Kepimpinan Islam Dan Barat

download Kepimpinan Islam Dan Barat

of 22

Transcript of Kepimpinan Islam Dan Barat

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    1/25

    Kepimpinan Islam Dan Barat: Pengaruh Dan cabaran

    Cendekiawan Islam Mesir, Muhammad Abduh berkata bahawa ummah adalah sumber

    bagi pemerintah. Pemerintah wujud untuk kebajikan ummah.

    Kepimpinan pada hari ini, dalam masyarakat moden telah melalui pelbagai anjakanparadigma yang mewajarkan beberapa perubahan besar. Abad ke-21 adalah abad yang

    dinamik dan penuh cabaran, mahu ataupun tidak, sangat penting bagi mana-mana

    masyarakat dan negara untuk mempunyai seorang pemimpin yang baik dan berwibawa.

    Kepimpinan bermula dengan individu, diri sendiri. Mengawal diri dengan cara mengawal

    pancaindera supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ada daya juang yang

    tinggi. Individu yang mempunyai keupayaan menjadi pemimpin, dalam bidang apa sekali

    pun, banyak ditentukan oleh proses pembentukan diri, pengkayaan pengalaman dan

    tahap pendidikan berbanding hanya bakat.

    Pemimpin yang telah lahir dalam sejarah tamadun dunia kebanyakannya terlibat dalam

    bidang ketenteraan. Kewibawaan mereka bergantung sepenuhnya kepada keupayaan

    memimpin pasukan perang. Antara pemimpin tersebut ialah Iskandar Zulkarnain,

    Pericles dan Julius Caeser. Ukuran kehebatan seorang pemimpin ialah berapa banyak

    wilayah yang dapat ditakluk biarpun rakyatnya hidup merana dan sengsara.

    Nama-nama lain dalam kepimpinan berorientasi ketenteraan era moden ialah Adolf

    Hitler, Mussolini, Stalin, Mao Zedang dan Pol Pot. Kebanyakan pemimpin dalam kategori

    ini mengakhiri hidup mereka dengan kesengsaraan rakyat. Presiden Romania, Nicolae

    Ceausescu mati kerana kebangkitan rakyat dalam Revolusi 1989 setelah dijatuhi

    hukuman bunuh oleh tribunal tentera negara tersebut. Mynmar yang sedang bergolak di

    antara masyarakat awam dan junta tentera, juga bakal menyaksikan berlakunya

    pertumpahan darah yang lebih banyak.

    Terdapat dua jenis takrifan yang membezakan corak kepimpinan Islam dan Barat. Oleh

    kerana kepimpinan itu sendiri merupakan sesuatu yang "panas" dan penuh dengan liku-

    liku, pemimpin sentiasa dicari bagi meleraikan kepanasan tersebut dan dapat

    menyelesaikan situasi yang sukar.

    Sarjana-sarjana Barat memberi pelbagai tafsiran tentang kepimpinan. Dua definisi umum

    yang kerap dirujuk ialah kepimpinan sebagai proses mempengaruhi tindak-tanduk

    individu atau kumpulan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat bagi situasi tertentu.

    Definisi kedua ialah sebarang kegiatan yang melibatkan seseorang merujuk orang lain

    supaya bekerja dengan rela untuk mencapai matlamat kumpulan.

    Kedua-dua definisi di atas adalah tafsiran yang diberikan oleh sarjana Barat yang banyak

    dilihat dalam konteks organisasi, pertubuhan politik atau badan korporat.

    Daripada perspektif Islam, setiap individu yang mukallaf (orang yang

    dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum

    tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan Allah atas dasar orang tersebut sudah

    mencapai usia dewasa dan mempunyai akal [akil baligh] serta telah sampai seruan

    agama [syariat Islam] kepadanya) berperanan sebagai pemimpin. Keadaan ini sangat

    jelas dalam maksud hadis Rasulullah saw:

    "Ingatlah! Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu juga bertanggungjawab

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    2/25

    terhadap yang dipimpinnya. Orang yang mengetuai orang ramai adalah pemimpin dan

    bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Suami adalah pemimpin kepada ahli keluarganya

    dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Isteri adalah pemimpin kepada rumah

    tangga suaminya dan dia bertanggungjawab terhadapnya. Hamba sahaya adalah

    pemimpin kepada harta benda tuannya dan dia bertanggungjawab terhadapnya.

    Ingatlah! Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua juga bertanggungjawabterhadap yang dipimpinnya." (Hadis riwayat At-Tarmizi daripada Ibn Umar).

    Berbagai-bagai istilah diberikan kepada maksud kepimpinan ini seperti:

    Al-imamah

    Ketua kaum yang mengetuai sesuatu kaum, memimpin dan mendahului mereka.

    Al-imam

    Orang yang diikuti kata-katanya dan perbuatannya, sama ada berada di atas jalan

    kebenaran atau kesesatan.

    Al-khilafah

    Nama jawatan yang disandang oleh khalifah. Ia juga bermaksud pemimpin atau

    pemerintah tertinggi sesebuah negara.

    Al-qiyadah

    Orang yang dilantik memegang teraju kepimpinan, urusan pentadbiran awam.

    Al-ri'asah

    Keketuaan.

    Al-ri'ayah

    Pemelihara dan penjaga.

    Al-za'amah

    Penjamin.

    Walaupun banyak istilah yang digunakan bagi menggambarkan kepimpinan, di dalam

    Islam, konsep kepimpinan yang wujud adalah bersifat bersepadu iaitu menekankan

    keseimbangan antara kepentingan roh dan jasad, seimbang di antara perkembangan

    spiritual dan pembangunan material bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan

    akhirat.

    Konsep kepimpinan yang dipraktikkan oleh Islam sangat kuat dengan pengaruh nilai dan

    unsur ketuhanan. Ketika Saidina Abu Bakar r.a dipilih menjadi khalifah, beliau

    mengingatkan umat Islam ketika itu dengan ucapan yang sangat jelas di antara dominasi

    nilai dan agama iaitu: "Wahai saudaraku! Kamu telah memilih aku (sebagai pemimpin)

    walaupun aku bukan yang terbaik di kalangan kamu. Turutlah kehendak aku selagi aku

    taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Sekiranya aku ingkar akan peraturan Allah dan

    RasulNya, maka tidaklah wajib ke atas kamu mentaati aku."

    Justeru, kepimpinan dalam Islam ialah meningkatkan kualiti diri bagi melahirkan konsep

    "kepimpinan melalui teladan (qudwah hassanah)" sebagai jurudamai umat dan sumber

    ketenteraman sejagat. Rasulullah saw merupakan contoh kepada konsep ini dengan

    memberi motivasi kepada manusia tentang kemudahan dalam melaksanakan hukumagama dalam kehidupan. Ulama-ulama juga adalah pemimpin walaupun secara tidak

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    3/25

    rasmi seperti mana imam-imam mazhab.

    Sepanjang sejarah pemerintahan Islam, Philip K. Hitti di dalam buku The History of the

    Arabs, beliau berhujah: "Daripada sebuah masyarakat Islam di Madinah, lahirlah sebuah

    negara Islam kemudiannya. Golongan muhajirin dan ansar berjaya disatukan atas

    landasan agama dan ketika itu mereka dikenali sebagai ummah. Dalam sejarah Arab,inilah julung-julung kali berlakunya sebuah perpaduan yang diasaskan di atas nama

    agama dan bukan atas dasar keturunan dan kabilah. Dari Madinah, Islam terus

    berkembang dan dalam jangka masa yang singkat, Muhammad berjaya menegakkan

    satu agama yang pada banyak sudut, mengatasi kehebatan agama Kristian dan

    Judaisme."

    Michael H. Hart, dalam buku The 100, A Ranking of the Most Influential Persons in History

    memilih Nabi Muhammad saw sebagai manusia yang paling berpengaruh di dalam

    sejarah manusia sehingga kini. Hart memilih baginda saw kerana keupayaannya yang

    sangat cemerlang dalam kedua-dua bidang: agama dan sekular. Pemilihan ini tentunya

    mengejutkan ramai pembaca. Kesan pengaruh ini iaitu Islam lebih besar jikadibandingkan dengan kombinasi Nabi Isa a.s dan St. Paul dalam agama Kristian. Lebih

    lanjut lagi Hart menjelaskan bahawa Nabi Muhammad saw (tidak seperti Nabi Isa a.s)

    adalah seorang pemimpin tentera yang menjadi daya penggerak terbesar kepada

    kekuatan bangsa Arab.

    Jika diamati, kepimpinan dalam Islam adalah berdasarkan modal Tuhan yang menjadikan

    umat Islam mudah berubah. Atas nama Allah swt, dengan usaha membaiki diri,

    sembahyang malam, bertaubat, bersedekah, berkasih-sayang, wirid dan doa, kekuatan

    pemimpin mengajak masyarakat kepada perubahan adalah lebih mudah.

    Contohnya adalah jelas ketika permulaan arak diharamkan.

    Ketika turunnya ayat 90 surah Al-Maidah, umat Islam mematuhinya tanpa sebarang

    bantahan. Ada di antara mereka membawa tong-tong arak ke atas jalan utama,

    menuangkannya tanpa ada rasa penyesalan. Sebahagian lagi memecahkan tong-tong

    arak dengan rasa bangga dan yang lainnya mencuci tong-tong arak berkenaan dengan

    tanah dan air.

    Wahai orang-orang yang berjudi, bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala

    dan bertenung nasib dengan batang anak panah adalah kotor (keji) daripada perbuatan

    syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya sekiranya kamu ingin berjaya."

