Post on 22-Jan-2023
Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 53-63
53
Membentuk Usahawan Muslim:
Peranan Dana Masjid
Joni Tamkin Borhan1
Mohd Yahya Mohd Hussin2
Fidlizan Muhammad3
Mohd Fauzi Abu@Hussin4
Abstrak
Capital is very crucial in the formation and establishment of business
activities especially for entrepreneurs who newly venture into the business
world. Currently, banking and financial institutions play significant roles
in fulfilling the need of these entrepreneurs. However, for new
entrepreneurs, the failure to meet the requirements needed by financing
institution causes their ideas, innovation, creativity and efforts to be
undelivered. Therefore, the problem of entrepreneur dependency on
banking institutions can be resolved by the establishment of the mosque
fund. Through this fund, the process of producing Muslim entrepreneur
can be realized and henceforth it will impact positively to the local
development in the future.
Keywords: Muslim entrepreneur, Mosque fund, Cooperative mosque
Pengenalan
Dalam menyahut cabaran dan gesaan untuk melakukan anjakan dalam aktiviti
ekonomi, ramai golongan usahawan dibelenggu dengan permasalahan mendapatkan
modal permulaan atau pun modal untuk mengembangkan perniagaan. Senario ini lebih
dirasai terutama bagi golongan usahawan baru5 yang ingin menceburi bidang
perniagaan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi akibat konflik6 yang timbul, maka idea,
penyelidikan dan pembangunan (R & D) yang dilakukan oleh usahawan akan tinggal
nama semata-mata tanpa mampu direalisasikan. Oleh itu, transformasi kegunaan dana
masjid sebagai aset kekuatan pembangunan ekonomi umat Islam yang lebih bersifat
1 Joni Tamkin Borhan, PhD, Profesor, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2 Mohd Yahya Mohd Hussin, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan
Sultan Idris. 3 Fidlizan Muhammad, Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. 4 Mohd Fauzi Abu@Hussin, Pensyarah Kanan, Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. 5 Habib Ahmad. (2002). Financing Microenterprises: An Analytical Study of Islamic Microeconomic
Institutions. Islamic Economic Studies 9(2): 27-64. 6 Dalam perniagaan, bentuk konflik yang dihadapi dapat dibahagikan kepada beberapa teori. Antaranya
ialah teori perimbangan static (static trade off theory) dan teori susunan pilihan (pecking order theory).
Dalam perspektif Islam, konflik ini timbul akibat dari konsep tanggungan terhad (limited liability)
Membentuk Usahawan Muslim: Peranan Dana Masjid
54
sejagat dan berdaya tahan pada masa hadapan perlu dilakukan.7 Dengan ini, tanggapan
terhadap masjid sebagai institusi ibadat sahaja dapat dikembangkan kepada sebuah
institusi yang lebih komprehensif dan menyeluruh kepentingannya kepada masyarakat
Islam.8
Institusi Masjid: Hubungan Masyarakat dan Derma
Masjid merupakan institusi penyatuan umat Islam dalam pelbagai bidang. Umumnya,
ketika saat kegemilangan pemerintahan kerajaan Islam dahulu, masjid mempunyai
pelbagai fungsi. Masjid berfungsi sebagai pusat rujukan penting melibatkan soal
pengurusan dan pentadbiran negara,9 pusat perkembangan kewangan dan ekonomi,
10
penyebaran dan perluasan bidang keagamaan,11
menegakkan keadilan dalam
perundangan,12
pemupukan institusi sosial dan sebagainya. Fungsi yang komprehensif
7 Roslan Mohamed. (2008). Pemerkasaan Masjid Melalui Pengurusan Profesional. Dalam Muhd. Ismail
Mustari dan Kamarul Azmi Jasmi (pnyt), Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan
Masjid, Johor Bahru: Penerbit UTM, h. 1. 8 Contoh usaha pembangunan masjid secara menyeluruh dapat dilihat dalam kajian oleh Ezad Azraai
Jamsari, Siti Noorasikin Tumiran, Kaseh Abu Bakar dan Zamri Arifin. (2010). Peranan dan Sumbangan
Institusi Masjid dalam Pembangunan Masyarakat Melayu-Islam di Singapura: Satu Kajian di Masjid
Assyafaah, Sembawang. Journal of Islamic and Arabic Education 2(2): 31-44. 9 Contoh aktiviti pemerintahan yang dilaksanakan di masjid ialah kerja-kerja perhubungan awam,
menulis surat-surat, memilih pendakwah atau utusan kepada kabilah dan raja di luar tanah arab. Lihat
dalam Joni Tamkin Borhan dan Che Zarrina Sa’ari. (2003). Pembangunan Ekonomi Masjid. Dalam
Norrodzoh Hj. Siren & Yusmini Md Yusoff (pnyt), Membangun Institusi Masjid. Kuala Lumpur:
Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h. 43-58. 10 Perkaitan masjid dan ekonomi dapat diperhatikan melalui firman Allah dalam Surah al-Jumu‘ah ayat
10.
