Post on 07-Feb-2016
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
ISI KANDUNGAN
Penghargaan …………………………………………………………………………….. 2
Biodata ……………………………………………………………………………………. 3
1.0 Pengenalan …………………………………………………………………………. 4-7
2.0 Bidang Tugas Guru Perpustakaan dan Media (GPM)…………………………… 8-15
3.0 Kemahiran dan nilai profesionalisme Guru Perpustakaan dan Media (GPM)… 16
4.0 Cadangan pengurusan perkembangan untuk meningkatkan
Bidang Tugas Guru Perpustakaan dan Media (GPM)…………………………... 17-19
5.0 Refleksi ……………………………………………………………………………… 20-22
6.0 Penutup ……………………………………………………………………………… 23
7.0 Rujukan ……………………………………………………………………………… 24
1
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, di sini saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah
Subhanahu Wata‟ala di atas limpah kurnia dan hidayah-Nya kerana saya dapat
menyiapkan tugasan ini untuk memenuhi syarat seperti dalam performa subjek EDU
Guru Dan Cabaran Semasa sekaligus memberi pengalaman dan menambah
pengetahuan saya.
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada keluarga yang turut memberikan semangat dan cetusan idea. Tidak lupa
kepada pensyarah subjek ini iaitu Puan Noor Aziza Binti Anuar kerana banyak memberi
dorongan, tunjuk ajar, bimbingan dan segala cadangan yang beliau telah berikan
sepanjang menyiapkan kerja khusus ini. Sikap kesabaran, dedikasi serta komitmen
yang beliau tunjukkan amat saya hargai.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan. kepada kawan-kawan sekelas serta
sahabat saya yang sama-sama membantu dan berkongsi ilmu mahupun idea saya
dalam melengkapkan kerja khusus ini.
2
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
BIODATA PELAJAR
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
SEMESTER 7 AMBILAN JUN 2011
NAMA : JULIANA BINTI KAMARI
NO. KAD PENGENALAN :811222-01-5582
TARIKH LAHIR : 22 DISEMBER 1981
TEMPAT LAHIR : BATU PAHAT , JOHOR
JANTINA :PEREMPUAN
BANGSA : MELAYU
AGAMA : ISLAM
KURSUS : MATEMATIK
SEMESTER : 7
NO TELEFON : 019-7702051
ALAMAT : NO.4, JLN WIRAMAS 2/3,TAMAN WIRAMAS 2,
BINDU 83010 TONGKANG PECHAH, BATU PAHAT, JOHOR.
ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BINJAI,
TONGKANG PECHAH, BATU PAHAT, Johor.
NO TEL (PEJABAT) : 07-4154017
3
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
1.0Pengenalan
Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan mahupun
pentadbiran , pengurusan adalah sangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap
proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat
menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama
ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal
dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir
atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan
dengan pentadbiran.
Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan
pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi
manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial
itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan
pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.Stoner(1984)
mengatakan pengurusan aialah satu proses merancang, mengelola, memimpin,
mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain
untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell pula,menjelaskan proses
pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat
keputusan dan mengambil tindakan untuk
mencapai matlamat.
Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu
masyarakat. Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan
pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan
konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi
dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan
membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik.
4
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of
Public Education, pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut
paut dengan mengenal pasti, menyelenggarakan, merangsanag, mengawal, dan
menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak
manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi
objektif yang ditetapkan.
Sementara itu Campbell, Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk
Introduction to Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran
pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai
anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran.
Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran
sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran.
Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan, institud
perguruan dan juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan
bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu
organisai untuk memenuhi matlamat dan ujuan tertentu di samping
menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi.
