215394483 Konsep PdP Dlm KBAT

17
Pendahuluan. Dalam proses pembelajaran terdapat beberapa istilah yang dikenalpasti mempunyai makna yang hampir sama dan kadang kala sukar untuk membandingkannya. Istilah-istilah tersebut adalah seperti pendekatan pembelajaran, strategi pembelajaran, kaedah pembelajaran dan teknik pembelajaran. Berikut ini adalah pengertian istilah-istilah tersebut dan diharapkan akan dapat menjelaskan pengertian istilah tersebut dengan lebih mudah untuk difahami. Pengertian Pendekatan. Pendekatan bermaksud titik tolaknya atau permulaannya sesuatu proses pembelajaran berlaku. Ia merujuk kepada suatu proses pembelajaran yang sangat umum, yang terkandung di dalamnya beberapa teori untuk menguatkan proses pembelajaran. Terdapat dua jenis pendekatan pembelajaran iaitu pembelajaran berpusatkan pelajar dan pembelajaran berpusatkan guru. Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan murid Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.

description

ok

Transcript of 215394483 Konsep PdP Dlm KBAT

Page 1: 215394483 Konsep PdP Dlm KBAT

Pendahuluan.

Dalam proses pembelajaran terdapat beberapa istilah yang dikenalpasti mempunyai makna yang hampir

sama dan kadang kala sukar untuk membandingkannya. Istilah-istilah tersebut adalah seperti pendekatan

pembelajaran, strategi pembelajaran, kaedah pembelajaran dan teknik pembelajaran. Berikut ini adalah

pengertian istilah-istilah tersebut dan diharapkan akan dapat menjelaskan pengertian istilah tersebut dengan

lebih mudah untuk difahami.

Pengertian Pendekatan.

Pendekatan bermaksud titik tolaknya atau permulaannya sesuatu proses pembelajaran berlaku. Ia merujuk

kepada suatu proses pembelajaran yang sangat umum, yang terkandung di dalamnya beberapa teori untuk

menguatkan proses pembelajaran. Terdapat dua jenis pendekatan pembelajaran iaitu pembelajaran

berpusatkan pelajar dan pembelajaran berpusatkan guru.

Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan murid

Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta

menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.

Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan

kekuatan dan kelemahan pelajar.

Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti

pembelajaran.

Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka

pelajari.

Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.

Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

Page 2: 215394483 Konsep PdP Dlm KBAT

Konsep pembelajaran berpusatkan guru

Pembelajaran berpusatkan guru merupakan satu strategi di mana guru mengawal keadaan dan

berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. Guru

bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran

dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Mengikut Brophy (1978), pendekatan ini

merupakan suatu pendekatan yang mudah dirancang dan diurus.

Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai eksplisit. Strategi ini diamalkan di dalam bilik darjah

di mana guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Dalam strategi ini guru menguasai dan

mengawal segala aktiviti pembelajaran. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru

memainkan peranan yang penting sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja.

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid

banyak mendengar. Akibatnya, di bawah strategi pemusatan guru murid-murid menjadi kurang

kreatif dan berinisiatif. Strategi ini menggunakan persembahan bahan dalam langkah-langkah kecil

dan sistematik dengan hentian untuk menyemak pemahaman murid. Strategi pemusatan guru

mengandungi pengajaran yang mempunyai langkah-langkah kecil yang menegaskan latihan amali

murid selepas setiap langkah. Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing murid pada

sesi awal latihan amali, dan membekalkan setiap murid dengan amali yang lebih tinggi dan kerap.

Pengertian Strategi

Dari pendekatan pembelajaran yang telah ditetapkan selanjutnya diturunkan ke

dalam strategi pembelajaran. Strategi dalam kegiatan pembelajaran dapat ditafsirkan dalam

pengertian secara sempit dan pengertian secara luas. Dalam pengertian sempit bahwa

istilah strategi itu sama dengan pengertian kaedah iaitu sama-sama merupakan cara

dalam rangka pencapaian tujuan. Dalam pengertian luas sebagaimana dikemukakan

Newman dan Logan (Abin Syamsuddin Makmun, 2003) mengemukakan empat unsur

strategi dari setiap usaha, iaitu:

1. Mengidentifikasi dan menetapkan spesifikasi dan kualifikasi hasil (out put) dan

sasaran (target) yang harus dicapai, dengan mempertimbangkan aspirasi dan selera

masyarakat yang memerlukannya.

2. Mempertimbangkan dan memilih jalan pendekatan utama (basic way) yang paling

efektif untuk mencapai sasaran.

