Pola Keselarasan Vokal -Bmk

download Pola Keselarasan Vokal -Bmk

of 35

Transcript of Pola Keselarasan Vokal -Bmk

Sistem Keselarasan Huruf VokalKeselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat yang berikut: i. ii. iii. Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup. Bagi kata yang mengandungi suku kata yang lebih daripada dua, aturan tentang sistem keselarasan huruf vokal ini dikenakan pada dua suku kata yang terakhir sahaja, iaitu suku kata praakhir dengan suku kata akhir tertutup. Berdasarkan maklumat di perenggan di atas, sistem keselarasan huruf vokal memberikan erti, antara lain, seperti yang di bawah.i. Huruf vokal e taling atau o di kata ekasuku tidak berubah apabila kata

tersebut diimbuhi awalan yang mengandungi huruf vokal e pepet. Contohnya: bom: mengebom bukan mengebum syor: mengesyorkan bukan mengesyurkan

ii. Huruf vokal e taling atau o di mana-mana suku kata terbuka tidak berubah

sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata sebelumnya. Contohnya:

belerang

anggota

daerah kaedah kecewa mereka pendekar selera temberang

gelora kelopak kuno pidato sekolah semboyan semoga

iii. Huruf vokal a di suku kata akhir tidak mengubah atau mempengaruhi

huruf vokal e taling atau o di suku kata sebelumnya. Contohnya: e-a: beta meja reka sewa o-a: goda kota ronda rongga cetak dewan dendang semak borang hormat johan rosak gelenggang selempang selendang terendak berontak gelombang kerongsang terompah

iv. Huruf vokal e taling dan o yang membentuk pasangan keselarasan e-e,

e-o, o-e dan o-o tidak berubah kerana tidak dapat dipengaruhi oleh huruf vokal a, e pepet, i, atau u di suku kata sebelumnya. Contohnya: e-e: e-o: o-e: o-o: cerewet, kelengkeng, tempeleng kerekot, pelecok, selekoh celoreng, kerobek, temponek ceroboh, kelompok, pelopor

Dalam Sistem Ejaan Zaba, cara mengeja perkataan tidak didasarkan pada keselarasan vokal. Vokal yang hadir pada suku kata pertama tidak diselaraskan dengan vokal yang hadir pada suku kata kedua. Misalnya ejaan bagi "burong" (bu + rong), "untok" (un + tok) dan "bilek" (bi + lek) tidak diselaraskan vokal dalam suku kata pertama dengan

suku kata kedua tertutup menjadi "burung" (bu + rung) seperti yang dilakukan dalam Sistem Ejaan Baharu. Contoh: Ejaan Lama & Ejaan Baharu sayor sayur jalor jalur salor salur bubor bubur balek balik kueh kuih

Dalam Sistem Ejaaan Baharu, perkatan yang terdiri daripada tiga perkataan atau lebih, keselarasan vokal juga digunakan. Dua suku kata akhir pada perkataan yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih itu diselaraskan dengan vokalnya. Vokal yang hadir dalam suku kata terbuka, diselaraskan dengan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup, dan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup juga diselaraskan dengan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup. Contohnya: Ejaan Lama & Ejaan Baharu pereksa = periksa

sembeleh = sembelih perengkat = peringkat Prinsip Keselarasan Huruf Vokal Ringkasnya keselarasan vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat berikut: i. Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. ii. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup.

iii. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

Pola Keselarasan Huruf Vokal Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal.

Pola Keselarasan Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama (primer) seperti yang berikut: Bil. Suku Kata Praakhir (1) a (2) a (3) a (4) e pepet (5) e pepet (6) e pepet (7) e taling (8) e taling (9) e taling (10 i Pola Keselarasan Suku Kata Akhir Tertutup a i u a i u a e taling o a asah, balak, halaman alih, balik, sumbangsih asuh, datuk, lembayung emas, kelam, cemerlang lebih, betik, sembelih telur, tempuh, temenggung elak, dewan, belerang leceh, gelek, selekeh esok, telor, selekoh ingat, kilang, selinap Contoh Penggunaan

