Post on 02-Jun-2018
8/10/2019 [3]DISKUSI KETIGA
1/5
OBJEKTIF
i. Mendalami peristiwa peperangan Badar yang merupakan peperangan yang pertama
dalam Islam.
ii. Mengambil ibrah dari peristiwa ini serta mempelajari cara Nabi Muhammad S.A.W
menyusun strategi peperangan.
iii. Mengukuhkan keimanan sebagai seorang Muslim bahawa janji Allah tentang ganjaran
yang akan diberikan bagi orang yang berjuang dijalanNya adalah benar dan tepat.
1.0 MUQADDIMAH
Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabat
Baginda diterima baik oleh orang-orang Ansar, Islam telah berkembang, tersebar luasdan diterima oleh banyak kabilah-kabilah Arab. Ekonomi Madinah telah menjadi kukuh.
Orang-orang Arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini. Perang
Badar merupakan peperangan pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia
merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama
Allah. Kemenangan besar kaum Muslimin tidak terletak pada jumlah tentara yang ikut
serta tetapi terletak pada kekuatan iman yang tertanam di sanubari mereka. Dengan
keyakinan mereka sepenuhnya terhadap Allah, Dia telah menurunkan bantuan ibarat
air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan
betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankanperintahnya dan menjauhi larangannya.
2.0 PERISTIWA
Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap kabilah dagang kaum
Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah dianggap oleh mereka
sebagai tamparan hebat kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan kematian Al-
Hadhrami seharusnya dibela dan perlu untuk memusnahkan semua pihak yang
bersangkutan dengan pembunuhan itu. Rasulullah sememangnya menyedari pihakQuraisy pasti akan menuntut bela. Baginda telah membuat persediaan yang lebih awal.
Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijrah, Rasulullah bersama 313 orang tentera telah
keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan dagang kaum Quraisy yang pulang dari
negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera
Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah. Abu Sufyan yang mengetuai kabilah
dagang tersebut telah menyedari tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar
utusannya yang bernama Dham Dham bin Amr al-Ghifari meminta bantuan dari
Makkah.
Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad S.A.W telah mengutuskan
Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah
DISKUSI 3 :
BADAR 313
8/10/2019 [3]DISKUSI KETIGA
2/5
Abu Sufyan. Mereka mengumpulkan maklumat yang perlu dan kembali ke Madinah
untuk menyampaikannya kepada Rasul. Baginda bergerak bersama-sama para
pengikutnya. Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin
Abu Talib, Zubair bin al-Awwam dan Saad bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain
ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh
mereka. Maklumat telah diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah
mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah bertanyaberapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak
itu menjawab 9 atau 10 ekor. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda dapat
mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.
Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khuatir kalau-
kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy akan
menyebabkan tenteranya ada yang mengundur diri. Nabi Muhammad S.A.W juga ingat
bahawa pada mulanya, tujuan berangkat dari Madinah adalah hendak mengejar
sekawan unta yang memuatkan barang dagangan kaum Quraisy yang diketuai oleh AbuSufyan. Rasulullah bimbang jika ada diantara tenteranya yang tidak suka bertempur
dengan tentera Quraisy. Pasukan tentera Quraisy begitu besar berlipat ganda. Alat
perang Quraisy lebih lengkap dan mereka serba kekurangan.
Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad
S.A.W mengadakan perbincangan bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta
pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahawa mereka keluar hanya untuk
perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu Rasulullah amat merasa
susah hati dan berubah wajah Baginda. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini,beliau berkata:Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!.
Diikuti pula dengan Umar r.a. Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin al-Aswad lalu
berdiri dan berkata :Ya Rasulullah, teruskanlah pada apa yang Allah telah perintahkan
pada Tuan! Maka kita menyertai Tuan. Demi Allah, kita tidak akan berkata kepada
Tuan seperti perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu.
Pergilah engkau bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua. Kita
sesungguhnya akan duduk termenung saja.. Akan tetapi berkata kita pada Tuan
sekarang Pergilah Tuan bersama Tuhan Tuan! Dan berperanglah Tuan bersama TuhanTuan. Kita sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan. Kita ikut berperang. Demi
Allah, jikalau Tuan berjalan dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita
berjuang bersama Tuan daripada yang lainnya. Kita akan berperang dari sebelah kanan
Tuan dan di antara hadapan Tuan dan belakang Tuan.
