Hadis Mushkil Maksud Bau Mulut Orang Berpuasa Dan Hukum Menggosok Gigi

download Hadis Mushkil Maksud Bau Mulut Orang Berpuasa Dan Hukum Menggosok Gigi

of 6

Transcript of Hadis Mushkil Maksud Bau Mulut Orang Berpuasa Dan Hukum Menggosok Gigi

  • 7/27/2019 Hadis Mushkil Maksud Bau Mulut Orang Berpuasa Dan Hukum Menggosok Gigi

    1/6

    Hadis Mushkil Maksud Bau Mulut Orang Berpuasa Dan Hukum Menggosok

    Gigi

    Muhammad Hanief bin Awang Yahaya

    www.darulkautsar.net

    Daripada Abu Hurayrah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman: Setiap

    amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa. Sesungguhnya ia untuk-Ku dan Aku

    membalasnya. Puasa itu perisai. Apabila hari seseorang itu berpuasa maka janganlah dia

    mengeluarkan kata-kata tidak senonoh dan janganlah dia menengking. Sekiranya ada orang

    yang memakinya atau mahu bertengkar dengannya maka hendaklah dia memberitahu bahawa

    saya sedang berpuasa. Demi yang nyawa Muhammad di Tangan-Nya, bau mulut orang yang

    berpuasa lebih harum di sisi Allah dari kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu dua

    kegembiraan, apabila berbuka dia gembira dan apabila bertemu dengan Tuhannya dia gembira

    dengan puasanya. (al-Bukhari: 1904, Muslim: 1151)

    Dari beberapa sudut, dalam hadis ini terdapat beberapa kemushkilan mana tentang mana bau

    mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari kasturi. Pertama, kerana pada zahirnya

    menunjukkan keserupaan Allah s.w.t dengan makhluk dari segi merasai keharuman kerana ia

    sifat makhluk sedang Allah maha suci dari bersifat demikian. Kedua, apakah Allah lebih

    menyukai sesuatu yang berbau busuk daripada yang berbau harum. Ketiga, apakah maksud

    hadis ini dipakai dengan mana zahir atau perlu dita`wilkan kepada pengertian yang bersesuaian.

    Oleh sebab itu, ulama berbeza pendapat tentang mananya dan jawapan kepada kemushkilan ini.

    Antara jawapan yang diberikan ulama ialah:

    http://www.darulkautsar.net/4879-Hadis_Mushkil_Maksud_Bau_Mulut_Orang_Berpuasa_Dan_Hukum_Menggosok_Gigi.htmlhttp://www.darulkautsar.net/4879-Hadis_Mushkil_Maksud_Bau_Mulut_Orang_Berpuasa_Dan_Hukum_Menggosok_Gigi.htmlhttp://www.darulkautsar.net/http://www.darulkautsar.net/4879-Hadis_Mushkil_Maksud_Bau_Mulut_Orang_Berpuasa_Dan_Hukum_Menggosok_Gigi.htmlhttp://www.darulkautsar.net/4879-Hadis_Mushkil_Maksud_Bau_Mulut_Orang_Berpuasa_Dan_Hukum_Menggosok_Gigi.htmlhttp://www.darulkautsar.net/
  • 7/27/2019 Hadis Mushkil Maksud Bau Mulut Orang Berpuasa Dan Hukum Menggosok Gigi

    2/6

    Pertama, nisbah sifat merasai harum kepada Allah dipakai dengan mananya yang zahir iaitu

    merasai harum dengan layak dengan Zat dan ketinggian Allah s.w.t. seperti Sifat-sifat Allah s.w.t.

    yang lain. Ia tidak serupa dan sebanding dengan sifat-sifat makhluk. Sifat reda, suka dan benci

    dinisbahkan juga kepada Allah s.w.t. kerana Dia sendiri yang mensabitkan bagi diri-Nya

    sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.

    Kedua, ini merupakan bahasan pinjaman dan kiasan yang menunjukkan kepada kehampiran dan

    lebih disukai iaitu lebih dekat kepada-Nya berbanding dekatnya kamu dengan kasturi.

    Ketiga, Allah s.w.t memberi balasan kepada orang yang berpuasa di akhirat sehingga bau

    mulutnya lebih harum dari bau kasturi. Ini seperti hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan

    tentang orang yang terluka di jalan Allah.

    Daripada Abu Hurayrah daripada Nabi s.a.w, sabdanya: Setiap luka yang dialami oleh seorang

    muslim di jalan Allah akan tetap berada dalam keadaannya pada hari Qiamat nanti seperti mana

    ketika ditikam. Darahnya tersembur-sembur keluar. Warnanya tetap warna darah, tetapi baunya

    bau kasturi. (al-Bukhari, no: 237)

    Dari segi nisbah, kedudukan puasa lebih besar daripada jihad kerana puasa salah satu rukun

    Islam. Oleh itu kesan yang timbul dari puasa itu lebih besar pahalanya berbanding dari yang lain.

