Post on 20-Aug-2019
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 5 24
UNIT 5
Kandungan: Topik 1: Pengenalan Topik 2: Konsep sikap Topik 3: Komponen sikap Topik 4: Ciri sikap Topik 5: Pembentukan sikap Topik 6: Fungsi sikap Topik 7: Hubungan antara komponen sikap Topik 8: Penutup
Sebagai manusia kita bermaklum balas terhadap pelbagai rangsangan, samaada rangsangan tersebut manusia, idea, pendapat, fahaman atau pun benda (objek fizikal). Reaksi kita terhadap rangsangan tersebut mengambil banyak bentuk yang berbeza-‐beza; tetapi kebanyakannya boleh dimasukkan ke dalam salah satu daripada tiga bentuk utama, iaitu pemikiran, perasaan dan tingkah laku terhadap rangsangan tersebut. Ketiga-‐tiga unsur inilah yang membentuk sesuatu sikap. Sama ada kita sedari atau pun tidak pengetahuan dan perasaan kita terhadap sesuatu rangsangan mempengaruhi tingkah laku kita terhadap rangsangan tersebut. Misalnya, Pelajar yang mempunyai sikap positif terhadap pelajaran akan mendorongnya belajar bersungguh-‐sungguh.
SIKAP DAN TINGKKAH LAKU
Objektif unit: Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat: 1. Mendefinisikan konsep sikap 2. Menghuraikan komponen sikap dan hubugan antara komponen tersebut. 3. Menjelaskan dan membandingkan teori-‐teori yang berkaitan dengan
pembentukaan sikap. 4. Melakarkan ciri-‐ciri dan fungsi-‐fungsi sikap 5. Membincangkan teori yang berkaitan hubungan sikap dengan tingkah laku
Topik 1: Pengenalan
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 5 25
Secara ringkasnya sikap adalah satu penilaian umum (negatif atau positif) terhadap sesuatu sasaran. Misalnya, anda menyukai (positif) atau membenci (negatif) kursus psikologi sosial. Secara terperinci, sikap merujuk kepada satu gabungan kepercayaan, perasaan dan kecenderungan tingkah laku yang secara relatifnya tahan lama yang ditujukan ke arah sesuatu objek (sasaran sikap). Dengan demikian sikap mempunyai tiga anasir utama, yakni, sasaran sikap, penilaian, dan perasaan berpanjangan terhadap sesuatu. Ketiga-‐ketiga anasir tersebut berkaitan antara satu dengan lain dalam menentukan sikap. Sesuatu sikap itu semestinya mengarah kepada sesuatu sasaran atau objek sikap. Benda bersifat fizikal atau material, dan hasil ciptaan manusia, atau peristiwa sosial boleh merupakan objek sikap. Sebagai contoh, kereta, parti politik, bunga, fahaman politik dan agama, peperangan dan apa sahaja boleh menjadi sasaran sikap.
Sikap mempunyai tiga komponen, iaitu pengetahuan terhadap objek sikap (kognitif), perasaan benci atau suka terhadap objek sikap (afektif), dan kecenderungan tingkah laku terhadap objek sikap (psikomotor-‐kecenderungan tingkah laku). Contohnya, saya tahu agama saya merupakan agama yang benar (kognitif -‐ pengetahuan), dengan demikian saya sayangkan / sukakan agama saya (afektif -‐ perasaan), dan seterusnya saya akan beribadah dengan rajin (psikomotor – kecenderungan tingkah laku). Walaupun tiga komponen sikap adalah berkaitan, saling mempengaruhi dan konsisten antara satu dengan lain, namun, sebagaimana yang akan dibincangkan di bawah nanti, konsistensi ini tidak semestinya terjadi.
Topik 2 : Konsep Sikap
Topik 3: Komponen Sikap
Fikirkan: “Cakap tidak serupa bikin”. Apakah yang dimaksudnya dengan kata-‐kata ini
Fikirkan: Apakah penilaian dan reaksi anda terhadap apa sahaja yang terdapat di persekitaran anda?
