Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

17
GSB1062 KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA KESANTUNAN BERBAHASA Konsep kesantunan Takrifan kesantunan daripada tokoh-tokoh dunia Abdul Latib Abd Rahman Jabatan Pengajian melayu IPG Kampus Pulau Pinang

Transcript of Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

Page 1: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

GSB1062KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

KESANTUNAN BERBAHASA•Konsep kesantunan

•Takrifan kesantunan daripada tokoh-tokoh dunia

Abdul Latib Abd RahmanJabatan Pengajian melayuIPG Kampus Pulau Pinang

Page 2: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Konsep Kesantunan

SantunMenurut Kamus Dewan (1984), hal. 1115 santun bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopanBerbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa secara:-i. halus, ii. nilai rasa yang baik, iii.penuh kesopanan, iv.berusaha menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.

Page 3: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Konsep Kesantunan

Kesantunan Menurut Kamus Dewan (1984): perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti)Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.

Page 4: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Konsep Kesantunan

Kesantunan Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakatKesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan sehari-hari:

i. kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandung nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan sehari-hari.

Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya

Page 5: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Konsep Kesantunan

Kesantunan ii. kesantunan sangat kontekstual - berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lainMisalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenaliPenggunaan kata ganti 'aku' dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina, tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu

Page 6: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Konsep Kesantunan

Kesantunan iii. kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dan orang tua, antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dan tamu, antara lelaki dan wanita, antara murid dan guru, dan sebagainya. Misalnya, seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa Namun mungkin tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar

Page 7: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Konsep Kesantunan

Kesantunan iv. kesantunan tercermin dalam aspek kehidupan seperti:a) cara berpakaian (berbusana), b) cara bekerjac) cara bertutur d) cara makane) cara belajarf) cara berpolitik dll

Page 8: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia

I. Menurut Asmah Haji Omar (2000):a) kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.

Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu

Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat

Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain

Page 9: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia

b) Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu. Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun. Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktur seperti kesedaran akan peranan masing-nasing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.

Page 10: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu

i. kesantunan asas ii. kesantunan berkala.

i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain. Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli masyarakat bersopan santun antara satu sama lain. Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.

Page 11: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan disampaikan.Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu

Page 12: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia

II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. bahasa mesti halus beradab sopan perlakuan lemah-lembut berbudi pekerti

Page 13: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia

III. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat Biasanya mengamalkan budaya yang sama Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman

Page 14: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Konsep Kesantunan

IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis:-a) “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” b) “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.

Page 15: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Konsep Kesantunan

c) “ Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”d) “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.” e) “ Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik".

Page 16: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Konsep Kesantunan

V. Menurut Hamka:a) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. b) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. c) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

Page 17: Kuliah 3 konsep kesantunan dan_pandangan_tokoh_2

KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

Konsep Kesantunan

VI. Menurut Aristotlea) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. b) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum. VII. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat