Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

download Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

of 14

Transcript of Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

  • 7/29/2019 Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

    1/14

    Jumal Syariah, 10:2 [2002J 109-122

    Kepimpinan Wanita Dalam PolitikDari Perspektif Siyiisah Syar'iyyah

    Sharifah Hayaati Syed Ismail

    AbstractThis article tries to elaborate the position of women leaders in Islamaccording to various opinions given by the fuqaha '. Besides, the writeralso gives suggestions on which opinion is preferable and recommendableaccording to the situation in Malaysia vis-a-vis the political and administrative system as well as the capability ofMuslim women in the country.

    PendahuluanPenglibatan wanita dalam bidang politik, sarna ada secara langsung atau tidaklangsung, bukanlah suatu fenornena baru. Ia telah diterirna urnurn berabad-abadlamanya di dunia. Dalam sejarah Islam sendiri, wanita telah rnelibatkan diri dalamarena ini sebelurn Nabi Muhammad s. 'a.w diutus sebagai Nabi dan Rasul yangterakhir. Keagungan Ratu Balqis yang rnernerintah Kerajaan Saba' sudah cukuprnernbuktikan keupayaaan wanita dalam berpolitik pacta ketika itu, atau paling tidakrnernbuktikan bahawa wanita berperanan rnencorakkan politik sesebuah negara.

    109

  • 7/29/2019 Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

    2/14

    Jumal Syariah, 10:2 {2002] 109-122Keadaan ini seeara tidak langsung tergambar di dalam Surah al-Naml: 23 yangbennaksud;

    "Sesungguhnya aku (Nabi Sulaiman 'a.s) menjumpai seorang wanita(Ratu Balqis) yang memerintah mereka, dan dia dianugerahkan segalasesuatu sena mempunyai singgahsana yang besar. "Walaupun ahli tafsir kebanyakannya bersetuju mengatakan ayat di atas bukan

    bertujuan untuk menggambarkan kedudukan pemerintahan Ratu Balqis tetapi lebihkepada menunjukkan gambaran keadaan masyarakatnya yang menyembah matahari.Ia walaubagaimanapun telah dengan jelas menunjukkan posisi wanita yang padasuatu ketika yang lampau telahpun memainkan peranan dalam politik iaitumemerintah atau mentadbir negara.

    Di zaman Rasulullah s. a.w sendiri, walaupun wanita tidak memimpin namunmerekalah golongan pertama yang member:ikan ketaatan atau bay'ah denganmembenarkan kenabian Muhammad s. 'a.w, iaitulah isterinya Saidatina Khadijahbinti KhuwaiJid. Persoalan ini bukan perkara keeil tetapi sangat besar kepadaperkembangan dakwah Rasulullah dan kepimpinan beliau. Bay 'ah di sini lebihbesar maknanya dari istilah legitimasi dalam ilmu sains politik moden kerana iabererti ketaatan kepada aqidah Islam selain kepada kepimpinan itu . Dari legitimasiyang pertama diberi oleh wanita mampu menarik bay'ah selanjutnya dari golonganini iaitu bay 'ah al-nisii'.

    Hal inilah yang berlaku dalam sistem politik moden bari ini, iaitu bukansekadar meraih undi dari golongan wanita, bahkan ada usaha untuk menambahkerusi penealonan kerana memandangkan jumlah dan keupayaan mereka yang kianmeningkat.

    Selain daripada itu, wanita juga tidak asing dalam pembuatan keputusan olehRasulullah s. a.w kerana mereka turut sama memberikan pandangan. Antaranyayang berkaitan dengan kedudukan mereka dalam peperangan. Antaranya pandanganUmmu Salamah dalam peperangan Hudaybiyyah. Keputusan Baginda Rasulullahs.a.w membenarkan kaum wanita membantu kaum lelaki dalam peperanganwalaupun dilihat sebagai bekerja di 'balik tabir' , namun eukup menjadi buktipengiktirafan terhadap peranan mereka dalam politik. Walaupun perjuanganRasulullah tidak menyerupai politik dalam konteks hari ini apabila ia benar-benardiusahakan kerana Allah SWT, tetapi aspek keselamatan agama, bangsa dantanahair adalah aspek utama dalam politik hari ini.

