BIODATA IMAM MUSLIM al-ahkam net Si

download BIODATA IMAM MUSLIM      al-ahkam net      Si

of 2

Transcript of BIODATA IMAM MUSLIM al-ahkam net Si

  • 8/14/2019 BIODATA IMAM MUSLIM al-ahkam net Si

    1/2

    EJARAH-004- BIODATA IMAM MUSLIM :: ::al-ahkam.net:: :: Si... http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News

    08/06/2008 1

    ::al-ahkam.net::Siber Feqh Anda

    JH-SEJARAH-004- BIODATA IMAM MUSLIM

    Posted by : alitantawi on Thursday, June 05, 2008 - 08:44 AM CCT

    Nama penuh beliau ialah Muslim Ibn al-Hajjaj al-Qusyairi al-Naisaburi. Digelar Abu al-Husain.

    - Lahir di Naisabur (salah sebuah tempat di Iran) pada tahun 206 Hijrah.

    - Mula menuntut ilmu khususnya dalam bidang hadith ketika umurnya belasan tahun.

    - Merantau jauh dalam perjalanan menuntut ilmu khususnya hadith.

    - Beliau mempelajari ilmu daripada ramai guru. Di antara guru-gurunya yang terkenal ialah

    Ahmad Ibn Hanbal, al-Bukhari, Ishaq Ibn Rahuyah / Rahawaih, Abu Hatim al-Razi, Abu

    Zurah, al-Darimi dan lain-lain lagi.

    - Beliau juga mempunyai ramai pelajar-pelajar yang datang dari segenap tempat untuk

    menuntut ilmu daripadanya. Di antara pelajar-pelajarnya yang terkenal ialah al-Tirmidzi dan

    Ibn Khuzaimah.

    - Beliau dipuji oleh ramai ulama termasuklah guru-gurunya sendiri seperti Ishaq Ibn Rahuyah

    yang menyatakan kekagumannya terhadap Imam Muslim sejak beliau masih menjadi

    penuntut lagi.

    - Salah seorang gurunya bernama Muhammad Ibn Basyar telah menyenaraikannya sebagai

    salah seorang daripada empat Hafiz dalam hadith. Mereka ialah al-Bukhari, Abu Zurah,al-Darimi dan Muslim. Ketiga-tiga pakar hadith yang disebut bersamanya (al-Bukhari, Abu

    Zurah dan al-Darimi) juga sebenarnya adalah guru-guru Muslim. Ini jelas menunjukkan

    kehebatan beliau walaupun masih bergelar penuntut ilmu hadith.

    - Setelah merantau ke pelbagai tempat dan menulis lebih kurang 300 000 hadith (termasuk

    kata-kata sahabat dan tabiin), beliau kembali ke tanah airnya dan memulakan penulisan buku

    Sahih Muslim pada tahun 235H dan selesai menulisnya pada tahun 250H.

    - Selain buku Sahih Muslim, beliau turut mengarang buku-buku lain dan antara yang masih

    kekal dicetak pada masa kini adalah seperti buku al-Tamyiiz yang mengumpulkan

    hadith-hadith yang dhaif dan cara ulama hadith salaf mengenal pasti kedhaifan pada hadith,al-Kuna wa al-Asma, al-Munfaridat wa al-Wihdan dan lain-lain lagi.

    - Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan mempunyai ladang yang menjadi sumber

    pendapatannya untuk menuntut ilmu.

    - Meninggal pada tahun 261H. Semoga Allah merahmati beliau.

    Sumber rujukan:

  • 8/14/2019 BIODATA IMAM MUSLIM al-ahkam net Si

    2/2

    EJARAH-004- BIODATA IMAM MUSLIM :: ::al-ahkam.net:: :: Si... http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News

    08/06/2008 1

    1- Syarh Ilal al-Tirmidzi Ibn Rajab al-Hanbali.

    2- Muqaddimah analisis buku al-Ilzamat wa al-Tatabbu Syeikh Muqbil al-Wadie.

    3- Manhaj al-Muhaddithin Dr. Sad al-Humayyid.

    4- Masodir al-Sunnah wa Manahijuha Dr. Hatim al-Syarif.

    5- Al-Tarif Bi al-Imam Muslim wa Kitabihi al-Sahih Dr. Abd. Rahman al-Sudais

    No access to comments.

    Page created in 0.032842 Seconds

    Powered by MD-Pro