Acf422 fasa7 analisis pengajaran

7
Analisis Penilaian Fasa 7 Fasa ketujuh ini merupakah pengajaran terakhir bagi teks drama Jalan Sempit. Pengajaran ini bertujuan untuk merumuskan semua pengajaran guru mengenai teks ini sebelumnya dengan menilai tahap penguasaan pelajar secara keseluruhan melalui soalan-soalan yang pelbagai. Secara langsung, ia mengimbas kembali semua yang telah dipelajari dan sekaligus membantu guru atau para pelajar sendiri saling membantu membetulkan segala miskonsepsi atau kekeliruan. Secara sepintas lalu, pengajaran ini mengandungi aktiviti- aktiviti berikut: 1. permainan Ular & Tangga 2. pengisian lembaran refleksi 3. sesi perkongsian respons Pemecahan analisis pengajaran ini pula akan dilakukan mengikut pemecahan seperti berikut: 1. Rasional pemilihan aktiviti/bahan sebagai wadah penilaian 2. Kemahiran Berfikir 3. Gardner s Multiple Intelligences (MI) 4. Pendidikan Karakter dan Kerakyatan (CCE) 5. Desired Outcome of Education (DOE) 6. Visi Arif Budiman Rasional pemilihan aktiviti/bahan sebagai wadah penilaian

Transcript of Acf422 fasa7 analisis pengajaran

Page 1: Acf422 fasa7 analisis pengajaran

Analisis Penilaian Fasa 7

Fasa ketujuh ini merupakah pengajaran terakhir bagi teks drama Jalan

Sempit. Pengajaran ini bertujuan untuk merumuskan semua pengajaran guru

mengenai teks ini sebelumnya dengan menilai tahap penguasaan pelajar

secara keseluruhan melalui soalan-soalan yang pelbagai. Secara langsung, ia

mengimbas kembali semua yang telah dipelajari dan sekaligus membantu

guru atau para pelajar sendiri saling membantu membetulkan segala

miskonsepsi atau kekeliruan.

Secara sepintas lalu, pengajaran ini mengandungi aktiviti-aktiviti

berikut:

1. permainan Ular & Tangga

2. pengisian lembaran refleksi

3. sesi perkongsian respons

Pemecahan analisis pengajaran ini pula akan dilakukan mengikut

pemecahan seperti berikut:

1. Rasional pemilihan aktiviti/bahan sebagai wadah penilaian

2. Kemahiran Berfikir

3. Gardner’s Multiple Intelligences (MI)

4. Pendidikan Karakter dan Kerakyatan (CCE)

5. Desired Outcome of Education (DOE)

6. Visi Arif Budiman

Page 2: Acf422 fasa7 analisis pengajaran

Rasional pemilihan aktiviti/bahan sebagai wadah penilaian

Terdapat dua jenis penilaian yang ingin dicapai melalui pengajaran ini

iaitu:

1. Penilaian penguasaan teks

2. Penilaian apresiasi dan kecenderungan pelajar

Oleh kerana pengajaran ini dikategorikan di bawah jenis penilaian

yang formatif dan informal, guru menginginkan suatu wadah penilaian yang

masih menemui objektifnya iaitu menilai penguasaan pelajar mengenai

keseluruhan teks tetapi di dalam lingkungan suasana yang lebih santai,

menarik, menyeronokkan dan merangsang minat pelajar. Suasana sebegini

dirasakan dapat membantu pelajar mengekalkan ilmu yang diraih dengan

lebih lama (prolonged memory retention). Ia juga berbeza daripada cara

penilaian sumatif atau formal di mana pelajar dikehendaki menjawab

kesemua soalan. Permainan ini membenarkan pelajar memilih kad-kad

soalan sendiri, menyuntikkan unsur saspens di mana pelajar sendiri tidak

tahu soalan yang akan ditanya dan ternanti-nanti. Ada juga kad-kad yang

membenarkan mereka untuk mara ke kehadapan tanpa perlu menjawab atau

memerlukan mereka untuk berundur dan ini juga memain peranan kepada

psikologi pelajar yang mengharapkan kad-kad tertentu. Ketentuan yang

dilakukan oleh pelajar sendiri diharapkan dapat meningkatkan penglibatan

mereka secara aktif di dalam kelas sekaligus memberi daya pemilikan (sense

of ownership) kepada mereka.

Pengunaan lembaran refleksi dan sesi perkongsian pula dirasakan

sesuai untuk menilai tahap apresiasi dan kecenderungan pelajar terhadap

Page 3: Acf422 fasa7 analisis pengajaran

teks. Lembaran refleksi memerlukan respons dan pendapat peribadi pelajar

yang menjadi cerminan kepada minat atau kecenderungannya, iaitu apa yang

disukai dan apa yang tidak disukai mengenai teks Jalan Sempit. Maklumat ini

boleh dimanfaatkan guru untuk pengajaran teks yang lain. Kecenderungan

pelajar juga merangkumi pegangan nilai pelajar dan ini juga dapat digunakan

guru sebagai suatu bahan pengajaran yang spontan (teachable moment)

pada pengajaran itu juga sewaktu sesi perkongsian, ataupun digunakan pada

pengajaran teks yang lain.