3. Mempertimbangkan dan menetapkan langkah-langkah (steps) yang akan dtempuh

Page 3: 215394483 Konsep PdP Dlm KBAT

sejak titik awal sampai dengan sasaran.

4. Mempertimbangkan dan menetapkan tolok ukur (criteria) dan patokan ukuran

(standard) untuk mengukur dan menilai taraf keberhasilan (achievement) usaha.

Jika kita terapkan dalam konteks pembelajaran, keempat unsur tersebut adalah:

1. Menetapkan spesifikasi dan kualifikasi tujuan pembelajaran yakni perubahan profil

perilaku dan pribadi peserta didik.

2. Mempertimbangkan dan memilih sistem pendekatan pembelajaran yang dipandang

paling efektif.

3. Mempertimbangkan dan menetapkan langkah-langkah atau prosedur, metode dan

teknik pembelajaran.

4. Menetapkan norma-norma dan batas minimum ukuran keberhasilan atau kriteria dan

ukuran baku keberhasilan.

Sementara itu, Kemp (Wina Senjaya, 2008) mengemukakan bahwa strategi

pembelajaran adalah suatu kegiatan pembelajaran yang harus dikerjakan guru dan pelajar

agar tujuan pembelajaran dapat dicapai secara efektif dan efisien. Selanjutnya, dengan

mengutip pemikiran J. R David, Wina Senjaya (2008) menyebutkan bahwa dalam strategi

pembelajaran terkandung makna perencanaan. Ertinya, bahwa strategi pada dasarnya

masih bersifat konseptual tentang keputusan-keputusan yang akan diambil dalam suatu

pelaksanaan pembelajaran.

Dilihat dari strateginya, pembelajaran dapat dikelompokkan ke dalam dua bagian

pula, iaitu: (1) exposition-discovery learning dan (2) group-individual learning

(Rowntree dalam Wina Senjaya, 2008). Ditinjau dari cara penyajian dan cara

pengolahannya, strategi pembelajaran dapat dibedakan antara strategi pembelajaran

induktif dan strategi pembelajaran deduktif.

Page 4: 215394483 Konsep PdP Dlm KBAT

KAEDAH PEMBELAJARAN

Kaedah merupakan langkah operasional dari strategi pembelajaran yang dipilih dalam mencapai tu-

juan belajar, sehingga bagi sumber belajar dalam menggunakan suatu kaedah pembelajaran harus

disesuaikan dengan jenis strategi yang digunakan. Ketepatan penggunaan suatu kaedah akan me-

nunjukkan fungsi strategi dalam kegiatan pembelajaran. Istilah kaedah dapat digunakan dalam

berbagai bidang kehidupan, sebab secara umum menurut kamus Purwadarminta (1976), kaedah

adalah cara yang telah teratur dan terfikir baik-baik untuk mencapai sesuatu maksud. Sedangkan

menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, kaedah adalah cara kerja yang bersistem untuk memu-

dahkan pelaksanaan suatu kegiatan guna mencapai tujuan yang ditentukan. Kaedah berasal dari kata

method ( Inggeris), ertinya melalui, melewati, jalan atau cara untuk memeroleh sesuatu.

Berdasarkan pengertian tersebut di atas jelas bahwa pengertian kaedah pada prinsipnya sama yaitu

merupakan suatu cara dalam rangka pencapaian tujuan, dalam hal ini dapat menyangkut dalam ke-

hidupan ekonomi, sosial, politik, maupun keagamaan.Unsur–unsur kaedah dapat mencakupi prose-

dur, sistematik, logis, terencana dan aktiviti untuk mencapai tujuan. Adapun kaedah dalam pemba-

hasan ini iaitu kaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran. Pembelajaran dapat dimaksud-

kan sebagai setiap upaya yang sistematik dan disengaja untuk menciptakan kondisi-kondisi agar

kegiatan pembelajaran dapat berjalan secara efektif dan efisien. Dalam kegiatan pembelajaran terse-

but tidak dapat lepas dari interaksi antara sumber belajar dengan warga pelajar, sehingga untuk

melaksanakan interaksi tersebut diperlukan berbagai cara dalam pelaksanaannya. Interaksi dalam

pembelajaran tersebut dapat diciptakan interaksi satu arah, dua arah atau banyak arah. Untuk mas-

ing-masing jenis interaksi tersebut maka jelas diperlukan berbagai kaedah yang tepat sehingga tu-

juan akhir dari pembelajaran tersebut dapat tercapai.