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 5 26
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 5 27
Sikap terhadap objek secara relatifnya tahan lama, bukan sementara. Walaupun tahan lama, ia boleh berubah. Sikap merupakan lambang personaliti (identiti) sesaorang, dimana seseorang itu boleh dikenali berdasarkan sikap yang dipegangnya. Antara ciri-‐ciri sikap adalah: a. Sikap merupakan hubungan yang relatifnya stabil antara manusia subjek dengan
sesuatu objek (sasaran sikap). b. Hubungan antara subjek dengan objek adalah hubungan bermotivasi. Subjek
terdorong bertingkah laku terhadap objek berdasarkan sikap subjek terhadap objek tersebut.
c. Sikap merupakan sesuatu yang tidak semulajadi. Sikap bukan diwarisi melalui kelahiran (genetik) tetapi diperolehi melalui proses pembelajaran.
d. Sikap secara relatifnya tahan lama (bukan sementara). e. Sikap mempunyai darjah valens. Ia mempunyai darjah kekuatan, misalnya sikap benci
terhadap sesuatu boleh berada dalam kedudukan agak benci sehingga terlalu benci. f. Sikap mempunyai darjah kepelbagaian. Sesuatu sikap itu mempunyai komponen-‐
komponen yang terletak di garisan kontinum mudah-‐kompleks. g. Sikap mempunyai darjah penonjolan (lambang / identiti personaliti). Ada sikap
seseorang yang menonjol (jelas pada mata orang lain). Sikap sayang pasukan bola sepak – kemana-‐maka pakai baju pasukan kesayangan, kenderaan ditampal stiker pasukan kesayangan.
h. Antara sikap-‐sikap terdapat darjah keberkaitan. Sesuatu sikap itu kadangkala mempunyai kaitan dengan sikap yang lain. Seseorang yang membenci ilmu pengetahuan kadangkala membenci sekolah.
Secara teorinya sikap dibentuk dan diperolehi melalui proses pembelajaran dan bukan diwarisi melalui genetik (melalui kelahiran). Kita membentuk sikap boleh dalam pelbagai cara: melalui pelaziman dan pemodelan; untuk memenuhi keperluan dalam personaliti kita; berfikir melalui sikap kita secara logik; membentuknya daripada kepercayaan dan sikap-‐sikap yang lain; atau menyimpulkan sikap kita daripada tingkah laku kita. a. Teori Pembelajaran dan Pembentukan Sikap -‐ Ahli-‐ahli psikologi telah lama mengkaji
tiga jenis pembelajaran asas. Anda seharusnya telah mengetahui asas teori-‐teori pembelajaran di bawah. i. Pelaziman klasik – Seorang memperolehi sikap kerana mengaitkan dengan perkara
atau objek lain. Ali menyukai pakaian jenama A kerana ianya buatan Amerika
Topik 5: Pembentukan Sikap
Topik 4: Ciri Sikap
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 5 28
(kerana Ali memang suka barangan buatan Amerika), ii. Pelaziman operan – seseorang membentuk sikap kerana memperolehi ganjaran
atau hukuman. Ali suka pakaian jenama A kerana ia dipuji (ganjaran) apabila memakai pakaian tersebut.
iii. Pemerhatian dan pemodelan – Ali menyukai pakaian jenama A kerana memerhati, meniru model (kawan atau artis) yang memakai pakaian tersebut.
Implikasi daripada teori iaitu ialah sesuatu sikap dibentuk tidak semestinya berlandaskan logik dan rasional, sebaliknya boleh berdasarkan ganjaran dan peniruan. Oleh kerana sikap adalah dipelajari, maka ianya juga boleh diubah melalui proses pembelajaran, iaitu melaui hukuman, ganjaran atau peniruan (pemodelan).
b. Personaliti dan Pembentukan Sikap -‐ Sikap boleh juga diperolehi melalui cara seseorang itu dibesarkan, cara pembentukan pesonaliti dan latar belakangnya. Seorang yang pada zaman kanak-‐kanak dibesarkan secara kasar, tegas dan autokratik, boleh membentuk personaliti autoritarian. Mereka yang berpersonaliti ini mempunyai sikap yang negatif kepada ahli kumpulan lain dan taat setia tidak berbelah bagi kepada pemimpin.
c. Kesimpulan Logik dan Pembentukan Sikap -‐ Terdapat dua cara proses pemikiran logik yang membawa kita kepada pembentukan sikap yang baru. Pertama, sebaik sahaja sesuatu sikap wujud, sikap tersebut boleh menjadi asas kepada pembentukan sikap-‐sikap yang baru. Kedua, apabila tidak begitu pasti tentang sikap-‐sikap tersebut, kita kadangkala menyimpulkannya daripada tingkah laku kita.
