3. mmi smk jitra

21
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) 1 | Muka Surat SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRATel : 04- 9171260 06000 JITRA , KEDAH DARUL AMAN Fax: 04-9179660 “KEDAH GEMILANG” MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME) DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID NAMA SEKOLAH : SEK.MEN. KEB. JITRA KOD SEKOLAH: KEE 4037 NAMA : AZIZAN BINTI OTHMAN JAWATAN : GURU CEMERLANG DG 38

Transcript of 3. mmi smk jitra

Page 1: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

1 | M u k a S u r a t

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRATel : 04- 9171260

06000 JITRA , KEDAH DARUL AMAN Fax: 04-9179660

“KEDAH GEMILANG”

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL

(PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME)

DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN

KEBERHASILAN PEMBELAJARAN

MURID

NAMA SEKOLAH : SEK.MEN. KEB. JITRA

KOD SEKOLAH: KEE 4037

NAMA : AZIZAN BINTI OTHMAN

JAWATAN : GURU CEMERLANG DG 38

Page 2: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

2 | M u k a S u r a t

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL(PROTECTING

INSTRUCTIONAL TIME)DI SEKOLAH UNTUK

MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN

MURID

Azizan binti Othman

Abstrak

Dalam meningkatkan usaha melindungi masa instruksional (protecting instructional time) di

sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran muridsaya terpanggil untuk

menyingsing lengan dan sama-sama memikirkan apakah peranan yang boleh saya lakukan

dalam merealisasikan usaha murni ini walaupun tempoh pencen saya begitu dekat….satu

setengah tahu tidak mematahkan semangat dan tujuan asal saya selaku pendidik.

Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokus utama dalam semua program dan

rancangan yang dirangka oleh KPM dilihat satu rancangan yang boleh memertabatkan

pendidikan , sejajar dengan itu, peranan saya selaku guru cemerlang matematik perlu

memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai

objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid dengan cara

saya sendiri mengikut kemampuan maksimum yang saya ada.

Page 3: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

3 | M u k a S u r a t

1.0 Pengenalan

Selaku guru lama yang memang melalui fasa- fasa berbeza mengikut peredaran

zaman dan masa melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen

dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah terutamanya matematik

dianggap “ killer subject” justru itu penyampaian konsep secara berkesan dan

optimum memang menjadi satu tugasan yang agak mencabar dan memeningkan

kepala .Perancangan awal dan strategi merupakan komponen penting yang perlu

diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke

arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif. Sehubungan itu

satu usaha perlu difikirkan secara serius bagi melindungi masa instruksional harus

dirancang untuk dilaksanakan melalui strategi jangka pendek dan jangka panjang

melalui pembudayaan kepimpinan instruksional dalam kalangan pemimpin sekolah

dan guru.

2.0 Penyataan Isu/Cadangan

Kebanyakkan guru dibebankan dengan kerja-kerja pengkeranian yang secara tak

langsung mengganggu tumpuan guru yang menjalankan pengajaran yang efektif .

Tranformasi kurikulum sekolah menengah merupakan satu penambahbaikan

kurikulum sedia ada bagi menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan

nilai yang relevan dengan keperluan dan cabaran semasa. Sehubungan dengan itu ,

latihan guru yang dilaksanakan perlulah berupaya menyokong usaha menyediakan

modal insan yang kreatif, Inovatif dan berkemahiran, mempunyai kompetensi yang

tinggi, daya kreativiti dan inovasi yang menepati keperluan pasaran dan ekonomi

negara kita.

Modul Pemantapan Pedagogi Guru Sains Dan Matematik adalah satu cadangan dan

usha yang difikirkan wajar dan releven juga merupakan (Kreativiti Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran) wajar dibangunkan bagi menjana kepakaran dan bertindak sebagai

panduan kepada guru-guru sains dan matematik terutamanya dalam melaksanakan

pembelajaran dan pengajaran yang berfokuskan kepada elemen kreativiti

yangmemberikan pradigma baru kepada kurikulum dan ia amat sesuai dengan

Page 4: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

4 | M u k a S u r a t

perkembangan semasa dunia yang semakin kompetitif. Penyediaan modul pengajaran

dan pembelajaran yang diselaraskan dalam subjek matematik dilihat ideal dan perlu

kerana ini juga dapat menyokong pelaksanaan strategi P & P dengan lebih tersusun

dan berkesan. Penggunaan ICT dalam P&P juga dilihat banyak membantu

memartabatkan pendidikan dan memperkukuh lagi teknik penyampaian konsep oleh

guru .

2.1 Pengajaran berkesan

Beberapa kaedah yang difikirkan boleh memberi impak positif ialah

persediaan awal yang membolehkan kita merancang dengan jelas strategi

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah dengan melihat kembali

kemahiran pelajar kita ditahap mana kebolehan yang ada dan ke mana nak kita

halakan pembelajaran seterusnya secara tersusun dan berkesan.