    Sesekali dalam merangka dan melaksana perubahan, terdapat individu atau segolongan

    umat yang diberi keistimewaan untuk menjayakan tujuan hidup manusia sebagai

    khalifah.

    "Akan sentiasa ada satu segolongan (taifah) dari umatku yang berpegang teguh ajaran

    agama dan mereka akan menentang dan menguasai musuh-musuh mereka. Tidak ada

    apa yang dapat memudaratkan mereka kecuali apa yang menimpa mereka dalam

    bentuk ujian-ujian sehinggalah akhirnya datang urusan Allah." (Imam Ahmad)

    Satu aspek yang menarik dalam kepimpinan Islam ialah ia bukannya satu warisan seperti

    mana sistem feudal, tidak pula ada hak tetapi meletakkan amanah sebagai keutamaan

    kerana nasib umat terletak di dalam tangan seorang pemimpin. Walaupun sehingga kehari ini kita perhatikan kecenderungan masyarakat untuk kembali menghayati

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    4/25

    kepimpinan Islam, sesetengah amalan yang sangat kuat Islamnya kadangkala dilakukan

    bukan kerana keyakinan sebaliknya amalan yang diterima turun-temurun.

    Keadaan ini tidak boleh diketepikan sahaja kerana konsep kepimpinan Islam ini dibawa

    sekali bersama dengan konsep Islam dalam bernegara.

    Pandangan tiga tokoh kontemporari berkaitan hal ini sangat menarik untuk kita tinjau

    bersama. Mereka berbeza pendapat mengenai "Negara Islam" iaitu pendapat pertama

    meyakini negara Islam wujud dengan adanya Piagam Madinah manakala pendapat

    kedua pula menidakkan pernah wujudnya negara Islam kerana tidak pernah disebut di

    dalam al-quran. Di samping itu Nabi Muhammad saw tidak membentuk masyarakat

    politik yang eksklusif bagi umat Islam sahaja sebaliknya baginda saw mengatur

    kerjasama dalam konteks masyarakat majmuk. Legitimasi khalifah pula datangnya dari

    ummah dan pentadbiran Islam adalah satu bentuk pemerintahan yang demokratik,

    bebas dan berasaskan syura.

    Muhammad Assad (Leopold Weis) berpendapat negara Islam ada tetapi bukannya satubentuk negara Islam yang khusus sebaliknya hukum adalah bersumberkan al-quran dan

    sunnah yang hidup, menjiwai dan konkrit. Pemerintahan Islam bukan menjadi matlamat

    tetapi sebagai alat untuk pertumbuhan umat manusia yang membela persamaan dan

    keadilan, menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran.

    Al-Maududi dalam buku Islamic Law and Constitution berpendapat kedaulatan berada di

    tangan Allah. Wajib bagi setiap peribadi, masyarakat dan bangsa mengikut pola yang

    dibentuk oleh Rasulullah saw serta tunduk kepada keputusannya tanpa keberatan.

    "Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah;

    dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai

    Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang

    memelihara mereka dari melakukan kesalahan). (Surah An-Nisa, ayat 80)

    H.A.R Gibb, seorang orientalis barat mengenengahkan idea yang sangat berbeza. Dalam

    buku The Constitutional Organization, beliau menyatakan bahawa ketua negara bagi

    umat Islam adalah Allah kerana Tuhan sebagai satu-satunya pembuat undang-undang,

    tidak ada ruang dalam teori politik Islam bagi pembuatan undang-undang atau

    kekuasaan membuat undang-undang.

    Dua idea yang pertama adalah dari orang Islam manakala idea ketiga dari bukan Islam

    yang didapati sangat sinonim dengan idea dalam Kristian. Jika kita melihat kepimpinan

    dalam Kristian, buku Faith in Leadership: How Leaders Live Out their Faith in their Work-

    and Why it Matters oleh Robert Baks dan Kimberly Powell, keimanan dan kepimpinan

    adalah bersama; keimanan di sini ialah anugerah Tuhan kepada manusia. Tuhan adalah

    segala-galanya.

    Ibnu Taimiyah menggariskan dua rukun kepimpinan untuk memilih pemimpin iaitu al-

    quwwah dan al-amanah. Al-quwwah ialah kewibawaan yang sesuai dengan keperluan

    jawatan yang disandang seperti tentera, polis atau organisasi yang bercorak birokratik.

    Manakala al-amanah ialah takutkan Allah swt kerana kepimpinan dalam Islam bukannya

    menjadi alat untuk mendapatkan kekayaan, kedudukan atau kesenangan hidup di dunia,

    sebaliknya merupakan amanah yang wajib ditunaikan.

    "Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: Wahai ayah, ambillah dia

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    5/25

    menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang

    yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.(Surah Al-Qasas, ayat 26)

    Ciri-ciri kepimpinan Islam

    Seringkali berlaku pergeseran di antara ulama dan umara (pentadbir). Kedua-duanyaberselisih pendapat menyebabkan orang awam celaru dan bingung. Kesannya ialah

    terbentuk dualisme dalam kepatuhan dan ketaatan iaitu patuh kepada ulama dan patuh

    kepada umara.

    Kepimpinan ulama berada pada tempatnya tersendiri. Ia adalah lambang kewibawaan

    dan karisma, penguasaan ilmu, pelaksanaan amal, wara' dan taqwa yang tidak selalu

    ditonjolkan.

    Kepimpinan umara pula cenderung kepada fikiran, mengikut selera dan dilihat lebih

    dinamik dan menonjol.

    Dalam keadaan ulama dan umara berbeza pandangan, umat perlu patuh kepada

    pemimpin selagi tidak berlaku maksiat dan zalim. Kesepaduan ulama dan umara akan

    membentuk sinergi kepimpinan yang dapat memacu kemajuan masyarakat sekali gus

    pembangunan negara. Sinergi yang dimaksudkan ialah dapat memberi aspirasi kepada

    masyarakat dengan melihat cakerawala pandangan yang luas tetapi tetap berpijak pada

    moral-moral Islam.

    Kesepaduan kedua-duanya akan menzahirkan hadis Nabi saw:

    "Ada dua golongan dari umatku, manakala keduanya berlaku baik, maka akan menjadi

    baiklah umat, akan tetapi keduanya berlaku jahat, akan rosak binasalah umat iaitu

    ulama dan umara."

    Setiap keadaan, terdapat pemimpin yang lahir dan membesar bersama masyarakat.

    Perkembangan persekitaran, perubahan taraf hidup dan pendedahan ke atas nilai-nilai

    kerapkali mengubah perlakuan pemimpin. Perubahan yang ketara berlaku apabila

    mereka mendapat kedudukan, bukannya amanah masyarakat yang difikirkan tetapi

    kepentingan peribadi dan golongan sendiri yang diutamakan. Kelak muncullah sifat iri

    hati, dengki dan balas dendam.

    Prinsip utama kepimpinan Islam ialah syura iaitu sistem penglibatan secara kolektif

    (jemaah) untuk mengeluarkan pendapat dan membuat keputusan serta kerangka bagi

    membentuk hubungan sosial. Seiring dengan tujuan penciptaan manusia, kekuatan yang

    mendorong ke arah tujuan ini ialah akidah yang benar dan syariat yang penuh toleransi.

    Kepentingan syura sangat tinggi kerana ia menjadi urat nadi bagi pemikiran masyarakat.

    Di sini, penglibatan masyarakat dikongsi sepenuhnya kerana pemimpin menjadi pelayan

    bagi menunaikan hak dan keperluan mereka. Di sini juga, aspirasi dan inspirasi umat

    disalurkan untuk membawa kemahuan dan cita mereka ke tahap yang lebih cemerlang.

    Persoalan-persoalan besar yang menjadi "api dalam sekam" akan terlerai dan cair satu

    per satu.

    Kuasa tidak berpusat kepada seseorang sebaliknya diagihkan. Konsep pengagihan kuasa

    ini selari dengan perkembangan agama Islam yang semakin membesar melangkauipelbagai daerah dan sempadan. Dalam keadaan semakin membesar ini pun, pentadbiran

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    6/25

    Islam mampu menjadi satu warisan tamadun yang dijulang dalam sejarah.

    Carleton S. (Carly) Fiorina, bekas CEO Hewlett-Packard Company meluahkan ketakjuban

    beliau dalam satu persidangan di Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat pada 26

    September 2001. Ucapan yang bertajuk "Technology, Business and Our Way of Life:

    What's Next?" menyelitkan ungkapan berikut:

    "Pada suatu masa dahulu, wujud tamadun terbesar di dunia. Empayarnya begitu luas,

    bersambung-sambung dari lautan ke lautan, menjangkau kawasan utara, tropika dan

    padang pasir. Di bawah kuasanya terdapat ratusan juta manusia daripada pelbagai

    agama, bangsa dan keturunan. Salah satu bahasanya menjadi bahasa universal yang

    digunakan dalam percakapan sebahagian besar manusia hari ini.

    Tentera-tenteranya dianggotai oleh manusia daripada pelbagai latar belakang dan

    penaklukannya mendatangkan keamanan dan kemewahan yang tidak ada tolok

    bandingan.

    Perniagaan yang melibatkan tamadun ini berkembang dari Amerika Latin ke negara

    China dan antara kedua-duanya. Tamadun ini hidup subur digerakkan oleh ciptaan-

    ciptaan baru. Arkitek-arkiteknya mampu membina bangunan tinggi yang melawan

    graviti. Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep algebra dan algoritma. Konsep-

    konsep ini membantu penciptaan komputer dan encryption pada hari ini. Tokoh-tokoh

    perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan bagi merawat pelbagai

    penyakit.

    Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan memberi nama kepada bintang-

    bintang dan sekali gus membuka jalan kepada penerokaan angkasa lepas. Penulis-

    penulisnya menulis ribuan cerita. Tamadun yang saya maksudkan ini sebenarnya adalah

    tamadun Islam, yang berkembang dari tahun 800-1600 masihi."

    Pengesahan dari seorang tokoh usahawan terkenal itu membuktikan betapa sistem

    pentadbiran dalam tamadun Islam berkesan bagi melahirkan ummah yang cerdas, rajin,

    bersungguh-sungguh, meluaskan horizon ilmu pengetahuan untuk memanfaatkan

    kelebihan ciptaan Tuhan, tahu sumber kekayaan bagi melaksanakan dakwah dan

    menjadikan ulama sebagai rujukan.

    Peluasan gerak kerja dakwah menjadi elemen penting bagi kepimpinan Islam. Empayar

    Islam yang semakin membesar dan diterima di negara takluknya adalah lambang akhlak

    yang dibentuk melalui proses tarbiyah pemimpin-pemimpinnya. Hubungan tentera-

    tentera ini dengan masyarakat setempat memudahkan proses Islamisasi dilaksanakan

    dengan lancar.

    Bagaimanapun kini ramai pemimpin dan ahli masyarakat yang membantah Islamisasi

    kerana percaya ia mengurangkan toleransi dan meningkatkan bilangan radikal Islam.

    Sumber rujukan kepimpinan Islam

    Selepas Rasulullah saw wafat, teraju kepimpinan umat diserahkan kepada khalifah.

    Khalifah yang sering disebut orang Islam ini sinonim dengan kalimah al-imamah iaitu

    kepimpinan umum dalam urusan-urusan agama dan dunia. Imam Al-Baidhawi berkata:

    "Al-imamah adalah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan tentang seseorangyang menggantikan Rasulullah saw dalam melaksanakan undang-undang syara' dan

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    7/25

    menjaga batasan-batasan agama yang mana seluruh umat wajib mengikutinya."

    Mereka yang dilantik menjadi khalifah bertanggungjawab menegakkan agama Allah dan

    berkuasa pula ke atasnya. Oleh itu, al-quran dan sunnah menjadi rujukan paling utama

    bagi kepimpinan Islam.

    Mereka juga bertanggungjawab mengendalikan urusan orang-orang Islam dengan

    pelbagai syarat dan peraturan, sama ada urusan agama atau akhirat. Bagi melicinkan

    pentadbiran, dasar-dasar perundangan Islam lain juga mesti diambil: ijma', qiyas,

    istihsan, masaleh mursalah, 'urf dan sadduz zara'i di samping sirah Rasulullah saw.

    Perubahan di dalam masyarakat yang sentiasa dinamik menghasilkan para cendekiawan

    yang pintar dan bijak. Mereka menghasilkan kitab, bahan rujukan yang sangat berguna

    dalam pelbagai cabang ilmu. Tentu sahaja sumber rujukan seperti ini boleh diguna pakai

    bagi meningkatkan kecekapan pemimpin Islam.

    Kepesatan pembangunan telah menambah baik kualiti hidup masyarakat. DalamUNDP

    Human Development Report 1995 memaklumkan bahawa dunia telah mengalami proses

    pembangunan dalam tempoh 30 tahun lalu. Tahun 2007 ini, pembangunannya tentulah

    lebih pesat, khususnya perkembangan kesihatan.

    Di sinilah kepimpinan Islam peka dengan ilmu-ilmu berkaitan usaha meningkatkan

    kecekapan kepimpinan seperti psikologi, sumber manusia, komunikasi, teknologi

    maklumat dan sebagainya.

    Peluasan ilmu bagi menambah sumber rujukan diluaskan lagi kepada ilmu yang

    berkaitan falsafah politik Islam, hidup Islam dan perubahan masyarakat. Ekonomi dan

    perundangan Islam yang berkaitan perkembangan semasa sentiasa menjadi sumber

    kepada kepimpinan Islam.

    Kelemahan kepimpinan Islam

    Selepas sistem khalifah, kepimpinan Islam bertukar kepada sistem feudal atau beraja.

    Ketika ini, ciri-ciri keagamaan masih utuh dan manhaj yang benar masih kekal. Tidak ada

    perubahan ketara kecuali kuatnya pengaruh kepuakan dan kuasa senjata menyebabkan

    sedikit demi sedikit ciri-ciri khalifah lenyap. Yang kekal hanyalah nama. Sistem raja yang

    bersifat mutlak mengambil tempat lalu menekan dan memaksa tanpa batasan.

    Kedudukan digunakan untuk memenuhi kepentingan peribadi.

    Hilangnya roh khalifah bererti hilangnya semangat kepuakan Arab seterusnya generasi

    mereka yang tinggal adalah yang tidak berkualiti. Tinggallah raja yang berkuasa mutlak

    dengan faham bahawa mentaati raja adalah untuk mendapat berkat.

    Kejahilan umat yang berakar umbi kepada kelekaan dalam kemakmuran mengundang

    sikap pesimis terhadap peranan kepimpinan. Pemisahan agama dan negara

    mengasingkan peranan ulama dan pentadbir. Masyarakat bertambah jahil dengan

    kemajuan negara dan konsep kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hukum feqah menjadi

    topik hangat yang diperdebatkan sehingga umat terus dihimpit kejahilan dan

    kemiskinan. Dijajah adalah satu mala petaka dan merdeka adalah rahmat.

    Hasjmy dalam buku Di Mana Letaknya Negara Islam? menyatakan punca kelemahanumat Islam kepada kepimpinan. Bangsa yang dapat membebaskan diri daripada

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    8/25

    penjajahan adalah bangsa yang mempunyai pemimpin yang berfungsi dengan

    sempurna.

    Analisis Muhammad Assad juga menyetujui bahawa kebebasan akan menentukan nasib

    bangsa sendiri: "Dalam kehidupan setiap bangsa, cepat atau lambat, pasti akan datang

    suatu masa di mana nanti kiranya bangsa itu akan mendapat kebebasan bagimenentukan nasibnya sendiri, suatu masa di mana akan ada kepastian ke arah mana

    akan dituju dan zaman depan yang bagaimana yang akan dicapai."

    Cabaran kepimpinan Islam masa depan

    Tahun-tahun 1950-an dan 60-an menyaksikan banyak negara sedang berjuang untuk

    membebaskan diri atau baru mula merasai detik merdeka. Ketika ini pejuang-pejuang

    kemerdekaan dihormati dan dijulang kerana semangat nasionalisme yang berkobar-

    kobar. Yang ramai menjadi pemimpin ini ialah di negara-negara umat Islam. Mereka

    gagal menjadi pemimpin yang cemerlang selepas mengetuai kemerdekaan negara

    masing-masing kerana corak kepimpinan sebelum dan selepas merdeka sangat berbeza.

    Fokus kepada pembangunan negara selepas merdeka ialah pembangunan ekonomi,

    menyusun keadaan sosial masyarakat dan mempastikan politik yang stabil. Corak

    kepimpinan yang diperlukan ialah mempastikan ciri-ciri sebuah negara dapat dipenuhi

    iaitu: a) mempastikan sempadan yang tetap dan diiktiraf, b) mempunyai penduduk yang

    tetap, c) kerajaan yang teratur, d) mempunyai kedaulatan iaitu berupaya untuk

    mengawal hal ehwal dalam negara dan kebebasan, e) mengadakan hubungan dengan

    negara-negara lain, dan f) mempunyai perlembagaan, agama rasmi, simbol negara dan

    sebagainya.

    Kepimpinan Islam abad baru ini berhadapan dengan cabaran globalisasi dan integrasi

    ekonomi. Persaingan negara-negara Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin dan

    Afrika untuk menguasai pasaran ekonomi dunia ditandai dengan kewujudan blok-blok

    ekonomi seperti APEC, EU, NAFTA dan ASEAN+3.

    Kekuatan yang diperlukan oleh pemimpin Islam kelak bukan lagi terletak pada kekuatan

    peribadi semata-mata tetapi gabungan kekuatan peribadi, pemikiran dan pengaruh

    dalam membuat keputusan. Kekuatan moral juga tidak boleh ditolak tepi.

    Bagaimanapun, semua elemen kekuatan tersebut tidak akan memberi sebarang erti jika

    pelaksanaan tanggungjawab didapati tidak berkesan. Justeru, pemimpin Islam harus

    bersedia dengan kepimpinan berorientasikan tindakan. Ini kerana, retorik bahasa dan

    kepetahan pidato tidak lagi mampu memberi nilaian yang baik kerana masyarakat

    semakin berpendidikan dan mereka mampu menilai bagi membezakan yang mana satu

    pemimpin berkesan dan yang mana satu tidak berkesan.

    Hala tuju kepimpinan Barat

    Cabaran yang dihadapi oleh pemimpin hari ini jauh lebih kompleks daripada sebelumnya.

    Ia berkait dengan membantu orang lain mencapai kejayaan. Kepimpinan tidak hanya

    dikaitkan dengan diri pemimpin sebaliknya orang yang dipimpin. Apabila melibatkan

    pengikut, pemimpin, sudah pasti berhadapan dengan tuntutan-tuntutan yang pelbagai,

    keupayaan jangka hayat teknologi yang singkat, peningkatan pengetahuan dan

    kemahiran yang sentiasa dikemas kini serta pelbagai perkara yang berlaku di luarjangka.

