Post on 14-Jun-2015
description
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 1
BAB 1
PENGENALAN
Sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik ialah sesi pengajaran dan pembelajaran
yang disusun dan dirancang oleh guru. Proses perancangan berfungsi sebagai
panduan kepada guru supaya menjadi lebih yakin untuk mencapai objektif
pengajarannya. Tanpa perancangan dan persediaan yang rapi oleh guru, sesi
pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan menyebabkan objektif pengajaran
tidak dapat dicapai. Oleh itu, seorang guru perlulah merancang pengajarannya dengan
menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang sesuai. Melalui RPH, guru
dapat memastikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan selaras dengan
objektif yang ingin dicapainya.
Sehubungan itu, bagi memastikan sesuatu sesi P&P mencapai objektifnya, penilaian
juga tidak kurang pentingnya untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap
pengajaran guru. Melalui penilaian juga, guru boleh memperbaiki cara dan kandungan
pengajarannya. Oleh itu, bagi memastikan murid dan guru mencapai objektif yang
dirancang, penilaian juga perlu dijalankan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif bagi kajian ini ialah untuk :
i. Meningkatkan pengetahuan tentang jenis-jenis penilaian bahasa.
ii. Mempelajari dengan lebih mendalam mengenai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
iii. Menyediakan satu JSU bagi mata pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah.
iv. Menjelaskan jenis-jenis ujian berbentuk objektif
v. Membina 20 item ujian objektif aneka pilihan.
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 2
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang digunakan untuk menghasilkan tugasan ini ialah kaedah kajian
pustaka. Saya berkunjung ke perpustakaan untuk membuat rujukan. Saya merujuk
pelbagai bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan. Antaranya ialah jurnal, majalah
dan buku yang berkaitan dengan tugasan ini. Selain itu, saya juga melayari internet
untuk mencari maklumat tambahan tentang tugasan yang diberi.
DEFINISI OPERASIONAL
i. Rancangan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, rancangan ialah sesuatu yang
dirancang, persediaan, program dan rencana.
ii. Pengajaran
Pengajaran didefinisikan sebagai proses memberi maklumat, pengetahuan
dan kemahiran kepada murid secara langsung. (Glaser, 1962)
iii. Instrumen
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, instrument merupakan alat atau
perkakas.
iv. Penilaian
Abdul Rahim (2001), mentakrifkan penilaian sebagai proses mengukur dan
membuat pertimbangan tentang kebolehan, kemahiran dan kefahaman murid
berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 3
BAB 2
KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN
Konsep pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Mokhtar Ismail (1985),
pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki
sifat tertentu.
Rajah 1 : Konsep pentaksiran
Rajah 1 menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek untuk menjelaskan konsep
pentaksiran iaitu proses, maklumat, penghakiman dan produk. Proses bermaksud
langkah ataupun tindakan serta operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang
dikehendaki. Maklumat pula ialah bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara
yang ditaksir. Aspek penghakiman pula merupakan proses pertimbangan tentang
konsep pentaksiran
maklumat
proses
penghakiman
produk
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 4
pencapaian pendidikan pelajar dan terakhir ialah produk yang melibatkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.
Kesimpulannya, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi serta
menghurai maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Konsep pengujian
Pengujian adalah satu proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu
dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur
sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Pengujian
bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu
pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar
yang sesuai. Oleh itu, pengujian boleh dilaksanakan dengan cara mengadakan
pemerhatian, ujian bertulis dan ujian lisan. Pengujian ini biasanya, dilaksanakan
selepas satu atau beberapa topik pelajaran diajar.
Tuckman (1975) mendefinisikan ujian sebagai sejenis atau alat pengukuran yang
biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang. Gagne (1975) pula
menjelaskan bahawa ujian adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkahlaku
seseorang individu kerana pembelajaran telah dikaitkan dengan perubahan tingkahlaku.
Ujian sebagai alat pengukuran digunakan untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa.
Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak
bagi menguji kefahaman mendengar.
Konsep penilaian
Penilaian didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et al. (1971) menyatakan
bahawa, ‘accessment is the process of delineating, obtaining, and providing useful
information for judgements decision alternatives’. Kenyataan beliau bermaksud
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 5
penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk
membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada
sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Penilaian ini membantuguru
supaya dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung
pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, prosedur penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran,
penganalisisan serta merumuskan data yang diperolehi. Penilaian juga boleh
dilaksanakan berdasarkan lima prosedur seperti yang terdapat pada rajah 2 di bawah:
Rajah 2 : Prosedur penilaian
persediaan ujian
pentadbiran ujian
pemeriksaan pengukuran
analisis ujian
interpretasi dan tindakan susulan
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 6
Konsep Taksonomi Bloom
Taksonomi Bloom merupakan satu hierarki yang diperkenalkan oleh Benjamin S.Bloom
(1956). Taksonomi Bloom ini merupakan suatu nilai berdasarkan kognitif atau mental
yang merangkumi aspek pengetahuan, fakta dan teori. Selain itu, taksonomi bloom ini
membina pemikiran untuk pemahaman dan menjadi lebih kreatif dalam suatu
pembelajaran. Dalam Taksonomi Bloom, terdapat enam peringkat dan keenam-enam
peringkat tersebut dapat dilihat pada rajah 3 di bawah :
Rajah 3 : Aras Taksonomi Bloom
Berdasarkan rajah 3 di atas jelas dapat dilihat enam peringkat Taksonomi Bloom.