كثريا لع
وا ٱلل
كر
أٱذ و ل ٱلل
أغوا من فض
تأٱبض و
أرأوا ف ٱل
لوة فٱنتش ت ٱلص
فإذا قضي
ونلحأ لكمأ تف
Maksudnya:“Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan
carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung” 11 Peranan masjid sebagai pusat keagamaan amat jelas sekali dalam Islam. Ini ditegaskan melalui firman
Allah dalam surah al-Nur ayat 36-37
وت أذ يال ف ب
ص
أٱءل
وغدو
أا بٱل
ۥ فهي
لحبۥ يس
هأا ٱس
فهي
كر
أذي وفع أن ترأ
ٱلل
﴾٦٣﴿ن
ههيمأ تج
أال ل تل
ة رج ر ر ٱلل
أن ذك
ع ع
أيل ب
و
صأبأٱل
وقلوب
أ فيه ٱل
قلب
تا ت م وأ
يخافون
كوة ي اء ٱلز
إيتلوة و إقام ٱلص
و
﴾٦٣﴿ ر
م زي
أجن لي زيده م
يملوا و
ا ع
منسأ أح ٱلل
اب
حس
أ بغري
ن يشاء
زق م رأ
ي ٱلل
لۦ و
أ فض
Maksudnya: Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-
rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah s.w.t supaya dimumiakan keadaannya dan disebut serta
diperingat nama Allah s.w.t padanya, di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah SWT
pada waktu pagi dan petang. (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak
dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta memperingati Allah s.w.t dan
mendirikan sembahyang serta memberi zakat, mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-
balik hati dan pandangan.
Melalui masjid juga, Nabi mengeluarkan arahan kepada gabenor-gabenor Islam untuk melakukan
pungutan cukai. Lihat dalam Joni & Che Zarrina. (2003). op.cit., h. 46-48. 12 Contoh kes perundangan yang diselesaikan di masjid ialah kes hutang piutang antara Ka’ab bin Malik
dan Ibn al-Hadrad. Lihat dalam Suruhanjaya Sekuriti. (2006). Keputusan Majlis Penasihat Syariah
Suruhanjaya Sekuriti. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti, h. 50.
Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 53-63
55
ini menjadikan masjid sebagai pusat tumpuan masyarakat. Kini, peranan yang
dimainkan oleh institusi ini semakin berkurangan.13
Tanggapan masyarakat terhadap
peranan yang dapat dimainkan oleh institusi masjid juga semakin mengecil. Peranan
utamanya kini hanyalah sebagai tempat ibadat sahaja, manakala lain-lain peranan
seperti pusat ekonomi, sosial, kehakiman telah dikhususkan melalui penubuhan
jabatan atau agensi tertentu.
Walaupun fungsi yang dimainkan oleh masjid semakin kecil, namun taraf
penghormatan masyarakat terhadapnya masih tinggi. Masjid merupakan mihrab dan
tempat berjemaah umat Islam dalam menunaikan ibadat utama iaitu sembahyang.
Selain itu, masjid juga berperanan mendidik masyarakat dengan sifat dan amalan
derma serta sedekah. Derma dan sedekah ini amat berhubungan dengan institusi ini
disebabkan ianya dianggap sebagai institusi yang menguruskan kepentingan orang-
orang Islam semasa hidup dan juga mati. Contohnya aktiviti kuliah keagamaan,
sambutan hari kebesaran Islam, pengurusan jenazah dan tanah perkuburan Islam.
Kebiasaannya, jumlah derma dan sedekah yang banyak dilakukan ialah pada hari
Jumaat ketika menunaikan solat Jumaat.