Perubahan dalam bidang pendidikan masa kini jelas mencerminkan betapa
pentingnya penguasaan ilmu pengetahuan bagi melahirkan generasi yang stabil dari
pelbagai aspek. Perubahan ini dapat dirasai oleh pelbagai pihak yang berkaitan
dengan pendidikan. Pusat Sumber Sekolah (PSS) tidak terkecuali malah menjadi
faktor dan pemangkin kepada perubahan ini. Ini jelas menunjukkan bahawa sekolah
merupakan tempat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan serta
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
5
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
Suatu perubahan yang positif perlu dilakukan oleh pihak sekolah. Perubahan
demi perubahan dalam pengurusan dan memperkembangkan lagi Pusat Sumber
Sekolah telah diatur untuk membantu melahirkan pelajar yang cemerlang. Menurut
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran, Datuk
Yusoff Harun semasa berucap pada majlis perasmian Anugerah Pusat Sumber
Sekolah (PSS) Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2006, koleksi bahan dipilih akan
mempengaruhi penggunaan dan impaknya. Bahan berkenaan perlu ada kaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan diperkembangkan secara
terancang bagi menggalakkan penggunaan, pemikiran kreatif serta inovatif pelajar.
Kewujudan Pusat Sumber Sekolah telah mendorong guru-guru untuk
melengkapkan diri dengan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang secukupnya
mengenai Pusat Sumber Sekolah. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Razak semasa merasmikan persidangan Antarabangsa Sekolah Bestari di
Kuala Lumpur, sewajarnya semua kakitangan sekolah dan pentadbir diberi latihan
dan pendedahan secukupnya, sekurang-kurangnya dapat menggunakan aplikasi
asas, seperti e-mel, pemproses perkataan dan pelayar internet
(Berita Harian, 16 April 2007).
Sehubungan dengan itu, kecemerlangan sesebuah Pusat Sumber Sekolah
merupakan tanggungjawab bersama dan agar dapat melahirkan generasi yang lebih
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang pada masa hadapan.
Antara situasi yang terpaksa dilalui oleh Guru perpustakaan dan Media (GPM)
pada setiap hari ialah mereka terpaksa mengurangkan masa untuk berbincang
dengan rakan-rakan di bilik guru apatah lagi di kantin. Guru perpustakaan dan
Media (GPM) perlu berada di Pusat Sumber Sekolah dan mereka adalah 'penunggu'
setia Pusat Sumber Sekolah (PSS).
6
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
Pusat Sumber adalah tempat guru dan para pelajar mendapatkan maklumat
tambahan sama ada melalui buku, akhbar, majalah, CD, TV pendidikan, akses
melalui internet dan seumpamanya. Kesemua bahan dan peralatan di Pusat Sumber
Sekolah (PSS) perlu direkodkan dan disebarkan maklumatnya untuk digunapakai
oleh warga sekolah. Tugasan ini bukanlah mudah. Apatah lagi jika Guru
perpustakaan dan Media (GPM) tidak disediakan pembantu khas di Pusat Sumber
Sekolah (PSS). Jika ini berlaku semakin banyaklah masa yang perlu diperuntukan
oleh Guru perpustakaan dan Media (GPM) di Pusat Sumber Sekolah (PSS) kerana
Pusat Sumber Sekolah (PSS) akan dikunjung oleh guru dan pelajar sepanjang sesi
persekolahan.
Jika Guru perpustakaan dan Media (GPM) tidak mempunyai pembantu maka
kebanyakan mereka terpaksa membawa bekal ke sekolah bagi mengurangkan
pergerakan kerana Guru perpustakaan dan Media (GPM) bertanggungjawab
menjadi 'penunggu' Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan melayan kehendak
pelanggan yang datang ke Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Walaubagaimanapun, isu yang seringkali menjadi halangan untuk menjadikan
Pusat Sumber Sekolah adalah kurangnya penggunaan bahan – bahan yang
terdapat di dalam pusat sumber. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga hanya
sesekali dijalankan di sini. Biasanya penggunaan pusat sumber hanya tertumpu
pada matapelajaran tertentu sahaja. Misalnya dalam matapelajaran Bahasa
Melaysia dan Bahasa Inggeris kerana murid perlu mengisi laporan di dalam buku
rekod untuk Progam Nilam. Sedangkan, penggunaan pusat sumber tidak terhad
dalam aktiviti membaca dan mencari maklumat .
