KAUM MELANAU

download KAUM MELANAU

of 32

Transcript of KAUM MELANAU

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    1/32

    KAUM MELANAUKAUM MELANAU

    Disediakan oleh :

    Angie Chiew

    Lim Lee Fei

    Yong Dick Ung

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    2/32

    y Bagi sebahagian besar penduduk negeri

    Sarawak, 'Melanau' adalah satu bangsa yangsama seperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan

    sebagainya.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    3/32

    RumahRumah KakiKaki TinggiTinggi OrangOrang MelanauMelanau

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    4/32

    AsalAsal UsulUsul MelanauMelanau

    y Kira-kira setengah abad yang lalu, semasaDaerah Bintulu masih dalam jagaan KerajaanKesultanan Brunei, kerap kali Baginda Sultandatang ke Bintulu untuk melihat keadaandaerah ini serta memungut hasil daripadapenduduknya.

    y Pada suatu hari, sedang sebuah perahu

    kerajaan Brunei belayar menuju ke KualaBintulu, tiba-tiba bertembunglah perahu itudengan beberapa buah perahu yang menujuke destinasi yang sama.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    5/32

    y Nakhoda pun bertanya dengan seorang

    kelasinya, "Perahu siapakah yang banyak dihadapan kita?" Jawab kelasi itu, "Perahu orangmemanau, Datuk."

    y Dari sehari ke sehari perkataan 'memanau' ini

    dengan tidak disedari oleh sesiapa bertukarmenjadi 'Melanau'.

    y 'Panau', begitulah asal perkataan yang sebenardalam dialekBintulu yang mana bererti salahsatu pekerjaan yang boleh didapati dalamdaerah Bintulu pada masa ini.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    6/32

    y Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan

    jamah dan sebagainya.y Pekerjaan ini dilakukan oleh enam hingga

    sepuluh orang serta lengkap dengan

    perkarangan yang dinamakan "Idus" dalam

    dialekBintulu serta perahu yang besar sebab

    orang yang bekerja 'panau' harus pergi ke

    tengah laut sejauh enam atau tujuh batu.

    y Daun-daun 'mulong' dijadikan umpan.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    7/32

    y Di tengah-tengah laut inilah kadang-kadang terjadiribut yang kencang dan gelombang besar yang

    datang dengan tiba-tiba.y Sekiranya mereka memakai perahu yang kecil

    sudah tentu mereka karam dan boleh jadi nyawamereka juga mungkin terancam.

    y Andaian lain tentang asal nama Melanau ialahkaitannya dengan nama 'Meranau' (Maranao) atau'Mindanau' (Mindanao).

    y 'Maranau' atau 'Marinau' ialah nama suku kaum diMindanao Tengah (lanun) yang sering menyerangkawasan persisiran Sarawak yang didiami orangMelanau sekarang.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    8/32

    Kelompok Melanau dapat dipecah kepada empatkelompokpenempatan yang utama.

    1. Kawasan Rajang:- Belawai, Rajang, Paloh, Daro, dan Matu

    2. Kawasan Mukah:- Mukah, Jebungan, Penakub, Teh, Sesok, dan kawasanpersekitaran Mukah-Dalat

    3. Kawasan Balingian-Tatau:- Tatau : Sungai Balingian, Sungai Tatau terutama dimuara sungai dan kawasan persisiran

    4. Kawasan Bintulu- Sungai Kemena dan Sebiew

    Oleh sedemikian, kelompok yang berbezatempat menggunakan dialek Melanau yang agakberbeza.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    9/32

    y Melanau mempunyai persamaan denganmasyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan,

    kebudayaan dan adat resam. Oleh sedemikian,Melanau merupakan satu cabang dalammasyarakat Melayu.

    y Namun begitu, masyarakat Melanau tetap

    mempunyai budaya dan adat resam mereka yangtersendiri.

    y Adat resam ini jelas terlihat dalam aspekkehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan

    dan juga kematian.y Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman

    berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    10/32

    Adat Resam Dan Pantang Larang

    Kaum Melanau

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    11/32

    KELAHIRANKELAHIRAN

    Sewaktu Mengandung

    Tiada sebarang adat khusus yang diamalkan

    oleh wanita hamil di kalangan masyarakat

    Melanau, namun begitu mereka juga terikatdaripada mengamalkan pantang larang.

