Cerpen Warga Emas

12
Cerpen Usia Emas oleh: Abdullah Hussain Cerpen dimulai oleh Abdullah Hussain dengan menceritakan kisah seorang kawan lamanya yang bernama Cikgu Baharum dalam usia 80 tahun telah diangkat selaku tokoh warga emas di daerahnya. Pengarang lantas mengirim poskad tahniah atas anugerah yang diterima oleh kawannya. Walau bagaimanapun, dalam jawapan balas, Cikgu Baharum menyatakan penerimaanya terhadap anugerah tersebut adalah atas dasar “malu alah saja”. Hal ini menimbulkan persoalan kepada pengarang. Apakah anugerah warga emas tiada mempunyai nilai yang harus dibanggakan? Dalam memecahkan persoalan tersebut, pengarang telah membaca beberapa petikan ayat al-Quran dan akhirnya mendapat jawapan yang dikehendakinya. Anugerah warga emas adalah tidak releven dengan kehidupan umat Islam. Anugerah tersebut berasal usul daripada budaya hidup masyarakat luar yang ghairah dengan pemberian award termasuk kepada orang tua yang sedang menanti ajal. Tidak sepatutnya orang yang telah tua diberikan anugerah yang nyata tiada memberi manfaat kepada mereka lagi. Bagi pengarang, kematian orang yang tuabukan untuk diratapi sebagai “satu kehilangan besar” sebaliknya perlu dilepaskan dengan reda dan diiringi doa ke atas rohnya. Tema: Tema kasih sayang - kasih sayang daripada anak-anak dan masyarakat yang diperlukan oleh warga emas dalam menghabiskan sisa hidup mereka.Curahan kasih sayang jauh lebih penting daripada pemberian anugerah. Peristiwa-peristiwa penting: 1. Cikgu Baharum menerima anugerah tokoh warga emas daerah dan berita penganugerahannya itu telah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.

description

Analisa dan Kajian Cerpen Usia Emas Dalam Teks Permata -Kesusasteraan Melayu Komunikatif

Transcript of Cerpen Warga Emas

Page 1: Cerpen Warga Emas

Cerpen Usia Emas

oleh: Abdullah Hussain

Cerpen dimulai oleh Abdullah Hussain dengan menceritakan kisah seorang kawan lamanya yang bernama Cikgu Baharum dalam usia 80 tahun telah diangkat selaku tokoh warga emas di daerahnya. Pengarang lantas mengirim poskad tahniah atas anugerah yang diterima oleh kawannya. Walau bagaimanapun, dalam jawapan balas, Cikgu Baharum menyatakan penerimaanya terhadap anugerah tersebut adalah atas dasar “malu alah saja”. Hal ini menimbulkan persoalan kepada pengarang. Apakah anugerah warga emas tiada mempunyai nilai yang harus dibanggakan?

Dalam memecahkan persoalan tersebut, pengarang telah membaca beberapa petikan ayat al-Quran dan akhirnya mendapat jawapan yang dikehendakinya. Anugerah warga emas adalah tidak releven dengan kehidupan umat Islam. Anugerah tersebut berasal usul daripada budaya hidup masyarakat luar yang ghairah dengan pemberian award termasuk kepada orang tua yang sedang menanti ajal. Tidak sepatutnya orang yang telah tua diberikan anugerah yang nyata tiada memberi manfaat kepada mereka lagi. Bagi pengarang, kematian orang yang tuabukan untuk diratapi sebagai “satu kehilangan besar” sebaliknya perlu dilepaskan dengan reda dan diiringi doa ke atas rohnya.

Tema:

Tema kasih sayang - kasih sayang daripada anak-anak dan masyarakat yang diperlukan oleh warga emas dalam menghabiskan sisa hidup mereka.Curahan kasih sayang jauh lebih penting daripada pemberian anugerah.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. Cikgu Baharum menerima anugerah tokoh warga emas daerah dan berita penganugerahannya itu telah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia.

2. Penulis terkenangkan semula Cikgu Baharum yang telah tidak ditemuinya iaitu kira-kira 5 tahun yang lalu, ketika sama-sama merayakan hari lahir yang ke-75 tahun.

3. Penulis juga turut mengingati semula perwatakan cikgu Baharum ketika waktu mudanya dahulu, di samping itu juga penulis teringatkan bagaimana dia berkenalan dengan cikgu Baharum.

4. Keakraban hubungan antara cikgu Baharum dan penulis di mana mereka saling berutus-utus poskad dan akhirnya mereka sudah menjadi seperti saudara sehingga beranak dan bercucu.

