Pb Upper

Post on 20-Jul-2015

1.605 views 4 download

Transcript of Pb Upper

PENJODOH BILANGAN

PENJODOH BILANGAN

pasukan

Kumpulan binatang atau manusiayang berpakaian seragam

polis

askar

pengakappemain

ahli bomba pandu puteri

• Beberapa pasukan polis dikerah ke Raffles Place.• Beberapa pasukan berseragam mengadakan pertandingan kawat di sekolah.

berkas

Benda yang diikat atau diberkas

buluh kayu api

lidipensel ranting rotan

• Kamal membawa seberkas kayu api.• Seberkas pensel Ali telah hilang.

angkatan

Kumpulan benda dan manusia

Kapal perangpelukis

penulis tentera

• Angkatan tentera Singapura akan berlepas ke negara tersebut esok.• Beliau ialah ahli angkatan penulis muda.

bungkal

Bongkah, gumpal

tanah liat

permataemas

carik

Benda nipis yang berkeping-keping

daun

kertas

kain

perca

• Polis menemui secarik kain pada ranting pokok sewaktu mencari gadis itu.• Ibu membalut luka adik dengan menggunakan secarik kain.

batang

Benda yang lurus, panjang dan keras

berus gigi

galah

gigijalan jari

kapur

kayu

lidi lilin

mancis

paku

pembaris

pena/pensel penyapu

sungai

tiang

tongkat

• Beberapa batang gigi adik telah rosak.

• Datuk berjalan dengan menggunakan sebatang tongkat.

deret

Bangunan atau benda yang berada dalam satu barisan

kedai

rumahpokok

tiang

• Sederet rumah kedai musnah dijilat api dalam kebakaran tadi.

• Beberapa deret kedai akan dibina di kawasan itu.

pasang

Manusia atau benda yang berpasang-pasang

kasut/selipar/stoking/capal/sandal

anting-anting

burung merpati

pengantin

suami isteri kekasih

• Ayah membelikan adik sepasang kasut baru sempena hari jadinya.

• Sepasang burung merpati terbang masuk ke dalam sangkar.

patah

perkataan

kataungkapan

• Adik hanya pandai menyebut beberapa patah perkataan sahaja.

•Raju tidak berkata sepatah pun dengan saya pada hari ini.

rumpun

Tumbuh-tumbuhan yang tumbuhberkumpul

lalang

seraibuluh

tebu pandan padi

• Biawak itu bersembunyi di dalam serumpun lalang.

• Pak Mail menebang serumpun buluh yang tumbuh di tepi parit itu.

utas

Benda yang panjang dandapat digulung.

dawai

rantaitali

• Mereka menggunakan seutas tali untuk mengikat pencuri itu.

• Aznani menemui seutas rantai di tandas sekolah.

urat

Benda yang halus dan panjang

dawai

rambutbenang

tali gelang

• Seurat benang melilit pada kaki Raju.

• Raihan menemui seurat rambut pada makanannya.

ikat

Benda yang diikat.

lidisayur-sayuran buah-buahan

papanlayu

atap

• Ibu membeli dua ikat daun meranti dari kedai Pak Hassan.

• Pak Long melonggokkan beberapa ikat kayu api di belakang rumah.

genggam

Benda yang bersaiz kecilbutirannya dan dapat digenggamdengan tangan.

gula

beras padi

pasirtanah

nasi pulut

• Fahmi melemparkan segenggam pasir ke arahnya.

• Pengemis itu menyuap segenggam nasi ke dalam mulutnya.

gerombolan

Kumpulan orang

perompakpengganas penjahat

perusuhsamseng

• Pasukan keselamatan melemparkan gas pemedih mata ke arah segerombolan perusuh.

• Segerombolan komunis berjaya ditangkap oleh tentera kita.

ulas

Benda atau buah-buahan yangBerulas.

durian

nangka cempedak

pinang duku

• Daripada sebiji durian hanya seulas sahaja yang elok.

• Nenek meletakkan seulas pinang ke dalam tepak sirihnya.