Kaedah Penyimpanan BBM

32
TOPIK 8 : PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM PENGENALAN Kajian telah membuktikan bahawa keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran (P&P) bertambah jika bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan itu sesuai, jelas, menarik dan efektif. Mengikut kajian, 75 % daripada maklumat yang diperolehi oleh pelajar adalah melalui deria penglihatan, 13 % melalui deria pendengaran, 4 % melalui deria sentuh, 4 % deria rasa dan 4 % lagi melalui deria bau. Deria penglihatan dan pendengaran merupakan dua saluran deria manusia yang penting sekali untuk memperolehi maklumat. Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar, khasnya alat pandang dengar memainkan peranan penting dalam aktiviti P & P dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan perubahan tingkah laku. Bahan pengajaran-pembelajaran merangkumi berbagai-bagai jenis alat dan bahan sumber yang telah sedia atau yang disediakan oleh kita untuk membantu dalam pengajaran dan untuk membantu pelajar dalam pembelajaran. Dalam proses P & P, BBM atau alat bantu mengajar (ABM) digunakan bagi menjelas dan mengukuhkan isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh kita untuk mencapai objektif pembelajaran. Topik ini membantu anda menguasai kemahiran penyediaan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang menghuraikan jenis dan contoh bahan maujud, separa maujud dan abstrak serta kepentingannya. Topik ini juga mengkategorikan aspek alatan dan bahan, teknik penyediaan dan penghasilan bahan. Di samping itu menjelaskan tentang pengunaan bahan jenis hardware, software, pengendalian, penjagaan dan penyimpanan bahan. Pengintergrasian komputer dan bahan mediatif dalam P & P juga dibincangkan di akhir topik ini. . 1

description

RBT

Transcript of Kaedah Penyimpanan BBM

Page 1: Kaedah Penyimpanan BBM

TOPIK 8: PENYEDIAAN DAN PENGGUNAAN BBM/ABM

PENGENALAN

Kajian telah membuktikan bahawa keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran (P&P)

bertambah jika bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan itu sesuai, jelas, menarik dan

efektif. Mengikut kajian, 75 % daripada maklumat yang diperolehi oleh pelajar adalah melalui deria

penglihatan, 13 % melalui deria pendengaran, 4 % melalui deria sentuh, 4 % deria rasa dan 4 %

lagi melalui deria bau. Deria penglihatan dan pendengaran merupakan dua saluran deria manusia

yang penting sekali untuk memperolehi maklumat. Oleh yang demikian, bahan bantu mengajar,

khasnya alat pandang dengar memainkan peranan penting dalam aktiviti P & P dengan tujuan

memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan perubahan tingkah laku.

Bahan pengajaran-pembelajaran merangkumi berbagai-bagai jenis alat dan bahan sumber yang

telah sedia atau yang disediakan oleh kita untuk membantu dalam pengajaran dan untuk

membantu pelajar dalam pembelajaran. Dalam proses P & P, BBM atau alat bantu mengajar

(ABM) digunakan bagi menjelas dan mengukuhkan isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh kita

untuk mencapai objektif pembelajaran.

Topik ini membantu anda menguasai kemahiran penyediaan dan penggunaan bahan bantu

mengajar yang menghuraikan jenis dan contoh bahan maujud, separa maujud dan abstrak serta

kepentingannya. Topik ini juga mengkategorikan aspek alatan dan bahan, teknik penyediaan dan

penghasilan bahan. Di samping itu menjelaskan tentang pengunaan bahan jenis hardware,

software, pengendalian, penjagaan dan penyimpanan bahan. Pengintergrasian komputer dan

bahan mediatif dalam P & P juga dibincangkan di akhir topik ini.

.

1

Page 2: Kaedah Penyimpanan BBM

OBJEKTIF TOPIK

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. mengenal pasti jenis dan contoh alat-alat maujud, separa maujud dan abstrak bahan bantu mengajar.

2. menjelaskan teknik penyediaan alat dan bahan bantu mengajar yang relevan dan berkesan untuk P & P

3. menghuraikan penggunaan alat-alat ‘hardware dan software’ dalam proses P & P

4. menerangkan teknik dan cara penyimpanan alat-alat bantu mengajar dengan teratur dan sistematik

5. mengamalkan pengintegrasian multimedia atau jaringan internet sebagai salah satu kaedah dan strategi secara kontektual dalam proses pengajaran-pembelajaran.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

2

BAHAN BANTU MENGAJAR

Jenis dan Contoh

Penggunaan

Penyediaan- Alatan dan bahan- Teknik penyediaan- Penghasilan bahan

Maujud Separa

maujud Abstrak

Jenis hardware /software

Pengendalian Penjagaan &

Penyimpanan

Page 3: Kaedah Penyimpanan BBM

8.1 JENIS DAN CONTOH BBM

Bahan P & P biasanya digolongan sebagai media pengajaran atau instructional media. Gerlach

dan Ely (1980) melihat media pengajaran sebagai sumber-sumber seperti manusia, bahan atau

suasana yang boleh menimbulkan iklim pembelajaran untuk merangsangkan pelajar mendapatkan

ilmu pengetahuan, kemahiran serta membentuk sikap positif. Reiser dan Gagne (1983) membuat

kesimpulan bahawa media pengajaran merangkumi bahan bercetak, rakaman audio dan visual,

filem, slaid serta alatan yang digunakan bagi menyampaikan isi pengajaran. Peranan bahan

pengajaran-pembelajaran ditentukan oleh sukatan pelajaran, objektif pengajaran dan aktiviti-

aktiviti P & P yang terbentuk daripada pendekatan atau kaedah pengajaran guru.

Definisi Bahan Bantu Mengajar

Atan Long (1982) berpendapat, alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi

nama `alat bantu mengajar’. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau

slaid yang dipancarkan pada layar.

Thomas, R. Murray dan Swartout, Sherwin G. (1963) menjelaskan bahawa hanya alat bantu

mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi

pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial,

kemantapan emosi dan daya penghargaan.

Kategori Bahan Bantu Mengajar

Menurut J.S.Farrant (1981); alat bantu mengajar terbahagi kepada dua kategori, iaitu;

1. Alat bantu mengajar yang asas seperti papan hitam, buku teks, buku kerja, gambar

dan carta, papan flannel, peta, atlas dan glob, model dan contoh-contoh.

2. Alat bantu mengajar elektrik seperti layar dan penggelapan, jalur filem, dan slaid,

wayang gambar, televisyen, radio, perakam pita dan gramotor.

3

Page 4: Kaedah Penyimpanan BBM

Mengikut W.F.Connell (1981); sumber pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu;

1. Alat bantu mengajar am seperti papan hitam dan buku bercetak.

2. Alat pandang–dengar seperti objek, model, patung, gambar, lukisan, diorama,

gambarfoto, glob, peta, carta, gambarajah, graf, poster, kartun dan bahan salinan bagi

alat pandang. Manakala alat dengar adalah seperti radio, alat pemain piring hitam, pita

rakaman suara dan sistem pembesar suara. Filem suara dan televisyen pula bercorak

pandang-dengar.

3. Alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram, modul dan mesin mengajar yang

berkaitan seperti alat-alat multimedia.

Kesimpulannya, BBM atau ABM boleh kita rumuskan kepada tiga jenis, iaitu;

1. Alat bantu mengajar yang asas seperti papan hitam atau papan tulis, buku teks dan

buku kerja

2. Alat bantu mengajar bukan elektronik seperti objek, buku, papan flanel, model, patung,

gambar, lukisan, carta, gambarajah, graf, poster, kartun, lawatan, pameran, sumber-

sumber komunit dsb.

3. Alat bantu mengajar elektronik seperti filem jalur dan slaid, radio, televisyen, perakam

pita, video, projektor legap, projektor overhead, makmal bahasa, gramafon, alat

pemain piring hitam dan pembesar suara.

8.1.1 Maksud Bahan Maujud / Konkrit

Menurut Kamus Dewan, bahan maujud bermaksud bahan-bahan yang nyata (real object) atau

benda yang dapat dilihat dan dipegang. Bahan-bahan maujud adalah bahan sebenar atau asli

yang anda bawa masuk ke bilik darjah sama ada buatan manusia atau semulajadi, seperti jenis

sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan, kuih muih dsb

8.1.2 Bahan Separa Maujud

Kamus Dewan menjelaskan bahan separa maujud adalah bahan-bahan dan peralatan yang tidak

memerlukan alat pengunjuran atau tayangan semasa digunakan. Kebanyakan bahan bantu

mengajar tergolong di dalam kumpulan ini, seperti carta, model, gambarfoto, kartun, gambarjah

dll.

4

Page 5: Kaedah Penyimpanan BBM

Jenis-jenis bahan bantu mengajar separa maujud termasuk;

a) Bahan 2D – bahan dua dimensi (2D) adalah bahan-bahan visual yang dihasilkan di atas

kepingan kertas yang rata seperti gambarfoto dan carta.

b) Bahan 3D – bahan tiga dimensi (3D) adalah bahan-bahan yang menyerupai bentuk asli

atau modelnya, yang dibuat sama saiz dengan benda asal atau pun dikecilkan, contohnya

model kereta dan model rumah.

c) Papan Pengajaran – sebarang jenis papan besar yang digunakan oleh guru untuk

membuat catatan isi dan bahan-bahan pengajaran yang lain untuk salinan atau tatapan

pelajar, seperti papan kapur, papan hitam atau papan putih dll.

d) Papan pamer – papan yang digunakan untuk mempamerkan visual-visual tertentu seperti

papan flanel, papan kenyataan dll.

8.1.3 Abstrak

Bahan yang tidak dapat dilihat atau tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya ada

dalam fikiran (tentang sesuatu pengertian seperti kesetiaan, kecantikan dll) . Bahan-bahan ini

selalu dibincangkan dengan pelajaran moral, agama, bahasa dan kesenian dll.

8.1.4 Bahan pengajaran pembelajaran yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut:

5

Cuba Anda Banding Beza

Apakah perbezaan BBM jenis maujud dengan bahan separa maujud?KUIZ 1 :

Huraikan definisi bahan bantu mengajar? Nyatakan secara grafik BBM yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia?

Page 6: Kaedah Penyimpanan BBM

:

Bahan Separa Maujud.

8.2 PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Bagaimanakah anda hendak memilih BBM?

6

BAHAN BAHAN BERCETAK BAHAN BAHAN BUKAN BERCETAK

Buku FiksyenBukan Fiksyen

Terbitan berkala; Harian, mingguan, bulanan, tahunan dan lain-laian

Hardware Software Bahan Tiga Dimensi

Bahan-Bahan Bukan Tayangan

Bahan-Bahan Pendengaran

Bahan-Bahan Tayangan

Bahan-Bahan Tayangan dan Dengar

1. Papan tulis2. Papan magnet3. Papan flannel4. Bingkai Carta5. Image primer6. Image printer7. Transparensi maker8. komputer mikro

1. Radio2. Radio Kaset3. Pita kaset4. Audio card reader

1. Projektor OHP2. Projektor Filem Slaid3. Projektor Filem jalur4. Episcope5. Epivisor

1. TV/VCR2. Projektor dengan suara- filim slaid dengan kaset- filem jalur dengan kaset3. Projektor Filem – 16 mm - 8 mm4. Komputer

1. Lutsinar OHP2. Filem Jalur3. Filim sisipan4. Filem 16 mm/8 mm5. Kaset pita audio6. Kasetpita video7. Carta8. Kain gambar untuk carta pusing9. kad-kad untuk flannel10. Kad-kad untuk audio card reader11. Kad cantuman /imbasan12. Floppy disc / diskette

1. Glob2. Model- model3. Realia4. Bahan- bahan permainan pelajaran:

- catur

- scrable

- sahiba

- saidina

dsb* Sukatan Pelajaran Pengurusan Pusat Sumber Sekolah: Satu Garis Panduan Untuk Kursus Perkhidmatan 1987, Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, halaman 35

Page 7: Kaedah Penyimpanan BBM

Bahan bantu mengajar boleh didapati dalam beberapa

jenis sama ada dalam media unjuran, media bukan

unjuran atau media elektronik.

Proses pemilihan bahan bantu mengajar melibatkan anda mengunakan kaedah-kaedah berikut;

Pilih daripada bahan-bahan sedia ada

Olahan semula bahan-bahan sedia ada

Merekacipta bahan-bahan baru

8.2.1 Pilihan bahan-bahan sedia ada

Untuk membuat pilihan bahan berbentuk ini, kita boleh berpandukan faktor-faktor berikut;

a) Tahap pencapaian pelajar

BBM yang dipilih mestilah sesuai dengan tahap kebolehan dan perkembangan pelajar

dalam bidang akademik, tahap kefahaman serta pendengaran. Bahan tersebut

mestilah dapat diterima dengan mudah oleh semua pelajar.

b) Bentuk objektif proses pengajaran dan pembelajaran

Kandungan bahan mestilah sesuai dan sejajar dengan objektif pengajaran-

pembelajaran. Bahan itu mestilah mempunyai penerangan yang jelas serta mempunyai

aktiviti-aktiviti kelas atau individu yang setara dalam proses P & P.

c) Kaedah pengajaran yang digunakan

Bahan bantu mengajar mempunyai cara atau kaedah penggunaan yang tersendiri. Kita

perlu tahu cara-cara tersebut, misalnya adakah bahan itu boleh digunakan secara

kumpulan atau individu? Perlukah peneguhan secara bertulis atau lisan atau gambaran

atau kesemuanya?

d) Kekuatan atau kelemahan bahan dalam situasi P & P

Sebelum bahan bantu mengajar dapat digunakan secara optimum, kita haruslah dapat

menyelesaikan persoalan-persoalan berikut;

7

Page 8: Kaedah Penyimpanan BBM

- adakah masa yang diperuntukan itu cukup?