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    9/25

    Aspek yang berkait dengan kepimpinan juga bertambah. Dari keselamatan (yang

    menjadi isu sejak 911), keadilan kehakiman, pendidikan, perlindungan daripada polis,

    pengangkutan darat, laut dan udara, kebajikan, kesihatan dan perumahan serta pelbagai

    lagi perkara yang perlu ditangani.

    Seiring dengan keperluan dan kehendak negara, definisi kepimpinan di Barat, dalam

    konteks yang lebih luas, berakar umbi daripada tiga perkataan: demokrasi, sekularisme

    dan globalisasi.

    Istilah politik di Barat sangat berbeza daripada konsep politik Islam. Persepsi Barat

    melihat politik Islam sebagai "totalitarianisme" yang dikaitkan dengan pemerintahan

    kuku besi. Barat juga bangga dengan sekularisme dan demokrasi yang muncul dengan

    pengaruh yang lebih besar selepas Revolusi Perancis di mana ia menekankan

    keseimbangan sosioekonomi kepada semua warganegara, pembentukan kerajaan secara

    pemilihan perwakilan dan slogan "satu individu, satu undi." Dalam erti kata lain, undi

    majoriti sangat penting dan individu mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan.

    Peranan pemimpin dalam masyarakat demokrasi ialah sebagai enjin pembangunan

    ekonomi yang sihat, menyediakan (sedaya upaya) pendapatan untuk kerajaan, asas

    kepada kebebasan masyarakat demokratik. Bagi mengawal aturan hukum, pendokong

    demokrasi ini membentuk perlembagaan supaya kerajaan dapat ditadbir dengan lancar.

    Konsep Greek purba yang menggunakan istilah "liberty" agak jauh berbeza dengan

    demokrasi Barat kerana demokrasi lebih menekankan kebebasan tetapi kepimpinan

    Islam tetap mengekalkan keadilan dan kesaksamaan masyarakat yang menjadi

    kewajipan bagi memberi ruang kepada pembangunan dan penyerlahan potensi diri.

    Demokrasi tidak menjadikan kawalan peraturan Tuhan sebagai panduan dalam

    mentadbir kerana keupayaan manusia dianggap lebih sesuai.

    Sejarah kepimpinan Barat "menyerang" dunia Islam melalui misi ketamadunan.

    Gelombang pertama mereka ialah ketika menemui jalan ke Timur sebagai pedagang dan

    mubaligh seterusnya gelombang kedua, mereka membawa senjata dan merampas

    tanah; lambang "duta dari tamadun kelas tinggi." Kepimpinan Barat memecahkan

    dominasi sistem kepimpinan Islam dan Timur dengan meletakkan penjajahan sebagai

    tema utama. Bermula dari saat itu, umat Islam sangat menderita akibat dasar politik

    hegemoni Barat.

    Peristiwa yang paling rapat dengan kita ialah kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada

    1511. Misi kedatangan Portugis ini terletak dalam konsep 4G iaitu gospel (agama), glory

    (kemenangan), geography(lokasi) dan gold(kekayaan). Ledakan ekonomi menjadi

    penyebab kuat kenapa kepimpinan Barat sentiasa mengekang kemajuan umat Islam di

    negara-negara yang dijajah.

    Di India umpamanya, Sir W. W. Hunter menceritakan:

    "Bukannya Muslim merasa rendah diri kepada Hindu. Ia adalah peranan British yang

    menyebabkannya berlaku. Sekarang, pejabat kerajaan di Calcutta yang menjadi tempat

    seseorang Muslim untuk mendapatkan kerja sebagai pengangkat barang, pelayan buka

    pintu, pengutus surat dan tukang perbaiki pen. 170 tahun yang lalu, amat mustahil untuk

    melihat Muslim di India menjadi miskin, tetapi sekarang amat mustahil baginya menjadikaya."

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    10/25

    Dalam bidang pendidikan, dengki dan iri hati sangat menebal dalam jiwa pemimpin

    Barat. Pengenalan sistem pendidikan di negara jajahan adalah untuk mematikan budaya

    intelektual dan sosiobudaya masyarakat. Sekolah-sekolah rakyat diperkenalkan supaya

    dapat menyanggahi tradisi, membenci agama dan memecahkan keharmonian.

    Kesan ke atas masyarakat ialah melemahkan iman, agama dan budaya mereka.

    Kamal Attaturk adalah contoh kepada dasar ini. Beliau bukan sahaja seorang yang

    menyanjung tinggi Tuhan Baru (peradaban Barat) malah tidak menaruh kepercayaan

    kepada agama. Peribadi Kamal Attaturk sangat ego, cepat marah dan memberontak,

    suka kepada perempuan dan minuman keras kerana tidak ada yang dapat

    mententeramkan roh dan jiwanya.

    Kejayaan Kamal Attaturk dididik oleh sistem Barat boleh diamati dalam kata-katanya:

    "Kita harus memakai pakaian bangsa-bangsa maju yang beradab." Beliau menggantikan

    tarbus dengan topi dan mengharamkan pemakaian tudung kepala bagi wanita Turki. Diaberanggapan dengan cara ini orang Turki dapat berubah dan hidup sama seperti orang

    Barat.

    Kejatuhan khalifah Othmaniyah pada 1924 mengulangi sejarah kejatuhan kerajaan Islam

    Andalusia, Sepanyol. Kejayaan kerajaan Islam berkenaan merosot apabila perubahan

    sikap pemimpin mereka ke atas pencarian ilmu pengetahuan dan kejahilan mengenai

    pembangunan. Gerakan Al-Murabitun dan Al-Muhabidun dari Afrika Utara yang mengawal

    Andalusia menghalang pengajian semua subjek kecuali yang berkaitan dengan agama

    Islam. Pengajian falsafah Greek dan sains tidak digalakkan dan akhirnya diharamkan.

    Pada masa yang sama, Andalusia semakin lemah dan berpecah. Satu demi satu wilayah

    ini jatuh ke tangan Raja Sepanyol. Berakhirnya 800 tahun kepimpinan Islam di Sepanyol

    tidak dapat disangkal lagi disebabkan oleh pengabaian kepada ajaran-ajaran Islam.

    Bagi mengatasi rasa bersalah dan rendah diri, intelektual Islam mengisytiharkan bahawa

    kehidupan di dunia ini adalah bukan untuk umat Islam kerana syurga disediakan untuk

    mereka di akhirat kelak

    Seperti kata Carly Fiorina, tamadun Islam dulu memberi sinar kepada Barat untuk maju

    pada hari ini. Tetapi kepimpinan Islam tidak mampu mengulangi lagi kejayaan lalu

    kerana kepimpinan Barat telah menjadikan umat Islam miskin dan mundur.

    Corak berfikir pemimpin-pemimpin Barat sangat jauh kehadapan bagi mempastikan

    Barat sentiasa mendominasi dunia. Istilah "Order Baru Dunia" dan globalisasi adalah

    usaha berterusan kuasa Barat bagi menyerap cara hidup Barat ke seluruh dunia.

    Internet, pasaran bebas, hak asasi manusia dan sokongan kuat kepada pertubuhan

    bukan kerajaan (NGO) atas nama demokrasi mencipta imaginasi serong istilah moden

    dan dan progresif yang mengubah paradigma masyarakat dan dianggap menyerahkan

    adat serta budaya mereka kepada pengaruh Barat.

    Sekularisme sering dikatikan dengan era kebangkitan di Eropah. Ia memainkan peranan

    utama dalam memberi hala tuju peradaban Barat. Ia mengambil pendirian menjauhkan

    diri daripada pengaruh agama dan menjadikan kemodenan sebagai matlamat.

    Kepimpinan Barat menjadikan sekularisme sebagai pendinding kepada peluasan

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    11/25

    pengaruh agama. Setiap keputusan yang diambil adalah berdasarkan rasionalisasi yang

    didokong oleh kekuatan imu pengetahuan, kesan daripada penyelidikan dan kebebasan

    berfikir. Pemimpin-pemimpin sekular cepat melenting dan akan menghalang serta-merta

    jika mana-mana masyarakat sesebuah negara cuba melawan atau mencabar amalan ini.

    Perancis adalah contoh negara sekular yang kerap diasak dengan cabaran-cabaran ini.Isu pemakaian tudung kepala di sekolah dan penggunaan simbol agama oleh pelajar

    acapkali diiringi tindakan tegas. Dengan penduduk Islam seramai lima juta orang,

    Perancis sangat tegas mempertahankan dasar sekularisme berkenaan dan tidak

    membenarkan mana-mana pihak cuba menjejaskannya.

    Selain Perancis, negara-negara scandinavia juga mengamalkan konsep ini. Pemimpin-

    pemimpin mereka tidak kisah jika media negara menerbitkan sebarang bentuk cemuhan

    kepada mana-mana pihak atas alasan kebebasan media. Aturan hidup masyarakat

    mereka juga terlalu longgar kerana nilai yang diwarisi oleh generasi sekular tidak

    mempedulikan hak orang lain. Pemimpin-pemimpin sekular Barat sendiri, dengan

    kepercayaan penuh terhadap prinsip sekularisme, membimbing rakyat mereka ke arahmasyarakat yang memandang rendah terhadap agama. Negara-negara berkenaan juga

    didapati mempunyai keinginan yang lemah untuk menjunjung kepercayaan beragama.

    Proses sekularisasi di Barat menimbulkan krisis global kerana peningkatan terhadap

    kepercayaan beragama bertentangan dengan prinsip sekularisme yang didokong oleh

    kuasa-kuasa Barat yang berpengaruh. Prof. Syed Naquib Al-Attas juga mengungkapkan

    "... secularization is becoming a global crisis" memang ternyata telah berlaku.

