KONSEP PENDIDIKAN ppt

Post on 25-Jul-2015

299 views 20 download

Transcript of KONSEP PENDIDIKAN ppt

KONSEP PENDIDIKAN

CHAI YEW JUNHO SII SIINGU TIEN TIENYONG LI YAN

DEFINISI PENDIDIKAN• Merupakan usaha sistematik yang

disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya.

• Usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia .

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat

Pendidikan bermaksud

1. Perihal mendidik

2. Didikan, ajaran, latihan

Menurut Kant…

Pendidikan boleh digunakan untuk membentuk keperibadian manusia melalui petunjuk-petunjuk atau pun prinsip-prinsip untuk aktiviti manusia.

Menurut Langford…

Pendididkan adalah satu aktiviti yang mempunyai matlamat praktikal dan berbeza daripada yang lain yang mempunyai matlamat teoritikal

Definisi Falsafah Pendidikan

Dr. Al-Syaibani(1979)• Usaha pelaksanaan teori dan

kaedah falsafah dalam bidang pengalaman manusia yang disebut pendidikan.

Dr. Sama’an• Aktivti yang dibuat oleh ahli pendidik +

ahli falsafah – penjelasan, penyusunan, pengkritikan, penilaian dan pengubahsuaian operasi pendidikan.

Sulaiman Hamzah + Karimah Zainab(1980), buku: Aliran PendidikanFalsafah hidup yang memberatkan pendidikan dan mementingkan tujuan dan matlamat dalam pendidikan satu-satu bangsa / masyarakat, mengetahui segala bidang pelajaran dan program serta anasir lain untuk mencapai segala tekad dan tujuan asal pendidikan yang diberikan kepada generasi yang dididik.

Definisi Falsafah Pendidikan Islam

Hassan Langgulung(1986)

• Falsafah yang menentukan tujuan akhir, maksud, objektif, nilai dan cita-cita yang ditentukan terlebih dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses pendidikan.

Al-Syaibani(1979)

• Falsafah yang merancangkan dengan hikmah untuk menjadikan proses pendidikan dan usaha pendidikan bagi suatu bangsa.

Falsafah Pendidikan Timur

Falsafah Pendidikan Timur

Konfusianisme dan Toisme

Nasionalisme dan Internasionalisme

Konfusianisme

• Pengasas: Konfusious/ KungFu‘Tze(551–479SM).

• Prinsip utama: Pendidikan adalah pemikiran berfokus,

menegakkan kebenaran,dan mempercayai kebaikan(jen).

• Kepentingan: mengubah tingkahlaku manusia- menjadi

warga yang memiliki kelakuan mulia,mematuhi undang-

undang,setia kepada kewibawaan dan mencintai

negaranya.

Taoisme

• Aliran falsafah penting di Cina selepas Konfusianisme.

• Bentuk ajarannya: LaoTze dan YangChu.

• Menolak hedonisme material yang bermaharajalela pada

zamannya.

• Menaruh perhatian besar terhadap persoalan metafisika dan

persatuan mistikal antara manusia dengan alam.

• Merupakan sistem falsafah yang mengajarkan pesimisme.

• Lao Tze: Tao ialah asas yang menyusun segala sesuatu.

Nasionalisme dan Internasionalisme

Rabindranath Tagore(1861–1941)

• Proses untuk menghasilkan individu dengan

penaakulan sempurna yang berupaya mencapai

semua aspek, termasuk fizikal, intelek, moral dan

rohani serta yang ada hubung kait dengan

pengalaman hidup amali.

• Bermatlamat untuk menyemai ideal dan tradisi sesebuah

negara.

• Harus berdasarkan pengetahuan sejarah, geografi,

kesusasteraan, situasi sebenar dan tuntutan negara pada

masa itu (masalah nasional, pencapaian, kegagalan dan

kejayaan).

• Pendidikan internasionalisme harus cuba memupuk

hubungan baik, persaudaraan, harmoni, dan keamanan

antara negara di dunia.