5. Penulis mengutuskan poskad mengucapkan tahniah di atas penganugerahan tokoh warga emas kepada cikgu Baharum membawa penulis terkenang semula rahsia awet muda yang turut disiarkan dalam rencana yang turut ditulis oleh wartawan yang menemuramahnya.

Page 2: Cerpen Warga Emas

6. Penulis dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain untuk bertukar-tukar ilmu pengetahuan kerana cikgu Baharum seorang yang banyak ilmu pengetahuannya kerana dia suka membaca.

7. Penulis akhirnya mendapat juga jawapan bagi persoalan yang sengaja dibiarkan oleh Cikgu Baharum untuknya berfikir iaitu tentang usia emas.

8. Rumusan yang penulis dapati dari surah Ahqaf ayat 15 hingga 19 tentang kewajipan anak untuk berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa apabila mereka menginjak usia emas.

9. Penulis bermimpi melihat cikgu Baharum turun dari rumahnya dengan memakai jubah putih, kepalanya tidak bertutup dan dia melambaikan tangan tanpa suara kea rah penulis.

10. Selepas selesai solat sunat tahajud dan berzikir isteri penulis menjawab panggilan telefon yang membawa khabar tentang kematian cikgu Baharum. Penulispasrah dan redha dengan pemergiannya.

Persoalan

1. Persoalan tentang keagamaan, ayat-ayat suci al-Quran merupakan panduan dan pedoman tentang kehidupan kepada manusia yang ingin mengambilnya sebagai iktibar. Penulis banyak memasukkan petikan-petikan ayat-ayat al-Quran dari beberapa suarah antaranya surah an-Nahl ayat 70, surah al-Isra’ ayat 23 dan surah al-Ahfat. Kesemua petikan ayat-ayat al-Quran itu menceritakan tentang kehidupan manusia yang antara lainnya tanggungjawab anak terhadap orang tua. (hlm.121)

2. Persoalan tentang menghormati orang tua.Anak-anak seharusnya menghormati dan mengasihani orang tua yang sudah lanjut usia kerana ianya adalah tuntutan agama. Sebagaimana yang dicatatkan oleh pengarang berdasarkan ayat 23: Surah al-Isra yang mana Maha suci Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani telah memerintahkan Nabi Muhammad supaya mengasihani ibu bapanya. (hlm. 124)

3. Persoalan tentang persahabatan/setiakawan. hubungan yang akrab yang menjalinkan ukhuwah persaudaraan yang kukuh. Pengarang dan Cikgu Baharum saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain malah mereka juga sering berutus poskad tanda ingatan yang berkekalan.(hlm 121)

4. Persoalan tentang kesihatan. Kesihatan yang dijaga menerusi amalan senaman tertentu akan mengekalkan tahap kesihatan seseorang dan boleh memanjang usia seseorang. Cikgu Baharum seorang yang sangat mementingkan kesihatan dirinya, terbukti sejak zaman muda dia telah mengamalkan senaman radio taisyo setiap pagi yang dipelajari pada zaman Jepun lagi.(hlm. 119)

5. Persoalan pengaruh budaya asing. Masyarakat di negara kita mudah terikut-ikut dengan budaya dari luar sehingga semua yang dibuat masyarakat luar hendak ditiru biarpun ianya tidak sesuai dan releven dengan budaya kita. Buktinya Cikgu Baharum menganggap penganugerahan tokoh warga emas adalah

Page 3: Cerpen Warga Emas

tidak releven dengan budaya masyarakat Melayu yang sepatutnya diberi peluang untuk beribadat kepada tuhan.(hlm.122)

6. Persoalan tentang Disiplin Diri. Disiplin dalam melakukan rutin kehidupan adalah ruang untuk mencapai kejayaan. Cikgu Baharum seorang yang mementingkan disipilin diri sebagaimana yang diceritakan kepada wartawan yang menemuramahnya, setiap hari dia akan bangun seawall jam 5.00 pagi melakukan senama radio taisyo, mandi serta berwuduk dan menunaikan solat subuh, bersarapan dan berpagi-pagian ke tempat kerja. (hlm. 119-120)

7. Persoalan kerajinan dalam pekerjaan. pelbagai tugas yang diberikan dijalankan dengan penuh komitmen. Cikgu Baharum selain mengajar dia juga memegang jawatan sebagai guru senaman dan juga guru pengawas disipilin pelajar. (hlm. 120)

8. persoalan tentang warga emas. seringkali usia seseorang yang melewati usia warga emas, terpaksa berhadapan dengan cabaran terutama anak-anak yang tidak sanggup untuk menjaganya. Inilah yang diingati oleh penulis tentang perlunya keikhlasan anak-anak untuk mengambil tanggungjawab menjaga dan mengasihani ibubapa yang sudah tua. Tidak sebagaimana masyarakat Jepun yang mana anak-anak Jepun enggan memelihara orang tua mereka , malah mereka tergamak menghantar orang tua ke rumah kebajikan. (hlm. 123-124)

