Post on 25-Jan-2023
ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)
Tugasan: Pembentangan
Tarikh : 17 Ogos 2009
Tajuk: Bincangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas di
peringkat awal kanak-kanak.
Nama: 1. Lino Leoncio
2. Stephenie anak Mukit
3. Nurul Ain Binti Bahir
4. Salizah Bt. Lusly
5. Marie Christerine ak Matthew
Jabatan Fakulti: Seni Dan Muzik
Tempat: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Semakan: En. Kamarul Azman Bin Salam
1.0 PENGENALAN
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-
kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza
berbanding dengan kanak-kanak normal. Menurut Jamila (2005),
kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan
sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan
ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan
modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun
perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri
kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti
kanak-kanak normal.
Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan
khas atau “kanak-kanak luar biasa” sebagai kanak-kanak yang
mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan, kejasmanian,
kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Manakala Garciulo
(2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti
kenyataan di bawah;
"Individuals who differ from societal or community standards of
normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory,
kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require
educational programs customized to their unique needs."
Selain itu, Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak
berkeperluan khas seperti berikut:
i. Terencat akal.
ii. Kurang upaya dalam pembelajaran.
iii. Kecelaruan emosi atau tingkah laku
iv. Pintar cerdas dan berbakat
v. Masalah bahasa dan pertuturan
vi. Masalah pendengaran
vii. Masalah penglihatan
viii. Kecelaruan spektrum autism
ix. Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan
Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan
khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid
berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan,
bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat
Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).
Kesimpulan yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak
berkeperluan khas adalah golongan kanak-kanak yang menghadapi
ketidakupayaan yang serius sehingga memberi kesan yang mendalam
terhadap kehidupan normal dan pembelajaran serta perkembangan
kognitif mereka (Abd. Rahim 2006).
2.0 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan
golongan kanak-kanak istimewa ini mestilah dikenal pasti
ketidakupayaan mereka bagi memenuhi keperluan perkembangan
intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan (Abu Bakar & Ikhsan 2003). Berikut adalah
kategori-kategori kanak-kanak berkeperluan khas:
1.1 Masalah Penglihatan
Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the
Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah
seperti berikut:
i. Tidak dapat melihat langsung.
ii. Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200
iaitu dengan Ujian Snellen.
iii. Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.
2.1.1 Tahap Kecacatan
Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan
antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan
ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah
penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:
1. Sederhana
Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak
melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria
penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti
kanta.
2. Teruk
Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin
memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan
aktiviti malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti
berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan
bantuan khas.
3. Sangat teruk
Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak
menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti
membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deria-
deria lain.
2.1.2 Tingkah laku masalah penglihatan
i. Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk
melihat papan tulis ataupun objek.
ii. Selalu mengerutkan ataupun mengecilkan mata.
iii. Kerap bercakap.
iv. Kerap menggosok mata.
v. Selalu menutup sebelah mata.
vi. Selalu terlanggar objek.
vii. Keliru dengan huruf.
viii. Menonton televisyen ataupun membaca buku dengan jarak yang
terlalu dekat.
ix. Memegang kepala dengan cara luar biasa.
x. Kerap menangis
xi. Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan muka
ataupun paa sudut berlainan.
xii. Sering mencari-cari ayat yang dibaca.
xiii. Meniru kerja kawan.
xiv. Tidak menyiapkan tugasan yang diberi.
xv. Selalu mengelak membuat sebarang tugasan yang diberi.
Disebabkan kekurangan yang mereka ada, timbul perasaan kurang
keyakinan diri dan sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh
diatasi dengan memberi layanan yang baik kepada mereka (bukan
bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa berbeza
dengan orang normal) (Jamila 2005).
1.2 Masalah Pendengaran
Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pengendaran
sebagai golongan manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan
bergaul dengan orang ramai kerana rosak pendengaran. Menurut
Hasnah (1988) dalam Mohd. Salleh (1999), caca pendengaran
dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
i. Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness)
Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada
gegendang telinga atau tidak ada lubang telinga.
ii. Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness)
Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf
pendengaran pada bahagian organ dalam telinga.
Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai
masalah pendengaran adalah kurang memberi perhatian di dalam
kelas, kelihatan selalu berkhayal, percakapannya tidak jelas,
terkejut apabila dihampiri daripada belakang, tidak memahami
arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya
berkaitan dengan bahasa.
Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh
kelambatan perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia
bergantung kepada pengalaman mereka, cara layanan yang diterima
dan melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri.
