LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

18
PUSAT CITRA UNIVERSITI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Transcript of LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

Page 1: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

PUSAT CITRA UNIVERSITI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Page 2: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

LMCK 1421LMCK 1421Pemikiran Kritikal dan Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian MasalahPenyelesaian Masalah

Pensyarah/Fasilitator: Mohd Azlan AbdullahPensyarah/Fasilitator: Mohd Azlan AbdullahUniversit i Kebangsaan MalaysiaUniversit i Kebangsaan Malaysia

Page 3: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
Page 4: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

• Pemikiran kritikal – kebolehan untuk berfikir secara jelas dan rational. Seorang pemikir yang kritikal akan mempertimbangkan sesuatu idea dengan cara menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah dengan melihat kepada alasan-alasan yang dikemukakan agar dapat membantu dalam membuat keputusan.

Page 5: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
Page 6: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

• Seseorang yang berfikiran kritikal boleh:

i. memahami hubungan logikal antara idea. ii. mengenalpasti, menjana dan menilai sesuatu hujah

(argument). iii.mengesan hujah yang tidak konsisten dan kesilapan

biasa dalam proses pemikiran kritikal. iv.menyelesaikan masalah secara logik. v. mengenalpasti kerelevenan dan kepentingan suatu

idea. vi.merenung atas justifikasi yang diberi oleh diri sendiri

terhadap kepercayaan dan nilai yang dipegang.

Page 7: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

Ciri-ciri Pemikiran KritisTidak mudah untuk terus menerima atau bersetuju

terhadap sesuatu perkara; mempertimbangkan baik buruk sesuatu perkara dahulu

Berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea

Melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, tafsiran dan penilaian. Ia juga meliputi proses-proses pemikiran lain yang berkaitan untuk mencapai satu kesimpulan yang kukuh

Penghujahan adalah aspek yang diutamakan dalam pemikiran kritis; cara-cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat

Bersifat reaktif, penilaian, analisis dan logik

Page 8: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

Komponen Pemikiran Kritis

Kemahiran Menganalisis1. IdeaPengkelasanMembandingMembezaMeneliti2. HujahMenerangkan sebabMengusul periksa andaian

Kemahiran Menilai1.Menilai maklumat/fakta2.Membuat kesimpulan

Page 9: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

• Penyelesaian masalah – proses mental yang memerlukan seseorang berfikir secara kritikal dan kreatif, mencari idea-idea alternatif dan langkah-langkah tertentu untuk mengatasi halangan atau kekurangan dan mencari jalan untuk menyelesaikan dengan mengkaji dan meneliti bagaimana masalah boleh terjadi, cara menghadapi masalah, cara menyelesaikan dan seterusnya mengambil keputusan yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.

Page 10: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

Proses Menyelesaikan Masalah:

i. Menyedari masalah. ii. Mengenalpasti punca masalah. iii. Meneroka pilihan-pilihan penyelesaian. iv. Meninjau kesan akibat pelbagai pilihan

penyelesaian. v. Memilih dan memantau hasil implementasi

penyelesaian yang terpilih.

Page 11: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

Kaedah mencari Punca Masalah:

i. The 5 ‘why’s

ii.Kaedah analisis Ishikawa (Fishbone)

Page 12: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

• 5 Why's Analysis!When looking at one major cause and needs drill-down to arrive atone root cause!

Page 13: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
Page 14: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
Page 15: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

Fishbone Diagram

• Apabila melibatkan banyak sebab utama dan memerlukan penggerudian lebih dalam (drill-down) untuk sampai kepada punca-punca berkenaan berdasarkan kaitan antara Punca dan Kesan.

Page 16: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
Page 17: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

Kaedah mendapat Idea Penyelesaian masalah:

i. Logik: mengenalpasti dan memahami premis masalah; mencari sebab atau punca, menilai cara-cara penyelesaian; membuat kesimpulan.

ii. Saintifik: menjana hipotesis; mengumpul maklumat; membuat kesimpulan.

iii. Kreatif/lateral: menjana penyelesaian atau idea baru tanpa melakukan analisis punca; bersifat generatif; idea gila-gila, songsang dan tidak bergantung kepada logik.

iv. Islam: pendekatan tauhid/akidah; pendekatan hukum/syariah; pendekatan sufi/akhlak.

Page 18: LMCK1421 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah

Kepentingan Kemahiran Pemikiran Kritis & Penyelesaian

Masalah:i. Graduan perlu berkebolehan untuk berfikiran secara cepat

dan tepat untuk menangani masalah yang dihadapi supaya boleh berjaya bukan sahaja dalam kerjaya mereka, tetapi juga dalam kehidupan seharian mereka.

ii. Pemikiran kritis penting dalam masyarakat kini dimana ekonomi bergantung pada pengetahuan baru (new knowledge economy).

iii. Pemikiran kritis amat penting untuk membolehkan seseorang graduan untuk melakukan muhasabah diri.

iv. Pemikiran yang kritikal adalah asas pengetahuan sains dan masyarakat yang demokratik.