pemerintahan raja mutlak di england
-
Upload
qaseh-nur-husna -
Category
Education
-
view
749 -
download
32
description
Transcript of pemerintahan raja mutlak di england
KUMPULAN 2:-
MUHAMMAD SOLLEHIN BIN MOHD SHAH
IAN NABIHA ATHIERA BT MOHD YAHYA
NUR HIDAYATI HUSNA BY ROYAMAN
NUR AIN BT NOR ARZUL
NURUL AZIERA SYAKILLA BT ZAKARIA
SEJARAH
2.2) NEGARA
BANGSA
2.2.1) RAJA MUTLAK DAN
RAJA
BERPERLEMBAGAAN
PEMERINTAHAN RAJA MUTLAK DI ENGLAND DAN PERANCIS PADA ABAD
KE-16 HINGGA ABAD KE-18.
PENUBUHAN NEGARA BANGSA DI
ENGLAND DAN PERANCIS PADA ABAD KE-
15 TELAH MERINTIS JALAN KEPADA
KEMUNCULAN PEMERINTAHAN BERAJA
MUTLAK DI KEDUA-DUA NEGARA
TERSEBUT PADA ABAD KE-16 DAN 17.
SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK
BERMAKSUD SISTEM KERAJAAN DIMANA
CARA PEMERINTAHAN RAJA TIDAK
DIKAWAL OLEH PARLIMEN.
MELALUI SISTEM INI, KEHENDAK
PEMERINTAH IALAH UNDANG-UNDANG.
BERIKUTAN DENGAN PERKEMBANGAN
EKONOMI YANG PESAT, RAJA-RAJA
MENGUMPUL KEKAYAAN HASIL DARIPADA
AKTIVITI PERDAGANGAN.
PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK AMAT
KETARA DI ENGLAND DAN PERANCIS DIMANA
RAKYAT DI KEDUA-DUA NEGARA PERCAYA
RAJA MEREKA DILANTIK OLEH TUHAN UNTUK
MEMERINTAH MEREKA.
RAKYAT PULA MESTILAH MEMBANTU DAN
PATUH KEPADA PEMERINTAH TANPA SOAL.
JIKA SESEORANG RAJA MEMERINTAH SECARA
ZALIM, RAKYAT MESTI MENERIMANYA KERANA
ITU ADALAH PEMBALASAN TERHADAP DOSA-
DOSA YANG TELAH MEREKA LAKUKAN.
SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK DI
PERANCIS.
LATAR BELAKANG
PERANCIS ABAD KE-17
MENJELANG ABAD KE-17, PERANCIS MUNCUL
SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG TERKUAT DI
EROPAH MENGGANTIKAN SEPANYOL.
PERANCIS JUGA MUNCUL SEBAGAI PEMIMPIN
DALAM SENI HALUS, SENI BINA, DRAMA,
PAKAIAN,PERTUTURAN DAN BAHASA, DI
BENUA EROPAH.
PERANCIS MEMAJUKAN TEKNIK BARU DALAM
ORGANISASI KETENTERAAN, KERAJAAN DAN
KAEDAH DIPLOMATIK.
DASAR PEMERINTAHAN RAJA
LOUIS XIV
Pemerintahan raja mutlak di Perancis
muncul di dorong dengan lahirnya idea-
idea oleh pemikir-pemikir politik seperti
Jean Bodin, Hugo Grotius dan Cardinal Duc
de Richelien.
Jean Bodin mengesyorkan supaya
Perancis diperintah oleh kerajaan pusat
yang kuat supaya boleh mengawal
wilayah dengan lebih baik dan berkesan.
Hugo Crotius pula mengatakan
sesebuah negara berhak
mempertahankan negara dengan
membela hukum antarabangsa dan
sesiapa yang mencabuli hukum
antarabangsa akan dianggap
penceroboh.
Cardinal pula, berpendapat kerajaan
pusat yang kuat perlu untuk menghadapi
ancaman sekiranya pentadbiran
dijalankan oleh ramai pihak.
Pemerintahan raja mutlak di Perancis
dijalankan oleh Raja Louis XIV (1643-1715)
yang dikenali sebagai ‘Grand Monarch’ yang
memerintah selama 72 tahun.
Semasa pemerintahannya berjaya
mewujudkan keamanan dan kemakmuran di
Perancis.
Baginda mengukuhkan kedudukannya
melalui pentadbiran pusat yang kukuh
dan teratur.