Aspek Watak dan Perwatakan:

A. Watak Cikgu Baharum1. Aspek Latarbelakang:

1.1 Seorang guru pelatih yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke MPSI tetapi gagal (118)1.2 Lahir pada tanggal 25 Mac1.3 Berusia 80 tahun1.4 Guru senaman dan juga pengawas disiplin pelajar (zaman muda)1.5 Penulis yang produktif (Cerpen, puisi, pantun dan rencana) karyanya disiarkan oleh

Warta Malaya (singapura)1.6 Pandai jawi (tulisan jawinya halus dan cantik)1.7 Dianugerahkan sebagai tokoh warga emas daerah.

2. Aspek Fizikal:2.1 Tinggi2.2 Maskulin2.3 Tegak (Macam tentera)

3. Perwatakan:3.1 Berterus terang3.2 Tidak munafik (tidak berpura-pura)3.3 Lantang bersuara – menyebabkan beliau tidak disukai dan kesannya beliau tidak

mempunyai ramai kawan.3.4 Seorang yang banyak ilmu – Beliau banyak membaca , pengetahuannya luas meliputi

pelbagai disiplin imu kerana banyak membaca antaranya politik, ekonomi, bahasa dan sastera (121)

3.5 Setiakwan-mementingkan keakraban persahabatan, beliau sering menziarahi penulis kerana dia suka berkunjung ke rumah penulis.

Page 4: Cerpen Warga Emas

3.6 Seorang yang alim – setiap hujahan yang diberikannya apabila memperkatakan sesuatu isu beliau sering merujuk pada ayat-ayat al-Quran sebagai sumber rujukan ,

contohnya apabila dia memberitahu kepada penulis dia menerima anugerah tokoh warga emas hanya kerana dia malu alah saja sebagaimana yang termaktub dalam ayat 70 surah an- Nahl.

3.7 Mementingkan kesihatan-Cikgu Baharum seorang yang mementingkan kesihatan., buktinya rutin harian yang dilaluinya sejak zaman muda membawa ke usia

warga emas, termasuklah rahsia kesihatannya yang kekal sihat kerana disiplin mengamalkan senaman radio taiso.

3.8 Berdisiplin-Cikgu Baharum selalu pergi kerja pada waktu pagi dan pulang agak lewat petang. Bagi beliau kerja wal pagi dan pulang lewat adalah sikap orang yang

rajin dan kerajinan akan membawa kejayaan.3.9 Mementingkan kebersihan-Tugasnya sebagai guru pengawas disiplin turut digunakan

bagi memastikan pelajar-pelajar juga menjaga kebersucihan buktinya dia akan menyuruh para pelajarnya mencuci kaki sebelum masuk kelas. Para

pelajarnya juga disuruh kencing ditandas. (120-121)

B. Watak Penulis:1. Latarbelakang:

1.1 Seorang penulis1.2 Berusia 80 tahun1.3 Mempunyai seorang isteri

2. Perwatakan:2.1 Seorang sahabat yang setiakwan- sering menghubungi kawan menerusi poskad untuk

bertanya khabar berita.2.2 Alim-sering beramal ibadat, termasuklah solat tahajud. Semasa mendapat berita

kematian cikgu Baharum penulis baru selesai solat tahajud dan berzikir.2.3 Seorang yang merendah diri-Penulis berasa rendah diri apabila membandingkan tulisan

jawi cikgu Baharum yang halus dan cantik berbanding tulisannya seperti cakar ayam(118)

2.4 Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama yang luas-Pengarang selalu merujuk pada petikan-petikan ayat al-Quran sebagai sumber rujukan.

2.5 Seorang yang prihatin-Penulis berasa kematian cikgu Baharum adalah satu kehilangan baginya.

Page 5: Cerpen Warga Emas

Nilai Keagamaan:1. Bersyukur: Bersyukur dengan segala kurniaan Allah s.w.t kepada kita, Cikhu Baharum amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dipinjamkan umur yang panjang serta masih diberi kesihatan yang baik.(116)

2. Berdoa:Doa adalah kekuatan bagi orang mukmin, Cikgu Baharum pernah menjelaskan kepada penulis tentang perlunya berdoa sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sahih al-Bukhari, rasulullah sentiasa berdoa selepas solat agar jangan sampai ke umur tua. (117)

3. Bersolat: Solat harus dilakukan tepat pada waktunya seawall mungkin, Cikgu Baharum melakukan solat subuh tepat pada waktunya. (120)