Kaedah dalam pembelajaran tidak hanya berfungsi sebagai cara untuk menyampaikan isi kandun-

gan saja, sebab sumber belajar dalam kegiatan pembelajaran mempunyai tugas cakupan yang luas

iaitu disamping sebagai penyampai informasi juga mempunyai tugas untuk mengelola kegiatan

pembelajaran sehingga warga belajar dapat belajar untuk mencapai tujuan belajar secara tepat. Jadi,

kaedah pembelajaran dapat dimaksudkan sebagai cara yang digunakan untuk mengimplementasikan

rencana yang sudah disusun dalam bentuk kegiatan nyata dan praktis untuk mencapai tujuan pem-

belajaran.

Page 5: 215394483 Konsep PdP Dlm KBAT

Berdasarkan hal tersebut maka kedudukan kaedah dalam pembelajaran mempunyai ruang lingkup

sebagai cara dalam:

1. Pemberian dorongan, iaitu cara yang digunakan sumber belajar dalam rangka memberikan doron-

gan kepada warga belajar untuk terus untuk belajar.

2. Pengungkap tumbuhnya minat belajar, iaitu cara dalam menumbuhkan rangsangan untuk tum-

buhnya minat belajar warga belajar yang didasarkan pada keperluannya.

3. Penyampaian bahan belajar, iaitu cara yang digunakan sumber belajar dalam menyampaikan ba-

han dalam kegiatan pembelajaran.

4. Pencipta iklim belajar yang kondusif, iaitu cara untuk menciptakan suasana belajar yang menye-

nangkan bagi warga pelajar untuk belajar.

5. Tenaga untuk melahirkan kreativiti, iaitu cara untuk menumbuhkan kreativiti warga belajar sesuai

dengan potensi yang dimilikinya .

6. Pendorong untuk penilaian diri dalam proses dan hasil belajar, iaitu cara untuk

mengetahui keberhasilan pembelajaran .

7. Pendorong dalam melengkapi kelemahan hasil belajar, cara untuk untuk mencari pemecahan

masalah yang dihadapi dalam kegiatan pembelajaran Strategi pembelajaran sifatnya masih konsep-

tual dan untuk mengimplementasikannya digunakan berbagai kaedah pembelajaran tertentu. Den-

gan kata lain, strategi merupakan “a plan of operation achieving something” sedangkan

kaedah adalah “a way in achieving something” (Wina Senjaya (2008). Jadi, kaedah pembelajaran

dapat diertikan sebagai cara yang digunakan untuk mengimplementasikan rencana yang sudah dis-

usun dalam bentuk kegiatan nyata dan praktis untuk mencapai tujuan pembelajaran. Terdapat beber-

apa metode pembelajaran yang dapat digunakan untuk mengimplementasikan strategi pembelajaran,

diantaranya:

(1) ceramah

(2)demonstrasi

(3) diskusi

(4) simulasi

(5) laboratorium

(6) pengalaman lapangan

(7)brainstorming

(8) debat

(9) simposium, dan sebagainya.

Page 6: 215394483 Konsep PdP Dlm KBAT

TEKNIK PEMBELAJARAN

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni

seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau

taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu

mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian

Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu or-

ganisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk menca-

pai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-

bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah

sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Selanjutnya kaedah pembelajaran diterapkan ke dalam teknik dan gaya pembelajaran. Dengan

demikian, teknik pembelajaran dapat diertikan sebagai cara yang dilakukan seseorang dalam

mengimplementasikan suatu kaedah secara spesifik. Misalnya, penggunaan kaedah ceramah pada

kelas dengan jumlah pelajar yang relatif banyak memerlukan teknik tersendiri, yang tentunya secara

teknikal akan berbeza dengan penggunaan kaedah ceramah pada kelas yang jumlah pelajarnya ter-

batas. Demikian pula,dengan penggunaan kaedah diskusi, perlu digunakan teknik yang berbeza

pada kelas yang pelajarnya terdiri dari kumpulan aktif dengan kelas yang pelajarnya tergolong

dalam golongan pasif. Dalam hal ini, guru pun dapat berganti-ganti teknik meskipun dalam koridor

kaedah yang sama.

Contoh-contoh teknik pembelajaran :

1. Teknik main peranan

2. Teknik permainan bahasa

3. Teknik latih tubi

4. Teknik bercerita

5. Teknik inkuiri

6. Teknik perbahasan

7. Teknik kuiz

Page 7: 215394483 Konsep PdP Dlm KBAT

8. Teknik sumbangsaran

9. Teknik soal jawab

10. Teknik simulasi

11. Teknik drama

12. Teknik perbincangan

13. Teknik forum

14. Teknik dialog

Kemahiran Berfikir aras tinggi ( KBAT )

Pengertian

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang

yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau

idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang

terarah dan sewajarnya.