    Motivasi yang tinggi selain aspek penjagaan yang dilaksanakan oleh wanitadalam peperangan antaranya UJ:lud dan Ijunayn terbukti melieinkan urusan dakwahdan menyelamatkan kedudukan masyarakat Islam dari terus ditindas dan dihina oleh

    110

  • 7/29/2019 Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

    3/14

    Kepimpinan Wanita Dalam Palitik Dari Perspektij Siyasah Syar'iyyahkaum musyrikin . Ini adalah aspek penting pada ketika itu dan di sinilahkemaslahatan yang barangkali dilihat oleh Baginda Rasulullah s. 'a.w apabilamenerima pandangan dan sumbangan wanita walaupun mereka mempunyaikornitmen dalam rumahtangga.

    Begitu juga peranan wanita dalam penentuan keputusan atau hukum di zamansaidina 'Umar bin a l - K h a ~ t . a b seperti dalam aspek penentuan kadar mahar dantempoh lama wanita boleh bersabar apabila ditinggalkan sUarni. 1 Walaupun keduadua isu tersebut adalah isu wanita, namun tindakan seorang khalifah yang terkenaldengan ketegasannya tetapi mahu mengambilkira pandangan wanita, jelasmenunjukkan bahawa pandangan mereka sangat penting dalam penentuan sesuatudasar sosial yang tidak bercanggah dengan hukum Islam.

    Contoh lain yang lebih dekat dengan urusan pemerintahan ~ a l a h penglibatanZubaydah binti Ja'far iaitu isteri kepada khalifah HfuUn al-Rasyid (786M-809M)yang telah mengarahkan sekumpulan ahli masyarakat untuk menggali parit atau taliair dari Mesopotamia ke Mekah yang dinamakan sebagai 'ayn Zubaydah.

  • 7/29/2019 Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

    4/14

    Jumal Syariah. 10:2 [2002J 109-122kontemporari untuk diambil dan disesuaikan dengan keperluan hidup berpolitik hariini supaya masyarakat Islam tidak terus berada dalam kekeliruan. Apatah lagiapabila ada hasil kajian4 yang diselia oleh penulis yang menunjukkan bahawa masihramai di kalangan wanita Islam khususnya luar bandar yang tidak mengetahuikedudukan ini atau mempunyai tanggapan yang salah tentang kedudukan wanitadalam politik menurut Islam.

    Oleh itu, penjelasan kepada dua perkara tadi bukan sekadar dapat memberikankefahaman atau memperbaiki salah tanggapan sesetengah golongan wanita tetapimampu meningkatkan fungsi wanita dalam politik. Untuk tujuan tersebut, kupasanini tidak sekadar mengambilkira aspek hukum tetapi juga siyasah iaitu bagaimanakesesuaian sesuatu hukum diaplikasikan dalam budaya politik masyarakat yangsering berubah-ubah. Mengenalpasti hukum sesuatu perkara adalah asas dalamperbincangan ini. Namun, di samping itu, aspek-aspek siyiisah yang melibatkanetika pelaksanaan, budaya masyarakat di Malaysia serta kemaslahatan dankemudaratan kepada pelaksanaan sesuatu hukum yang diambil melalui ijtihadulama' juga diambilkira.

    Penglibatan Wanita Dalam Politik Menurut Perspektif Hukum Dan SiasahSebelum dibincangkan penglibatan wanita dalam politik, terlebih dahulu perludijelaskan tentang bentuk-bentuk penglibatan mereka dalam politik yang membawakepada perbezaan hukum.

    Terdapat sekurang-kurangnya dua bentuk utama penglibatan dalam polit iksama ada yang dibincangkan oleh ahli sains politik moden mahupun oleh ahli fiqh,iaitu penglibatan secara langsung dan tidak langsung (direct and indirect panicipa-tion) dalam istilah sains politik moden, atau yang dinyatakan oleh ahli fiqh dalampembahagian bidangkuasa wanita dalam urusan luarnya kepada dua bidangkuasayang dinamakan sebagai wiliiyah k h i i ~ ~ a h dan wiliiyah 'Ammah bagi wanita.Walaupun terdapat pelbagai kontradiksi definisi dan tanggapan pada kedua-duaistilah ini5 namun untuk tujuan penulisan ini penulis telah merumuskan wilayahk h a ~ ~ a h kepada bidangkuasa dan bidangkerja yang khusus atau biasa bagi wanitamelaksanakannya dan yang boleh dilaksanakan kerana sifat tug as terse but yangdekat dengan naluri kewanitaan. Manakala wila,yah 'Ammah adalah bidangkuasadan kerja yang umum sifatnya yang memerlukan kepad