Bagi memastikan dasar pemerintahannya
dapat dilaksanakan dengan baik, baginda
terlibat dalam urusan pelantikan
pegawai-pegawai kerajaan dan berjaya
mengawal mereka dengan dibantu oleh
menteri-menteri yang berwibawa.
Raja Louis XIV mendapat sokongan padu
daripada golongan bangsawan,
Huguenot(CALVINIS PERANCIS) dan
institusi-institusi kerajaan.
Perkembangan ini mengukuhkan kedudukan
Raja Louis XIV sebagai pemerintah monarki
mutlak di Perancis.
Untuk memperkukuhkan lagi pemerintahnnya,
Raja Louis XIV telah memperkenalkan
beberapa dasar seperti:
a) Dasar Dalam Negara
Louis XIV menyusun semula pentadbiran
pusat negara kepada empat majlis utama dan
juga telah melantik menteri-menteri yang
berkebolehan untuk membantunya mentadbir
seperti Colbert (Menteri Kewangan), Le Tellier
(Menteri Hal Ehwal Luar), Louvois (Menteri
Peperangan) dan Vauban (Menteri
Ketenteraan).
jeans baptiste
colbert(
Menteri
kewangan)
Louvois( menteri
peperangan)
vauban(menteri
ketenteraan)
Le Tellier
(Menteri Hal
Ehwal Luar)
Sambungan…
Louis juga menggunakan menteri yang
bertanggungjawab bagi malaksanakan dasar-
dasar diraja di pelbagai provinsi Perancis.
Penyelia ditugaskan untuk menyelia
pentadbiran, keadilan, pentadbiran dan
pentadbiran ketenteraan di peringkat daerah.
Louis XIV percaya sebagai pemerintah mutlak
bagi seluruh Eropah, beliau harus hidup
bergaya dengan itu beliau mendirikan istana
besar di Versailles dan di beberapa buah
tempat lain.
Arkitek-arkitek terkemuka digaji untuk
mereka bangunan dan pelukis-pelukis
terkemuka mengindahkannya. Raja menetap di
Versailles yang dikelilingi oleh istana yang
besar.
Golongan bangsawan bergantung hidup
kepada pencen daripada raja dan
dikehendaki tinggal dalam tempoh yang
lama untuk mendapatkan sokongan raja.
Perkhidmatan awam terdiri daripada
menteri-menteri yang berkebolehan
antaranya Jeans Baptiste Colbert sebagai
menteri kewangan. Zaman Louis XIV juga
zaman keemasan bagi kesusasteraan
Perancis. Antara tokoh seni yang terkenal
ialah Racine dan Moliere.
Tokoh seni
racinemoliere
b)Dasar Ekonomi
Baginda melaksanakan dasar ekonomi
merkantilisme untuk memastikan negaranya
muncul sebagai negara yang makmur .
Melalui dasar Colbert, wujud perkembangan
industri baru, memansuhkan tarif tempatan,
mengurangkan kadar bunga ke atas hutang
kerajaan, mengawal upah dan harga
kebanyakan barangan.
Dasar ekonomi Colbert telah meningkatkan
pendapatan kerajaan namun perbelanjaan
untuk peperangan tempatan semakin
bertambah.
EKONOMI MERKANTILISME Merkantilisme adalah satu teori ekonomi yang
sudah lupus yang mempercayai bahawa
kesejahteraan sesuatu negara hanya ditentukan
oleh jumlah modal yang tersimpan di mana jumlah
perdagangan sedunia sebagai tidak berubah. Modal
negara dapat digambarkan secara nyata dengan
jumlah kapital seperti mineral berharga, emas
mahupun komoditi-komoditi lain yang dimiliki oleh
negara. Modal ini boleh diperbesarkan jumlahnya
dengan meningkatkan eksport dan mengurangkan
import supaya nilai bersih perdagangan luar
sentiasa positif. Pemerintahan suatu negara harus
mencapai tujuan ini dengan melakukan
perlindungan terhadap ekonomi dengan mendorong
eksport dan mencegah import.
c) Dasar Ketenteraan
Melalui Louvis (Menteri Perang), Perancis
telah mengadakan reformasi dalam
ketenteraan apabila raja mempunyai kawalan
penuh ke atas ketenteraan.
Baginda juga menghapuskan dominasi
golongan bangsawan ke atas bidang
ketenteraan dan memulakan kawalan
langsung ke atas ketenteraan.
Kerajaan juga bertanggungjawab merekrut
tentera, menyediakan perumahan dan
bekalan makanan kepada golongan tersebut.