2.2.1 Jenis Masalah Pendengaran
Menurut Jamilah (2005) terdapat dua kategori masalah pendengaran
iaitu kurang pendengaran dan pekak.
1. Kurang pendengaran
a) Ringan (mild)
i. Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB
ii. Memahami perbualan
iii. Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang
perlahan dan jauh
iv. Memerlukan terapi pertuturan
b) Sederhana (moderate)
i. Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB
ii. Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter
daripadanya
iii. Memahami perbualan
iv. Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara
kelas
v. Memerlukan alat bantu dengar
vi. Memerlukan terapi pertuturan
c) Sederhana teruk (moderate severe)
i. Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB
ii. Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran
iii. Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi
iv. Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu
bercakap dengan kuat
v. Pertuturan kanak-kanak kategori ini mungkin tidak
sempurna kerana pengalaman pendengarannya yang
terhad
2. Pekak
a) Teruk (severe)
i. Tahap kehilangan pendengaran antara 71 hingga 90 dB
ii. Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak sifar
hingga 30.5 sentimeter daripadanya
iii. Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja
iv. Menghadapi masalah dalam pertuturan
v. Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar dan
latihan pertuturan dan komunikasi
b) Sangat teruk (profund)
i. Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB
ii. Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat
iii. Memerlukan alat bantu pendengaran dan terapi
pertuturan
1.3 Masalah Emosi-Hiperaktif
Menurut Jamilah (2005), hiperaktif adalah istilah yang
digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang
terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang
singkat. Sandra (2008) menjelaskan terdapat dua jenis masalah
kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau
masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit
Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang tumuan dengan
hiperaktif. Menurut Sandra lagi masalah ADD atau ADHD adalah
bersifat fisiologi dan biologi. Bagi Sheila & Samsilah (2006),
ADHD adalah satu keadaan diaman kanak-kanak yang mengalaminya
mempunyai masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif.
Sandra (2008) menyatakan ciri-ciri tingkah laku masalah
kurang tumpuan tanpa hiperaktif (ADD) adalah seperti berikut:
i. Mudah terganggu oleh rangsangan luaran .
ii. Sukar mendengar dan mematuhi arahan.
iii. Sukar memberi tumpuan dan perhatian.
iv. Sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan.
v. Keupayaan membuat kerja sekolah yang tidak lengkap.
vi. Tidak terurus.
vii. Kemahiran belajar yang lemah.
viii. Sukar untuk berdikari.
Manakala ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan
dengan hiperaktif (ADHD) menurut Sandra (2008) adalah seperti
berikut:
i. Tahap aktiviti tinggi
ii. Cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri.
iii. Kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan.
iv. Tingkah laku yang agresif dan terlampau mudah terangsang.
v. Tidak matang dari segi sosial.
vi. Rendah keyakinan diri dan mudah kecewa.
Kanak-kanak adalah adalah normal pada zaman kanak-kanak
sehingga ke tahap tertentu pada tahap perkembangan yang berbeza.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak bermasalah ADD atau ADHD apabila
kanak-kanak itu menunjukkan pelbagai tingkah laku yang bermasalah
yang tidak sesuai dengan perkembangannya berbanding kanak-kanak
lain pada usia yag sama (Sandra 2008).
Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD
sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat
dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu;
ADHD Kurang Tumpuan
i. Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap
pelupa dan kerja tidak teratur
ADHD Hiperaktif-impulsif
i. Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat
tinggi
ii. Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir
ADHD Gabungan
i. Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan,
hiperaktif dan impulsive
Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan
pada kebiasaannya ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah
tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsive. Kanak-
kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu
pergaduhan, kerap membuat kesalahan akibat kecuaian, gagal
menyiapkan kerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap
dengannya, sukar mengatur tugasan,tidak suka dan enggan melakukan
tugasan.
Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada
penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau
negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka
terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan
sosial (Jamila 2005).
1.4 Masalah Fizikal Dan Kesihatan - Palsi Selebral
Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral
spastik, palsi selebral athetiod, palsi selebral ataxia dan palsi
serebral gabungan. Ciri-ciri fizikal pada kanak-kanak palsi
selebral spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot tertentu
seperti tangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan
pergerakan otot tersebut menjadi terhad atau tidak berkodinasi.
Contohnya jika ketegangan otot berlaku pada kaki, pergerakan
permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu
lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal.
Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota
yang lebih meliuk dan tidak terkawal. Manakala bagi palsi
serebral ataxia pula, imbangan badan mereka adalah tidak baik di
samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.
Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami
lebih daripada satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa.