Dengan demikian, dana masjid yang terdiri daripada derma dan sedekah ini sudah
sinonim dan sebati dengan masyarakat Islam pada hari ini. Dengan wujudnya situasi
sebegini, jelas membuktikan bahawa institusi masjid mempunyai sumber dana yang
berterusan dan dapat digunakan untuk faedah jangka panjang.14
Kesediaan dana yang
berterusan ini turut dipengaruhi oleh status Malaysia sebagai sebuah negara yang
mempunyai majoriti penduduk beragama Islam.15
Pengurusan Dana Masjid
Pengurusan merupakan aspek yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia.
Secara umum, pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu proses memperoleh dan
menggemblengkan sumber input organisasi daripada sumber kewangan, manusia dan
lain-lain lagi dengan cara yang cekap dan berkesan untuk mencapai objektif sesebuah
organisasi.16
Di Malaysia, pengurusan sesebuah masjid dikendalikan melalui
kombinasi dua pasukan. Kombinasi pasukan yang menguruskan masjid ini dapat
dijelaskan melalui jadual 1.
13 Peranan masjid dipisahkan dari politik bagi tujuan penyatuan dan perpaduan umat Islam. Pemisahan ini
berlaku disebabkan unsur-unsur negatif yang wujud dalam politik dan dibimbangi boleh meruntuhkan
perpaduan ummah. Diperolehi atas talian;www.Jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=
view&id=6088&Itemid=70 pada 12 Julai 2010. 14 Fidlizan Muhammad et al. (2007). Potensi Pengembangan Industri Kecil Sederhana (IKS) Melalui
Dana Masjid. Prosiding Persidangan Kebangsaan Industri Kecil & Sederhana 2007, h. 1-13. 15 Berdasarkan kepada laporan Bureau of East Asian and Pacific Affairs, penduduk Malaysia yang
beragama Islam melebihi 60 peratus pada tahun 2010. Lihat juga http://travel.state.gov/travel/cis_pa_
tw/cis/cis_960.html, 13 Januari 2011 Lihat juga Perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000,
Jabatan Perangkaan Malaysia. 16 Ab. Mumin Ab. Ghani. (2006). Sistem Pengurusan Islam: Tinjauan Menyeluruh dari Aspek Konsep.
Ab. Mumin Ab. Ghani dan Fadillah Mansor (pnyt), Dimensi Pengurusan Islam: Mengurus Kerja dan
Mengurus Modal Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 3.
Membentuk Usahawan Muslim: Peranan Dana Masjid
56
Kaedah perlantikan ahli jawatankuasa masjid agak berbeza antara negeri-negeri di
Malaysia.17
Kaedah pertama ialah melalui pemilihan di mesyuarat agung ahli kariah,
di mana mesyuarat memilih calon untuk semua jawatan dan senarai calon itu
diserahkan kepada Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri untuk disahkan. Kaedah kedua
ialah Majlis melantik individu-individu tertentu untuk mengisi jawatan-jawatan
penting seperti pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha dan sebilangan ahli
jawatankuasa. Manakala mesyuarat agung ahli kariah hanya melantik beberapa orang
lagi ahli jawatankuasa yang diperuntukan. Kaedah ketiga ialah Majlis Agama Islam
Negeri melantik semua ahli jawatankuasa dari jawatan pengerusi hingga ke jawatan
ahli biasa. Dalam perkembangan terakhir, semakin banyak negeri yang cenderung
beralih dari kaedah pertama kepada kaedah ketiga dalam perlantikan jawatankuasa
masjid masing-masing. Kebanyakan masjid tidak memberi elaun kepada ahli
jawatankuasa ini.
Manakala dari sudut pentadbiran masjid pula dapat digambarkan melalui carta 1 di
mana tiga jawatan yang penting dalam senarai ahli jawatankuasa masjid ialah
pengerusi masjid, setiausaha dan bendahari. Segala urusan, harta dan dana masjid
adalah di bawah pengurusan mereka.18
Jawatankuasa ini juga diberi kuasa oleh pihak
Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk mengadakan kutipan wang khairat,
menyelenggara masjid, menguruskan tanah wakaf, perkuburan dan harta milik khas
Masjid dengan kebenaran MAIN. Pemberian kuasa ini jelas dinyatakan dalam
Enakmen Pentadbiran Agama Islam atau Undang-undang Pentadbiran Hukum Syarak
yang diwartakan oleh setiap negeri.