KONSEP BERFIKIR

Edward de Bono ( 1976 ) menyatakan bahawa kemahiran berfikir ini membolehkan manusia

melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

Dewey ( 1910 ) menegaskan pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan

atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang

dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.

Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak

manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :

“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian

terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu

membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses

yang dialami.”

Page 8: 215394483 Konsep PdP Dlm KBAT

PROSES BERFIKIR

Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi

kepada 2 jenis iaitu :

i. Operasi Kognitif

- adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding,

membuat urutan dan lain-lain.

ii. Operasi Meta kognitif

- merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu

memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen

berfikir.

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

• Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan

elakkan dari bersikap negatif.

• Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.

• Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir

yang digunakan itu dapat manafaatnya.

• Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan

lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan.

• Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang

diharapkan.

• Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.

• Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap

idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau

landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengan tindakan yang seharusnya

mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.

TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR

1. Teori Kemahiran Berfikir :

Robert Sperry.

Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir

secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini

mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang

berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian

Page 9: 215394483 Konsep PdP Dlm KBAT

kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di

samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.

Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan

kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.

2. Teori Pelbagai Kecerdasan :

Howard Gardner.

Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya

manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;

i. Kecerdasan linguistik

ii. Kecerdasan logical-matematik

iii. Kecerdasan visual-Spatial

iv. Kecerdasan muzik

v. Kecerdasan tubuh kinestetik

vi. Kecerdasan interpersonal

vii. Kecerdasan intrapersonal

Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah.

3. Teori Epistemologi :

Imam Al-Ghazali.

Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu

kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula

berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu

ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).

Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk

membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.

Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulan

sebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan

berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan.

4. Teori Konstruktivisme

Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam

minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli

psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu.

Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di

Page 10: 215394483 Konsep PdP Dlm KBAT

antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses

pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan

menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada. Ia juga

melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah

dan mengawal proses kognitif tersebut.

ALAT BERFIKIR

- Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan

alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Contoh alat berfikir

yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Ia dapat membantu

murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu

mengabungkan maklumat-maklumat baru.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

• Pemikiran Konvergen

Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir. Beliau melihat

pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan

pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan

yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan

prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari

satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu.

Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.

Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan,

membanding dan membeza.

• Pemikiran Divergen.

Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang

sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-

bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan

pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap

individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai

unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang

unik dan luar biasa.

Page 11: 215394483 Konsep PdP Dlm KBAT

• Pemikiran Reflektif

Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman

sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk

mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.

Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan

aspek-aspek pemikiran yang lain.

Perlaksanaan KBAT di sekolah

Bagi menerapkan KBAT di kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu

perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing

kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa

mengikuti latihan perguruan. Selaras dengan itu bagi tahun 2013 Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

yang telah dipertangungjawabkan dalam melaksanakan latihan peningkatan profesionalisme guru

dalam perkhidmatan telah mengambil inisiatif dengan menerapkan dan menambah baik semua

modul latihan dengan elemen KBAT. BPG telah membuat penambahbaikan terhadap kaedah

latihan cascade bagi pelaksanaan latihan pada 2013 bagi mengurangkan pergerakan keluar guru dan

Melindungi Masa Instruktional (MMI) guru. Latihan yang dibuat untuk meningkatkan tahap kom-

petensi KBAT guru pada tahun 2013 berfokus kepada guru sains, matematik dan sejarah. Ini

adalah kerana untuk menyediakan murid bagi menghadapi pentaksiran antarabangsa Trends in In-

ternational Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International

Student Assessment (PISA) yang akan diduduki pada tahun 2014 serta mata pelajaran sejarah yang

telah menjadi wajib lulus SPM bermula tahun 2013.Guru mata pelajaran yang lain akan mendapat

latihan KBAT melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), Continuous Professional Development

(CPD) dan Program Pembangunan Guru Baru (PPGB) bermula 2014. Bahan sokongan pengajaran

dan pembelajaran (PdP) akan mengalami perubahan. Sebanyak 20 peratus berbentuk KBAT akan

dimuatkan dalam bahan sokongan ini. Penerapan elemen KBAT akan dimuatkan dalam penghasilan

buku teks, buku kerja dan bahan digital. Aspek isi kandungan, latihan dan aktiviti didalam

buku teks, buku kerja dan bahan digital akan dapat membantu murid untuk mengaplikasikan penge-

tahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,

membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.