- adakah bahan-bahan tambahan itu mencukupi?

- perlukah perbelanjaan dikeluarkan untuk menggunakan bahan itu dan

- sanggupkah pihak sekolah membiayainya?

8.2.2 Olahan semula bahan sedia ada.

Bahan-bahan yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat swasta lazimnya tidak mengikut

kehendak kurikulum sekolah dengan sepenuhnya. Anda bolehlah menggunakan

kebijaksanaannya sendiri untuk mengolah semula bahan-bahan tersebut supaya sesuai

dan relevan dengan tujuan serta objektif P & P

Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kita termasuklah;

a) memperbaiki caption atau label pada poster atau grafik

b) mengubahsuai aras rakaman audio pada rakaman kaset atau video

c) menyunting teks, grafik visual atau rakaman

d) membuat atau melukis semula grafiknya.

8.2.3 Merekacipta bahan baru.

Anda adalah sumber yang paling baik untuk menghasilkan bahan-bahan yang baik,

sempurna dan sesuai di dalam sesuatu situasi P & P. Anda sememangnya arif dalam

beberapa aspek seperti tahap pencapaian pelajarnya, faham tentang tajuk yang

disampaikan serta unggul mengenai objektif P & P yang ingin dicapai. Dalam hal ini,

merekacipta bahan-bahan baru, beberapa persoalan 4W & 1H (Why, What, When, Who

and How) perlu diambil kira terlebih dahulu, disamping perkara-perkara berikut, iaitu;

a) Objketif P & P

- Apakah yang mahu dipelajari oleh pelajar?

- Apakah penggunaan bahan tersebut dapat mencapai objektif yang ingin dicapai?

b) Penonton

- Apakah tahap pencapaian pelajar?

8

Page 9: Kaedah Penyimpanan BBM

- Bolehkah mereka mengikuti arahan atau petunjuk bahan tersebut?

- Adakah pelajar mempunyai kecekapan, kebolehan atau pengetahuan untuk menggunakan bahan itu?

c) Perbelanjaan

- Adakah penyediaan atau penghasilan bahan itu melibatkan kos?

- Bolehkah kita atau sekolah membiayainya?

d) Kepakaran atau kemahiran teknikal

- Adakah kemahiran atau kepakaran tertentu diperlukan untuk membuat bahan itu atau untuk menggunakannya?

- Bolehkah didapati bantuan untuk menghasilkan bahan itu?

- Bolehkah kita membuat bahan itu dengan mudah?

- Bagaimanakah kesan bahan tersebut terhadap ilmu, kemahiran dan sikap pelajar?

8.2.4 Kriteria Pemilihan Bahan Bantu Mengajar

Sebelum anda membina sesuatu bahan, pemilihan bahan perlulah diberi perhatian, iaitu;

BBM haruslah bersesuaian dengan aktivti P & P. Isi kandungan haruslah tepat dan berkait

rapat dengan topik yang hendak diajarkan.

BBM harus mengandungi idea-idea dan rekabentuk yang asli dan tersendiri.

BBM yang hendak digunakan mestilah seimbang atau sesuai dengan objektif P & P

BBM boleh membantu kita dalam aktiviti P & P di mana kita boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat.

Kita mestilah suaidiri terlebih dahulu dengan media ataupun bahan yang bakal digunakan untuk mengelakkan kesilapan atau kelemahan semasa persembahan.

Rekabentuk BBM hendaklah menarik dan berkesan untuk menimbulkan minat pelajar.

BBM mestilah sepadan dengan kaedah pengajaran yang digunakan dan mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi.

BBM yang dipilih itu mestilah sesuai dengan kebolehan dan tahap pencapaian pelajar.

BBM haruslah disediakan dengan kos yang rendah dan dalam masa yang berpatutan.

BBM harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan.

.

8.2.5 Kepentingan Bahan P & P

9

Cetusan Minda

Terangkan objektif yang berkaitan dengan aspek penyediaan

bahan bantu mengajar setelah anda membaca modul ini?

Page 10: Kaedah Penyimpanan BBM

8.2.6 Kepentingan bahan rujukan guru

Bahan seperti sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan buku sumber adalah penting bagi

kita mengkaji dengan teliti supaya dapat mengajar dengan tepat, membolehkan kita merancang

persediaan mengajar dengan berkesan serta menyediakan alat bantu mengajar yang relevan dan

sesuai.

8.2.6 Kepentingan bahan pengajaran guru

Bahan pengajaran merujuk kepada alat bantu mengajar yang digunakan oleh kita semasa

mengajar. Bahan-bahan ini terdiri daripada kapur dan papan tulis, carta, radas-radas, spesimen,

benda-benda maujud, gambar, peta dan glob, rakaman kaset dan video, transparensi dan

projektor, komputer dan LCD.

Kepentingan bahan pengajaran ialah;

1. membantu kita menyampaikan pelajarannya dengan tepat.

2. merangsangkan minat pelajar supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran.

3. memudahkan kita menyampaikan pelajarannya. Dengan BBM kita tidak perlu

menghuraikan sesuatu dengan menggunakan banyak perkataan.

4. kita dapat menjimatkan masa pengajarannya kerana kita tidak perlu lagi menulis

maklumat-maklumat itu di atas papan hitam.

Kepentingan bahan pembelajaran pula ialah;

10

Penglihatan 75%

Pendengaran 13%

Sentuh 4%

Bau 4 %

Rasa 4 %

KUIZ 2 :

Nyatakan 3 cara memilih bahan bantu mengajar? Huraikan salah daripada cara tersebut?

Page 11: Kaedah Penyimpanan BBM

1. membolehkan pelajar menghubungkaitkan di antara benda konkrit dengan fakta-fakta yang

abstrak.

2. membantu pelajar mengukuhkan ingatan. Pelajar biasanya boleh mengingat sesuatu yang

berbentuk konkrit lebih lama daripada bahan-bahan abstrak.

3. membantu pelajar menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan

4. membolehkan pelajar menjalankan kajian, melalui kaedah projek atau kaedah inkuiri-

penemuan dan membuat kesimpulan dengan menggunakan BBM

5. membantu pelajar menyelesaikan masalah secara sendiri dengan menggunakan BBM.

AKTIVITI 1:

Anda dalam kumpulan (2 atau 3 orang) dikehendaki membuat sebuah papan flanel mengikut ukuran dan saiz berikut ;

Cara Membuat Papan Flanel:

Untuk membuat papan flanel, kita memerlukan kayu untuk pemidang (bingkai) dan kuda-kuda, sekeping papan tebal atau papan lapis untuk menutup pemidang dan sehelai kain flanel yang berkualiti untuk dibuat alas. Kekemasan dan kesempurnaan alat amatlah diutamakan.

