action research. In T. Husen T. N. Postlethwaite (Eds.) International

    encyclopedia of education: Research and studies Oxford: Pergamon.

    Livingston, C. Castle S. (1989).

    Teachers and research in action

    Washington, DC: National

    Education Association

    McKernan, 1. (1991). Curriculum action research: A handbook of methods and resources for the

    reflective practitioner New York: St. Martins Press.

    101

  • 8/16/2019 Strategi Penambahbaikan Pengajaran

    9/9

     erkemb ng n rofesion l

    DP Ji/id 5, Bi/ 112005

    McLean, 1.E. 1995 . Improving education through action research: A guide for administrators

    and teachers Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

    Nodie, Oja, S.   Smulyan, L. 1989 . Collaborative action research: A developmental approach

    New York: The Falmar Press.

    Olson, M. W. Ed. . 1990 Opening the door to classroom research Newark, DE: International

    Reading Association.

    Reed, Carol. 2000 . Teaching with power: Shared decision making and classroom practice

    New York: Teachers College Press.

    Richardson, V 1994 . Conducting research on practice. Educational Researcher 23. 510.

    Sagor, R. 1992 . How to conduct collaborative action research Alexandria, VA:ASDC

    Shulman, L.S. 1987 . Knowledge and teaching: Foundations of new reform. Harvard Educational

    Review 57 1 ,1- 22.

    Stenhouse, L. 1975 . An introduction to curriculum research and development London:

    Heinemann.

    Whyte, W. F. 1991 . Participatory action research Newbury Park, CA: Sage Publications.

    102