Bbm3206 1328088643 semantik

30
BBM 3206 SEMANTIK 0LEH : PROF. MADYA DR. AHMAD MAHMOOD BIN MUSANIF Sesi Bersemuka Pertama

description

 

Transcript of Bbm3206 1328088643 semantik

Page 1: Bbm3206 1328088643 semantik

BBM 3206SEMANTIK

0LEH :PROF. MADYA DR. AHMAD MAHMOOD BIN MUSANIFSesi Bersemuka Pertama

Page 2: Bbm3206 1328088643 semantik

Konsep Semantik

Kajian tentang makna Berasal daripada bahasa Yunani

sema yang menerbitkan kata semainein yang bermaksud ‘menunjukkan’, ‘bererti’, dan ‘bermakna’

Page 3: Bbm3206 1328088643 semantik

Sudut Pengertian Semantik

Makna luas: sintaksis, semantik, pragmatik

Makna sempit: teori referensi, teori makna

Page 4: Bbm3206 1328088643 semantik

KONSEP MAKNA Aristotle menyatakan bahawa unit terkecil

yang bermakna atau the smallest significant unit of speech ialah perkataan.

Dalam linguistik sekarang, unit tatabahasa terkecil yang bermakna adalah morfem.

Menurut Ullmann (1962:55), ada dua aliran pemikiran tentang konsep makna: aliran anatikal @ referensial dan aliran operasional @ kontekstual.

Page 5: Bbm3206 1328088643 semantik

PENGERTIAN MAKNA SECARA ANATIKAL

Menurut de Saussure (1959:67),bahasa terdiri daripada bunyi atau penanda (signifiant) dan makna atau petanda (signifie).

Penanda adalah bayangan akustik, misalnya urutan bunyi m+e+j+a. Petanda adalah gambaran atau makna yang melambangkan bunyi meja.

Page 6: Bbm3206 1328088643 semantik

Oleh itu, kata atau lambang linguistik adalah bayangan akustik atau bunyi + gambaran atau makna.

Page 7: Bbm3206 1328088643 semantik

Ogden dan Richards (1949:11) pula menerangkan makna dengan memecahkannya kepada tiga komponen melalui rajah tiga segi semiotik.

Page 8: Bbm3206 1328088643 semantik

Ullmann (1962:57) telah mempermudah teori segi tiga semiotik dengan melihat makna sebagai hubungan resiprokal antara nama dengan pengertian.

Page 9: Bbm3206 1328088643 semantik

Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengertian dan juga sebaliknya.

Page 10: Bbm3206 1328088643 semantik

PENGERTIAN MAKNA SECARA OPERASIONAL Stuart Chase (1938:7) menerangkan

makna secara ‘operasional’, iaitu The true meaning of word is to be found by observing what the man does with it, not what he says about it.

Wittgenstein (1953) menegaskan bahawa makna perkataan adalah penggunaan perkataan dalam bahasa (the meaning of word is its use in the language).

Page 11: Bbm3206 1328088643 semantik

TEORI SEMANTIK Teori adalah pendapat atau pandangan yang

dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu.

Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa.

Teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa.

Page 12: Bbm3206 1328088643 semantik

TEORI SEMANTIK MESTI MEMENUHI 3 SYARAT:

Mesti mencerap setiap makna perkataan dan ayat, dan hubungan antara unsur tersebut.

Mesti dapat meramalkan ketaksaan pada perkataan dan ayat.

Page 13: Bbm3206 1328088643 semantik

Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematis antara perkataan dan antara ayat, iaitu hubungan sinonim, perangkuman logis, penaabiran, pertentangan, dan sebagainya.

Page 14: Bbm3206 1328088643 semantik

Teori Imej Makna

Menurut teori ini makna diterangkan berdasarkan imej yang terbayang dalam akal penutur @ pendengar.

Dalam pengaplikasiannya, teori ini menghadapi beberapa masalah:

1. Bentuk imej yang terbayang pada penutur dan pendengar.

Page 15: Bbm3206 1328088643 semantik

2. Satu ungkapan mempunyai lebih dari satu imej.

3. Satu imej mempunyai lebih dari satu ungkapan.

4. Imej bergantung kepada pengalaman.

Page 16: Bbm3206 1328088643 semantik

Teori Analisis Komponen Teori ini pada awalnya digunakan oleh

ahli antropologi dalam menentukan istilah hubungan kekeluargaan.

Teori ini diaplikasikan dalam linguistik untuk menjelaskan makna perkataan.