Masalah yang dihadapi olehnya adalah otot-ototnya kejang, tidak
berkodinasi dan juga meliuk.
Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam
menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Disebabkan mereka tidak
dapat bertutur dengan baik, mereka berasa rendah diri dan ini
akan menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran. Sebab lain
yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu
bapa yang terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau
menyebabkan kanak-kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk
mempelajari kemahiran asas bagi penjagaan diri sendiri.
1.5 Masalah Mental
i) Terencat akal
Masalah terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani
kerana murid yang mengalami masalah ini lambat menerima
pengajaran di sekolah. Punca seseorang anak itu terencat akal
boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka) dan persekitaran.
Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak-
kanak berbanding dengan faktor persekitaran.
Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti
kanak-kanak normal iaitu daripada segi pertumbuhan bahagian-
bahagian badan walau bagaimanapun terdapat kekurangan dalam
menggunakan motor halus. Kanak-kanak ini lambat menguasai
kemahiran motor halus. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlulah
memantau perkembangan motor halus mereka.
Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk memberi
tumpuan atau fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, sukar menyiapkan tugasan dan mudah membuat kesalahan
disebabkan kecuaian. Mereka juga sering menunjukkan tingkah laku
yang sering mengganggu rakan.
Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan, mereka kurang
diterima oleh rakan kerana tidak pandai menyesuaikan diri, kurang
matang dan mempunyai masalah dalam menguasai klu-klu sosial yang
halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksi-aksi murid lain.
Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut, menggigit kuku,
tabiat suka mencederakan diri dan meminta ganjaran apabila
diminta untuk melakukan sesuatu contohnya jika enggan melakukan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru akan memberikan
sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti
(Jamila 2005).
ii) Sindrom down
Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah
atau ke atas, belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan
kulit di dalam mata, bentuk muka leper, kepala lebih kecil
daripada kebiasaan dan bahagian belakang .kepala rata, telinganya
kecil dan berkedudukan rendah, mulut kelihatan kecil dan bibir
nipis, bentuk leher lebih pendek, kaki dan tangan pendek, tapak
kaki lebar dan jari kaki pendek, mempunyai masalah jantung dan
lain-lain lagi.
Daripada segi emosi, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai
terencat akal sama ada ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk.
Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masih boleh dididik. Menangis
merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyai masalah
pendengaran.
Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja dan
memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka
mempunyai masalah yang lain iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan
singkat (Jamila 2005).
1.6 Autism
Menurut Sheila & Samsilah (2006) autism merujuk kepada
kecacatan bersosial di mana kanak-kanak yang mengalami autism
tidak mempunyai kemahiran berhubung, berkomunikasi dan bersosial
dengan orang lain seperti murid normal. Emosi kanak-kanak sangat
sukar diramal dan berubah-ubah. Di antaranya adalah (Jamila 2005)
:
i. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab mengamuk tanpa
terkawal jika tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang
daripada melakukan sesuatu yang diingininya.
ii. Merosakkan apa saja yang ada di sekitarnya jika emosinya
terganggu.
iii. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya
terganggu.
iv. Ada kalanya mencederakan diri sendiri dan
v. Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.
2.6.1 Tingkah Laku
i. Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif.
ii. Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-
ulang seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan
menepuk-nepuk tangan, berputar-putar, mendekatkan mata ke
televisyen, berlari atau berjalan mundar-mandir.
iii. Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang
dilakukannya) dan
iv. Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa
sebarang reaksi.
2.6.2 Interaksi sosial
Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai
sangat sukar dan ekstrem :
i. Suka bersendirian.
ii. Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang
orang lain.
iii. Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan
rakan.
iv. Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.
1.7 Masalah Pembelajaran
Menurut Mohd. Sharani (2004) masalah kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai
masalah neurologi hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan
bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis,
mengeja dan bermatematik.
2.7.1 Lembam (Slow Learner)
Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang
memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini
dikenal pasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat
menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam
pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan
garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-
kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana
permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka
memasuki alam persekolahan permasalahan mereka dapat dikesan
(Jamila 2005).
Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia,
keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana
iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan
kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi
perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di
dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah
hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian, sukar
untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang
berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik, mereka
menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang
digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian
matematik (Jamila 2005).
Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat,
sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka
mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak lembam
sering mengganggu rakan-rakan.
2.7.2 Disleksia
Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah
kognitif ( Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006) Mohd.
Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah kanak-kanak yang
tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan
betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri,
dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan.