  • 7/29/2019 Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

    5/14

    Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syar 'iyyahlangsung atau tidak langsung pula, penulis mengambil istilah wi/ayah 'Ammah bagimenjelaskan tentang penglibatan wanita secara langsung iaitu apabila seseorang itumelibatkan diri secara langsung dalam proses politik seperti pengundi, menjadi ahlidalam mana-mana parti, penasihat politik, memimpin parti politik, menggubal dasarnegara serta menentukan corak pemerintahan atau lain-lain tugasan yang melibatkanpembuatan keputusan di peringkat atasan.7

    Menurut Imam al-Miiwardi, wilayah 'Ammah merujuk kepada penglibatandalam politik yang memberikan seseorang itu kuasa politik tertinggi seperti khalifahatau jawatan-jawatan yang melibatkan pemerintahan masyarakat keseluruhannyaseperti memegang jawatan sebagai hakim, ketua angkatan tentera, waz{r (menteri)dan lain-lain.8 Ada pula pandangan yang mengaitkan penglibatan dalam wi/ayah'Ammah ini kepada badan legislatif, eksekutif dan judisiari9 yang merupakan jenterapenggerak utama kerajaan dalam sistem politik sesebuah negara.

    Manakala wi/ayah k h a ~ ~ a h juga akan digunakan oleh penulis bagi merujukkepada penglibatan wanita secara tidak langsung iaitu apabila wanita hanyamenceburkan diri dalam lapangan politik yang kecil seperti membantu urusanurusan politik sebagai pentadbir, terlibat dalam hal ehwal perkeranian, pengkritikpolitik, penganalisis politik, mendengar ceramah politik, dan sebagainya. IO Selainitu, ia juga merujuk kepada kuasa politik wanita yang berkait rap at dengan politikmereka seperti jawatan sebagai ketua pergerakan wanita, menteri hal ehwal wanitadan sebagainya.

    Oleh itu, kedua-dua istilah kuasa politik telah diselaraskan oleh penulis bagimemberikan gambaran yang lebih jelas kepada pembaca.

    Penglibatan Politik Wanita Dalam Wilayah 'AmmahSebagaimana yang telah disebut di awal penulisan ini, ruang lingkup kuasa bagiwi/ayah ini adalah besar dari sudut ia melibatkan jawatan-jawatan tertinggi negaradan keputusan yang dihasilkan akan melibatkan seluruh masyarakat ataupenglibatannya yang bersifat langsung dalam proses politik. Antara jawatan utamayang termasuk dalam kategori ini ialah jawatan khalifah.

    Bagi jawatan ini, para ulama' telah bersepakat mengatakan bahawa wanitatidak dibenarkan menjadi khalifah atau istilah biasa yang terpakai hari ini ialahketua negara II Ini adalah kerana tanggungjawab seorang khalifah adalah berat yangmeliputi tugas sebagai pengganti kepimpinan Rasulullah s. 'a.w dalam menegakkanagama Islam dan melaksanakan politik dan pentadbiran negara berdasarkan panduansyara'.12

    113

  • 7/29/2019 Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

    6/14

    Jumal Syariah, 10:2 [2002]109-122Dengan tanggungjawab yang berat inilah jumhur ulama' sepakat meletakkan

    syarat perlantikan ketua negara itu dari kalangan kaum lelaki. Kekuatan hujah inidisokong oleh nas-nas al-Quran iaitu sebagaimana flrmanNya;

    ~ W I Js. ylji JG:-jl"Kaum lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita. "Ibn Kathir di dalam kitabnya Ta/s{r al-Qur'iin al- 'Adm dan al-Tabart dalamJami' al-Bayan fi Ta 'w[[ al-Qur'an, kedua-duanya berpendapat b a h a ~ a perkataan'qawwam' di dalam ayat di atas menunjukkan kelebihan kaum lelaki dari

    perempuan dari sudut kepimpinan sebagaimana tanggungjawab kerasulan dankenabian yang juga dikhususkan kepada mereka.13

    Firman Allah lagi:~ ) ~ JG:-:.uJ

    , , ,

    "Bagi kaum lelaki ke alas kaum wanita itu dengan satu darjah. "A I - Q u r ~ u b i di dalam tafsirnya al-Jami' Li A ~ k i i m al-Qur'an l4 telah men

    tafsirkan perkataan 'darajah' di dalam ayat di atas sebagai kelebihan dankeistimewaan kaum lelaki dari sudut kekuatan flzikal, akal dan ketegasan yangmenjadi tunggak kekuatan dalam urusan pemerintahan.