    Keempat, maksud bau mulut orang berpuasa itu lebih harum ialah pahala yang diperolehi oleh

    seseorang kerana berpuasa itu lebih besar berbanding dengan pahala yang diperolehi kerana

    memakai kasturi terutamanya ia sangat dituntut supaya memakai wangian dalam majlis

    keramaian dan perayaan. Pendapat ini dipersetujui oleh al-Dawudi, Ibn al-Arabi dan al-Nawawi.

    Kelima, terdapat pengguguran kalimah malaikat dalam hadis ini iaitu maksud lebih harum di sisi

    Allah ialah di sisi malaikat Allah. Mereka lebih merasai harum orang berpuasa lebih dari

    keharuman kasturi. Ini merupakan pendapat al-Qurtubi.

  • 7/27/2019 Hadis Mushkil Maksud Bau Mulut Orang Berpuasa Dan Hukum Menggosok Gigi

    3/6

    Keenam, hadis ini menyebutkan kelebihan bau mulut kesan dari puasa tetapi maksud sebenar

    ialah puasa itu sendiri. Ini bererti kesungguhan dan keikhlasan kamu berpuasa yang

    menyebabkan bau mulut kerana kosongnya perut itu lebih disukai Allah s.w.t. dari bau kasturi.

    Ketujuh, maksudnya ialah menegah seseorang itu dari merasa jejek untuk bercakap dengan

    orang yang berpuasa dengan sebab bau mulutnya.

    Kelapan, maksud lebih harum itu ialah di akhirat nanti. Pendapat ini bersandarkan kepada hadis

    Hadis yang disebutkan oleh al-Zarqani ini diriwayatkan oleh Abu Shaykh namun sanad-sanadnya

    tidak kuat.

    Ini juga termasuk di bawah kaedah balasan dengan jenis amalan. Iaitu disebabkan dia berpuasa

    maka perutnya kosong maka Allah membalasnya dengan bau yang lebih harum dari kasturi dan

    terdapat kesesuaian antara balasan dengan amalan.

    Kesembilan, hadis ini bermaksud sebagai galakan supaya memperbanyak puasa walaupun ia

    menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.

    Kesepuluh, kata Ibn al-Qayyim, orang yang berpuasa ialah orang yang diam anggotanya dari

    dosa dan lidah dari dusta dan kata-kata keji manakala perutnya kosong dari makanan dan

    minuman dan kemaluannya dia dari kelucahan. Jika dia berbicara maka dia tidak mengatakan

    sesuatu yang menjejaskan puasanya. Jika dia berbuat sesuatu maka perbuatannya tidak

    merosakkan puasanya. Maka keluarlah ucapannya dengan memberi manfaat dan kebaikan.

    Begitu juga dengan amalannya. Umpama haruman semerbak yang didapati oleh orang yang

    duduk dekat penjual kasturi. Demikianlah orang yang berada dekat dengan orang yang

    berpuasa. Dia akan mendapat manfaat darinya dan selamat dari gangguan, pendustaan,

    kezaliman. Inilah puasa yang dishariatkan bukan semata-mata menahan dari lapar dan dahaga.

    (al-Wabil al-Sayyib, hal. 43)

    Kesebelas, memakai mana hadis ini dengan zahirnya iaitu, bau mulut itu sendiri disukai oleh

    Allah dan ia patut dikekalkan sebagai kesan ibadat. Oleh sebab itu, mazhab al-Shafii

    mengatakan makruh menggosok gigi selepas gelincir matahari yang mana waktu itu biasa

    berlaku perubahan bau mulut dari perut yang kosong. Adapun sebelum gelincir biasanya kerana

  • 7/27/2019 Hadis Mushkil Maksud Bau Mulut Orang Berpuasa Dan Hukum Menggosok Gigi

    4/6

    kesan makan sahur atau kesan tidur. Dari sinilah berlaku perbezaan pendapat antara Imam al-

    Shafii dengan ulama yang lain tentang hukum menggosok gigi bagi orang yang berpuasa.

    Dalam kitabnya, al-Muwatta`, Imam Malik mengatakan

    Imam Malik mengatakan bahawa beliau mendengar ahli ilmu mengatakan tidak makruh gosok

    gigi pada bulan Ramadan pada mana-mana waktu pada siang hari, sama ada awal atau akhir

    dan saya tidak mendengar seorang pun ahli ilmu yang mengganggap makruh atau melarangnya.

    Imam Ahmad mengatakan tidak mengapa bersiwak bagi orang yang berpuasa.

