Definisi Atau Penerangan Manipulatif

3
Definisi atau penerangan manipulatif / Kepentingan menggunakan manipulatif dalam  pengajaran-pembelajaran matematik sekolah rendah Kepentingan Kepercayaan, pemahaman atau pandangan guru terhadap matematik, pembelajaran matematik dan peranan guru sebagai pendidik matematik dapat diinterpretasikan dengan melihat keadaan, dan situasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kebanyakan sekolah masih menekankan guru sebagai sumber maklumat. Fungsi utama guru lebih tertumpu kepada membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan, dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Penekanan yang dibuat adalah lebih kepada hasil pembelajaran, bukan kepada proses pembelajaran. Aktiviti dalam bilik darjah lebih menekankan kepada menghafal fakta sahaja ( Davis, 1986; Doyle, 1983; Amin, 1993; Ibrahim , 1994 ). Davis (1986) telah memperihalkan sifat asas matemati k serta amalan , dan gaya pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah : Matematik melibatkan simbol-simbol yang ditulis atas kertas Pengajaran matematik tertumpu kepada aktiviti memanipulasikan simbol-simbol tersebut  berdasarkan petua dan hukum-huku m yang telah dihafaz. Penguasaan kemahiran mengira adalah matlamat utama. Hasil pembelajaran lebih diutamakan berbanding dengan proses pembelajaran. Guru menyuap maklumat matematik kepada pelajar yang dianggap bersedia menerimanya. Pelajar menjadi seorang penerima yang pasif. Amalan pengajaran ini ber paksikan kepada anggapan bahawa orang berilmu ialah orang yang banyak menyimpan fakta, konsep, dan tatacara dalam kepalanya, dan mudah melahirkannya bila-bila masa. Amalan pengajaran matematik seperti ini tidak ada keperluan mendesak kepada sumber pengajaran dan  pembelajaran atau alat bantu mengajar apatah lagi alat atau bahan bantu belajar. Keperluan hanyalah terhad kepada pensil atau pen dan kertas sahaja. Tidak hairanlah pelajaran matematik menjemukan, membosankan, dan akhirnya menyebabkan ramai pelajar benci kepada matematik, dan seterusnya kepada guru matematik itu se ndiri ( Raja Sulaiman,1996 ).

Transcript of Definisi Atau Penerangan Manipulatif

Page 1: Definisi Atau Penerangan Manipulatif

8/14/2019 Definisi Atau Penerangan Manipulatif

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-atau-penerangan-manipulatif 1/3

Definisi atau penerangan manipulatif / Kepentingan menggunakan manipulatif dalam

 pengajaran-pembelajaran matematik sekolah rendah

Kepentingan

Kepercayaan, pemahaman atau pandangan guru terhadap matematik, pembelajaran

matematik dan peranan guru sebagai pendidik matematik dapat diinterpretasikan dengan

melihat keadaan, dan situasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kebanyakan

sekolah masih menekankan guru sebagai sumber maklumat. Fungsi utama guru lebih

tertumpu kepada membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan, dan

seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Penekanan yang dibuat adalah

lebih kepada hasil pembelajaran, bukan kepada proses pembelajaran. Aktiviti dalam bilik

darjah lebih menekankan kepada menghafal fakta sahaja ( Davis, 1986; Doyle, 1983; Amin,

1993; Ibrahim , 1994 ). Davis (1986) telah memperihalkan sifat asas matematik serta amalan ,

dan gaya pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah :

Matematik melibatkan simbol-simbol yang ditulis atas kertas

Pengajaran matematik tertumpu kepada aktiviti memanipulasikan simbol-simbol tersebut berdasarkan petua dan hukum-hukum yang telah dihafaz.

Penguasaan kemahiran mengira adalah matlamat utama.

Hasil pembelajaran lebih diutamakan berbanding dengan proses pembelajaran.

