UNIT 9 TINGKAH LAKU PROSOSIAL KERJA edit (1) .SKP3501:PSIKOLOGI-SOSIAL-----Unit!9! 26 tingkah! laku!

download UNIT 9 TINGKAH LAKU PROSOSIAL KERJA edit (1) .SKP3501:PSIKOLOGI-SOSIAL-----Unit!9! 26 tingkah! laku!

of 9

  • date post

    05-Jul-2019
  • Category

    Documents

  • view

    231
  • download

    1

Embed Size (px)

Transcript of UNIT 9 TINGKAH LAKU PROSOSIAL KERJA edit (1) .SKP3501:PSIKOLOGI-SOSIAL-----Unit!9! 26 tingkah! laku!

  • SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 9 24

    UNIT 9

    Kandungan: Topik 1: Pengenalan Topik 2: Konsep tingkah laku prososial Topik 3: Pendekatan teoritikal Topik 4: Campurtangan2ystander dalam situasi memerlukan pertolongan Topik 5: Ciri individu yang bertingkah laku prososial Topik 6: Faktor situasi Topik 7: Ciri individu yang memerlukan pertolongan Topik 8: Individu yang memerlukan pertolongan Topik 9: Penutup

    Fokus unit ini kepada tingkah laku menolong. Mengapa terdapat manusia yang memberikan pertolongan kepada orang lain, sehingga kadang kala sanggup berkorban; sementara pada pihak lain terdapat manusia yang tidak meberikan bantuan walaupun kepada saudaranya sendiri yang sangat memerlukan pertolomgan? Jawapan kepada persoalan ini tentunya mengambil kira tentang siapa manusia tersebut, keadaan atau situasi bagaimana pertolongan diperlukan, ciri-ciri manusia (mangsa) yang memerlukan pertolongan, dan juga siapa dan tindakan mereka yang berada pada ketika peristiwa memerlukan pertolongan itu berlaku.

    TINGKAH LAKU PROSOSIAL

    Objektif unit: Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat: 1. Mendefinisikan tingkah laku prososial dan membezakan antara pertolongan

    hedonistik dengan pertolongan altruistik. 2. Meringkaskan teori-teori yang berkaitaan dengan laku prososial 3. Menghuraikan model Latane dan Darley berkaitan dengan tingkah laku

    prososial 4. Membincangkan ciri-ciri mereka yang memberi dan menerima pertolongan

    Topik 1: Pengenalan

  • SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 9 25

    Tingkah laku prososial merujuk kepada tindakan menolong, memberi dan mengambil berat yang dilakukan oleh seseorang. Menolong orang yang sedang diancam, memberi hadiah kepada teman, dan membantu kawan dalam menyelesaikan masalah pelajaran, tingkah laku kesukarelawanan, kebajikan dan kerjasama merupakan beberapa contoh tingkah laku prososial. Ia biasanya merujuk kepada tingkah laku yang memberi faedah kepada orang lain atau yang mempunyai konsekuen positif. Tingkah laku ini dapat dibezakan dengan tingkah laku antisosial, iaitu tingkah laku yang membawa kesan negatif kepada orang lain. Namun demikian, definisi ini perlu dihalusi. Definisi ini lebih menekankan kepada kesan daripada tingkah laku itu, iaitu memberikan konsekuean positif pada orang lain. Bagaimana pula terdapat seseorang yang secara ikhlas cuba membantu orang lain (contoh, merawat orang cedera), tetapi bantuan / perbuatan ini membawa kesan negatif pada orang tersebut (semakin mencederakan orang berkenaan). Begitu juga ada orang cuba membantu orang lain, tetapi bantuan itu sebenarnya adalah dalam bentuk merasuah orang berkenaan. Dengan demikian, definisi tingkah laku prososial bukan sahaja melibatkan kesan positif pada orang yang dibantu, tetapi juga niat untuk membantu tersebut. Dengan demikian dua konsep perlu diteliti, altruisme dan hedonisme. Altruisme merupakan tingkah tingkah laku prososial yang mempeduli atau mengambil berat kebajikan orang lain tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran dan balasan daripada tindakan itu. Tingkah laku menolong ini adalah secara ikhlas dengan tidak terfikir untuk memperoleh faedah daripadanya. Sementara hedonisme pula merujuk kepada tingkah laku menolong orang lain dengan harapan memperolehi keuntungan dan ganjaran daripada pertolongan tersebut

    Mengapakah manusia bertingkah prososial? Beberapa teori cuba memerangkannya. a. Perspektif Sosiobiologi - Mengikut perspektif sosiobiologi, tingkah laku prososial adalah

    diwarisikan melalui proses genetik, khususnya dalam kalangan haiwan. Tujuannya untuk kelangsungan spesis haiwan tersebut. Misalnya, sesetengah haiwan (serangga kerengga atau lebah, misalnya) sanggup mengorbankan diri, berjuang demi melindungi sarangnya yang diserang.

    b. Perspektif Pembelajaran Sosial - Mengikut perspektif pembelajaran sosial, tingkah laku

    prososial adalah dipelajari (bukan diwarisi melalui genetik) melalui proses pembelajaran. Dengan demikian, teori-teori pembelajaran seperti pelaziman kelasik, pelaziman operan dan pemodelan diguna untuk menerangkannya. Contohnya, kanak-kanak memperolehi

