Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
-
Upload
brian-is-a-malaysian -
Category
Documents
-
view
244 -
download
0
Transcript of Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
1/19
BANGUNAN BERSEJARAH
TAJUK KAJIAN ; BANGUNAN BERSEJARAH, BANGUNAN SULTAN ABDUL
SAMAD
SENARAI KANDUNGAN
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
2/19
TAJUK MUKA SURAT
Penghargaan 1
Objektif Kajian 2
Kaedah Kajian 3
Hasil Kajian 4
Rumusan 7
Lampiran 8
Rujukan 9
2
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
3/19
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru sejarah
saya , Puan Halizah kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan
Kerja Kursus Sejarah.Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah, Cik Ang
Siew Jin yang telah memberikan kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini.
Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan
dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada
semua rakan-rakan saya yang telah memberikan tunjuk ajar,cadangan dan bantuan kepada saya
yang anda telah kongsikan bersama.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.
3
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
4/19
OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara
kita.Bangunan yang dipilih oleh saya ialah Bangunan Sultan Abdul Samad.Kajian saya
merangkumi objektik-objektif berikut:
a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang
sahih.Ini akan dapat membatu saya membuat satu kajian yang berilmiah dengan tatacara
yang betul,jelas dan tepat
b) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku
di sebalik bangunan bersejarah tersebut
c) Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan
generasi muda melalui kajian ini.
4
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
5/19
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mejalankan kajian tersebut.Berikut adalah
kaedah-kaedah yang saya gunakanuntuk membuat kajian ini :
1. Melalui teknologi dan maklumat (ICT)
Banyak maklumat yang saya perolehi daripada kaedah tersebut.Salah satu laman
web yang saya layari ialah Wikipedia.Wikipedia ialah enskilopedia di dalam
internet.Kita boleh mendapat banyak maklumat dan fakta-fakta melaluinya dalam
pelbagai bahasa.Selain itu,saya juga melayari bebarapa laman web lain yang
berkaitan.
2. Penyelidikan
Saya dan rakan-rakan telah membuat penyelidikan melalui sumber buku di
perpustakaan dan internet untuk mendapatkan maklumat latar belakang bangunan-
bangunan bersejarah di Malaysia , kemudian barulah kami memilih salah satu
daripadanya.
3. Analisis dokumen
Bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan lengkap tentang aspek-aspek
bangunan yang harus dikaji , kami telah menganalisis sumber yang kami kumpul.
4. Temubual
Kami turut menemubual beberapa orang individu yang pernah melawat ke tapak
bangunan dan dalam bangunan untuk mendapatkan gambaran jelas tentang
5
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
6/19
HASIL KAJIAN
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan diantara bangunan lama yang terdapat
di bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi keaslian
rekabentuknya. Bangunan Sultan Abdul Samad ini dibina pada tahun 1893. Walau bagaimana pun
perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H.
Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap sepenuhnya
untuk digunakan pada tahun 1897. Bangunan Sultan Abdul Samad ini mengambil sempena nama
Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan ini
merupakan suatu mercu tanda di Kuala Lumpur yang gah pada ketika itu.
6
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
7/19
Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan
Sungai Gombak begitu terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu ditengah-tengah
pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan
dibahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah
Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak
berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang
kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul
Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen-
General dan Pejabat Besar Pos. Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini
juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah
Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.
7
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
8/19
Rekabentuk pelan bangunan ini dibuat oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman
(yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga
berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Senibina Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik
dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat
setinggi 57 kaki berbentuk ladam di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi
empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai
tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup
yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.
8
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
9/19
Senibinanya yang berbentuk saracenic merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul
yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasi bangunan
ini. Diperingkat awalnya ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat berwarna hitam,
namun kini ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut dengan tembaga. Kos
pembinaannya sebanyak RM 152,000 dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada
ketika ianya didirikan.
Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam
tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan Australia
telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah
pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa
menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya,
Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.
9
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
10/19
Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889, setelah W. E.
Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Pada masa itu, Kuala Lumpur
hanya dihuni oleh bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan kerajaan yang tidak
berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagai State Engineerdan
dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.
Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang
berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang
bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk
tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan
reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman. Bangunan dua tingkat ini mempunyai
ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 40 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200
meter persegi.
10
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
11/19
Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan
arked serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat
daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut
tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan
tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri
tradisional kubah dan kios.
Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan
jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat
hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di
sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah
melambangkan keagungan bangunan ini.
11
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
12/19
RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh
masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajaran dan
nilai yang telah saya pelajari.
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi
bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang
terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk
Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur
dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-
acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara
rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna.Nilai
kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat
tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.
12
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
13/19
LAMPIRAN
(Gambar Bangunan Sultan Abdul Samad)
13
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
14/19
Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad
(Pelan Tingkat Bawah) (Pelan Tingkat Satu)
(Pelan Tingkat Dua) (Pelan Tingkat Mezanin)
14
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
15/19
(Pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad)
15
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
16/19
( Sambutan di Bangunan Sultan Abdul Samad)
16
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
17/19
RUJUKAN
1. Menemu bual dengan guru yang berkaitan
Puan Halizah
2. internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad
http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM
http://www.virtualmalaysia.com/destination
http://wiki.answers.com/Q/Sejarah_terperinci_bangunan_sultan_abdul_samad
3. buku ilmiah
Iman Suffiya,2006,Seni Bina dan Seni Lukis,Kuala Lumpur: Penerbit Era Didik.
Mohd. Zahari Ishak,2006,Di Sebalik Simbol Kenegaraan,Melaka: Associated Educational
Distrbuters(M)Sdn.Bhd.
4. ensiklopedia-
Karya Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka,Ensiklopedia Dunia,Malaysia,Dawrna
Sdn.Bhd.
5. majalah-
Kamalsyah,1990,Shah Alam Bersih dan Indah,Selangor,Majlis Penbandaran Shah
Alam,Selangor
6. surat khabar
Berita Harian,Ahad,4 Mei 2008,Halaman 7
Berita Harian,Selasa,20 Januari 2009,Halaman 28
17
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samadhttp://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBMhttp://www.virtualmalaysia.com/destinationhttp://wiki.answers.com/Q/Sejarah_terperinci_bangunan_sultan_abdul_samadhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samadhttp://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBMhttp://www.virtualmalaysia.com/destinationhttp://wiki.answers.com/Q/Sejarah_terperinci_bangunan_sultan_abdul_samad -
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
18/19
ESEI
Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak
tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan,
pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan
semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula membawa kepada maksud memulihara dan
mengekalkan dalam bentuk yang sedia ada.
Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui
kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan
mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan
dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada
generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan
bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui
prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah
bangsa.
Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai
semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita
bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat
bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota
18
-
8/14/2019 Kerja Khusus Sejarah Complete Beb!
19/19
masyarakat.
Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga,
masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti
ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai berterusan akan
melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.
Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan
gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan
pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam
proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap
tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini
akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.
19