1. Membuat pemidang2 keping kayu / beluti - 84 sm x 2 sm2 keping kayu / beluti - 55 sm x 2 sm

2. Kuda-Kuda2 keping kayu / beluti - 52 sm x 2.5 sm x 7.5 sm2 keping kayu / beluti - 76 sm x 2.5 sm x 2 sm2 ensel - jenis 1.2 smpaku dan skru

3. Papan Lapis / Papan Tebal - 84 sm x 55 sm x 1.5 mm tebal)

4. Kain Flanel - 89 sm x 61 sm

5. Paku Tekan / stapel

11

Page 12: Kaedah Penyimpanan BBM

8.3 PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN BBM

Pengumpulan dan penyimpanan bahan-bahan bantu mengajar tanpa sebarang sistem tertentu

akan menyusahkan pelajar dan guru. Salah satu punca utama kurangnya penggunaan bahan-

bahan bantu mengajar di sekolah-sekolah ialah kerana kesukaran kita untuk mendapat bahan-

bahan tersebut. Oleh yang demikian, untuk memastikan bahan-bahan 2D dan 3D yang telah

dibuat dan dikumpul dapat digunakan dengan meluas, satu organisasi pengumpulan dan

penyimpanan yang kemas dan lengkap perlulah kita adakan.

ORGANISASI PENYIMPANAN BAHAN P & P

Di dalam bilik darjah, pelbagai jenis ruang pembelajaran seperti ruang bacaan, sudut akademik

serta ruang pengendalian dan penyimpanan alatan atau bahan pembelajaran adalah disediakan

sebagai tempat pelajar-pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Untuk memastikan

keberkesanan penggunaan ruang-ruang pembelajaran tersebut, semua sumber pembelajaran

hendaklah diorganisasikan mengikut cara-cara seperti berikut;

1. Kita hendaklah menyusun BBM secara berasingan mengikut mata pelajaran dan

diletak dalam tempat yang sesuai serta mudah didapati.

2. Satu rekod senarai sumber pembelajaran hendaklah kita simpan untuk rujukan.

3. Cara mengedar, mengutip dan menyimpan BBM @ sumber pembelajaran hendaklah

kita jelaskan kepada pelajar supaya mereka boleh menggunakannya dengan mudah

dan berkesan.

4. Bahan pembelajaran seperti gambar, spesimen, carta, lukisan dan hasil kerja pelajar

boleh kita pamerkan pada papan kenyataan atau digantung pada dinding untuk dibaca

pelajar dari semasa ke semasa.

5. Ruang bacaan hendaklah kita lengkapi dengan buku-buku cerita untuk digunakan

menjalankan aktiviti membaca secara kumpulan.

6. Ruang akademik seperti matematik hendaklah kita lengkapi dengan alat-alat mengira,

benda-benda maujud dan bahan-bahan perdagangan.

7. Kerja penyusunan alat-alat dan bahan-bahan pembelajaran boleh kita uruskan secara

gotong royong. Ada baiknya kerja penyusunan ini kita berikan kepada ketua-ketua

kumpulan supaya mereka dilatih bertanggungjawab menjaga sumber pembelajaran

mereka dalam keadaan baik, kemas dan bersih.

12

Page 13: Kaedah Penyimpanan BBM

8. Ruang penyimpanan hendaklah kita sediakan almari, rak-rak dan kotak-kotak supaya

sumber pembelajaran dapat disimpan dalam keadaan kemas dan teratur bagi

mengurungkan kesesakan serta menambahkan keindahan bilik darjah.

Organisasi penyimpanan bahan P & P adalah amat penting untuk aktiviti pembelajaran dalam bilik

darjah. Sekiranya bahan pembelajaran di dalam bilik darjah diorganisasi dengan baik, teratur dan

sisitematik, keberkesanan interaksi pelajar dengan bahan serta aktiviti pembelajaran akan dapat

kita pertingkatkan.

8.3.1 Kaedah-Kaedah Penyimpanan Bahan P & P

Di antara kaedah yang mudah dan senang kita gunakan termasuklah almari khas, fail-fail ringkas,

album plastik, kotak dan gantungan.

a) Almari Khas

Bahan 2D dan 3D boleh disimpan di dalam almari-almari berasingan. Para-para yang berasingan

ataupun yang berlainan warna boleh digunakan untuk membezakan tajuk koleksi atau pun tahap

bahan koleksi itu. Letakkan label-label yang jelas sebagai rujukan.

Rajah 1 : Almari Khas

13

Apakah yang anda tahu?

1. Apakah yang dimaksudkan olahan semula

bahan bantu mengajar?

2. Nyatakan kriteria pemilihan BBM dalam P &

P?

Almari Khas

Page 14: Kaedah Penyimpanan BBM

b) Fail-Fail Ringkas

Carta, poster dan gambarajah yang mempunyai saiz yang sama besar ataupun mempunyai tajuk

yang serupa boleh kita cantumkan menjadi satu fail berjilid dengan menggunakan tali atau

gegelang. Fail tegak atau fail biasa juga digunakan. Jangan lupa, anda perlu letakkan label yang

jelas pada kulit fail tersebut.

Rajah 2 : Fail-Fail Ringkas

c) Album Plastik

Gambarfoto harus kita simpan di dalam album plastik kerana ini memudahkan kerja-kerja memilih

gambarfoto tersebut. Warna gambarfoto juga akan lebih lama jika kita simpan di dalam album

plastik.

14

Kuiz 3

1. Senaraikan sekurang-kurangnya 3 kaedah penyimpanan BBM

dengan betul setelah membaca modul ini?

2. Nyatakan tujuan penggunaan bahan bantu mengajar setelah memahami

modul ini?

Fail-Fail Ringkas

Page 15: Kaedah Penyimpanan BBM

Rajah 3 : Album Plastik

d) Kotak

Bahan-bahan 3D boleh kita simpan di dalam kotak-kotak bertutup. Kotak boleh diperbuat daripada

kertas keras ataupun daripada papan lapis. Kita harus letakkan label yang jelas pada setiap kotak

yang digunakan.

Rajah 4 : Kotak

5. Gantungan

Bahan 2D boleh kita simpan secara menggantung pada rak-rak khas. Gunakan klip buaya besar

atau penyangkut yang kuat. Kita boleh menggunakan kad warna bahan untuk membezakan tajuk

atau tahap atau bahan yang disimpan itu.

15

Album Plastik

Kotak

Page 16: Kaedah Penyimpanan BBM

Rajah 5: Rak Gantungan

8.3.3 CARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Tujuan kita menggunakan bahan bantu mengajar ialah;

menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.

menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.

16

Kuiz 4 :

Mengapakah bahan bantu mengajar perlu anda organisasikan dengan kemas dan sempurna? Bincangkan?