Guru menyuap maklumat matematik kepada pelajar yang dianggap bersedia menerimanya.

Pelajar menjadi seorang penerima yang pasif. Amalan pengajaran ini berpaksikan kepada

anggapan bahawa orang berilmu ialah orang yang banyak menyimpan fakta, konsep, dan

tatacara dalam kepalanya, dan mudah melahirkannya bila-bila masa. Amalan pengajaran

matematik seperti ini tidak ada keperluan mendesak kepada sumber pengajaran dan

 pembelajaran atau alat bantu mengajar apatah lagi alat atau bahan bantu belajar. Keperluan

hanyalah terhad kepada pensil atau pen dan kertas sahaja. Tidak hairanlah pelajaran

matematik menjemukan, membosankan, dan akhirnya menyebabkan ramai pelajar benci

kepada matematik, dan seterusnya kepada guru matematik itu sendiri ( Raja Sulaiman,1996 ).

Page 2: Definisi Atau Penerangan Manipulatif

8/14/2019 Definisi Atau Penerangan Manipulatif

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-atau-penerangan-manipulatif 2/3

Amalan guru dalam melaksanakan kurikulum Matematik KBSR dan KBSM, pada

keseluruhannya masih berpusatkan kepada guru . Aktiviti yang melibatkan murid sangat

terhad. Pengajaran konsep matematik dengan menggunakan pelbagai petua, dan cara ringkas

telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak bermakna. Murid-

murid lebih banyak menghafaz rumus, 'petua' dan 'hukum-hukum' yang dicipta oleh guru

tanpa mengetahui konsep sebenar. Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya

 pandai mengira tetapi jahil tentang matematik, dan tidak mampu menyelesaikan masalah

harian yang melibatkan matematik ( Nik Azis, 1996; Fatimah, 1996 ).

Maruah dan masa depan pendidikan matematik di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada

 para pendidik matematik itu sendiri. Kecemerlangan pendidikan matematik tidak mungkin

 berlaku, kecuali guru-guru mempunyai keyakinan penuh terhadap matematik serta perubahan

 pengajaran dan pembelajarannya (Noraini , 1994). Taraf dan kelulusan akademik yang tinggi

tidak mencukupi untuk membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan

 bermakna. Pengajaran matematik yang efektif akan memberi tumpuan kepada tahap

 pemahaman murid terhadap sesuatu konsep di samping kemahiran mengira dan penyelesaian

masalah. Untuk itu para guru harus terlebih dahulu menguasai setiap tajuk dari segi konsep

dan isi kandungan sebelum memulakan sesi pengajaran dalam bilik darjah. Kajian-kajian

tentang amalan pengajaran para guru amat perlu dilakukan dari masa ke masa supaya

masalah dan kekurangan akan dapat dikenalpasti, dan seterusnya jalan penyelesaian dapat

dilakukan dengan segera.

Kajian literatur

Penerangan contoh manipulatif dikenalpasti dan kesesuaian contoh yang digunakan

 berdasarkan dua topik yang dipilih berkenaan dengan dua manipulatif dipilih.

Penjelasan kepada aktiviti-aktiviti yang sesuai yang melibatkan penggunaan manipulatif

dipilih

Page 3: Definisi Atau Penerangan Manipulatif

8/14/2019 Definisi Atau Penerangan Manipulatif

http://slidepdf.com/reader/full/definisi-atau-penerangan-manipulatif 3/3

dan kesan menggunakan manipulatif masing-masing yang berkaitan dengan topik-topik yang

dipilih.

Perbincangan: Cadangan bagaimana untuk menggalakkan pembelajaran yang berjaya apabila

merancang pengajaran yang merangkumi penggunaan manipulatif konkrit berkenaan dengan

topik-topik yang dipilih.

Kesimpulan ringkas mengenai peranan dan kesan menggunakan manipulatif dalam

 pengajaran-pembelajaran matematik sekolah rendah