) (11 i ) (12 i ) (13 o ) (14 o ) (15 O ) (16 U ) (17 U ) (18 U ) Daripada 18 pola itu, ada lapan pola yang berupa pola-pola yang berubah daripada sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u di suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata praakhir. Ejaan Rumi Lama Pola Ejaan Contoh (1) a - e taling aleh (2) a - o batok (3) e pepet - e lebeh (4) (5) (6) (7) (8) taling e pepet - o i - e taling i-o u - e taling u-o tempoh pileh tidor usek untong Ejaan Rumi Sekarang Pola Ejaan Contoh a-i alih a-u batuk e-i lebih e-u i-i i-u u-i u-u Tempuh Pilih Tidur Usik Untung i u a e taling o a i u intip, sisih, belimbing riuh, tidur, periuk otak, borang, sekolah oleh, boleh, celoteh obor, borong, kelompok ubat, tumpang, ketupat usik, kuih, gerusih untuk, tunduk, tengkujuh

Catatan: Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya mengandungi huruf konsonan akhir h, k, ng atau r.

Mengenai pola-pola keselarasan huruf vokal yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya digunakan huruf vokal e taling atau o di suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokal e taling atau o juga di suku kata praakhir. Pola Ejaan e taling - e taling e taling - o o - e taling o-o Contoh leceh, gelek, teleng, keledek, selekeh tempoh, belok, telor, selekoh, kerekot oleh, boleh, ponteng, celoteh, celoreng obor, pokok, borong, kelompok, seloroh

(1) (2) (3) (4)

Di samping 18pola kelesaran huruf vokal tersebut, dalam sistem ejaan Rumi sekarang terdapat juga lapan pola kelesarasan huruf vokal seperti yang digunakan dalam ejaan lama itu (lihat perenggan 7.4), iaitu untuk mengeja kata-kata yang diserap daripada bahasa asing, khususnya daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain serta beberapa bahasa di Nusantara.Selainitu, ada sepuluh pola keselarasan huruf vokal lagi yang biasa digunakan untuk mengeja kata-kata serapan dalam bahasa Melayu. Pasangan huruf vokal yang 18 pola ini ialah pola-pola sekunder dalam sistem keselarasan huruf vokal. Pola Ejaan Contoh Kata daripada Bahasa di Nusantara Contoh Kata daripada (1) a-e taling (2) a-o (3) e pepet-e taling (4) e pepet-o (5) (6) (7) (8) (9) (10 ) i-e taling i-o u-e taling u-o a-e pepet etaling-i aneh, awet, kaget, laden, pamer, raden barong, calon, lakon, lancong, lapor, keraton, perabot, rampok gembleng bendok,jempol imlek ijon, pilon tulen, ulet bunglon, buron, lelucon pakem Bahasa Inggeris kabaret, jaket atom, kontraktor Setem gabenor, intercom tiket, kriket diftong, transistor Subjek kupon, konduktor teater, plaster hipotesis, objektif

(11 e taling-u ) (12 e pepet-e ) pepet (13 i-e pepet ) (14 o-i ) (15 o-u ) (16 u-e pepet ) (17 e taling-e ) pepet (18 o-e pepet ) lumer demdem, pepet iseng

petroleum, spectrum

artikel, filem, dividen fosil, hipokrit bonus, forum skuter, snuker Meter Oktober, broker

Suku kata Suku kata Contoh Praakhir Akhir Tertutup Pemakaian 1. 2. 3. 4. 5. a-a a-i a-u e pepet - a e pepet - i asah, balak, panas alih, balik, habis asuh, basuh, larut emak, telan, tembelang benih, lebih, sembelih

6. 7. 8.

e taling - u e taling - a

telur, benih, temenggung enak, dewan, belerang

e taling - e taling gelek, heret, selekeh

9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

e taling - o i-a i-i i-u o-a o-e o-o u-a u-i u-u

elok, esok, selekoh ingat, bilang, selinap intip, pilih , belimbing cium, riuh, tiup olah, otak, sekolah taling boleh, korek, celoteh botol, kotor, kelompok ulat, ubat, ketupat usik, pulih, tulis ukur, tujuh, tengkujuh

Pola Keselarasan Yang Mengalami Perubahan Daripada 18 pola itu, terdapat lapan pola yang berupa pola-pola yang berubah daripada sistem ejaan Lama (Zaba). Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya dipakai huruf vokal i dan u pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir memakai huruf vokal a, e pepet, i atau u.