Secara literalnya, disleksia bermaksud, “kesukaran dalam
berbahasa” (Ott 1997 dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi
operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation
of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) adalah seperti
berikut:
“Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun
mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional,
gagal mengusai kemahiran bahasa seperti membaca,
menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan
intelektual mereka.”
Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya
mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam
mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan.
Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada mereka
ialah huruf b dan d, dan perkataan yang hampir serupa ejaannya.
Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya
berbanding rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal
seperti seorang kanak-kanak disleksia berusia tujuh tahun sering
berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga tahun
yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila &
Samsilah 2006).
Perkembangan fizikal, mereka tidak berminat dalam pelajaran
dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang
dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju
sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya pengamatan.
pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di
mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.
Pengamatan dan tingkah laku:
i. Keliru dengan konsep arah
ii. Keliru dalam konsep masa
iii. Kerap terasa tertekan
iv. Keliru memakai kasut pada kaki yang betul
v. Konsep kendiri yang rendah
2.7.2.1 Jenis-jenis disleksia
Disleksia dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
1. Disleksia visual
Disleksia visual berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam
menggunakan deria penglihatan. Walaupun kanak-kanak itu
dapat melihat dengan baik tetapi ia tidak dapat membezakan
apa yang dilihat ataupun mengintepretasi serta
mengingatinya.
2. Disleksia auditori
Disleksia auditori berkaitan dengan masalah kanak-kanak
dalam menggunakan deria pendengaran. Walaupun kanak-kanak
itu dapat mendengar tetapi ia mengalami kesukaran dalam
mendiskriminasikan bunyi, membezakan persamaan dan perbezaan
antara bunyi, mengenalpasti bunyi bagi perkataan ataupun
membahagikan perkataan dalam suku kata.
3. Disleksia visual-auditori
Kanak-kanak dalam kategori ini berada pada tahap yang agak
teruk kerana kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran tidak
dapat membantunya mengintepretasi apa yang dilihat dan
didengar (Jamila 2005).
1.8 Pintar Cerdas dan Berbakat
Menurut Jamila (2005), Kanak-kanak pintar cerdas adalah
kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yang tinggi di dalam
akademik. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal kerana
tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka
sebenarnya memahami dan telah menguasai pengajaran guru. Chua &
Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai
kanak-kanak yang menunjukkan atau potensi kebolehan dalaman:
i. Kegiatan intelek seperti kreativiti, pemikiran abstrak,
kemahiran lisan, pemikiran logik dan ingatan baik.
ii. Bakat-bakat khas dalam bidang-bidang seperti sains,
matematik, kepimpinan perhubungan manusia, seni lukis,
muzik, penulisan dan drama.
Menurut Ross (1993) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia,
definisi kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenal
pasti semasa prasekolah, sekolah rendah atau menengah menunjukkan
bakat atau potensi yang cemerlang dalam pencapaian akademik
berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Mereka juga
menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek, seni dan
mempunyai kepimpinan yang luar biasa
Perkembangan kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan ciri-
ciri luar biasa pada umur yang sangat muda berbanding kanak-kanak
biasa. Perkembangan kognitif mereka tinggi dan dapat dikesan
semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan perkembangan dalam
domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat dengan menyimpan
maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula
maklumat. Kanak-kanak ini boleh merancang, memantau dan menilai
menggunakan pemikiran advance pada umur yang muda berbanding
kanak-kanak lain.
Dari segi emosi, mereka sangat matang berbanding kanak-kanak
lain, mudah kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda
serta terlalu sensitif.
3.0 INTERVENSI AWAL
Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada
peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu
sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi
diri mereka.
Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu
program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi
awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga
prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai
disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004).
Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada
perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas antaranya ia dapat
member pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu
memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada
bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut
tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau
keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak
melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya.
Di samping itu, komunikasi bantuan atau komunikasi alternatif
yang melibatkan berbagai-bagai pendekatan dan ada juga
menggunakan perkembangan teknologi baru. Di antaranya adalah
seperti menggunakan bahasa isyarat, alat-alat latihan komunikasi
yang dicipta khas, penggunaan teknologi komputer dan sebagainya.
Manakala bagi kanak-kanak yang autistik pula menggunakan rawatan
perubatan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif.
Selain itu, pengambilan vitamiun B6 bersama magnesium juga dapat
membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian bagi kanak-
kanak autistik.
