He bab 2 (a)

38
KERANGKA TEORI HUBUNGAN ETNIK

Transcript of He bab 2 (a)

Page 1: He bab 2 (a)

KERANGKA TEORI

HUBUNGAN ETNIK

Page 2: He bab 2 (a)

EKOLOGI PARKROBERT E. PARK (1950) – persoalan

berkaitan dengan hubungan ras. Dipengaruhi dengan teori Darwin (1859),

“kemenangan bagi yg tergagah”. Menurut Park, manusia mempunyai 2 bentuk

warisan;a) Ahli kumpulan ras - Mewarisi pusaka biologikal.b) Ahli kumpulan sosial - Mengetahui daripada

komunikasi warisan sosial kumpulan.

Page 3: He bab 2 (a)

EKOLOGI PARKROBERT E. PARK (1950) Teori ini boleh difahami melalui 4 usul:a) Penghijrahan membawa bersama – fenotaip

ras yg berbeza.b) Persaingan perhubungan – individu sedar akan

ciri2 status yang membezakan mereka.c) Kelainan darjat dan status.d) Prejudis – kesedaran kumpulan & pertahankan

kepentingan.

Page 4: He bab 2 (a)

EKOLOGI PARK Merupakan satu perasaan pemisahan atau pemisahan sosial

yang benar-benar wujud diantara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok.

Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok atau diantara kelompok.

Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persafahaman antara kelompok.

Semakin besar jarak sosial diantara dua kelompok, maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persefahaman antara kedua-duanya.

Page 5: He bab 2 (a)

FREUDIAN John Dollard (1937) – konsep PREJUDIS untuk mempertahankan hak orang kulit

putih. Usul Dollard:a) Kekecewaan psikologi individu daripada kehidupan sosial.b) Kekecewaan dapat dikurangkan melalui kekerasan.

Kekerasan lebih senang diluahkan ke atas sasaran tertentu. Bagi orang kulit putih, kehitaman dikaitkan dengan ketakutan dan keinginan yg

terpendam. Semakin lemah kuasa kelompok minoriti, semakin sesuai ianya dijadikan sasaran.

Di mana sahaja kekerasan secara berterusan diluahkan, ianya akan diikuti oleh kekerasan melimpah hingga menambahkan lagi elemen irasional kpd tindakan rasional pada peringkat awal lagi.

Page 6: He bab 2 (a)

FUNGSIONALISME Talcott Parsons (1975), W.Lloyd Warner(1945),

Kingsley Davis(1948) dan Gunnar Myrdal(1944). Teori - individu bertindak secara intensif dan

dikawal oleh hukuman dan denda. Individu mengejar kepentingannya tetapi

masyarakat mengikut kepentingan ini dalam pola yg sama sebab wujudnya pembahagian buruh dan individu juga berkongsi nilai bersama yang memakmurkan dan mensejahterakan masyarakat.

Page 7: He bab 2 (a)

KELASOliver Cox (1948) dgn merujuk masalah

kelas dan sistem kasta di Amerika.Prejudis dan ideologi ras seperti sikap

rendah diri dipupuk dan digunakan sebagai alat politik dan ekonomi kapitalis.

Hubungan ras – PROLETARIAT-BORJUIS.

Page 8: He bab 2 (a)

KELAS Usul Cox: a) Kapitalis mengaut keuntungan dan meletakkan buruh sebagai kelas bawahan.b) Mendukung ketidaksamarataan iaitu kulit putih dan hitam.c)Wujud ras kerana menguntungkan kapitalis.

Page 9: He bab 2 (a)

MAJMUK J. S Furnivall (1948) dan M. G. Smith (1965)

- konsep masyarakat majmuk. Untuk mengenal pasti masyarakat di Asia

Tenggara di mana wujud satu rantai manusia pelbagai kumpulan anak tempatan.

Masyarakat majmuk itu didefinisikan sebagai mereka bergaul tetapi tidak bergabung.

Page 10: He bab 2 (a)

MAJMUK Setiap kumpulan berpegang dengan agama

masing-masing, kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri.

Sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar iaitu semasa membeli dan menjual.

Page 11: He bab 2 (a)

MAJMUK Wujud satu masyarakat plural di mana pelbagai

bahagian komuniti hidup sebelah menyebelah, tetapi berasingan dalam unit politik yang sama.