Rak Gantungan

Page 17: Kaedah Penyimpanan BBM

menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal dan konkrit.

memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan

pelajar.

membina pemikiran yang berterusan, terutama melalui pengunaan filem-filem bergerak.

membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.

menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain

dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Garis Panduan menggunakan BBM/ABM untuk aktiviti pengajaran-pembelajaran adalah seperti berikut;

1. BBM/ABM seperti carta hendaklah kita gantung di suatu tempat yang sesuai supaya pelajar boleh

melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakan carta, kita haruslah membimbing pelajar-pelajar

meneliti fakta yang penting supaya tidak membazirkan masa serta boleh mencapai hasil

pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, kita boleh

menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada pelajar-pelajar bahagian demi

bahagian mengikut urutan penerangan kita. Cara ini boleh menarik minat pelajar serta

membangkitkan daya pemikiran mereka.

2. Sebelum bahan atau peralatan kita edarkan kepada pelajar untuk kerja praktis atau amali, kita harus

memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan

tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang ditetapkan.

3. Kita harus tunjukkan BBM kepada pelajar hanya pada masa yang perlu sahaja. Jika sesuatu BBM

ditunjukkan lebih awal, pelajar-pelajar akan asyik tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan

kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran kita.

4. Kita harus membimbing pelajar-pelajar membincang fakta-fakta penting yang terkandung dalam

BBM. Selepas itu, kita harus adakan aktiviti penilian terhadap tindak balas pelajar tentang hasil

penggunaan BBM itu dengan tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif P & P.

5. BBM yang telah selesai kita gunakan haruslah dikumpul semula dan disimpan dengan baik di

tempat yang selamat.

6. BBM haruslah digunakan untuk membantu kita dalam aktiviti P & P dan ia tidak boleh menggantikan

tempat kita. Penggunaan BBM haruslah sesuai dengan aktiviti P & P supaya mencapai objektif

pelajaran yang ditentukan.

Pada amnya, cara menggunakan bahan bantu mengajar hendaklah kita uruskan dengan betul dan

cekap supaya pelajar-pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan

17

Page 18: Kaedah Penyimpanan BBM

mereka. Nilai sesuatu BBM yang baik akan terjejas sekiranya alat itu tidak kita sediakan mengikut

kriteria-kriteria yang telah dihuraikan atau penggunaannya kurang cekap dan berkesan atau

penyimpanan yang kurang sistematik

8.3.4 KOMPONEN HARDWARE & SOFTWARE DALAM PENDIDKAN ICT

A) PERKAKASAN (HARDWARE)

Perkakasan (hardware) dalam sistem rangkaian kita merangkumi beberapa komponen

yang berbentuk fizikal. Komponen ini termasuk komputer, peralatan rangkaian seperti

modem, mesin cetak, fax, unit backup, peranti simpanan fail dan sebagainya. Komponen

perkakasan yang lain termasuk kabel yang kita gunakan untuk menyambungkan beberapa

komputer dan peralatan dalam dua rangkaian melalui penyambung (connector) adalah

digunakan demi memudahkan pertukaran maklumat. Jenis penyambung yang sering kita

gunakan dipanggil sebagai bridge.

Perkakasan (hardware), adakah anda tahu maksud ini ? Hmm... perkakasan membawa

maksud, komponen-komponen utama yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer.

Contoh perkakasan ialah, PEMPROSES (processor), INGATAN (memory) dan PEMACU

(drive). Pada ruangan ini, kita akan mengenali secara kasar, apakah perkakasan komputer

yang membolehkan komputer dapat berfungsi dan berinteraksi dalam pendidikan. Istilah

Bahasa Inggeris juga turut disertakan untuk mengelakkan kekeliruan dalam mengenali

perkakasan komputer.

Sebelum anda mengenali komputer dengan lebih dekat, sebaiknya anda perlu mengenali

apa itu perkakasan luar komputer, seperti, papan kekunci, tetikus, monitor, pencetak,

pengimbas, dan lain-lain.

Pemproses, dikenali juga sebagai PROSESSOR. Ia merupakan pusat utama bagi

sesebuah komputer dan berperanan sebagai 'jantung' untuk memproses data dan laluan

data keluar dan masuk. Pemproses bertindak memproses segala data (input/output) untuk

diterjemahkan supaya data-data input dapat kita lihat di monitor dan dikeluarkan melalui

Kad Bunyi (sound card).

18

Page 19: Kaedah Penyimpanan BBM

Antara contoh pemproses yang kita boleh dapatkan dalam pasaran ialah i486, Intel

Pentium II, Intel Pentium III, Pentium IV, Intel Celeron, AMD K6-2, Cyrix 6x86, dan

Motorolla PowerPC. Unit ukuran yang digunakan untuk mengukur nilai kelajuan pemproses

ialah HERTZ (Hz). Kelajuan pemproses pada zaman dahulu adalah dalam lingkungan 1

Mhz (1000 Hz) hingga 75Mhz (75000 Hz). Manakala, kebanyakan pemproses pada hari ini

mempunyai kelajuan yang sangat tinggi, iaitu dalam lingkungan 100 Mhz (100000 Hz)

hingga 1.5 Ghz (1500000 Hz). Antara contoh pemproses yang berkelajuan tinggi ialah,

Intel Pentium II, Intel Pentium III, Intel Pentium IV, Intel Celeron, dan AMD K6-2.

Jadual dibawah menunjukkan kelajuan-kelajuan pemproses.

Pemproses     Kelajuan

Intel Pentium  75 Mhz, 100 Mhz, 133 Mhz, 166 Mhz, 166 Mhz MMX, 200 Mhz MMX.

Intel Pentium II  200 Mhz, 233 Mhz, 366 Mhz, 400 Mhz.Intel Pentium III  400 Mhz, 466 Mhz, 566 Mhz, 866 Mhz.Intel Pentium 4  1 Ghz, 1.2 Ghz

AMD K6-2  300 Mhz, 400 Mhz, 450 Mhz, 500 Mhz, 550 Mhz.AMD Duron  -NA-AMD Athlon  700 Mhz

Cyrix 6x86 M2  200 Mhz, 233 MhzCyrix 6x86 M3  333 Mhz

 

Ingatan (Memory)

Ingatan komputer disebut 'memory', istilah yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris.

Dalam sesebuah sistem komputer, terdapat berbagai-bagai jenis memori. Antaranya ialah,

Cache Memory, BIOS Memory dan SIMM-RAM (Single Inline Memory Module - RAM) /

DIMM-RAM. Pada asasnya, terdapat dua jenis memori, iaitu, Memori Kekal dan Memori

Sementara. Cache Memory dan SIMM-RAM tergolong dalam Memori Sementara atau

juga dipanggil RAM (Random Access Memory), manakala BIOS memory adalah tergolong

dalam Memori Kekal atau juga dipanggil ROM (Read Only Memory).