Penggunaan Kemahiran Berfikir

Guru menggunakan teknik soalan dan penyoalan untuk merangsang

daya pemikiran pelajar, yakni melalui kedua-dua jenis soalan yang bertumpu

dan bercapah. Soalan bertumpu memerlukan jawapan yang objektif dan

maujud daripada teks lantas menilai penguasaan teks, manakala soalan

bercapah menilai lower order thinking kemahiran pelajar menganalisis,

mengaplikasi atau menilai sesuatu aspek, misal kata, perwatakan atau

pemikiran.

Sekaligus, dapat dilihat bahawa penggunaan teknik soalan dan

penyoalan sudah pun memanfaatkan penggunaan Taksonomi Bloom yang

memastikan sebanyak mungkin aras pemikiran dapat disentuh. Pelajar

terdedah kepada soalan yang beraras rendah (lower order thinking) atau yang

beraras tinggi (higher order thinking).

Page 4: Acf422 fasa7 analisis pengajaran

Gardner’s Multiple Intelligences

Gardner’s Multiple Intelligences (MI) juga dimanfaatkan untuk

menawarkan pembelajaran yang lebih holistik untuk para pelajar, terutama

sekali bagi pelajar yang mempunyai pelbagai kecenderungan dan kemahiran.

Penggunaan Multiple Intelligences lantas dapat menjadi ransangan kepada

pelajar dan meningkatkan penglibatan mereka di dalam pengajaran.

Pengajaran ini khususnya memerlukan pelajar mengaplikasikan

kemahiran visual, kinestetik, verbal-linguistik, intrapersonal dan intrapersonal

mereka.

Kemahiran visual diperlukan sewaktu pelajar menonton klip video di

bahagian induksi dan sewaktu permainan Ular & Tangga.

Kemahiran kinestik digunapakai kebanyakannya ketika permainan

Ular & Tangga.

Kemahiran verbal-linguistik diperlukan apabila pelajar dikehendaki

menjawab soalan-soalan sewaktu permainan Ular & Tangga dan

sewaktu sesi perkongsian di akhir pengajaran.

Kemahiran interpersonal diperlukan apabila pelajar bekerjasama di

dalam kumpulan pasangan dan interaksi di antara pasangan dalam

menyetujui atau membangkang sewaktu permainan Ular & Tangga

serta interaksi sewaktu sesi perkongsian.

Kemahiran intrapersonal diperlukan semasa membuat lembaran

refleksi.

Kaitan kepada Pendidikan Karakter dan Kerakyatan (CCE)

Page 5: Acf422 fasa7 analisis pengajaran

Walaupun fokus pengajaran ini sudah tentunya tertumpu kepada aspek

penilaian secara informal, pengajaran nilai tidak boleh dikecualikan dan wajib

disisipkan.

Menurut garis pandu CCE, pelajar harus dibajai dengan nilai moral,

sosial dan kerakyatan untuk mengembangkan lagi karakter pelajar. Nilai-nilai

sosial seperti daya bersaing yang sihat (sportsmanship), kerjasama,

kecekalan untuk maju, rasa hormat untuk peraturan, penyumbang yang aktif

dan ahli permainan yang lain dapat dipupuk melalui permainan Ular &

Tangga. Nilai moral dapat dibentuk melalui refleksi pelajar dan sesi

perkongsian di mana pelajar diandaikan memberi respons berdasarkan set

pengangan nilai mereka. Nilai kerakyatan pula memerlukan pelajar

memikirkan bagaimana sesuatu nilai seperti muafakat dapat dipraktikkan

dalam masyarakat mereka sekaligus memerlukan mereka memikir tentang

peranan ahli masyarakat itu sendiri, tidak kira sama ada di sekolah, bilik

darjah, di estet perumahan, di negara dan sebagainya. Ini juga selaras

dengan misi Kementerian Pendidikan yang menyatakan:

To mould the future of the nation, by moulding the people who

will determine the future of Singapore

Refleksi tentang peranan ahli masyarakat dan nilai yang harus

didukung masyarakat dapat membentuk mereka sebagai generasi

pelapis yang dapat memajukan Singapura kelak.

Desired Outcome of Education (DOE)

Page 6: Acf422 fasa7 analisis pengajaran

Hasil yang Diingini melalui Pendidikan (DOE) dalam setiap pelajar

setelah tamat tahap sekolah menengah adalah seperti berikut:

1. mempunyai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan dan menunjuk

empati kepada orang lain,

2. dapat menghargai perbezaan pendapat dan berkomunikasi secara

efektif, dan akhir sekali

3. dapat meletakkan kepercayaan ke tanahair dan memahami apa yang

penting bagi Singapura.

Seperti yang sudah dinyatakan sebelum ini, kebolehan bekerjasama,

kemahiran interpersonal dan refleksi tentang peranan ahli masyarakat sedikit-

sebanyak dapat mendekatkan pelajar kepada hasil yang diinginkan

Kementerian Pendidikan.

Visi Arif Budiman

Visi Arif Budiman, CCE dan DOE sememangnya berlari serentak.

Selain memastikan pelajar berilmu dan dapat menepati keperluan akademik,

pengajaran juga memerlukan pelajar untuk berhemah dalam interaksi mereka

sesama sendiri. Ini dapat dilihat melalui permainan Ular & Tangga di mana di

sebalik persaingan sebenarnya terbit kerjasama untuk sama-sama

menghormati peraturan permainan dan ahli pemain dan juga membetulkan

atau mengiakan sesuatu maklumat dan jawapan. Sesi perkongsian juga

begitu, di mana pelajar berkongsi respons dan lebih memahami serta

membukakan minda mereka kepada pendapat pelajar lain.