Antaranya, peringkat pengetahuan berada di aras paling rendah. Pada peringkat
pengetahuan, individu dikehendaki mengingat semula tanpa perubahan serta
mengetahui objektif pembelajaran. Aras pengetahuan ini terdiri daripada suatu
penyataan yang ringkas, tepat dan tidak memerlukan contoh. Dalam peringkat ini
Penilaian
Sintesis
Analisis
Aplikasi
Kefahaman
Pengetahuan
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 7
terdapat beberapa istilah khusus bagi guru mengenal pasti peringkat ini iaitu nyatakan,
terangkan, namakan dan labelkan.
Seterusnya, peringkat kedua iaitu peringkat kefahaman yang bermaksud kebolehan
mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Pada
peringkat ini juga pelajar boleh menyatakan idea utama dalam ayat sendiri dan ia dilihat
sangat berbeza dengan aras pengetahuan di mana pelajar dikehendaki memberikan
jawapan tanpa membuat sebarang perubahan. Melalui peringkat ini, pelajar mestilah
dapat menterjemah isi kepada huraian dan memahami bahan dengan berkesan. Istilah
khusus bagi aras kefahaman ini ialah membanding, menerangkan, membezakan.
Peringkat ketiga ialah peringkat aplikasi di mana pada peringkat ini pelajar dapat
menggunakan bahan yang telah dipelajari dalam situasi baru yang konkrit. Antara istilah
khusus dalam menganalisis peringkat ini ialah menyelesaikan, mengira,
mengendalikan, dan meramal.
Peringkat seterusnya ialah peringkat analisis. Peringkat analisis merupakan kebolehan
memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membahagikan
pembelajaran, menaakul sebab dan meleraikan komunikasi serta menilai kerelevanan
sesuatu data atau topik. Istilah khusus bagi aras analisis ini ialah bezakan, bandingkan,
huraikan, klasifikasikan.
Peringkat kelima iaitu peringkat sintesis adalah kebolehan mencantumkan dan
mengintegrasikan fakta yang berkaitan dan membentuk sesuatu yang baharu iaitu idea.
Melalui peringkat ini, pelajar dinilai dari segi kreativiti serta kebolehan mereka untuk
mencipta idea baru berdasarkan pengalaman pembelajaran yang telah mereka lalui
sebelum ini. Istilah khusus untuk membina item soalan bagi peringkat ini ialah
gabungkan, merekabentuk, cadangkan, senaraikan beberapa cara dan huraikan satu
perancangan.
Terakhir, peringkat penilaian ialah peringkat tertinggi dalam piramid Taksonomi Bloom.
Pada peringkat ini, pelajar diharapkan dapat membuat pertimbangan tentang sesuatu
yang diketahuinya berdasarkan kriteria, analisis dan sintesis. Penilaian merupakan
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 8
peringkat untuk menguji kebolehan, membuktikan, mengkritik dan menilai. Antara istilah
khususnya ialah nilaikan, rumuskan, bandingkan, buktikan serta huraikan.
Kesimpulannya Taksonomi Bloom menjadi pemudahcara para guru dan penggubal
soalan kerana berfungsi sebagai panduan untuk membina soalan. Dengan adanya
hierarki ini, penggubalan soalan yang mencakupi pelbagai aras dan kemahiran dapat
dihasilkan di samping dapat memperkembangkan murid dari aspek kognitif, afektif dan
psikomotor.
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 9
BAB 3
EMPAT JENIS PENILAIAN BAHASA YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH.
Penilaian merupakan pertimbangan profesional iatu proses yang membolehkan
seseorang membuat keputusan. Menurut Stufflebeam (1971), penilaian ialah proses
mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan
mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
Di sekolah, terdapat beberapa jenis ujian yang digunakan dalam penilaian bahasa.
Jenis-jenis penilaian bahasa yang biasanya dilaksanakan di sekolah dapat dilihat pada
rajah dibawah :
Rajah 4 : Jenis-jenis penilaian bahasa.
jenis-jenis penilaian bahasa
formatif
sumatif
ujian kefasihan
kemajuan
ujian bakat
pencapaian
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 10
Ujian Formatif
Ujian formatif ialah sejenis penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan. Penilaian ini dibuat untuk menilai
keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang telah
diajar.