Ejaan Lama & Ejaan Baharu Pola Contoh

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

a --- e taling a ---- o e pepet -- e taling e pepet -- o i --- e taling i --- o u --- e taling u --- o

aleh batok lebeh tempoh pileh tidor usek untong

a --- i a --- u e --- i e --- u i --- i i --- u u --- i u --- u

alih batuk lebih tempuh pilih tidur usik untung

Kata-kata yang terlibat biasanya mengandungi huruf konsonan akhir h,k,ng atau r.

Pola Keselarasan Yang Tidak Mengalami Perubahan Pola-pola yang tidak berubah daripada ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya dipakai huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir memakai huruf vokal e taling atau o juga.

Pola Contoh 1. 2. e taling -- e taling e taling -- o leceh, gelek, teleng, keledek, selekeh tempoh, belok, telor, selekoh, kerekot

3. 4.

o --- e taling o -- o

oleh, boleh, ponteng, celoteh, celoreng obor, pokok, borong, kelompok, seloroh

Peranan Sistem Keselarasan Vokal Sistem keselerasan huruf vokal memberi erti atau memainkan peranan, antara lain seperti berikut : i). Huruf vokal e taling atau o pada kata ekasuku tidak berubah apabila kata tersebut menerima imbuhan awalan yang mengandungi huruf vokal e pepet. Contohnya: syor : mengesyorkan bukan mengesyurkan ii). Huruf vokal e taling atau o pada mana-mana suku kata terbuka tidak berubah sekiranya sukukata sebelumnya memakai huruf vokal a, e pepet, i atau u. Contohnya: Belerang, anggota Daerah, gelora Kecewa, kelopak

iii). Huruf vokal a pada suku kata akhir tidak mengubah atau mempengaruhi huruf vokal e taling atau o pada suku kata sebelumnya. Contohnya: beta, cetak, gelenggang ea meja, dewan, selempang

goda, boring, berontak oa kota, hormat, gelombang

iv). Huruf vokal e taling dan o yang membentuk pasangan keselarasan e - e, e - o, o - e dan o - o tidak berubah kerana tidak dapat dipengaruhi oleh huruf vokal a, e pepet , i, atau u pada suku kata sebelumnya. Contohnya: e-e: e-o: o-e: o-o: cerewet, kelengkeng, tempeleng kerekot, pelecok celoreng, kerobek, temponek ceroboh, kelompok, pelopor

Kekecualian Keselarasan Vokal Dalam Sistem Ejaan Baharu terdapat beberapa perkataan yang dikecualikan daripada pola keselarasan vokal. Perkataan-perkataan yang termasuk ke dalam kekecualian ini adalah perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris seperti yang berikut: Daripada

Pola Vokal Bahasa di Nusantara Bahasa Inggeris 1. ae awet, pamer, kaset panel, kabaret

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

ao e pepet -e taling e pepet - o i - e taling i-o u - e taling u-o a - e pepet e taling - i e taling - u e pepet e pepet i - e pepet o-io-uu - e pepet

lakon, lapor atom, operator gembeleng jempol gabenor, interkom imlek parlimen, simen, tiket ijon, pilon transistor, diftong tulen, ulet subjek, dokumen bunglon, lelucon kupon, konduktor pakem teater potesis, objektif tulen petroleum demdem, pepet iseng filem, artikel, hipokrit, fosil forum, bonus lumer skuter

Ejaan Bagi Kata Pinjaman Penyesuaian Ejaan Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa EropahPenyesuaian ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman dibuat menurut peraturan penyesuaian huruf seperti dalam daftar contoh yang di bawah:

Bahasa Inggeris (1) a

Bahasa Melayu a

Contoh Penggunaan abstract: abstrak

(2) ae (3) ae (4) ai (5) au (6) b, bb (7) c (8) c, cc (9) cc (10) ch (11) ch, cch (12) d, dd (13) e (14) ea (15) ea (16) ee (17) ei (18) eo (19) eu (20) f, ff

ae e ai au b s k ks s k d e ea i i ei eo eu f

plate: plat aerial: aerial aerograph: aerograf aesthetics: estetika haematite: hematite aileron: aileron trailer: trailer automatic: automatik auditorium: auditorium barbecue: barbeku lobby: lobi cent: sen cylinder: silinder carbon: karbon classic: klasik accent: aksen vaccine: vaksin echelon: eselon machine: mesin chelore: kolera technique: teknik dividend: dividen effective: efektif system: system bearing: bearing idealist: idealis beaker: bikar grease: gris beer: bir jamboree: jambori atheist: ateis protein: protein geometry: geometri stereo: stereo europium: europium petroleum: petroleum factor: faktor

(21) g, gg (22) h (23) i (24) ia (25) ie (26) ie (27) ie (28) io (29) iu (30) j, jj (31) k, kk (32) kh (33) l, ll (34) m, mm (35) n, nn (36) ng (37) o (38) oa (39) oe (40) oi (41) oo (42) oo

g h i ia i ai ie io iu j k kh l m n ng o o e oi oo u

traffic: trafik geology: geologi aggressive: agresif harmony: harmoni hotel: hotel identity: identiti textile: tekstil dialect: dialek criteria: criteria calorie: kalori pie: pai diesel: diesel diet: diet iodine: iodine premium: premium stadium: stadium journal: jurnal jury: juri kilo: kilo khaki: khaki liberalism: liberalisme pill: pil mammal: mamalia optimism: optisme neon: neon tennis: tenis congress: kongres linguistics: linguistik operator: operator orthodox: ortodoks cardboard: kadbod coat: kot foetus: fetus gonorrhoea: gonorea alkaloid: alkaloid duboisine: duboisin zoo: zoo cartoon: kartun

(43) ou (44) ou (45) p, pp (46) ph (47) q (48) r, rr (49) rh (50) s, ss (51) sc (52) sc (53) sch (54) t, tt (55) th (56) u (57) ua (58) ue (59) ue (60) ue (61) ui

au u p f k r r s s sk sk t t u ua u ue digugurkan ui

kangaroo: kanggaru accountant: akauntan pound: paun coupon: kupon serious: serius apple: epal passport: passport graph: graf phoneme: fonem quality: kualiti technique: teknik lorry: lori recruit: rekrut rhetoric: retorik rhythm: ritma express: ekspres status: status proscenium: prosenium science: sains scooter: skuter telescope: teleskop scheme: skim scholastic: skolastik battery: bateri tractor: traktor anthropology: antropologi theory: teori republic: republik unit: unit aquarium: akuarium dualism: dualism accrue: akru tissue: tisu duet: duet catalogue: katalog cheque: cek annuity: anuiti

(62) uo (63) uu (64) v (65) w (66) wh (67) x (68) x (69) y (70) y (71) z, zz

uo u v w w Ks x i y z

equinox: ekuinoks quorum: kuorum quota: kuota continuum: kontinum vacuum: vakum novel: novel university: universiti kiwi: kiwi wire: wayar whisky: wiski whistle: wisel express: ekspres taxi: teksi xenon: xenon dynasty: dinasti psychology: psikologi royalty: royalti yankee: yangki jazz: jaz zodiac: zodiac