7
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
2.0Bidang Tugas Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
Guru Perpustakaan dan Media (GPM) mempunyai tugas besar dalam menjadikan
Pusat Sumber Sekolah (PSS) sekolah masing-masing sebagai nadi sekolah. Namun
begitu masih ramai yang kurang arif dengan bidang tugas Guru Perpustakaan Media
(GPM). Waktu mengajar yang sedikit tidak bermakna GPM ‘bergoyang kaki’ atau
sekadar melakukan kerja-kerja keceriaan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005,
Penyelarasan Waktu Mengajar Bagi Guru Penyelaras Bestari Serta Guru Perpustakaan
Dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) bertarikh 18 Julai 2005
yang diedarkan ke sekolah-sekolah telah menyenaraikan 19 tugas Guru Perpustakaan
dan Media (GPM) yang boleh dirujuk dalam Buku Panduan Tugas PSS untuk GPM.
Antara tugas yang disenaraikan untuk Guru Perpustakaan dan Media adalah;
2.1Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 - 8 waktu seminggu
Seorang Guru Perpustakaan dan Media juga adalah guru matapelajaran. Sebagai
seorang guru, bidang utama adalah mendidik pelajar, maka dengan itu Guru Medua
dan perpustakaan juga perlu menyediakan rancangan pelajaran harian, mingguan
dan tahunan serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut
subjek yang diajar.
2.2Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama
Pengetua / Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, Guru, dan murid.
Sebagai seorang Guru perpustakaan dan Media, beberapa aktiviti perlu dirancang
bagi Memastikan pelaksanaan dasar yang dirancang dapat diselaraskan. Antaranya
adalah;
Mengadakan mesyuarat Jk Induk
Mengadakan mesyuarat Jk Kerja
Mengadakan mesyuarat Pengawas PSS
Menyediakan takwim dan perancangan aktiviti tahunan
Mewujudkan / membuat pindaan fail kuasa mengikut kesesuaian
8
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
2.3Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
Sebagai seorang Guru perpustakaan dan Media juga perlu membuat buget dan
menyediakan kertas kerja untuk menjalankan program-program yang telah
dirancang. Ini bagi memastikan wang peruntukan dapat diagihkan mengikut
keperluan setiap bahagian (unit PSS) serta menggunakan peruntukan mengikut
arahan yang ditetapkan.
2.4Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan
kemas kini.
Dalam bidang tugas Guru perpustakaan dan Media perlu mendapatkan
maklumbalas keperluan alat dan bahan serta merancang pembelian bahan koleksi
yang berkurangan atau yang belum ada. Ini bertujuan untuk menseimbangkan
pemerolehan dan pembinaan koleksi mengikut keperluan dan kesesuaian serta
mengemaskini pemerolehan dan pembinaan koleksi bahan di dalam pusat sumber.
2.5Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan
Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran.
Seterusnya, sebagai Guru Media dan Perpustakaan,segala aktiviti atau program
perlu di rancang dengan baik agar dapat dilaksanakan dengan lancer.antaranya
adalah;
Merancang perkhidmatan PSS dan memaklumkan perkhidmatan yang
disediakan kepada guru
Menyediakan borang-borang tempahan bilik, pinjaman bahan dll.
Sediakan tempat/bilik/jadual penggunaan dan bahan.
9
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
Menyediakan rekod penggunaan dan rekod pinjaman.
Membuat penyelenggaraan bahan yang rosak, pinjaman bahan dan lain-lain.
Merancang pembelian bahan koleksi yang ber kurangan atau yang belum ada.
Segala perancangan perlu dirancang dengan teliti supaya pengajaran dan
pembelajaran kemahiran maklumat dapat dilaksanakan. Selain itu, literasi maklumat
dapat diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.6Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan
pembudayaan ilmu.
Tugas Guru Media dan perpustakaan yang seterusnya adalah melaksanakan
Program NILAM. Dalam melaksanakan tugasan ini, beberapa aktiviti perlu
dilaksanakan.
Mesyuarat dan taklimat NILAM.
Merangka aktiviti sepanjang tahun.