    Selain daripada nas di atas, para ulama' juga mengeluarkan hukum_ tersebutbersandarkan kepada hadith Rasulullah s. 'a.w yang diriwayatkan oleh Abu Bakrahten tang anak perempuan Kisra iailu Buran yang menjadi Raja Parsi selepaskematian ayahandanya.15

    "Dari Abu Bakrah , beliau berkata: Sesungguhnya Allah telah memberiman/aat kepadaku dengan suatu kalimat di hari ai-Jamal selepas akuberpenat bersama ahli-ahli ai-Jamal dan aku berperang bersama mereka,tatkala telah disampaikan berita kepada Nabi s. 'a.w bahawa sesungguhnya orang Parsi telah melantik anaknya, (anak perempuan Kisra) sebagaipemimpin mereka, bersabda Rasulullah s. 'a. w: Tidak akan mencapaikemenangan (kejayaan) selama-lamanya sesuatu kaum yang melantikwan ita untuk memimpin urusan mereka. "Di dalam hadith yang lain Bagindajuga bersabda (bermaksud):16"Binasalah kaum lelaki apabila mentaati perempuan-perempuan mereka(diulang riga kali). "

    114

  • 7/29/2019 Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

    7/14

    Kepimpinan Wanila Dalam Polilik Dari Perspekti j Siyasah Syar'iyyah

    Dalarn rnentafsirkan hadith di atas Imam al-Shawkani berpendapat bahawawanita tidak dibolehkan rnenjadi ketua negara. 17

    Perlu diperjelaskan di sini bahawa walaupun wanita tidak dibenarkan rnenjawatjawatan tertinggi negara, ia bukanlah rnerupakan suatu hukurn yang bersifatrnerendah-rendahkan keupayaan rnereka. Pengecualian ini adalah suatupenghormatan Islam untuk tidak rnernbeban atau rnernberatkan rnereka. Sedangkandalarn rnasa yang sarna ia adalah arnanah Allah yang sang at besar iaitu untukrnemirnpin urnat dalam urusan dunia dan akhirat rnereka sekaligus. Sekiranya inidisedari oleh kaurn wanita sudah tentu persoalan rnenuntut hak untuk berada dihierarki yang tertinggi negara tidak tirnbul. Ini berbeza dengan masyarakat baratyang tidak rnernpunyai aspek siyasah aI-din dalam apa jua jawatan yang merekapegang.

    Namun dalam konteks di Malaysia, persoalan seperti adakah jawatan perdanamenteri itu boleh disama tarafkan hierarkinya dengan khalifah atau ketua negarasecara umurn juga penting untuk dibahaskan. Secara akaderniknya, penulisrnendapati ada dua aspek penting yang perlu diambilkira dalam rnenjawab persoalanini. Pertama, kedudukan hierarki politik. Kedua, sekiranya hierarki bagi jawatanperdana rnenteri adalah tidak sarna dengan jawatan khalifah, ia akan rnernbawahukum yang berbeza namun pelaksanaan hukurn berdasarkan siyasah syar'iyyahMalaysia perlu diambilkira.

    Melihat kepada sistern pernerintahan di Malaysia, jawatan tertinggi negaraadalah milik Yang DiPertuan Agong (YDPA) sebagai ketua utama negara (Ketuaeksekutif).

    Antara fungsi utama baginda ialah; Baginda rnerupakan ketua agama di Wilayah Persekutuan dan di negeri

    negeri yang tidak mernpunyai Raja. Baginda adalah pernerintah tertinggi angkatan tentera dan berkuasa

    rnelantik hakirn-hakirn serta beberapa jawatan penting yang lain. Perlernbagaan rnernberi kuasa kepada baginda untuk rnernelihara

    kedudukan istirnewa orang-orang Melayu serta ke atas 3 perkara iaiturnelantik Perdana Menteri, tidak mernpersetujui permintaan rnernbubarkan

    115

  • 7/29/2019 Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

    8/14

    Jumai Syariah, 10:2 {2002} 109122Parlimen dan memanggil untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

    Baginda juga berkuasa memanggil, memberhenti dan membubarkanparlimen.