Penyesuaian Ejaan Mengikut Dasar Penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain ke dalam bahasa Melayu dilakukan dengan mengutamakan dasar-dasar berikut: i). Ejaan berdasarkan bentuk ejaan atau bentuk visualnya. Oleh itu perubahan fonem asing ke dalam bahasa Melayu hanya dilakukan bila diperlukan sahaja. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu carbon jadi karbon bukan karban cartoon jadi kartun bukan katun

dialogue jadi dialog bukan dailog ii). Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain adalah dikecualikan daripada peraturan sistem keselerasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Baru. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu atom tetap atom bukan atum bonus tetap bonus bukan bonos pistol tetap pistol bukan pistul

iii). Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris tetap dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu block jadi blok bukan belok clinic jadi klinik bukan kelinik drama jadi drama bukan derama

iv). Unsur asing (selain daripada gugus konsonan) yang sudah serasi atau diserap ke dalam bahasa Melayu dan lazim dieja secara Melayu, tidak lagi diubah ejaannya. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bureau jadi biro bukan bureau pension jadi pencen bukan pension station jadi stesen bukan stasion v). Semua huruf g yang diucapkan /j/ dalam kata istilah Inggeris tetap diterima sebagai huruf g juga dalam bahasa Melayu. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agenda tetap agenda bukan ajenda technology jadi teknologi bukan teknoloji tragedy jadi tragedi bukan trajedi

Sebagai kekecualian, huruf g yang diucapkan /j/ menurut sebutan dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan jadi huruf j dalam bahasa Melayu terdapat pada kata-kata berikut. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agent jadi ejen college jadi kolej engine jadi enjin

2.6.3 Penyesuaian Penyebutan Atau Lafaz

Penyebutan atau lafaz bagi kata atau istilah pinjaman hendaklah disesuaikan dengan sistem bunyi bahasa Melayu -iaitu memberikan nilai bunyi bagi setiap huruf, sesuai dengan fonem yang dilambangkannya. Contohnya :

Bahasa Melayu Sebutan April /ap-ril/ bukan /ep-ral/ radio /ra-di-yo/ bukan /re-di-yo/ teknologi /tek-no-lo-gi/ bukan /tek-no-lo-ji/ nasional /na-si-yo-nal/ bukan /ne-sye-nal/

2.7 Ejaan Bagi Kata Dasar Dan Kata Terbitan

2.7.1 Kata Dasar Kata yang berupa kata dasar ditulis sebagai satu perkataan yang berasingan. Contohnya : Ayah percaya kamu tahu. Kedai kasut penuh sesak. Saya ada basikal baru. Datuk beli baju kemeja. 2.7.2 Kata Terbitan

a. Kata terbitan atau kata turunan ialah i) kata dasar yang memakai imbuhan (awalan,sisipan,akhiran) ii) kata yang memakai bentuk terikat seperti maha- dan tata-

iii) kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk atau bentukbentuk kata yang lain. b. Semua imbuhan (awalan,sisipan,akhiran) ditulis serangkai atau bersambung dengan kata dasarnya. i) Imbuhan awalan yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah beR-, di-, ke-, meN-, peN-, se-, dan teR-. ii) Imbuhan akhiran yang sering digunakan ialah an, -I, dan -kan. iii) Imbuhan awalan-akhiran yang sering digunakan ialah beR-an di-i, di-kan, ke-an, meN-i, meN-kan, dan peN-an.

c. Peraturan penulisan imbuhan yang berubah daripada ejaan lama dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut : i) Tanda sempang (-) pada awalan di- dalam ejaan lama digugurkan. Contohnya :

Ejaan Lama & Ejaan Baharu di-makan = dimakan di-pandang = dipandang di-selideki = diselidiki Fungsi di- sebagai kata depan atau sendi nama (Rujuk 2.10). ii) Awalan sa- dalam ejaan lama diubah menjadi se dan ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya. Tanda sempang (-) digugurkan. Contohnya : Ejaan Lama & Ejaan Baharu sa-bagaimana = sebagaimana sa-belas sa-saorang sa-umpama = sebelas = seseorang = seumpama

d. Disamping imbuhan awalan dan akhiran yang digunakan, bahasa Melayu juga memiliki bentuk-bentuk terikat yang lain yang ditulis serangkai dengan kata dasar. Kebanyakan bentuk terikat ini adalah unsur pinjaman daripada bahasa asing.Contohnya : abnormal, kolonialisme antikerajaan, mahasiswa antitoksin, mikrofilem

