Post on 20-Apr-2017
KAUM BIDAYUH
SIAPA MEREKA ?Kaum Bidayuh ialah kaum pribumi yang terdapat di Bahagian Kuching 2, Negeri
Sarawak, apa jua dialek mereka dari satu ciri umum ialah terdapat rumah tengkorak.
Dayak Bidayuh terbahagi kepada beberapa kumpulan etnik dengan adat resam dan
dialek yang berbeza. Dari jumlah 2 juta penduduk Negeri Sarawak, 8% adalah dari
keturunan kaum Bidayuh iaitu kumpulan penduduk awal yang kedua terbesar di
Negeri Sarawak. Kaum Bidayuh juga dikenali sebagai “Land Dayaks”. Nama ini diberi
oleh orang-orang Barat untuk membezakan mereka dari kaum Iban atau “Sea
Dayaks”. Istilah “Bidayuh” membawa maksud ‘kami penghuni kawasan ini (kawasan
bukit)’. Kaum Bidayuh adalah adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya
Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka
terdiri daripada empat etnik iaitu;-
1) Selakau/Lara (Daerah Lundu)
2) Jagoi/Singai (Daerah Bau)
3) Biatah (Daerah Kecil Padawan)
4) Bukar/Sadong (Daerah Serian)
ASAL-USUL BIDAYUHKeterangan atau cerita tentang asal usul Dayak Bidayuh adalah pelbagai.
Sebahagian dari cerita ini telah dibukukan dan masih ada juga yang tinggal sebagai
kesusasteraan lisan. Kaum Bidayuh dipercayai sebagai penduduk Borneo yang
terawal di Pualau Borneo berasal dari Gunung Sangkong di Kalimantan, Borneo.
Mereka dipercayai berhijrah ke Sarawak dan seterusnya menetap di Rabak Mikabah
dua puluh generasi sebelum letupan Gunung Krakatoa pada 1883. Kaum Bidayuh
merupakan kumpulan etnik yang pertama menduduki Negeri Sarawak iaitu “sebelum
semua kumpulan etnik lain yang terdapat di kalangan mereka” dan “mereka ialah
penduduk asal yang ditakluki oleh James Brooke”. Dari kawasan asal Sarawak pada
ketika itu ia juga
2
merangkumi kawasan Dutch Borneo. Walau bagaimanapun sejarah tentang asal usul
kaum Bidayuh di Sarawak masih samar-samar. Ini adalah kerana tradisi lisan mereka
mengandungi amat sedikit bahan yang boleh dijadikan bukti tetapi juga berlainan dari
satu tempat ke satu tempat yang lain.
Kaum Bidayuh hidup secara komunal. Mereka suka hidup berkumpulan dan
bekerjasama secara berpasukan terutama sekali dalam penanaman padi, pembinaan
rumah, menjaga jalan dan lorong ke sawah mereka,membersihkan perkarangan
kampung dan membuat persediaan untuk perayaan besar seperti perayaan menuai
dan Gawai. Itulah sebabnya kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang di bawah
bumbung yang sama.
Rumah Panjang Kaum Bidayuh.
Kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku
kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan perdalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi
tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh. Struktur rumah panjang
kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di
Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau
sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang
pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada
kayu belian.
3
Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bilik
utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama
kediaman pada masa sekarang. Di bilik ini, Masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan
barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan,
tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala
malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat
Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan
berandah rumah pada dewasa ini. Di awah, masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti-
aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan
sebagainya. Ruangan awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara
keagamaan seperti perkahwinan, pantang-larang dan pesta-pesta tertentu seperti
Gawai dan sebagainya. Tanju pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang.
Rumah panjang biasanya didirikan bertiang dengan lantainya tidak kurang dari 12
kaki dari paras tanah, manakala bilik kediaman tidak kurang daripada 9 kaki. Rumah
panjang di atas bukit bagaimanapun lebih rendah kerana takutkan tiupan angin yang
kuat
BAHASA BIDAYUH
Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa lain yang terdapat di Sarawak.
Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan, pertuturan, gerak gaya dan alunan yang
dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut
kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum lain sukar untuk
berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah yang
berlainan. Sebagai contoh suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebut "makan"
ialah"ma-an" manakala suku Bidayuh dari kawasan Bau pula menyebut "makan "
sebagai "man".