Menjalankan aktiviti.
Tujuan diadakan aktiviti di atas adalah untuk memastikan program NILAM dapat
dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.
2.7Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program
latihan dalam berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam tugas Guru Media dan Perpustakaan yang
seterusnya adalah;
Kemahiran cara mengguna/ mengendalikan alat dan bahan.
Mengadakan kursus dalaman dalam pelbagai bidang untuk peningkatan ilmu.
Mengadakan ceramah atau taklimat yang diperlukan untuk pembangunan staf.
10
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
Tujuan aktiviti seperti ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran staf dalam
tugas-tugas yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah.
2.8Merancang, dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
Aktiviti yang perlu dijalankan dalam tugasa Guru Media dan perpustakaan adalah;
Promosi melalui panitia mata pelajaran.
Menyediakan brosur PSS.
Menyediakan bulletin.
Tujuan aktiviti ini dijalan adalah supaya;
Maklumat yang lebih tepat dapat diberikan berkaitan dengan PSS.
Menarik minat murid untuk menggunakan PSS dan menyertai setiap program
yang dianjurkan.
Membolehkan semua guru mendapat pendedahan tentang kemudahan dan
perkhidmatan yang didapati di PSS untuk meningkatkan PdP.
2.9Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan PdP berasaskan sumber.
Pemerolehan bahan yang sesuai.
Penghasilan bahan yang sesuai
P & P menggunakan PSS dan kemahiran maklumat.
Ini adalah untuk;
Membantu guru-guru dalam penggunaanbahan di PSS.
Menyediakan bahan yang bersesuaian dengan P & P.
Bekerjasama dengan guru-guru menghasilkan bahan yang boleh membantu
aktiviti PdP.
11
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
2.10 Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri, PKG/
Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber
Sekolah
Aktiviti;
Memohon Khidmat Bantu
Kerjasama dengan PKG, PSPN dan Perpustakaan Awam dari semasa ke
semasa.
Tujuan;
Memastikan maklumat yang diterima sentiasa terkini.
Untuk menaiktaraf Pusat Sumber Sekolah
2.11 Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS
Aktiviti;
Mengurus bahan yang diterima (carta aliran proses teknik)
Sirkulasi
Memantau dan menyelia penggunaan.
Memantau rekod penggunaan (TV Pendidikan,Radio Sekolah, bulletin, sirkulasi
dan aktiviti- aktiviti).
Tujuannya adalah supaya koleksi bahan boleh dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
12
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
2.12 Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk dan JK Kerja Pusat Sumber
Sekolah.
Aktiviti;
Menentukan tarikh mesyuarat.
Menghantar surat panggilan mesyuarat.
Mengadakan mesyuarat.
Menyediakan dan mengedar minit mesyuarat.
Tujuan;
Panduan untuk tindakan susulan pihak berkenaan.
Menyebarkan maklumat hasil daripada mesyuarat.
2.13 Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.
Aktiviti;
Merancang, menyelaras dan mengadakan Program PSS.
Membuat pemantauan.
Membuat laporan.
Tujuan;
Program PSS dapat dijalankan dengan lancar.
13
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
2.14 Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori* peralatan Pusat Sumber
Sekolah. *(termasuk bahan, alatan dan perabot)
Aktiviti;
Menyemak stok perolehan
Borang inventori
Buku stok Kew 313, Kew 314, Kew 312
Stok pergerakan bahan
Melabel bahan
Menempatkan bahan
Pelupusan
Tutup Stok.
Tujuan;
Bahan sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna.
Mengemaskini bahan untuk penambahan bahan baru.
2.15 Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri (PSSP)
Aktiviti;
Menerangkan peranan Persatuan PSSP.
Mengedarkan borang pendaftaran.
Membantu dalam pendaftaran ahli.
Menyertai aktiviti yang dijalankan
Tujuan;
Menarik lebih ramai ahli menyertai persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri
Johor.
Bekerjasama dalam menjayakan aktiviti persatuan.
14
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
2.16 Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan
Pusat Sumber Sekolah.