autobiografi, pancaindera biadab, prasangka biduanita, reaksi dasawarsa, semiprofesional 2.8 Ejaan Bagi Kata Majmuk Kata majmuk ialah kata yang terbentuk daripada dua kata dasar atau lebih yang membawa satu makna. Hubungan makna antara kata-kata dasar yang membentuk kata majmuk itu sangat erat bentuknya hinggakan tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Pengejaan kata majmuk dilakukan melalui dua cara iaitu cara terpisah dan cara bercantum. 2.8.1 Ejaan Cara Terpisah i) Kata majmuk yang dieja secara terpisah terdiri daripada kata majmuk yang terbentuk daripada dua bentuk kata bebas seperti berikut: air batu empat puluh lima peti besi air terjun gempa bumi periuk nasi baju kemeja guru besar ratu cantik duta besar imam besar topi keledar ii) Kata majmuk yang terdiri daripada kata-kata istilah khusus dieja secara terpisah. Contohnya : batu kapur kanta tangan kaedah bayar balik

kultur mutiara min jangka masa susu pekat manis tanah gambut tempoh pinjaman telefon dail terus

i.

Kata majmuk yang terbentuk daripada kata yang digunakan sebagai gelaran juga dieja secara terpisah. Contohnya :

Duta Besar, Menteri Besar, Naib Presiden Ketua Menteri, Pegawai Daerah, Profesor Madya, Ketua Setiausaha Negara, Raja Muda, Perdana Menteri 2.8.2 Ejaan Cara Bercantum Dalam bahasa Melayu terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Antara kata majmuk yang dieja secara bercantum adalah seperti berikut :

Setiausaha, sukarela, barangkali Bumiputera, tandatangan, matahari Dinihari, peribahasa, apabila Antarabangsa, tandatangan, sukacita Pesuruhjaya, warganegara, suruhanjaya

2.8.3 Ejaan Penggandaan Kata Majmuk Penggandaan kata majmuk melibatkan unsur pertama kata majmuk itu sahaja dan ejaannya ditulis dengan meletakkan tanda sempang (-) pada kata yang digandakan. Contohnya :

alat-alat tulis, balai-balai raya, kereta-kereta lumba Guru-Guru Besar, Menteri-Menteri Besar Timbalan-Timbalan Perdana Menteri 2.9 Ejaan Bagi Kata Ulang 2.9.1 Pengguguran Angka 2 Penggunaan angka 2 bagi menandakan kata itu diulang atau diganda dalam ejaan Zaba tidak lagi digunakan dalam ejaan Rumi baharu, dan diganti dengan tanda sempang (-). Contohnya: Ejaan Lama & Ejaan Baharu budak2 budak-budak buah2an buah-buahan berlapis2 berlapis-lapis

2.9.2 Ada tiga jenis kata ulang dalam bahasa Melayu yang semuanya ditulis dengan menggunakan tanda sempang. Tanda sempang dibubuh pada bahagian kata yang diulang. i) Kata ulang penuh atau ulangan penuh dapat terdiri daripada kata ulang semu atau kata ulang jamak. Contohnya:

anai-anai, anak-anak biri-biri, botol-botol hati-hati, jawatan-jawatan ii) Bagi kata terbitan yang kata dasarnya diulang, tanda sempang dibubuh antara bahagian-bahagian kata yang diulang itu. Contohnya: anak-anakan akhir-akhirnya berjalan-jalan bersiri-siri karang-mengarang menulis-nulis iii) Kata ulang yang dalam pengulangannya mengalami perubahan bunyi atau fonem, tanda sempang dibubuh antara kata dasar dan kata yang diulang. Contohnya: bolak-balik, gerak-geri gunung-ganang, huru-hara kucar-kacir, lauk-pauk Apabila kata ulang ini dijadikan bentuk dasar yang sekaligus mendapat awalan dan akhiran, tanda sempang sebagai tanda ulangan tetap dipakai. Contohnya: dikucar-kacirkan, disia-siakan keramah-tamahan, menggembar-gemburkan memporak-perandakan, kebudak-budakan

