Bentuk dan jenis kesantunan

23
Bentuk dan Jenis Kesantunan ANGELA BONG WEI CHIN & SU SZE SZE

Transcript of Bentuk dan jenis kesantunan

Page 1: Bentuk dan jenis kesantunan

Bentuk dan Jenis Kesantunan

ANGELA BONG WEI CHIN & SU SZE SZE

Page 2: Bentuk dan jenis kesantunan

Kesantunan

Verbal

Nonverbal

Lisan

Penulisan

Page 3: Bentuk dan jenis kesantunan

Kesantunan VerbalKesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.

Dalam percakapan, seseorang perlu bersikap santun, iaitu sikap yang berkait rapat dengan upaya untuk melakukan penyesuaian penggunaan kata atau ungkapan yang sesuai dengan situasi. Penyesuaian tersebut sebenarnya digunakan untuk menjaga wajah yang berfungsi sebagai kehormatan seseorang

Terdapat lima jenis komunikasi lisan atau verbal yang lazimnya melibatkan tugas guru di sekolah, iaitu perbincangan, pembentangan, ucapan, mesyuarat dan perbualan.

Page 4: Bentuk dan jenis kesantunan

Ciri-Ciri Kesantunan VerbalPenggunaan Bahasa Halus

Contoh: Terima kasih, selamat pagi, jemput dudk, minta kerjasama dsb.

Penggunaan Kata Ganti Nama Contoh: Kata ganti nama diri pertama (saya), Kata ganti nama kedua (beliau), dan kata ganti nama ketiga (mereka).

Page 5: Bentuk dan jenis kesantunan

Kata Ganti Nama Bahasa DirajaKata Kekeluargaan

Contoh: anakanda, ayahanda, bonda, kakanda, adinda.

Kata Ganti Nama Dirio Kata Ganti Nama Diri Pertama

Contoh: Beta, Patik

o Kata Ganti Nama Diri Kedua Contoh: Tuanku

o Kata Ganti Nama Diri Ketiga Contoh: Patik, Baginda, Tuanku, Duli Tuanku, Duli Yang Maha Mulia

Page 6: Bentuk dan jenis kesantunan

Kata Ganti Nama Orang KebanyakanKata Ganti Nama Diri Keluarga

Contoh: Long, Ngah, Lang, Cik, Andak, Teh, Busu.

Gelaran KeluargaContoh: Pak Long & Mak Long, Pak Ngah & Mak Ngah.

Gelaran Pergaulan BiasaContoh: Cik, Puan, Encik.

Gelaran Pergaulan FormalContoh: Tuan, Puan, Encik, Cik, Saudara, Saudari.

Page 7: Bentuk dan jenis kesantunan

Gelaran WarisanContoh: Raja, Tunku/ Ungku, Tuanku dsb.

Gelaran AnugerahContoh: Tun, Tan Sri, Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka dsb.

Gelaran Kurniaan IkhtisasContoh: Profesor, Profesor Diraja, Doktor, Cikgu, Duli Yang Maha Mulia, Yang Amat Berhormat dsb.

Gelaran KeagamaanContoh: Haji, Hajah, Labai.

Gabungan GelaranContoh: Pak Haji, Puan Hajah, dsb.

Page 8: Bentuk dan jenis kesantunan

Cara menghormati orang lain melalui percakapan(verbal)Dalam berkomunikasi seseorang bukan saja menunjukkan siapa dirinya,tetapi juga harus menghormati orang lain.

Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain.

Menghargai pendapat dan percakapan orang lain.

Tidak memperkecilkan atau merendah-rendahkan kebolehan orang lain.

Mewujudkan persefahaman.

Melatih dari supaya berkelakuan sopan.

Menjaga perasaan orang lain.

Page 9: Bentuk dan jenis kesantunan

Kesantunan NonverbalMerujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat

Konsep kesantunan berbahasa non verbal merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.

Sebagai contoh, non verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku.

Page 10: Bentuk dan jenis kesantunan

Fungsi Komunikasi Bukan VerbalMengulangi mesej verbal.

Sebagai pengganti komunikasi verbal.

Mengesahkan komunikasi verbal.

Menunjukkan maksud atau keadaan sebenar.

Sebagai pelengkap komunikasi verbal.

Kawal interaksi.

Page 11: Bentuk dan jenis kesantunan

Jenis Kesantunan Bukan VerbalPergerakkan anggota badan – dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pergerakkan kepala, tangan dan kaki.

Ekspresi wajah – contohnya air muka, pergerakkan mata, dan senyuman.

Postur badan – contohnya menundukkan badan, cara berjalan, berdiri dengan tangan di poket seluar dan duduk dengan menyilang kaki.