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), ujian formatif dilaksanakan untuk menentukan
kemajuan pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ia juga
merupakan bahan atau alat yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit
kemahiran atau sub kemahiran bahasa yang telah diajar. Ujian jenis ini merupakan
sejenis ujian berasaskan kemahiran yang diajar dalam jangka masa pendek.
Biasanya, guru-guru menjalankan ujian formatif ini di sekolah atas sebab-sebab
tertentu. Antara tujuan ujian formatif ini dijalankan adalah seperti berikut :
a. Mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada dari segi
pengajaran guru mahupun penguasaan murid dalam pembelajaran.
b. Memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan
pencapaian murid dalam sesuatu pengajaran.
c. Membantu murid menguasai isi pelajaran bagi sesuatu topik
pembelajaran.
d. Meningkatkan serta mengekalkan pencapaian yang memuaskan di
kalangan murid.
e. Membantu guru melakukan penambahbaikan serta menggunakan
pendekatan yang bersesuaian dalam pengajaran.
f. Membimbing murid mengikut kelemahan yang telah ditunjukkan serta
memberikan kesedaran kepada murid supaya sentiasa bersedia untuk
menghadapi ujian yang akan dijalankan.
Secara amnya, seperti ujian-ujian lain, ujian formatif juga mempunyai ciri-ciri khususnya
yang tersendiri. Ujian ini sering digunakan oleh guru kerana ciri-cirinya yang
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 11
memainkan peranan dalam membantu guru meningkatkan mutu pengajaran. Antara ciri
ujian formatif adalah seperti berikut :
a. Ujian formatif dijalankan untuk mendapatkan maklumat untuk
memperbaiki kurikulum.
b. Ujian formatif dilakukan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
c. Maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini akan digunakan secara
terus menerus.
d. Ujian formatif boleh dijalankan dalam bentuk ujian diagnostik membantu
untu mendapatkan input tentang masalah yang dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran.
e. Maklumat yang diperolehi digunakan serta merta untuk memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran supaya guru dan murid sama-sama dapat
memperolehi manfaat.
f. Gred tidak diberikan bagi penilaian ini.
Berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa ujian formatif
boleh dilaksanakan oleh guru pada bila-bila masa sahaja semasa pengajaran
dilangsungkan. Ujian formatif bukan sahaja boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis,
tetapi juga boleh dilaksanakan dalam bentuk lisan iaitu soal jawab, pemerhatian, kuiz
dan lain-lain lagi. Ujian formatif ini sangat sesuai dilaksanakan dalam memperbaiki
kualiti pengajaran guru di samping membantu guru untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi murid.
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 12
Ujian Sumatif
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), ujian sumatif ialah ujian yang digunakan untuk
menentukan tahap penguasaan murid dalam keseluruhan pembelajaran. Ujian sumatif
merupakan sejenis alat atau bahan yang dibina bertujuan untuk menguji pencapaian
murid terhadap beberapa kemahiran bahasa yang telah dipelajari dalam tempoh jangka
masa panjang.
Biasanya ujian ini dilaksanakan mengikut semester ataupun tahun iaitu pada akhir
pembelajaran. Oleh itu, ujian ini sangat berguna untuk melaporkan kemajuan murid
dalam pembelajaran selama satu semester. Dalam kemahiran bahasa, ujian sumatif
dibina secara luas dan melibatkanketiga-tiga kemahiran iaitu kemahiran lisan, bacaan
dan tulisan.
Di sekolah, ujian sumatif dilaksanakan berdasarkan tujuan-tujuan tertentu iaitu :
a. Untuk membantu murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian
mereka.
b. Memberikan gred kepada murid berdasarkan pencapaian yang
ditunjukkan dalam peperiksaan yang telah diadakan.
c. Memberi pengiktirafan kepada kebolehan serta kemahiran yang dimiliki
oleh murid.
d. Menjadi petunjuk untuk memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.
e. Menunjukkan pencapaian murid yang berbeza mengikut kupulan
kebolehan.
Di sekolah, ujian sumatif sering dilaksanakan sebelum sesuatu penggal persekolahan
berakhir. Setelah ujian dilaksanakan, hasil ujian tersebut digunakan untuk menentukan
tahap pencapaian serta kumpulan kebolehan murid bagi penggal persekolahan yang
berikutnya. Ujian sumatif ini juga sangat penting salam menentukan keberkesanan
sesuatu kurikulum secara keseluruhan.
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 13
Ujian kefasihan
Kamarudin Hj. Husin (1988) berpendapat bahawa ujian kefasihan digunakan untuk
menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa
secara keseluruhan. Ujian ini berbeza daripada ujian formatif dan sumatif yang telah
dibincangkan kerana ianya tidak menilai sesuatu kandungan atau isi pelajaran. Tetapi
ujian ini secara amnya menilai kebolehan umum murid terhadap bahasa yang telah
dipelajarinya.