Pelantikan pegawai-pegawai tentera
dilakukan berasaskan merit. Kesannya
tentera Perancis muncul sebagai tentera yang
terkuat di Eropah ketika itu.
d)Dasar Agama
Dalam aspek agama raja bertindak untuk
memaksa golongan bukan Katolik iaitu
Huguenot (Calvinis) untuk menerima agama
Katolik. Edict of Nantes yang ditandatangani
pada tahun 1598 yang memberi kebebasan
kepada rakyat untuk menganut agama pilihan
mereka telah dibatalkan oleh raja pada 1685.
Tindakan Louis menyebabkan seramai 200
ribu penganut bukan Katolik meninggalkan
Perancis dan berhijrah ke England dan
Amerika.
e)Dasar perluasan wilayah
Semasa pemerintahan Raja Louis,
wilayah kekuasaan Perancis
merangkumi Sungai Rhine dengan
Perancis menguasai wilayah-wilayah
seperti Spanish Netherlands dan United
Province.
Pada tahun 1787, Raja Louis XIV telah
memutuskan untuk mengadakan
Perhimpunan Orang-Orang Kenamaan untuk
mengatasi masalah kewangan Perancis
dengan mengenakan cukai ke atas golongan
bangsawan, gereja dan hakim.
Raja Louis XIV telah mengadakan
persidangan parlimen buat kali pertama
pada 5 Mei 1789 dengan mengikut cara
lama yang memberi kelebihan kepada Estet
(Parlimen) Pertama dan Kedua, manakala
Estet Ketiga diminta tunggu diluar dewan.
Segala usul yang dibincangkan akan
diundi yang akan menyebelahi Estet
Pertama dan Kedua.
Estet Ketiga menuntut supaya ketiga-tiga
Estet disatukan dan pengiraan undi
berdasarkan undi individu, tetapi tidak
mendapat persetujuan oleh Raja Louis
XIV.
Pada 12 Jun 1789, Perhimpunan
Kebangsaan (Parlimen Negara) telah
diisytiharkan oleh Estet Ketiga dan ini
menandakan bermulanya Revolusi
Perancis.
Apabila pintu dewan ditutup untuk anggota
Perhimpunan Kebangsaan, mereka telah
berkumpul di gelanggang tenis dan
mengangkat sumpah bahawa mereka tidak
akan bersurai sehingga mereka mengubal
perlembagaan Perancis.
Peristiwa ini dikenali sebagai “Sumpah
Padang Tenis”.
Perhimpunan Kebangsaan (Estet Ketiga)
menuntut konsep persamaan dan keadilan
dilaksanakan dan bukannya keistimewaan
diberikan kepada rakyat berdasarkan hak
atau warisan turun temurun.
Perjuangan mereka turut mendapat
sokongan golongan miskin dan sebahagian
tentera yang dipimpin oleh Marshall de
Broglie yang dihantar oleh Raja Louis XIV.
Pada 14 Julai 1789, bangunan Bastille
telah jatuh ke tangan golongan
Perhimpunan Kebangsaan (pemberontak)
yang memberi semangat kepada
golongan revolusi di kawasan bandar dan
desa.
Peristiwa ini diperingati oleh rakyat
Perancis sehingga kini dan tarikh ini
disambut setiap tahun sebagai Hari
Kebangsaan Perancis.
oleh Marshall de Broglie
Perhimpunan Kebangsaan juga telah berjaya
menghapuskan sistem feudal, perhambaan,
golongan istimewa, monopoli golongan
bangsawan dihapuskan, cukai yang sama
untuk semua, menghapuskan buruh paksa,
menghapuskan cukai dan semua jenis hak
istimewa gereja ditarik balik.
Penghapusan masyarakat feudal dan sistem
feudal di Perancis dikenali sebagai “Hari
Ogos”.
Pada 26 Ogos 1789, parlimen telah
meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia
dan Warganegara.
Pengisytiharan ini telah mengiktiraf semua
manusia dilahirkan dan kekal bebas serta
mempunyai hak yang sama. Ini rakyat bebas
untuk bertukar-tukar fikiran selagi tidak
melanggar batas undang-undang.
Menjelang tahun 1791, Majlis Perhimpunan
Kebangsaan telah menyiapkan satu
perlembagaan ini kerajaan dibahagikan
kepada 3 iaitu badan legislatif, badan
eksekutif dan badan judisiari.
Wujudnya perlembagaan ini maka
bermulanya pemerintahan raja
berperlembagaan selama setahun kemudian
sistem pemerintahan Perancis bertukar
menjadi republik.