2.2 Penggunaan Modul Matematik

Modul matematik yang dibuat adalah merangkumi semua aspek kemahiran ,

tahap pelajar dan penyampaian konsep asas bagi semua topik dalam syllabus

tingkatan yang diajar. Penyampaian boleh berlaku samada guru memberikan

pengajaran atau pelajar yang tidak hadir juga berkemampuan meneroka atau

mentelaah sendiri kerana dibekalkan contoh-contoh penyelesaian konsep yang

jelas dan mudah difahami.

2.3 Penggunaan IB Board ( interactive Board ) dan ICT

Saya boleh di anggap bertuah ditempatkan di sekolah kluster yang mempunyai

bajet khas bagi kegunaan peralatan canggih dan persediaan bilik khas yang

juga berfungsi sebagai “Klinik Matematik” bagi menjalankan P&P harian dan

pemulihan pelajar yang lemah dan tercicir. Di sini jugalah say a dapat

memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan dalam bilik darjah dan

berfungsi sewajarnya bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk

pelajar secara optimum.

Page 5: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

5 | M u k a S u r a t

2.4 Kajian Tindakan Bagi Tajuk Yang Sukar

« Satu Sekolah Satu Kajian Tindakan Matematik « menjadi amalan semenjak

program ini di perkenalkan . Saya memang memastikan sekurang-kurangnya

satu kajian dapat dibuat dan diaplikasikan serta dikongsi bersama rakan

sejawatan di sekolah . Bahkan saya cuba impovisasikan kajian yang saya

fikirkan bolah di buat penambahbaikan untuk cycle kedua dan dicuba ke atas

pelajar kelas saya sendiri untuk menentukan keberkesanannya.

2.5 Menjalankan “Soal Selidik Pelajar” selepas P & P berlaku bagi

menentukan kekuatan atau kelemahan P &P yang berlaku .

Dalam aspek ini saya merasakan kita bukanlah sempurna dan perlu menilai

serta muhasabah diri bagi menilai keberkesanan P & P kita keranapada hemat

saya pemantau yang paling baik menilai guru adalah pelajar itu sendiri dan

bukannya pentadbir.

Penentu faham atau tidaknya P & P yang kita buat adalah berdasarkan faham

tidaknya pelajar kita atas penyampaian konsep matematik dan berjaya atau

tidak pelajar kita menjawab soalan-soalan yang diuji kelak. Justru itu borang

khas di beri kepada pelajar bagi mengisi komen atau menyatakan dan

menilai semula keberkesanan P & P yang dibuat dan menyusun strategi lain

jika dilihat kaedah yang diajarkan tidak berkesan atau perlu pendekatan

berbeza yang membolehkan mereka faham dengan baik.

2.6 Menghadiri kursus Pemantapan Pedagogi Berkesan

Kursus yang dianjurkan oleh PPD atau JPN dilihat dapat mencambah idea dan

memberi kemahiran yang khusus kepada P & P subjek matematik . Tidak

dapat dinafikan kursus dan penggunaan teknik baru yang efektif dalam zaman

yang mencabar ini amat perlu dan dianggap patut di beri kepada semua guru

terutama sekolah yang dianggap kurang memuaskan prestasinya agar

berfungsi sewajarnya bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk

semua murid.

Page 6: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

6 | M u k a S u r a t

2.7 Perkongsian Pintar Bersama Rakan Sejawat bagi P &P Berkesan

Perkongsian pintar antara rakan sejawat dalam subjek matematik memang

menjadi amalan dan budaya yang jelas menjana dan memantapkan lagi

pengajaran dalam kelas. Kesediaan berkongsi dan menerima kritikan rakan

semasa P & P mebolehkan penambahbaikan dilakukan dan kesan budaya ini

haruslah diamalkan jika ingin menghasilkan pengajaran yang berkualiti dan

menjurus kepada prestasi sekolah cemerlang.

3.0 Cadangan Tindakan /Penyelesaian

3.1 Tindakan Guru Subjek

3.1.1 Pengajaran Berkesan

Cadangan dan tindakan agar strategi Pengajaran Berkesan yang

diamalkan di atas boleh membantu agar P & P berkesan yang di jalankan

dapat dikongsi bersama rakan sejawat bagi memastikan teknik yang

digunapakai boleh berfungsi sewajarnya bagi memastikan pendidikan

berkualiti dapat dibuat mengikut kesesuaian tertentu.