Cache Memory biasanya terdapat pada papan induk dan pada prosessor. Cache memory

pada sesebuah prosessor mempunyai dua peringkat, iaitu Cache Lever 1 dan Cache Lever

2. Keluasan kedua-dua memori ini mempengaruhi kelajuan sesebuah prosessor. Saiz

cache memory pada prosessor biasanya sebesar 128 hingga 256 kb (Kilobytes).

19

Page 20: Kaedah Penyimpanan BBM

SIMM-RAM / DIMM-RAM adalah merupakan memori utama yang diperlukan oleh sistem

komputer untuk menjalankan operasi. Memori jenis ini biasanya dipanggil dengan

perkataan RAM sahaja. RAM mempunyai berbagai-bagai jenis, seperti FP Mode-RAM,

EDO-RAM, SD-RAM dan RD-RAM. Komputer pada masa dahulu menggunakan FP Mode

RAM dan EDO-RAM. RAM jenis ini adalah pendek dan mempunyai 72-pin dan berfungsi

dalam kelajuan 33 hingga 66 Mhz dalam pemindahan data.

EDO-RAM EDO-RAM

Gambar rajah dibawah menunjukkan papan induk socket 7 dan kedudukan slot EDO-RAM...

Selain itu, RAM yang berjenis, FP-

Mode (Fast Page Mode), adalah RAM

yang jarang didapati dan RAM ini

mempunyai kelebihan tertentu dari segi

pemindahan data. RAM FP-Mode ini

mempunyai saiz yang sama dengan

EDO-RAM. Manakala RD-RAM adalah

RAM yang masih jarang didapati. Ini

kerana, RD-RAM hanya digunakan

untuk sistem yang berkelajuan 1Ghz ke

atas.

SD-RAM

SD-RAM (Sycronize Dynamic-RAM) adalah pilihan RAM yang terbaru dan berfungsi dalam

berbagai-bagai kelajuan. Antaranya ialah, 66 Mhz, 100 Mhz dan 133 Mhz. Kelajuan-

kelajuan ini juga dikenali dengan panggilan 'PC-100' untuk SD-RAM berkelajuan 100 Mhz

dan 'PC-133' untuk SD-RAM berkelajuan 133 Mhz. RAM yang mempunyai <null>-pin ini

20

Page 21: Kaedah Penyimpanan BBM

mampu untuk menampung FSB papan induk dan kelajuan CORE prosessor yang

berkelajuan 66 Mhz hingga 133 Mhz. Pada sistem komputer yang menggunakan prosessor

berkelajuan 200 Mhz keatas, SD-RAM menjadi pilihan kerana dapat menyokong kelajuan

prosesor.

Gambar rajah dibawah menunjukkan dimana kedudukan dan jenis slot SD-RAM...

 

Cache Memory

Cache Memory pula terletak di atas papan utama dan kelihatan seperti sekumpulan litar

terkamil (IC). Cache Memory pada prosessor pula terletak pada prosessor.

ROM - BIOS

Memori yang terdapat dalam BIOS adalah bersifat kekal dan tidak boleh diubah-ubah

kandungannya. Memori ini sebenarnya adalah Firmware. Memori ini berfungsi untuk

menjalankan arahan-arahan ringkas untuk permulaan menghidupkan sistem komputer

sebelum, arahan-arahan yang dikeluarkan oleh prosessor. Arahan yang terkandung dalam

memori BIOS ini juga adalah digunakan untuk menyimpan data-data mengenai konfigurasi

komputer seperti saiz pemacu cakera keras, kelajuan prosessor, dan penetapan APM

(Advanced Power Management). Untuk menyimpan data-data ini, sedikit bekalan kuasa

elektrik masih diperlukan, dan ini merupakan tugas bateri (yang terdapat pada papan

induk) untuk membekalkan kuasa walaupun komputer telah dimatikan suisnya.

Mainboard

21

Page 22: Kaedah Penyimpanan BBM

Mainboard atau Papan Utama juga

dikenali sebagai Motherboard (Papan

Induk) adalah merupakan papan litar besar

yang menempatkan komponen-komponen

utama komputer seperti pemproses

(prosessor), ingatan (memory) dan juga

kad-kad tambahan seperti Kad Bunyi

(Sound Card), Kad Paparan (Display Card)

dan juga Modem Dalaman (Internal

Modem).

Pada papan utama (mainboard), terdapat komponen-komponen elektronik seperti IC,

perintang dan juga kapasitor. Komponen ini menjalankan fungsi-fungsi yang tertentu.

Selain itu, terdapat Slot iaitu tempat kad-kad tambahan dimasukkan.

Papan utama dikelaskan berdasarkan jenis soket atau jenis pemproses yang boleh

disokong. Antaranya ialah, papan induk Socket 3, papan induk Socket 7, papan induk

Socket 370, papan induk Slot 1, dan papan induk Slot A. Setiap soket yang terdapat pada

papan induk ini, menyatakan jenis pemproses yang boleh dimasukkan.

Jadual dibawah menunjukkan jenis soket dan pemproses yang boleh digunakan.

Jenis Papan Induk PemprosesSocket 3 i386, i486 dan setarafSocket 7 Intel Pentium, AMD K6-2, Cyrix 6x86 dan setaraf

Socket 370Intel Pentium II, Intel Pentium III, Intel Celeron PPGA, Cyrix 6x86 M3

Slot 1 Intel Pentium II, Intel CeleronSlot A AMD Duron, AMD Athlon

B) PERISIAN (SOFTWARE)

22

KUIZ 5 :

Huraikan perbezaan antara perkakasan dan perisian dalam pendidikan multimedia?

Page 23: Kaedah Penyimpanan BBM

Perisian (software) merupakan sesuatu program komputer. Ia mengandungi suatu set

arahan dalam bahasa spesifik yang mengarah komputer supaya melaksanakan operasi ke

atas data terkandung dalam program itu atau dibekalkan oleh pengguna.

Perisian rangkaian merangkumi program yang dioperasikan oleh komputer-komputer

dalam rangkaian. Sistem Operasi Rangkaian merupakan perisian yang utama dalam

rangkaian kerana sistem ini mengorganisasi dan menyelenggarakan segala aktiviti dalam

rangkaian itu. Jenis perisisan rangkaian yang lain adalah dihuraikan secara ringkas seperti

berikut;

1. Pemacu Rangkaian (Network driver) : Perisian ini membenarkan komputer supaya

menggunakan kad antara muka rangkaian (network interface card) untuk berkomunikasi

dengan rangkaian yang berkenaan.

2. Perisian aplikasi (Application Software) : merangkumi program digunakan dalam komputer

yang bersambung kepada sesuatu rangkaian. Program ini termasuk word processors,

spreadsheet dan lukisan.

