Post on 28-Jan-2023
1.0 PENGENALAN
Setiap orang harus belajar berenang, tidak kira apa jua
lingkungan umurnya. Kanak-kanak seharusnya didedahkan pada air
sejak awal lagi supaya mereka merasa seronok dan mempunyai
keyakinan berada didalam air sebelum mencapai usia persekolahan.
Renang merupakan satu acara sukan yang boleh disertai oleh setiap
peringkat umur dan kebolehan dan melaui aktiviti renang
seseorang dapat melakukan senaman yang amat berguna lagi
menyeronokan. Adalah penting bagi seseorang cekap berenang untuk
menikmati lain-lain aktiviti sukan yang menyeronokan.
Di sekolah, acara renang merupakan sebahagian daripada kurikulum
Kebangsaaan yang penting bagi Pendidikan Jasmani, terutamanya
bagi kanak-kanak yang mencapai umur 11 tahun. Sebaik sahaja
mereka meninggalkan sekolah rendah kanak-kanak itu seharusnya
boleh berenang sekurang- kurangnya 25 m dan mampu memperlihatkan
kefahaman mengenai keselamatan dalam air.
2.0 SEJARAH RINGKAS DUNIA RENANG
Pengkaji sejarah mendapat bukti bahawa manusia boleh
berenang kira-kira 4,000 tahun yang lampau. Bukti-bukti itu
terdapat dalam simbol hiroglif, seni arca purba orang Assyria,
lagenda Yunani . Renang juga menjadi sebahagian daripada latihan
tentera pada zaman dahulu terutama tentera Rom dan Yunani. Pada
Zaman Kelam Eropah, sukan air termasuk renang dihentikan kerana
boleh dikatakan kebanyakan penyakit menular melalui air. Kolam
renang pertama dibuka di Liverpool, England pada tahun 1828.
London pula merupakan kota pertama memperkenalkan sukan renang
untuk dipertandingkan. Pada tahun 1837,kota London mempunyai enam
buah kolam renang.
Pada zaman silam, sukan renang dihargai sebagai satu
pertandingan untuk daya tahan dan bukan sebagai satu perlumbaan
kecepatan (races against time). Cabaran pada zaman itu ialah
untuk menguji kebolehan dan daya tahan diri dengan berenang
mnyeberangi Selat Inggeris. Pada tahun 1875, Captain Matthew Webb
dari Shropshire, England menjadi orang pertama berenang di Selat
Inggeris. Beliau berenang dari Dover, Englang ke Calais,Perancis
dalam jangka masa 21 jam 45 minit. Pada tahun 1956,rekodnya
dipecahkan oleh seorang Mesir,bernama Hassan Abdul Rahim yang
berenang menyeberangi Selat Inggeris dalam jangka masa 10 jam
50minit.
Pada tahun 1844, dua orang asli Amerika Utara, bernama
Flying Gull dan Tobacco dijemput untuk menyertai pertandingan
renang di London. Mereka menggunakan gaya sendiri yang lebih
kurang sama dengan gaya rangkak yang digunakan pada hari ini.
Gaya renang Flying Gull dan Tobacco ini belum pernah digunakan
oleh para perenang Eropah. Sebenarnya gaya renang mereka ini
telah biasa digunakan oleh penduduk Amerika, Afrika Barat dan
Kepulauan Pasifik sejak turun - temurun. Pada hari ini gaya
renang itu disebut the crawl.
Kemudian dari itu, perenang Frederick Cavill telah
memperkenalkan renang gaya rangkak ini dari kota London ke benua
Australia. Cavill memperbaiki gaya ini dan menamakannya the
Australian Crawl. Pada 1902, anak Cavill, Richard pula
menggunakan gaya the Australian Crawl ini untuk berenang 100 ela
dalam jangka masa 58.6 saat. Seorang lagi anak Cavill, Sidney
telah menunjuk ajar dan melatih para perenang di San Francisco,
Amerika Syarikat dengan menggunakan teknik gaya ini. Salah
seorang daripada anak didikannya, J. Scott Leary telah berjaya
menjadi perenang pertama Amerika Utara yang melakukan renang 100
ela dalam jangka masa 60 saat.
Gaya renang Cavill menjadi semakin popular. Seorang perenang
bernama Charles Daniels memperbaiki lagi gaya Cavill ini. Dia
menamakannya the American Crawl. Pada 1910, Charles Daniels,
dengan menggunakan gaya the American Crawl berjaya mencipta rekod
baru dengan berenang 100 ela dalam jangka masa 54.8 saat.
Gaya rangkak juga digunakan oleh penghuni Pulau Hawaii. Duke
Kahananoku dari Hawaii menggunakan gaya ini untuk memenangi acara
renang 100 meter di Sukan Olimpik pada tahun 1912 dan 1920.
Johnny Weismuller dari Amerika Syarikat yang berumur 21 tahun
memenangi acara renang 100 meter dalam jangka masa 59 saat pada
Sukan Olimpik 1924. Weismuller mencipta rekod baru dalam 67 acara
renang sebelum dia bersara daripada renang pertandingan untuk
menjadi bintang filem. Dia berlakon sebagai Tarzan di Hollywood.