Ketika itu, Rasulullah juga ingin kepastian dari kaum Ansar. Melihat keadaan itu, Saad
Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada
Rasulullah sama seperti kaum Muhajirin. Diikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang
lain. Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguhmeyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya terpancar kegirangannya. Pada saat itu
juga Allah menurunkan wahyu yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 :
8/10/2019 [3]DISKUSI KETIGA
3/5
Sebagaimana Tuhanmu menyuruhmu pergi dan rumahmu dengan kebenaran,
padahal Sesungguhnya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu tidak
menyukainya, Mereka membantahmu tentang kebenaran sesudah nyata (bahawa
mereka pasti menang), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang
mereka melihat (sebab-sebab kematian itu). Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan
kepadamu bahawa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah
untukmu, sedang kamu menginginkan bahwa yang tidak mempunyai kekekuatan
senjatalah yang untukmu, dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar
dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir. (Surah Al-Anfal : 5-7)
Setelah itu, Nabi S.A.W lalu bersabda kepada seluruh tenteranya : Berjalanlah kamu
dan bergembiralah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji kepadaku salah satu
daripada dua golongan (iaitu al-Ier dan an-Nafier). Demi Allah, sungguh aku seakan-
akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,
Mendengar perintah Rasulullah S.A.W yang sedemikian itu, seluruh kaum Musliminmemulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ke tempat
yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu taat dan patuh kepada perintah Nabi dengan
melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri. Di pihak
Quraisy pula terdapat beberapa kecelaruan yang terjadi sehingga beberapa kaum yang
berjalan berpatah balik ke Makkah. Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan doa
kepada Allah memohon pertolongan untuk menebalkan iman tenteranya dan
meneguhkan semangat barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada
sekelian tenteranya sambil memohon kepada Allah yang ertinya : Ya Allah! Hamba
memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian Engkau. Ya Allah! Jika Engkau
berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan Engkau disembah lagi.
Diriwayatkan pada waktu itu, Nabi S.A.W berulang-ulang memohon kepada Allah
sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang
dan bahu Nabi sambil berkata bahawa Tuhan akan memperkenankan kepadanya apa
yang telah Allah janjikan. Kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka di antara
pahlawannya harus bertanding dan beradu kekuatan dengan pahlawan musuh. Di pihak
kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah
dan Walid bin Utbah. Dan dari tentera Islam ialah Auf bin Al-Harits, Muadz bin Harts
dan Abdullah bin Rawahah. Mereka bertiga adalah dari kaum Ansar. Tetapi kerana
kesombongan kaum Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu
menerima kaum Ansar, malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan
8/10/2019 [3]DISKUSI KETIGA
4/5
dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah mengeluarkan Hamzah bin Abdul Muthalib,
Ali in Abi Thalib dan Ubadah in a l-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga
akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya Ubaidah Bin Al-
Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas.
Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan
mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah senantiasa mengamati
gerak-geri tentera Islam. Dalam masa yang singkat, berpuluh-puluh tentera musyrikin
menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan
diatas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa menyebut Esa! Esa! Esa!.
Muhammad yang sedang memunajat itu berasa mengantuk dan terlelap seketika.
Apabila tersedar, Baginda terlalu gembira. Baginda bersabda : Gembiralah wahai Abu
Bakar. Bergenbiralah wahai Abu Bakar. Ini Jibril, di atas kuda putih mengetuai 1000
malaikat yang beriringan.
Peperangan ini adalah peperangan pertama yang turut disertai oleh malaikat.
Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa
maksud dan jaminan bahawa tentera Islam yang turut serta dalam peperangan Badar
dijamin masuk syurga. Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar
semangatnya. Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya,
mereka melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain tertawan.
Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 orang dari Muhajirin dan 8 orang
dari Ansar). Tentera Islam mendapat kemenangan kerana keteguhan dan ketabahan
hati mereka. Bangkai-bangkai tentera Musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam
sebuah perigi di Badar.