Secara ringkasnya, ujian ini boleh digunakan oleh guru untuk mengukur kebolehan
murid untuk berbahasa. Kefasihan murid untuk berbahasa bergantung kepada latar
belakang penguasaan bahasa mereka. Kefasihan juga akan mempengaruhi kemahiran
murid untuk berkomunikasi secara berkesan.
Di sekolah, guru-guru menggunakan ujian kefasihan ini bagi mengukur tahap kebolehan
murid untuk berbahasa. Penggunaan ujian kefasihan ini di sekolah adalah bertujuan
untuk :
a. Menilai kebolehan umum murid untuk berbahasa.
b. Menentukan sejauh mana murid menguasai kemahiran dan isi pelajaran
yang telah dipelajari.
Sehubungan itu, ujian kefasihan ini sering digunakan dalam penilaian bahasa kerana
ciri-cirinya yang berfungsi dalam mengenalpasti tahap kebolehan murid terhadap
kemahiran bahasa. Antara ciri-ciri ujian kefasihan ini ialah:
a. Membantu guru menempatkan murid mengikut kumpulan pembelajaran
yang bersesuaian.
b. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran bahasa murid secara
menyeluruh.
c. Dinilai berdasarkan sebutan yang betul, kadar kelajuan bacaan dengan
bahan yang dibaca, intonasi dan nada yang betul, pemilihan ungkapan
yang betul, mimik muka yang jelas, pergerakan mata, posisi tubuh,
kedudukan buku yang betul dan lain-lain lagi.
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 14
d. Digunakan dalam sesi temuduga.
Berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas, dapat dirumuskan bahawa ujian
kefasihan merupakan ujian berbentuk lisan. Apabila ujian ini dijalankan ke atas murid,
guru dapat mengenalpasti secara keseluruhan sama ada murid dapat menguasai apa
yang telah diajar oleh guru.
Ujian Kemajuan
Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam buku Pedagogi Bahasa, ujian kemajuan ialah
sejenis ujian ringkas yang dibina oleh guru kelas untuk kegunaan kelasnya sahaja.
Kemudian, ujian yang dibina akan dijalankan oleh guru itu sendiri kerana guru tersebut
sahaja yang mengetahui pengetahuan mengenai keperluan ujian tersebut.
Ujian ini dibina berasaskan objektif pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan
yang telah diuji. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, guru akan mengetahui
tentang kemajuan seorang murid serta keseluruhan kelas dengan lebih jelas. Berbeza
dengan ujian kefasihan yang menilai secara keseluruhan, ujian kemajuan ini dijalankan
untuk membantu guru mengukur sejauh mana murid dapat menguasai sesuatu tajuk
yang telah dipelajari.
Hasil ujian kemajuan ini akan membantu guru mengenalpasti kemajuan setiap murid
dengan lebih jelas. Dengan adanya kemajuan ini, motivasi intrinsik murid juga dapat
ditingkatkan di mana murid dapat meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam
pelajaran. Dari erti kata lain, ujian ini berfungsi memperkukuhkan pembelajaran murid
kerana dapat mendorong murid untuk lebih berusaha.
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 15
BAB 4
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Jadual spesifikasi ujian (JSU) adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu
ujian dari segi kandungan iatu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk,
konteks dan pemberatan taburan asas kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk
menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya
disediakan secara spontan dan tidak mengikut aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU
dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.
Langkah pembinaan JSU
Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina jadual
spesifikasi ujian. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:
Rajah 5: langkah pembinaan JSU
mengkaji sukatan pelajaran
menganalisis objektif pengajaran
menentukan bilangan soalan
menentukan jenis soalan
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 16
Langkah pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat
yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran
perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara
aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk.
Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan
kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diambil kira.
Sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk melihat sejauh mana komplesiti sesuatu tajuk
dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk tersebut.
Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini
dianalisis untuk menentukan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji.
Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang
perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada
pembahagian yang dibuat Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka.
Langkah yang ketiga ialah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan
domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur, kita
seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk,
peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan
isi pengajaran dan tahap kecerdasan murid.
Langkah keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan. Jumlah
soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif
pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan
adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.
Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama,
sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud
keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang elah digariskan.
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 17
Kepentingan JSU
Antara kepentingan JSU adalah dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara
lebih terancang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara
sembarangan. JSU juga akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan.
Pembinaan JSU dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke
semasa walaupun dibina oleh pembina soalan yang berbeza. Soalan yang akan dibina
juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan
pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat antara satu ujian dengan ujian
yang lain.
BAB 5
JENIS-JENIS UJIAN BERBENTUK OBJEKTIF
Ujian objektif ialah ujian yang memerlukan jawapan yang tepat. Biasanya, soalan
objektif digunakan sebagai alat untuk mendapatkan respon mengenai sesuatu perkara.
Ujian objektif digunakan untuk mentaksir pengetahuan dan kemahiran intelek. Melalui
ujian objektif, murid dikehendaki menulis atau memilih satu sahaja jawapan yang betul
dan paling baik. Semua pemeriksa juga akan memberi markah yang sama bagi
jawapan yang dijawab murid.
