Autentik,berbantukan komputer,bahasa sv

Post on 21-Mar-2017

16 views 2 download

Transcript of Autentik,berbantukan komputer,bahasa sv

TAJUK 2 :

PENTAKSIRAN

PENGENALANApakah konsep dan pengertian pentaksiran?

• Pentaksiran atau dalam bahasa Inggerisnya iaitu assessment berasal

daripada perkataan Greek, ”assidere” bermaksud ”ada di sisi”.

• Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses

mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi

nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan

maklumat tersebut. Beliau merumuskan bahawa; pentaksiran =

pengukuran + penilaian. Guru boleh menggunakan proses

pengukuran, penilaian atau pentaksiran untuk mendapatkan

maklumat tentang pembelajaran murid.

KONSEP PENTAKSIRAN• Langkah untuk menentukan tahap sejauh mana

seseorang memiliki sifat tertentu. (Mokhtar Ismail)

• Status dan nilai juga dapat ditentukan selepas

menjalankan pentaksiran.

• Pentaksiran turut penting bagi menentukan

kedudukan/ pencapaian murid.

KONSEP PENTAKSIRAN• Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan

satu episod dalam proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,

merekod, memberi skor dan menginterpretasi

maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang

pelajar bagi tujuan tertentu.

TUGASAN 1 :

PILIH JENIS PENTAKSIRAN YANG SESUAI UNTUK

MENTAKSIR HASIL KERJA MULTIMEDIA

animasikartun

Hasil karya multimedia yang menggunakan adobe photoshop

1. Pentaksiran berbantukan komputer

• Merupakan satu-satunya pentaksiran yang menggunakan komputer sebagai medium untuk merekod data supaya lebih tepat dan cekap.

• Pentaksiran ini juga membolehkan data yang diperolehi disimpan dengan lebih tersusun dan bersistematik.

Kelebihan Pentaksiran berbantukan komputer

• Data yang disimpan dapat disimpan lebih lama• Lebih sistematik dan tersusun• Dapat memudahkan guru untuk merekod,

menyimpan dan menyusun maklumat pentaksiran murid.

• Dapat memotivasikan, meningkatkan kefahaman, merangsang penglibatan, mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran serta meningkatkan tahap pembelajaran murid.

2. Pentaksiran dan tindakan penambahbaikan

• Pentaksiran ini mengfokuskan kepada guru untuk mencari kelemahan murid.

• Seterusnya membuat tindakan penambahbaikan sama ada kekurangan atau kelemahan murid.

• Contoh : guru membuat penambahbaikan dalam hasil karya multimedia yang dihasilkan oleh murid.

3. Pentaksiran dan hasil pembelajaran

• Pentaksiran ini merupakan satu proses pengumpulan data yang menerangkan sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil pembelajaran murid itu mampu memberi perubahan kepada murid tersebut sama ada dari aspek kognitif, sosial, emosi dan sebagainya.

Kelebihan Pentaksiran dan hasil pembelajaran

Pelajar• Faham kehendak hasil pembelajaran yang

diinginkan oleh guru.• Pentaksiran lebih konsisten dan telus.• Pentaksiran menggalakan pembelajaran merentas

kurikulum.• Murid dapat menentukan perkara yang terbaik

untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik seperti yang diinginkan.

Penilai (guru)• Menentukan sama ada hasil pembelajaran yang

diharapkan tercapai atau tidak .• Dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih

terperinci.• Memberikan bukti kukuh dalam kejayaan

sesuatu hasil pembelajaran.• Dapat melihat sejauh mana keberkesanan hasil

pembelajaran tersebut kepada murid.

4. PENTAKSlRAN AUTENTIK• Pentaksiran autentik merupakan satu bentuk penilaian

yang merujuk kepada pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh murid di dalam bilik darjah .

• Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi :pengetahuan pelajar pemahaman mendalam penyelesaian masalah kemahiran sosial sikap terhadap persekitaransimulasi terhadap situasi dunia sebenar

Ciri-ciri pentaksiran autentik• Menilai pemahaman murid melalui hasil

tugasan yang telah dilaksanakan• Murid berupaya menganalisis, mensintesis dan

mengaplikasi sendiri maklumat yang diterima.• Murid membina maksud yang tersirat

disebalik hasil kerja.• Pentaksiran yang berpusatkan pelajar.