    Topik 2 : Konsep Tingkah Laku Prososial

    Topik 3 : Pendekatan Teoretikal

  • SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 9 26

    tingkah laku prososial dengan cara belajar secara mengaitkan dengan perkara lain (contoh, mengaitkan dengan wira tertentu) (pelaziman kelasik); menerima ganjaran akibat bertingkah laku prososial Atau dihukum kerana tidak bertingkah laku prososial (pelaziman operan); dan meniru model-model yang bertingkah laku prososial (pemodelan).

    c. Perspektif Norma Sosial - Perspektif ini menekankan bahawa tingkah laku prososial merupakan salah satu norma (peraturan hidup) dalam masyarakat, yang diamalkan oleh ahli masyarakat. Manusia bertingkah laku prososial adalah untuk diterima oleh masyarakat. Tingkah laku prososial adalah diatur oleh beberapa jenis norma:

    i. Norma ketimbalbalikan (Resiprositi) Norma ini menyatakan bahawa manusia

    bertingkah laku prososial kerana untuk mendapat balasan daripada orang lain, atau kerana cuba membalas pertolongan orang lain. Ini ada kaitan dengan prinsip pertukaran dalam masyarakat. Pertukaran ekonomi merupakan bentuk pertukaran yang telah ditetap terlebih dahulu apa yang ingin ditukarkan (misalnya kita nyatakan, hari ini saya tolong awak, lain kali awak mesti tolong saya). Pertukaran sosial pula, tidak ditetapkan sama ada perlu membalas balik pertolongan yang diterima, tetapi orang yang menerima pertolongan ini mempunyai (terasa) tanggung jawab untuk membalas balik.

    ii. Norma tanggungjawab sosial Norma ini menyatakan bahawa terdapat orang tertentu lebih bertanggung jawab untuk memberikan bantuan berbanding dengan orang lain. Misalnya, orang kaya, wakil rakyat, orang pandai lebih diberikan tanggung jawab sosial untuk membantu mereka yang lemah. Namun ianya bergantung kepada keadaan. Adakah orang yang lemah itu perlu diberikan pertolongan sekiranya kelemahan ini memang atas sebab dicari sendiri, atau kerana malas berusaha menyelesaikan masalah sendiri?

    iii. Norma kesamaan dan keadilan dalam pengagihan Norma ini berkaitan dengan cara memberikan atau mengagihkan bantuan, sama ada secara sama atau secara adil. Dalam keadaan tertentu bantuan perlu diberikan secara sama rata, berdasarkan sumbangan yang sama; namun dalam keadaan tertentu mungkin diberikan secara adil, mengikut tempatnya (pemain utama dapat ganjaran lebih berbanding pemain simpanan; pemberian wang daripada abang secara berbeza jumlahnya berdasarkan umur adik-adiknya).

    iv. Norma sosial dan norma peribadi Kadang kala terdapat pecanggahan antara norma sosial dengan norma peribadi dalam memberikan bantuan. Contohnya, norma peribadi kita menyatakan kita perlu membantu seorang isteri yang didera oleh suaminya; namun mungkin terdapat norma sosial yang menyatakan bahawa jangan jaga tepi kain orang. Begitu juga, norma peribadi menyatakan kita harus menerima lebih ganjaran / hadiah sebab ianya hasil usaha kita, namun norma sosial menyatakan kita haruskan bahagikan ganjaran secara sama rata.

  • SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 9 27

    Bystander adalah merujuk kepada orang yang berada di tempat kejadian. Sekiranya anda berada di tempat kejadian di mana seseorang itu mengalami kemalangan, adakah anda akan memerikan pertolongan? Apakah faktor yang mendorong bystander memberikan pertolongan?

    Sebelum memberikan pertolongan atau tidak seseorang itu akan melalui proses kognitif yang akhirnya sama ada memberikan pertolongan atau tidak. Model Kognitif Latane dan Darley, melalui hasil kajian mereka telah mencadangkan bahawa manusia adalah melalui proses pemikiran. Model ini dianggap sebagai model kognitif kerana sebelum seseorang itu bertindak sama ada untuk menolong atau pun tidak beliau akan cuba mentafsir dirinya, situasi dan juga mereka yang memerlukan pertolongan. Latane dan Darley (1970) mencadangkan proses lima-peringkat yang melibatkan tafsiran pada peristiwa dan keputusan untuk bertindak. Pada setiap peringkat, sekira jawapannya "tidak" maka proses tersebut akan terbantut dan tiada pertolongan diberikan. Jika jawapannya adalah "ya" maka terdapat penerusan ke peringkat selanjutnya sehingga tindakan prososial akhirnya diambil. i. Peringkat pertama: Menyedari peristiwa sama ada bystander menyedari peristiwa

    yang memerlukan pertolongan. Jika jawapannya Ya, beliau akan ke peringkat kedua; jika Tidak proses akan terhenti.

    ii. Peringkat kedua: Mentafsir peristiwa sebagai kecemasan mentafsirkan bahawa peristiwa tersebut merupakan perisitwa kecemasan yang memerlukan pertolongan. Jika jawapannya Ya maka akan terus ke peringkat ke tiga; jika Tidak proses terhenti.

    iii. Peringkat ketiga - mempunyai tanggungawab menolong setelah menyedari, maka adakah individu itu mempunyai tanggungjawab untuk menolong. Jika Ya maka akan ke peringkat keempat; jika Tidak proses akan terhenti. Perasa