d. Menyimpulkan Sikap daripada Kepercayaan dan Sikap-‐Sikap Lain -‐ Sesuatu sikap kita
perolehi melalui penyimpulan kepada sikap-‐sikap dan kepercayan kita terhadap objek sikap. Model yang dinamakan model penjangkaan-‐nilai menyediakan kita penerangan bagaimana sikap yang umum terbentuk daripada maklumat-‐maklumat lain yang lebih kecil. Model ini mencadangkan bahawa kita membina sikap kita terhadap seseorang calon wakil rakyat, misalnya, daripada kepercayaan dan sikap yang relevan mengenai calon dan daripada penilaian kita terhadap kepercayaan tersebut. Misalnya, sikap kita terhadap paras rupa, personaliti dan seumpamanya boleh disimpulkan sehingga kita membentuk sikap terhadap wakil rakyat tersebut.
e. Menyimpulkan Sikap daripada Tingkah Laku: Teori Persepsi-‐Kendiri -‐ Dengan kata lain,
dalam sesetengah kes, sikap kita terhadap sesuatu adalah lemah, kabur, malahan tidak wujud. Teori persepsi-‐kendiri mencadangkan kita menyimpulkan sikap kita daripada persepsi kita terhadap tingkah laku kita. Pada awalnya, kita tidak tahu apa sikap kita pada seseorang. Namun setelah diteliti semua tingkah laku kita terhadapnya (misalnya,
Fikirkan: Mengapakah terdapat sikap anda terhadap sesuatu itu adalah lebih kurang sama dengan sikap kawan-‐kawan dan ibu bapa anda anda?
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 5 29
kita beri hadiah, keluar bersamanya, menziarahinya dan lain-‐lain) maka kita menimpukan bahawa kita menyukainya (cinta padanya).
Sikap berfungsi untuk memenuhi keperluan individu. Antara fungsi-‐fungsi sikap adalah: a. Penyesuaian -‐ memudahkan manusia menyesuai diri dengan keadaan tertentu yang
selari dengan sikapnya. b. Ketahanan diri -‐ sikap berfungsi memberikan keyakinan kepada diri sendiri di mana
keyakinan ini penting untuk mengelakkan diri daripada mengalami konflik dalaman diri (tidak mudah dipengaruhi).
c. Harga-‐kendiri -‐ sesuatu sikap yang kita anuti menunjukkan bahawa kita mempunyai pendirian terhadap sesuatu objek sikap itu, dan seterusnya dapat menentukan harga-‐kendiri kita melalui pandangan orang lain terhadap kita.
d. Pengetahuan -‐ sesuatu sikap yang kita anuti dapat membantu kita memahami dan menerangkan sesuatu objek sikap itu dengan lebih mendalam.
e. Penyempurnaan kehendak -‐ biasanya seseorang akan membentuk sikap yang positif terhadap objek yang dapat memenuhi kehendaknya.
f. Penerimaan kelompok -‐ kerapkali penerimaan ke dalam sesuatu kelompok atau persatuan memerlukan individu yang ingin menganggotai kelompok itu menganuti sesuatu sikap yang dikongsi bersama oleh ahli-‐ahli kelompok.
g. Lambang personaliti -‐ sikap juga boleh melambangkan pendirian, konsep-‐kendiri dan seterusnya personaliti seseorang.
h. Pengutuhan personaliti -‐ sikap juga berfungsi menjamin keutuhan personaliti kita, tidak mudah dipengaruhi
i. Memberi makna kepada pengalaman – mudah memahami pengalaman tentang sesuatu objek sekiranya kita mempunyai sikap terhadap objek tersebut.
Pendekatan fungsional kepada sikap membantu menerangkan kenapa perubahan sikap adalah sukar, kerana sesuatu sikap itu mempunyai fungsi kepada indvidu.