4
KELAS SOSIAL KAUM BIDAYUHSetiap kampong Bidayuh ditadbir oleh sebuah jawatankuasa kampung yang terdiri
daripada;
a) Tua Kampung – bertanggungjawab ke atas pentadbiran kampungnya.
b) Tukang Tuta – pakar alamat dan mimpi yang bertanggungjawab mendapatkan
nasihat dan alamat dari serangga malam yang dipanggil ‘Bai Pinyaah’ dan ‘Muk
Pinyaah’ dan juga dari burung siang yang dipanggil ‘Bai Kuwai’ dan ‘Muk
Kuwai’. Tanggungjawabnya ialah untuk mentafsir makna pelbagai alamat dan
mimpi yang ingin diketahui oleh masyarakat. Tukang Tuta juga perlu
menasihatkan masyarakat yang diwakilinya dalam hal-hal seperti masa untuk
menentukan tanah untuk bertanam padi, masa untuk mula menebas dan
menebang, masa untuk mula membakar.
c) ‘Dayung Ranjak’ – penyelaras upacara dengan ‘Tua Gawai’ dan ‘TukangTuta’.
‘Dayung Ranjak’ selalunya memakai topi yang berwarna merah.
d) ‘Bara Pinamang’ – Ini ialah sekumpulan lelaki dewasa yang mengambil
bahagian dalam pelajaran mengenai seni ilmu batin atau ilmu ghaib berkaitan
dengan semangat-semangat bukit dan gunung.
e) ‘Nyamba Biruri’ – ialah dukun-dukun yang terkenal dalam bidang perubatan
kaumnya dan boleh berhubung dengan semangat-semangat orang yang masih
hidup dan juga orang yang sudah mati.
f) ‘Komiti Pemain Asar’ – Golongan ini ialah jawatankuasa yang
bertanggungjawab terhadap pelbagai perayaan, tarian dan upacara
penyembuhan.
PAKAIAN TRADISIONAL BIDAYUH
Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi
kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan
pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutu
yang dihiasi dengan manik pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama
iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman
yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna-warni dengan sulaman
5
manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh. Kaum lelaki
masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju
hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan
seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit
kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.
ADAT RESAM Bagi masyarakat Bidayuh, adat-adat tertentu perlu dipatuhi semasa sedang
mengandung. Adat-adat tersebut bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan
kandungan dan bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang
bencana. Berikut dipaparkan adat masyarakat Biadayuh berkaitan adat kelahiran
secara ringkas.
KELAHIRAN Sewaktu MengandungSemasa mengandung, beberapa pantang larang dan adat tertentu diamalkan.
Antaranya ialah adat menawar perut, berpantang dan persiapan menyambut
kelahiran.
6
Upacara Menawar PerutApabila si isteri mengandung, satu upacara iaitu menawar perut atau birayang ite
akan diadakan untuk menggalakkan anak dalam dalam kandungannya membesar
dengan sempurna. Hanya bidan kampung yang berpengalaman dijemput untuk
melakukan upacara ini. Selepas sahaja bidan berkenaan membaca mentera, tubuh
perempuan mengandung itu dibalut dengan kain untuk menghalau segala keburukan
dan kekotoran. Kemudian dia akan mengenakan pakaiannya yang bersih dan
berbaring dengan mukanya memandang ke syiling. Pada ketika ini, bidan akan
melakukan upacara menawar perut. Dia akan melumuri perut wanita tersebut dengan
kunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyit sambil mengoncangkan tongkat
saktinya di atas perut perempuan berkenaan sambil membaca jampi serapah.
Pantang LarangSemasa mengandung, si isteri serta suaminya dikehendaki mengamalkan pantang
larang berikut:
-Tidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi
pencuri.
-Tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan
menjadi gila dan akan menyukarkan proses bersalin.
-Tidak boleh keluar pada waktu senja kerana takut disampuk hantu atau umot sanja
yang akan mengganggu anak dalam kandungan tersebut.
-Tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa saja yang berpenyakit kulit, kerana
dikhuatiri akan menjangkiti anak dalam kandungan dan menyebabkannya lahir tidak
cukup bulan.
-Tidak dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali air kerana dikhuatiri
anak yang bakal lahir menjadi sumbing.
7
Tidak dibenarkan memaku, mengikat dengan ketat atau menyumbat sebarang lubang,
takut anak akan mati semasa dilahirkan.