Jadual 1: Kumpulan Pengurusan Masjid
Pasukan Nama Fungsi Bilangan
Anggota
Kaedah Perlantikan
Pertama Ahli
Jawatan
Kuasa
Masjid
Merancangkan dan
Mengelolakan
semua aktiviti
Masjid
10-15 orang a) Penamaan melalui
mesyuarat agung
qariah,
dan senarai
diserahkan
untuk pengesahan
oleh
pihak Majlis Agama
b) Melalui lantikan
oleh
pihak Majlis
17 Hairunnizam Wahid, Nor Ghani Md Nor, Jaafar Ahmad dan Sanep Ahmad. (2009). Masjid dan
Pembentukan Modal Sosial: Apakah Faktor Penentu Aktivism Masjid? Kertas Kerja Bengkel
Penyelidikan Gunaan dalam Ekonomi Islam, h. 1-9 18 Siti Alawiyah Siraj, Shahul Hameed Mohamad Ibrahim dan Maliah Sulaiman. (2008). Pengurusan
Kewangan: Mempamerkan Akauntabiliti Masjid. Dalam Muhd. Ismail Mustari dan Kamarul Azmi
Jasmi (pnyt), Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid. Johor: Penerbit
UTM, h. 72.
Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 53-63
57
Kedua Pegawai-
pegawai
Masjid
Menjalankan tugas
yang ditetapkan
dan
tidak terlibat dalam
pelaksanaan dan
perancangan
aktiviti masjid
Imam, Khatib,
Bilal dan Siak
Dilantik oleh pihak
Majlis Agama
dan menerima elaun
Diubah suai dari Jaafar Ahmad et.al (2001)
Perolehan dana masjid untuk tujuan pembangunan masjid tidak terhad dengan
kuasa yang diberikan sahaja. Sebagai contoh, dalam Enakmen Pentadbiran
Perundangan Negeri Selangor 1989, seksyen 58 (1), terdapat jaminan peruntukan dan
pembiayaan oleh pihak MAIN bagi menjamin keberlangsungan pengurusan dan fungsi
masjid sebagai pusat ibadat umat Islam. Selain itu, terdapat sebilangan masjid yang
memperolehi dana melalui sumbangan dan wang zakat dari badan-badan korporat.
Keadaan ini menjadikan institusi masjid mempunyai jumlah dana yang banyak
terutama masjid-masjid yang terletak di kawasan Bandar.
Carta 1: Struktur dan Pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan
Sumber: Hairunnizam Wahid et.al (2009)
Dari sudut pengurusan dana yang diperolehi, ianya bergantung kepada wawasan
dan kesungguhan ahli jawatankuasa yang dibentuk/dilantik. Bilangan masjid yang
terdapat di Malaysia adalah kira-kira 5,000 buah pada tahun 1999.19
Jumlah ini
19 Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad, Mariani Abd Majid dan Hairunnizam Wahid. (2001). Dana dan Harta
Masjid di Malaysia: Ke Arah Pengurusan Strategik. National Workshop on Capacity Building Towards
Majlis/Jabatan Agama Islam
Jawatankuasa Masjid
Pengerusi Masjid, Imam, Bilal,
Tok Siak/ Noja
Kebajikan Sambutan
/ Perayaan
Kebersihan/
Bangunan
Pelajaran Dakwah
n
Membentuk Usahawan Muslim: Peranan Dana Masjid
58
diyakini telah bertambah dari semasa ke semasa hingga kini.20
Dapatan kajian yang
diperolehi menunjukkan bahawa terdapat sebilangan masjid yang mendapat dana
pendapatan sehingga RM500 ribu setahun manakala jumlah pendapatan terkumpul
pada tahun 1999 yang diperolehi pula ialah RM5.5 juta untuk 73 buah Masjid. Secara
puratanya, didapati dana pendapatan tahunan masjid yang dikaji adalah sebanyak
RM75 ribu. Selepas ditolak dengan perbelanjaan agregat semua masjid, didapati
terdapat lebihan dana yang tidak dibelanjakan sebanyak RM4.3 juta. Kesemua wang
ini kebanyakannya disimpan oleh pihak masjid di bank-bank dan secara puratanya,
setiap masjid mempunyai simpanan RM60 ribu. Sekiranya bilangan masjid di
Malaysia ialah 6,000 buah, maka secara kasar boleh dianggarkan bahawa simpanan
dana masjid di bank dan institusi kewangan adalah berjumlah RM360 juta setahun.