Selepas itu, negara Perancis mengalami
huru hara dan berlaku perpecahan dalam
kalangan pendukung revolusi iaitu golongan
jacobin dan girondin.
Akhirnya Perancis telah diperintah oleh
diktator Maximilien Robespierre dari
golongan jacobin dan zaman ini dikenali
sebagai Zaman Pemerintahan Ganas.
Mereka telah mewujudkan Mahkamah
Revolusi dan Undang-Undang Syak. Sesiapa
disyaki musuh mereka dan menyokong raja
akan dihukum tembak atau pancung.
diktator Maximilien Robespierre
Raja Louis XIV dan isterinya Marie
Antoinnette telah dihukum pancung dengan
alat gilotin.
Robespierre sendiri dihukum pancung
dengan menggunakan gilotin oleh
penyokong parlimen.
Dengan ini berakhirlah zaman pemerintahan
ganas di Perancis pada tahun 1794.
Perancis menjadi aman selepas
pemerintahannya diambil alih oleh Napoleon
Bonaparte pada penghujung tahun 1799.
Napoleon Bonaparte
Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan Di
England
Raja Henry VII -
Pengasas Dinasti
Tudor Di England
Ratu Elizabeth I
Selepas Zaman Pertengahan, telah
berlaku kemerosotan sistem feudalisme
di Eropah.
Keadaan ini telah membolehkan raja-
raja mengumpul kekayaan dan
mengukuhkan kedudukannya.
Ini telah membawa kepada penubuhan
negara bangsa iaitu sebuah negara yang
bebas daripada konsep dunia empayar
dan di bawah kedaulatan raja berkuasa
mutlak.
Negara bangsa di Eropah terbentuk
melalui dinasti, keluarga baharu,
perkahwinan diraja dan konsep empayar.
Perkembangan ini berlaku di negara
England pada abad ke-15 dan England
berada di bawah pemerintahan beraja
mutlak hampir 2 abad iaitu bermula
pada 1485 setelah berakhirnya Perang
Bunga Ros.
Sistem pemerintahan ini diasaskan oleh
Raja Henry VII dari Dinasti Tudor yang
memerintah England dan berakhir pada
tahun 1603 semasa pemerintahan Ratu
Elizabeth I.
Mengikut sistem raja berkuasa mutlak,
seseorang pemerintah (raja) berkuasa
sepenuhnya untuk menggubal dan
melaksanakan segala dasar dan
kedudukannya adalah mengatasi undang-
undang negara.
Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor,
England mempunyai kerajaan yang stabil
dan mendapat sokongan daripada rakyat.
Kerajaan ini menghormati prinsip
perbatasan kuasa pemerintah seperti
mana yang terdapat dalam Magna Carta
dan tidak membelakangkan parlimen.
Dasar-dasar pemerintahan raja
berkuasa mutlak di England seperti
keagamaan, luar negeri dan
perdagangan yang dijalankan oleh Raja
Henry VII, Raja Henry VIII dan Ratu
Elizabeth I diterima oleh rakyat.
Namun demikian semasa pemerintahan
Dinasti Stuart (1603-1688), sistem
pemerintahan beraja mutlak semakin
diperkasakan oleh Raja James I dan
Raja Charles I sebelum bertukar kepada
raja berpelembagaan.
RAJA JAMES I RAJA
CHARLES I
Perkembangan Sistem
Pemerintahan Raja
Berkuasa Mutlak
Selepas tamatnya Perang Bunga Ros,
sistem pemerintahan beraja mutlak telah
diterima oleh rakyat kerana ingin
menamatkan keadaan huru-hara yang
berlaku.
Sistem beraja mutlak yang diasaskan
oleh Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah
kerajaan yang stabil dan mendapat
sokongan rakyat.
Pemerintahan Dinasti Tudor adalah
berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu
piagam yang digubal untuk mengawal kuasa
raja.
Raja-raja Tudor tidak mementingkan prinsip
kesucian raja dalam melaksanakan
pemerintahan mereka.
Raja-raja Tudor dapat bekerjasama baik
dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen
England yang terdiri daripada House of
Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat
diraja) dan House of Common (knight, orang
kaya dan peguam).
Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di
luar bandar yang memiliki tanah dan
menjadi kaya daripada golongan
bangsawan.
Di bandar pula muncul golongan bourjois
yang semakin kaya dan menguasai ekonomi
melalui kegiatan perdagangan.