Topik 6: Fungsi Sikap
Fikirkan: Sikap adalah diperolehi melalui proses pembelajaran (melalui apa yang kita lihat, dengar, rasa dan fikirkan). Namun ada kajian menunjukkan sikap adalah diperolehi melalui warisan genetik. Kajian ke atas kembar seiras mendapati kedua-‐dua kembar mempunyai banyak persamaan sikap walaupun mereka ini dibesarkan secara berasingan. Beri komen anda.
Fikirkan: Ada dakwaan bahawa sikap adalah sukar untuk diubah kerana sikap itu sendiri mempunyai fungsi (berperanan) dan meyumbang kepada individu penganut sikap itu. Sejauh mana kebenarannya?.
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 5 30
Ketiga komponen sikap (kognitif, afektif dan psikomotor) adalah berhubungan. Seseorang yang mengetahui sesuatu objek, akan mempunyai perasaan terhadap objektif tersebut dan seterusnya akan bertingkah laku terhadap objek berkenaan. Walaupun saling berhubungan, hubungan atau kaitan tersebut tidak semestinya wujud dengan jelas dan tidak konsisten. Walaupun kita membenci guru kita, tidak semestinya kita bertindak (bertingkah laku -‐ psikomotor) negatif terhadapnya. Walaupun kita suka kejayaan dalam pelajaran (afektif), namun tidak semestinya kita rajin belajar (tingkah laku). Bagaimanakah sikap dan tingkah laku berkaitan antara satu dengan lain?
Dua teori iaitu teori tindakan munasabah dan teori tindakan berencana telah dikemukanakn oleh Martin Fishbein dan Icek Ajzen dalam menerangakan hubungan antara sikap dengan tingkah laku. a. Teori tindakan munasabah Kes: Ali adalah seorang penghisap rokok. Ali tahu rokok
merbahaya (kognitif); Ali benci rokok (afektif). Adakah Ali akan berhenti menghisap rokok (tingkah laku)? Adakah sikap dengan tingkah laku konsisten (selari)? Untuk sikap boleh mempengaruhi tingkah laku, maka sikap tersebut perlu mempengaruhi hasrat / niat (intention) untuk bertingkah laku (berhenti merokok). Mengikut teori ini hasrat itu adalah dipengaruhi oleh sikap dan juga norma subjektif. Norma subjektif adalah norma yang individu percaya tentang tingkah laku dan kepercayaan orang lain, dalam kes ini norma yang berkaitan dengan penghisapan rokok; contohnya, orang lain juga tidak menyukai rokok dan tidak merokok. Rumusan: sama ada terus hisap rokok atau tidak (tingkah laku) begantung kepada hasrat (berhenti atau terus hisap); dan hasrat ini dipengaruhi oleh sikap (kognitif dan afektif) dan norma subjektif.
b. Teori tingkah laku berencana -‐ Dalam kes di atas, walaupun sesorang itu punyai hasrat untuk tidak merokok (yang dipengaruhi oleh sikap dan norma subjektif) namun mengapa Ali masih tetap menghisap rokok. Sekarang ini, teori tindakan munasabah yang asal telah diubah suai oleh Ajzen (1987) dengan menambahkan satu lagi pembolehubah iaitu kawalan tingkah laku yang dipersepsikan. Maksudnya, Ali tidak ada kawalan diri, dalam kes ini beliau telah ketagih (tiada kawalan) dengan rokok. Walapun sikap adalah negatif, orang lain tidak dan benci merokok dan berhasrat untuk berhenti merokok, tetapi masih tidak berhenti merokok kerana tiada kawalan untuk berhenti merokok kerana ketagih.
Topik 7: Hubungan Antara Komponen Sikap
Sub topik 7.1: Teori Tindakan Munasaabah dan Teori Tngkah laku Berencana
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 5 31
Russell Fazio et al. (1983), mencadangkan bahawa proses hubungan antara sikap dengan tingkah laku bergantung kepada sejauh mana kesediaan sesuatu sikap diingat kembali apabila seseorang itu berhadapan dengan objek sikap tersebut. Sikap mempengaruhi tingkah laku bergantung sama ada sikap itu diingat atau sentiasa berada dalam pemikiran seseoang. Sebab itulah sekiranya sikap itu begitu menonjol, diperoleh melalui pengalaman langsung dan dianuti dengan hebat, ia sentiasa berada dalam pemikiran kita (mudah diingat kembali) dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku kita
Kebiasaannya sikap kita adalah konsisten dan selari dengan tingkah laku kita. Misalnya, apabila kita tidak menyukai seseorang, kita cuba mengelak diri daripada bertemu dengannya. Persoalannya ialah bilakah terdapat konsistensi antara sikap dengan tingkah laku kita? a. Kita sedar-‐kendiri -‐ apabila kita memberikan tumpuan terhadap diri kita sendiri. b. Sikap kita adalah menonjol -‐ apabila sikap adalah menjadi identiti dan penting. c. Isu sikap adalah penting – apabila sikap penting dalam hidup. d. Bertindak berlandaskan sikap yang mempunyai kesan khusus. e. Apabila sikap adalah didasarkan pada pengalaman langsung.
