Aku Sebuah Kamus

2
(Aku Sebuah Kamus) Aku dilahirkan di sebuah kilang percetakan di Taiping. Nama aku "Kamus Bahasa Melayu". Kulit aku berwarna merah dan putih. Aku mempunyai empat ratus lebih muka surat. Setelah aku siap dicetak, aku bersama dengan rakan yang lain dibungkus dengan kertas dan diletakkan ke dalam sebuah kotak yang besar. Lepas itu, kami dihantar ke sebuah kedai buku dengan menaiki lori. Apabila sampai di kedai buku itu,aku dipamerkan di atas rak bersama rakan-rakan yang lain oleh kakitangan kedai itu. Satu tanda harga bernilai RM28.00 telah diletakkan pada badan aku. Setelah beberapa hari berada di kedai buku itu, aku telah dibeli oleh seorang murid. Murid itu membawa aku balik. Dia membalut badan aku dengan sehelai kertas pembalut yang menarik. Tuan aku bernama Darshan. Dia belajar dalam Tahun Empat Tamarai. Darshan selalu menggunakan aku apabila membuat latihan dan menulis karangan. Dia akan menggunakan aku untuk mencari maksud sesuatu perkataan yang tidak difahami. Darshan menjaga aku dengan baik. Dia akan menyimpan aku di atas rak semula selepas habis menggunakan aku. Aku berasa gembira dan sanggup terus berkhidmat untuk t uan aku yang baik ini.

description

Aku Sebuah Kamus

Transcript of Aku Sebuah Kamus

  • 5/23/2018 Aku Sebuah Kamus

    1/2

    (Aku Sebuah Kamus)

    Aku dilahirkan di sebuah kilang percetakan di Taiping. Nama aku "Kamus Bahasa Melayu". Kulit aku

    berwarna merah dan putih. Aku mempunyai empat ratus lebih muka surat.

    Setelah aku siap dicetak, aku bersama dengan rakan yang lain dibungkus dengan kertas dan diletakkan

    ke dalam sebuah kotak yang besar. Lepas itu, kami dihantar ke sebuah kedai buku dengan menaiki lori.

    Apabila sampai di kedai buku itu,aku dipamerkan di atas rak bersama rakan-rakan yang lain oleh

    kakitangan kedai itu. Satu tanda harga bernilai RM28.00 telah diletakkan pada badan aku.

    Setelah beberapa hari berada di kedai buku itu, aku telah dibeli oleh seorang murid. Murid itu

    membawa aku balik. Dia membalut badan aku dengan sehelai kertas pembalut yang menarik. Tuan aku

    bernama Darshan.

    Dia belajar dalam Tahun Empat Tamarai. Darshan selalu menggunakan aku apabila membuat latihan

    dan menulis karangan. Dia akan menggunakan aku untuk mencari maksud sesuatu perkataan yang tidak

    difahami.

    Darshan menjaga aku dengan baik. Dia akan menyimpan aku di atas rak semula selepas habis

    menggunakan aku. Aku berasa gembira dan sanggup terus berkhidmat untuk tuan aku yang baik ini.

  • 5/23/2018 Aku Sebuah Kamus

    2/2