    Baginda juga dikehendaki menandatangani (mempersetujui) iaitu denganmenurunkan mohor kepada setiap undang-undang yang telah diluluskanoleh kedua-dua Dewan (Dewan Negara dan Dewan Rakyat) .lS

    Melihat kepada kedudukan ini, dapatlah disimpulkan bahawa ketua tertingginegara ini adalah YDPA dan dengan itu saya berpendapat bahawa wanita tidakdiharuskan menjadi ketua negara di Malaysia kerana jawatan YDPA tidakdipertandingkan. Malah seldranya jawatan tersebut dipertandingkan sekalipun makakita perlu berpegang kepada pandangan ijma' ulama' di atas.

    Walaupun demikian, ini tidaklah pula memberi faham tanpa penilaian yangmendalam ten tang jawatan perdana menteri yang boleh disandang oleh wanita.Sungguhpun jawatan perdana menteri dianggap tidak termasuk dalam perbincanganjawatan khalifah, namun ia masih termasuk dalam kategori wilayah 'Ammah. laitujawatan kedua tertinggi yang utama dalam pembuatan keputusan negara. Namunbegitu, perbahasan kepada jawatan ini, juga banyak bergantung kepada peranan dankekuatan politik seseorang perdana menteri itu. Contohnya di Malaysia, walaupunkita telah mempunyai empat orang perdana menteri yang bersilih ganti, namunkekuatan politik masing-masing adalah berbeza. Kekuatan idiosinkratik inimemberikan gambaran tentang kedudukan jawatan tersebut dan sekaligusmenentukan persepsi masyarakat ten tang wanita sebagai perdana menteri.

    Secara hukumnya, apabila jawatan tersebut bukan setara dengan jawatankhalifah antaranya dari aspek hierarki, maka di situ terdapat ruang perselisihanpandangan di kalangan ulama'. Perbezaan itu juga dikenalpasti bukan sekadarkerana dalil-dalil yang digunakan tetapi juga kerana perbezaan zaman an taramereka, sehingga lahir istilah-istilah seperti ulama' salaf dan khalaf, ulama'tradisional dan kontemporari. Semua ini tidak menjejaskan hukum apabila sesuatumasalah itu tidak terdapat jawapan yang khusus dan qat'ie di dalam al-Quran danal-Sunnah.

    Persoalan wanita menjawat jawatan selain dari ketua tertinggi, maka adaperselisihan jawapan oleh para ulama'. Ada yang berpendapat tidak boleh dan adayang berpendapat boleh dengan syarat. Perincian ini akan diterangkan kemudian.Penulis hanya mahu merumuskan bahawa jawatan tersebut adalah kedudukan yang

  • 7/29/2019 Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

    9/14

    Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syar 'iyyahada budaya politik semasa boleh menerima wanita sebagai Perdana Menteri. Jikadilihat dalarn suasana politik tanah air, politik kita dikuasai oleh kaum lelaki.Antaranya dengan melihat jumlah wanita dalarn Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Jumlah wanita dalarn Dewan Rakyat kini ialah serarnai 20 orang, manakala dalarnDewan Negara yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri seramai 7 orang danjumlah wanita sebagai ahli Dewan Negara yang dilantik oleh YDPA adalah serarnai10 orang. 19

    Dengan jumlah itu, persoalan wanita sebagai Perdana Menteri sekarang tidakberbangkit.

    Rumusan utama di sini ialah terdapat ruang perbincangan dalam meletakanhukum wanita sebagai perdana menteri iaitu dengan melihat kedudukan hierarki,fungsi politik di bawah sistem demokrasi berperlembagaan, kredibiliti dankeupayaan, kemaslahatan dan budaya politik masyarakat. Adalah tidak tepat padapandangan penulis kita terus menyarnakan jawatan tersebut dengan jawatan khalifahtanpa mengarnbilkira aspek siasah semasa. Begitu juga tidak bijak jika kita memberipandangan tentang kedudukan ini semata-mata berasaskan emosi dan bias.

    Hukum Penglibatan Wanita Dalam Politik Selain Daripada Jawatan KhalifahJawatan-jawatan lain yang juga term as uk dalarn wilayah 'Ammah sebagaimanayang dibincangkan oleh para ularna' ialah jawatan menteri (wazlr). Dalarn hal initerdapat dua pandangan yang berbeza sarna ada wanita boleh menjadi menteri atautidak.

    Men_urut pandangan yang pertama (antaranya yang dikemukakan oleh alMawardi) wanita juga tidak dibolehkan menjadi menteri khususnya yangmelibatkan penggubalan dasar dan keputusan negara kerana sifat jawatan ini yangharnpir sarna bidangkuasanya dengan ketua negara iaitu membuat keputusan yangmelibatkan rakyat seluruhnya. Apabila seseorang ketua negara tiada, tanggungjawabmemimpin negara akan diambilalih pula oleh menteri-menteri utama di bawahnya.