Aktiviti;
Mengenal pasti masalah
Membuat kaji selidik
Menyediakan instumen (sebelum)
Membuat analisis
Menjalankan kaji selidik - selepas
Menyediakan laporan.
Membuat penambahbaikkan
Tujuan;
Mengenalpasti dan mengatasi masalah.
2.17 Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan,
program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
Aktiviti;
Menyediakan perancangan
Menyediakan laporan
Mengambil tindakan / memberikan maklumbalas.
Tujuan;
Perancangan dan pelaksanaan bagi meningkatkan pembangunan,
pengurusan dan kewangan PSS.
15
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
3.0 Kemahiran dan nilai profesionalisme Guru Perpustakaan dan Media (GPM).
Bertugas sebagai Guru Perpustakaan dan Media di sekolah merupakan satu
tugas yang amat mencabar apatah lagi dengan perkembangan media dan maklumat
yang semakin pelbagai. Jesteru itu seorang guru Perpustakaan dan Media harus
menguasai beberapa perkara.Antaranya adalah;
Kemahiran perpustakaan khususnya pengkatalogkan, pengautomasian, literasi
maklumat dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
Sentiasa berfikiran kehadapan menjana idea, merancang dan membuat kajian
dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan.
Ketabahan dan kekuatan iltizam diri perlu sentiasa dipupuk dan diperkemaskan
untuk memastikan pusat sumber sekolah menjadi pilihan warga sekolah.
Harus berani dan yakin untuk membuat perubahan yang positif walaupun menerima
tentangan dari sesetengah pihak.
Sentiasa dahagakan ilmu-ilmu yang baru seperti kemahiran IT dan media dan
menganggap ilmu itu adalah ibadah.
Tidak kedekut masa dan kewangan dari poket sendiri.
Sentiasa bersedia untuk menjadi orang yang pertama ke depan dalam usaha
membangunkan PSS. kerana diri kita adalah contoh ikutan.
Perlu mempunyai kreativiti dan kesabaran yang tinggi.
Sentiasa merancang untuk memperbaiki kelemahan diri dan berkongsi maklumat
untuk memajukan PSS.
Mempunyai kemahiran komunikasi untuk mengurus manusia dengan baik.
16
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
4.0 Cadangan pengurusan perkembangan untuk meningkatkan bidang tugas
sebagai Guru Perpustakaan dan Media (GPM).
Bagi meningkatkan bidang tugas sebagai Guru Perpustakaan dan Media,
terdapat beberapa program yang dicadangkan bagi mencapai objektif di atas.
Antaranya adalah;
4.1 Meningkatkan polisi Pusat Sumber Sekolah
1. Berorientasikan Pelanggan/Pengguna
Sesebuah PSS mestilah mengutamakan pelanggan/pengguna semasa beroperasi
dan berkonsepkan mesra pelanggan.
2. Menepati Masa
PSS wajib mengamalkan ketepatan masa operasi seperti yang telah ditetapkan oleh
pengurusan PSS bagi melancarkan penggunaan dan memudahkan pengguna.
3. Kawalan Kos
Jawatankuasa PSS mestilah mengamalkan etika berjimat cermat dalam
menguruskan sesebuah pusat sumber.
Tiga aspek di atas mencerminkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang baik
sekaligus mempamerkan keprofesionalan Guru Perpustakaan dan Media sesebuah
sekolah.
17
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
4.2 Meningkatkan pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah
1. Perancangan
Melibatkan penentuan visi, misi, matlamat, objektif, polisi, dasar dan membuat
keputusan.
2. Pengorganisasian
Tanggungjawab terhadap pembahagian tugas, penurunan kuasa dan
perhubungan dalam organisasi.
3. Kepemimpinan
Arahan terhadap kerja atau tugas dan memotivasikan kakitangan.
4. Pengawalan
Menilai prestasi kerja dan pembetulan kesilapan secara berterusan bagi
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tugas.
4.3 Meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan
infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati
piawai dan terkini.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan
sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan
Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam
pekeliling semasa.
Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk
melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam
meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
18
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
4.4 Meningkatkan keprofesionalan guru menggunakan kemudahan dalam Pusat
Sumber Sekolah
Peranan PKG sebagai Pusat Sumber dapat membantu Guru Perpustakaan
dan Media meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Ini kerana PKG;
Menyediakan bahan cetak dan bukan cetak untuk rujukkan guru.
Meminjam peralatan media yang tidak terdapat di sekolah.
Membantu guru membuat salinan audio, CD atau Video.
Menyediakan kemudahan untuk menerbitkan bahan pengajaran video dan
multimedia.
Membantu penyelaras PSS menilai bahan media untuk koleksi PSS.
Dengan adanya kursus-kursus yang di anjurkan oleh PKG ini, guru-guru dapat
meningkatkan kemahiran dalam bidang pengurusan bahan dalam pusat sumber.
19
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
5.0Refleksi.
20
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
Saya telah menerima tugasan ini oleh pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Hajah
Fadhilah Binti Haji Aspar, bagi subjek EDU 3083 - Asas Kepimpinan dan
Perkembangan Profesional Guru. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyediakan
tugasan kerja kursus berkaitan tugas-tugas pengurusan yang diamanakan kepada guru
bagi melancarkan pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
Dalam tugasan ini, saya memilih peranan Guru Perpustakaan dan Media sebagai
salah satu tugas pengurusan yagng penting dalam sistem pentadbiran di sekolah. Ini
kerana, kecemerlangan sesebuah Pusat Sumber Sekolah merupakan tanggungjawab
bersama dan agar dapat melahirkan generasi yang lebih Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang pada masa hadapan. Sementara itu, ilmu yang diberikan juga dapat
menambahkan pengetahuan saya dalam bidang pengurusan Pusat Sumber di sekolah.
Semasa menjalankan tugasan ini, langkah pertama yang saya ambil adalah pergi ke
Pusat Sumber sekolah dan melihat bagaimana Guru Perpustakaan dan Media sekolah
saya mengruskan Pusat Sumber sekolah. Kemudian, saya bertanyakan beberapa
soalan berkaitan pengurusan pusat sumber serta peranan dan tanggungjawab seorang
Guru Perpustakaan dan Media. Selain itu saya mencari makluat tentang tugas dan
peranan Guru Perpustakaan dan Media di Perpustakaan IPGM Kampus Tun Hussein
Onn dan Perpustakaan Desa Kampung Parit Haji Ali. Saya juga melayari beberapa blog
sekolah-sekolah yang mempunyai blog perpustakaan untuk mempelbagaikan sumber
saya mendapatkan maklumat tentang pengurusan dan pentadbirabn pusat sumber
sekolah serta tugas-tugas dan peranan Guru Perpustakaan dan Media.
Semasa menjalankan tugasan ini, terdapat beberapa kelemahan yang yang sya
hadapai. Antaranya adalah kekangan masa untuk saya mendapatkan lebih banyak
maklumat berkaitan dengan peranan Guru Perpustakaan dan Media disebabkan oleh
21
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
tugas-tugas rutin sebagai salah seorang guru yang mengajar murid tahun 6.
Memandangkan peperiksaan UPSR semakin hampir, pelbagai aktiviti seperti kelas
tambahan pada hujung minggu dan waktu malam memaksa saya menghadkan masa
saya lebih kepada tanggungjawap sebagai seorang guru. Walaubagaimanapun, saya
sentiasa mencari waktu terluang untuk menyempurnakan tugasan ini.