3. Pelayan (Server Software): Perisian ini merupakan perkhidmat komputer yang

membolehkan maklumat dan sumber disalurkan kepada komputer-komputer lain dalam

rangkaian. Perisian ini adalah digunakan untuk membolehkan server itu menjalankan

sesuatu tugas spesifik, misalnya memproses e-mail.

4. Perisian Pengurusan (Management software): Perisian digunakan mengendalikan lebih

daripada 20 buah komputer dalam rangkaian. Ia membolehkan pentadbir rangkaian untuk

mengorganisasi dan mengendalikan sesuatu rangkaian secara lebih berkesan.

5. Pakej Perisian : Perisian ini merangkumi pelbagai aplikasi, misalnya Microsoft Office

bukan sahaja boleh berfungsi sebagai pemprosesan perkataan tetapi juga boleh

digunakan untuk mereka bentuk laman web, memanjangkan dan menerima e-mail,

memperolehi dan menghantar data melalui downloading dan uploading, dsb.

6. Perisian Sekuriti : Perisian ini mempunyai dinding kebakaran (firewall) yang kuat.

Misalnya, Windows XP SP 2 boleh melindungi pengguna komputer daripada serangan

virus dan hacker dengan menyediakan Windows Firewall dalam perisiannya.

CARA PENGGUNAAN PERISIAN

Pastikan anda menggunakan perisian software - Windows 98SE,Me, 2000,XP.

23

Page 24: Kaedah Penyimpanan BBM

Kelajuan CPU Pentium ll ke atas

Memiliki Ram 64MB dan keatas

Pastikan anda telah memasukkan perisian Quick time, media player dan Winamps yang disediakan.

PENGGUNAAN PERISIAN DALAM PENDIDIKAN

Membantu kita menjalankan tugas dengan lebih bersistematik.

Pelajar dan guru boleh mendapatkan maklumat dengan mengakses data.

Terdapat berbagai jenis perisian aplikasi yang guru dan pelajar boleh gunakan dalam membantu proses P & P.

Dapat memotivasikan pelajar dengan lebih yakin dan berkesan.

8.3.5 INTREGRASI HARDWARE DAN SOFTWARE DALAM P & P

Pengintergrasian wujud apabila anda menghasilkan sebuah slaid bahan pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer terdiri daripada jenis grafik , fotografi, video, animasi,

MS Word, MS Power Point, MS Excel dan sumber dari laman web di internet.

Pengintergarsian bahan-bahan ini amat penting untuk anda mendapatkan hasilan yang

bermutu serta berteknologi tinggi serta dapat memperkayakan maklumat yang sedia ada.

Berdasarkan rancangan pengajaran dan pembelajaran harian yang kita sediakan,

pengintegrasian menggunakan teknik hyperlink dan kemudiannya kita aplikasikan dalam

langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran.

Antara bahan yang boleh kita gunakan ialah :-

A) Bahan Grafik

Gambar yang kita gunakan sebagai reprentasi untuk mengkomunikasikan pesan atau

informasi kepada seseorang, Cara penyampaian yang paling berkesan adalah dengan

menggunakan gambar sebenar atau lukisan lakar atau garis yang jelas tentang objek

tempat dan konsep. Gambar pada umumnya lebih representatif daripada lukisan lakar.

B) Fotografi

24

Page 25: Kaedah Penyimpanan BBM

Medium fotografi tergolong sebagai media pegun dan tayang (slaid) yang boleh kita

gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Perkataan fotografi ini jika dilihat

pada etimologinya berasal dari dua perkataan Greek seperti Photos bererti cahaya dan

Graphein membawa erti tulis / lukis. Dari dua perkataan ini apabila kita gabungkan dapat

membawa maksud sesuatu proses penghasilan imej yang boleh dilihat dengan mata kasar

dalam bentuk cetakan akibat daripada tindakan cahaya dengan gabungan seni dan sains.

Perkembangan terbaru dalam teknologi berimej telah membawa perubahan dari teknologi

analog ke pada teknologi digital. Kelebihan pada kemera ini adalah pada proses rakaman

gambar. Ia gunakan teknologi video yang merakam gambar menggunakan pola binary

(impulse electric) pada cekera berformatkan digital melalui CCD (charge couple device)

yang menukar tenaga cahaya ke bentuk digital.

C) Video

Video menyatukan pergerakan, warna, audio dan teks, menjadikannya penyampai idea

dan maklumat yang baik dan lengkap berbanding dengan media yang lain. Melalui video,

kita akan mendapat pengalaman yang mungkin tidak dapat di alami sekiranya maklumat

disampaikan dengan media lain.

Pada hari ini teknologi video telah banyak memberi kesan yang besar terhadap kehidupan

kita. Dengan adanya teknologi digital sekarang peranan dan fungsi video semakin meluas

dalam kehidupan kita seharian. Selain itu video memberi pengalaman kepada pelajar

terhadap peristiwa masa lampau, masa kini dan masa hadapan. Pelajar boleh dibawa

mengembara ke kutub, ke gurun, ke dasar laut ke angkasa lepas tanpa ke sana tapi

dengan menonton video di dalam kelas.

Kelebihan Video

25

Slaid Projektor

Page 26: Kaedah Penyimpanan BBM

Pergerakan imej boleh menjelaskan konsep dengan lebih baik terutama apabila pencernaan terhadap pergerakan adalah penting.

Proses menunjukkan langkah-langkah yang berturutan seperti dalam mejalankan tunjuk ajar amali sains atau menjalankan sesuatu prosedur

Pencerapan tanpa risiko, rakaman video membolehkan pelajar menonton fenomena yang merbahaya untuk dilihat secara terus seperti letusan gunung berapi, peperangan dan sebagainya.

Perfileman, video boleh melakonkan semula peristiwa sejarah dan menghidupkan semula sejarah silam dan ini akan menarik minat pelajar.

Pembelajaran kemahiran, memerlukan pencernaan dan latihan yang kerap. Video membolehkan pencernaan dilakukan berulang.

Pembelajaran afektif, kerana potensinya tinggi untuk memberi impak emosi, video berbentuk dokumentari dan propaganda sering digunakan untuk membentuk sikap masyarakat.

Penyelesaian masalah, untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan penonton membincangkan sesuatu isu untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Memahami budaya, tayangan video boleh memberi gambaran terhadap sesuatu budaya supaya dapat menghargai dan menghormati budaya masyarakat lain.

Kelemahan Video

Kadar maju yang tetap, walaupun video boleh diulang-ulang namun tayangan masih

berjalan pada kadar maju yang tetap maka pelajar tidak dapat mengikuti dan ada yang

tidak sabar untuk menunggu sehingga selesai.

Fenomena pegun, tidak sesuai dalam keadaan pegun seperti merakam peta , carta

organisasi dan sebagainya.

Salah tafsir dalam persembahan drama atau dokumentari kadangkala terdapat isu yang

kompleks serta mudah berlaku salah tafsir terhadap apa yang hendak disampaikan seperti

kaedah pencernaan “flash back” dan sebagainya.