    Masyarakat yang memperlekeh agama akan menunjukkan pelbagai bukti betapa

    sekularisme adalah pilihan terbaik bagi membangunkan negara.

    Dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah 2007 yang baru diumumkan, lima buah negara

    scandinavia iaitu Dernmak, Finland, Sweden, Iceland dan Norway adalah antara sepuluh

    buah negara yang paling kurang rasuah di dunia. Setelah diamati, semua negara ini

    bukanlah mementingkan sangat anutan agama masyarakat sebaliknya mengguna pakai

    apa saja cara untuk memajukan negara walaupun dengan menolak kepercayaan agama.

    Menyelidiki dengan lebih mendalam ungkapan Prof. Syed Naquib, jika diperhatikan,

    kesan sekularisme ke atas lima buah negara ini memang sangat relevan. Maklumat

    terkini dan lengkap mengenai negara-negara di dunia terdapat di Central Intelligence

    Agency (CIA), Amerika Syarikat dan lima buah negara berkenaan menunjukkan kadar

    kesuburan yang rendah dengan Sweden mencatat 1.66 , Finland (1.73), Dernmak (1.74),

    Norway (1.78) dan Iceland (1.91). Kadar kesuburan yang rendah tidak dapat

    mengimbangi jangka hayat masyarakat mereka yang rata-ratanya mempunyai umur

    yang panjang. Sweden menjadi negara utama dengan jangka hayat sehingga 80.63

    tahun, diikuti Iceland (80.43), Norway (79.67), Finland (78.66) dan Dernmak (77.96).

    Krisis ini bertambah besar apabila isu keselamatan, keselamatan sosial, kesihatan dan

    penguncupan kadar kelahiran digabungkan sekali. Sukar bagi kerajaan mereka

    menampung bayaran pencen warga tua. Jadi siapa yang harus mengisi tenaga kerja da

    menampung keperluan keselamatan sosial ini?

    Jawapannya ialah migrasi.

    Pada 1999, sekitar 16 juta pekerja asing di Eropah Barat menjana pendapatan sebanyak

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    12/25

    US$46 bilion. Kehadiran pekerja asing ini dapat mengekalkan daya saing dan memenuhi

    keperluan domestik negara-negara Eropah. Pada masa yang sama, kehadiran begitu

    ramai pekerja asing membawa pula masalah baru iaitu krisis identiti penduduk

    tempatan. Isu ini menjadi perdebatan hangat di Barat dan telah dijadikan senjata utama

    oleh parti politik sayap kanan untuk meraih undi dalam pilihan raya.

    Krisis yang menjadi telahan Prof. Syed Naquib telah pun berlaku dan akan terus

    bertambah parah kerana ramai yang menjadi pekerja dan pendatang asing ini beragama

    Islam. Mereka membawa sekali agama, adat dan budaya ke dalam masyarakat

    tempatan. Ianya mengancam kepercayaan agama masyarakat negara tersebut dan

    menjadi bahan perbincangan di media massa yang dibuat secara terbuka.

    Jim Moret, pengacara Inside Edition ketika melaporkan pengislaman Angela Collins

    menyatakan terdapat kira-kira 20,000 penganut Islam setiap tahun di Amerika Syarikat

    dan jumlah ini semakin bertambah.

    Apa yang menakutkan Barat dan kepimpinan Barat sekarang ialah proses sekularismeyang mereka pertahankan sedang diancam oleh proses Islamisasi yang bahangnya

    dirasakan oleh umat Islam di Dernmak dan negara-negara lain.

    Sekularisme bergandingan dengan atheisme untuk mencorakkan pembangunan negara-

    negara Eropah dan Barat ketika mana agama diketepikan. Pendokong sekularisme

    menjadi sombong disebabkan pengetahuan saintifik mereka yang menolak kehadiran

    Tuhan untuk menentukan sesuatu. Mereka berbangga dapat mengklon semua jenis

    kehidupan termasuk manusia, menjelajah angkasa raya dan planet, memanipulasi

    ekonomi dunia dengan sifat tamak dan mengesampingkan nilai-nilai moral.

    Institusi perkahwinan rosak kerana sekularisme. Berzina dan melahirkan anak luar nikah

    tidak menjadi perhatian lagi dan perkahwinan sesama jenis diterima dan tidak lagi

    disembunyikan. Dosa-dosa yang ditakrifkan oleh agama tidak lagi diterima.

    Kepimpinan Barat juga berlumba-lumba mencipta senjata canggih bukan untuk

    mempertahankan diri sebaliknya menjaja teknologi senjata tersebut kepada negara-

    negara lain dan mencipta peperangan. Masyarakat pelbagai negara diadu domba supaya

    mendapatkan senjata terkini dengan alasan pertahanan negara diperkuatkan.

    Ancaman sekularisme sangat bahaya. Kepimpinan Barat akan sentiasa meningkatkan

    pelbagai jenis serangan ke atas kehidupan beragama manusia melalui penyebaran

    bahan yang tidak bermoral dan menyanggahi nilai tradisi masyarakat. Kelekaan dan

    kebanggaan terhadap pengetahuan serta teknologi yang dimiliki Barat memusnahkan

    sama sekali kepercayaan terhadap agama dan menjadikan mereka terus angkuh,

    menolak peranan Tuhan kerana merasakan Tuhan tidak diperlukan lagi justeru sains

    telah memberi jawapan kepada setiap persoalan yang berlegar dalam kehidupan

    manusia hari ini.

    Islam, Barat dan cabaran semasa

    Hari ini umat Islam dan kepimpinan Islam berada pada kedudukan yang sangat lemah.

    Bilangan 1.2 bilion umat Islam yang bernaung di bawah Pertubuhan Negara-negara Islam

    (OIC) tidak mampu sama sekali memberi pengaruh ke atas kuasa hegemoni Barat yang

    dikepalai oleh Amerika Syarikat. Keadaan ini menyebabkan sesetengah pemimpin Islammenggesa diwujudkan kembali persekitaran politik dan sosial seperti mana zaman Nabi

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    13/25

    Muhammad saw dengan anggapan itulah penyelesaian kepada masalah umat Islam

    sekarang.

    Pemikiran golongan ini sangat tidak berkembang kerana tidak mahu menerima hakikat

    realiti semasa hari ini yang berubah dengan pantas. Mereka tidak mahu membuat

    penyesuaian terhadap perubahan dunia. Bagi jangka masa panjang, mereka akanketinggalan dalam serba-serbi dan akhirnya tewas.

    Kemunduran umat Islam dan pasifnya pemimpin-pemimpin Islam bukannya kerana Islam

    gagal membawa kejayaan atau Islam sememangnya mendatangkan nasib buruk,

    sebaliknya umat Islam telah melencongkan kefahaman Islam yang sebenar. Hal ini

    berlaku kerana pelbagai sebab: politik, kedudukan dan kuasa.

    Cabaran pemimpin-pemimpin Islam ialah mengembalikan kefahaman Islam supaya

    pelencongan pentafsiran dapat dimurnikan semula. Mengawal penyebaran pengetahuan

    yang menyanggahi amalan tradisi dan budaya yang melemahkan pemikiran umat.

    Kebimbangan dan kerisuan pemimpin Islam di seluruh dunia ialah menjangkakan kesan

    jangka masa panjang ke atas anak-anak muda Islam. Muhammad Assad dalam buku

    "Islam at the Crossroads" berkata: "Kesan utama yang disebabkan oleh sejarah mereka

    (Barat) ke atas pemikiran orang-orang muda bukan Eropah ialah perasaan rendah diri

    terhadap budaya, sejarah silam dan masa depan mereka sendiri. Secara sistematik anak-

    anak muda ini diajar untuk menghina masa depan mereka."

    Globalisasi memberi ruang kepada manusia di seluruh dunia untuk bergerak dan

    merentas sempadan dengan mudah. Sangat sukar bagi sesebuah negara mengekalkan

    konsep negara bangsa yang tunggal. Migrasi menyebabkan wujudnya negara pelbagai

    bangsa kerana manusia berlumba-lumba mencari kehidupan yang lebih baik.

    Tetapi migrasi menyebabkan krisis besar dalam demokrasi. Walaupun demokrasi

    dikatakan dapat memberi ruang yang lebih besar kepada masyarakat ketika memilih

    pemimpin, desakan memberi ruang kepada pemilihan pemimpin minoriti mengundang

    polemik. Adakah pemimpin yang dipilih itu benar-benar mewakili suara kumpulannya

    atau sebagai boneka sahaja?

    Dalam konteks negara pula, mana-mana negara yang gagal melaksanakan demokrasi,

    rakyat, pemimpin dan negara akan dikenakan sekatan ekonomi, politik dan sosial.

    Kanak-kanak, orang tua dan wanita turut sama merasai tekanan ini kerana masyarakat

    memberi ruang kepada pemilihan pemimpin yang bukan demokratik. Keadaan di

    Myanmar ketika ini adalah contoh bagaimana sebuah negara dikenakan sekatan, akibat

    daripada kegagalan melaksanakan demokrasi. Perang Dunia Kedua dahulu juga boleh

    dijadikan iktibar. Dengan dua biji bom atom, negara Jepun yang angkuh dengan slogan

    "Asia untuk Asia" bertukar menjadi negara demokrasi.

    Barat, dengan kuasa kepimpinan dunia berada di tangan mereka boleh melakukan apa

    sahaja bagi memaksa sesebuah negara untuk menerima demokrasi.