Melalui kerja kursus ini juga saya mempelajari bahawa seorang guru harus
mempunyai ciri-ciri profesionalisme yang tertentu yang mencerminkan keperibadian
yang tinggi, berakauntabiliti terhadap pelajar dan pihak-pihak yang berkaitan dengan
profesion guru, mempunyai intergriti yang tinggi serta bertindak berlandaskan etika
seorang guru. Pada pandangan saya seorang guru mestilah menjaga perkara-perkara
berkaitan dengan keprofesionalan dan kepimpinan seorang guru kerana setiap guru
membawa bersamanya imej profesion semua guru di Malaysia. Guru sendirilah yang
bertanggung jawab menjaga imej profesion keguruan agar masyarakat dapat
menjadikan mereka sebagai idola, mengangkat darjat guru ke tempat yang sepatutnya
serta menjadi model di dalam masyarakat. Sebagai seorang guru saya menyeru
kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan guru agar dapat menjadi seorang pemimpin
dan guru yang berkesan yang dapat melahirkan persekolahan berwatak dan seterusnya
dapat merealisasikan dasar transformasi Negara.
Bagi mengatasi kelemahan saya yang di atas, saya akan cuba sedaya upaya
untuk menguruskan masa yang saya ada dengan baik supaya tanggungjawap saya
sebagai seorang guru dan pelajar dapat dilaksanakan dengan baik. setiap tugasan
yang diberikan mestilah dilaksanakan awal supaya tidak terburu-buru. Kata-kata ini
adalah kata-kata yang perlu saya pegang untuk tidak mengulangi perkara yang sama
pada tugasan yang akan datang. Sebagai seorang guru tidak sepatutnya terjadi perkara
sebegini kerana seperti sedia maklum seorang pendidik adalah seorang yang rajin
dalam tugasannya dan seorang yang tidak suka menangguhkan kerja. Tambahan lagi,
untuk menjadi seorang guru yang berkualiti mestilah bersikap positif.
Akhir sekali, setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan
penambah baikan bagi meningkatkan kualiti penghasilan tugasan pada masa akan
datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang didapati dapat membantu saya
22
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
untuk mengubah pandagan saya terhadap Guru perpustakaan dan Media. Saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses
menyiapkan tugasan kali ini kerana telah memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna
kepada saya. Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru
yang berguna sekiranya saya diberi peluang untuk menguruskan pusat sumber sekolah
saya. Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari
kelemahan saya sendiri. Wassalam.
6.0Penutup.
23
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
Golongan yang terlibat dengan pendidikan tidak terlepas daripada tanggungjawab
untuk memimpin, sama ada kepemimpinan di dalam kelas, panitia mahupun peringkat
sekolah. Di samping itu setiap pendidik juga harus berusaha untuk meningkatkan
perkembangan profesionalisme mereka kerana perkembangan yang pesat dalam dunia
pendidikan. Berdasarkan pembentangan di atas,dapatlah dirumuskan bahawa
kepimpinan merupakan tulang beakang dalam keberkesanan peranan pusat sumber
disekolah. Pemimpin memikul amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk
memberi membawa perubahan, mementingkan perspektif jangka panjang,
membimbing, memberi galakan, menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi serta
mempunyai pendirian sendiri.
7.0 RUJUKAN
24
Gaya kepimpinan yang agung sekali ialah seperti yang dibawa
oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang diakui oleh seluruh umat
sama ada Islam atau bukan Islam.
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
Edmonds, R. 1979. Effective schools for urban poor. Educational Leadership. 37: 15 -
24.
Howard, E.R. 1974. School climate improvemen. Education Digest 39 (8): 333-336.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Profil Pengetua/Guru Besar Berkesan
menurut Model Malaysia. Mesyuarat gerakan pengetua berkesan. Institut aminuddin
Baki.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Memperkasa kepimpinan instruksional di
sekolah. Bahagian Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Murphy, J. 1990. Principal instructional leadership: Changing perspective on the school.
Advances in Educational Administration Journal. 1: 163-200Nurahiman dan Rafisah
(2010)
Weber, G. 1971. Inner-city children can be taught to read: For successful schools.
Washington, D.C.: Council for Basic Education.
Handbook for excellence in student learning. Fourth Edition. Corwin Press. California.
http://www.iab.edu.my/sn19/KertasFinal/Jamelaa%20Bibi
%20Abdullah_Kepimpinan_Pahang.pdf
http://prpm.dbp.gov.my/
http://www.ukm.my/penerbit/jurnal_pdf/jpend31_01.pdf
25
EDU 3083-ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
26