TUGASAN 2 :

BINCANGKAN DARI 3 SUMBER :

Kegunaan bahasa visual di sekolah rendahTindakbalas mengikut tahap kanak-kanak terhadap hasil seni visualAspek ekspresi diri

KEMAHIRAN BAHASA VISUAL Kurikulum pendidikan seni visual disusun berdasarkan dua

bidang iaitu :-bidang penghasilan seni visual

sejarah dan apreasiasi seni visual

Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan seni visual ialah :- kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berkomunikasi dengan berkesanKemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepatKemahiran mencariMenginterpretasi dan mengaplikasi maklumatKemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan

• Seperti juga bidang yang lain, seni tampak juga mempunyai laras

bahasanya sendiri. Bidang sastera ada laras bahasa sendiri seperti

monolog, imbas kembali, dan lain-lain.

• Seni tampak pula mempunyai laras bahasanya sendiri seperti:-

– unsur-unsur seni (warna, jalinan dan lain-lain )

– prinsip rekaan (kontra, harmoni, pergerakan dan lain-lain)

– bahan dan alat (berus, plaster, cat minyak dan lain-lain)

– teknik dan gayaan (basah atas basah, realistik dan lain-lain).

• Tanpa pengetahuan laras bahasa ini, seni dilihat tanpa makna.

Kegunaan bahasa visual di sekolah rendah

– unsur-unsur seni (warna, jalinan dan lain-lain )

– prinsip rekaan (kontra, harmoni, pergerakan dan lain-lain)

– teknik dan gayaan

Tindakbalas mengikut tahap kanak-kanak terhadap hasil seni visual

• Menurut Koster (2001) - kanak-kanak perlu dirangsang dengan aktiviti yang dirancang rapi dan tersusun supaya tindak balas semula jadi estetik yang dimiliki oleh kanak-kanak selari dengan peningkatan umur mereka.

• Perasaan kanak-kanak mudah tertarik dengan perkara baru menjadikan mereka sebagai golongan yang unik dan luar biasa

• Lowenfeld (1975) – perkembangan estetik kanak-kanak bersesuaian dengan kreativiti dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran.

• Tindak balas estetik bagi kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor umur, pengalaman serta latar belakang dan budaya.

• Kita dapat lihat tindak balas kanak-kanak terhadap karya berlaku melalui hasil karya dan juga melalui pengamatan terhadap alam seperti:-

– keupayaan kanak-kanak untuk menghasilkan karya secara realistik melalui peniruan alam sekeliling. Sebagai contoh, kanak-kanak yang melukis imej realistik penunggang kuda, imej lelaki yang menunggang kuda tersebut yang ditonjolkan secara realistik

– kaedah menyusun elemen dan prinsip seni di dalam sesuatu karya. Sebagai contoh, bagaimana kanak-kanak mengutamakan elemen imbangan, garisan, ritma dan sebagainya.

– menghuraikan makna karya dari aspek meningkatkan dan melihat tindak balas emosi, mood dan ideapenonton yang mengamati karya.

• Ekspresi diri (self-expression) bermaksud meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir secara bebas.

• Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya dan medium itu biasanya berupa permukaan yang boleh dicalitkan atau digoreskan. Catan, arca, lukisan merupakan produk hasil daripada ekspresi diri ini dalam konteks seni visual.

• Kanak-kanak merupakan golongan yang gemar menyatakan ekspresi diri ini. Ekspresi diri kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka menyatakan perasaan tanpa sedar dan tanpa diarah oleh sesiapa. Sebab itu kita kerap melihat kanak-kanak suka menconteng. Tampakan yang mereka hasilkan nampak bersahaja dan tidak terkawal.

• Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi diri mereka melalui catan, arca atau lukisan. Contoh pelukis seperti Vincent Van Gogh, Jackson Pollock.

• Kesimpulannya, Seni Visual adalah penyataan perasaan, emosi, idea dan manifestasi fikiran.

Aspek ekspresi diri

Sekian, terima kasih.