Cabang falsafah pendidikan yang kami anggap paling sesuai guna pada masa kini

download Cabang falsafah pendidikan yang kami anggap paling sesuai guna pada masa kini

of 12

description

FPK

Transcript of Cabang falsafah pendidikan yang kami anggap paling sesuai guna pada masa kini

Dalam kumpulan, pelajar memilih satu cabang falsafah pendidikan barat yang mereka anggap paling sesuai digunakan masa kini dan bentangkan rasional pemilihan tersebut.

Cabang falsafah pendidikan barat yang kami anggap paling sesuai digunakan masa kini

Cabang falsafah pendidikan Barat yang kami anggap paling sesuai digunakan masa kini Progresivisme Perbandingan antara falsafah Progresivisme dengan falsafah TradisionalMatlamat pendidikan tradisional tidak mencukupi untuk keadaan zaman moden.Berbeza daripada skolastisisme, tidak mementingkan dunia akhirat.Berbeza dengan perenialisme, ia tidak memuju kegemilangan zaman silam.Berbeza daripada esensialisme, ia tidak menghadkan konsep essential kepada fakta dan perkara-perkara tertentu sahaja.

Rasional pemilihanDalam matlamat falsafah pendidikan tradisional, pelajar sebagai individu tidak ada kebebasan memilih mata-mata pelajaran yang hendak dipelajarinya.Mengenai kaedah pelajaran pula, tumpuan kepada mata pelajaran merupakan kaedah yang digalakkan oleh pendidikan tradisional kerana mata pelajaran lebih dipentingkan daripada kebolehan, keperluan dan minat pelajar.Kaedah tumpuan kepada guru popular juga kerana guru orang yang berautoriti, pakar dan tahu semua tentang bidang yang diajarnya.Matlamat pendidikan dan kurikulum progresivisme adalah bertentangan dan berbeza dengan matlamat dan kurikulum yang diterangkan di atas.

Kurikulum Falsafah pendidikan Progresivisme mementingkan atau menumpukan perhatian kepada dunia sekarang, masyarakat masa kini.Progresivisme cuba menolong manusia menyesuaikan diri dengan persekitarannya dan membentukkan semula persekitaran untuk memperbaiki keadaan hidup manusia.Progresivisme tidak percaya adanya kebenaran yang mutlak, kerana keadaan dunia ini tidak tetap dan kehendak serta minat manusia tidak serupa.Oleh hal yang demikian, keseluruhan bidang pengajian atau kurikulum progresivisme ditentukan dengan merujuk kepada keperluan dan desakan masa kini.Kurikulum pendidikan progresif mempunyai mata-mata pelajaran yang tidak berhierarki, tetapi ia lebih luas dan mungkin tidak terbatas jika berbanding dengan kurikulum pendidikan tradisional.Semua mata pelajaran (akademik dan vokasional, sains dan sastera, agama, kesenian, dan lain-lain) bernilai dan berfaedah asalkan mata-mata pelajara itu boleh digunakan sebagai alat untuk menemui dan memenuhi kehendak, keperluan dan keperluan dan kepentingan setiap pelajar dalam menyesuaikan dirinya dengan persekitaran, dan dalam menghadapi cabaran atau perubahan dalam kehidupannya sebagai individu serta sebagai ahli masyarakat.Sekolah tidak mengajar sebarang prinsip yang tetap kepada pelajar-pelajar, tetapi sebaliknya berperanan untuk menyediakan pelajar-pelajar supaya menyesuaikan diri dengan keadaan-keadaan yang berubah.Pengetahuan sebagai penerangan tentatif yang sesuai dengan realiti semasa, dan pengetahuan ini tidak dianggap sebagai benar untuk selama-lamanya.Kehidupan sendiri tidak menggambarkan situasi selama-lamanya. Oleh itu, adalah menjadi tugas cerdik pandai untuk membentuk situasi yang dapat disesuaikan dengan situasi yang sedia ada. Oleh yang demikian, pengetahuan merupakan penerangan yang tentatif bagi masalah semasa, dan ia mestilah mempunyai kegunaan dan kepentingannya. Tegasnya, pendidikan progresif tidak membezakan aktiviti di dalam dengan yang di luar bilik darjah.