2.10 Ejaan Bagi Kata Depan di Dan ke a. Kata depan di dan ke ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya.Dalam hal ini terdapat empat jenis kata yang lazim mengikuti kata depan di dan ke , iaitu :

i. kata nama yang menunjukkan atau mengenai arah atau menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama, seperti tepi : di tepi, ke tepi. ii. kata nama umum, seperti sekolah : ke sekolah, di sekolah. iii. kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu tempat dan kata nama umum seperti beberapa: di beberapa tempat, ke beberapa tempat.

iv. kata nama tempat atau nama khas yang lain, seperti Alor Setar dan Universiti Putra Malaysia : di Alor Setar, ke Universiti Putra Malaysia. b. Peraturan penulisan kata depan yang berubah daripada ejaan Zaba (lama) dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut : i. Kata depan di dalam ejaan Zaba ditulis di-, dengan menggunakan tanda sempang (-), iatu sama bentuknya dengan awalan di-. Apabila tanda sempang digugurkan dalam Ejaan Rumi Baharu, kata depan di ditulis sebagai satu kata yang berasingan. Contohnya:

Ejaan Lama & Ejaan Baharu di-dalam, di dalam di-selatan, di selatan di-Hotel Merlin, di Hotel Merlin di-jalan raya, di jalan raya ii. Kata depan ka- dalam ejaan Zaba diubah menjadi ke dan ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Tanda sempang (-) dihapuskan. Contohnya: Ejaan Lama & Ejaan Baharu ka-dalam, ke dalam ka-jalan raya, ke jalan raya ka-Kedah, ke Kedah ka-pejabat, ke pejabat iii. Kata kapada dalam ejaan Zaba diubah menjadi kepada. Kata depan dari, daripada, kepada, pada dan sebagainya, ditulis sebagai kata yang berasingan.

2.11 Ejaan Bagi Kata Ganti Singkata. Terdapat empat jenis kata ganti singkat dalam bahasa Melayu , iaitu kau, ku,

mu, dan nya.b. Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai

dengan kata dasar yang mengikutinya. Contohnya : Ejaan Lama & Ejaan Baharu kau-dengar, kau dengar kau-ambil, kauambil ku-lihat, kulihat ku-terima, kuterimac. Kata ganti singkat ku, mu, dan nya sebagai akhiran ditulis serangkai atau

dicantumkan dengan kata yang mendahuluinya. Contohnya: Ejaan Lama & Ejaan Baharu kasih-mu, kasihmu cinta-ku, cintaku hati-mu, hatimu letak-nya, letaknya

d. Kata ganti bagi mu dan nya bagi nama Tuhan menggunakan huruf besar

sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang (-). Contohnya: Ejaan Lama & Ejaan Baharu hamba Mu, hamba-Mu petunjuk Nya, petunjuk-Nya rahmat Mu, rahmat-Mu 2.12 Ejaan Bagi Kata Berakhiran Kan Ejaan lama bagi kata yang memakai akhiran kan dieja dengan menggunakan sempang(-). Dalam Sistem Ejaan Baharu, tanda sempang itu tidak digunakan lagi. Ejaannya dicantumkan atau dirapatkan akhiran itu dengan kata dasar. Contohnya: Ejaan Lama & Ejaan Baharu menjalankan-kan menjalankan mencantik-kan mencantikkan menghina-kan menghinakan 2.13 Ejaan Bagi Partikel Ada empat partikel dalam bahasa Melayu , iaitu lah, kah, tah dan pun. a). Partikel -lah, -kah, dan -tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan lama Zaba ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya, tanpa tanda sempang, dalam Ejaan Rumi Baharu. Contohnya:

Ejaan Lama & Ejaan Baharu ada-lah adalah tolong-lah tolonglah apa-kah apakah benar-kah benarkah b). Terdapat dua cara menulis partikel pun. i. Partikel pun yang bereti "juga" ditulis terpisah daripada kata yang mendahuluinya.Contohnya: Apa pun yang dimakannya, ia tetap kurus. Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke sini. Jika ayah pergi, adik pun ingin pergi. ii. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu: adapun ataupun andaipun bagaimanapun biarpun kalaupun