Dalam pengajaran bahasa, terdapat beberapa jenis item objektif dan setiap
daripadanya mempunyai format yang tersendiri. Jenis-jenis ujian objektif tersebut dapat
dilihat pada rajah 6 di bawah :
Item jenis berbilang pilihan
Jenis-Jenis Ujian Objektif
Item jenis padanan
Item jawapan pendek
Item objektif jenis pilihan
Item jenis klasifikasi
Item jenis cantuman
Item jenis aturan yang terbaik
Item objektif kloz
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 18
Rajah 6 : Jenis-jenis ujian objektif
Rajah 6 menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 8 jenis ujian objektif yang boleh
digunakan untuk penilaian bahasa. Setiap ujian mempunyai formatnya yang tersendiri.
1. Item Jawapan Pendek
Item jawapan pendek ialah jenis ujian yang paling mudah. Dalam item ini, soalan
yang dibina terdiri daripada soalan-soalan yang pendek. Biasanya, murid diminta
mengisi tempat kosong dengan maklumat yang sepatutnya. Dalam bahasa, soalan
jenis ini biasanya meminta murid melengkapkan ayat. Soalan juga perlu ditulis di
bahagian hujung atau di bawah soalan. Terdapat sebanyak tiga jenis soalan bagi
item jawapan pendek ini iaitu :
a. Jenis soalan
Contoh :
Di manakah Zainab berjumpa dengan Nazihah?
_________________________________________
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 19
b. Jenis melengkapkan ayat
c. Jenis perkaitan
2. Item Objektif Jenis Pilihan
Dalam item jenis pilihan ini, pelajar hanya perlu memilih jawapan uang betul atau
yang paling betul. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan jawapan yang
diberikan. Dalam item ini, terdapat dua jenis soalan iaitu :
a. Item betul – salah
Soalan jenis ini memberikan satu kenyataan dan pelajar dikehendaki
menentukan sama ada kenyataan yang diberikan itu betul atau salah.
Contoh :
Dia akan ke kebun setiap hari bagi _________.
Contoh :
Apakah pakaian tradisional bagi setiap kaum di bawah:
Melayu :_________
Cina : __________
India :___________
Contoh :
B S
( ) ( ) Bunga raya merupakan bunga kebangsaan
Malaysia.
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 20
b. Item jenis pembetulan
Melalui soalan ini, pelajar dikehendaki membetulkan kenyataan yang salah.
Bagi memudahkan murid, kenyataan yang salah perlu digariskan supaya murid
mengetahui bahagian bergaris salah dan perlu diperbetulkan.
3. Item Jenis Berbilang Pilihan
Item berbilang pilihan ini tergolong dalam golongan item jawapan tetap kerana
diberikan tindak balas terbatas. Dalam soalan berbilang pilihan ini, satu pokok
soalan diberikan sebagai situasi masalah dan beberapa pilihan jawapan. Terdapat
sebanyak 4 jenis soalan item berbilang jawapan iaitu jenis satu jawapan betul, jenis
jawapan terbaik, jenis analogi dan jenis negatif. Contoh soalan item jenis berbilang
pilihan ialah :
4. Item Jenis Padanan
Melalui item padanan, penyataan masalah dan beberapa penyelesaian masalah
iaitu tindak balas akan diberikan. Masalah akan diletakkan di sebelah kiri dan tindak
balas diletakkan di sebelah kanan. Senarai tindak balas adalah tetap tetapi masalah
sahaja berubah-ubah.
Contoh :
Humaira menjenguk televisyen bersama keluarganya.menonton
Contoh :
Adam telah memilih rumah_________ sebagai pilihan utama.
a. teres c. papanb. pangsa d. banglo
Contoh :
_____ 1. Perdana Menteri Malaysia yang A. Tunku Abdul
Pertama. Rahman
_____ 2. Bapa Malaysia. B. Tun Abd. Razak
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 21
5. Item Jenis Klasifikasi
Ujian jenis ini juga dikenali sebagai ujian jenis pasangan. Ujian ini merupakan
latihan yang terdiri daripada beberapa kenyataan pada satu senarai, dan kenyataan-
kenyataan pada senarai tersebut dikelaskan mengikut skim klasifikasi yang
disediakan.
6. Item Jenis Aturan Yang Terbaik
Melalui soalan jenis aturan ini, pelajar dikehendaki mengatur semula kenyataan-
kenyataan yang diberikan mengikut susunan yang betul hingga menjadi satu cerita
yang lengkap dan betul.
7. Item Jenis Cantuman
Soalan item jenis cantuman ini terbahagi kepada dua iaitu item jenis cantuman yang
sesuai dan item jenis urutan.
Contoh :
_____ 1. Guru itu menyatakan bahawa
jawapannya betul.