Kemenangan ini disambut dengan gembira oleh orang yang tidak mengikut peperangan,
iaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi tugas
mengawal Madinah semasa pemergian tentera Islam ke Badar itu. Setibanya di
Madinah Baginda terus mengambil pendapat para sahabat mengenai tawanan perang
itu. Pendapat Abu Bakar: Wahai Rasulullah, tawanan ini pada umumnya, mereka
adalah anak-anak saudara dan sanak keluarga, juga taulan, pada pendapat hamba kita
berikan peluang mereka untuk ditebus, hingga dengan nilai yang kita ambil itu akan
menjadi satu kekuatan untuk menentang kuasa kafir. Dan semoga Allah memberi taufikdan hidayah kepada mereka nanti, kelak mereka menjadi kekuatan penyumbang
kepada kita. Kata Rasulullah S.A.W: Apa pula pendapat mu wahai Ibnu al-Khattab?
Jawab Saidina Umar: Pendapat hamba tidak seperti pendapat Abu Bakar, bagiku kadar
dari 3000 dirham hingga 4000 dirham dan ada kadar 1000 dirham, tawanan dari
penduduk Makkah menebus secara mukatabah, menebus diri berdasarkan persetujuan
dengan tuannya sedang penduduk Madinah tidak sedemikian, malah ada di antara
mereka yang tidak dapat membayar tebusan tetapi diberi pilihan untuk mengajar
sepuluh orang anak-anak orang Islam setelah anak-anak itu mahir maka dibebaskannya.Beberapa orang tawanan telah dianugerahkan pembebasannya oleh Rasulullah, tanpa
membaya tebusannya. Di antara mereka ialah al-Muttalib bin Hantab, Saifi bin Abi
Rifaah dan Abi Uzzah al-Jumahi.
8/10/2019 [3]DISKUSI KETIGA
5/5
3.0 NILAI DAN PENGAJARAN
1. Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andaikata tentera Islam
kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam.
2. Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan
menambahkan keyakinan bahawa mereka adalah pihak yang benar. Mereka mula
disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi
dan Munafiqin Madinah. Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah
dan merosot.
3. Badar telah membuka jalan pertolongan yang besar kepada perkembangan agama
Islam di Makkah apabila orang yang ditawan oleh tentera Islam menceritakan
kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan orang Islam.
4. Rasulullah S.A.W sanggup bersama para sahabat bermesyuarat untuk menghadapi
sesuatu perkara yang dan keadaan baru yang mereka hadapi. Maka dengan jalan
syura ini menunjukkan ketaatan para sahabat terhadap junjungan besar
Muhammad S.A.W.
5. Seorang pemimpin diharuskan mencari pertolongan dalam melaksanakan jihad dan
sebagainya dari mana-mana sumber untuk mendapatkan maklumat perancangan
musuh serta jumlah dan peralatan mereka.
6. Yakin dengan setiap janji Allah, bahawa setiap yang berjuang menegakkan
kalimahnya akan diganjarkan nilaian hebat disisiNya.
4.0 PENUTUP
Perang Badar merupakan satu bentuk pertolongan Allah buat para tenteraNya yangberjuang untuk menegakkan kalimah Allah. Allah S.W.T telah menghantar bala
tenteranya iaitu melalui rombongan para malaikat yang turut berbaris dalam satu saff
melawan pasukan tentera musuh. Berkat kegigihan serta kebergantungan kepada Allah,
tentera Islam diganjarkan kemenangan yang menjadi wadah berkembangnya Islam di
seluruh dunia. Melalui peristiwa ini, jelas menunjukkan bahawa kaum Quraisy tidak
bersatu padu. Ini terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang
terjadi.
Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.Kaum Quraisy terlalu yakin bahawa mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang
memang sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah
tentera Islam kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah
berjaya menjalin silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad S.A.W adalah
pentabdir yang berkaliber dan pintar mengendalikan strategi peperangan. Orang Islam
mempunyai pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.
RUJUKAN
1.
Fiqh Al-Sirah (2), Muhammad Said Ramadan Al Buti
2.
Biografi Muhammad bin Abdullah, Zuklifli Mohd Yusoff
3.
PDF Seerah Nabawiyah, Mustafa Sibaei
4. PDF Raheeq Makhtum,