Bahaya Hadis Dhaif Dan Maudhu`

4
8/8/2019 Bahaya Hadis Dhaif Dan Maudhu` http://slidepdf.com/reader/full/bahaya-hadis-dhaif-dan-maudhu 1/4 Bahaya Hadis Dhaif Dan Maudhu’ (Palsu)  Dipetik dari www.darulkautsar.net Di antara bencana besar yang menimpa kaum Muslimin sejak abad-abd pertama ialah tersebar luasnya hadis-hadis Dha’if (lemah) dan Maudhu’ (palsu) di kalangan mereka. Tidak ada yang terkecuali temasuklah kalangan ulama kecuali segelintir yang dikehendaki Allah, di antaranya para imam hadis dan Nuqqaad (Para Pengkaji hadis) seperti Imam al-Bukhari, Ahmad, Ibn Ma’in, Abu Hatim ar-Razy dan ulama seperti mereka. Penyebaran meluas hadis dhaif dan maudhu’ tersebut mengakibatkan banyak kesan negatif, di antaranya ada yang berkaitan masalah-masalah aqidah yang bersifat ghaib dan ada juga yang berkaitan perkara-perkara Tasyri’ (Syari’at). Adalah hikmah Allah Ta’ala Yang Maha Mengetahui, bahawa Dia tidak membiarkan hadis-hadis yang direka oleh orang-orang yang benci terhadap agama ini merebak ke tubuh kaum Muslimin tanpa mengutus orang yang akan mendedahkan hakikat sebenarnya dan menjelaskan kepada manusia kecacatan-kecacatannya . Mereka itulah para ulama Ahli hadis dan pembawa panji-panji sunnah Nabawiyyah yang didoakan Rasullullah dalam sabdanya, "Semoga Allah menganugerahi nikmat seseorang yang mendengarkan perkataanku lalu mencernanya, menghafal dan menyampaikannya. Betapa banyak orang yang membawa ilmu tetapi tidak lebih faqih (untuk dapat menghafal dan menyampaikannya) dari orang yang dia sampaikan kepadanya (kerana ia mampu menggali dalil sehingga lebih faqih darinya)." (HR.Abu Daud dan at-Turmudzi yang mengatakannya shahih). Para imam tersebut –semoga Allah menganugerahkan kebaikan kepada mereka - telah menjelaskan kedudukan kebanyakan hadis-hadis tersebut dari segi kesahihan, kelemahan atau pun kepalsuannya dan telah membuat asas-asas yang kukuh dan kaedah-kaedah yang mantap di mana siapa saja yang menekuni dan mempelajarinya secara mendalam nescaya akan dapat mengetahui kualiti dan kedudukan setiap hadis walaupun mereka (para imam tersebut) tidak memberikan penilaian ke atas hadis-hadis tersebut. Itulah suatu ilmu yang dikenali sebagai ilmu Ushul Hadis atau Llmu Mushthalah Hadis. Para ulama generasi terakhir (al-Muta`akkhirin) telah mengarang beberapa buku

Transcript of Bahaya Hadis Dhaif Dan Maudhu`

Page 1: Bahaya Hadis Dhaif Dan Maudhu`

8/8/2019 Bahaya Hadis Dhaif Dan Maudhu`

http://slidepdf.com/reader/full/bahaya-hadis-dhaif-dan-maudhu 1/4

Bahaya Hadis Dhaif Dan Maudhu’ (Palsu)

 

Dipetik dari www.darulkautsar.net 

Di antara bencana besar yang menimpa kaum Muslimin sejak abad-abd pertama

ialah tersebar luasnya hadis-hadis Dha’if  (lemah) dan Maudhu’ (palsu) di kalangan

mereka. Tidak ada yang terkecuali temasuklah kalangan ulama kecuali segelintir

yang dikehendaki Allah, di antaranya para imam hadis dan Nuqqaad (Para Pengkaji

hadis) seperti Imam al-Bukhari, Ahmad, Ibn Ma’in, Abu Hatim ar-Razy dan ulama

seperti mereka.

Penyebaran meluas hadis dhaif dan maudhu’ tersebut mengakibatkan banyak kesan

negatif, di antaranya ada yang berkaitan masalah-masalah aqidah yang bersifat

ghaib dan ada juga yang berkaitan perkara-perkara Tasyri’ (Syari’at).

Adalah hikmah Allah Ta’ala Yang Maha Mengetahui, bahawa Dia tidak membiarkan

hadis-hadis yang direka oleh orang-orang yang benci terhadap agama ini merebak ke

tubuh kaum Muslimin tanpa mengutus orang yang akan mendedahkan hakikat

sebenarnya dan menjelaskan kepada manusia kecacatan-kecacatannya . Mereka

itulah para ulama Ahli hadis dan pembawa panji-panji sunnah Nabawiyyah yang

didoakan Rasullullah dalam sabdanya, "Semoga Allah menganugerahi nikmat

seseorang yang mendengarkan perkataanku lalu mencernanya, menghafal dan

menyampaikannya. Betapa banyak orang yang membawa ilmu tetapi tidak lebih

faqih (untuk dapat menghafal dan menyampaikannya) dari orang yang dia

sampaikan kepadanya (kerana ia mampu menggali dalil sehingga lebih faqih

darinya)." (HR.Abu Daud dan at-Turmudzi yang mengatakannya shahih).

