Contoh RPH 1 (1)

3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) LITERASI-KSSR 2015 Tema : Waspada Selalu Tajuk : Beginilah caranya Tahun : 2 Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi (1 jam) Standard Kandungan : 2.2 Standard Pembelajaran : 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat tunggal yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’. Asas Literasi : Konstruk 6 : Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’ Objektif : Pada akhir PdP, murid berupaya : a) Membaca sekurang-kurangnya lima ayat yang mempunyai suku kata tertutup ‘ng’ dengan lancar (M) b) Mengeja lima perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’ berdasarkan gambar dengan betul (BM) BBM : Kad gambar, kad perkataan, Kotak beracun Langkah dan Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran Catatan Set Induksi 10 minit aktiviti didik hibur: kotak beracun 1. Guru menyediakan sekotak yang dipenuhi dengan kad gambar. 2. Murid dipilih secara rawak untuk memilih sebuah kad gambar . 3. Murid diminta untuk membuat aksi untuk menerangkan gambar tersebut. 4. Murid lain diminta Didik Hibur : Membuat aksi seperti

description

RPH

Transcript of Contoh RPH 1 (1)

Page 1: Contoh RPH 1 (1)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)LITERASI-KSSR 2015

Tema : Waspada SelaluTajuk : Beginilah caranyaTahun : 2Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi (1 jam)Standard Kandungan : 2.2Standard Pembelajaran : 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat tunggal yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.Asas Literasi : Konstruk 6 : Keupayaan membaca perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’Objektif : Pada akhir PdP, murid berupaya :

a) Membaca sekurang-kurangnya lima ayat yang mempunyai suku kata tertutup ‘ng’ dengan lancar (M)

b) Mengeja lima perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’ berdasarkan gambar dengan betul (BM)

BBM : Kad gambar, kad perkataan, Kotak beracun

Langkah dan Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran

Catatan

Set Induksi10 minit

← aktiviti didik hibur:

← kotak beracun

1. Guru menyediakan sekotak yang dipenuhi dengan kad gambar.

2. Murid dipilih secara rawak untuk memilih sebuah kad gambar .

3. Murid diminta untuk membuat aksi untuk menerangkan gambar tersebut.

4. Murid lain diminta untuk meneka gambar tersebut.

Didik Hibur : Membuat aksi seperti

Langkah 1(5 minit)

←←← parang←

1. Guru menunjukkan benda maujud. (parang)

2. Murid dikehendaki menamakan benda maujud tersebut.

3. Murid mengeja perkataan tersebut.

4. Guru menulis perkataan ‘parang’ dan meminta murid

BBM:Benda maujud (parang)

Page 2: Contoh RPH 1 (1)

mencerakinkan perkataan tersebut dan mengeja.

Langkah 2(20 minit)

parang , payung, gunting , cangkul, pinggan , lesung , pedang

1. Bagi murid yang menguasai dikehendaki membaca lima suku kata tertutup ‘ng’ berdasarkan gambar.

2. Manakala bagi murid yang tidak menguasai, dikehendaki mengeja lima suku kata tertutup ‘ng’ dengan bimbingan guru.

Penggabung jalinan: Mendengar, Bertutur, Membaca

Langkah 3(20 minit)

Modul Murid Literasi Asas 1 Lembaran aktiviti

1. Bagi murid yang belum menguasai, perlu menjawab teka silang kata berdasarkan gambar.

2. Manakala, murid telah menguasai perlu membina ayat berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

Modul Murid Literasi Asas 1

Lembaran Aktiviti

Penutup(5 minit)

1. Murid diminta untuk senaraikan perkataan suku kata tertutup ‘ng’ dalam peta bulatan.

KB: mengkategori- I-Think- Latih tubi