Kedua-dua kumpulan mula berani
mempertikaikan pengaruh politik golongan
aristokrat dalam House of Lords.
Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan
antara mazhab Kristian di England iaitu
antara penganut Protestan (golongan
puritan) yang tidak berpuas hati dengan
gereja Anglican (gereja kebangsaan di
England) di atas pengamalan tradisional
gereja Kristian (Katolik).
Golongan puritan ini ingin membersihkan
amalan agama di England daripada
pengaruh gereja Katolik Rom dan mahu
gereja di England bebas daripada
kawalan politik.
Golongan puritan menjadi semakin
berpengaruh dan menarik minat pelbagai
golongan masyarakat kerana dalam ajaran
mereka mengutamakan kehidupan
berdisiplin dan menolak upacara atau
istiadat agama yang tradisional.
Pemerintah Dinasti Tudor berjaya
menangani dengan baik tentangan golongan
puritan yang tidak berpuas hati dengan
golongan anglican dan ingin mewujudkan
gereja yang bebas daripada kawalan politik.
Selepas berakhir Dinasti Tudor pada
tahun 1603, maka bermula pula era
pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1702)
di England yang diasaskan oleh Raja
James I dari Scotland.
Namun dasar pemerintahan Dinasti
Stuart berbeza dengan Dinasti Tudor,
dan ini telah membawa penentangan
parlimen dan berlaku kebangkitan
golongan puritan sehingga membawa
tercetusnya perang saudara yang
dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642-
1648).
Raja James I merupakan raja yang
berpegang kuat kepada doktrin kuasa
suci raja.
Baginda menegaskan bahawa
kedudukan raja mengatasi kedudukan
undang-undang.
Oleh itu semua pihak seperti parlimen,
mahkamah, gereja, dan sebagainya
mesti berkhidmat kepada raja dan
bukannya berkongsi kuasa.
Pemerintahan Raja James 1 mendapat
tentangan daripada golongan puritan dan
ahli-ahli parlimen kerana baginda
mengamalkan dasar agama yang lebih
memihak kepada mazhab Katolik.
Golongan puritan juga telah menolak
bishop yang dilantik oleh Raja James I dan
kemarahan golongan ini memuncak
apabila baginda mengahwinkan puteranya
dengan puteri dari Perancis yang
bermazhab Katolik.
Tindakan baginda yang membelakangkan
parlimen dalam urusan pengenaan cukai
telah memburukkan lagi hubungan Raja
James I dengan golongan puritan.
Ketegangan hubungan ini telah
mendorong Raja James I membubarkan
parlimen pada tahun 1611.
Tindakan baginda telah menyebabkan
keadaan politik England kucar kacir dan
lebih memburukkan keadaan apabila
Raja Charles I yang memerintah England
pada tahun 1625 juga tidak menyukai
golongan puritan.
Baginda juga bertindak membelakangi
parlimen dalam urusan pengutipan cukai.
Mana-mana ahli parlimen yang
menentang baginda telah ditahan dan
tentera akan mengawal mereka.
Akibat tidak berpuas hati dengan
pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat
telah bersatu untuk menafikan kuasa
mutlak raja.
Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah
mengemukakan Petition of Right yang
mengutuk tindakan autokratik raja.
Akibat kecaman ini baginda telah
menangkap 9 orang ahli parlimen yang
menentang baginda secara terbuka di
parlimen.
Sehubungan itu, baginda membubarkan
parlimen dan memerintah secara mutlak
tanpa parlimen selama 11 tahun.
Raja Charles I telah mengenakan
pelbagai jenis cukai dengan bebas dan
menaikkan cukai dengan sewenang-
wenangnya telah mengancam ahli-ahli
parlimen.
Dalam aspek agama pula, Raja Charles I
memulihkan semula amalan roman
khatolik sebagai amalan dalam gereja
Anglican yang menyebabkan kebangkitan
golongan puritan.
Pada tahun 1639, Raja Charles I telah
menubuhkan semula parlimen untuk tujuan
mendapatkan peruntukkan yang
diperlukan oleh baginda tetapi ahli
parlimen enggan bekerjasama dengan
baginda.
Ini telah mendorong baginda membubar
semula parlimen yang baru ditubuhkan
dalam masa 3 minggu dan menangkap
beberapa ahli parlimen.
Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku
di Ireland yang telah menyebabkan
beberapa orang British bermazhab
Protestan dibunuh oleh penganut
Katolik.
Sekali lagi berlaku pertikaian tentang
penubuhan tentera sama ada
dikendalikan oleh raja atau parlimen.