    Pandangan yang kedua (antaranya dikemukakan oleh Ibn l;Iazm) berpendapatbahawa wanita boleh menjadi menteri atau jawatan lain selain khalifah kerana tiadanas atau dalil yang jelas menghalang penglibatan tersebut. Menurut beliau, hadithyang diriwayat oleh Abu Bakrah juga hanya merujuk kepada jawatan ketuanegara. 20 Pandangan ini disokong oleh keumuman ayat Allah SWT dalamfmnanNya:

    117

  • 7/29/2019 Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

    10/14

    Jumai Syariah, 10:2 [2002] 109-122

    "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagianmereka adalah menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Merekamenyuruh (mengerjakan) yang ma 'ruj dan melarang kemungkaran. "Selain daripada itu, pandangan tersebut juga berpandukan kepada hadith

    Rasulullah s.'a.w tentang kepimpinan yang melibatkan semua golongan, sama adalelaki mahupun wanita:

    "Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin adalahbertanggungjawab atas mereka yang dipimpin".Perbezaan pandangan ini bukan sekadar kerana tiadanya nas yang qat'i dan

    ~ a r i ~ Uelas) tentang kuasa wanita dalam politik tetapi juga kerana wanita tidakpemah melibatkan diri secara langsung dalam politik berjawatan sepanjang zamanRasulullah s. a.w.

    Dari penjelasan di atas , jelas m e n u n j u ~ a n bahawa wanita mempunyai hakuntuk melibatkan diri dalam politik wilayah 'Ammah sekiranya berpegang kepadapandangan yang kedua, kecuali bagi jawatan tertinggi negara iaitu khalifah yangtelah disepakati pengecualiannya oleh majoriti ulama'. Dalam suasana politik diMalaysia, penglibatan wanita Islam dalam politik telahpun berada di peringkat ini.

    Penglibatan Politik Wanita Dalam Wilayah K h i l ~ ~ a h Kuasa politik yang dimaksudkan dalam wilayah ini adalah lebih sempit dan khusustetapi penulis mengkategorikannya sebagai penglibatan tidak secara langsung iaituyang melibatkan kepimpinan dan pentadbiran wanita dalam bidangkuasa yangterhad dan tidak melibatkan keputusan tertinggi kepada seluruh masyarakat. Paraulama' rata-rata bersetuju tentang hukum penglibatan wanita dalam hal-hal yangberada dalam ruang lingkup wi/ayah ini adalah dibenarkan. Bak memegang jawatandalam ruang lingkup kuasa ini adalah berpandukan kepada ayat-ayat a l - Q u r ' ~ sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini antaranya dalam surah al-Tawbah: 71, Al' Irnran: 104 dan al-Baqarah: 30.

    Namun begitu, kebenaran ini perlu digunakan selaras dengan etika berpolitikkerana sekiranya etika ini dilanggar ia boleh mengubah kedudukan hukum asal .118

  • 7/29/2019 Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

    11/14

    Kepimpinan Wanita Dalam Politik DaTi Perspektif Siyasah Syar'iyyah

    Etika Berpolitik Bagi Wanita Menurut IslamSecara umumnya, sebagai seorang pemimpin, wanita sebagaimana juga kaum lelakiperlulah mempunyai ilmu pengetahuan serta keupayaan dan kebolehan untukmemimpin dan mentadbir di samping mempunyai nHai-nilai akhlak yang tinggiseperti amanah, adil serta menjaga batas-batas aurat dan pergaulan bagi melindungikaum wanita daripada fimah.

    Selain daripada itu, wanita juga perlu memenuhi etika khusus apabilaberurusan di luar rumah termasuklah dalam aktiviti politik. Etika tersebuttermasuklah mendapat keizinan wali atau suarni, tidak mengabaikan tanggungjawabasasi sebagai isteri dan ibu dalam unit kekeluargaan serta memastikan kualiti tugasdalam rumahtangga serta tidak menimbulkan kemudaratan sama ada kepada diriatau kumpulan yang dipimpin.

    KesimpulanKedudukan wanita dalam politik adalah suatu hak yang tidak dikecualikan dalamIslam. Peranan wanita dalarn membangunkan politik negara diakui bermula daripenganugerahan hak bagi wanita untuk menimba ilmu pengetahuan. Dengan adanyailmu, wanita dapat menyumbang kepada diri, keluarga, rnasyarakat dan negarauntuk memartabatkan agama Islam itu sendiri.