Para imam tersebut –semoga Allah menganugerahkan kebaikan kepada mereka -

telah menjelaskan kedudukan kebanyakan hadis-hadis tersebut dari segi kesahihan,

kelemahan atau pun kepalsuannya dan telah membuat asas-asas yang kukuh dan

kaedah-kaedah yang mantap di mana siapa saja yang menekuni dan mempelajarinyasecara mendalam nescaya akan dapat mengetahui kualiti dan kedudukan setiap

hadis walaupun mereka (para imam tersebut) tidak memberikan penilaian ke atas

hadis-hadis tersebut. Itulah suatu ilmu yang dikenali sebagai ilmu Ushul Hadis atau

Llmu Mushthalah Hadis.

Para ulama generasi terakhir (al-Muta`akkhirin) telah mengarang beberapa buku

Page 2: Bahaya Hadis Dhaif Dan Maudhu`

8/8/2019 Bahaya Hadis Dhaif Dan Maudhu`

http://slidepdf.com/reader/full/bahaya-hadis-dhaif-dan-maudhu 2/4

yang khusus untuk menyenaraikan hadis-hadis dan menjelaskan kedudukannya, di

antaranya yang paling masyhur dan luas bahasannya adalah kitab al-Maqaashid al-

Hasanah Fii Bayaan Katsiir Min al-Ahaadiits al-Musytahirah ‘Ala al-Alsinah karya al-

Hafizh as-Sakhawy. Demikian juga buku seumpamanya seperti buku-buku Takhriijaat 

(untuk mengeluarkan jalur (sanad) hadis dan kualitinya) yang menjelaskankedudukan hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab-kitab yang dikarang oleh Ahli

Hadis (Ulama hadis) dan kitab-kitab yang berisi hadis-hadis yang tidak ada asalnya

seperti buku Nashb ar-Raayah Li Ahaadiits al-Bidaayah karya al-Hafizh az-Zaila’ii, al-

Mugny ‘An Haml al-Asfaar Fii al-Asfaar Fii Takhriij Maa Fii Ihyaa` Min al-Akhbaar karya

al-Hafizh al-‘Iraqi, at-Talkhiish al-Habiir Fii Takhriij Ahaadiits ar-Raafi’iy al-Kabiir karya

al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani, Takhriij Ahaadiits al-Kasysyaaf karya Ibn Hajar juga

dan Takhriij Ahaadiits asy-Syifaa` karya Imam as-Suyuthi, semua buku tersebut

sudah dicetak dan diterbitkan.

Sekalipun para imam tersebut –semoga Allah menggandakan kebaikan kepada

mereka- telah meratakan jalan kepada generasi setelah mereka, baik dari kalangan

para ulama ataupun para penuntut hingga mereka mengetahui kualiti setiap hadis

melalui buku-buku tersebut, akan tetapi –amat malang sekali- kami perhatikan

mereka sebaliknya enggan menelaah buku-buku tersebut. Akibatnya mereka jahil

terhadap kedudukan hadis-hadis yang telah mereka hafal dari guru-guru mereka

atau hadis-hadis yang mereka baca dari buku-buku yang tidak menitik beratkan

kesahihan sesuatu hadis .Oleh itu , kita sering mendengar ceramah dari sebahagian

Mursyid (penyuluh), atau ceramah dari seorang ustaz atau khuthbah seorang khathib

yang meriwayatkan hadis-hadis dha’if dan maudhu’ tersebut, dan ini amat

berbahaya kerana dikhuatiri mereka semua akan terkena ancaman sabda beliau

s.a.w., yang berbunyi, "Barangsiapa yang telah berdusta terhadapku secara sengaja,

maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di dalam neraka." (Hadis

Sahih Mutawatir)

Walau pun mereka tidak berdusta dengan sengaja, namun hakikatnya mereka tetap

berdosa kerana telah meriwayatkan hadis-hadis dari sumber yang mereka yakini

terdapat hadis yang dha’if atau pun hadis palsu. Mengenai hal ini, terdapat isyarat

dari hadis Rasulullah yang bermaksud, "Cukuplah seseorang itu berdusta manakala

ia menceritakan semua apa yang didengarnya (tanpa disaring lagi-pen.,)."

(HR.Muslim) dan suatu hadis lain dari riwayat Abu Hurairah.

Page 3: Bahaya Hadis Dhaif Dan Maudhu`

8/8/2019 Bahaya Hadis Dhaif Dan Maudhu`

http://slidepdf.com/reader/full/bahaya-hadis-dhaif-dan-maudhu 3/4

Page 4: Bahaya Hadis Dhaif Dan Maudhu`

8/8/2019 Bahaya Hadis Dhaif Dan Maudhu`

http://slidepdf.com/reader/full/bahaya-hadis-dhaif-dan-maudhu 4/4

 

(Di saring dari sumber www.alsofwah.or.id dari Mukaddimah Syaikh al-Albani di

dalam bukunya Silsilah al-Ahaadiits adl-Dla’iifah Wa al-Mawdluu’ah Wa Atsaruha as-

Sayyi` Fi al-Ummah, jld.I, h.47-51 dengan sedikit perubahan dan pengurangan)

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=568