Cerpen hipertensi

12
Cerpen : Hipertensi ( Illias Zaidi ) Sinopsis Melalui cerpen ini, penulis menggambarkan kisah seorang pemuda, iaitu Aiman Aqil yang berusia awal dua puluhan yang berada di lereng cerun bukit. Dia memerhatikan bukit yang ditarah sambil mengimbas kembali kisah kehidupannya. Dia juga sedang memikirkan impiannya yang ingin menjadi seorang angkasawan yang belum menjadi kenyataan. Ketika zaman persekolahan, Aiman merupakan seorang murid yang pintar.Ketika sebiji mempelam gugur di hadapannya, dia teringatkan Teori Graviti yang dipopularkan oleh Newton. Sambil memikirkan teori tersebut, dia terkenang kembali kisah antara dia dengan Cikgu Faridah ketika mereka berada di dalam kelas. Pada ketika itu, dia dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh Cikgu Faridah dengan baik dan dikagumi oleh rakan sekelasnya. Selepas itu, Aiman teringat pula kisahnya mengusik dua orang adik perempuan ketika menyiapkan kerja rumah. Dia teringat juga sikapnya yang selalu ponteng sekolah sehingga dirotan oleh bapanya yang dipanggil Babah. Baginya, sebagai murid yang baru berusia lapan tahun, tetapi telah mampu menyelesaikan masalah Matematik murid tingkatan lima, dia tidak perlu hadir ke sekolah.Dia juga pernah mengusik rakan sekelasnya yang tidak dapat menyelesaikan soalan Matematik sehingga dimarahi oleh gurunya.

Transcript of Cerpen hipertensi

Page 1: Cerpen hipertensi

Cerpen : Hipertensi ( Illias Zaidi )

 SinopsisMelalui cerpen ini, penulis menggambarkan kisah seorang pemuda, iaitu Aiman Aqil yang berusia awal dua puluhan yang berada di lereng cerun bukit. Dia memerhatikan bukit yang ditarah sambil mengimbas kembali kisah kehidupannya. Dia juga sedang memikirkan impiannya yang ingin menjadi seorang angkasawan yang belum menjadi kenyataan.

Ketika zaman persekolahan, Aiman merupakan seorang murid yang pintar.Ketika sebiji mempelam gugur di hadapannya, dia teringatkan Teori Graviti yang dipopularkan oleh Newton. Sambil memikirkan teori tersebut, dia terkenang kembali kisah antara dia dengan Cikgu Faridah ketika mereka berada di dalam kelas. Pada ketika itu, dia dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh Cikgu Faridah dengan baik dan dikagumi oleh rakan sekelasnya.Selepas itu, Aiman teringat pula kisahnya mengusik dua orang adik perempuan ketika menyiapkan kerja rumah. Dia teringat juga sikapnya yang selalu ponteng sekolah sehingga dirotan oleh bapanya yang dipanggil Babah. Baginya, sebagai murid yang baru berusia lapan tahun, tetapi telah mampu menyelesaikan masalah Matematik murid tingkatan lima, dia tidak perlu hadir ke sekolah.Dia juga pernah mengusik rakan sekelasnya yang tidak dapat menyelesaikan soalan Matematik sehingga dimarahi oleh gurunya.

Page 2: Cerpen hipertensi

Aiman mengimbas kembali peristiwa protesnya terhadap babah kerana merotannya. Ketika dia ponteng sekolah selama seminggu, dia berangan-angan seolah-olah dia telah berjaya memperoleh ijazah dalam bidang aeroangkasa. Ketika itu, dia memanjat pokok kelapa yang ada berhampiran rumahnya agar dia dapat membayangkan angkasa lepas yang sebenar. Dia dirotan lagi oleh babahnya. Oleh sebab minatnya dalam bidang aeroangkasa, dia terus membayangkan dia sedang mengikuti latihan intensif bawah program aeroangkasa bersama-sama dengan pihak Rusia. Ketika itu, dia seolah-olah berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa sedangkan dia sebenarnya berada di atas pokok kelapa. Selain itu, dia juga mengimbas kembali layanan kasar babah terhadap dirinya. Dia menjadi gagap kerana selalu ditampar oleh babahnya. Dia teringat pula kisah Paul Broca , iaitu pakar antropologi yang telah berjaya mengatasi masalah gagap melalui teknologi perlakuan. Bagi Aiman, babah sepatutnya mempelajari teori itu supaya dapat bertindak lebih mesra dengannya. Ketika dia berhalusinasi itulah, dia terdengar bisikan supaya dia lebih mendekati Allah. Dia tersedar daripada lamunan ketika di lereng cerun bukit itu.

Page 3: Cerpen hipertensi

PERSOALAN 1.    Persoalan adab menuntut ilmu

Contoh: Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah di dalam kelas telah menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar.

2.    Persoalan peranan ibu bapa dalam keluarga

Contoh: Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah.