Menurut teori ini, makna perkataan dianalisis bukan secara satu unit, tetapi dalam hubungan komponen yang kompleks.

Page 17: Bbm3206 1328088643 semantik

Komponen tersebut dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri dari perbendaharaan kata sesuatu bahasa.

Teori ini menghuraikan makna perkataan dengan memasukkan unsur pertentangan.

Dalam pengaplikasiannya, teori ini juga menghadapi masalah:

Page 18: Bbm3206 1328088643 semantik

1. Komponen semantik untuk sesuatu perkataan mempunyai makna tersendiri dan perlu dihuraikan.

2. Huraian makna dalam teori ini tertumpu pada perkataan dan tidak pada ayat.

3. Makna yang tepat sukar diperolehi kerana terikat dengan ciri hiponim.

Page 19: Bbm3206 1328088643 semantik

Makna Perkataan dan Faktor Perubahannya

Sinonim: Kata-kata yang mempunyai makna yang sama. Maksud ‘sama’ tidak perlu seratus peratus sama. Misalnya:

jemput = undangkereta = motokariktisad = ekonomisiasah = politikmangkat = matibiduan = penyanyiseniman = pelakon

Page 20: Bbm3206 1328088643 semantik

Antonim: Perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan dengan perkataan yang lain. Misalnya:

malam lwn siang laut lwn darat

menjual lwn membelimemberi lwn menerimatua lwn mudabaru lwn lama

Page 21: Bbm3206 1328088643 semantik

Antonim juga dapat dibentuk dengan cara pengimbuhan, misalnya:

progresif lwn regresifprasejarah lwn

pascasejarahinduktif lwn deduktifseniman lwn seniwati

Page 22: Bbm3206 1328088643 semantik

Dari sudut ragamnya, antonim dapat digolongkan kepada beberapa jenis:

1. Antonim komplementar2. Antonim gradabel3. Antonim relasional4. Antonim resiprokal

Page 23: Bbm3206 1328088643 semantik

POLISEM, HOMONIM, DAN HIPONIMPolisem: Satu kata @ frasa yg mempunyai dua @ lebih makna yg berbeza. Bunyi dan bentuk ejaan sama tetapi berbeza makna dalam konteks berbeza. Misalnya, badan (tubuh @ yayasan), luka (cedera @ tersinggung), beradu (berlawan @ tidur).

Homonim: Kata-kata yang sama ejaan dan bunyi, tetapi berbeza makna, misalnya daki ‘memanjat’ dengan daki ‘kotoran’.

Page 24: Bbm3206 1328088643 semantik

Dalam penyusunan kamus polisem dijelaskan di bawah satu kata masukan, misalnya berat 1. tekanan, 2. sukar, 3. sangat…

Homonim dalam kamus dijelaskan sebagai dua kata masukan yang berasingan, misalnya daki I ‘kotoran’ dan daki II ‘memanjat’.

Page 25: Bbm3206 1328088643 semantik

Homofon: Kata-kata yang sama bunyi, tetapi berbeza ejaan dan maknanya. Misalnya, menonton dengan menuntun, dan golongan dengan gulungan.

Homograf: Kata-kata yang sama ejaan, tetapi berbeza bunyi dan maknanya. Misalnya, semak ‘periksa’ dengan semak ‘belukar’ atau ‘kusut’.

Page 26: Bbm3206 1328088643 semantik

Hiponim: Kata-kata yg mempunyai hubungan inklusif @ pengelompokan dalam satu jenis @ himpunan golongan perkataan.

Page 27: Bbm3206 1328088643 semantik

Ini menunjukkan kata bunga merupakan penggolong dan cempaka, melur merupakan anggota kepada penggolong tsbt. Dlm BI adalah katasheep.

Page 28: Bbm3206 1328088643 semantik

Perubahan Makna

Makna sesuatu perkataan atau ungkapan boleh berubah daripada yang asal kepada makna yang baharu. Namun antara unsur-unsur bahasa, maknalah yang paling kuat bertahan terhadap gejala perubahan (Hashim Musa, 1994:77).

Page 29: Bbm3206 1328088643 semantik

Antara faktor-faktor perubahan makna adalah :

Perubahan makna kerana perkembangan bahasa itu sendiri.

Perubahan makna kerana perubahan tanggapan penutur.

Perubahan makna kerana perluasan maksud.

Perubahan makna kerana pembatasan maksud.

Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik.

Page 30: Bbm3206 1328088643 semantik