Selain itu, intervensi awal ini dapat memberi perhatian
kepada ibu bapa, latar belakang dan persekitaran. Individu yang
terlibat dalam intervensi seperti ibu bapa, guru, atau ahli
terapi menggunakan dorongan semula jadi kanak-kanak untuk
bercakap perkara yang mereka sedang lakukan, merancang untuk
lakukan atau permainan yang disukai. Selain itu, intervensi
dijalankan semasa murid sedang makan, bermain, atau ketika berada
di restoran makanan segera untuk menggalakkan mereka bertutur dan
menggunakan bahasa dengan betul. Manakala perkhidmatan intervensi
awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu
mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan
perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi
awal sememangnya dibentuk bagi memenuhi keperluan individu kanak-
kanak autistik termasuklah pendidikan terancang. Di Amerika
syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di
antara agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi,
perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa,
perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian,
terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan.
Intervensi awal juga dapat memberi peluang kanak-kanak belajar
kemahiran asas. Kanak-kanak berpeluang untuk belajar kemahiran
asas dan memenuhi keperluan dalam bidang-bidang kemahiran sosial,
kemahiran urus diri, komunikasi dan pengurusan tingkah laku. Di
Malaysia, program intervensi kanak-kanak autism dilaksanakan
melalui program pra sekolah. Terlebih dahulu bagi memastikan
mereka bersedia untuk ditempatkan dalam Tahun satu. Di sini,
kemahiran urus diri dan pengurusan tingkah laku diutamakan selain
pengenalan kepada asas mata pelajaran bahasa Melayu, Agama dan
Moral, dan Matematik. Di samping itu, guru perlu mempunyai
pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus
tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk
tingkah laku muridnya.
4.0 ISU DAN CABARAN
Persoalan besar yang menghantui kanak-kanak berkeperluan
khas adalah kesediaan seluruh masyarakat menerima anugerah Tuhan
dengan rasa bersyukur, tidak merasa malu, mendiskriminasikan
kanak-kanak istimewa dan yang penting adalah ibu bapa
melaksanakan tanggungjawab seperti yang dilakukan pada kanak-
kanak normal.
Banyak kajian lepas mengenai penerimaan ibu bapa kepada
kanak-kanak istimewa mendapati tidak semua ibu bapa dapat
menerima kehadiran anak istimewa (Belgrave 1991; Heinmann &
Shontz 1992; Linkowski & Dunn 1994 dalam Mohd. Sharani 2004).
Menurut Li, Moore & Dennis (1998), stigma sosial dan diskriminasi
yang dilemparkan ke atas ibu bapa yang mempunyai anak istimewa
seperti suatu sempadan yang menghalang ibu bapa menerima anak
mereka. Manakala Nancy (1999) dalam Mohd. Sharani (2004)
menyatakan bahawa stigma negatif yang dileparkan oleh masyarakat
menyebabkan ibu bapa menjadi takut menerima kenyataan bahawa
mereka adalah ibu ataupun bapa kepada kanak-kanak berkeperluan
khas. Olshansky (1992) dalam Mohd. Sharani (2004) menyatakan
bahawa perasaan ibu bapa yang memiliki kanak-kanak berkeperluan
khas merasa tidak mampu melakukan apa-apa demi kesejahteraan anak
itu.
Reaksi negatif yang ditunjukkan oleh ibu bapa kanak-kanak
berkeperluan khas berhubung kait dengan tahap kehilangan
kewibawaan identiti ( Whaley & Wong 1991 dalam Mohd. Sharani
2004). Menurut Mohd. Sharani (2004) faktor-faktor seperti
terkejut, tidak percaya, hiba, marah, kecewa dan penafian banyak
menjejaskan reaksi penerimaan ibu bapa yang mendapat kanak-kanak
berkeperluan khas. Tidak kurang disebabkan oleh ketakutan pada
penolakan sosial dan ketakutan hidup bersendirian (Prado
1991).
Jumlah kanak-kanak istimewa yang ada dalam sekolah negara
Malaysia pada tahun 1999 adalah seramai 11, 861 orang iaitu 8557
orang di sekolah rendah dan 3304 orang di sekolah menengah.
Menurut Mohd. Sharani (2004) cabaran-cabaran yang dihadapai bagi
memastikan kanak-kanak istimewa mempunyai akses dan menikmati
peluang pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa adalah
seperti berikut:
i. Peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas 1997) perlu
disemak semula bagi memastikan tiada wujud apa-apa sekatan
kepada kanak-kanak istimewa.
ii. Program atau rancangan yang komprehensif dan berterusan
perlu diwujudkan supaya sampai kepada semua ibu bapa yang
mempunyai anak-anak istimewa supaya mereka mendapat maklumat
dan kesedaran serta bersedia menghantar anak-anak mereka ke
sekolah.
iii. Kemudahan-kemudahan tempat belajar diperbanyakkan,
diperlengkap dan diperluaskan bagi memudahkan ibu bapa
kanak-kanak istimewa menikmati kemudahan pendidikan.
iv. Mekanisme yang mantap perlu diwujudkan bagi memastikan
setiap kanak-kanak istimewa dapat didaftarkan.