4. Al-Quran sebagai sumber rujukan: Cikgu Baharum selalu merujuk ayat-ayat al-Quran sebagai rujukan untuk isu-isu yang diperkatakan kepada penulis, contohnya dia merujuk suarh al-Isra (ayat 23) dan surah al-Ahfat (ayat 15) tentang suruhan supaya anak-anak mengambilberat tentang ibubapa.(123)

5. Menghormati dan mengasihani ibu bapa yang tua: Orang Islam diperintahkan supaya berbuat baik kepada orang tua sebagaimana yang diperintahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW supaya mengasihani ibubapa yang lanjut usia sebagaimana yang termaktub dalam ayat 23 surah al-Isra. (124)

6. Beribadat: Umat Islam dituntut supaya melakukan amal ibadat termasuklah ibadat-ibadat sunat seperti solat malam serta berzikir. Penulis semasa menerima berita kematian Cikgu Baharum baru selesai solat sunat tahajud dan berzikir. (125)

7. Percaya pada Takdir: Ketentuan tuhan terhadap apa jua kejadian, termasuklah kematian. Cikgu Baharum yang masih sihat akhirnya meninggal dunia kerana telah ditakdir oleh Allah, sebagaimana penulis menyedari pemergian Cikgu Baharum sudah ditakdirkan oleh Allah (126)

8. Bersabar: Ujian dan dugaan yang didatangkan oleh tuhan adalah untuk menguji kesabaran hambanya. Sebagaimana penulis menerima dengan sabar kematian Cikgu Baharum sebagai ketentuan Illahi.(126)

Page 6: Cerpen Warga Emas

Arahan: Senaraikan lima peristiwa yang melibatkan penggunaan teknik imbas kembali.

1.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4._______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

5._______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 7: Cerpen Warga Emas

Teknik penceritaan dalam cerpen.

** Menjawab soalan berkaitan teknik penceritaan memerlukan:

1. Fakta (jenis teknik penceritaan)2. Huraian ( definisi teknik penceritaan yang dipilih sebagai fakta)3. Contoh (berdasarkan cerpen)4. Kesan penggunaan teknik penceritaan yang dipilih.

Contoh: Petikan 1.

“kenapa mesti pergi kerja terlalu pagi?” Wartawan itu bertanya.

“Petua orang tua-tua pergi kerja jangan kena cahaya matahari, balik kerja jangan kena cahaya matahari. Baru selamat.”

FAKTA : Teknik Dialog

HURAIAN: Dialog ialah perbualan antara 2 orang watak atau lebih watak membicarakan tentang apa-apa sahaja perkara.

CONTOH: Perbualan antara wartawan dan Cikgu Baharum tentang perlunya pergi kerja awal pagi.

KESAN: Penggunaan teknik penceritaan dialog adalah mendatangkan kesan realistik dalam perkembangan jalan cerita.

ARAHAN: Kenalpasti teknik penceritaan dalam petikan-petikan di bawah.

Petikan 2.

Pagi itu ketika membuka-buka akhbar Utusan Malaysia, Saya ternampak gambar Cikgu Baharum kawan Saya . Gambarnya setengah badan, hamper satu setengah kolum terpampang di hadapan mata, dengansebuah senyuman raja di sudut kiri mulutnya(ms 116)

fakta

Page 8: Cerpen Warga Emas

Huraian

Contoh

kesan

Petikan 3Saya terpegun sejenak melihat gambarnya itu dan tajuk beritanya, menggerakkan perasaan ingin tahu Saya, “Usia Emas Untuk Apa?” Saya cepat-cepat membaca berita dua kolum yang berikutnya. (ms 116).faktaHuraian

Contoh

kesan

Petikan 4Pada masa dahulun Saya suka ke rumahnya dengan anak-anak. Dan dia juga suka ke rumah Saya. Apabila sudah berjumpa maka banyaklah yang kami perkatakan. Dari soal politik, ekonomi, social sampailah kepada bahasa dan sastera. (ms 121).faktaHuraian

Page 9: Cerpen Warga Emas

Contoh

kesan

Petikan 5.Orang pun sudah tidak mempedulikannya lagi. Tetapi apabila dia meninggal dunia, saat dia pergi menghadapi Maha Pencipta, kita meratapinya sebagai satu kehilangan. Bukan kita mendoakannya, supaya amalannya yang baik itu, dia diletakkan di sisi Allah di antara orang-orang yang baik….(ms 123)

fakta

Huraian

Contoh

kesan

ARAHAN 2: Senaraikan 4 peristiwa yang melibatkan penggunaan teknik imbas kembali.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 10: Cerpen Warga Emas