    Allah s. w.t telah mendaulatkan kehorrnatan dan harga diri wanita danmeletakan wanita setaraf dengan kaum lelaki dalarn rnenjalani kehidupan dibumiNya. Kedudukan dan tanggungjawab wanita dalam pelbagai aspek kebidupanjuga telah digambarkan melalui sejarah-sejarah I s ~ a m sHam. Antara tokoh-tokoh~ a n i t a yang dikagumi termasuklah saidatina Khadijah Binti Khuwailid , saidatina'A' ishah Binti Abu Bakr, saidatina Fatimah al-Zahnt', Asrna' Binti Abu Bakr,Zubaydah Binti la' far dan lain-lain lagi. Ketrampilan mereka dalam perniagaan,kebajikan, keilmuan, dan pandangan-pandangan yang bernas dalam pernbangunannegara adalah bukti bahawa hak mereka dalam politik secara urnurn tidak dinafikan.

    Tetapi oleh kerana tiada dalam lipatan sejarah silam wanita melibatkan dirisecara langsung dalam politik negara, maka para ularna' telah rnembahaskankedudukan wanita dalam jawatan-jawatan penting politik negara sarna adadibolehkan atau tidak. Antara perbahasan mereka ialah ke atas jawatan khalifah danwaz{r (menteri). Kedua-dua jawatan ini dikategorikan sebagai jawatan yangI1!empunyai ruang lingkup kuasa yang tinggi atau yang disebut sebagai wi/ayah'Ammah bagi wanita.

    119

  • 7/29/2019 Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

    12/14

    Jumal Syariah, 10:2 [2002J 109-122Para ulama' telah sepakat berpendapat bahawa wanita tidak dibenarkan

    menjawat jawatan sebagai khalifah atau lain-lain istilah yang seumparnanya sepertiAmi, atau Ami, al-Umani' berdasarkan kepada dalil-dalil dari al-Quran dan alSunnah dan fungsinya yang tinggi. Manakala bagi jawatan-jawatan penting yanglain seperti menteri, para ulama' telah berbeza pandangan. Sebahagiannya tidakmembenarkan sekiranya ia melibatkan bidang tugas yang hampir sarna dengankhalifah iaitu menggubal dasar dan membuat keputusan-keputusan terakhir yangmelibatkan seluruh rakyat .

    Manakala sebahagiannya pu1a membenarkan atas alasan tidak ada dalil yangjelas menunjukkan demikian. Dalarn konteks semasa di mana wanita semakin maju,berkemahiran dan berpengetahuan serta dapat membuat keputusan dengan baikadalah tidak menjadi halangan bagi mereka untuk dilantik sebagai menteri. Apatahlagi jawatan tersebut bukan bererti seseorang itu boleh menggubal dasar ataumembuat keputusan dengan fikirannya sendiri semata-mata tetapi semua urusanpolitik dan pentadbiran adalah dijalankan secara kolektif.

    Manakala jawatan-jawatan politik yang lain yang termasuk dalam wiliiyahk h a ~ ~ a h iaitu jawatan yang tidak me lib atkan seluruh rakyat atau politik secaralangsung kecuali jawatan-jawatan yang khas untuk wanita adalah dibolehkanberasaskan kepada hak politik yang diberi kepada setiap individu sarna ada lelakimahupun wanita dan atas alasan bahawa jawatan yang khusus untuk wanita wajardiberi kepada mereka kerana mereka lebih arif tentang hal-hal yang bersangkutdengan keperluan mereka.

    Perbahasan hukum oleh para u1arna' ten tang ruang lingkup kuasa yang bolehdimiliki oleh wanita dalarn berpolitik bukan bertujuan untuk mempertikaikan hak,kemarnpuan dan kebolehan wanita berpolitik tetapi adalah untuk melindungi wanitaitu sendiri dari menjalankan tanggungjawab yang tidak sepatutnya dibebankan keatas mereka. Di samping bertujuan untuk memastikan kaum wanita tidakmengabaikan tanggungjawab asasinya sebagai isteri dan ibu kepada unit politikyang lebih utama iaitu keluarganya.Dengan itu, jeJas menunjukkan bahawa tidak ada diskriminasi hak dalamberpolitik bagi kaum wanita selagi mereka mematuhi etika berpolitik yang telahditetapkan dalam Islam. Iaitu menjaga etika berpakaian, pergaulan, tidakmengabaikan tanggungjawab rumahtangga, mendapat persetujuan wali atau suarniserta tidak menimbulkan kemudaratan kepada diri , keluarga, masyarakat ataunegara.

