KRITIKAN JURNAL EKSPERIMEN

5
PERBINCANGAN Kajian ini bertujuan mencari kesan terhadap pembelajaran secara kooperatif dan secara tradisional terhadap penerapan nilai murni dalam kalangan murid di 12 sekolah disekitar Selangor. Kajian ini telah menggunakan kaedah Quasi Eksperimen. Murid telah dibahagi secara seimbang dan secara adil kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah kumpulan rawatan dan kumpulan kedua kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah diberikan pembelajaran secara kooperatif melalui dua kaedah iaitu STAD dan Jigsaw2. Manakala Kumpulan kawalan telah diterapkan pembelajaran secara Tradisonal. Namun begitu bagi setiap sekolah, Sesi Pembelajaran telah dilangsingkan dalam tempoh sama banyak dan diwaktu yang sama. Guru yang mengajar juga turut sama dan tidak ditukar-tukar. Guru juga turut diberikan borang pemerhatian untuk menilai pnerapan nilai murni berdasarkan pemerhatian dalam bilik darjah oleh guru. Pembelajaran Kooperatif Model STAD lebih mementingkan pergantungan positif antara rakan dalam kumpulan, pelajar yang lemah telah dibantu oleh pelajar yang lebih berpengetahuan ( Azwani, Zahara, Sharifah & Abdul Razaq ;2012). Elemen penting dalam kaedah STAD iaitu interaksi sosial murid berpeluang memperolehi kemahiran sosial. Sewaktu perbincangan murid yang malu berpeluang mengemukakan pendapat dan dapat mengikis sifat malu masing-masing ( Malar ; 2013). Strategi Pembelajaran Jigsaw 2 memberi penekanan kepada penglibatan murid secara aktif dalm proses P&P, meningkatkan minat murid terhadap pelajaran dan bekerjasama untuk menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna (Yusfaiza & Mohd Isha ;2012) Kajian ini juga telah dilakukan atas permasalahan bagi empat isu. Isu yang pertama sejauh manakah kaedah pembelajaran secara kooperatif memberi kesan terhadap penerapan nilai-nilai murni ; kedua, melihat perbezaan signifikan antara kaedah pebelajaran kooperatif dengan pembelajaran secara tradisional ; ketiga , minat terhadap matapelajaran sains dan kaitan kaedah pembelajaran kooperatif ; keempat, status

description

1

Transcript of KRITIKAN JURNAL EKSPERIMEN

Page 1: KRITIKAN JURNAL EKSPERIMEN

PERBINCANGAN

Kajian ini bertujuan mencari kesan terhadap pembelajaran secara kooperatif dan secara tradisional terhadap penerapan nilai murni dalam kalangan murid di 12 sekolah disekitar Selangor. Kajian ini telah menggunakan kaedah Quasi Eksperimen. Murid telah dibahagi secara seimbang dan secara adil kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama adalah kumpulan rawatan dan kumpulan kedua kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah diberikan pembelajaran secara kooperatif melalui dua kaedah iaitu STAD dan Jigsaw2. Manakala Kumpulan kawalan telah diterapkan pembelajaran secara Tradisonal. Namun begitu bagi setiap sekolah, Sesi Pembelajaran telah dilangsingkan dalam tempoh sama banyak dan diwaktu yang sama. Guru yang mengajar juga turut sama dan tidak ditukar-tukar. Guru juga turut diberikan borang pemerhatian untuk menilai pnerapan nilai murni berdasarkan pemerhatian dalam bilik darjah oleh guru.

Pembelajaran Kooperatif Model STAD lebih mementingkan pergantungan positif antara rakan dalam kumpulan, pelajar yang lemah telah dibantu oleh pelajar yang lebih berpengetahuan ( Azwani, Zahara, Sharifah & Abdul Razaq ;2012). Elemen penting dalam kaedah STAD iaitu interaksi sosial murid berpeluang memperolehi kemahiran sosial. Sewaktu perbincangan murid yang malu berpeluang mengemukakan pendapat dan dapat mengikis sifat malu masing-masing ( Malar ; 2013).

