KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

12
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN NAMA AHLI KUMPULAN: NURIN SOFEA BT.KMALRUDDIN HERNI EVI TAMALAH BT. SUHERMAN NUR FITRI NADHIRAH BT. NOOR IZHAR NUR SHAHIRAH SHUHADA BT. ISMAIL SYAZA MAISARAH BT.ROSDI

Transcript of KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

NAMA AHLI KUMPULAN:NURIN SOFEA BT.KMALRUDDIN

HERNI EVI TAMALAH BT. SUHERMANNUR FITRI NADHIRAH BT. NOOR IZHARNUR SHAHIRAH SHUHADA BT. ISMAIL

SYAZA MAISARAH BT.ROSDI

BINAAN PLOT• Bahagian pengenalan atau eksposisi cerita ini mengisahkan Seri Betara Majapahit dan

Patih Gajah Mada mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya yang telah dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah pergi menemui Kertala Sari dan membawanya ke kediaman Patih Gajah Mada. Seterusya,Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari menghadap Seri Betara Majapahit. Seri Betara menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian tujuh orang penjuritnya.

• Cerita mencapai tahap perkembangan apabila Kertala Sari berlayar ke Melaka bersama-sama dengan sepuluh orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya sebagai orang jawa untuk bersama-sama dengan penduduk kampung yang berketurunan jawa di Melaka. Ketala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Dia telah Berjaya mengenali Laksamana yang telah membunuh bapanya.

• Cerita sampai kepada tahap perumitan apabila pada suatu malam Kertla Sari telah menceroboh rumah seorang saudagar yang kaya. Semua harta benda milik saudagar itu telah disamun dan bini saudagar itu turut dicabulnya. Kertala Sari mengulangi perbuatannya itu pada malam berikutnya Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan tentang kecurian itu. Raja Melaka telah menitahkan Temenggung agar mengerahkan pengawal untuk berkawal bagi menjaga keselamatan rumah-rumah dan kampong. Temenggung telah mengerahkan lima ratus orang pengawal menjaga Negeri Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula dimasuki pencuri. Laksamana memberitahu Raja bahawa pencuri yang sedang menganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka. Laksamana memohon kebenaran raja untuk cuba menangkap pencuri itu. Laksamana memasang banyak senjata,lembing,tombak dan kayu di sekeliling Istana Raja Melaka. Laksamana cuba mengalihkan perhtian Kertala Sari agar tidak memasuki Istana Raja Melaka dengan tipu muslihat itu. Setelah malam tiba, laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia ternampak Kertala Sari cuba masuk ke Istana Raja Melaka untuk mencuri dan menganggu isteri Raja yang muda-muda itu. Ketika dia sampai di istana, dia terdengar bunyi senjata dan kayu yang dipalu dengan begitu bising. Kertala Sari tidak jadi masuk ke Istana Raja Melaka.

• Cerita sampai ke tahap klimaks apabila Laksamana Berjaya membunuh Kertala Sari dengan menikam dadanya. Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai penjahat dan berbaring di tengah pasar pada suatu malam. Selepas membunuh Kertala sari, Laksamana telah mengambil keris dan memotong alat sulit Ketala Sari sebagai bukti bahawa beliaulah pembunuh Kertala Sari.

• Cerita sampai ke tahap peleraian apabila banyak orang datang menghadap Raja Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala Sari dan mengaku bahawa merekelah yang membunuh Kertala Sari. Bendahara Melaka tidak mempercayai dakwaan mereka. Kemudian Laksamana masuk menghadap Raja Melaka dengan membawa bukti keris dan alat sulit milik Kertala Sari yang telah dipotongnya. Raja Melaka memberikan anugerah atas keberaniannya menewaskan Kertala Sari. Raja Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengerahkan rakyat untuk mendapatkan semula harta yang dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di bukit cina. Negeri Melaka kembali aman dan sentosa selepas Kertala Sari Berjaya dibunuh. Sementera itu, Patih Gajah Mada mendapat berita tentang kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha sedaya upaya mencari hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan Negeri Melaka.

TEMA

• Tema prosa ini ialah kepahlawanan seorang Laksamana yang pertahankan Negara daripada ancaman musuh dan anasir luar.

• Keberanian dan kegagahan Laksamana memepertahankan Negeri Melaka daripada ancaman tujuh orang penjurit Majapahit serta ancaman Kertala Sari yang juga dari Majapahit telah Berjaya mengembalikan keamanan kepada kerajaan Melaka.

PERSOALAN

Kegagahan dan

kehebatan pahlawan Melayu

Kebijaksanaan

menggunakan

strategi dan akal fikiran

Taat setia rakyat

yang tidak berbelah

bagi

Menuntut bela atas kematian

orang tersayang

Amanah dalam

melaksanakan tugas

WATAK PERWATAKA

N

WATAK-WATAK

SAMPINGAN: KERTALA

SARI,BENDAHARA

WATAK UTAMA:

lAKSAMANA

TUJJUH ORANG

PENJURIT,SAUDAGAR

YANG KAYA,TEMENGGUNG

RAJA/RATU MELAKA,SERI BETARA MAJAPAHIT,

BINI PETALA BUMI

LATAR TEMPA

T

MAJAPAHIT

RUMAH PETALA BUMI

BUKIT CINA

ISTANA TUANKU

SYAH ALAM/RAJA MELAKA

LATA

R

MAS

YAR

AKAT

MASYARAKAT YANG BIJAK MENGGUNAKAN TIPU

MUSLIHAT

MASYARAKAT YANG INGIN MENUNTUT BELA ATAS

KEMATIAN ORANG TERSAYANG

MASYARAKAT YANG BERANI MELAWAN MUSUH

MASYARAKAT MELAYU YANG HIDUP PADA ZAMAN PEMERINTAHAN FEUDAL

GOLONGAN ISTANA

LATA

R M

ASA ZAMAN

PEMERINTAHAN KESULTANAN

MELAYU MELAKA

WAKTU PAGI

WAKTU SIANG

WAKTU MALAM

NIL

AI

KASIH SAYANG

SEMANGAT BERMASYARAKA

T

KEBIJAKSANAAN

KEBERANIAN

KEGIGIHAN

TANGGUNGJAWAB

PENGAJARAN

KITA HENDAKLAH

MENGHINDARKAN DIRI

DARIPADA M MENYIMPAN PERASAAN DENDAM

KITA HENDAKLAH MEMPUNYAI SIKAP TAAT DAN SETIA TERHADAP

PEMERINTAHKITA

MESTILAH BERANI

MENGHADAPI ANCAMAN

MUSUH

KITA HENDAKLAH

CEKAP MENYUSUN STRATEGI