    120

  • 7/29/2019 Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

    13/14

    Kepimpinan Wanita Dalam Palitik Dari Perspektif Siyasah Syar'iyyahNota Hujung

    - -1. Yiisuf al-Qarawi, Min Fiqh al-Dawlahfi ai-Islam, (terj.) Arsil Ibrahim, KualaLumpur: ABIM, 2002, bal. 264.

    - - -2. 'Abd al-Muta'aI M u ~ a m m a d al-Jabari, al-Mar'ahfi a l - T a ~ a w w u r al-Islami, cel. 2,Kaberab: Maktabab Wabbab, bal. 35.3. Tbe Saudi Arabian Information Resource-Home page- http://www.saudinf.com/

    main/yl548.htm4. Norainita Pakir, (2000), "Penyertaan Wanita Melayu Di Dalam Politik: Satu

    Tinjauan Di Kampung Kancbong Darat Daerah Kuala Langat" (Kertas Projek,Jabatan Siasab Syar'iyyab, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)

    5. MuJ:lammad al-I:Jasan a l - ~ u s a i n al-Sharafl, (1987), Wi/ayah al-Mar'ah i ai-Islam,Bahth Muqaranah, Universiti Cairo, hal. 87-916. 'Abd al-Muta'aI M u ~ a m m a d al-Jabari, op.cit.

    7. Ibid.8. Al-Mawardi, (tt) al-Ahkam al-Sultaniyyah, Beirut: Dar al-Fikr, hal. 15- . .9. Muhammad bin 'Ali al-Shawkani, (1961), Nayl al-Awtar Syarh al-Muntaqa al-Akhhar min AhadTth Sayyid al-Akhyar, Kaberab: Maktabab MusWli al-Halabi, jilid8, hal. 297 . ..10. R.A. Dabl, (1979), Modem Political Analysis, New Jersey: Prentice Hall Inc., hal.

    22-23.11. Namun istilab ketua negara (bukannya khalifab) boleh diperincikan berasaskan

    sistem pemerintahan sesebuab negara dan bukumnyajuga boleh diijtihadkan apabilafungsi ketua negara itu berbeza dengan fungsi kbalifab. Contohnya jawatan Presidendalam sistem politik Indonesia adalab berbeza dengan jawatan Perdana Menteri diMalaysia kerana sistem demokrasi berparlimen dan berperlembagaan yang berbeza.Di sinilab pelaksanaan secara siasah syar'iyyab mengambil tempal.

    12. 'Abd al-Qadir A:vdah, (tt), ai-Islam wa Awcta 'una al-Siyasiyyah, Mesir: Dar alMukhtilr al-Islami, hal. 92.

    13. Ibn Kathie, Tafsir al-Qur'an al- ' ~ T , ! ! , Beirut: Dar al-Ma'rifab, juz. 1, hal. 491. Lihatjuga ~ a b a r L Jami ' al-Bayanfi Ta'wil al-Qur 'an, Beirut: Dar al-Kutub al'Ilmiyyab, jld. 1, bal. 59.

    14. A l - Q u ~ u b i , al-Jami' Ii A ~ k i i m al-Qur'an , Kaberab: Dar al-Sha'b, jil. 1, hal . 168.15. Al-Bukbari, $ a ~ l ~ al-Bukharl, Beirut: Dar al-Ma'rifab, juz. 13, hal. 126, haditb no .

    4425.16. ~ m a d Ibn ~ a n b a l , (t.t) Musnad Imam A ~ m a d Ibn l!anbal, Istanbul, jld. 5, hal. 36.17. Al-Sbawkani, (tt) Nayl al-Aw!ar, Mesir: M u ~ ~ a al-Babi al-I;Ialabi wa Awladuh,

    jld. 8, hal. 297.

    121

  • 7/29/2019 Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syariah

    14/14

    Jurnai Syariah, 10:2 [2002J 109-12218. Perlembagaan Persekutuan, antaranya Perkara 39, Per 43(1), (2) (a), (5) dan Per. 43

    (6) .19. http://www.kpwk.gov.my/profile/dasar.html20. Ibn ~ a z m , (1970) a l - M u ~ a l l i i , Mesir: M a ~ b a ' a b al-Jumhiiriyyab, jld. 9, hal. 55.

    122