_____ 2. Ibunya sakit di Hospital Kangar
_____ 3. Habis semua kuih itu dimakannya.
a. Ayat selapisb. Ayat kompleksc. Ayat pasifd. Ayat berlapis
Item Jenis Cantuman Yang Sesuai :
Manakah antara ayat di bawah merupakan ayat tunggal?
i. Sofia menjahit baju.ii.Cikgu Abu sedang melukis.iii. Izuan sedang menonton televisyen sambil berbaring.iv.Adi menangkap kucing itu.
a. i dan ii c. i dan iiib. i,ii dan iii d. i,ii dan iv
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 22
8. Item Objektif Kloz
Item objektif kloz merupakan satu teknik pengukuran yang ditubuhkan dengan
mengosongkan kata-kata atau frasa tertentu dalam sesuatu ujaran. Semasa
menjalani ujian, pelajar dikehendaki mengisi tempat kosong dengan kata atau frasa
secara bebas. Ujian ini sangat sesuai digunakan untuk menguji perbendaharaan
kata serta tatabahasa secara mendalam.
Item Jenis Aturan :
Manakah antara berikut merupakan langkah yang betul?
i. Mencari buktiii.Membentuk hipotesisiii. Menyediakan penyelesaian masalahiv.Analisi evidenv. Jelaskan masalah
a. ii, v. Iv, i, iii c. iv, v, i, iv, iiib. i,ii,iii,v, iv d. i, iv, ii,v,iii
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 23
BAB 6
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4
Bil Bentuk Soalan - Objektif Aras Taksonomi Jumlah Item
Topik / Aspek Bahasa 1 2 3 4 5 6
1 Morfologi – Kata kerja / / 2
2 Kata nama
3 Kata ganti diri / 1
4 Kata adjektif
5 Kata seru
6 Kata ganda / 1
7 Kata hubung / 1
8 Kata pemeri
9 Kata arah
10 Penjodoh bilangan
11 peribahasa / 1
12 Sinonim / 1
13 Antonim / 1
14 Kata tanya / 1
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 24
15 Homonim – Kata banyak makna
16 Sintaksis – Struktur ayat / 1
17 Pola ayat / 1
18 Maksud perkataan // / / 4
19 Memahami teks /// // 5
Jumlah Soalan 20
BAB 7
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 25
20 ITEM UJIAN OBJEKTIF ANEKA PILIHAN
1. Burung itu ___________ pulang ke sarang selepas mencari makanan. (tahap
rendah-pengetahuan)
A. Berlari
B. Menyusur
C. Mengepak
D. Terbang
2. Saya, Rania dan Lina pergi ke perpustakaan setiap hujung minggu. __________
pergi ke perpustakaan dengan menaiki bas. (tahap rendah- pemahaman)
A. Dia
B. Mereka
C. Kamu
D. Kami
3. Sikap Rozali yang kedekut menyebabkan dia kehilangan banyak kawan. Pilih
perkataan seerti bagi kedekut. (tahap rendah – pemahaman)
A. Bakhil
B. Culas
C. Liat
D. pemurah
4. Laila sangat taat akan suaminya. Perkataan berlawan bagi taat ialah. (tahap
rendah-pemahaman)
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 26
A. Derhaka.
B. Setia.
C. Benci.
D. Bosan.
5. Nenek Aishah _______________ sebaldi air ke arah kambing yang merosakkan
pokok sirehnya. (tahap rendah-pengetahuan)
A. Membaling
B. Menuang
C. Menyiram
D. Menyimbah
6. ______________ itu sedang berenang-renang di dalam kolam. (tahap rendah-
pengetahuan)
A. Kekelip
B. Kekura
C. Pepatung
D. Tetupai
7. Pilih ayat yang betul. (tahap rendah-pengetahuan)
I. Beliau melaporkan dari Paris berita itu tentang nahas udara.
II. Umur bapa kamu berapakah, Kudin?
III. Pembahas pertama pasukan pencadang bijak mematahkan hujah pihak
lawan.
IV. Pihak polis memberkas dua orang pemuda yang dipercayai terlibat dalam
sindiket pemalsuan wang.
A. I dan II sahaja.
B. III dan IV sahaja.
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 27
C. I, II dan III sahaja.
D. II, III, dan IV.
8. Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas. (tahap sederhana-aplikasi)
A. Ada udang di sebalik batu.
B. Bagai melepaskan batuk di tangga.
C. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
D. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.