Pada 1986, hanya acara gaya bebas (free style) ditandingkan
di Sukan Olimpik. Ini bermakna, para perenang dibenarkan
menggunakan pelbagai gaya dan interpretasi untuk berenang. Pada
tahun 1900, tiga acara renang ditetapkan, iaitu acara gaya kuak
lentang (backstroke), acara gaya rangkak (the crawl) dan acara
gaya kuak dada (breast-stroke). Pada tahun 1912, perenang wanita
diberi peluang untuk bertanding dalam acara renang gaya bebas
sahaja. Kini, berbagai-bagai acara renang termasuklah acara gaya
bebas, acara gaya kuak lentang, acara gaya kuak dada, acara gaya
kuak kupu-kupu, acara gaya medley individu, acara gaya medley
berganti-ganti, acara gaya bebas berganti-ganti, acara junam dan
acara renang segerak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik dan juga
sukan-sukan lain seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA
dan SUKMA.
3.0 SUKAN RENANG DI MALAYSIA
Pada awal abad dua puluh, ramai rakyat di Semenanjung Malaya
menunjukkan minat dalam aktiviti-aktiviti sukan renang terancang
(organised swimming activities). Oleh sebab minat rakyat terhadap
renang terancang amat mendalam, maka beberapa buah kelab renang
telah ditubuhkan tidak lama kemudian itu, dan di antaranya ialah
Penang Swimming Club pada tahun 1903, Penang Chinese Swimming
Club pada tahun 1928, European Swimming Club pada tahun-tahun
1930an di Ipoh, Taiping dan Kuala Lumpur dan juga Kinta Swimming
Club di Ipoh pada1936.
Kelab-kelab renang ini sangat aktif. Taraf sukan renang
dinaikkan pada tahun 1931 dengan pengelolaan the Malayan Chinese
Olympiad. Sukan ini diteruskan setiap tahun hingga 1937, dengan
penyertaan kelab-kelab renang dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan
Melaka. Selepas Perang Dunia Kedua, minat sukan renang giat
dipulihkan. Banyak pertandingan renang dikelolakan di antara
kelab-kelab renang orang Asia dari Singapura, Pulau Pinang, Ipoh
dan Kuala Lumpur.
Pada tahun 1955, the Malayan Amateur Swimming Union
ditubuhkan. Dengan pertubuhan persatuan ini, pertandingan antara
kelab renang digantikan dengan pertandingan antara negeri. Pada
tahun 1956, Malaya buat kali pertama menyertai Sukan Olimpik di
Melbourne, Australia. Malaya menyertai dalam lima jenis acara
sukan, iaitu olahraga, angkat berat, renang, menembak dan hoki.
Pada masa ini, persatuan renang di Malaysia dinamai Amateur
Swimming Union, Malaysia (ASUM). Kini ASUM adalah ahli gabungan
badan renang dunia, Federation Internationale de Nation Amateur
(FINA). Mulai tahun 1956, Malaya ikut serta dalam beberapa
pertandingan renang antarabangsa, termasuk Sukan Olimpik, Sukan
Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEAP/SEA dan Kejohanan Asia.
4.0 KESELAMATAN DI DALAM AIR
Keselamatan di dalam air memupuk pemahaman tentang
keselamatan semasa di dalam dan berhampiran dengan air. Ini
merupakan salah satu aspek penting dalam acara renang di dalam
Kurikulum Kebangsaan Britain, yang mana sebahagian daripadanya
boleh diajar di rumah atau di kelas di luar persekitaran kolam
renang. Latihan mengenai keselamatan boleh dimulakan sebelum
lawatan pertama ke kolam renang sekiranya kanak-kanak itu tahu
memahami prinsip-prinsip. Pendekatan mengenai perkara ini boleh
dilakukan dengan meransang minat dan cabaran kepada kanak-kanak
itu, memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan imaginasi
mereka ketika berada dalam situasi merbahaya.Prinsip-prinsip
berkaitan keselamatan dalam air boleh diperkuat lagi pada bila-
bila masa ketika kanak-kanak berada di sekitar perairan atau
apabila program di televisyen memaparkan beberapa aktiviti
akuatik.
Peraturan keselamatan di dalam air :
1. Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan
bahawa ada orang dewasa yang boleh berenang bersama anda.
2. Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang,
pusingkan badan supaya anda berada dalam keadaan terlentang,
dan jika ternampak seseorang, lambaikan tangan untuk menarik
perhatian.Cara lain ialah dengan meletakkan tangan anda di
dalam air.
3. Jangan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan
berat.
4. Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada
di dalam air, segera keluar dari kolam.
6.0 KEMAHIRAN ASAS RENANG KUAK DADA
6.1 PENGENALAN
Kuak dada ialah gaya yang terawal daripada gaya-gaya lain. Gaya
ini selalunya diguna pakai oleh penyelamat renang semasa
menyelamatkan mangsa. Selain itu gaya ini mudah dipelajari dan
sesuai untuk aktiviti rekreasi.