Strategi Pembelajaran Jigsaw 2 memberi penekanan kepada penglibatan murid secara aktif dalm proses P&P, meningkatkan minat murid terhadap pelajaran dan bekerjasama untuk menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna (Yusfaiza & Mohd Isha ;2012)

Kajian ini juga telah dilakukan atas permasalahan bagi empat isu. Isu yang pertama sejauh manakah kaedah pembelajaran secara kooperatif memberi kesan terhadap penerapan nilai-nilai murni ; kedua, melihat perbezaan signifikan antara kaedah pebelajaran kooperatif dengan pembelajaran secara tradisional ; ketiga , minat terhadap matapelajaran sains dan kaitan kaedah pembelajaran kooperatif ; keempat, status penerapan nilai murni melalui matapelajaran sains dikalangan murid seluruh Malaysia.

Keputusan kajian menunjukkan setiap satu isu ini dapat disignifikan dan dan berlaku perubahan hasil daripada penerapan kaedah kooperatif tersebut. Kajian ini telah membuktikan bahawa pembelajaran secara koperatif telah memberikan hasil yang baik dalam penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan murid di sekolah melalui matapelajaran Sains.. Kajian membuktikan enam daripada lapan nilai murni yang diterapkan berjaya diterapakan secara signifikan. Dua nilai yang lain iaitu kebersihan fizikal dan mental tidak mendapat penerapan yang signifikan.

Melalui dua kaedah kooperatif yang dilakukan STAD dan Jigsaw2, kaedah Jigsaw2 lebih menunjukkan hasil yang memberangsangkan dalam penerapan nilai murni dalam kalangan murid. Kumpulan rawatan adalah kumpulan yag menunjukkan hasil secara positif dan berkesan terhadap kaedah pembelajaran kooperatif. Ini berdasarkan hasil laporan praujian dan pos ujian yang menunjukkan terdapat hanya 1 sekolah sahaja yang tidak menunjukkankan nilai signifikan menggunakan kaedah Jigsaw2 berbanding 2 buah sekolah yang tidak menunjukkan nilai signifikan melalui kaedah STAD.

Walaubagaimanapun, hasil keputusan skor min ujian pra dan pos kurang menunjukkan perbezaan yang signifikan berbanding instrumen pemerhatian dan temu bual murid. Hal ini

Page 2: KRITIKAN JURNAL EKSPERIMEN

kerana kerana terdapat penurunan negative dalam kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan yang mana terdapat dalam kalangan murid yang tidak mempedulikan kepentingan menjawab soal selidik dengan jujur dan ikhlas.

Kesimpulannya, Kaedah Kooperatif telah dapat dibuktikan memberikan kesan terhadap penerapan nilai murni dalam kalangan murid. Kajian juga dapat membuktikan tidak terdapat bias terhadap jenis aliran sekolah dalam penerapan nilai murni. Selain daripada faktor penerapan kaedah kooperatif, terdapat faktor luaran yang mempengaruhi nilai murni dalam kalangan murid. Faktor peraturan/ disiplin sekolah juga mempengaruhi nilai murni dalam kalangan murid dan faktor “mood” murid yang berubah juga mempengaruhi keputusan kajian. Pengkaji juga turut memnyatakan bahawa tempoh enam kali adalah tidak mencukupi kerana ia terlalu singkat dan dalam membuat penilaian memerlukan masa yang panjang. Selain itu, isi pengajarann yang banyak juga menyebabkan guru kurang menerapkan nilai murni dalam kalangan murid. Terakhir, keperluan makmal yang tidak cukup turut mempengaruhi dalam melaksanakan kerja berkumpulan dalam membuat eksperimen. Hal ini menyebabkan nilai murni secara berkumpulan tidak dapat diterapkan.

KEKUATAN, KELEMAHAN & CADANGAN

Melalui kajian ini terdapat beberapa perkara yang boleh dilihat sebagai panduan kepada kajian yang seterusnya sebagai penambahbaikkan. Kajian ini bagus kerana telah mewujudkan dan menonjolkan kelebihan penerapan nilai murni berdasarkan kaedah pembelajaran STAD dan Jigsaw2. Namun, kedua-dua kaedah ini tidak dijleaskan secara penuh tentang pengertian, kaedah, matlamat dan kekuatan melalui kajian lepas. Kajian ini seharusnya menerangkan diperingkat pengenalan apakah yang dimaksudkan dengan kaedah STAD dan Jigsaw2 secara operational. Ini mampu membantu pembaca dan pengkaji lain untuk mendapatkan pemahaman yang menyeluruh tentang kaedah yang digunakan.