Soalan 8 dan soalan 9.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. (tahap sederhana-
aplikasi)
9. A. Anak Pak Abu sudah besar.
B. Keris panjang alat besar negara.
C. Pak Mat sedang besar rumahnya.
D. Hatinya besar setelah mendapat hadiah.
10.A. Dia lalu mengangkat batu yang berat itu. (tahap sederhana-aplikasi)
B. Jangan lalu di kawasan itu.
C. Abu lalu bermain dengan kawannya.
D. Siti ke dapur lalu menjerang air.
11. Ibu memasak rendang ayam kegemaran kami sekeluarga. (tahap sederhana-
analisis)
Keputusan peperiksaan Azman semakin meningkat dari sehari kerana dia rajin belajar :
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 28
A. Kami sekeluarga memasak rendang ayam kegemaran ibu.
B. Ibu kegemaran kami menyediakan rendang ayam untuk kami.
C. Ibu memasak rendang dan ayam kegemaran kami.
D. Rendang ayam kegemaran kami sekeluarga dimasak oleh ibu.
12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Kempen Kesihatan itu dilancarkan di Menara Kuala Lumpur. (tahap sederhana-
analisis)
A. Apakah tujuan Kempen Kesihatan itu dilancarkan?
B. Bilakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan?
C. Di manakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan?
D. Siapakah yang merasmikan Kempen Kesihatan tersebut?
13. Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang betul. (tahap sederhana-
aplikasi)
A. Pemanah itu melepaskan anak panah dan tidak mengena sasaran kerana
busurnya patah.
B. Ayah berpesan kepada kakak supaya menjaga adik ketika beliau bekerja.
C. Ibu membeli baju baru kepada adik agar adik gembira.
D. Dia membasuh baju tetapi menjemurnya.
14.Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. (tahap
sederhana-analisis)
I. Sungai Rajang di Sarawak mempunyai cabang yang banyak.
II. Bangunan yang cabang itu hampir roboh.
III. Syarikat itu mempunyai cabang di seluruh negara.
IV. Salah satu cabang Kursus Sebarab Am ialah Kursus Penyiaran.
A. I dan II sahaja.
B. I dan IV sahaja.
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 29
C. II dan IV sahaja.
D. I, III dan IV sahaja.
Soalan 14 – 17
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor
berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini
kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan
pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang
terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia
jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk menangani pencemaran.
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan
menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang
tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu
tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam
paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen
tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya
menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami
masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.
Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan
memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi
bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses
penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu
tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan
pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan
terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannya akan terancam.
Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat.
Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 30
dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is
akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah
sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga
akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan
menyeluruh kepada bumi.
Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-
bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh
mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri
daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan
meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan
kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.
Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-
bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan
lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak
balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini
mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi
kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan
mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan
kesihatan manusia.
Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh
kepada umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-
undang yang lebih ketat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu
pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara
dapat diminimumkan.
15. Apakah yang anda faham mengenai petikan di atas? (tahap tinggi- sintesis)
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 31
A. Kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.
B. Faktor pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.
C. Ciri-ciri pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.
D. Cara mengatasi pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar.
16.Sebagai individu, cadangkan langkah yang paling sesuai bagi mengurangkan
pencemaran udara. (tahap tinggi - sintesis)
A. Tidak membuang sampah /toksid ke dalam sungai.
B. Menggunakan pengangkutan awam.
C. Mengenakan tindakan kepada pembalak haram.
D. Menguatkuasakan undang-undang
17. Pada pandangan anda, apakah cara mengatasi pencemaran udara yang boleh
dilakukan secara individu? (tahap tinggi-penilaian)
A. Menggunakan pengangkutan awam.
B. Menanam pokok di sekeliling rumah.
C. Tinggal di rumah
D. Memakai topeng muka
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 32
Soalan 18-20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Felda Veg Oil Prod,
Kom Bandar, Sahabat,
PS 617-37,
91125 Lahad Datu,
Sabah.
3 Mac 2012
Menemui saudara Ignatius Petrus yang berada di Kuching, semoga berada
dalam keadaan ceria selalu.
Saudara,
Apa khabar sekarang? Saya berharap agar saudara dan keluarga berada dalam
keadaan sihat wal afiat. Saya memohon maaf kerana terlewat membalas surat saudara
tempoh hari. Sebenarnya saya baru sahaja pulang bercuti di kampung ayah saya di
Ranau. Sepanjang seminggu di sana, saya telah melawat tempat-tempat yang menarik.
Ranau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 110 kilometer dari Kota
Kinabalu. Kebanyakan penduduk di sini ialah suku kaum Dusun.
Saya berkesempatan melawat Kolam Air Panas Poring. Poring adalah antara
destinasi pelancongan yang popular di Ranau. Telaga air panas ini terletak kira-kira 13
kilometer dari pekan Ranau. Banyak orang mandi di kolam air panas ini kerana mereka
percaya bahawa air yang mengandungi sulfur semula jadi itu dapat menyembuhkan
penyakit kulit.
Di kawasan Kolam Air Panas Poring ini juga terdapat Taman Orkid, Taman
Rama-rama, dan Taman Tropika Poring. Saya dan ibu berpeluang melawat Taman
Orkid. Di Taman Orkid, pokok-pokok orkid ditanam terus pada batang kayu di dalam
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 33
rumah hijau. Taman Tropika Poring pula merupakan kawasan pemuliharaan lebih
daripada 100 spesies burung, orang utan, dan rusa. Taman ini dibina untuk memastikan
spesies hidupan liar tersebut tidak diancam kepupusan. Haiwan di sini bebas mencari
makanan, tempat tinggal, dan pasangan untuk menambahkan populasi.
