Acf422 fasa4 plot papan cerita analisis penilaian js

5
Analisis Penilaian Fasa 5 Fasa kelima ini merupakan pengajaran aspek struktur plot dan unsur-unsur plot yang terdapat dalam teks drama Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, langkah ini mengandungi: 1. Perbincangan secara santai , 2. Pengisian lembaran kerja berdasarkan slaid pembentangan, dan 3. Penghasilan Papan Cerita. Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan pada fasa ini berbentuk formatif yang dilakukan secara informal. Memandangkan pelajaran ini merupakan pelajaran bahagian pertama aspek plot bagi teks drama ini, jenis penilaian sebegini dirasakan sudah mencukupi. Walaupun, pelajaran mengenai plot ini merupakan tahap awal, jenis- jenis aktiviti dan pelajaran yang disediakan mempunyai tahap-tahap Taksonomi Bloom yang rencam. Penilaian yang dilakukan ialah dalam bentuk pemerhatian, lisan, penulisan melalui lembaran kerja, lukisan dan Blog. Melalui aktiviti permainan Pictionary, penilaian yang dilakukan berdasarkan pengetahuan pelajar mengenai

Transcript of Acf422 fasa4 plot papan cerita analisis penilaian js

Page 1: Acf422 fasa4 plot papan cerita analisis penilaian js

Analisis Penilaian Fasa 5

Fasa kelima ini merupakan pengajaran aspek struktur plot dan unsur-unsur

plot yang terdapat dalam teks drama Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, langkah ini

mengandungi:

1. Perbincangan secara santai ,

2. Pengisian lembaran kerja berdasarkan slaid pembentangan, dan

3. Penghasilan Papan Cerita.

Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan pada fasa ini berbentuk

formatif yang dilakukan secara informal. Memandangkan pelajaran ini merupakan

pelajaran bahagian pertama aspek plot bagi teks drama ini, jenis penilaian sebegini

dirasakan sudah mencukupi. Walaupun, pelajaran mengenai plot ini merupakan tahap

awal, jenis-jenis aktiviti dan pelajaran yang disediakan mempunyai tahap-tahap

Taksonomi Bloom yang rencam. Penilaian yang dilakukan ialah dalam bentuk

pemerhatian, lisan, penulisan melalui lembaran kerja, lukisan dan Blog.

Melalui aktiviti permainan Pictionary, penilaian yang dilakukan berdasarkan

pengetahuan pelajar mengenai pembelajaran yang lalu khusunya watak dan

perwatakan. Sebagai tambahan, aktiviti ini juga dapat mengaitkan perkataan-

perkataan di kad-kad Pictionary dengan penerangan yang perlu diberikan pelajr bagi

memadankan objek dengan adegan yang tertentu. Pemerhatian dijalankan oleh guru

demi untuk memastikan kesemua pelajar mengambil bahagian dan rata-ratanya dapat

mengingati kembali atau mengenali sesuatu objek atau perkataan yang menerangkan

seseorang itu dengan adegan atau kejadian yang berlaku di dalam teks. Guru dapat

Page 2: Acf422 fasa4 plot papan cerita analisis penilaian js

membantu menyeronokkan lagi suasana permainan dengan tujuan permainan tercapai,

dengan mengajukan soalan-soalan berangsang seperti berikut:

Siapa yang menaiki basikal dan apa terjadi dengan watak tersebut?

Adegan atau kejadian yang bagaimana telah berlaku?

Peristiwa ini berlaku di bahagian mana?

Pengajaran guru dengan menggunakan Slaid pengajaran berbentuk

Powerpoint dan juga persediaan lembaran kerja sebagai catatan nota ini memainkan

peranan yang penting untuk mengukuhkan pemahaman pelajar serta menjadi panduan

kepada pelajar. Melalui lembaran kerja ini juga, pelajar dilatih untuk menulis catatan

nota dalam bentuk yang tersendiri dan mengisinya dengan informasi yang dicari serta

dinilai oleh pelajar itu sendiri jalan cerita dengan lebih baik.

Penghasilan Papan cerita bertujuan untuk melatih pelajar melakarkan

pemahaman serta pengetahuan mereka mengenai struktur plot dan unsur plot melalui

sesuatu yang kreatif. Aktiviti ini memerlukan pelajar menggabungjalinkan

pengetahuan mereka sepanjang pembelajaran hari tersebut kepada pencarian, analisis

serta keputusan yang diambil oleh mereka untuk menghasilkan lukisan yang paling

sesuai.

Sepertimana yang difahamkan, penilaian formatif merupakan penilain

berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada dapat

mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar, guru juga mempunyai lebih peluang

membantu pelajar menghasilkan tugasan mereka dengan sebaiknya. Pada masa ini,

guru boleh menyediakan pelbagai bentuk alat bantuan bagi pelajar menyiapkan

aktiviti atau tugasan mereka dengan sebaiknya.

Page 3: Acf422 fasa4 plot papan cerita analisis penilaian js

Unsur kepelbagaian kecerdasan yang terlibat ialah Bahasa- Pertuturan,

Menggambarkan- Membayangkan, Hubungan sesama insan dan Merenung- Takafur.

Berdasarkan taksonomi Bloom, kemahiran berfikir yang dilatih melalui pelajaran ini

ialah kemahiran mengingat, memahami, mengaplikasi dan menilai. Dari itu, meskipun

pelajaran ini hanya pada tahap permulaan bagi plot, hampir kesemua unsur

kepelbagaian kecerdasan digunakan untuk melatih kemahiran kognitif, afektif dan

psikomotor para pelajar. Ini selari dengan Hasil yang Diingini melalui Pendidikan

(DOE). Hasil yang diingini dalam setiap pelajar setelah tamat tahap sekolah

menengah ialah

1. mempunyai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan dan menunjuk empati

kepada orang lain,

2. dapat menghargai perbezaan pendapat dan berkomunikasi secara efektif, dan akhir

sekali

3. dapat meletakkan kepercayaan ke tanahair dan memahami apa yang penting bagi

Singapura.