Gaya ini dapat merehatkan tubuh badan kita, kerana gaya ini tidak
memerlukan kita untuk menggunakan banyak tenaga sebaliknya
menggunakan teknik yang betul dan membuatkan kita meluncur laju
ketika di dalam air.
6.2 KAEDAH PENGAJARAN RENANG GAYA KUAK DADA
1. Sebelum memulakan kuakan air, pelajar terapung pada kedudukan
meniarap yang mendatar dan kemas, bahu selari dengan permukaan
air.
2. Kepala perlu selari dengan badan serta memandang ke depan atau
berada hanya sedikit di bawah paras air.
3. Dekatkan serta panjangkan tangan dalam air, kaki di belakang
lurus dan rapat.
4. Kuakan bermula dengan menarik tangan ke luar, ke belakang dan
ke bawah ke titik hampir dengan bahagian depan bahu.
5. Kaki dikekalkan pada keadaan lurus dan rapat di belakang.
6. Tangan yang berada di depan pada paras bahu mula
digerakkan dalam bentuk bulatan, siku hampir dengan badan
bersedia untuk melakukan pemulihan atau kembali ke kedudukan
awal yang membawa tangan ke depan badan bagi gerakan tangan
selanjutnya.
7. Pada ketika ini, perenang biasanya menarik nafas kerana
mulut bebas daripada air.
8. Semasa pemulihan, tangan dipanjangkan ke depan sama ada di
atas permukaan air atau sedikit sahaja di bawah permukaan air.
9. Pada masa yang sama, kaki digerakkan ke punggung, sisi
paha dijarakkan ibu jari kaki menghala ke belakang sementara
lutut jauh daripada garisan sisi paha.
10. Semasa gerakan tangan untuk pemulihan atau kembali ke
posisi asal hampir selesai, tapak kaki digerakkan ke luar
sedikit dan kaki menendang kuat ke belakang dan ke luar
sedikit semasa melakukan pergerakan pecutan.
11. Tumit kaki harus memulakan pergerakan.
12. Pergerakan kaki menendang ke belakang seperti katak
selesai apabila kaki membuat suatu laluan yang membengkok
disudahi dengan gerakan meluru.
13. Kaki menamatkan tendangan dengan ibu jari kaki
menunding ke belakang dan meluncur dalam keadaan kemas
serta bersedia untuk pusingan kuak seterusnya.
7.0 ANSUR MAJU RENANG GAYA KUAK DADA
7.1 POSISI BADAN
Dengan memegang alat keapungan atau pelampung yang dipegang
di depan, berenang mengikut kelebaran kola dengan hanya
menggunakan kaki.
Tolak dan luncur, diikuti dengan gerakan kaki sahaja.
7.2 GERAKAN TANGAN
Berdiri di bahagian cetek kolam renang dengan bahu di bawah
paras air, lakukan latihan gerakan tangan.
Berjalan perlahan-lahan mengharungi air, bahu masih berada
di dalam air dan sambil mencondongkan badan ke depan,
lakukan latihan gerakan tangan.
7.3 PERNAFASAN
“Bubbling” iaitu salah satu cara mengawal pernafasan sebelum
memulakan aktiviti renang.
Nafas di tarik melalui mulut sebelum kepala dimasukkan ke
dalam air dan udara dihembus melalui hidung sebelum kepala
di keluarkan ke udara. Pergerakan ini diulang beberapa kali.
Tolak dan luncur, tambah pula satu pusingan tangan diikuti dengan
tendangan kaki.
Ulangi, tambahkan bilangan pusingan tangan dan tendangan secara
beransur-ansur.
Tolak dan luncur, tarik atau kuak tangan, bernafas, tendang dan
luncur.
Bernafas pada setiap pusingan kuak.
Tambahkan jarak renangan bagi mewujudkan ritma yang selesa.
8.0 PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
8.1 POSISI BADAN
o Sasarkan pada posisi badan yang teregang dan selurus yang
boleh.
o Stabilkan kepala dan luruskan bahu, sisi paha berada sedikit
sahaja di bawah paras permukaan air, kaki dilunjurkan,
tajamkan ibu jari kaki.
8.2 GERAKAN KAKI
o Tumit menghadap punggung, kaki menghadap ke luar, tumit
mendorong pergerakan ke belakang.
o Gerakan kaki bagi pemulihan atau kembali ke posisi asal
dilakukan di dalam air. Permukaan kaki di halakan ke luar
untuk dorongan terakhir, tendangan harus serentak dan secara
simetri,
o Pastikan kaki pada posisi selari dengan sisi paha pada
sepanjang masa.
8.3 GERAKAN TANGAN
o Pastikan tangan sentiasa dalam pandangan.
o Kuak dengan kuat ke sisi, ke bawah dan ke belakang, lakukan
gerakan pemulihan dengan kemas, kuak air di depan bahu.
8.4 PERNAFASAN
o Tarik nafas sebaik sahaja tangan selesai melakukan gerakan
tarikan, hembus nafas apabila tangan melakukan gerakan
pemulihan, iaitu kembali ke posisi asal.
o Kepala perlu stabil sementara bahu berada dalam keadaan
lurus.