Untuk mencapai manusia yang sempurna dan memperkembangkan personnel yang mengandungi aspek fizikal, emosi, sosial dan intelektual.Latihan yang dijalankan dalam bilik darjah memusatkan kepada konsep pemusatan untuk bertujuan menjadikan individu itu sebagai satu personaliti yang tersusun. Elemen penting dalam proses pembelajaran ialah konferensi, perbincangan, perancangan dan partisipatif yang dapat membekalkan kesan kepada pembelajaran yang maksimum.Pelajar diberi peluang mengeluarkan pendapat melalui percakapan atau perbuatan.Pengalaman pratikal, pengalaman sosial, pengalaman estetika dan pengalaman emosi mesti ditekan dan dinilai mengikut keupayaan pelajar.

Guru Guru progresif tidak mengindoktrinasi dan bersifat autoritarian. Kaedah pelajaran guru progresif menstilah mengutamakan pelajar. Penekanan yang lebih akan diberikan untuk membentuk pelajar yang memperolehi kemahiran menyelesaikan masalah.Progresivisme mendedahkan pelajar kepada perkara-perkara seperti pengalaman sosial, kajian sosial, projek, masalah-masalah dan eksperimen, yang mana apabila dipelajari melalui kaedah saintifik, akan menghasilkan pengetahuan yang boleh digunakan daripada semua bidang pelajaran yang dipelajari.

Tegasnya, guru progresif tidak akan menggunakan cara-cara memaksa seperti dendaan, hafalan dan latih tubi tetapi akan membimbing pelajar berfikir dengan kritis, menjalankan eksperimen, menyelidik, meneliti dan menimbangkan sesuatu bukti; membincang dengan bebas apa yang hendak dipelajari; serta memberi pelajar peluang untuk mendapat pendidikan daripada pengalamannya di dalam dan di luar bilik darjah.Selain daripada perkembangan mental dan intelektual, progresivisme juga memajukan perkembangan rohani dan emosi serta jasmani.Berusaha meluaskan lagi bidang pengetahuan dan kemahiran yang hendak diajar, menitikberatkan kepentingan gerakerja luar, serta menggalakkan guru menggunakan kaedah-kaedah pengajaran yang bercorak tumpuan kepada pelajar,proses pembelajaran serta memberikan tumpuan untuk memperbaiki kehidupan manusia dalam masyarakat.

Sekolah Sekolah bertugas sebagai tempat pelajar bekerja dan hidup bermasyarakat serta bertugas atas dasar yang praktikal dengan mengadakan pelajaran pertukangan tangan, kemahiran, perusahaan dan juga pelajaran-pelajaran lain yang dapat menimbulkan daya cipta di kalangan pelajar itu sendiri. Sekolah berperanan menggalakkan kerjasama dan bukan persaingan. Percintaan dan persahabatan lebih sesuai untuk pendidikan jika dibandingkan dengan persaingan dan kepentingan perseorangan.Dapat membentuk perangai dan personaliti yang baik dalam kalangan pelajar.Sekolah juga berperanan untuk menggalakkan demokrasi. Pendidikan, pertumbuhan dan demokrasi adalah saling mengkaitkan.

menggalakkan kerajinan pelajar, kebebasan berbincang, perancangan bersama guru dan pelajar serta penglibatan sepenuhnya dalam semua aktiviti pendidikan.Dapat memperkembangkan personaliti manusia yang signifikan melalui demokrasi sosial.Buku dianggap sebagai alat dalam proses pembelajaran dan bukan sebagai sumber-sumber pengetahuan yang tidak boleh dipersoalkan.

Pelajar Kebebasan diberi kepada pelajar untuk mengejar apa sahaja ilmu dan kemahiran yang diminatinya untuk perkembangan mental, jasmani dan rohaninya.Pelajar akan bermotivasi untuk belajar perkara-perkara yang dia minat, anggap penting dan berguna kepada dirinya.