Tidak dibenarkan mengeringkan kolam, perigi atau sungai kerana dikhuatiri si isteri
akan mengalami tumpah darah.
Persediaan Menyambut KelahiranApabila si isteri sudah mengandung selama sembilan bulan, si suami perlu
memastikan bahawa kayu api yang kering ada secukupnya di rumah untuk membuat
unggun api bagi memanaskan badan si isteri semasa dan selepas melahirkan anak.
Dia juga perlu mendapatkan halia merah atau halia biasa sekurang-kurangnya 10 kati,
dua botol arak beras dan satu botol minyak daripada sejenis buah untuk kegunaan
isterinya semasa bersalin nanti. Dia juga perlu membuka semula semua ikatan
balutan dan penutup yang telah dibuat untuk mengurangkan sakit semasa hendak
bersalin dan mempercepatkan kelahiran.
PERKAHWINANBagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan
menikmati hak sebagai anggota biik atau ramin itu. Masyarakat Bidayuh
mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas
penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses,
perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat
tersebut. Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara sepupu.
Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan
anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan
termakan sumpah namun kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara
nenek datuk rnereka dengan keturunan bekas musuh rnereka, maka larangan
8
tersebut mansuh. Di kalangan kumpulan Bidayuh Bukar-Sadong, peraturan tentang
perkahwinan agak longgar. Lelaki dan perempuan boleh bebas bergaul dan
berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka berkahwin.
Merisik Dalam masyarakat ini, tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa berlaku apabila
seseorang sudah cukup dewasa dan memilih pasangan hidup. Sebagai petani, bakal
mentua inginkan calon suami yang boleh bekerja di kebun lada mahupun bertanam
padi. Mereka juga mengharapkan calon menantu lelakinya berpekerjaan tetap dengan
kerajaan atau swasta supaya kehidupan anak dan keturunannya terjamin. Kecuali
perkahwinan yang terlarang, masyarakat Bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan
anak-anak mereka. Dalam kumpulan Bukar-Sadong dan kumpulan Selako, mereka
dibenarkan untuk memilih pasangan yang disukainya tanpa mengira asal kaum.
MeminangCara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan. Dalam kumpulan seperti
Selako, Jagoi dan Lara, perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan.
Pertunangan ditandai dengan pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak. Andai
kata pasangan itu merasakan mereka secocok, perkahwinan boleh dilangsungkan
kemudian.
BertunangTerdapat perhubungan antara menuai padi dan peristiwa perkahwinan. Lebih baik
hasil yang diperolehi, lebih banyak perkahwinan dapat dilangsungkan. Ini adalah
kerana majlis pertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis kenduri yang besar
dan mewah terutama bagi anak sulung lelaki atau anak tunggal. Sekiranya mereka
gagal mengadakan kenduri pertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan
mencemuh pengantin lelaki. Kerana itulah apabila hasil padi berkurangan,
pertunangan atau perkahwinan juga akan berkurangan.Usia minima untuk bertunang
bagi anak perempuan pada masa lampau ialah 16 tahun, manakala bagi anak lelaki
18 tahun. Selepas memilih bakal tunang dan isterinya, lelaki itu akan melantik orang
perantaraan perempuan . Antara lain, perantara perempuan tersebut akan
menghantar tepak sirih atau kapur tunang atau sebentuk cincin kepada perempuan
berkenaan di samping untuk mendapatkan pandangan pihak keluarga perempuan
mengenai perkahwinan tersebut.
9
Majlis PerkahwinanMajlis perkahwinan yang diadakan sangat bergantung pada kemampuan ekonomi
keluarga pengantin. Dalam masyarakat Bidayuh, pilihan tempat tinggal selepas
berkahwin bergantung pada banyak faktor. Faktor utama ialah kedudukan ekonomi
pasangan yang berkahwin. Pihak suami yang berada dan berkedudukan boleh
mempengaruhi pihak isteri untuk tinggal bersama-sama keluarganya (amalan virilokal)
dan begitulah sebaliknya (uksorilokal). Dalam keadaan perkahwinan suami isteri
sudah stabil, mereka boleh duduk di rumah sendiri (amalan neolokal).