Di samping itu, kebanyakan masjid-masjid di Malaysia hanya menyimpan beku
pendapatan yang diperolehi tanpa digunakan secara efisien serta tidak menghasilkan
pulangan yang tinggi melainkan keuntungan hasil dari simpanan di institusi kewangan
semata-mata.21
Berdasarkan kepada senario ini, maka sewajarnya pihak-pihak
pengurusan masjid perlu mempelbagaikan kegunaan dana masjid ini untuk tujuan yang
lebih menyeluruh dan akhirnya mampu memberikan limpahan positif kepada
masyarakat setempat. Antara beberapa idea bagi mempelbagaikan kegunaan dana
Masjid adalah seperti berikut:
a) Merangka Skim Pelaburan Masjid melalui pelaburan-pelaburan di pasaran modal
Islam yang kurang berisiko dan terjamin lulus syariah seperti pelaburan di unit-
unit amanah, saham-saham Islam, Sukuk dan sebagainya.
b) Membentuk koperasi masjid iaitu sebuah koperasi hasil gabungan masjid-masjid
di sesebuah daerah/negeri bagi menyediakan modal awal kepada usahawan-
usahawan muslim tempatan berdasarkan kepada kontrak perkongsian.
c) Membuka kedai-kedai runcit, kiosk, gerai makanan, kedai gunting rambut, kedai
cuci kereta, tempat penginapan, dewan seminar dan serbaguna dan sebagainya di
sekitar kawasan masjid ataupun di tempat-tempat yang berpotensi tinggi. Ini
secara tidak langsung mampu menghasilkan peluang pekerjaan kepada masyarakat
setempat.
d) Membuat pelaburan dalam bidang hartanah seperti membina kedai-kedai di
kawasan masjid dan disewakan, membeli tanah dan disewakan melalui kontrak
muzÉra’ah atau musÉqat kepada masyarakat setempat ataupun membeli lot-lot
kedai untuk disewakan atau dijual kembali.
Namun begitu, ianya perlu dipantau oleh satu pasukan yang berkelayakan dan
berakauntabiliti dalam menilai dan memantau kesemua aktiviti-aktiviti ekonomi yang
ingin diceburi dan dilaksanakan oleh institusi-institusi masjid agar ianya tidak
bertentangan dengan hukum syara’. Antara contoh institusi masjid yang berjaya
Excellance in Econ. Research & Policy Formulation, 23-24 April 2001, Fakulti Ekonomi UKM dan
UUM, h. 1-13. 20 Hasan Bahrom. (2008). Menjana Sumber Kewangan Masjid Pemangkin Pembangunan Ekonomi
Ummah. Muhd. Ismail Mustari dan Kamarul Azmi Jasmi (pnyt), Pengurusan Berkualiti Memacu
Kecemerlangan Pengurusan Masjid. Johor: Penerbit UTM, h. 82-83. 21 Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad, Mariani Abd Majid dan Hairunnizam Wahid. (2001). op.cit., h. 1-13.
Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 53-63
59
menguruskan dananya dengan baik adalah seperti Masjid al-Ghufran Taman Tun Dr.
Ismail Kuala Lumpur yang menawarkan pusat sehentian setempat perniagaan bermula
dengan ibadah yang bersifat ritual hingga ibadah muamalah yang bersifat social.22
Begitu juga dengan kejayaan Masjid Jamek Bandar Baru Uda (BBU) Johor Bahru
yang sering diiktiraf sebagai masjid cemerlang oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)
mempunyai tiga komponen utama dalam pengurusan masjid iaitu Yayasan Masjid
Jamek BBU, Pusat Dialisis dan Kesihatan dan juga Koperasi MJBBU.23
Ini semua
membuktikan bahawa pengurusan masjid yang cekap akan membawa limpahan positif
kepada masyarakat setempat.