    Ekonomi menjadi tonggak kepada pembangunan sesebuah negara. Bagi mengukuhkan

    dominasi ekonomi dunia, kepimpinan Barat mencipta agensi-agensi yang dapat

    mempertahankan status quo mereka dalam penguasaan ekonomi dunia. Bank Dunia,

    Tabung Kewangan Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan blok-blokekonomi diperkasa dengan mengikut telunjuk Barat.

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    14/25

    Kepimpinan Islam berhadapan dengan penguasaan ekonomi Barat yang entah bila akan

    tamat. Yang boleh dibuat oleh pemimpin-pemimpin Islam ialah berfikir bagi mempastikan

    perbelanjaan negara berada dalam kedudukan yang kukuh dan meningkatkan simpanan.

    Juga mereka harus berfikir tentang keupayaan tamadun-tamadun besar dunia

    memajukan masyarakat mereka seperti di Saba, Yaman, Babylon di Iraq, empayarRoman dan kerajaan Islam Andalusia.

    Isu pengganas dan keselamatan menjadi acahan Barat untuk memaksa masyarakat

    dunia menerima dan mengikut kehendak mereka. Anda bersama kami, atau menjadi

    musuh, adalah ucapan Presiden George W. Bush ketika mencanangkan perang terhadap

    keganasan. Ucapan tersebut sangat jelas sebagai pewujudan strategi global Amerika

    Syarikat untuk menguasai dunia.

    Dengan kecenderungan Islamofobia menjadi semakin genting, peranan pemimpin-

    pemimpin Islam semakin besar dan usaha memberi kefahaman serta gambaran yang

    jelas mengenai Islam tidak lagi dapat dilengahkan. Nabi Muhammad saw, walaupun tidakdapat menguasai satu per tiga dunia semasa di Mekah dan Madinah, terpaksa juga

    melalui pelbagai cabaran besar untuk beberapa tahun berdakwah. Tidak sempat melihat

    Islam berkembang, baginda saw sebenarnya telah membina model dunia Islam yang

    menjadi pemangkin kepada kegemilangan tamadun Islam.

    Kesimpulan daripada artikel ini, mengulangi sejarah tamadun Islam sangat sukar ketika

    umat sedang lemah. Tetapi semangat kejayaan tentera-tentera Islam menakluki wilayah

    asing harus disemat dan dijadikan teladan kerana negara yang ditakluki bukannya

    berasa takut dengan kehadiran tentera Islam yang pelbagai latar belakang, sebaliknya

    kehadiran mereka sangat dinantikan. Tentera-tentera ini tidak menimbulkan huru-hara

    sebaliknya membawa keamanan dan kesejahteraan. Diulangi kembali petikan ucapan

    Carleton Fiorina, bekas CEO Hewlett-Packard Company iaitu: "Tentera-tenteranya

    dianggotai oleh manusia daripada pelbagai latar belakang dan penaklukannya

    mendatangkan keamanan dan kemewahan yang tidak ada tolok bandingan."

    Rujukan

    A. Hasjmy.1970. Di Mana Letaknya Negara Islam? Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

    Ab. Aziz Yusof.2004. Kepemimpinan Dalam Mengurus Perubahan. Petaling Jaya, Selangor:

    Pearson Malaysia Sdn Bhd.

    Abul Hasan Ali Al Husmi An Nadwi.1983. Pertarungan antara alam fikiran Islam dengan

    alam fikiran Barat. Bandung, Indonesia: P.T. Al Ma'arif. Edisi terjemahan.

    Ali Abdul Raziq.2004. Islam dan Dasar Pemerintahan. Kuala Lumpur: Institut Kajian

    Dasar. Edisi terjemahan.

    Aminudin Mohd Yusof.1994. Kepimpinan, motivasi dan prestasi: Model guru dan tentera.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Andek Masnah Andek Kelawa.1999. Kepimpinan Wanita dalam Islam: Kedudukannya

    dalam Syariah. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Corrado G.M. Letta.2007. Can Asians Think? Can Europeans Listen? Kuala Lumpur: Asia-

    Europe Institute, University of Malaya.

    Danial Zainal Abidin.2006. 7 Formula Individu Cemerlang. Kuala Lumpur: PTS Millennia

    Sdn Bhd.

    Imam Munawwir.1985. Mengapa Umat Islam Dilanda Perpecahan? Singapura: PustakaNasional Pte Ltd.

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    15/25

    John Adair.1988. Developing Leaders. Surrey, UK:The Talbot Adair Press.

    Khadijah Aam.2006.Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya.

    Rawang, Selangor: Penerbitan Minda Ikhwan.

    Kurshid Ahmad.1979. Islam and the West. Lahore, Pakistan: Islamic Publications Ltd.

    Mahathir Mohamad.2006. Islam, knowledge and other affairs. Kuala Lumpur: MPH Group

    Publishing (M) Sdn Bhd.Mohd Najib Tun Razak.1996. Leadership Models of Asia in the 21st Century. Kuala

    Lumpur: Malaysian Strategic Research Centre.

    Muhammad Assad.1999. The Principles of State and Goverment in Islam. Kuala Lumpur:

    Islamic Book Trust. The paperback edition

    _________.1969. Islam at the Crossroads. Lahore, Pakistan: Arafat Publications. Ninth

    edition.

    Roberts Banks dan Kimberly Powell. 2000. Faith in Leadership: How Leaders Live Out

    their Faith in their Work- and Why it Matters. San Francisco, USA: Jossey-Bass Publishers.

    Roziah Sidik.2004. Genius Muhammad bin Abdullah. Bentong, Pahang: PTS Publications &

    Distributors Sdn Bhd.

    Shaikh Sofiy Al-Rahman Al-Murakfuri.2005.Sirah Rasulullah (SAW).

    Kuala Lumpur:Penerbitan Seribu Dinar.

    Syed Muhammad Naquib Al-Attas.1993. Islam and Secularism. Kuala Lumpur:

    International Institute of Islamic Thought and Civilazation.

    Yusuf Qardhawi.2004. Sanggahan Salah Tafsiran Islam. Semenyih, Selangor:

    Synergymate Sdn Bhd. Edisi terjemahan.

    Taufik As-Syawi.1997. Syura Bukan Demokrasi. Jakarta: Gema Insani Press. Edisi

    terjemahan.

    Tariq Ramadhan.2001. Islam, the West and the Challenges ini Modernity. Leicester, UK:

    The Islamic Foundation.

    Former HP CEO Talks about Islamic Civilization dilayari di http://youtube.com/watch?

    v=ejG7xI2wSyc

    Angela Collins - Muslim Convert weeks after 9/11 Incidentdilayari di

    http://www.youtube.com/watch?v=j6PJgJdEzNM

    http://youtube.com/watch?v=ejG7xI2wSychttp://youtube.com/watch?v=ejG7xI2wSychttp://www.youtube.com/watch?v=j6PJgJdEzNMhttp://youtube.com/watch?v=ejG7xI2wSychttp://youtube.com/watch?v=ejG7xI2wSychttp://www.youtube.com/watch?v=j6PJgJdEzNM
  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    16/25

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    17/25

    yang baik perlu mengetahui tentang teori, model dan konsep kepimpinan yang wujud.

    Dalam mengkaji kepimpinan, berbagai teori dikemukakan seperti teori sifat,teori perlakuan, teori kotegensi, teori karismatik, teori X, Y dan Z, dansebagainya.Teori X dan Y

    Teori ini telah diasaskan oleh Douglas McGregor (1960) yang membuat dua set andaianterhadap manusia iaitu Teori X dan Teori Y. Teori X ialah pendekatan carrot and stick

    (Razali Mat Zin, 1966). Teori X mengandaikan bahawa pekerja semulajadinya malas dan

    akan mengelak daripada bekerja kecuali dipaksa, pekerja tidak mempunyai cita-cita dan

    tidak mahu memikul tanggungjawab, pekerja tidak mempunyai motivasi untuk

    menjayakan matlamat organisasi dan pekerja hanya mahu bekerja kerana dirangsang

    oleh keperluanpsi kol ogi dan keperluan keselamatan mereka sahaja.

    Teori Y pula lebih bercirikan motivasi dan pengiktirafan. Teori ini mengandaikan bahawakerja sebagai satu perkara semulajadi iaitu suatu perkara biasa sama seperti bermain,bersukaria dan lain-lain jika keadaan kerja itu baik, tetapi mereka akan menganggapkerja sebagai beban jika pengalaman bekerjanya pada masa lepas tidak menyenangkan.

    Selain itu, pekerja sememangnya mencari dan mahukan tanggungjawab kerana iamembawa kepada kepuasan jiwa.

    Teori Perhubungan Manusia

    Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan manusia boleh mempengaruhi kelakuan dan

    perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi

    kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas. Kajian-kajian telah

    dibuat oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan

    didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat disukai orang-orang bawahan

    iaitu :

    Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation).2. Perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin denganorang-orang bawahan (human relations orientation).Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin

    yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh

    membawa kejayaan kepada organisasinya. Dalam erti kata lain, pemimpin yang berjaya

    ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga

    perhubungan baik dengan pengikutnya.

    Teori Kepimpinan Mengikut Situasi (Situasional Leadership Theories )

    Bermula dari tahun 1940-an lagi penyelidik-penyelidik telah mencari faktor-faktor situasi

    yang boleh mempengaruhi peranan, kemahiran, dan tingkah laku pemimpin ke atas

    prestasi dan kepuasan bekerja.Fred Fiedlier telah mencadangkan satu model Kotegensi

    Kepimpinan yang efektif. Model ini mengandungi hubungan antara stail kepimpinan

    dengan suasana situasi yang menyenangkan. Kesesuaian situasi ini bergantung kepada

    3 dimensi berikut:

    Hubungan antara pemimpin dan pekerja berdasarkan kepada percaya dan hormatmenghormati.2. Darjah struktur tugas, iaitu sejauhmana tugas itu didefinisikan dengan jelas ataukabur.