Manakala dalam bidang ekonomi berlaku pembahagian buruh mengikut garisan ras

Page 12: He bab 2 (a)

Loe Kuper (1974-1977) mengkritik teori struktur fungtionalisme dan Marxisme kerana tidak menjelaskan teori masyarakat yang dipisahkan oleh etnik dan ras.

Usul Kuper a) Masyarakat dibezakan dgn fenotaip, ekonomi

dan politik.b) Konflik berlaku disebabkan garis pemisah ras,

bukan kelas.c) Ras ditentukan oleh sejarah.

MAJMUK

Page 13: He bab 2 (a)

PASARAN BURUH TERPISAH Edna Bonacich (1972) akibat perebutan kuasa dlm

pasaran buruh. Buruh dipisahkan dgn garis etnik, iaitu tiga kelas utama:a) Peniaga nak buruh murah dan lemah utk bersaing

dengan peniaga lain.b) Buruh yang dibayar gaji tinggi disaingi dgn buruh

murah.c) Buruh bergaji tinggi akan mencari jalan untuk

mengukuhkan kedudukan mereka dengan cara mendesak agar buruh murah dikeluarkan dari kawasan mereka.

Page 14: He bab 2 (a)

PILIHAN RASIONALThomas Sowell (1975), Thomas

Schelling (1978), Michael Banton (1983) dan Mansor Mohd. Noor (2000).

Teori Pilihan Rasional yang menjurus kepada realiti sosial dengan cara melihat pilihan tingkah laku manusia di peringkat individu dan kumpulan.

Page 15: He bab 2 (a)

Teori pilihan rasional mengandaikan; individu mempunyai matlamat dan kecenderungan

yang berbeza. Individu bertindak untuk memaksimumkan

ganjaran material dan kedudukan sosial. tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen

peribadi dan kepercayaan terhadap kelompok sebayanya.

Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain akan tertutup.

PILIHAN RASIONAL

Page 16: He bab 2 (a)

Teori pilihan rasional mengandaikan; semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang

dibuat, individu berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat dengan individu.

Namun, apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, dia akan berpaling kepada soal-soal keagamaan dan ketuhanan.

Apabila individu memilih untuk mempertaruhkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan kebudayaan, batas kumpulan bersifat terbuka.

Apabila individu memilih untuk mempertaruhkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan fizikal, batas kumpulan bersifat tertutup.

PILIHAN RASIONAL

Page 17: He bab 2 (a)

SISTEM EKOLOGIKAL BRONFENBRENNER

Urie Brofenbrenner (1986, 1997). Perkembangan manusia dipengaruhi oleh sistem atau

budaya di sekeliling. Membahagikan persekitaran ekologikal kpd 5 sistem:

MIKROSISTEM MESOSISTEM EKSOSISTEM MAKROSISTEM KRONOSISTEM

Page 18: He bab 2 (a)

SISTEM EKOLOGIKAL BRONFENBRENNER

• Persekitaran yg terdekat.• Interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak

masa.• Pengaruh besar ke atas tingkah laku.• Cth: keluarga

MIKROSISTEM

• Perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain.• Cth: keluarga vs sekolah

MESOSISTEM

• Pengalaman dengan persekitaran yg tidak melibatkan individu secara langsung, tetapi keputusan yg diambil memberi kesan kepada orang lain.

EKSOSISTEM

Page 19: He bab 2 (a)

SISTEM EKOLOGIKAL BRONFENBRENNER

• Perkembangan individu yg dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat.

MAKROSISTEM

• Perubahan keadaan dalam sesuatu tempoh masa.KRONOSIST

EM

Page 20: He bab 2 (a)
Page 21: He bab 2 (a)

TAHAP HUBUNGAN

ETNIK

Page 22: He bab 2 (a)

TAHAP-TAHAP HUBUNGAN ETNIK

SegregasiAkomodasi

AkulturasiAsimilasi

Amalgamasi

Page 23: He bab 2 (a)

TAHAP-TAHAP HUBUNGAN ETNIK• Pemisahan antara etnik.SEGREGASI• Sedar perbezaan budaya. Hidup

dengan harmoni.AKOMODASI• Minoriti menerima budaya majoriti,

tanpa ubah budaya asal.AKULTURASI• Minoriti terima budaya dominanASIMILASI• Percampuran membentuk kelompok

baharu. Kahwin campurAMALGAMASI

Page 24: He bab 2 (a)

SEGREGASI MAKSUD: pemisahan manusia dan

menggelakkan sebarang bentuk hubungan.

Hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara

Berlaku atas dasar agama, ras, kebudayaan, dan ciri etnik lain.

Boleh berlaku secara de jure (undang2) atau de facto (tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam).

Page 25: He bab 2 (a)

CONTOH SEGREGASI DASAR APARTEID:

Dasar keterpisahan kerajaan minoriti kulit putih Afrika Selatan (1948 – 1994).

Penduduk Afrika Selatan dibahagikan kpd 4 kategori; kulit putih, hitam, berwarna dan asia.

UNDANG2 JIM CROW:Undang2 negeri dan tempatan Amerika

Syarikat (1876-1965).Layanan yg berbeza antara kulit hitam dan

putih.

Page 26: He bab 2 (a)

AKOMODASI Proses - etnik-etnik menyedari norma dan nilai

mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai.

Proses penyesuaian ini berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (kepelbagai bahasa, agama & kepercayaan secara bebas)

Page 27: He bab 2 (a)

AKOMODASI Diperingkat pemerintahan pusat, setiap etnik

menghantar wakil yang mewakili etnik masing-masing.

Namun dalam institusi-institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan mereka adalah saling bergantungan antara satu dengan lain.

Formula: {A+B+C = A+B+C}

Page 28: He bab 2 (a)

AKULTURASI Terjadi apabila manusia dalam kumpulan

minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah laku (budaya) golongan majoriti.

Proses ini merupakan proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan majoriti tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.

Akulturasi lebih mudah melibatkan benda bersifat kebendaan dan yang mendatangkan manfaat.

Page 29: He bab 2 (a)

AKULTURASI Masyarakat yg melakukan pemindahan budaya

akan turut melakukan penyesuaian dengan persekitaran mereka.

Proses akulturasi mengakibatkan perubahan struktur budaya kpd budaya asal, budaya peminjam atau mungkin kedua-duanya.

Manusia bertindak sebagai ketua untuk memilih perkara-perkara yang perlu dikekalkan dan diserapkan ke dalam budaya sendiri.

Page 30: He bab 2 (a)

AKULTURASI

Formula:

{A+B+C =Abc+Bac+Cab}

PINJAM PINDAH PILIH PENYESUAIAN

Page 31: He bab 2 (a)

FAKTOR MEMPENGARUHI AKULTURASI

Keluasan budaya

Jumlah populasi

Kekerapan berinteraksi

dengan budaya luar

Perubahan persekitaran fizikal dan

sosialInovasi Sikap terbuka

Page 32: He bab 2 (a)

ASIMILASI Proses percantuman dan penyatuan di antara

etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

Konsep yg menyatakan tentang kemasukan ke dalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan perkaitan rapat.

Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza iaitu berdasarkan kepada perbezaan RAS dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan.

Page 33: He bab 2 (a)

ASIMILASI Satu proses yg berlaku apabila mana-mana

kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama.

Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.

Fomula: {A+b+c = A}

Page 34: He bab 2 (a)

BENTUK ASIMILASI ASIMILASI BUDAYA

Satu kumpulan etnik mengamalkan elemen2 budaya kumpulan etnik yg lain spt agama, bahasa & pemakanan.

Kumpulan etnik minoriti akan mengamalkan elemen budaya etnik majoriti.

Ini menyebabkan etnik minoriti akan lebih diterima oleh etnik majority.

Page 35: He bab 2 (a)

BENTUK ASIMILASI ASIMILASI STRUKTURAL

Interaksi sosial yg lebih kerap. ASIMILASI BIOLOGI (AMALGAMASI)

Perkahwinan campur ASIMILASI PSIKOLOGI

Proses perubahan identiti.

Page 36: He bab 2 (a)

AMALGAMASI Ia merupakan satu proses yang terjadi

apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.

Ahli kumpulan kumpulan minoriti dianggap setaraf dengan ahli dominan.

Setiap kumpulan menyumbang kepada pembentukan budaya baru.

Page 37: He bab 2 (a)

AMALGAMASI Syarat:

Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian.

Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).

Page 38: He bab 2 (a)

AMALGAMASI Cara utama - perkahwinan campur

antara etnik atau ras.

Formula: {A+B+C = D}