D) Audio

26

KUIZ 6 :

Jelaskan pengintegrasian hardware dan software dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Page 27: Kaedah Penyimpanan BBM

Pada umumnya deria dengar cuma 13% penggunaan daripada semua penggunaan deria

yang lain. Audio dan bunyi adalah tenaga gelombang mekanikal atau gelombang bunyi

yang berubah apabila berlakunya tekanan udara yang bergerak disekeliling kita.

Perubahan tekanan udara ini adalah hasilan getaran molekul atau jirim udara yang

gegendang telinga dapat mengesan dan diinterpetasikan oleh saraf otak terdapat sesuatu

bunyi.

Medium audio yang menjadi perantaraan penyampai dengan pendengar boleh menjadi

pendorong pada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.terutama

pada media yang melibatkan deria dengar. Kita menggunakan audio dalam pengajaran

perlu merancangkan aktiviti yang boleh mengaktifkan pelajar sama ada di luar atau di

dalam bilik darjah. Untuk menghasilkan suara dan muzik yang berkualiti kita perlu kenal

pasti tentang peralatan seperti perakam dan mikrofon yang sesuai. Terutamanya pada

keadaan dan situasi rakaman yang hendak dirakamkan.

8.3.6 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

Kalau anda nak tahu, komputer merupakan;

Mesin pelbagai guna untuk menerima dan memproses data untuk dijadikan maklumat

Mula digunakan pada tahun 1944 “Mark I / IBM. Diperbaiki lagi teknologinya pada tahun 1946 di Amerika Syarikat menggunakan tiub vakum dan bersekala besar.

Genarasi ke 2 menggunakan transistor dan diodes dibangunkan pada awal 1950an, ianya lebih laju, fleksibel dan teknikal.

Generasi ke 4 dibangunkan pada awal 1970an menggunakan cip mikroprosesor , cakera liut untuk storan data.

Perkembangan Multimedia dan internet pada awal 1990an menyebabkan pembangunan komputer begitu pesat dengan peningkatan kelajuan CPUnya dipertingkatkan 2 kali ganda setiap 3 tahun.

Projek ICT yang dilaksanakan kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan sekolah Bistari(1999), Projek Litrasi Komputer (1992) dan banyak lagi telah bermula di Malaysia pada tahun 1986.

ICT dalam pengajaran dan pembelajaran membawa banyak perubahan kepada pendekatan “objektif” kepada konstruktif dan mementingkan “kemahiran generik”.

8.3.7 PERANAN KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

27

Page 28: Kaedah Penyimpanan BBM

Apakah peranan computer? Di antara nya ialah;

Tutor – Berfungsi sebagai pengajar dalam sesuatu mata pelajaran. Komputer diprogramkan terlebih dahulu oleh guru pakar untuk disampaikan kepada pelajar melalui kaedah terancang.

Tool – Membantu pelajar dan guru untuk menghasilkan sesuatu seperti membuat perkiraan atau analisis produk, menaip fakta dan banyak lagi.

Tutee – Sebagai alat yang perlu diajar, membuat atau melaksanakan sesuatu kerja mengikut objektif atau sasaran dengan tepat dan tuntas.

8.3.8 PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN.

Bagaimana dengan Internet? Secara ringkasnya ialah;

Internet tidak asing lagi dikalangan pelajar.

Merupakan sumber untuk mendapatkan maklumat.

Menggunakan rangkaian “wired” atau “wireless” telah diperluaskan di negara kita.

Penggunaannya perlu dibimbing untuk memilih atau menentukan

maklumat yang terdapat di web itu benar atau tidak. Menentukan sumber

apakah yang sesuai dan tidak sesuai ketika pelajar melayari internet.

Pengesahan Sumber Internet

Terdapat 5 ciri umum untuk menilai sesuatu sumber dari internet :

1. Ketepatan ( Accuracy): Kandungan isi yang dinyatakan itu didapati tepat dan ada unsur tanggungjawab.

2. Bukti dan Keterangan Pengarang (Authoriti) : Lihat kelayakan dan reputasi pengarang yang menerbitkan bahan tersebut, lihat juga sumber rujukkannya.

3. Berobjektif (objectivity ) : Bahan yang tidak menyebelahi satu pihak sahaja.

4. Terkini (Currency) : Bahan yang menyampaikan maklumat yang terkini. Lihat tarikh hak ciptanya.

5. Liputan (Coverage) : Liputannya komprehensif, ekstensif dan intensif

KESIMPULAN:

28

Page 29: Kaedah Penyimpanan BBM

Dalam era globalisasi, teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berkaitan dengan

usaha-usaha memudahkan pembelajaran kita termasuklah mengenal pasti semua bahan-

bahan pembelajaran, mengembangkan sistem-sistem pengajaran, menyampaikan sumber-

sumber ini kepada pelajar-pelajar dan menguruskan proses-prosesnya termasuklah

pengurusan bahan-bahan elektronik. E-Pembelajaran telah mengurangkan beban kita

dalam penyediaan bahan bantu mengajar dan cara penyampaian. Pembudayaan

teknologi maklumat dan komunikasi ‘ICT’ bukan lagi dalam sektor ekonomi tetapi ia

berperanan besar dalam pendidikan. Perkongsian maklumat boleh berlaku dengan

berkesan melalui teknologi ini dalam pendidikan. E-Pembelajaran walaupun bukan

penyelesaian menyeluruh tetapi adalah pilihan yang baik untuk kita merealisasikan

pengajaran dan pembelajaran menggantikan kaedah tradisi ‘chalk and talk’

Dengan itu, penggunaan komputer dalam pendidikan telah membawa kita banyak

perkembangan kepada sistem pendidikan yang semakin canggih. Ia juga membawa

reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam

teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaran-pembelajaran serta kemahiran dan

latihan guru. Dalam hal ini, kementerian Pelajaran Malaysia telah membudayakan

penggunaan komputer melalui program CAE, CAI, CMI dan CAT (rujuk glosari)

Perkembangan Sekolah Bestari dalam alaf baru telah menjadi arah-aliran dalam

perkembangan pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari merupakan sekolah yang satu-

satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan

dijangkakan akan cukup mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran wawasan

negara. Lantaran itu, pemasangan prasarana IT, bukan sahaja membolehkan kita

menggunakannya untuk pengajaran-pembelajaran, tetapi juga berkomunikasi dengan ibu

bapa dan komuniti persekitaran, serta memperoleh maklumat dari sumber luar seperti

perpusatakaan awam, sektor perindustrian dan institusi pendidikan melalui Jaringan

(network). Sesungguhnya bahan bantu mengajar (BBM) dapat memudahkan tugas kita

dalam proses P & P serta melahirkan seorang pendidik yang kreatif, kritis, inovatif dan

berwawasan..

29