Dana Masjid Membentuk Usahawan Muslim Melalui Koperasi Masjid
Sumber dana yang dimiliki oleh masjid adalah berbeza dengan dana yang diuruskan
dalam institusi kewangan dan perbankan. Ini kerana, dana dalam institusi kewangan
dipengaruhi oleh liabiliti pendeposit atau penyimpan dan juga pemegang-pemegang
saham. Oleh itu, pengurus institusi kewangan mempunyai kekangan dalam
membelanja dan melaburkan wang bersesuaian dengan risiko yang dihadapi.
Sebaliknya dalam dana masjid yang dibentuk melalui kumpulan wang-wang derma
dan wang sumbangan pada hari Jumaat, pengurus masjid tidak dibebani dengan
liabiliti kepada penderma atau penyumbang.
Namun, keadaan ini tidak menyatakan bahawa dana masjid boleh dibelanja tanpa
diuruskan secara bertanggungjawab.24
Oleh yang sedemikian, dana masjid sewajarnya
digunakan untuk tujuan yang lebih meluas dan tidak tertakluk kepada aktiviti
tradisional semata-mata. Antaranya ia dapat digunakan bagi membentuk dana
kelompok dan membantu usahawan khususnya usahawan muslim setempat dalam
memulakan atau mengembangkan bidang perniagaan yang bertepatan dan diperlukan
oleh masyarakat Islam.
Pembentukan dan mobilisasi dana Masjid ini penting sebagai memenuhi tuntutan
agama yang mengharamkan amalan riba. Tuntutan ini dapat dipenuhi dengan
wujudnya jalinan kerjasama dan bantu membantu atas dasar ketakwaan sebagaimana
firman Allah berikut;
وأدعأٱل و
أث
أل ٱل
نوا ع
اوعل ت
ى و
وأٱلتق
ب و
أل ٱل
نوا ع
اوعت إن و
ٱتقوا ٱلل
عقاب ن وأ شديد ٱل
ٱلل
Maksudnya: "Tolong-menolonglah kamu dalam ketaatan dan takwa, dan janganlah
tolong-menolong dalam berbuat dosa, dan permusuhan. Dan takutilah Allah,
sesungguhnya Allah keras dalam pembalasan sewajarnya"
(Surah Al-MÉ’idah: 2)
22 Faizal Riduan. (2009). Hotel dan Masjid dalam Satu Kompleks. Milenia Muslim. September 2009, h.
14-15. 23 Salawati Haris. (2009). Aset Masjid BBU Hampir RM8 Juta. Milenia Muslim. September 2009, h. 20-
23. 24 Siti Alawiyah Siraj et.al. (2008). op.cit., h. 68-70.
Membentuk Usahawan Muslim: Peranan Dana Masjid
60
Berdasarkan ayat di atas juga dapat dihuraikan pada bahagian seterusnya langkah-
langkah dalam membentuk dan memobilisasi dana usahawan muslim agar dana yang
dibentuk dapat diurus dengan cekap dan memberi pulangan yang meluas bukan sahaja
kepada penduduk setempat pada kebiasaannya, tetapi dimanfaatkan melebihi dari
sempadan daerah dan negeri.
Dalam membentuk dana Masjid yang efisien serta mampu menyokong melahirkan
usahawan, konsep koperasi boleh diaplikasikan. Konsep koperasi ini adalah selaras
dengan ayat al-Quran di atas yang menganjurkan sifat tolong menolong. Kepentingan
koperasi memang diakui pada peringkat ekonomi negara pada masa kini sebagai sektor
ketiga terpenting dalam pembangunan negara.25
Kesempatan ini wajar diambil peluang
oleh institusi-institusi masjid yang kini berdiri dan bergerak secara sendirian dalam
pengurusan dana mereka untuk bergerak secara bersama-sama dan bersedia mengubah
corak pengurusan kewangan lama iaitu dengan cara menyimpan di akaun simpanan
tetap kepada pengurusan kewangan yang baru seperti pembiayaan perniagaan,
pelaburan aset-aset dan sebagainya.