    1Kebanyakan larangan yang dikenakan banyak

    bergantung kepada faktor pemakanan sepertitidak boleh memakan buah-buahan yang

    berbau kuat seperti durian atau ulam seperti

    petai kerana badan akan menjadi busuk.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    12/32

    1Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan

    pucuk-pucukpaku kerana susu badan akan menjadimasam.1Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak

    boleh diberikan kepada wanita hamil keranadiyakini anak dalam kandungan akan melecur

    seluruh badan.1Larangan ini juga tidakterhad kepada wanita hamil

    tersebut sahaja, malah si suami juga dikehendakimenjauhi beberapa perkara.

    1Si suami tidak boleh memotong kayu yangbertindan atau memakan ikan pari keranadikhuatiri bibir anakakan menjadi sumbing.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    13/32

    1Si suami juga tidak boleh mengecat kerana

    dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi

    minyak.

    1Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami

    tidak boleh melihat kerana anak di dalam

    kandungan akan mendapat penyakit.1Suami juga tidak boleh memotong akar temalet

    kerana anakakan meninggal dunia tanpa sebab.

    1

    Semasa mengandung juga wanita tersebut tidakboleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan

    menyebabkan anak dalam kandungan cacat

    ataupun gugur.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    14/32

    Selepas Lahir

    1Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung

    dan saudara mara akan datang melawat.

    Mereka lazimnya akan membawa hadiah

    bersama. Masyarakat Melanau juga dilarang

    daripada memuji bayi yang baru dilahirkan.Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu

    dikatakan hodoh dan sebagainya.

    1

    Selepas bersalin, ibu tersebut dikehendakimengeringkan badannya di puyan dan tidak

    boleh makan sembarangan.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    15/32

    1Sesiapa yang ingin bermalam di dalam rumah

    tersebut hendaklah bermalam selama tiga hari.

    makanan dan barang-barang di dalam rumah

    tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar, jika

    tidakanakakan jatuh sakit atau meninggal.

    1Dalam tempoh berpantang juga, si ayah tidakdibenarkan memegang anak itu selepas balik

    dari hutan atau balik dari laut kerana bau laut

    dan hutan masih melekat di badannya sehinggaboleh menjejaskan kesihatan anaktersebut.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    16/32

    1Bagi bayi perempuan, semasa kecilnya dahinya

    dipipihkan dengan sejenis alat iaitu jak. Ini

    bertujuan untuk mencantikkan dahinya. Proses

    ini sudah menjadi identiti khas d i k alangan

    masyarakat Melanau.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    17/32

    y Perkahwinan dalam masyarakat

    Melanau mengandungi beberapa

    istiadat yang sangat diambil berat

    kerana implikasi sosial yang terdapat

    padanya.

    y Aspek pangkat dititikberatkan dalam

    institusi perkahwinan berbanding

    dengan institusi yang lain.y Masyarakat Melanau juga begitu

    mementingkan status sosial mereka

    iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh

    betirih dan lima betirih.

    PERKAHWINAN

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    18/32

    y Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuktanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas

    kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan

    juga dikira berdasarkan status sosial ini.

    y Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah samaseperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan

    majlis perkahwinan.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    19/32

    MerisikMerisik

    y Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara

    pasangan daripada status sosial yang sama dikenali

    dengan sama gara.

    y Perkahwinan antara pasangan yang berlainan statussosialnya dikenali sebagai sida adat.

    y Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga

    perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan

    memastikan status sosial keluarga perempuan danuntuk menentukan sama ada gadis itu sudah

    berpunya atau belum.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    20/32

    y Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan

    sama ada gadis itu boleh dipinang ataupuntidak serta mas kahwinnya.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    21/32

    MeminangMeminang

    y Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-duabelah pihak keluarga lelaki dan perempuan, makadiadakanlah adat tanda tunang, wakil keluargalelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan

    yang telah berumur akan menyerahkan baranghantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas,sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dansatu pikul barang tembaga.

    y Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakilkeluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluargaperempuan maka rasmilah pertunangan itu.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    22/32

    y Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala

    syarat yang telah dipersetujui bersama. Jikapersetujuan dilanggar, pertunangan boleh

    diputuskan.

    y Sekiranya pihak perempuan yangmemutuskannya, barang tanda tunang mesti

    dikembalikan kepada pihak lelaki tetapi jika

    pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang

    itu menjadi milikpihakperempuan.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    23/32