    3. Kedudukan dan kuasa pemimpin yang didapati melalui autoriti formal, sama ada

    pemimpin/ individu boleh mempertimbangkan untuk memberi ganjaran, dendaan,menilai atau menaikkan pangkat kakitangan.

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    18/25

    Situasi yang menyenangkan akan diperolehi sekiranya ketiga-tiga dimensi tersebut

    positif. Dengan kata lain, sekiranya ketua itu secara amnya diterima kakitangan, struktur

    tugas jelas dan ketua mempunyai autoriti dan kuasa formal. Situasi ini menyenangkan

    dan digabungkan dengan gaya kepimpinan dapat menghasilkan keberkesanan.

    Dalam Teori Kepimpinan Mengikut Situasi, teori ini bermula dengan anggapan bahawakeadaan yang berbeza memerlukan cara memimpin yang berbeza, jika keberkesanan

    ingin diwujudkan. Rasionalnya ialah kepimpinan yang berkesan akan bukan sesuatu yang

    nyata yang boleh wujud tersendiri dengan bentuk yang sama, tetapi ianya bergantung

    kepada beberapa faktor lain berupa manusia dan persekitaran yang saling berinteraksi

    dan saling mempengaruhi. Intipati kepada teori-teori ini ialah :

    Cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada kematangan orang-

    orang bawahan ; mereka yang matang kurang memerlukan penyeliaan, manakala

    mereka yang kurang matang memerlukan arahan dari ketua2. Cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza ; cara paling baik

    hendaklah mengambil kira faktor-faktor penting sebelum sesuatu keputusan dibuat3. Tidak ada hanya satu saja cara memimpin yang paling baik; keberkesanan seseorang

    pemimpin bergantung kepada persekitaran yang berupa manusia dan keadaan4. Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjuk jalankepada orang bawahan untuk menghasilkan sesuatu yang paling baik.Teori Perlakuan

    Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan kemanusiaan boleh mempengaruhi kelakuan

    dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi

    kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanankan tugas. Kajian- kajian oleh

    pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada

    dua corak perlakuan pemimpin yang sangat mempengaruhi orang-orang bawahan iaitu

    perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat

    organisasi (task-orientation) dan perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baikantara pemimpin dengan orang-orang bawahan (human relations orientation).

    Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin

    yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh

    membawa kejayaan kepada organisasinya. Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang

    mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan

    pengikutnya.

    Fungsi dan peranan pemimpin dilihat melalui dua kategori iaitu untuk menyelesaikan

    masalah dan pengendalian kumpulan pengikut. Pemimpin yang berkesan lazimnya

    bijaksana dalam mengendalikan kedua-dua perkara tersebut dalam memenuhi tuntutan

    individu, kumpulan dan organisasi. Pemimpin juga dinilai dari segi keupayaannya dalam

    melaksanakan tangungjawab berorientasikan pekerja atau tugas.

    Pemimpin yang mementingkan organisasi tugas lebih mengutamakan standard

    pencapaian dan daya pengeluaran tetapi hubungan kemanusiaan dan kebajikan pekerja

    kurang dititik beratikan. Pemimpin yang berorientasikan pekerja mendapat pujian dan

    popular tetapi mungkin menurun dari segi produktiviti dan kualiti. Kesan perlakuan

    pemimpin berdasarkan tangungjawab berorientasikan tugas dan orentasi pekerja telah

    memberi impak terhadap keberkesanan peranan kepimpinan mereka.

    Keseluruhannya, walaupun teori-teori yang dikemukakan ini berbeza dari segipendekatan, isi dan kesimpulan, kesemuanya mirip menyatakan ada satu saja cara yang

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    19/25

    terbaik untuk memimpin orang bawahan. Masing-masing mengutarakan cara mereka.

    Ada yang mengatakan kejayaan bergantung kepada karisma seseorang, ada yang

    mengatakan bahawa kejayaan pemimpin bergantung kepada kelakuan dan perlakuan

    tertentu, dan ada pula yang mengatakan kejayaan bergantung kepada anggapan

    pemimpin terhadap orang-orang bawahannya ( Ibrahim Mamat, 2001).

    Walau bagaimanapun, semuanya mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Tidak

    ada satupun yang sempurna. Namun teori-teori ini sangat berguna untuk diteliti oleh

    orang-orang yang ingin menjadi pemimpin kerana mereka dapat mengetahui hal- hal

    yang boleh memberi kesan ke atas kepimpinan.

    JENIS-JENIS KEPIMPINAN

    Penyelidikan mengenai jenis kepimpinan ini masih berjalan dengan lancar dan selain dari

    jenis yang disebutkan di atas, ada berbagai-bagai lagi gaya kepimpinan. Reddin , 1970

    (dalam Robiah Sidin, 1989) telah membahagikan gaya kepimpinan mengikut model

    dimensi yang mengandungi tiga gaya asas, empat gaya pengurusan yang berkesan dan

    empat lagi gaya pengurusan yang agak kurang berkesan. Manakala Boles dan

    Davenport, 1975, telah menyarankan beberapa gaya untuk kepimpinan dan cara dia

    menggunakan kuasa itu.Gaya kepimpinan yang pelbagai menunjukkan bahawa konsep kepimpinan itu adalah

    amat rumit. Seseorang pentadbir yang memegang sesuatu jawatan itu tidak semestinya

    terus dianggap menjadi seorang pemimpin. Pentadbir harus pertama sekali berupaya

    menggerakkan anggota-anggota lain di dalam sesuatu kumpulan itu, membimbing dan

    mengarahkan mereka menuju ke suatu matlamat tertentu.

    Dalam pada itu, pentadbir harus memastikan bahawa dia mematuhi norma-norma yang

    telah ada mengenai seseorang pemimpin. Segala langkah tindakannya juga harus

    memberi kepuasan kepada anggota-anggota secara individu. Untuk membolehkan

    pentadbir membuat penyesuaian terhadap keperluan-keperluan yang bermacam-

    macam lagi kompleks, seseorang pemimpin harus berupaya mengubahsuai gaya

    kepimpinannya mengikut keadaan yang timbul.

    Kepimpinan Demokratik(Democratic Leadership)

    Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat

    sesuatu keputusan/tindakan. Dia juga percaya kepada musyawarah. Dia sering

    menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kebebasan kepada

    mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan

    masing-masing.

    Pemimpin demokratik berperanan menjadi pembimbing yang baik kepada kumpulannya.

    Dia menginsafi peranannya sebagai penyelaras tugas anggotanya dengan

    mengutamakan rasa tanggungjawab dan kerjasama baik kepada setiap individu yang

    dipimpinnya. Dia juga tahu urusan kumpulan bukan masalah peribadinya. Kekuatan

    kumpulan bergantung kepada penglibatan semua pihak. Sebagai pemimpin, ia

    menyedari dia tidak mampu bekerja seorang diri. Dia memerlukan sokongan orang-

    orang bawahannya. Kuasa diagih-agihkan menyebabkan semua orang merasa yakin dan

    senang hati menunaikan tugas masing-masing. Dengan demikian kumpulan akan terus

    berjalan lancar dan bergerak maju.

    Menurut Ibrahim Mamat (2001), pemimpin demokratik berfungsi sebagai pemangkin

    yang mempercepatkan perjalanan proses menuju matlamat dengan cara yang paling

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    20/25

    sesuai. Disebabkan kepimpinannya bersifat membantu, dia dihormati dan dihargai serta

    dilihat sebagai lambang kebaikan. Orang bawahan tidak melihatnya sebagai majikan

    kerana apabila sesuatu hasil diperolehi, ia dianggap sebagai hasil dari komitmen

    bersama, buka hasil dari usahanya bersendirian kerana dia sedar bahawa dia buka

    superman.

    Para pemimpin jenis demokratik ini juga dikatakan mudah lentur dan bergantung kepada

    sumber-sumber kuasa yang tidak mendesak seperti kepakaran, memujuk, alasan-alasan

    yang kukuh dan ganjaran. Di samping itu, dia juga menekankan konsep perkongsian

    tanggungjawab apabila sesuai dan juga memberi kuasa. Jenks (1990) mengaitkan gaya

    kepimpinan ini juga dengan tingkah laku dan mengatakan bahawa kepimpinan turut

    serta mementingkan kedua-dua pengeluaran dan manusia atau struktur tugas dan

    timbangrasa. Di antara matlamat stail kepimpinan ini adalah semangat kerja

    berpasukan.

    Kepimpinan Autokratik(Autocratic Leadership)

    Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin. Diamemberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang diberi tanpa banyak

    soal. Pemimpin autocrat dapat mempastikan tugas-tugas yang diberi

    dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya, tetapi oleh kerana mereka

    hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama mereka lemah

    dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif.

    Para pemimpin autokrat lazimnya berfungsi secara autonomi memberi tunjuk ajar

    tentang apa dan bagaimana tugas-tugas harus dilakukan, membuat keputusan sendiri

    dan suka memberi arahan (Keith & Girling, 1991). Kepimpinan mereka dicirikan oleh

    penekanan yang kuat terhadap pengeluaran dan kurang terhad elemen manusia (Jenk,

    1990). Orang-orang bawahan diharapkan mengikut dan membuat apa yang merekadiarahkan. Konflik atau masalah diselesaikan dengan pantas dan komunikasi lebih

    bersifat dari atas ke bawah.