3.1.2 Amalan Jadual Waktu Anjal SMK Jitra

Kebijaksanaan yang diamalkan di SMKJ yang memberi kelonggaran

jadual waktu anjal dilihat dapat membantu guru-guru yang sibuk dan

terlibat dengan aktiviti PPD dan JPN membantu saya khasnya dan ramai

guru lain yang terpaksa terlibat dengan kemungkinan kursus , ceramah

menjadi hakim atau mesyuarat , menyusun waktu , jual beli atau tukar

ganti waktu P &P dimasa senggang yang dapat difikirkan releven dan

menuju kearah “ win-win situation “ . Kelonggaran waktu datang dan

pulang ini memang sangat-sangat saya hargai kerana saya tidak rasa

tertekan dan amalan yang baik ini harus dilihat secara positif dan

menguntungkan kedua-dua pihak. Jika saya terpaksa hadir jam 10.00 pagi

untuk sesi lain saya akan pastikan waktu itu diganti pada waktu petang dan

pulang lewat jam 4.00 petang . Jika saya keluar untuk ceramah , seminar

Page 7: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

7 | M u k a S u r a t

atau kursus yang melibatkan PPD atau JPN saya akan pastikan ianya

berbayar balik apabila saya kembali ke sekolah dan P & P yang

sepatutnya berjalan dibuat pada waktu senggang yang tidak

membebankan saya atau pelajar saya.

3.1.3 Inovasi PDP berasaskan ICT

Budaya Inovasi dan kajian tindakan bagi setiap subjek perlukan

pendedahan yang menyeluruh dan serius di peringkat sekolah bagi

memaksima dan mengoptimakan kepakaran dan keberkesanan dalam P &

P setiap guru. Harus ada perubahan dan bajet khas bagi menambah

penggunaan ICT dalam PDP yang dibuat bagi melahirkan guru-guru yang

lebih kreatif dan proaktif terhadap profesion perguruan.Modul diperlukan

untuk memberikan gambaran secara keseluruhan tentang proses P &P

sebenar. Melalui modul yang standard sebagai contoh urutan, perkaitan,

corak, aliran dan organisasi dapat ditunjukkan. Model jugaamat penting

untuk minda berfungsi kerana membenarkan kita untuk

menjangkaukeperluan, langkah dan tindakan akan datang . Terdapat

banyak modul P&P yang menjurus kepada proses kreatif seperti model

penyelesaian masalah kreatif dan model yang umum dan boleh

diaplikasikan oleh semua disiplin ilmu di samping mengambil kira modul

pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kreativiti seperti

pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek,

inkuiri-penemuan dan konstruktivisme.

3.1.4 Pemantauan Berkualiti pentadbir dan rakan sejawat

Kebiasaannya amalan pemantauan berkualiti akan dilakukan oleh

pentadbir sekurang kurangnya 2 kali setahun. Cadangan agar dimasukkan

pemantauan rakan sejawat yang mengajar subjek yang sama bagi tingkatan

yang sama membuat pemantauan dan mikro teaching bagi menentukan

fungsi utama guru ialah sebagai pemudah cara pembelajaran dimana guru

merancang dan mewujudkan suasana pengajaran pembelajaran yang

membolehkan murid memperolehi pengalaman pembelajaran yang

dihajati. Pemantauan boleh di buat dari semasa ke semasa bagi

Page 8: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

8 | M u k a S u r a t

menentukan keberkesananya. Komen tentang kekuatan dan kelemahan

dari pemantauan rakan sejawat ini seharusnya menjadi titik tolak bagi

penambahbaikan P&P di dalam kelas.

3.2 Tindakan Pengurusan Dan Pentadbiran

3.2.1 Elak mesyuarat pada waktu P&P

Waktu mesyuarat hendaklah dirancang agar tidak menggangu P&P pelajar

terutamanya bagi sekolah dua sesi.

3.2.2 Menyediakan modul untuk digunakan oleh guru ganti/relief semasa

bertugas di luar adalah guru subjek yang sama .

3.2.3 Mengadakan kawalan terhadap memberi izin guru yang terpaksa bertugas

di luarSekolah.

3.2.4 Meluangkan hari rabu bagi guru cemerlang secara total bagi

menyumbangkan tenaga dan kepakaran untuk membantu pihak JPN, PPD

dan lain-lain.

3.2.5 Aktiviti kokurikulum hendaklah di luar jadual waktu persekolahan agar

tidak menganggu P & P di sekolah.

3.2.6 “Jual beli” masa P&P bagi guru yang terpaksa keluar untuk tugasan di

luar.

Page 9: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

9 | M u k a S u r a t

4.0 Kesimpulan

Pelaksanaan program ini memberikan implikasi di mana semua JPN dan PPD dapat

penerangan yang jelas tentang kaedah atau pendekatan yang lebih komprehensif

tentang perlindungan masa instruksional melalui program atau aktiviti khas serta

arahan pengurusan atasan.