Gambaran mobilisasi dana Masjid kepada manfaat sejagat khususnya dalam
aktiviti keusahawanan dapat diperhatikan melalui Rajah 1. Oleh itu, fasa pertama
dalam menjayakan koperasi masjid ini memerlukan kerjasama dan komitmen
keseluruhan institusi masjid untuk berada di bawah satu badan koperasi. Dengan
tertubuhnya institusi koperasi yang menggabungkan institusi-institusi masjid ini, maka
dana masjid yang diterima oleh setiap institusi masjid daripada orang ramai atau
syarikat korporat akan di bahagikan kepada tiga dana iaitu:
a) Dana Pertama: Digunakan untuk tujuan perbelanjaan dan pengurusan masjid
semasa seperti bayaran utiliti, kos pembersihan dan pengurusan masjid, aktiviti-
aktiviti kerohanian dan sebagainya. Ianya mewakili enam puluh peratus (60%)
daripada jumlah pendapatan.
b) Dana Kedua: Digunakan untuk disimpan di Institusi kewangan sebagai
perbelanjaan awasan. Ianya mewakili dua puluh peratus (20%) daripada jumlah
pendapatan.
c) Dana Ketiga: Digunakan sebagai sumbangan syer dan yuran keahlian untuk
koperasi masjid yang dibentuk. Ianya mewakili dua puluh peratus (20%) daripada
jumlah pendapatan.
Dengan ini, wang yang didermakan oleh masyarakat Islam bukan sahaja
digunakan untuk tujuan pengurusan masjid, bahkan melalui aliran yang dibuat kepada
institusi koperasi. Pihak penderma melalui proksi institusi masjid dapat melakukan dan
menambah pahala kebaikan kepada masyarakat yang lebih umum.
Berdasarkan penyertaan institusi masjid dalam kelompok koperasi ini, jumlah
perolehan hasil kepada masjid juga akan semakin besar pada masa hadapan. Ia akan
dinikmati melalui pulangan hasil atau agihan keuntungan koperasi bagi setiap institusi
25 Mohamed khaled Nordin. (2007). Memperkasakan Kualiti Modal Insan Gerakan Koperasi dalam Era
K-Ekonomi, Ucapan Perasmian Majlis Perjumpaan Menteri Bersama Pemimpin Koperasi dan Sesi
Forum, Hote; Marriot Putrajaya, 1 Mac 2007.
Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 53-63
61
masjid yang menyertai koperasi ini. Dengan terbentuknya koperasi dan kemasukan
dana yang berterusan dari institusi masjid ini, perancangan pelaburan yang akan
dilaksanakan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan dalam badan koperasi lebih
mudah dilaksanakan.
Koperasi boleh melantik panel pelaburan yang terdiri daripada mereka yang
berkelayakan bagi membuat kajian, penilaian, semakan, pemantauan dan sebagainya
terhadap bidang-bidang keusahawanan yang dipohon atau dicadangkan untuk
dilaksanakan oleh usahawan muslim. Bagi bidang-bidang keusahawanan yang dipohon
dan diklasifikasikan berdaya saing, maka konsep pembiayaan dapat dilaksanakan.
Panel pelaburan ini juga perlu mengenal pasti kaedah kutipan pinjaman, sewa ataupun
pembayaran keuntungan yang paling efisien bagi memastikan modal yang diberikan
tersebut dapat dikutip semula dan diagihkan kembali kepada usahawan-usahawan lain
yang memerlukannya.
Model-model muamalah yang digunakan dalam institusi perbankan Islam boleh
diadaptasi dalam pemberian pembiayaan ini. Memandangkan dana yang diperolehi ini
tidak mempunyai liabiliti kepada penderma asal dalam konteks perakaunan kewangan,
maka kadar keuntungan pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan hendaklah
berada pada tahap yang rendah dan tidak membebankan mereka seperti konsep Bay’
al-Murabahah dan Bay’ Bi-thaman Ajil untuk pembelian peralatan atau mesin yang
diperlukan oleh pihak usahawan. Metod pembayaran balik oleh usahawan kepada
koperasi ini adalah mengikut persetujuan yang telah dimeterai tanpa ada unsur-unsur
penindasan.