Page 12: Bentuk dan jenis kesantunan

Kesantunan Lisan

Page 13: Bentuk dan jenis kesantunan

Komunikasi lisan Dikenali sebagai komunikasi verbal .

Komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual .

Kebaikannya :

Mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia

Menjalinkan hubungan peribadi antara dua pihak

Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dalam aktivti seperti perbualan wawancara, ucapan, pengacara majlis, pengumunan dan arahan dalam perhimpunan,mesyuarat, protocol pertemuan dengan murid, rakan setugas, guru,guru besaratau pengetua, pekerja, ibu bapa, tetamu dan seumpamanya.

Page 14: Bentuk dan jenis kesantunan

Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan : Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila

Penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.

Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.Buruk budi bahasa kita, buruk pulanya kemungkinannya tindak balas yang kita terima.

Dari segi bahasa , aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah : Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan Suara dan intonasi yang bersopan ( intonasi merupakan lagu kalimat yang meliputi nada atau

tinggi dan rendahnya lagu kalimat, dan dinamik atau keras dan lemahnya lagu kalimat. ) Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai Penggunaan system panggilan yang betul Gaya hidup yang sesuai Isi perbincangan yang tidak sensitif

Page 15: Bentuk dan jenis kesantunan

Dari segi bahas tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :Gaya percakapan yang bersopanPandangan mata yang sesuaiGerak laku yang bertatasusilaMimik muka (ekspresi wajah ) yang positifHayunan tangan yang sesuaiImej sendiri

Pemilihan kata , ungkapan, ayat dan gaya haruslah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan.Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa haruslah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.Maksud:Linguistik – ilmu tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannyaSosialinguistik –antardisiplin ilmu yang menghubungkan antara penggunaan bahasa dengan budaya yang mempengarhinya

Page 16: Bentuk dan jenis kesantunan

Komunikasi secara lisan

Rasmi/FormalMesyuarat,syarahan,

ucapan,pidato,forum dan lain-lain

Tidak rasmi / Tidak Formal

Perbualan telefon,perbualan di kedai

kopi,perbualan di majlis kenduri dan lain-lain

Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku. Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa. Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti ‘cik’ atau ‘saudari’ , ‘encik’ dan ‘saudara’. ‘Encik’ dan ‘puan’ lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.

Page 17: Bentuk dan jenis kesantunan

Bahasa yang digunakan perlulah menepati sopan yang berkaitan dengan sistem sosial.

Sebagai contohnya, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat serta pangkat haruslah menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa.

Kata ganti diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri sendiri seseorang.

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri Bahasa Santun Bahasa Kasar

Pertama Saya , kami Aku

Kedua Anda , awak Engkau , kamu

Ketiga Dia , beliau , mereka Keparat itu

Page 18: Bentuk dan jenis kesantunan

Kesantunan Penulisan

Page 19: Bentuk dan jenis kesantunan

Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.

Kesantunan berbahasa juga dapat dilihat dalam bahan bertulis.

Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal.

Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah:a. Surat kiriman rasmib. Laporanc. Kertas kerjad. Ucapan rasmie. Pidatof. Minit mesyuarat

Page 20: Bentuk dan jenis kesantunan

Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada rakan, ahli keluarga, ibu bapa dan lain-lain.Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:

a. Penggunaan kata panggilan yang betulb. Kata sapaan yang betulc. Gaya bahasa yang betuld. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan kontekse. Isi yang tidak sensitive

Strategi Kesantunan Negatif / Formal: Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan

tindakannya. Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan dan

antara orang muda dengan orang yang lebih tua. Strategi Kesantunan Positif / Keakraban : Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar. Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.

Page 21: Bentuk dan jenis kesantunan

Protokol Panggilan Hormat

Pangkat / Gelaran Cara Mengalamatkannya

Yang di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Terutama

Raja Muda / Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia

Perdana Menteri Yang Amat Berhormat

Timbalan Perdana Menteri Yang Amat BerhormatMenteri Besar / Ketua

Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri / Timbalan Menteri Yang Berhormat

Wakil Rakyat / ADUN Yang Berhormat

Ahli Dewan Negara / Senator Yang Berhormat Senator

Page 22: Bentuk dan jenis kesantunan

Protokol Panggilan Hormat

Pangkat / Gelaran Cara Mengalamatkannya

Yang di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Terutama

Raja Muda / Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia

Perdana Menteri Yang Amat Berhormat

Timbalan Perdana Menteri Yang Amat BerhormatMenteri Besar / Ketua

Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri / Timbalan Menteri Yang Berhormat

Wakil Rakyat / ADUN Yang Berhormat

Ahli Dewan Negara / Senator Yang Berhormat Senator

Page 23: Bentuk dan jenis kesantunan

Sekian, Terima Kasih.