Post on 12-Dec-2015
description
APA ITU KONSEP PEMIKIRAN
SEJARAH (KPS)?
Konsep Pemikiran sejarah adalah pemikiran berasaskan
cara berfikir.Berfikir merupakan satu proses kompleks yang
berlaku dalam diri seseorang.
Marzano et all.(1998) menjelaskan pemikiran sejarah
melibatkan satu set operasi mental yang dikenali sebagai
proses.
Proses ini merangkumi pembentukan konsep,pembentukan
prinsip,kefahaman,penyelesaian masalah ,membuat
keputusan, penyiasatan dan penggabungan yang melibatkan
beberapa kemahiran berfikir.
Peranan pemikiran sangat penting kepasda
seorang pengkaji dan penyelidik sejarah.Sejarah
tidak dapat ditulis secara saintifik kecuali
sejarah dapat menggambarkan kembali dalam
akal dan pengalaman orang-orang yang
tindakannya sedang dikaji oleh sejarawan (Yusof
Ibrahim,1985).
Furet (1983)
Beliau berpendapat Sejarah adalah satu bidang ilmu
yang boleh dibuat pelbagai interpretasi dari semasa ke
semasa.Guru tidak perlu menyediakan pelajar dengan
segala fakta dan penjelasan sejarah sebaliknya guru
perlu mengasah intelek murid secara kritikal dan
analitikal.Konsep pemikiran sejarah perlu difahami secara
mendalam agar pelajr dilatih menjadi sejarawan.
Wineburg 2001
sejarah merupakan bentuk yang paling mendalam,
merupakan proses yang asli disebabkan perkembangan
psikologi..Menurutnya pemikiran SejarahPemikiran ialah
“goes against the grain of how we ordinally
think.Sementara Pemikiran Sejarah berdasarkan Huraian
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(2002) merujuk pemikiran Sejarah adalah proses kognitif
yang murid2 menerokai idea yang kompleks dan abstrak.
Kamarudin Haji Husin 1994
Pengajaran sejarah adalah memerlukan
inisiatif mempertajamkan pemikiran
disamping menganalisa dan mengupas
isu.Ini menunjukkan unsur intelek
diberikan peranan utama dalam sesi pdp.
KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH
KPS adalah disiplin ilmu Sejarah yang sistematik dan guru-guru harus mampu menguasai KPS
Penguasaan fakta sejarah sahaja tidak menjamin pengajaran yang berkesan .Kita perlu bijak mencari sebab-musabab, kesan dan akibat,meneroka bukti, intrepretasi tanpa bias dan merasionalkan tindakan kita.
Guru juga perlu bijak merangsang pemikiran sejarah di kalangan murid bagi menjadikan subjek ini hidup, menarik, bermakna dan mampu mengutip iktibar dari Sejarah.
Murid yang berpemikiran sejarah akan
berupaya melahirkan individu yang
mempunyai perasaan dan semangat cinta
akan negara
Empati
KPS merangkumi :
1. Memahami kronologi
2. Meneroka Bukti
3. Membuat interpretasi
4. Membuat Imaginasi
5. Membuat Rasionalisasi
6. Membuat Penjelasan
7. Empati
1.Memahami Kronologi
Kronologi dalam sejarah ialah susunan peristiwa atau kejadian menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan.Ia dianggap penting kerana…
“…the concept of chronology is central to the study of history.”
-Gross,et.al,1978.
Memahami Kronologi
Melihat masa lalu, kini dan akan datang
untuk mengenalpasti susunan sesuatu peristiwa
Memahami konsep masa: mengira kalendar
masa, garis masa atau jangka masa
Mamahami konversi masa dengan
melebelkan peristiwa mengikut zaman
Menguasai “historical time sense”-
tempoh,jarak,tarikh spesifik
Contoh
Murid tingkatan satu yang telah belajar
tentang zaman prasejarah dapar melakar
carta masa yang menunjukkan kehidupan
prasejarah seperti zaman
Paleolitik,Mesolitik,,Neolitik dan
Logam.Melalui pemahaman kronologi ini
murid dapat membuat perkaitan antara
masa lalu dengan masakini
2. Meneroka Bukti-Penggunaan
sumber sebagai bukti
Mengenal pasti sumber pertama dan kedua bagi merangsang pemikiran sejarah…as a catalysts for historical thinking
-Norman, 1996.
Memahami masalah sejarah dan sifatnya yang interpretatif (membuat perbandingan)
Menentukan signifikan bukti.
CONTOH MENEROKA BUKTI
Guru boleh meminta murid-murid
berfikir dan meneroka bukti
mengapa kerajaan – kerajaan
maritim wujud di tepi pantai.Murid
diminta memberikan justifikasi dan
rasionalnya.
3. Membuat Interpretasi-
Penulisan sejarah
Tafsiran sesuatu peristiwa
sejarah dengan memberi
ulasan dan kupasan
Adanya pelbagai tafsiran
dan perspektif di
kalangan sejarawan
Membezakan fakta
sejarah dengan tafsiran
sejarah .
Contoh membuat Interpretasi
Murid dikehendaki membuat tafsiran
tentang konsep tamadun mengikut
pandangan Barat dan Islam.Dengan
membandingkan kedua-dua pandangan
ini murid telah membuat tafsiran dan
ulasan serta perbandingan tentang
perbezaan kedua-dua pandangan Barat
dan Islam
4. Membuat imaginasi
Satu proses kognitif yang melibatkan pemahaman tentang sesuatu situasi dalam peristiwa sejarah yang dikaji.
Melibatkan kemahiran imaginasi secara visual dan empati.
Guru perlu mengawal imaginasi murid supaya imaginasi hanya berdasarkan bukti atau penulisan sejarah.Membuat pertimbangan nilai,analogi dengan keadaan semasa dan membuat tanggapan serta interpretasi.
Contoh Membuat Imaginasi
Murid diminta menilai tindakan kenapqa Tunku
Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari
Malaysia,maka kita perlu meletakkan diri kita
sendiri ditempat Tunku pada ketika keputusan
penting tersebut hendak diambil.Cara ini boleh
menjelaskan kepada kita mengapa tindakan itu
diambil.
5. Kemahiran Rasionalisasi
Menggunakan akal fikiran untuk membuat pertimbangan yang wajar bagi menyelesaikan sesuatu persoalan
Memerlukan kemahiran mengumpul data,hipotesis,menentukan signifikan bukti dan membuat infererens
Membuat rasionalisasi melalui kajian sumber sjarah secara kritis.
Contoh Kemahiran Rasionalisasi
Murid diminta membincangkan tentang Perang
Dunia Kedua yang membawa banyak
kemusnahan atau bincangkan Mengapa
Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan.
Kemahiran Empati
Empati sejarah merupakan kesungguhan seseorang
untuk meningkatkan pemikiran supaya sesuai
dengan individu atau kumpulan masyarakat masa
lampau dalam usaha mereka untuk menghayati dan
memahami tindakan, pemikiran seseorang individu
atau sesuatu kejadian daripada pelbagai sudut
pandangan.
Contoh Empati
Murid diminta membuat pertimabangan secara
mendalam tentang faktor yang mencetuskan
peristiwa 13 Mei 1969 serta kesannya pada
masyarakat Malaysia .