Pendedahan yang lebih komprehensif tentang kepimpinan instruksional, di mana

kepimpinan instruksional menjadi rujukan dan amalan pemimpin sekolah dalam

menjayakan usaha melindungi masa instruksional dengan matlamat meningkatkan

keberhasilan pembelajaran murid.

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………….. …………………………..

( HJH. AZIZAN BT OTHMAN) ( HJH. LATIPAH BT KASSIM )

Page 10: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

10 | M u k a S u r a t

Dokumentasi :

1. Pengajaran Berkesan

Page 11: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

11 | M u k a S u r a t

2. Penggunaan Modul Matematik

Page 12: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

12 | M u k a S u r a t

3. Penggunaan IB Board ( interactive Board ) dan ICT

Page 13: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

13 | M u k a S u r a t

4. Kajian Tindakan Bagi Tajuk Yang Sukar

5. Menjalankan “Soal Selidik Pelajar” selepas P & P berlaku bagi

menentukan kekuatan atau kelemahan P &P yang berlaku .

Page 14: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

14 | M u k a S u r a t

6. Menghadiri kursus Pemantapan Pedagogi Berkesan

LAMPIRAN SOAL SELIDIK PELAJAR

Page 15: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

15 | M u k a S u r a t

Nama Pelajar : ________________________ Tingkatan : ____________

SOAL SELIDIK P&P MATEMATIK

Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji masalah pengajaran dan

pembelajaran matematik amnya dan masalah penggunaan simbol yang

digunakan dalam P & P subjek matematik yang ada kaitan dengan persepsi

pelajar dalam topik Ketaksamaan Linear Serentak ini khususnya.

SEK. MEN. KEB. JITRA 06000 , JITRA ,KEDAH DARUL AMAN Tel: 049171260

Tarikh :

Page 16: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

16 | M u k a S u r a t

Skala yang digunakan ialah:

5 - Sangat Setuju

4 - Setuju

3 - Berkecuali

2 - Tidak Setuju

1 - Sangat Tidak Setuju

Page 17: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

17 | M u k a S u r a t

1 Saya tidak meminati subjek Matematik

5 4 3 2 1

2 Saya berasa subjek Matematik adalah untuk

pelajar yang cerdik sahaja

5 4 3 2 1

3 Matematik adalah subjek yang sangat susah

5 4 3 2 1

4 Guru mengunakan alat bantu mengajar yang

sesuai

5 4 3 2 1

5 Pengajaran guru sukar difahami 5 4 3 2 1

6 Saya melibatkan diri secara aktif dalam

pembelajaran matematik dalam kelas

5 4 3 2 1

7 Saya tidak suka menjawab soalan matematik

yang memerlukan langkah yang banyak

5 4 3 2 1

8 Pembelajaran Matematik memerlukan latihan

yang sangat banyak

5 4 3 2 1

9 Saya tidak suka soalan yang menggunakan

simbol.

5 4 3 2 1

10 Soalan-soalan Matematik sangat mengelirukan 5 4 3 2 1

11 Penggunaan LCD banyak membantu

dalam penyampaian konsep matematik

5 4 3 2 1

TINGKATAN : 3 CEMERLANG

Page 18: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

18 | M u k a S u r a t

12 Guru menggunakan pelbagai teknik

untuk menarik perhatian pelajar

5 4 3 2 1

13 Guru mengamalkan hubungan posit if

semasa pengajaran dan di luar kelas

5 4 3 2 1

14

Menggunakan bahasa inggeris yang

mudah difahami

5 4 3 2 1

15

Guru mengamalkan cara memberi

arahan dengan jelas

5 4 3 2 1

16

Guru peka dan perihatin terhadap

pelajar lemah dan bermasalah

5 4 3 2 1

Rumusan:

Saya berasa yakin akan mendapat gred berikut di dalam Kertas Matematik

PMR 2011

A B C D E

……………………………..

( )

Page 19: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

19 | M u k a S u r a t

BORANG REKOD PENCAPAIAN MURID

BAGI P & P MATEMATIK

Nama Murid : ________________________________ Tingkatan : ___________

Nama Guru : _____________________________________________________

Topik Tajuk

Skor Pencapaian Murid

Ulasan Tahap

Penguasaan P & P 1 P & P 2

P & P

3

P & P

Keseluruhan

Topik

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Page 20: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

20 | M u k a S u r a t

PELAPORAN REKOD PENGGUNAAN

MODUL DAN P&P MATEMATIK

TINGKATAN 3 (PMR)

Bil Tarikh Topik Catatan/Pencapaian pelajar

Sangat

faham

faham Kurang

faham

Tidak

faham

Tindakan

pemulihan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

Page 21: 3. mmi smk jitra

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

21 | M u k a S u r a t

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

Guru Matematik Guru Kanan Matematik Pengetua

................................... ...................................... .........................