kendatipun lagipun mahupun meskipun 2.14 Penggunaan Tanda Sempang Tanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut : a). Tanda sempang digunakan untuk menulis kata ulang.(Rujuk 7.2) b). Tanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris. Contohnya: .......menangguhkan penyeleng-garaan projek. c). Tanda sempang digunakan untuk memperjelaskan ungkapan. Contohnya: ber-evolusi dengan ber-revolusi d). Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama. Contohnya: anti-Rusia, hamba-Mu pan-Afrikanisme, pro-Malaysia kepada-Nya, kurnia-Nya e). Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan awalan ke dengan angka. Contohnya : ke-12 (kedua belas) ke-215 (kedua ratus lima belas)

ke-1000 000 (kesejuta) ke-101 (keseratus satu) f). Tanda sempang digunakan apabila awalan se- diikuti oleh kata nama khas yang huruf awalnya huruf besar. Contohnya : se-Nusantara se-Malaysia se-Tanah Melayu g). Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an. Contohnya: tahun 50-an (tahun lima puluhan) tahun 70-an (tahun tujuh puluhan) tahun 80-an (tahun lapan puluhan) h). Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan di antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah. Contohnya: alat pandang-dengar duti-anti-lambak (anti-dumping duty) semi-berdaulat (semi-sovereign) suai-iklim (acclimation) larutan-Krebs-Ringer (Kerbs-Ringer solution) 2.15 Penulisan Bagi Gabungan Kata

Gabungan kata dalam bahasa Melayu dapat ditulis sebagai rangkai kata atau ditulis serangkai. Kata-kata yang membentuk rangkai kata ditulis terpisah antara satu sama lain. Kata-kata yang ditulis serangkai biasanya disebut kata majmuk.

a. Terdapat tiga cara gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis terpisah. i. Kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, termasuk rangkai kata istilah khusus, ditulis terpisah antara satu sama lain. Contohnya :

air hujan duta besar balai raya enam puluh dua bom tangan luar biasa gempa bumi latihan jasmani guru besar model linear jalan raya nuzul Quran jam tangan rukun tetangga kapal terbang susu pekat manis kereta kebal telefon dail terus ii. Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan praktis, atau yang disebut rangkaikata setara, ditulis secara terpisah. Contohnya :

hidup mati bijak pandai adik kakak cantik molek ibu bapa kampung halaman makan minum rupa paras

tua muda tunjuk ajar iii. Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa hendaklah ditulis secara terpisah. Contohnya : buah hati anak emas duit kopi kaki bangku bulan madu cakar ayam makan angin makan hati pilih kasih putih mata

b. Ada beberapa kaedah untuk menentukan penulisan gabungan kata yang

serangkai. i. Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, termasuk istilah khusus, rangkai kata setara atau simpulan bahasa yang sekaligus mendapat awalan dan akhiran hendaklah ditulis serangkai. Contohnya :

ambil alih jadi pengambilalihan ijab kabul jadi diijabkabulkan sama rata jadi menyamaratakan tidak adil jadi ketidakadilan Namun begitu apabila awalan dan akhiran tersebut digugurkan, bentuk dasarnya hendaklah ditulis secara terpisah.

ii.

Gabungan kata yang telah dianggap sebagai suku kata hendaklah ditulis serangkai. Contohnya :

beritahu warganegara sukacita aturcara kemaskini isipadu citarasa hakcipta lalulintas kemaskini

3.0 PENUTUP Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa perubahan yang nyata dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu ini ialah perubahan 8 pola keselarasan vokal daripada 18 pola semuanya. Walupun begitu perubahan dalam aspek-aspek lain dalam ejaan baru ini amat perlu difahami sebaik mungkin bagi menyediakan diri ke arah penulisan (ejaan) bahasa Melayu yang tepat dan betul. Seandainya kita memberikan perhatian yang serius terhadap perubahan ejaan Rumi bahasa Melayu ini, maka tidak timbul apa-apa masalah untuk menguasainya. Ringkasnya, kalau hendak dikatakan ejaan Rumi Bahasa Melayu terlalu rumit, tentulah tidak benar sama sekali . Ejaan Bahasa Melayu adalah antara yang termudah di dunia kerana hampir seratus peratus bersifat fonemik.