Kumpulan Dayak Selako melarang pengaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Perkahwinan boleh berlaku secara 'terpaksa' melalui amalan yang dikenal sebagai
'batangkap'. Ini merupakan amalan apabila pasangan lelaki dan perempuan yang
kerap dilihat berdua-duaan boleh dihadapkan kepada para pemimpin kampung
supaya tindakan dapat diambil. Mereka yang ditangkap bersetuju untuk berkahwin
setelah dibicarakan oleh pemimpin serta penduduk kampung supaya hubungan
mereka sebagai suami isteri boleh disahkan dengan mengadakan sedikit upacara
setelah denda atas kesalahan rnereka telah dijelaskan. Amalan batangkap dilakukan
atas pasangan yang menghadapi tentangan daripada ibu bapa.
Satu lagi cara melangsungkan perkahwinan adalah melalui amalan 'nyagam', apabila
bakal suami dihantar bersama-sama segala tikar bantalnya ke kediaman bakal isteri
setelah mendapat persetujuan daripada pihak perempuan. Biasanya lelaki yang
memilih untuk berkahwin cara demikian ialah seorang duda atau balu.
Perkahwinan yang sempurna mengikut pandangan suku Selako, Jagoi dan Lara ialah
perkahwinan yang melibatkan pengetahuan, peranan dan perancangan oleh ibu bapa
kedua-dua belah pihak. Perkahwinan juga mungkin melibatkan peranan orang
perantaraan atau dikenal sebagai picara di kalangan masyarakat Selako untuk
mewakili pihak lelaki. Setelah semua pihak bersetuju, hari dan masa yang sesuai
akan ditetapkan. Adat perkahwinan kaum Bidayuh ditayangkan dalam video pada
pada laman sesawang dibawah.
10
http://www.youtube.com/watch?v=zdEDlaX5gCg
http://www.youtube.com/watch?v=RMVdljEatG8&feature=channel&list=UL
KEMATIANSesuatu kematian dalam semua masyarakat perlu disempurnakan dengan sebaik-
baiknya. Masyarakat Bidayuh juga tidak terkecuali menguruskan upacara kematian
dengan mengikuti pantang-larang dan adat-adat tertentu. Secara ringkasnya adat
kematian masyarakat Bidayuh adalah seperti berikut.
Semasa KematianApabila berlaku kematian, ahli keluarga dan sahabat si mati akan segera
menziarahinya. Kaum wanita segera menyanyikan lagu sedih yang disebut mpesan
iaitu kata-kata terakhir kepada si mati. Mayat dimandikan dan disapukan minyak serta
dipakaikan pakaian yang indah dan dibalut dengan kain putih yang baru. Mayat
seterusnya diletakkan di atas tikar pandan. Ketika ini seorang lelaki diarahkan
menggali kubur dan ditugaskan mengusung mayat ke kubur. Pengebumian akan
dijalankan apabila semua ahli keluarga dan saudara-mara si mati sudah berkumpul.
PengebumianPengebumian atau pembakaran mayat dilakukan oleh seorang penduduk kampung
yang memang ditugaskan itu menjalankan kerja-kerja tersebut. Segala makanan yang
diletakkan berdekatan mayat tersebut akan dibuang, ini dilakukan semasa mayat
dibawa ke tanah perkuburan. Tikar tempat mayat dibaringkan akan dikemas serta
11
lantainya dicuci untuk menghilangkan bau mayat. Ia juga bertujuan untuk mengelak
semangat si mati masuk ke dalam bilik tersebut. Mayat masyarakat Bidayuh akan
dibakar atau ditanam dengan menjalankan beberapa adat-adat tertentu.
Selepas kematianSelepas pengebumian, ahli keluarga si mati tidak dibenarkan meninggalkan rumah si
mati selama empat hari. Sementara penduduk kampungnya pula tidak dibenarkan
turun ke sawah selama dua hari. Ini adalah sebagai upacara berkabung untuk si mati.
SENJATA TRADISIONAL BIDAYUH
Lembing Tombak Rira Parang Ilang
Lembing, tombak parang ilang (parang pendek). sumpit, "jepur" (seakan samurai} dan
"rira" {meriam kecil} adalah peralatan senjata yang lazimnya digunakan oleh
masyarakat Bidayuh untuk berperang pada zaman dahulukala. Maakala peralatan
senjata seperti parang, cangkul dan sabit selalunya digunakan untuk aktiviti pertanian.
12