    Pendapat yang masyhur dalam mazhab al-Shafii ialah makruh menggosok gigi setelah gelincir

    matahari.

    Hujah adanya perintah gogok gigi ketika berpuasa secara mutlak

    Pertama, hadis yang menganjurkan supaya sentiasa menggosok gigi adalah umum dan baginda

    tidak mengecualikan kepada orang yang berpuasa.

    -, ,, .

    Daripada Abu Hurayrah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: Kalaulah tidak menyusahkan

    umatku pasti aku memerintahkan mereka supaya menggosok gigi bersama dengan setiap

    wudu`. (Malik: 115, Ahmad: 7412, al-Nasa`i, no: 7, Ibn Khuzaymah: 140, al-Bukhari secara taliq

    dalam Kitab al-Sawm Bab Siwak al-Ratb Wa al-Yabis)

    Kedua, hadis membersihkan mulut dan membawa kepada keredaan Allah.

  • 7/27/2019 Hadis Mushkil Maksud Bau Mulut Orang Berpuasa Dan Hukum Menggosok Gigi

    5/6

    Daripada A`ishah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: Siwak itu membersihkan mulut

    mendatang keredaan Tuhan. (al-Nasa`i, no: 5)

    Ketiga, dari segi, kaedah mafhum al-Mukhalafah jika bau mulut yang busuk itu disukai Allah

    maka lebih-lebih lagi jika bau mulut itu berbau harum jika dengan menggosok gigi sepanjang

    puasa.

    Ibn Daqiq al-Id berkata, sesiapa yang mengatakan makruh bersugi setelah gelincir matahari

    perlu mengemukakan dalil khusus tentang waktu ini, yang mengkhususkan keumuman perintah

    supaya bersugi setiap kali sembahyang dan berdalil dengan hadis khuluf, bau mulut orang

    berpuasa masih boleh dibahaskan lagi (akan ketepatannya)

    Al-Ayni dalam Umdah al-Qari menyatakan, maksud Rasulullah s.a.w. memuji khuluf itu sebagai

    larangan kepada orang ramai dari merasa berat untuk bercakap dengan orang yang berpuasa

    kerana khuluf itu bukan melarang orang-orang berpuasa dari bersugi, kerana Allah s.w.t. Maha

    Kaya dari sampai kepadanya bau yang wangi. Oleh kita kami menyakini bahawa bukan

    dimaksudkan supaya mengekalkan bau mulut itu tetapi melarang orang ramai dari merasa tidak

    senang hati dengannya. (jil.16, hal. 382)

    Beberapa hadis yang tidak kuat tetapi boleh menjadi sandaran

    Daripada Abdullah bin Amir daripada ayahnya katanya, saya melihat Rasulullah s.a.w. kerap

    benar menggosok gigi sedangkan baginda berpuasa. (al-Tirmidhi: 725)

    Tetapi hadis ini daif kerana perawi Asim bin Ubaydullah, seorang yang tidak kuat dalam hadis.

  • 7/27/2019 Hadis Mushkil Maksud Bau Mulut Orang Berpuasa Dan Hukum Menggosok Gigi

    6/6

    Daripada A`ishah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik amalan bagi orang berpuasa

    ialah menggosok gigi. (Ibn Majah: 1677, tetapi sanadnya ada perawi daif iaitu Mujalid)

    Sumber: http://www.darulkautsar.net/4879-Hadis_Mushkil_Maksud_Bau_Mulut_Orang_Berpuasa_Dan_Hukum_Menggosok_Gigi.html

    http://www.darulkautsar.net/4879-Hadis_Mushkil_Maksud_Bau_Mulut_Orang_Berpuasa_Dan_Hukum_Menggosok_Gigi.htmlhttp://www.darulkautsar.net/4879-Hadis_Mushkil_Maksud_Bau_Mulut_Orang_Berpuasa_Dan_Hukum_Menggosok_Gigi.htmlhttp://www.darulkautsar.net/4879-Hadis_Mushkil_Maksud_Bau_Mulut_Orang_Berpuasa_Dan_Hukum_Menggosok_Gigi.htmlhttp://www.darulkautsar.net/4879-Hadis_Mushkil_Maksud_Bau_Mulut_Orang_Berpuasa_Dan_Hukum_Menggosok_Gigi.htmlhttp://www.darulkautsar.net/4879-Hadis_Mushkil_Maksud_Bau_Mulut_Orang_Berpuasa_Dan_Hukum_Menggosok_Gigi.htmlhttp://www.darulkautsar.net/4879-Hadis_Mushkil_Maksud_Bau_Mulut_Orang_Berpuasa_Dan_Hukum_Menggosok_Gigi.html