    Mereka menggunakan ganjaran dan hukuman, memuji dan memberi penghargaan dan

    selalunya menggunakan kritikan tidak membina (Keith & Girling, 1991). Power & Power

    (1983) berpendapat, sekiranya pemimpin ini berketrampilan, tingkahlakunya yang

    autokratik itu akan dianggap sebagai beban yang terpaksa diterima. Jika tidak

    berketrampilan perasaan marah, kebencian dan kerisauan akan timbul dan ini akan

    melumpuhkan seluruh operasi organisasi. Stail kepimpinan autokratik diangggap

    berkesan dalam situasi yang terdesak kerana ia membenarkan proses membuat

    keputusan yang tepat.

    Kepimpinan Lepas-Bebas(Laizssez-Faire Leadership)

    Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk

    bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak mencampuri langsung. Dia melihat

    mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta membezakan

    antara betul dan salah. Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan

    yang dilakukan, membiarkan mereka bersendirian dan jangan mengusik. Apa yang

    diperlukan hanyalah matlamat yang telah dipersetujuai tercapai.

    Keadaan yang sangat bebas dan liberal ini terkadang memperlihatkan sesebuah

    kumpulan itu seolah-olah tidak mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja

    mengikut cara tersendiri. Seandainya orang-orang bawahan betul-betul matang, maka

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    21/25

    penghasilannya memang baik, tetapi jika ramai antara mereka yang kurang matang,

    maka hasilnya sangat tidak memuaskan kerana mereka seperti kehilangan pedoman

    sebab tiada pemandu/pembimbing yang menunjuk arah.

    Menurut Keith & Girling (1991), stail kepimpinan laissez-faire bersandar kepada falsafah

    membiarkan setiap individu dalam organisasi membuat kerjanya sendiri. Para pemimpin jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan juga tidak

    mempunyai perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di bawah pemimpin-

    pemimpin itu tidak ada prosedur untuk membuat keputusan yang jelas, maka konflik

    antara berbagai kumpulan dinamik sama ada formal atau tidak formal akan wujud dan

    sukar untuk dikawal.

    Pemimpin & Kepimpinan: Teras Kepada Kesinambungan Organisasi

    June 24, 2008 universiti

    Oleh: M. Fauzi

    Kehidupan manusia sejak zaman berzaman tidak dapat dipisahkan dengan salah satu

    elemen terpenting iaitu kehidupan berkomuniti. Melalui kehidupan berkomuniti ini

    lahirnya bentuk penyatuan komuniti seperti adanya keluarga, kabilah, puak,

    perkampungan, daerah, wilayah, negara dan empayar. Dari sekecil komuniti seperti

    keluarga hinggalah kepada pembentukan empayar, ia harus mempunyai ketua yakni

    seorang pemimpin yang akan membentuk budaya, aspek pemikiran, penyatu kepada

    pelbagai bangsa dan ideologi, menegak dan melaksana undang-undang, ketua tentera

    dan pelbagai peranan lagi.

    Dalam dunia moden hari ini, terdapat pelbagai organisasi samada ia berbentuk formal

    atau bukan formal atau yang berbentuk perniagaan, kumpulan seminat (NGO), badan

    kerajaan yang diketuai oleh pemimpin yang diberi pelbagai jenis gelaran seperti

    Presiden, Perdana Menteri, CEO, Naib Canselor, Menteri, Pengarah dan lain-lain.

    Kepelbagaian organisasi dan pemimpin ini telah mendorong banyak para pengkaji sains

    sosial dan ahli akademik untuk membuat kajian bagi melihat dinamika sesebuah

    organisasi dan gaya pemimpin atau adakalanya ditakrifkan sebagai kepimpinan dan

    bagaimana kedua aspek ini mempunyai saling kaitan antara satu sama lain.

    http://uniprof.files.wordpress.com/2008/06/at-the-top.jpg
  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    22/25

    Pemimpin

    Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan, pemimpin adalah orang

    yang memimpin dan difahamkan bertindak sebagai juru tunjuk. Wikipedia (Ensiklopedia

    Bebas) Edisi Bahasa Melayu mentakrifkan pemimpin merupakan individu yang boleh

    memberi pengaruh kepada individu lain di dalam satu pertubuhan.

    Secara umumnya pemimpin boleh ditakrifkan sebagai individu yang dilantik secara

    formal atau tidak formal oleh satu kumpulan orang atau organisasi yang berusaha

    menjayakan matlamat atau objektif yang dipersetujui bersama. Pemimpin ini diberikan

    mandat untuk memandu arah kumpulan atau organisasi yang melantiknya bagi

    mencapai objektif dan matlamat penubuhan kumpulan atau organisasi tersebut.

    Kepimpinan

    Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan secara ringkas, kepimpinan adalah

    keupayaan memimpin melalui teladan. Secara umumnya kepimpinan ditakrifkan sebagai

    satu seni atau pendekatan bagi mempengaruhi orang lain di dalam kumpulan atau

    organisasi agar mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang di arahkan secara rela bagi

    mencapai matlamat kumpulan atau organisasi.

    Ralph M. Stoghill pula menyatakan bahawa kepimpinan dalam pengurusan adalah

    sebagai proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti para anggota yang

    berkaitan dengan tugas.

    Harold Koontz & Heinz Weihrich pula mendefinisikan kepimpinan sebagai satu pengaruh

    seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang dengan rela

    hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan dan definisi ini

    dipersetujui bersama oleh Cyril ODonnel.

    Manakala Robert Tannenbaum, Irving R. Weschler dan Fred Massarik melihat kepimpinan

    sebagai satu pengaruh antara personal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi

    menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas.

    Organisasi

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    23/25

    Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 mendefinisikan organisasi sebagai satu kesatuan

    yang terdiri dari bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan,

    perbadanan dan lain-lain) untuk tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya).

    Secara umumnya organisasi dapat didefinisikan sebagai satu perkumpulan bersifat sosial

    yang mana ahlinya akan melakukan aktiviti bersama dan saling bergantungan dan

    bekerjasama bagi mencapai matlamat yang dipersetujui bersama.

    Chester I.Barnard telah memberi definisi yang mudah tentang maksud organisasi

    organisasi adalah sistem kerja yang dianggotai oleh dua orang atau lebih. James D.

    Mooney mentakrifkan organisasi sebagai sebarang bentuk permuafakatan atau

    kerjasama untuk mencapai tujuan bersama.

    Manakala Max Weber pula mendefinisikan organisasi sebagai satu pendekatan bagi

    perhubungan sosial yang bersifat tertutup dan tidak terbuka secara meluas kepada

    semua orang untuk menganggotainya melalui peraturan keanggotaan yang telah

    digariskan terlebih dahulu.

    Wan Azmi Ramli mentakrifkan organisasi atau pertubuhan ditubuhkan untuk kepentingan

    masyarakat dan ia dikelolakan dengan rapi, tersusun dengan baik, teratur agar

    perhubungan dan tindakan mudah dilaksanakan.

    Konsep Pemimpin dan Kepimpinan

    Apabila kita memperkatakan tentang pemimpin dan kepimpinan secara umumnya kita

    memahami bahawa pemimpin ini haruslah memimpin suatu kelompok manusia dan ia

    melibatkan paling kecil pihak kedua sehinggalah kepada kumpulan atau kelompok yang

    lebih besar.

    Apabila pemimpin dilantik oleh kelompok atau kumpulan, ia akan diberikan kuasa

    ataupun mandat bagi memudahkannya memimpin dan mandat ini biasanya diberikan

    dalam bentuk kuasa menggubal dan menguatkuasakan perintah, peraturan dan undang-

    undang.

    Dengan adanya kuasa ini, pemimpin akan dapat mengawal dan mempengaruhi

    subordinatnya secara rela-paksa dan subordinat haruslah menuruti arahan dan kehendak

    pemimpin selagi ia tidak melanggar peraturan teras atau kadangkala ia disebut

    perlembagaan yang dipersetujui bersama sebelum itu.

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    24/25

    Kepimpinan ataupun disebut the way to lead secara asasnya mempunyai tiga (3)

    komponen utama iaitu sifat, perilaku dan kebolehan menghadapi perkara-perkara luar

    jangka. Memandangkan kebiasaannya di dalam organisasi , para pemimpin diletakkan di

    puncak hierarki sesebuah organisasi, maka pemimpin haruslah mempunyai perawakan

    yang extra-ordinary berbanding individu lain di dalam sesebuah organisasi.

    Antara perawakan yang bersifat asas tetapi wajib dihayati dan diamalkan oleh pemimpin

    adalah seperti butiran berikut:-

    1. Kemampuan untuk menggunakan kuasa dengan berkesan dan dengan cara

    bertanggungjawab.

    2. Berkemampuan untuk memahami bahawa manusia mempunyai kuasa dorongan yang

    berlainan pada masa-masa yang berlainan dan dalam situasi yang berlainan

    pemahaman tentang perawakan manusia.

    3. Kemampuan untuk memberikan inspirasi dan mampu diteladani keupayaan

    memotivasi.

    4. Kemampuan untuk bertindak dengan berdasarkan pengetahuan, bakat, keterbukaan

    dan kemahuan pemimpin itu sendiri untuk mewujudkan suasana yang memberi ruang

    kepada sebarang maklum-balas dan ruang runding-cara dengan para pengikut

    komunikasi dalam konotasi positif.

  • 8/8/2019 Kepimpinan Islam Dan Barat

    25/25