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

• FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL BARAT

• FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN BARAT

FALSAFAH PENDIDIKAN TRADISIONAL BARAT

• Perenialisme

• Realisme

• Idealisme

• Esensialisme

PERENIALISME

• Berasal daripada perkataan realisme.

• Bermaksud tidak berubah

• Ahli perenialisme berpendapat bahawa ketelusan merupakan sesuatu yang tidak akan berubah atau bersifat perennial

PANDANGAN TOKOH

• ROBERT MAYNARD : “ Pendidikan mengandungi pengajaran. Pengajaran mengandungi pengetahuan. Pengetahuan ialah kebenaran. Kebenaran adalah sama di mana-mana jua pun. Sepatutnya pendidikan adalah sama di mana-mana.”

REALISME

• Mengkaji tentang objektif wujudnya dunia dan segala makhluknya dan hubungannya antara satu sama lain.

• Berpecah kepada dua kumpulan iaitu realisme rational dan realisme natural.

FAHAMAN REALISME RATIONAL

• Realisme klasik

• Realisme agama

• Dalam realisme rational, pengaruh agama masih terkandung di dalamnya dan antara tokoh-tokohnya ialah Robert Hutchins dan Mortimer Adler.

• Fahaman realisme natural pula berkembang di Eropah sejak bidang sains di negara ini berkembang iaitu dalam kurun ke-15 dan kurun ke-16 dahulu.

PANDANGAN TOKOH

• John Amos Comenius

- Dasar pendidikannya dikemukakan dalam bukunya yang berjudul “Didactica Magna”.

Dasar Pendidikannya :

• menarik perhatian kanak-kanak supaya meminati dan suka kepada pelajaran yang diberikan.

• aktiviti murid-murid hendaklah menyelidiki dan mengalami sesuatu perkara itu dengan sendirinya.

• merasakan atau mengamalkan apa yang dipelajari.

• menjalankan pengajaran secara klasikal -murid membaca secara bergilir-gilir sementara murid-murid lain menyemak memperbetulkan kesilapan jika ada

• mengkehendaki supaya kelas berbentuk demonstrasi - terdiri daripada seorang ketua yang dipilih oleh ahli-ahli kelas itu sendiri.

IDEALISME

• sistem falsafah yang tertua sekali dalam masyarakat kebudayaan Barat.

• Banyak mengkaji tentang idea, roh, akal, keadaan dunia yang nyata dan yang tidak nyata.

PANDANGAN TOKOH

• PLATO ( 427 – 347 S.M)

- Mengikut beliau manusia mempunyai pengetahuan yang sifatnya harus dibezakan iaitu pengetahuan yang berlaku khas dan pengetahuan yang berlaku umum.

• Dunia idea ialah dunia yang sempurna dengan idea-ideanya.Contoh, segi tiga yang sempurna dengan sifat kesegitigaannya.

• Dunia pengamatan hanya bayangan dari yang sempurna, sebab itulah sifat-sifatnya tidak sempurna.

ESENSIALISME

• Falsafah esensialisme menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh seseorang agar dapat menjadi ahli masyarakat yang produktif.

• Perubahan dari semasa ke semasa boleh berlaku terhadapperkara-perkara asas itu.

PANDANGAN TOKOHTHOMAS BRIGGS

• Falsafah essensialisme mengamalkan 3 prinsip dasar seperti berikut :

Prinsip 1 - pembelajaran melibatkan kerja bersungguh-sungguh dan penggunaan.

Prinsip 2 - daya usaha dalam pendidikan adalah bergantungkepada guru daripada bergantung kepada murid.

Prinsip 3 - pemusatan proses pendidikan ialah penyerapan bahan pengajaran yang ditentukan.

FALSAFAH PENDIDIKAN MODEN BARAT

• Progresivisme

• Eksistentialisme

• Pragmatisme

• Rekonstruktivisme

PROGRESIVISME

• Ahli falsafah progresivisme berpendapat bahawa ilmu itu bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa kini sahaja dan tidak dianggap benar buat selama-lamanya.

