Nota Mikroorganisma

9
SAINS TAHUN 5 - MIKROORGANISMA Mikroorganisma ialah Hidupan 1. Micro bermaksud seni dan organism bermaksud hidupan. Microorganism bermaksud hidupan seni (kecil). 2. Mikroorganisma terdapat disekeliling kita. Contohnya, di udara, di dalam air, makanan, tanan dan di dalam badan kita. 3. Mikroorganisma adalah tersangat kecil sehingga tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kita perlu menggunakan mikroskop untuk meihat mikroorganism. 4. Mikroorganisma wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Jenis Mikroorganisma 1. Terdapat empat jenis mikroorganisma yang utama: (a) bakteria (b) virus (c) fungi (d) protozoa

description

NOTA

Transcript of Nota Mikroorganisma

Page 1: Nota Mikroorganisma

SAINS TAHUN 5 - MIKROORGANISMA

Mikroorganisma ialah Hidupan

1. Micro bermaksud seni dan organism bermaksud hidupan. Microorganism bermaksud hidupan seni (kecil).2. Mikroorganisma terdapat disekeliling kita. Contohnya, di udara, di dalam air, makanan, tanan dan di dalam badan kita.3. Mikroorganisma adalah tersangat kecil sehingga tidak dapat dilihat oleh mata kasar.Kita perlu menggunakan mikroskop untuk meihat mikroorganism.4. Mikroorganisma wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Jenis Mikroorganisma

1. Terdapat empat jenis mikroorganisma yang utama:(a) bakteria(b) virus(c) fungi(d) protozoa

Page 2: Nota Mikroorganisma

Gambar foto 1.1 Jenis-jenis mikroorganisma

2. Bakteria (a) Bakteria ialah organisma yang sangat kecil. (b) Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan Bakteria boleh dikelaskan berdasarkan bentuknya (Rajah 1.1).

(c) Bakteria terdapat di udara, di dalam air, di dalam tanah serta di permukaan yang kamu sentuh. Bakteria hidup di dalam tubuh kamu juga. (d) Bakteria membiak sangat cepat pada suhu yang sesuai dengan kehadiran air dan makanan yang mencukupi. (e) Bakteria membiak sangat aktif di tempat yang hangat, gelap, lembab dan kotor. (f) Kebanyakan bakteria tidak bebahaya dan berguna kepada kita. Namun begitu, sesetengah bakteria menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, sakit kerongkong dan sebagainya. (g) Bakteria yang menyebabkan penyakit di kenali sebagai kuman.

3.Virus (a) Virus ialah mikroorganisma yang paling kecil. Virus hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop yang paling tinggi kuasanya. (b) Virus boleh menjangkiti tumbuhan, haiwan dan bakteria. (c) Deman selesema adalah disebabkan oleh virus. Virus bertanggungjawab kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya dan membawa maut seperti AIDS.

4. Protozoa

Page 3: Nota Mikroorganisma

(a) Protozoa lebih besar daripada virus dan bakteria. (b) Protozoa ialah organisma akuatik. (c) Protozoa juga ada yang tidak berbahaya dan ada yang berbahaya. Demam malaria adalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis protozoa.

5. Fungi (a) Fungi adalah yang paling besar antara keempat-empat mikroorganisma. (b) Fungi hidup di dalam tanah, pada sampah-sarap, di atas organisma lain dan juga pada makanan kita. (c) Fungi membiak daripada spora. (d) Cendawan, kulapuk dan yis (ragi) adalah contoh-contoh fungi. (e) Sesetengah fungi, seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop. (f) Seperti bakteria, kebanyakan fungi tidak berbahaya dan berguna kepada kita. Walau bagaimanapun, ada juga fungi yang boleh menyebabkan penyakit.

6. Mikroorganisma menjalankan proses hidup seperti bernafas, membesar dan bergerak apabila dibekalkan dengan keperluan asas dan persekitaran yang sesuai.