    MajlisMajlis PerkahwinanPerkahwinan

    y Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besarankecuali perkahwinan jenis 'peramas' iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah.

    y Pe

    rsi

    apan un

    tuk

    rn

    ajlis ini be

    rlangsung bebe

    rapahari lebih awal.

    y Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkanhadiah mas kahwin iaitu 'penyekab' dan 'berian'

    dan hadiah lain seperti 'adat menuga', 'adat mebin'dan 'pakan' sehari sebelum majlis itu diadakan.Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    24/32

    y Pernikahan boleh juga diadakan pada pagi

    keesokannya iaitu pada hari diadakan majlisperkahwinan.

    y Kenduri perkahwinan diadakan di rumah

    kedua-dua belah pihakpengantin lelaki dan

    pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak

    saudara, jiran dan sahabat handai.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    25/32

    y Kemuncak acara majlis ialah persandingan

    yang biasanya diadakan pada tengah hari.

    y Persandingan pertama diadakan di rumah

    pengantin lelaki dan ini diikuti dengan

    persandingan kedua di rumah pengantinperempuan.

    y Pengantin lelaki dan perempuan yang lengkap

    dengan pakaian tradisional bersanding di ataspelamin untuk disaksikan oleh para jemputan.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    26/32

    y Pada hari yang ditetapkan, bakal pengantin

    perempuan bersama-sama rombongankeluarganya pergi ke rumah pengantin lelaki.

    y Ketibaan mereka disambut oleh keluargapengantin lelaki.

    yWakil keluarga pengantin lelaki akanmenghadiahkan 'adat pahe' kepada pengantinperernpuan.

    y Penyerahan hadiah ini sangat penting kerana selagi

    pengantin pe-rempuan belum menerima hadiahtersebut, dia dilarang memakan sebarang makanandi rumah pengantin lelaki itu.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    27/32

    y Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki,

    diada-kan pula persandingan di rumah pengantinperempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitupenyerahan pelbagai barang, antaranyatermasuklah sebentuk cincin emas dan seutas

    gelang perak oleh pengantin lelaki kepadapengantin perempuan.

    y Semasa menjalani adat ini, kedua-dua pengantindikenakan pelbagai pantang larang, misalnya tidak

    boleh mandi di sungai dan tidak boleh tidur padawaktu siang.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    28/32

    y Pada sebelah malam, di rumah pengantinperempuan diadakan pula upacara makan nasi

    temuan.y Semasa ja-muan berlangsung upacara suap-

    menyuap antara kedua-dua pengantin itudilakukan.

    y Selepas itu, diadakan pula upacara 'begendang',iaitu tari-menari.y Hadirin dijemput untuk ikut serta tetapi

    pasangannya mestilah daripada kaum sejenis yakni

    lelaki be

    rpas

    ang

    an ses

    am

    alel

    aki d

    an

    pe

    rem

    pu

    andengan perempuan.

    y Mereka menari hingga larut malam.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    29/32

    y Pada hari ketujuh, diadakan upacara mem-

    bebaskan mereka daripada pantang yangdikenakan.

    y Upacara membuang pantang ini juga bertujuan

    untuk membuang ke laut segala bala ataubencana yang mungkin mengancam pasangan

    suami isteri itu.

    y

    Upacara ini sebenarnya lebih merupakanupacara bersukaria dan mandi-manda beramai-

    ramai di tepi pantai.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    30/32

    PeraturanPeraturan DalamDalam PerkahwinanPerkahwinan ((AdatAdat

    rumahrumah tanggatangga))Oleh kerana perkahwinan merupakan satu

    institusi yang penting, terdapat beberapaperaturan dalam kehidupan mereka yang perludiikuti oleh kedua-dua pasangan pengantin samaada lelaki atau perempuan. Antara peraturan yangperlu diikuti oleh mereka ialah:oSetelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak

    boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana

    cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antarasuami dan isteri.

    oSuami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparutkerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau

    memulas.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    31/32

    oPakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan

    tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh

    menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.oIsteri dilarang keras memarut rumbia atau

    menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit

    sehingga boleh menyebabkan anak di dalam

    kandungan keguguran.

  • 8/3/2019 KAUM MELANAU

    32/32

    y SEKIAN TERIMA KASIH!