Pendekatan pendidikan inklusif kepada kanak-kanak
berkeperluan khas melibatkan usah mendidik kanak-kanak istimewa
di sekolah dan kelas biasa oleh guru-guru biasa. Pendekatan ini
membolehkan kanak-kanak istimewa bergaul dan mengambil bahagian
dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran serta kehidupan sekolah
dengan lebih berkesan dan bermakna. Menurut Mohd. Sharani (2004)
berdasarkan falsafah itu, diharapkan objektif-objektif di bawah
dapat dipenuhi:
i. Supaya pelajar-pelajar khas dapat mengambil bahagian dalam
aktiviti-aktiviti pendidikan, sosial dan kerjaya.
ii. Supaya pelajar-pelajar khas dapat berkembang menjadi
individu yang mempunyai keyakinan diri.
iii. Supaya pelajar-pelajar khas dapat pendidikan yang sama
seperti pelajar-pelajar biasa yang lain.
iv. Supaya tugas mendidik dan mengajar pelajar-pelajar ini
dapat dipikul bersama oleh semua guru serta masyarakat yang
lain.
5.0 PENUTUP
Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh
Tuhan atas kejadian yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan
yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan sempurna dari segi
fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan yang
dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas
kerana cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental
dan emosi. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan
khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak normal.
Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa
mereka mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam
kehidupan sosial, ekonomi dan politik selepas mereka meninggalkan
bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004).
Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang
mungkin terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa
berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang
kekurangan pada kanak-kanak. Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-
anak mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan
memberi semangat kepada kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak
berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat
khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan
bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna.
BIBLIOGRAFI
Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah
Pembelajaran. Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan
Kurikulum. Kuala Lumpur. Quantum Books.
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Garciulo R.M .2003. Special Education in Contemporary Society: An Introduction
to Exceptionality. United State. Wadsworth Thomson Learning.
Hajah Hasnah Udin. 1988. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hajah Hasnah Udin & Hajah Aishah Hj. Jaafar .1992. Bimbingan Kanak-
Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP/Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa.
Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.
Li, Moore & Dennis. 1998. Acceptance of Disability and Its Correlates.
Journal of Social Psychology, 138(1), 13-26.
Messe .2001.HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah
Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.
Mohamad Aman & Kasim Abd. Majid .2003. Asuhan dan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak ( Tingkatan 4). Selangor. Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Mohd. Salleh Lebar. 1999. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-
Kanak Berkeperluan Khas Dalam Pendengaran. Serdang. Universiti
Putera Malaysia.
Mohd. Sharani Ahmad. 2004. Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar.
Kuala Lumpur. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Prado, D.F .1991. A Guide and Handbooks for Parents of Mentally Retarded
Children. Illinois. Charles C Thompson.
Ross .1993. HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah
Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.
Sandra F. Rief. 2008. Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-Kanak
ADD/ADHD (Terjemahaan PTS Publications). Kuala Lumpur.
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006. Apa itu Disleksia. Kuala
Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Wikipedia Ensiklopedia Bebas .2009. Sekolah Pendidikan Khas Diperoleh pada 9
Oktober daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_khas
Zamri Mahamod .2009. Posiding Seminar Pendidikan Khas. Bangi.
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zarin Ismail, Safani Bari & Soo Boon Seng .2004. Integrasi Sosial
Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pendengaran dan Program Inklusif .
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Zulkiply Yaakob. 2009. Pendidikan Khas Pra Sekolah Diperolehi pada
9 Oktober
2009 daripada http://zulprasekolah.blogspot.com
Zuly .2009. Program Untuk Pelajar Berkeperluan Khas Diperolehi pada 9
Oktober
2009 daripada http://www.scribd.com/doc/14853835/Bab-9-
Program-Untuk-
Pelajar-Berkeperluan-Khas
Rosalwani Che Soh. 2006. Jangan malu ada anak Sindrom Down.
Diperolehi pada
Oktober 2009 daripada http://www.kdsf.org.my/html/Utusan
%20Malaysia%
20Online%20-%20Muka%20Hadapan.htm