Page 4: Nota Mikroorganisma

JENIS-JENIS MIKROORGANISMA

1)PROTOZOA2)BAKTERIA3)FUNGI4)VIRUS5)RICKETTSIAE6)ALGA

PROTOZOA

Bentuk: - bulat - spinder(seperti gasing berpusing) - spiral(pilin seperti skraw)Sifat-sifat: - fungsi makanan - perkumuhan - pergerakan - pembiakanSaiz: -10-200 micronStuktur: - mempunyai 1 atau lebih nukleus -mempunyai organel untuk menjalankan fungsi pemakanan, pernafasan, pergerakan,dan perkumuhanJenis-jenis: - plasmodium - protozoa entamoeba - trypanosoma brucci - taksoplasma - trichomanasGolongan Protozoa: - patogenik - tidak patogenikGenus Protozoa: - genus sporozaa - genus mastigophora - genus sarcodina - genus ciliophora

BAKTERIA

Sifat-sifat: - unisel yang halus dan lut sinar

Page 5: Nota Mikroorganisma

- bentuk dikekalkan oleh sel membran yang kerasSaiz: - lebih besar dari virus tetapi lebih kecil dari protozoa dan kulat - ukuran 03 - 14 micronStruktur: - kapsul (memberikan perlindungan kepada bakteria) - flagella (membantu pergerakan) - fimbriae (seperti flagella)Cara pembiakan: - secara aseksual iaitu binary fission - 15- 30 minit untuk berkembang - tidak berwarna dan lut sinar - boleh dibezakan dengan perwarna iaitu staining dan gram stainJenis-jenis: - cocci (diplococci) - bacillus (clostridium tetani) - shigella (shigella sonne) - spiral (spiralla)

KULAT

Sifat-sifat: - ada yang besar dan senang dilihat - sesuai dalam suhu 20-25 darjah celcius dan suasana seddikit asidikJenis-jenis: A) Yis - bulat, bujur telur - mempunyai nukleus yang besar - membran sel tebal - berguna untuk proses penapaian - pembiakan melalui penurasan @ budding B) Kulapuk - berfilamen seperti rambut yang bercabang (hypnae) - bahagian yang menjulur keudara bertanggungjawab keatas pembiakan - pembiakan secara sporalationPembiakan Aseksual: - antrospora

Page 6: Nota Mikroorganisma

- blastospora - klamidospora - spongiospora - konidsporaKegunaan Kulat: - aktif dalam proses pembusukkan dan penguraian pokok, binatang dan manusia - digunakan sebagai makanan perasa dan dadah - untuk membuat kajian dalam struktur genetik - mengeluarkan toksin dan racunKeadaan yang sesuai untuk pertumbuhan: - tempat yang lembab - ada udara dan oksigen - media yang asidik - tempat banyak gula - suhu yang rendahPenyakit: - dermatophype (menyebabkan tinea cicinata @ kurap badan) - monilia albican (menyebabkan dermatitis)

ALGA

- jenis unisel- menjalani proses fotosintesis- mengandungi klorofil- mempunyai kloroplas dipanggil tapak pigmen klorofil- sumber makanan yang penting seperti iodin, garamgalian, baja untuk pembekuan puding atau aiskrim- terdapat banyak di kolam, sungai kecil, tangki ikan

RICKETTSIAE

Bentuk: -berbagai bentuk

- tidak bergerak dan tidak membentuk spora

- panjang, bulat dan bujur telur

Saiz: - lebih besar dari virus dan lebih kecil dari bakteria

Page 7: Nota Mikroorganisma

- 0.2-0.5 milimicron lebar dan 0.8-2 milimicron

panjang

Jenis-jenis: A) Rickettsiae Prowazeki - demam thypus yang disebabkan oleh kutu B) Rickettsiae Rickettsi - demam berbintik gunung rocky - dibawa oleh sengkenit C) Rickettsiae Coxiella - demam Q - ada pada binatang ternakan dan merebak pada manusia melalui susu @ najis D) Rickettsiae Orientalis - iaitu demam tsutsugamushi yang dibawa oleh tungau

Pembiakan Rickettsiae: - binary fission - parasit - sesetengah dalam sel yang dijangkiti - terdapat dalam air liur dan usus

VIRUS

Saiz: - berbagai bentuk - 20 nanometer - 300 nanometer

Bentuk: A) bentuk kubus - icosahedral mempunyai banyak sisi dan puncak

Page 8: Nota Mikroorganisma

B) bentuk heliks - bentuk bujur dan merupakan suatu struktur yang berpilinStruktur: -1 zarah dinamakan virion - dilindungi lapisan yang dinamakan kapsidPembiakan: - protein kurang menyebabkan tidak dapat menjalankan proses metabolisma - mendapat makanan dari sel perumah - menghasilkan pelalianKawalan: - dapat dibunuh dengan didihan 100 darjah celcius untuk 20 minit - virus infektif hepatitis, viral hepatitis dan serum hepatitis hanya boleh dimusnahkan oleh autoclaf

by patiha 001463

Posted by Microbiology&Parasitology at 09:07