Daripada teori-‐teori di atas dapat sedikit sebanyak dibuat kesimpulan tentang sebab-‐sebab terjadinya ketakkonsistensi antara sikap dengan tingkah laku. Di bawah ini adalah satu senarai situasi dan contoh-‐contohnya, di mana kita boleh menjangkakan bahawa sikap dan tingkah laku adalah tidak konsisten apabila:
a. Sikap-‐sikap bersaing (atau berlawanan) antara satu dengan lain – contoh, kita suka wakil rakyat, tapi tidak mengundinya kerana benci parti wakil rakyat tersebut.
b. Tidak mampu untuk mengawal tingkah laku – berdasarkan teori tindak berencana; benci wakil wakil rakyat, tetapi mengundinya kerana dipaksa.
c. Berasa tidak mempunyai pilihan lain – contoh, mengahwini jejaka yang dibenci kerana tidak ada pilihan lain.
d. Terdapat norma sosial menyatakan bagaimana harus bertingkah laku dalam keadaan tertentu – contoh tidak menyatakan pada tuan rumah yang kita tidak
Sub topik7.2: Model Hubungan Sikap dan Tingkah Laku
Sub topik 7.3: Konsistensi Antara Sikap Dengan Tingkah Laku
aku
Sub topik 7.4: Tidak Konsistensi Antara Sikap Dengan Tingkah Laku
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 5 32
menyukai makanan yang dihidangkan kerana ada norma yang melarang berbuat sedemikian.
e. Kesan-‐kesan daripada tingkah laku adalah negatif – contoh, terpaksa mengundi wakil rakyat walaupun membenciya, sekiranya tidak menundi maka tidak akan mendapat bantuan.
f. Bertindak berdasarkan tekanan kebiasaan – contoh, akan terus merokok walauupun membenci rokok kerana telah ketagih.
Sikap merupakan salah satu bidang yang mendapat tempat utama dalam disiplin psikologi sosial. Ini kerana, pengkaji biasanya menggunakan sikap untuk meramalkan tingkah laku orang yang dikaji. Sikap berkait rapat dengan tingkah laku, dan sikap mempunyai fungsi-‐fungsinya kepada yang menganutinya. Sehubungan dengan itu, sesuatu sikap itu bukanlah sejadi; maksudnya tidaklah diwarisi melalui kelahiran (sejadi). Sebaliknya, sikap diperolehi melalui pengalaman, proses pembelajaran dan pemerhatian terhadap tingkah laku sendiri. Dengan demikian, sikap boleh disalur, diajar, dibentuk dan diubah. Implikasinya ialah manusia seharusnya menanamkan sikap-‐sikap yang membawa kebaikan kepada generasinya. Sikap adalah mempengaruhi tingkah laku, tetapi kadang kala sikap adalah tidak dicerminkan (tidak konsisten) dengan tingkah laku.
Topik 8: Penutup
Fikirkan: Sikap tidak mestinya dicermin oleh tingkah laku. Kadang kala terdapat jurang diantara sikap dengan tingkah laku. Dengan demikian adalah sukar untuk mengenal pasti apakah sikap kawan kita terhadap diri kita. Mengapa keadaan ini berlaku?
1. Jelaskan konsep sikap? 2. Huraikan komponen sikap dan hubugan antara komponen tersebut. 3. Jelaskan dan bandingkan teori-‐teori yang berkaitan dengan pembentukaan
sikap. 4. Lakarkan ciri-‐ciri dan fungsi-‐fungsi sikap 5. Bincangkan teori yang berkaitan hubungan sikap dengan tingkah laku