Pernyataan Profesional Sebelum Praktikum

3
Pernyataan Profesional Sebelum Praktikum Rabiatul Adawiyah binti Wahid K15 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sebagai seorang seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, saya wajib untuk menjalani praktikum atau latihan mengajar selama 8 minggu bagi fasa II. Latihan praktikum ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Praktikum pada fasa ini saya wajib mengajar matapelajaran major iaitu bahasa Melayu Pendidikan Khas dan Matematik Pendidikan Khas, manakala bagi subjek minor saya perlu mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Saya telah dimaklumkan bahawa saya akan menjalani praktikum di Sekolah Pengkalan Pegoh. Praktikum ini bermula daripada 14 Julai 2014 hingga 12 September 2014. Harapan saya amatlah besar sepanjang saya berada di sekolah ini. Kami telah diberi taklimat praktikum oleh En Kamrul Bahrin mengenai tujuan dan tugas yang perlu kami jalankan di sekolah nanti. Tidak banyak berbeza dengan praktikum pertama, namun makin bertambah tugas yang perlu kami galas disebabkan tempoh yang lebih panjang. Terdapat banyak harapan saya terhadap sekolah kedua ini. Harapan saya pertama adalah untuk menimba ilmu sebanyak yang

description

Pernyataan Profesional

Transcript of Pernyataan Profesional Sebelum Praktikum

Pernyataan Profesional Sebelum Praktikum

Rabiatul Adawiyah binti WahidK15 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Sebagai seorang seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, saya wajib untuk menjalani praktikum atau latihan mengajar selama 8 minggu bagi fasa II. Latihan praktikum ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Praktikum pada fasa ini saya wajib mengajar matapelajaran major iaitu bahasa Melayu Pendidikan Khas dan Matematik Pendidikan Khas, manakala bagi subjek minor saya perlu mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Saya telah dimaklumkan bahawa saya akan menjalani praktikum di Sekolah Pengkalan Pegoh. Praktikum ini bermula daripada 14 Julai 2014 hingga 12 September 2014. Harapan saya amatlah besar sepanjang saya berada di sekolah ini. Kami telah diberi taklimat praktikum oleh En Kamrul Bahrin mengenai tujuan dan tugas yang perlu kami jalankan di sekolah nanti. Tidak banyak berbeza dengan praktikum pertama, namun makin bertambah tugas yang perlu kami galas disebabkan tempoh yang lebih panjang. Terdapat banyak harapan saya terhadap sekolah kedua ini. Harapan saya pertama adalah untuk menimba ilmu sebanyak yang boleh. Hal ini kerana, praktikum kali ini merupakan praktikum kedua saya bagi subjek major tetapi yang pertama bagi subjek minor. Berada di sekolah baharu dengan harapan yang baharu juga kerana mempunyai murid yang berbeza masalah daripada praktikum pertama dahulu. Saya sangat berharap saya dapat menimba ilmu pengetahuan sebanyak yang boleh sebelum saya menjadi guru sebenar. Tambahan lagi, saya juga berharap saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah baharu dengan cepat untuk memudahkan latihan saya selama 2 bulan kelak. Saya juga berharap dapat bergaul mesra dengan guru-guru lain bukan sahaja guru pendidikan khas tetapi semua guru di sekolah tersebut. Saya berharap saya dapat membina hubungan profesional yang positif dengan mereka. Saya beranggapan bahawa membina hubungan seperti ini mampu membantu saya mencapai harapan-harapan saya yang lain. Tambahan lagi, perasaan saya juga akan menjadi positif sepanjang saya di sekolah tersebut kerana dapat merasai kemesraan dengan guru-guru lain. Mereka juga akan selesa untuk membantu saya jika saya ada sebarang kemusykilan.Harapan yang terakhir ialah mencari strategi pengajaran yang sesuai untuk murid pendidikan khas. Saya sudah berpeluang mempraktikkan ilmu yang saya perolehi semasa praktikum pertama. Namun begitu, kekangan masa yang hanya sebulan tidak dapat saya gunakan sepenuhnya untuk merealisasikan harapan saya untuk mempelbagaikan kaedah. Pada praktikum kedua ini diharap saya akan cuba mencari strategi dan kaedah yang sesuai saya gunakan dalam kelas pendidikan khas. Saya akan mempelbagaikan kaedah saya sehingga saya menemui kaedah yang sesuai untuk saya gunakan semasa sesi pdp. Berbekalkan dengan pengalaman selama sebulan yang saya perolehi di SK Pasukan Polis Hutan semasa praktikum pertama terdahulu, saya harap saya dapat memberi pdp yang lebih berkesan kepada murid pendidikan khas. Akhir kata, diharapkan seluruh warga SK Pengkalan Pegoh dapat menerima kehadiran saya di sekolah tersebut. Walaupun saya datang dengan niat untuk belajar daripada guru-guru di sana, namun saya juga berharap saya dapat menyumbangkan sesuatu kepada sekolah tersebut terutama kepada warga pendidikan khas SK Pengkalan Pegoh.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Tandatangan :..............................................

Nama :.............................................. Nama :..............................................

Tarikh :.............................................. Tarikh :..............................................