Saya dan abang juga tidak melepaskan peluang untuk meniti jambatan gantung
di taman ini yang panjangnya 600 kaki. Pada mulanya, saya berasa gayat. Lama-
kelamaan saya dapat meniti jambatan itu hingga ke hujungnya. Saya turut melawat Gua
Kelawar Kipungit.
Hingga di sini sahaja yang dapat saya ceritakan kepada saudara. Semoga kita
bertemu lagi dalam lembaran yang lain. Sambutlah salam mesra daripada saya untuk
saudara sekalian. Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Ryan
18.Mengapakah Ryan terlewat membalas surat Ignatius? (tahap tinggi-sintesis)
A. Ryan ketika itu itu berada di Kuching.
B. Ryan baru pulang daripada bercuti di Ranau.
C. Ryan memang sengaja berlengah untuk membalas surat itu.
D. Ryan dan keluarganya pergi bercuti ke Lahad Datu selama seminggu.
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 34
19.Apakah kesitimewaan Kolam Air Panas Poring? (tahap tinggi-penilaian)
A. Pemandangan di kolam air panas itu sangat indah.
B. Air panas di kolam itu dapat menyembuhkan penyakit kulit.
C. Jaraknya yang tidak berapa jauh dari bandar Kota Kinabalu
D. Kolam air panas itu mempunyai kemudahan asas yang lengkap.
20.Rangkai kata kawasan pemuliharaan dalam petikan membawa maksud... (tahap
tinggi-sintesis)
A. Tempat memberi makan minum secukupnya kepada haiwan liar.
B. Tempat hidupan liar tidak diancam oleh para pelawat.
C. Tempat merawat hidupan liar supaya sentiasa dalam keadaan sihat.
D. Tempat memelihara, menjaga dan melindungi hidupan liar.
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 35
REFLEKSI
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan
kepada kedua ibu bapa saya atas segala pertolongan dari segi materialistik dan
sokongan moral yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
pensyarah pembimbingan atas segala tunjuk ajar yang diberi. Tidak dilupakan juga
kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam
penghasilan tugasan ini.
Tugasan pada kali ini memerlukan saya untuk menghuraikan empat jenis penilaian
bahasa dan memberi penerangan tentang Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Selain itu,
saya perlu menyediakan satu JSU dan membina 20 item bagi ujian objektif aneka
pilihan.
Melalui tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih lagi mengenai kepentingan
menyediakan JSU sebagai garis panduan dalam merancang soalan. Saya juga lebih
jelas mengenai hubung kait antara JSU dengan perancangan membina soalan.
Sebelum ini, saya tidak jelas mengenai kepentingan menyediakan JSU namun setelah
melakukan tugasan ini, saya lebih faham dan dapat menyediakan JSU berserta item
soalan. Pengetahuan baru ini akan memudahkan saya untuk menyediakan set soalan
kepada murid pada masa akan datang.
Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya mengalami masalah kekangan masa
menyiapkan tugasan memandangkan tugasan diberi semasa praktikum dijalankan.
Saya terpaksa membahagikan masa di antara menyiapkan tugasan dan juga membuat
persediaan penilaian pensyarah dalam tempoh praktikum.
Di samping itu, saya mengalami masalah mencari maklumat yang dikehendaki oleh
pensyarah.Bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti, saya telah mencari maklumat
dari pelbagai sumber seperti buku rujukan di perpustakaan. Malah bagi mendapatkan
maklumat yang bersifat fakta, saya perlu sentiasa membuat rujukan di buku dan juga di
internet bagi memilih isi yang terbaik dan bersesuaian untuk disampaikan kepada
pensyarah pembimbing. Selain itu, rakan-rakan juga tidak lokek untuk berkongsi
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 36
sebarang maklumat tambahan yang diperolehi dan memberi cadangan yang
munasabah kepada saya membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih
mudah. Saya turut meminta pandangan dan merujuk kepada guru Bahasa Melayu
dalam menyediakan JSU dan membina item soalan.
Dalam menyediakan tugasan ini, saya mengalami kesukaran untuk menyediakan JSU
dan membina item ujian objektif aneka pilihan. Ini kerana saya masih tidak jelas
mengenai cara menyediakan JSU dan merancang soalan berdasarkan kepada konsep
Taksonomi Bloom. Ini kerana saya tidak dapat membezakan dengan baik aras di dalam
Taksonomi Bloom dan menyediakan soalan yang bersesuaian dengan aras tersebut.
Benarlah kata pepatah, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Tanpa usaha keras dan kesabaran, sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan
dengan jayanya mengikut tempoh yang diberi. Diharapkan tugasan ini dapat mencapai
standart yang diinginkan oleh pensyarah. Sekian, terima kasih.
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 37
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Najib Ghafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor :
Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Ramina Haji Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 38
LAMPIRAN