Akhirnya peperangan telah berlaku dan
tentera gereja di bawah pimpinan Oliver
Cromwell telah berjaya mengalahkan
tentera raja pada tahun 1645 dan tahun
1648.
Raja Charles I telah dihukum bunuh dan
parlimen telah mengisytiharkan England
sebuah negara republik dengan Oliver
sebagai ketua negara yang baharu.
Pemerintahan Oliver berhadapan dengan
kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan
diggers yang dianggap mengancam
pemerintahannya.
Pada tahun 1658, Oliver meninggal dunia
dan diganti dengan anaknya iaitu Richard
Cromwell.
Walau bagaimanapun dalam masa setahun
memerintah beliau telah meletakkan
jawatannya kerana tidak mendapat
sokongan parlimen dan tentera.
OLIVER CROMWELL RICHARD CROMWELL
Perkembangan Raja Berperlembagaan di
England
MAKSUD RAJA BERPERLEMBAGAAN
Sistem kerajaan dimana raja
menjalankan pemerintahan mengikut
perlembagaan dan undang-undang.
Sistem pemerintahan raja berkuasa
mutlak telah digantikan dengan raja
berperlembagaan selepas berakhirnya
Revolusi Cemerlang yang berlaku secara
aman dan memberi impak yang besar
terhadap perubahan landskap politik
England selepas 1688.
Charles II telah ditabal sebagai raja
England selepas Richard Cromwell
meletak jawatannya dan mesti
mengamalkan sistem beraja
berperlembagaan.
RAJA CHARLES II
Sistem pemerintahan raja berperlembagaan
juga membawa kepada perkembangan
politik kepartian apabila wujud dua buah
parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang
sebahagian besarnya dikuasai oleh
golongan aristokrat, gentry dan bourjuis.
Golongan rakyat atau kelas bawahan masih
tidak diberikan ruang untuk terlibat secara
langsung dalam politik di England ketika itu.
Selepas Raja Charles II meninggal dunia
pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja
James II yang lebih cenderung untuk
memulihkan kembali doktrin kuasa suci
raja.
Oleh itu Raja James II telah disingkirkan
dan kemudiannya Marry II dan Raja William
of Orange telah ditabal sebagai raja
England yang baharu selepas berlakunya
Revolusi Cemerlang (1698) tanpa berlaku
pertumpahan darah.
RAJA JAMES II
MARRY II & RAJA WILLIAM OF
ORANGE
Parlimen meluluskan Toleration Act dan
Bill of Right pada 1699.
Raja berperlembagaan adalah sejenis
kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem
berperlembagaan yang mengiktiraf raja
sebagai ketua negara.
Toleration Act bertujuan mewujudkan
kebebasan beragama bagi penganut
Kristian yang bermazhab Protestan di
England.
Manakala Bill of Right pula
mengemukakan beberapa peruntukan
berhubung dengan bidang kuasa raja
dalam soal undang-undang dan
pencukaian serta keadilan dan hak untuk
mengecapi kebebasan.
Raja berperlembagaan di England
memerintah berdasarkan peruntukan yang
diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi
mempunyai kuasa autokratik.
Raja tidak boleh memansuhkan undang-
undang yang telah diluluskan oleh parlimen.
Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan
dalam urusan mahkamah dalam aspek
penguatkuasaan undang-undang.
Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat
apabila Act of Settlement diluluskan pada
1701 yang menetapkan hanya raja yang
bermazhab protestan sahaja yang layak
menjadi raja.
Raja juga bertanggungjawab kepada
parlimen sebagai institusi yang mewakili
rakyat dan mempunyai keutuhan dalam soal
legislatif dan eksekutif.
Sistem pemerintahan raja berperlembagaan
di England juga telah menghapuskan
pergeseran antara raja dengan parlimen
dalam soal-soal dasar pemerintahan dan
keadaan ini secara langsung telah
memperkukuhkan perpaduan dalam politik
negara tersebut.
Raja boleh menghadapi Petition of Right
yang dikemukakan oleh rakyat dan
mempertahankan kedudukannya
berdasarkan undang-undang.
Dalam menjalankan pemerintahan, raja
tertakluk kepada perlembagaan dan juga
dibatasi oleh undang-undang bagi
membenarkan sesuatu tindakan yang
diambil oleh raja.
Oleh yang demikian pada 1689 bermula
sistem pemerintahan raja
berpelembagaan di England dan kekal
sehingga hari.
SEKIAN