• Berdasarkan itu, individu yang berpendidikan ditakrifkan sebagai seorang yang celik akal bagi membolehkannya menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupan

PANDANGAN TOKOH

• JEAN J. ROUSSEAU

- menekankan hasil pembelajaran seseorang adalah dipengaruhi dan ditentukan oleh alam sekelilingnya.

- Untuk membentuk manusia yang ideal, kita harus melaksanakan pendidikan bercorak naturalisme.

- Kedudukan orang dewasa dengan kanak-kanak adalah berlainan.Oleh itu, di dalam aspek pendidikan, kedua-dua kumpulan mereka hendaklah dipandang berlainan.

EKSISTENTIALISME

• Berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia.

• Manusia dianggap sebagai lahir tanpa sebarang tujuan.

• Ahli ekstentialisme melihat realiti sebagai sesuatu yang bersifat subjektif dan hanya boleh didefinisikan oleh individu yang berkenaan sahaja.

• Seseorang individu seharusnya bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat.

• Seseorang individu sepatutnya membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang auditori luar.

PRAGMATISME

• satu kaedah untuk menyelesaikan dan menilai sesuatu masalah yang bersifat intelek.

• Mengikut teori pragmatisme, aktiviti intelek dan cara kita berfalsafah adalah bertujuan untuk menghapuskan kesusahan yang timbul dalam mencuba pengalaman. Jadi kita akan membuat tindakan

PANDANGAN TOKOH

• Ferdinand C.S. Schilier

- Seorang ahli falsafah Inggeris yang terkenal.

- Falsafah pragmatisme ialah humanisme dan menegaskan bahawa manusia ialah ukuran semua benda.

REKONSTRUKTIVISME

• Menurut ahli rekonstruktivisme, sekolah dianggap sebagai pemangkin utama untukmeningkatkankeadaan hidup manusia.

• Sekolah merupakan satu landasan yang amat sesuai di mana suatu masyarakat baru boleh dibentuk.

PANDANGAN TOKOH• George Counts

- Pengalaman ialah hasil interaksi antara manusia organisme dengan material dan sosial persekitaran.

- Pendidikan yang bercorak progressive lebih mementingkan kaedah-kaedah dalam pendidikan daripada matlamat yang hendak dicapai dalam pendidikan.

Definisi Falsafah Pendidikan NegaraKementerian Pendidikan, 1987:• Memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu.

• Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis – intelek, rohani, emosi, jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

• Melahirkan rakyat – berilmu, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara.

Matlamat Pendidikan

Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :

Memupuk perpaduan di kalangan rakyat

berbilang kaum

Percaya dan patuh kepada Tuhan

Berilmu pengetahuan berakhlak mulia

Bertanggungjawab kepada diri,

masyarakat, agama dan Negara.

Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

MATLAMAT

Matlamat Pendidikan

Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Matlamat Pendidikan

Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Matlamat Pendidikan

Melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar.

Dimaksudkan Kepada

Matlamat

Individu 1. Mendapatkan penguasaan persekitarannya.

2. Menentukan matlamat objektifnya sendiri.3. Menyatakan sesuatu secara objektif.

Kebudayaan 1. Memelihara tradisi.2. Memperkaya serta halusi kebudayaan.

Masyarakat 1. Memahami asas hidup bermasyarakat.2. Bertanggungjawab terhadap

kesejahteraan masyarakat.3. Memberi sumbangan kepada pembinaan

semula masyarakat.

BIBLIOGRAFI• http://www.scribd.com/doc/18034019/-KONSEP-PE

NDIDIKAN

• http://www.scribd.com/doc/47306896/FALSAFAH-PENDIDIKAN-BARAT

• Asas Pendidikan, suntingan W.F.Connell, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur 1981.

• Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Tajul Ariffin Noordin, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur 1993.

SEKIAN, TERIMA KASIH