Manakala bagi aktiviti keusahawanan yang dijangkakan mempunyai prospek
jangka panjang atau memberikan impak tinggi, usahawan yang berkelayakan dapat
dibiaya melalui konsep pensyarikatan dan perkongsian untung seperti al-MuÌÉrabah
dan al-MusyÉrakah. Dengan ini, aktiviti dan bidang keusahawanan yang asalnya sukar
untuk dilaksanakan akibat daripada kekurangan modal dan sebagainya dapat
direalisasikan dan dikembangkan pada masa depan. Sekiranya institusi masjid
mempunyai tanah sama ada melalui pembelian ataupun tanah yang diwakafkan untuk
kegunaan masjid oleh orang ramai, maka melalui koperasi masjid ini, para usahawan
yang ingin menceburi bidang pertanian boleh memanfaatkan tanah-tanah tersebut
melalui kontrak muzÉra’ah dan musÉqat.
Membentuk Usahawan Muslim: Peranan Dana Masjid
62
Rajah 1: Mobilisasi Dana Masjid
FAEDAH MOBILISASI DANA
MASYARAKAT
SETEMPAT
BANGSA DAN NEGARA
Bahagian Dana
3 (20%)
Awasan
MASJID
A
Derma
Individu A
Derma
Individu B
Derma
Individu C
Bahagian Dana 1
(60%)
Bahagian Dana
2 (20 %)
Kegunaan dan
keperluan
perbelanjaan dan
pengurusan Masjid
semasa
Dilabur sebagai
sumbangan tetap
ahli koperasi
KOPERASI
MASJID
Panel Pelaburan
Pembelian
Peralatan/Mesin
Pembiayaan
Modal
Sewaan
Aset/Tanah
U
N
T
U
N
G
@
H
A
S
I
L
A
G
I
H
A
N
U
N
T
U
N
G
M
O
B
I
L
I
S
A
S
I
D
A
N
A
&
D
E
R
M
A
Al-Basirah (2011), Vol 1, No. 1, 53-63
63
Di samping itu, jika usahawan memerlukan lot kedai untuk memulakan perniagaan
mereka, institusi masjid melalui koperasi yang dibentuk boleh menyediakan dan
membina lot-lot kedai di kawasan yang strategik atau pun di sekitar kawasan masjid
untuk disewakan kepada usahawan-usahawan yang memerlukan. Ini secara tidak
langsung mampu memberikan kesan limpahan yang lebih besar kepada institusi masjid
itu sendiri dan juga masyarakat setempat melalui hasil sewaan dan juga peluang
pekerjaan yang diwujudkan. Antara kontrak muamalah yang boleh diaplikasikan
dalam situasi ini adalah seperti akad IjÉrah ataupun IjÉrah Thumma al-Bay‘. Dengan
ini, boleh dikatakan bahawa mobilisasi dana Masjid yang digerakkan secara sistematik
melalui sistem koperasi mampu memberikan faedah yang besar kepada institusi masjid
itu sendiri dan juga para usahawan setempat.
Kesimpulan
Umat Islam dianugerahkan bukan sahaja dengan anugerah agama yang terpuji dan
tinggi, bahkan Allah SWT juga menyediakan sumber yang mencukupi untuk
dimanfaatkan. Walau bagaimanapun, kesan penjajahan minda yang berlaku
menyebabkan berlaku pengasingan dalam bidang-bidang yang dipelajari sehingga
menimbulkan salah faham dan kekeliruan. Dengan lain perkataan, berlaku
pengasingan antara hal dunia dan akhirat.
Oleh itu, dorongan untuk mengembalikan peranan yang lebih banyak kepada
institusi masjid perlu digerakkan dalam pelbagai bidang dan tidak terhad kepada
bidang keagamaan semata-mata. Dalam usaha menjadikan masjid sebagai pusat
kewangan atau penyedia dana khususnya kepada usahawan muslim, langkah awal
yang boleh diwujudkan ialah mengadakan kerjasama antara institusi-institusi masjid di
bawah satu badan koperasi. Dengan wujudnya badan sebegini, pakar-pakar
berkelayakan dapat mengesyorkan idea perniagaan dan sebagainya yang dapat
dimajukan oleh usahawan muslim. Dengan ini, impak atau kesan limpahan yang lebih
melebar dapat berlaku melalui dana yang disediakan seperti peluang pekerjaan baru,
tempat yang strategik, makanan dan keperluan masyarakat yang bertepatan dengan
syarak dan sebagainya. Paling penting, melalui aliran dana ini, manfaat yang diterima
bukan sahaja terhad kepada masyarakat setempat, tetapi dapat dimanfaatkan oleh entiti
masyarakat yang lebih menyeluruh.