Kedua, kajian ini hanya menyatakan dapatan yang agak ringkas dan tidak menggunakan data analisis yang lebih lengkap bagi membuktikan kaedah ini berkesan. Kajian hanya menggunakan Ujian t sebagai kaedah analisis secara eksperimen. Kajian ini mungkin boleh menggunakan MANCOVA sebagai kaedah ujian secara eksperimen kerana pembolehubah bersandar yang dinilai adalah 8 nilai murni. Anlisis Pos Hoc mungkin boleh dijalankan bagi melihat kesan faktor lain yang mungkin menjadi sebab dan kesan terhadap penerapan nilai murni.

Oleh yang demikian, untuk menjadikan kajian ini boleh digeneralisasikan kepada keseluruhan murid, mungkin tempoh rawatan boleh ditambah bagi membolehkan guru menjalankan dengan lebih terancang dan menyeluruh. Hal ini bagi memberi ruang kepada guru untuk menghabiskan isi kandungan pelajaran dan menerapkan nilai secara langsung. Selain daripada itu, pemilihan sekolah mengikut bangsa dan aliran perlulah seimbang dan saksama. Mungkin pengkaji telah memilih sekolah daripada pelbagai, namun jumlah sekolah yang pelbagai aliran dan bangsa juga perlu diselaraskan.

Seterusnya, kajian ini mungkin boleh dilakukan dengan lebih lanjut terhadap pelbagai jenis matapelajaran yang lain. Bukan hanya tertumpu kepada matapelajaran sains. Ini kerana

Page 3: KRITIKAN JURNAL EKSPERIMEN

penerapan nilai murni mungkin lebih mudah diterapkan melalui satu subjek khusus yang menerangkan secara mendalam dan praktikal yang lebih terancang mengenai nilai murni tersebut. Subjek ini perlulah diwajibkan terhadap semua murid tidak mengira bangsa bagi melihat kesannya secara menyeluruh.

KESIMPULAN

Pembelajaran kooperatif adalah kaedah yang bagus dan boleh membantu murid untuk belajar dengan lebih baik. Namun, kaedah ini memerlukan praktikal yang lebih lanjut dan kemahiran yang lengkap oleh guru-guru. Kajian ini boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan sekiranya penerpannya dilaksanakan dengan lebih lama dan sistematik. Kajian ini memerlukan usaha yang lebih besar dan masa yang lebih panjang bagi menjadikannya satu kaedah yang terancang dan praktikal kepada guru dan murid. Menurut Philip,2002 (dalam Nurulhuda;2014) pembelajaran kooperatif menggalakkkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui pembentukkan kumpulan yang heterogenous dan ia sesuai bagi semua peringkat umur pelajar dan semua mata pelajaran.

REFLEKSI PEMBACA/PENGANALISIS JURNAL

Rujukan

1. Nurul Huda Ngasiman (2014). Kesan Kaedah Pembelajaran Kooperatif Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

2. Azwani Ismail, Zahara Aziz (Prof Madya Dr. Datin), Sharifah Nor Puteh (Dr), Abdul Razaq Ahmad ( Prof Madya Dato’). (2012). Kesan Model STAD Terhadap Sikap dan Kemahiran Berkomunikasi Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Malar A/P Muthiah (PhD). (2013). Kesan Kaedah STAD Terhadap Ketekalan Pengetahuan Sejarah dan Kemahiran Sosial Murid Tingkatan Dua. IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

4. Yusfaiza Yusuff & Mohd Isha Awang (2012). Aplikasi Pembelajaran Jigsaw 2 Dalam Pengajaran Penulisan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM ( Malay Language Education Jurnal- MyLej) Vol 2. Bil 2. ( Nov 2012 ).