3.    Persoalan sikap memandang rendah terhadap keupayaan

orang lain

Contoh: Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat menyelesaikan tugasan Matematik.

Page 4: Cerpen hipertensi

TEMABertemakan "keinginan yang tinggi dalam bidang yang diingini sehingga menyebabkan seseorang berimaginasi".

Contohnya; Aiman sangat meminati bidang aeroangkasa sehingga berimaginasi mendarat ke bulan dengan menaiki kapal Soyuz yang diterbangkan dari Stesen Angkasa Antarabangsa.

Page 5: Cerpen hipertensi

WATAK PERWATAKAN1. Aiman Aqil:

berwajah cengkung dan jari-jemarinya yang kurus runcing. anak sulung daripada 3 beradik. gagap semasa bercakap.

Cth - mulutnya akan menganga lebar sebelum kata-kata dapat dikeluarkan dari mulutnya.

2. Bapa Aiman: seorang jurutera makenikal. seorang yang bertanggungjawab.

Cth - menghantar Aiman yang gagap untuk mendapatkan rawatan intensif dan terapi.

bengis dan garang. Cth - pernah merotan dan menampar Aiman kerana kedegilan anaknya.

Page 6: Cerpen hipertensi

3. Ibu Aiman: Penyayang.

Cth - berasa kasihan melihat Aiman dirotan oleh bapanya. Taat/ patuh kepada suami. Cth - Ibu Aiman tidak membantah apabila suaminya

merotan Aiman. Dia hanya menentang di dalam hati sahaja. Penyabar

Cth -sabar dengan sikap suaminya mendidik Aiman dengan garang.

Page 7: Cerpen hipertensi

LATAR MASYARAKAT1. Masyarakat remaja yang pintar dan

bercita-cita tinggi. Aiman Aqil murid yang pintar dan mempunyai

cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang angkasawan.

2. Masyarakat yang mementingkan pelajaran.

Babah menegur Aiman apabila dia mengganggu adik-adiknya membuat kerja sekolah. Babah marah apabila Aiman ponteng sekolah.

Page 8: Cerpen hipertensi

3. Golongan ibu bapa yang tegas. Babah tegas menjaga disiplin anak-anaknya.

Aiman sering dipukul kerana suka melawan dan memberontak.

4. Masyarakat saintis dan penyelidikan. Isaac Newton mencipta Teori Graviti, Niel

Amstrong angkasawan , dan Paul Broca pula pakar anatomi dan antropologi.

Page 9: Cerpen hipertensi

LATAR TEMPAT 1. Hadapan sebuah bukit

Di hadapan sebuah bukit, Aiman melihat sebuah banglo ditimpa tanah runtuh.

2. Dalam kelas Dalam sebuah kelas di sebuah sekolah, Cikgu

Faridah meminta Aiman menjawab soalan yang berkaitan dengan Teori Graviti.

3. Rumah keluarga Aiman Di rumahnya, Aiman mengganggu adik-adiknya

yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Di rumah itu juga dia dimarahi dan dirotan oleh ayahnya kerana suka menimbulkan masalah.

Page 10: Cerpen hipertensi

LATAR MASA1. Zaman moden

Pada zaman moden, sudah wujud Stesen Angkasa Antarabangsa yang menjadi tempat angkasawan menjalankan kajian .

2. Waktu siang Pada akhir cerita, Aiman mendongak ke langit dan

ternampak awan berarak. Ketika itu dikatakan “ sang suria terus setia memancarkan cahayanya”.

3. Waktu tengah hari (a) Aiman dilahirkan pada waktu tengah hari, iaitu

ketika “ sang suria memuncaki ubun-ubun “. (b) Aiman ditegur oleh gurunya apabila dia

mengganggu Chee Keong. Waktu itu “ suria berkedudukan 90 darjah tetap “.

Page 11: Cerpen hipertensi

NILAIi. Kasih sayang. Cth - Ibu aiman amat menyayangi anak-anaknya dan

sedih apabila Aiman dirotan oleh bapanya.

ii. Kebijaksanaan. Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5 walaupun baru bersekolah rendah.

iii. Tanggungjawab. Cth - Bapa Aiman bertanggungjawab mendapatkan rawatan intensif dan latihan terapi kepada Aiman yang telah gagap pertuturannya.

Page 12: Cerpen hipertensi

PENGAJARANi. Kita mestilah menyayangi keluarga kita.

Contoh - Ibu Aiman menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila melihat Aiman dirotan oleh bapanya.

ii. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kesihatan keluarga kita.

Contoh - Bapa Aiman mendapatkan rawatan intensir dan terapi kepada Aiman yang gagap pertuturannya.

iii. Kita mesti bersabar apabila berdepan dengan masalah.

Contoh - Ibu Aiman bersabar apabila melihat Aiman dirotan oleh bapanya.